Berita telus dan seimbang..

Monthly archive

August 2016

Minta beliau kemukakan bukti jika ada – Zahid

in Berita Utama by
Adalah tidak wajar Tan Sri Muhyiddin hanya membuat tuduhan kosong tanpa bukti,ketika berceramah beliau kononnya mendapat maklumat dari bekas peguam negara. Sikap Tan Sri Muhyiddin dah sama dengan pemimpin PKR DAP .. mereka hanya melemparkan fitnah tanpa bukti hingga menjadi barah didalam masyarakat.
Persepsi buruk cuba dilemparkan walaupun sudah banyak kali penerangan dan pendedahan membuktikan Ds Najib tidak mengambil wang dari 1MDB.
Mulanya kata Najib curi wang 1MDB,kemudian tuduh Najib mempunyai wang yang banyak hasil derma dari keluarga diraja Arab Saudi. Jika wang bukan dari 1MDB,kenapa Muhyiddin dan kuncu kuncunya terlalu sakit hati sangat?
Rasanya tidak ada mana mana rakyat Malaysia wang dipoket mereka hilang? Tidak  ada mana mana rakyat Malaysia wang mereka hilang dari akaun bank..Kerajaan Malaysia pun tidak kehilangan wang.. 1MDB masih mampu membayar hutang,malah mampu mengembalikan wang pelabur termasuk dividennya sekali.Asetnya masih berbillion ringgit..nah sekarang jika ditolak kesemua aset dan hutang.. wang 1MDB masih berbaki lebih 1 billion.. jadi mana yang hilang?
Timbalan Perdana Menteri itu berkata tidak wajar bagi Muhyiddin membuat tuduhan berdasarkan khabar angin terhadap Najib dan memintanya mengemukakan bukti sekiranya memiliki.
“Minta beliau kemukakan bukti jika ada,” ujar beliau pada sidang akhbar di Putrajaya pada Isnin.
“Beliau tuduh perdana menteri kita, mesti tunjukkan bukti. Jangan membuat tuduhan berdasarkan khabar angin,” jelas Ahmad Zahid lagi.
Semalam, Muhyiddin mendakwa hampir RM1 bilion berada dalam akaun bank peribadi Najib sebelum kemasukan RM2.6 bilion yang dilaporkan secara meluas.
Najib mendakwa AS$ 681 juta yang diterimanya pada Mac 2013 adalah sumbangan daripada ahli keluarga diraja Arab selepas dihebahkan pada Julai tahun lepas.
Muhyiddin berkata beliau mendapat tahu mengenai deposit yang diterima sebelum ‘derma Arab’ itu apabila peguam negara ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail berkongsi maklumat dengannya.
“Sah tuan-tuan. Saya tengok, waktu peguam negara itu ialah Gani Patail. dia tunjuk dengan saya, macam saya nak pengsan ada duit banyak itu dalam akaun Datuk Seri Najib.
“Tengok duit masuk akaun peribadi. Sebenarnya disebutkan peguam negara dahulu, sebelum dia juga nasibnya sama macam saya dipecat, dah ada hampir RM1 bilion dalam akuan Datuk Najib sebelum itu.
“Jadi semua yang disebutkan hampir RM4 bilion dalam akaun perdana menteri. Kamu percaya tak,” soalnya dalam satu ceramah di Ketereh, Kelantan baru-baru ini.

Datuk Zahid Jetlag Baru Balik US,Tapi Di Fitnah Sakit Stroke Pulak..!

in Berita Utama by

Khabar angin dan fitnah terhadap pemimpin negara tidak pernah berhenti.Terbaru di fb ada kalangan yang suka menyebarkan berita tanpa usul periksa..

Ds Zahid kononnya disebarkan berita kononnya  mengalami sakit stroke, malang buat mereka yang mempercayai cerita ni..dan bangang sungguh kepada mereka yang mereka reka cerita tanpa usul periksa..

 

sakitPisau kata ” aku pun penat kalau travel jauh jauh.. inikan pula buat mereka yang berumur..”

Pengundi Melayu Selangor Menyambut Baik Dan Berasa Gembira Dengan Skandal Wetland dan Kerajaan Negeri Menghapuskan Diskaun 10% Untuk Pembelian Rumah.

in Berita Utama by
Dalam garis panduan itu, lapor Nanyang Siang Pau, 10 peratus diskaun bumiputera bagi pembelian pangsapuri perkhidmatan, SOHO (rumah pejabat) dan Sovo (pejabat maya di rumah) akan dimansuh.
“Kerajaan Selangor akan umumkan butiran terperinci semasa melaksanakan garis panduan ini pada 1 September depan,” exco kerajaan negeri Teng Chang Khim dipetik sebagai berkata.
Sementara itu, menurut Teng lagi, bawah garis panduan baru, harga jualan pangsapuri perkhidmatan ditetapkan antara RM250,000 hingga RM270,000 seunit serta RM230,000 seunit bagi SOHO dan Sovo.

Kerajaan pakatan harapan Selangor memberi sinar baru buat semua pengundi mereka. Langkah yang diambil untuk menghapuskan diskaun 10% disambut pengundi dengan penuh kesyukuran.

 

Rata rata pengundi melayu tersenyum lebar kerana mereka berasa taraf mereka sebagai bumi sudah lapok apatah lagi negara bakal menyambut kemerdekaan yang ke 59 tahun. Dengan menghapuskan diskaun 10% maka secara tidak langsung taraf bumiputra di Selangor bolehlah dihapuskan sama sekali.

 

Apalah sangat 10% tu…pengundi Melayu di Selangor semuanya berduit dan mampu.. sekadar 10% apa ada hal.. kecik punya cerita lah!

 

PAS yang sebelum ini begitu galak untuk mengantikan Umno dengan berkeris dan bertanjak dilihat mendiamkan diri , ini kerana mereka perlu menjaga periuk nasi mereka didalam kerajaan negeri Selangor . Apatah lagi dengan kehadiran parti PAN ,PAS sudah tidak mampu untuk jual mahal kepada PKR. Jawatan sebagai exco didalam negeri Selangor boleh hilang begitu saja.

 

Maka langkah PAS mendiamkan diri adalah amat bijak. Manakala YB Menteri Besar Selangor yang terlibat dengan skandal Wetland seperti yang didedahkan oleh sahabat baik beliau Chegu Bard telah memberi nafas baru dalam kaedah mentadbir kerajaan negeri.

 

Pisau lihat cara Azmin mentadbir kerajaan negeri Selangor amat berwarna warni,beliau terpaksa tunduk kepada kehendak DAP jika mahu kekal sebagai Menteri Besar,ironinya Azmin tak ubah seperti Nizar Lambai mantan MB Perak yang menjadi kaldai kepada DAP selama 9 bulan.

 

Selangor bakal mengikut jejak langkah Pulau Pinang,melayunya makin layu dan makin terkulai apabila hak terhakis dan kuasa memerintah hanya atas ehsan DAP..

Hapus Diskaun Perumahan Bumiputra, Apakah Tersirat?

1. Keputusan kerajaan Selangor menghapuskan diskaun 10 peratus untuk golongan Bumiputra membeli rumah mampu milik adalah cara ‘halus’ menghalang orang Melayu meningkatkan pemilikan perumahan di negeri ini.

2. Malah keputusan kerajaan Selangor menetapkan harga pangsapuri perkhidmatan (‘service apartment’) mampu milik dari RM250,000 hingga RM270,000 dibuat secara tersirat, memandangkan tidak ramai kalangan orang Melayu berkemampuan membeli rumah pada harga tersebut.

3. Manakala kenyataan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim bahawa rumah mampu milik adalah hak golongan berpendapat rendah jelas bercanggah dengan keputusannya menaikkan pendapatan siling untuk memiliki rumah mampu milik dari RM8,000 kepada RM15,000.

4. Persoalannya, adakah mereka yang bergaji RM15,000 didefinisikan sebagai golongan berpendapatan rendah dan berapa peratus orang Melayu di negeri ini yang menerima gaji setinggi itu?

5. Majoriti orang Melayu di negeri ini menerima gaji di bawah RM5,000 dan pastinya dengan harga siling rumah mampu milik ditetapkan kerajaan Selangor, tidak ramai kalangan Melayu berkemampuan membeli rumah berkenaan.

6. Dan saya cukup yakin, ramai kalangan orang Melayu sukar mendapat pinjaman perbankan untuk membeli rumah berkenaan dengan tangga gaji mereka ini, sedangkan harga rumah mampu milik pula terlalu tinggi.

7. Maka keputusan kerajaan Selangor menghapuskan diskaun 10 peratus untuk Bumiputra membeli rumah mampu milik merupakan suatu penafian kepada hak orang Melayu memiliki rumah di negeri ini.

8. Lebih menyedihkan lagi, keputusan kerajaan Selangor meningkatkan pendapatan siling kepada RM15,000 akan meningkatkan persaingan dan merendahkan lagi orang untuk orang Melayu memiliki rumah.

9. Hakikatnya orang Melayu tidak menolak persaingan, tetapi biarlah persaingan itu adil dan tidak memberi kelebihan kepada kaum tertentu sahaja.

10. Berdasarkan keputusan dibuat kerajaan Selangor ini, timbul persoalan, adakah semua tindakan ini merupakan langkah terancang untuk menghalau Melayu kembali ke kawasan kampung?

 

Pisau kata ” rakyat Selangor dapat habuan sempena merdeka!”

BUANG IDENTITI AGAMA DALAM MYKAD- DAP

in Berita Utama by

14034912_378762722247716_6233130011145951296_n

Mei tahun lalu Ahli Parlimen DAP, Zairil Khir Johari mempersoal kewujudan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM). Ia jelas bertentangan dengan semangat demokrasi serta akan membangkitkan lagi suasana tegang dalam masyarakat.

 

Apa misi Zairil dalam DAP? apakah beliau wakil rakyat DAP beragama Islam atas nama sahaja untuk agenda memburukan Islam? Apa agenda anak tiri Allahyarham Tan Sri Mohd Khir Johari ini? Semua tahu Allahyarham Khir Johari telah berkahwin Sri Christine Lim pada Februari 1996 yang sudah mempunyai dua orang anak yang kemudiannya diislamkan iaitu Zairil dan Yusri.

 

Terbaru pemimpin DAP Zairil Khir Johari menyarankan supaya status agama rakyat Malaysia dalam MyKad mereka dimansuhkan. Katanya identiti agama dalam kad pengenalan rakyat Malaysia merupakan satu diskriminasi yang perlu dielakkan.

 

Zairil berkata, agama adalah urusan kepercayaan seseorang individu yang tidak boleh diputuskan oleh birokrasi. Adalah tidak masuk akal seseorang itu disahkan sebagai muslim jika mereka tidak lagi beriman dengan Islam. Terutama mereka yang sudah menganut agama yang berbeza.

 

Zairil DAP keliru antara rakyat yang beragama Islam dan mereka yang telah murtad yang memerlukan kes dibawa ke mahkamah. Walaupun hak kebebasan beragama yang terkandung dalam Perlembagaan Negara namun Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan meletakkan Islam agama Persekutuan dan mengikut Perlembagaan Persekutuan juga Perkara 11 (4) memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau kerajaaan persekutuan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan atau mengembangkan ajaran atau kepercayaan mereka kepada orang-orang Islam.

 

Perkara 11 (4) Perlembagaan memperuntukkan “Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.”

 

Kebebasan yang diberikan untuk mengamalkan agama masing-masing ini juga tidaklah sehingga membenarkan apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang, mendatangkan masalah kepada kesihatan awam dan akhlak individu yang lain. Perkara ini diperuntukkan dalam Perkara 11 (5) Perlembagaan.

 

Berdasarkan kuasa yang diberikan di bawah perkara 11 (4) Perlembagaan tersebut, maka kerajaan-kerajaan negeri sejak 30 tahun yang lalu telah meluluskan undang-undang untuk mengawal pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam, sebagaimana berikut :-

 

1. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Terengganu, 1980 (Enakmen No. 1/1980)

 

2. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Kelantan, 1981 (Enakmen No. 11/1981)

 

3. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Kedah, 1988

 

4. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Melaka, 1988 (Enakmen No. 1/1988)

 

5. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Perak, 1988 (Enakmen No. 10/1988)

 

6. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor, 1988 (Enakmen No. 1/1988)

 

7. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Pahang, 1989 (Enakmen No. 5/1989)

 

8. Negeri Sembilan: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Negeri Sembilan, 1991

 

9. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Johor, 1991 (Enakmen No. 12/1991)

 

Hanya Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Perlis yang belum menggubal undang-undang sedemikian, walaupun kuasa telah diberikan oleh Perlembagaan.

 

Oleh yang demikian 31 juta rakyat di negara ini identiti agama dan kaum bukanlah satu masalah dalan Mykad. Malah ia penting sebagai identiti seorang individu di negara ini. Jadi cadangan DAP jelas mempunyai agenda tersendiri.

 

Kalau Zairil murtad sekalipun bawalah ke mahkmah. Biar mahkmah tentukan Zairil beragama apa dan boleh menukar kad pengenalan atau tidak. Bising-bising untuk rakyat Malaysia buat apa.

sumber:Fb kaptenM

#tolakDAP

Pusat Penyelidikan Pas Baru Tahu Agenda Besar Dap? “hanya hirup sup babi..tapi dagingnya tak makan..”

in Berita Utama by

Apabila membaca pendedahan oleh Dr Mohd Zuhdi,Pisau berasakan PAS sengaja baru memilih untuk tidak percaya kepada DAP. Apakah selama ini mereka tidak sedar betapa beribu artikel oleh blogger dan facebooker mendedahkan agenda jahat DAP.

 

Adakah PAS baru sedar dari tidor? Atau sesudah talak baru mengeluarkan kata benci kepada DAP?

 

Sebenarnya secara tak langsung Pusat Penyelidikan PAS mendedahkan kebebalan mereka sendiri yang mengambil langkah untuk tidak mahu menerima nasihat orang lain malah menyerang pihak yang mendedahkan kejahatan DAP.

 

PAS yang semua orang tahu bagaikan tergantung.. ke tanah pun tidak..naik ke langit pun tidak.. hala tuju mereka bagaikan merayau tak ada haluan. Umno yang istiqamah mempertahankan agama bangsa dan negara dilayannya acuh tak acuh.. Pergilah tanya mana mana ahli PAS dan penyokong mereka.. kalangan mereka ini membenci Umno hingga mengaitkan PAN anjing DAP adalah belaan Umno.

 

Ada juga ahli PAS menuduh Umno tidak menyokong RUU 355,malah dengan sombongnya PAS mendabik dada kejayaan Hj Hadi hanya atas inisiatif PAS berseorangan. Sedangkan mereka tidak sedar 2 ahli parlimen dari Umno yang menyokong Hj Hadi. Dalam masa yang sama Ds Najib yang membantu Hj Hadi di parlimen.

 

Cuba PAS berterus terang,rakyat diluar sana masih kurang faham apabila melihat telatah PAS yang masih mahu berpeluk bersama PKR sedangkan parti itu berkucup kuat bersama DAP.Seolah hanya hirup sup babi..tapi dagingnya tak makan..

 

PAS tak perlu bongkak.. berlapang dada.. dan harus jujur pada diri sendiri..

 

Pusat Penyelidikan PAS mendedahkan niat DAP untuk merampas tampuk pentadbiran kerajaan Malaysia daripada kaum Melayu dengan memperkudakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS sewaktu berada dalam Pakatan Rakyat.

 

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, DAP turut merangka strategi tersebut dengan memperkudakan beberapa individu atau tokoh Melayu yang menyertai DAP semasa kewujudan Pakatan Rakyat.

 

“Semenjak PAS bertahaluf bersama DAP dalam Pakatan Rakyat sebelum ini, Pusat Penyelidikan PAS telah menelaah strategi dan unjuran DAP untuk menguasai Malaysia melalui Pakatan Rakyat iaitu dengan memaksimakan kemenangan calon-calon bukan Islam dan meminimakan kemenangan calon-calon Islam.

 

Pendekatan mereka (DAP) dengan memainkan isu-isu sensitif berkaitan sentimen agama dan kaum, seperti isu kalimah Allah, penolakan dasar-dasar afirmatif seumpama Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan lain-lain. Ketika itu, PAS sentiasa menjadi halangan utama,” dedahnya dalam satu kenyataan semalam.

 

DAP pada Ogos lalu mengumumkan Pakatan Rakyat telah berkubur dan membentuk satu gabungan baharu parti pembangkang bersama-sama PKR dan Parti Amanah Negara (PAN).

 

Mohd. Zuhdi dalam pada itu mendedahkan kajian Pusat Penyelidikan PAS mendapati pemimpin DAP kini semakin rakus dan ghairah untuk menawan Putrajaya dengan menunggangi Pakatan Harapan.

 

Menurutnya, DAP turut menyerang kepentingan masyarakat Islam, tidak menghormati institusi Melayu, memperlekehkan kepimpinan Islam dan mengobarkan sentimen anti Melayu untuk terus melonjakkan sokongan pengundi bukan Islam.

 

“Bagi mendapat sejumlah kecil sokongan pengundi Islam yang turut penting untuk menawan Putrajaya, DAP mempergunakan PAN dan segelintir PKR untuk menyempurnakan hasrat mereka.

 

“PPP yakin pengundi Melayu-Islam akan menolak DAP, malah pengundi Cina dan bukan Islam yang lain juga akan menyedari niat kotor DAP ini,”

sumber:Mynewshub

 

Pisau kata ” sekurang kurangnya PAN tak munafik..”

Mahasiswa Jadi Mahasasau Berdemo #TangkapM01 Hingga Ada Bayi Di Kotori Fitnah Yang Menggila !

in Berita Utama by

Demo la tak serupa dulu! Dulu haprak pakatan menggila merosakkan harta benda ,menyusahkan rakyat ,peniaga rugi ratusan juta ringgit dan kesesakan lalu lintas.

Malah demo kali ini hampir 99% adalah melayu berbanding sebelum ini apabila puak cina pembangkang dengan aksi angkat penyapu dan berbaur provokasi yang rasis tidak berani tunjuk muka.

Setelah menggunakan kera dan babi sebelum ini tak berapa menjadi maka nama mahasiswa pula digunakan untuk Demo #TangkapM01 . Kita semua tahu siapa dibelakang demo ini apatah lagi kehadiran pemimpin pembangkang yang menabur wang kepada penganjur,dengan harapan mereka mampu menurunkan mahasiswa untuk bersama mereka ternyata gagal.

Bayangkan ada lebih 1 juta mahasiswa,kita tengok berapa ekor yang berjaya menjadi mahasasau?

 

demo_tangkap_MO1_8_bersurai demo_tangkap_MO1Bertambah getik.. apabila ada dikalangan mereka ini mengheret anak anak kecil untuk buat kerja gila..berpanas malah merbahaya jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini..

Bayi bayi ini bagaikan kain putih..malangnya dikotor dengan kerja gila oleh mak bapak mereka..

babydemo3 babydemo2 babydemoPisau lihat demo ini mahukan agar M01 di tangkap,menariknya pihak berkuasa Amerika tidak pernah menamakan siapakah M01 malah diakui tidak pernah mengaitkan DS Najib Razak.Rata ratanya yang hadir menayangkan muka Ds Najib dan Ds Rosmah.. Kita tertanya tanya apa sebenarnya yang mereka mahu?

Adakah dengan membuat fitnah ..mereka mengharapkan mangsa fitnah ditangkap? Plakad yang dicetak kononnya wang 2.6 billion di curi..kata mereka wang rakyat..

Wang rakyat? Biar betul..??  Sedangkan raja arab mengaku memberi derma ..malah Ds Najib sendiri mengaku menerima..malah turut mengaku memulangkan kembali baki wang tersebut kepada keluarga raja arab..

Justeru ..dari mana katanya wang 2.6 billion dicuri?

Demo ini tak lebih kepada demo fitnah yang jahat.. menyusahkan rakyat malah mereka menjaja fitnah hingga ke jalan raya..

Kera dan babi di pakai sudah.. sekarang mereka guna mahasasau untuk menghalalkan cara..

Pisau kata ” dah terbukti fitnah.. apa lagi puak ni mau?”

Tun M Kritik Bangsa Johor,Cetus Kemurkaan Sultan.

in Berita Utama by

WhatsApp Image 2016-08-25 at 12.44.52 PM

Sultan Ibrahim murka atas kenyataan Tun M yang menyifatkan bangsa Johor pecah belahkan perpaduan di negara ini.

Berikut adalah kenyataan Tun M ;-

Menyemarakkan semangat kebangsaan negeri seperti bangsa Johor adalah tidak sihat untuk Malaysia dan boleh membawa kepada keruntuhan persekutuan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Beliau menegaskan, bahawa semua negeri perlu memperjuangkan semangat sebagai rakyat Malaysia, bukan sebagai rakyat negeri berbeza kerana hanya melalui perpaduan sahajalah, Malaysia akan makmur.

“Adalah hak mereka untuk mempromosikan idea itu. Tetapi bagi saya, jika setiap negeri cuba untuk berpisah, maka persekutuan akan runtuh. Kita perlu bekerja bersama kerana hanya dengan perpaduan kita boleh menjadi makmur.

“Malah, ketika kita berpisah sebelum ini, kita tidak makmur. Kita hanya makmur selepas kemerdekaan kerana kita bersatu dalam persekutuan dan menyokong satu sama lain,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Putrajaya hari ini.

WhatsApp Image 2016-08-25 at 10.58.05 AM

Akibat daripada kritikan Tun M,adakan Pribumi mampu bertapak kukuh di Johor? Adakah bangsa Johor boleh menerima kehadiran Pribumi yang presidennya juga adalah anak Johor?

 

Pisau kata ” ramai yang hormat Tun M,tapi tak bererti mereka menyokong.. “

Lupakan Perjuangan Islam! Kembalilah PAS Ke Pangkuan , Rayu DAP!

in Berita Utama by

“Saya rasa agak sukar untuk Parti Islam Semalaysia (Pas) kembali berbaik dengan DAP kecuali ada perjanjian agar tidak menyentuh bab agama dan perkauman,”.

 

Itu kata Pengarah Pendidikan Politik Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Chiong Yoke Kong ketika ditemubual MalaysiaGazette di pejabatnya baru-baru ini.

 

Katanya, DAP cuma tidak mahu agama atau perkauman dicampur aduk dengan kefahaman politik tetapi Pas berdegil mempertahankannya.

 

“Akibatnya, Pas dan DAP terus bertelagah dan akhirnya Pas membawa haluannya sendiri tanpa bergabung lagi dengan PKR, PAN dan DAP sendiri di bawah payung Pakatan Harapan (PH).

 

“Tak tahulah kalau pada saat-saat akhir nanti Pas akan menukar fikiran untuk kembali bersatu dalam pakatan pembangkang demi mencapai tujuan yang sama,” katanya.

 

Mengharapkan yang terbaik, Yoke Kong mengakui kemenangan parti pembangkang kini hanya terletak di tangan penyokong-penyokong Pas.

 

“Buanglah yang keruh, ambil yang jernih. Pada masa sama, semua parti pembangkang tak perlu sebut tentang agama atau perkauman jika berjaya duduk satu meja,” ujarnya.

 

DAPSY sebelum ini terang-terangan menolak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengumumkan keahlian parti tersebut adalah untuk orang Melayu dan Bumiputera sahaja.

 

Bagi ahli bukan Melayu, mereka tidak layak di dalam saf kepimpinan parti dinaungi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Pisau kata ” Hahaha.. PAS ni .. DAP dah merayu tu.. jangan kuat merajuk.. “

Tun M Beri Amaran,Jika Tak Terima Pribumi Pembangkang Akan Kalah! Siapa Sebenarnya Bos?

in Berita Utama by

Who’s the bos? Baru sehari dua duduk bersama pembangkang Tun M seperti biasa sudah tunjuk taringnya. Itulah anggapan penyokong pembangkang sinis dengan kehadiran PRIBUMI yang sekarang ini menjadi seteru BN.

PAS memang diketahui berpatah arang tidak akan sama sekali bekerja sama dengan DAP dan PAN.Tetapi boleh bekerja sama dengan PKR.Ironinya PKR pula berkucup rapat bersama DAP,senario ini jika dilihat seolah PAS hanya menghirup sup babi tapi dagingnya tak makan..

Kenyataan terbaru Tun M seolah cuba mengajar PAS ,namun adakah PAS sanggup tunduk atas kehendak PRIBUMI dan PKR?

Tun M sindir pembangkang takkan menang jika tak terima PRIBUMI

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad kesal dengan tindakan PAS yang menolak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PRIBUMI) untuk bersama-sama menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU14) akan datang kerana tindakan itu hanya akan memenangkan kerajaan.

Menurut Dr Mahathir sebagai Pengerusi PRIBUMI, tindakan PAS yang rela pertindihan kerusi berlaku akan menyebabkan pembangkang kalah kerana berlawan sesama sendiri.

“Kalau PAS tidak terima PRIBUMI, pakatan pembangkang akan berlawan sesama sendiri menyebabkan mereka akan kalah.

 

image.jpg

PRIBUMI seolah begitu yakin mereka menjadi pencatur turun naiknya pembangkang dinegara ini. Adakah kera kera haprak pakatan sanggup bertuankan Tun M dan meninggalkan Anwar?

img_2657.jpgPisau kata ” DAP pertahankan rasuah Lim Guan Eng”

Kerusi Kepada Pribumi,Ini Sebab DAP Makin Sasau Dan Marah Terhadap PKR ! PKR Umum Sanggup Beri 

in Berita Utama by


Apabila Naib Presiden PKR mengumumkan kesediaan mereka untuk melepaskan kerusi milik parti itu ini secara tidak langsung memberi tamparan kepada DAP.

Kita semua sedia maklum betapa PKR amat bertegas dan tidak akan memberi ruang kepada DAP semasa PRN Sarawak. Ketika itu berlakunya pertembungan hingga pimpinan atasan DAP dan PKR bertelagah.
Khianat mengkhianati saling tidak mempercayai. Inilah resmi perhubungan diantara parti yang hidup hakikinya melalui fitnah dan pembohongan.
Mereka bukan saja berbohong kepada rakyat tetapi saling berbohong sesama mereka.
DAP pasti melihat PRIBUMI sebagai tukang kacau dan menyemak kerana.. dalam masa yang sama PAS juga tak kurang marahnya terhadap DAP.
DAP khianat terhadap Pas, kesetiaan PAS atas dasar cinta dibalas dengan lahirnya PAN.

Adalah DAP akan membiarkan proksi parti PAN membiarkan PKR jual kerusi kepada PRIBUMI.

Pisau yakin DAP tidak akan sesekali membiarkan Pribumi begitu saja.. apatah lagi parti Tan Sri Muhyidin dan Tun M ini masih belum baiah menyatakan taat setia kepada DAP.

Apatah lagi sebut saja Pribumi sudah pasti berlawanan dengan dasar dan perlembagaan parti DAP yang kuat dengan Malaysian Malaysia.
Kita sebagai rakyat sudah pasti tidak akan memberi undi kepada kelompok yang sebobrok ini. Sesama mereka pun belum tentu ada kejujuran jauh sekali untuk berlaku jujur kepada rakyat.
Pisau kata ” Kes rasuah banglo terlajak murah buat DAP sasau”

Pemerhati politik kebanyakan mengatakan kewujudan PAN adalah satu ‘penyesalan’ buat PKR & DAP kerana strategi yang GAGAL dan MUSNAH, PKR dan PAN Sedang Bergolak Di Selangor ?

in Berita Utama by

Apabila Abdul Rahman Abdul Talib mula melemparkan sumpah seranah kepada PKR ia telah memberi gambaran bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan hubungan PAN dengan Parti Keadilan khususnya di negeri Selangor.

 

Abdul Rahman Abdul Talib atau lebih dikenali sebagai Tulang Besi merupakan penyokong tegar PAN melemparkan lapan kata nista kepada PKR hanya kerana Parti Keadilan itu menuduh PAN sebagai khadam DAP.

 

tb

Walaupun Tulang Besi tidak menyatakan sebab-sebab dia melemparkan nista kepada PKR itu, namun blogger pro PAS, Tentera Semut Gerup memberi sedikit pencerahan apa yang sedang berlaku dalam Kerajaan Selangor mutakhir ini.

 

“Semalam kecoh…

 

“Pimpinan PAN menyerang pimpinan PKR di SUK kerana maklumat sulit hasil perbincangan yang tersiar di media sosial (nama pemimpin PAN yg menyerang pemimpin PKR dirahsiakan demi menjaga aib mereka).

 

“PKR dituduh tidak patuh pada janji dan sengaja membocorkan maklumat sulit hasil perbincangan yang berlaku antara pimpinan PKR, DAP, PAN, BERSATU dan PAS.

 

“Komen aku… Padan muka hangpa. Dua dua tak leh pakai,” dedahnya.

 

92649-kemana2bhala2btuju2bpan

Sebelum ini, Tentera Semut Gerup mendedahkan terdapat perbincangan pimpinan PKR, DAP, PAN, BERSATU dan PAS di Selangor.

 

Memetik sumber daripada PKR, blogger itu mendedahkan enam perkara telah diputuskan untuk mengekalkan kemenangan pembangkang di Selangor iaitu :

 

1. PKR akan bertanding di kerusi yang sama dalam PRU 13.

 

2. DAP akan bertanding di kerusi yang pernah ditandingi masa PRU 13.

 

3. PAS juga akan bertanding dikerusi yang pernah ditandingi dalam PRU 13.

 

4. BERSATU pula akan diberi kerusi dari DAP dan PKR untuk ditandingi.

 

5. PAN pula dicadang oleh pimpinan DAP supaya dibubarkan dan pimpinan PAN diberi beberapa kerusi ‘ehsan’ dari DAP. Ini kerana PAN ‘tidak menonjol, tidak mendapat sambutan dan tidak disukai’ oleh kebanyakan rakyat.

 

6. PKR dan DAP risau jika PAN bertanding akan kalah. Oleh itu PAN akan diserap ke dalam dalam DAP. Tapi pemimpin PAN tak setuju.

0d010-gagasan2bsejahtera2b1

Tentera Semut Gerup turut mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin yang menegaskan parti itu akan tetap menjalinkan kerjasama dengan PAS, meskipun Parti Islam itu menubuhkan platform Gagasan Sejahtera.

 

“Menurut Naib Presiden PKR, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin… walau pun tiada suatu penyertaan bersama, namun ianya ‘hak’ sebuah parti untuk bersama samada dengan bertulis atau tidak…

 

“Fahaman disebalik ayat tersurat ialah PKR bimbangkan kerusi MB terlepas dari genggaman PKR sekarang…

 

“Dalam bahasa tersirat… PKR sedang mengemis jawatan MB Selangor untuk dijadikan ‘kerusi tradisi’ PKR untuk survival selepas PRU14 nanti…

 

“Pemerhati politik kebanyakan mengatakan kewujudan PAN adalah satu ‘penyesalan’ buat PKR & DAP kerana strategi yang GAGAL dan MUSNAH…,” ulasnya. – AIDC

Pelaksanaan Sewa Beli Rumah PPR Tanpa Deposit Dan Bas Percuma Tidak Di Sokong Pembangkang!

in Berita Utama by
Inilah yang dikatakan kerajaan mendengar dan melaksanakan dasar yang mensejahterakan rakyat.Di luar sana apa yang kita dengar dari pembangkang siang malam hanya berkisar politik .. Politik 24 jam hingga mereka langsung peduli untung nasib rakyat.
Jangan kata abang tak payung.. hah.. pelaksanaan sewa beli rumah PPR Tanpa Deposit dan tambang bas percuma memang benar benar menyentuh denyut nadi rakyat marhain.. apatah lagi mereka yang tinggal di PPR memang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.
Pengumuman sebegini memang menguntungkan rakyat,tetapi benar benar merugikan puak pembangkang! Ada kita dengar puak pembangkang memberi sokongan? Ada mana mana pemimpin pembangkang menyokong langkah kerajaan membantu rakyat?
Sebenarnya pembangkang mahu melihat rakyat menderita dan bagi mereka amat mudah untuk mencucuk jarum fitnah agar membenci kerajaan..
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, hari ini mengumumkan bahawa Projek Perumahan Rakyat (PPR) di ibu negara akan dilaksanakan secara sistem ‘sewa dan beli’ tanpa bayaran deposit.
Beliau berkata, langkah itu merupakan inisiatif kerajaan bagi menangani isu kemiskinan bandar membabitkan masalah penempatan bagi meringankan beban rakyat.
Menurutnya, dalam usaha meringankan beban golongan miskin bandar, Kementerian Wilayah Persekutuan diarah untuk turut memberikan perkhidmatan bas sekolah percuma kepada anak-anak penghuni PPR.
“Saya dengan ini mengarahkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya melaksanakan (kemudahan itu) melalui DBKL supaya semua PPR dibuat sewa beli tanpa bayar deposit.
“Untuk anak-anak sekolah di semua rumah PPR, saya arahkan supaya berikan bas sekolah secara percuma,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Lembah Pantai, di sini.
Yang turut hadir ialah Tengku Adnan merangkap Setiausaha Agung UMNO; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Jumlah PPR di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meliputi 33 kawasan selain Perumahan Awam (PA) DBKL yang dibina di 37 kawasan membabitkan jumlah penghuni seramai 180,000 orang.
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, masalah kemiskinan bandar merupakan isu realiti yang dihadapi semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan keturunan.
Maka, kata beliau, kerajaan perlu adil dalam menyelesaikan masalah berkenaan dan perlu segera mena­nganinya kerana mereka yang tinggal di bandar sudah sekian lama dihimpit kesusahan akibat kenaikan kos sara hidup.
“Soal kemiskinan bandar merupakan satu realiti, bukan sahaja orang Melayu menghadapi masalah ini. Maka dasar kerajaan perlulah adil kepada semua kaum dan masalah kemiskinan bandar mesti diatasi.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak amat prihatin terhadap masalah masyarakat miskin bandar tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Jadi sudah tiba masanya kerajaan menyelesaikannya kerana sudah lama rakyat ini dihimpit kesusahan,” katanya.

Kononnya Patriotik,Tokoh Industri Tong Gas Hentam RTM dan TV1 #olimpik2016

in Berita Utama by

Asalkan bangkang dan bangkitkan persepsi buruk terhadap kerajaan adalah matlamat utama. Inilah yang dilakukan oleh DAP ultrakiasu rasis chauvanis yang mengemparkan seluruh negara kononnya RTM dan TV1 tidak menyiarkan perlawanan akhir badminton beregu campuran negara.

Semua orang tahu dan menonton siaran langsung perlawanan tersebut di TV1 RTM, apa yang menarik apabila tokoh gengster industri tong gas Ng Wei Aik penjilat tegar kaki rasuah Lim Guan Eng secara semberono menghentam RTM.

Inilah senario politik tempatan,biar bodoh asalkan bangkang..

wei aik
jom kita tonton saat Ng Wei Aik dinobatkan sebagai gengster tong gas

Pisau kata ” disebabkan rasuah Lim Guan Eng.. maklumat dalaman CEC putuskan untuk tidak mengadakan PRN Pulau Pinang sebab dah tahu pakatan bakal kalah… “

Selepas PAN,Pribumi Istihar Mahu Di Jadikan Tunggangan DAP. Muhyiddin Bakal Jadi Kepala Tunggangan Baru?

in Berita Utama by

Apa sudah jadi kepada Tan Sri Muhyiddin? sejak menubuhkan parti Pribumi sudah lain macam kenyataan beliau..

Tiba tiba DAP pula sudah menjadi seperti malaikat..tiba tiba DAP pula sudah menjadi tidak rasis.. inilah dunia politik.. prinsip pun boleh digadai hanya semata mata mahu menghalalkan cara.Muhyiddin dahulunya menyerang DAP..nah sekarang kita boleh lihat betapa sindrom terlupa dipentaskan..

Kenyataan Muhyiddin terhadap DAP:

1. DAP dengan tanpa segan silu membuat kenyataan demi kenyataan menghina Islam dan orang Melayu. Daripada soal kedudukan Raja-raja Melayu,  hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, segala-galanya cuba dipertikai dan dirobek satu demi satu oleh parti DAP.

2. Kemenangan DAP di Pulau Pinang serta mendominasi kerajaan pembangkang di Selangor seolah-olah memberikan lesen paling besar kepada PARTI PALING RASIS ini untuk menyerlahkan sikap cauvinis melampau.

3. DAP langsung tidak menghormati institusi Raja-raja Melayu, menghina pegawai-pegawai kerajaan yang majoritinya berbangsa Melayu, mencerca pasukan keselamatan dengan penghinaan yang keterlaluan, mempertikai institusi penguatkuasaan, menjatuhkan wibawa institusi kehakiman dan memperkuda sekalangan orang Melayu dengan tujuan mendapatkan kuasa bagi diri mereka sendiri.

4. DAP semakin ghairah menjalankan dakyah jahat ke atas umat Islam atas nama kebebasan beragama apabila umat Islam semakin nyaring suara membela kesucian agama Islam.

5. DAP tidak pernah melihat apa-apa kebaikan yang ada pada orang Melayu dan Islam. Bagi DAP, walaupun ia mendakwa ia parti demokratik pelbagai kaum, dari dahulu hingga sekarang DAP hanya dipimpin dari keluarga tertentu dalam kelompok tertentu dari kaum tertentu sahaja.

perlembagaan Malaysia DAP lim guan eng lim kit siang (1)Kita semua tahu betapa DAP amat rasis,ultrakiasu dan chauvanis dan yang terbaru PAS pun turut meninggalkan DAP kerana diperkudakan demi kepentingan politik jahat DAP.

Tiba tiba Pribumi menghulurkan leher,paling melucukan kalangan mereka adalah yang dipecat dan kecewa didalam Umno.

Pisau nak tengok sejauh mana pakej tunggangan yang disediakan Pribumi untuk DAP..

BN Boleh Menang PRU14 Jika Amal 5 Prinsip – Zahid Hamidi

in Berita Utama by

Nasihat yang diberikan oleh Ds Zahid amat berguna dan perlu dijadikan sebagai panduan oleh pemimpin BN. Pisau lihat BN kurang politiking dan lebih membantu menyelesaikan permasaalahan yang timbul dikalangan rakyat.

Rekod yang baik dan juga sistem penyampaian yang benar benar menyentuh denyut nadi rakyat mampu diterjemahkan kepada sokongan yang kuat kepada BN.

Berbanding DAP PKR PAS PAN dan Primbumi,politik 24 jam disertakan dengan pembohongan dan fitnah.Rakyat diluar sana tidak sebodoh yang disangkakan.Mereka sedar dan tahu mana baik dan buruk,kita dapat lihat buktinya semasa PRN Sarawak dan juga PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar.

Nasihat daripada TPM perlu diambil perhatian yang serius dan juga diambil sebagai persediaan menghadapi PRU14 tidak lama lagi.

 

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid menggariskan lima prinsip yang boleh membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU-14).

Timbalan Perdana Menteri berkata, prinsip itu ialah menyelesaikan masalah dalaman parti, turun ke bawah merungkai isu rakyat dan akar umbi, memilih calon disukai dan mampu menang, kerja keras dan jangan rasa selesa serta menyalurkan peruntukan untuk kebajikan rakyat. 

“Jika lima prinsip ini dapat kita ikuti, saya yakin kita mampu menang dalam PRU akan datang. Yang penting kita tidak boleh rasa terlalu selesa. Kerana rasa terlalu selesa, kita terlepas Selangor kepada pembangkang.

“Kita kena belajar pengalaman lalu. Tidak boleh rasa selesa. Tidak boleh menganggap ‘business as usual’. Kita akan hadapi PRU-14. Adakah mahu rasa selesa lagi,” katanya ketika merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu di sini, petang ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar; Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail dan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan.

Terima Dana 1.2Billion Dari Israel, DAP Perlu Segera Kemuka Saman.

in DAP by

Roketkona-Penasihat DAP, Lim Kit Siang didesak mengemukan saman bagi membuktikan partinya tidak pernah menerima dana RM1.2 bilion dari Israel untuk pilihan raya umum lalu seperti didedahkan bekas Pegawai Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamed Razali Abdul Rahman, lapor sebuah portal berita.

Menurut portal berita berkenaan, desakan tersebut semakin kuat setelah poster kenyataan Kit Siang awal tahun ini disebarkan melalui media sosial.

Kit Siang, Januari lalu, berjanji akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan Razali, namun setelah lebih lapan bulan, kepimpinan DAP dilihat masih membisu.

Tindakan kepimpinan parti tersebut yang terus menyepi menimbulkan tanda tanya dan seolah mengiyakan kenyataan Razali mengenai dana dari Israel itu.

Razali, bekas pegawai khas KM Pulau Pinang, mendedahkan bahawa parti DAP menerima USD 300 juta (RM1.2 bilion) dari kerajaan Israel secara bersyarat pada pilihan raya umum lalu, melalui kedutaan negara itu di Singapura.

PAS Kepanasan Di Mamah Fitnah Sarawak Report!  

in Berita Utama by

Ini messege yang disebarkan di banyak group telegram oleh penyokong dan ahli Pas.

Betapa meroyan sungguh puak Pas.. mereka seharusnya sedar inilah bahana fitnah yang selama ini mereka hadam hingga sudah menjadi darah daging mereka ketika saban hari membuat fitnah kepada Najib Razak dan Umno.

Ragam Khadam Babik DAP yang terus kelupoq.
Apabila Sarawak Report terbit berita fitnah pimpinan PAS dapat RM 90 Juta,mereka terus percaya lalu dijaja dan disebar serata supaya orang percaya PAS sudah makan ‘dedak’ daripada PM Najib.
Apabila Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown menjelaskan bahawa tuduhan itu ditulis hanya sekadar ‘widespread suspicion’, mereka tetap mahu terus sebar berita fitnah itu.
Apabila Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim mengumumkan PAS akan ambil tindakan menyaman Sarawak Report, mereka tidak mahu percaya kerana katanya itu belum diumum sendiri oleh Presiden PAS. 
Apabila Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi sendiri yang mengumumkan PAS akan saman Sarawak Report di United Kingdom, mereka tetap tidak mahu percaya kerana katanya ini hanyalah cakap kosong sahaja..
Aduhai, dah tu kamu mahu percaya apa sebenarnya.?

Mereka hanya percaya apa yang sesuai dengan selera kepentingan politik mereka sahaja, melebihi kebenaran yang hakiki.

Mereka menyangka Tuan Guru Presiden PAS ini sama dengan PM Najib agaknya, yang sekadar umum mahu saman tetapi tetap tidak saman.
*Untuk rekod, pada 19 Oktober 2007, Presiden PAS pernah menang saman di Royal Court of Justice, London, apabila Akhbar The Daily Mirror telah memfitnah beliau sebagai orang no 3 Al Qaeda. 

Ketika itu, Tuan Guru Presiden menggunakan khidmat Peguam Adam Tudor, di bawah Firma Carter Ruck . 

Akhbar tersebut diminta membayar pampasan RM 500,000 dan menerbitkan berita permohonan maaf kepada Tuan Guru Presiden di akhbar itu.

Saat inilah yang Pisau nantikan sejak sekian lama, kami yang mempertahankan Umno dan BN daripada fitnah puak pembangkang telah jawap pelbagai fitnah.. disertakan fakta dan bukti..

tetapi jika dah totok pemakan najis fitnah.. rebus pun dah tak empuk dah.. hitam legam cuci dengan klorox 18 kali pun tak lentur juga hitam hati puak pembangkang..

Inilah sikap hati hitam puak pembangkang.. jawap dan terang lah macam mana pun,mereka tetap tidak akan terima  kerana fitnah lebih lazat dari segala galanya..
Pas bagaikan sedang menerima kifarah.. dosa mereka terlalu banyak dengan membuat fitnah terhadap Umno dan BN.
Mungkin sekarang mereka sedang mengalami bahana doa “KO” dan “pecah perut”..
Sekarang Pisau lihat Pas lebih banyak retorik dan bermain tarik tali.Bukankah mudah jika Pas istiharkan perang terhadap puak pakatan Dap PKR PAN dan Pribumi..

Pisau kata ” dah kena batang hidung sendiri”

Pokemon Go Dari Kacamata Seorang Gamer

in Rencana by

SEPERTI yang dinyatakan sebelum ini, saya juga adalah peminat permainan digital. Sejak kecil hinggalah besar panjang, amat sukar untuk berpisah dengan game. Tanya sahajalah isteri saya betapa kali dia bermasam muka gara-gara cemburu kepada game.

Mustahil orang seperti saya tidak ghairah tatkala Pokemon Go diisytihar masuk ke Malaysia. Walaupun saya bukanlah peminat rancangan kartunnya, tapi kerana ia adalah sebuah game, tetap menggugat iman di dada. Namun setelah mendapat beberapa khabaran tidak enak berhubung Pokemon Go, saya mula selidik dan mengkaji permainan ini.

Oleh itu izinkan saya berkongsi beberapa pandangan berhubung permainan ini. Diharap gamers di luar sana tidak tersentap dan membaca dengan hati yang terbuka, akal yang waras dan iman yang sedar.

MELALAIKAN?

Saya tidak menafikan bermacam-macam lagi permainan di luar sana yang melalaikan. Sebelum Pokemon Go keluar, sudah berapa banyak berita yang dilaporkan tentang bahana ketagihan game. 

Remaja di China mati akibat serangan jantung ketika bermain game Stargate. Di negara sama juga seorang remaja membunuh rakannya akibat salah faham yang berlaku melibatkan pedang virtual sabrenya. 

Ada yang bunuh diri kerana gagal dalam misi Everquest dan ada yang bunuh diri kerana percaya dapat bertemu dengan karektor game yang diminatinya di alam lain. Bahkan seorang pemuda Amerika telah mencuri kereta polis dan membunuh tiga orang polis disyaki kerana terpengaruh dengan permainan GTA.

Namun Pokemon Go tidaklah lebih baik dari kes-kes di atas. Di Amerika Syarikat sahaja beberapa kes telah dilaporkan. Antaranya seorang pemuda memberhentikan keretanya di tengah-tengah lebuh raya untuk keluar mencari Pokemon yang berada di sekitar kawasan tersebut. 

Ini mengakibatkan kemalangan ngeri melibatkan beberapa buah lori treler dan kenderaan ringan lain. Antaranya juga kisah seorang pemuda yang jatuh ke dalam laut di jeti kerana terlalu asyik mencari pokemon. 

Lebih mengharukan, apabila beliau diselamatkan, beliau terus membuka telefon pintarnya dan meneruskan misi mencari pokemon. BBC turut melaporkan seorang warga US ditemui mati akibat terjatuh ke dalam gaung akibat pokemon. Buktinya game tersebut terpasang di dalam telefon bimbitnya yang berada di bawah mayat ditemui.

Game ini memiliki keburukan yang tersendiri. Yang membimbangkan ialah ia menjadi viral dan kegilaan hampir semua anak muda kini. Dalam masa yang pantas, rasanya semua handphone anak muda memiliki perisian permainan ini. Suatu fenomena yang tidak berlaku kepada kebanyakan game lain.

MENGHINA AGAMA?

Pengeluar game Pokemon Go, Niantic Inc bertindak kurang ajar apabila meletakkan haiwan-haiwan Pokemon di kawasan-kawasan ibadat seperti masjid, gereja, tokong, biara dan kuil. Ia juga diletakkan di kawasan perkuburan semua agama. 

Ini menyebabkan ramai yang ke tempat ibadat bukan lagi untuk mengadap tuhan, tetapi untuk mencari Pokemon! Sehingga sesetengah masjid terpaksa meletakkan tanda larangan keras bermain Pokemon di kawasan masjid.

Lebih menyedihkan apabila haiwan Pokemon turut dijumpai di atas Kaabah, tempat yang paling mulia di sisi umat Islam. Selepas ini jangan pelik jika ramai anak muda berduyun-duyun memohon visa umrah termasuk no-muslim!

Walaupun ada yang beralasan kita orang Islam tak perlulah cari sampai ke masjid tapi masih boleh main di tempat lain, ketahuilah bahawa kita mewujudkan demand yang tinggi terhadap permainan ini menjadikannya mampu beroperasi dan terus menghina institusi semua agama. Samalah juga seperti orang yang beralasan untuk memboikot Starbuck, McDonald dengan alasan halal dimakan.

MENGGANGGU PRIVASI?

Menurut laporan Berita Harian, seorang wanita di Californoa telah menyaman Niantic Inc kerana game tersebut telah mengganggu hak peribadi beliau. Menurutnya, sejak permainan ini dikeluarkan kawasan rumahnya dibanjiri orang ramai yang memburu dan berlawan Pokemon. 

Situasi sama juga dilaporkan berlaku terhadap seorang lelaki di Massachusetts. Beliau melihat orang memanjat masuk ke perkarangan rumahnya. Beberapa orang pemuda berada di hadapan rumahnya siang dan malam.

Ada yang beralasan game ini berbeza dengan game lain kerana ia membuatkan pemainnya keluar rumah dan hidup aktif di luar. Namun apa yang berlaku hanyalah gangguan terhadap privacy individu. Bahkan mereka langsung tidak berinteraksi dengan alam sekeliling. Kewujudan mereka di dalam atau luar bangunan sama sahaja.

MEMBAHAYAKAN DIRI?

Anda patut merasa bimbang jika anak anda ketagihan permainan ini. Kes-kes penculikan akan berleluasa sekiranya ramai kanak-kanak keluar rumah sendirian mencari Pokemon. Apa yang berlaku di Thailand, mereka menggodam sistem Pokemon dengan memberikan arahan-arahan palsu kepada anak-anak sehingga sampai ke tempat yang sunyi untuk mereka culik.

MEMBAHAYAKAN NEGARA?

Perkara ini sangat komplikated untuk diterang kepada mereka yang capaian akalnya terlalu singkat untuk memahami teori konspirasi. Walaupun bukan semuanya teori konspirasi di luar sana benar belaka, tapi konspirasi tidak boleh ditolak mutlak, lebih-lebih lagi apabila al-Quran dan hadis sendiri banyak mendedahkan tentang konspirasi.

Pokemon Go dicipta oleh Niantic Inc, syarikat yang diasaskan John Hanke yang juga pemilik syarikat Keyhole Inc. Keyhole ini adalah syarikat yang terlibat secara langsung dalam pembangunan teknologi pemetaan Geospatial. Keyhole juga didanai oleh berbagai agensi termasuk yang berkaitan dengan CIA iaitu NGO In-Q-tel.

Geospatial merupakan teknik pemetaan terbaru yang merakam akitiviti manusia di setiap tempat secara lebih tepat dan jelas. Amerika Syarikat telah menjadikan Geospatial Intelligence (GEOINT) sebagai sumber risikan dalam mengumpul maklumat-maklumat rahsia dan tabiat seharian setiap negara. Ia kemudian digunakan oleh Amerika dalam berbagai operasi ejen CIA di mana-mana negara.

“In the United States, Geospatial intelligence, GEOINT (GEOspatial INTelligence) is intelligence about the human activity on earth derived from the exploitation and analysis of imagery and geospatial information that describes, assesses, and visually depicts physical features and geographically referenced activities on the Earth. GEOINT consists of imagery, imagery intelligence (IMINT) and geospatial information.”

Sebelum ini, bentuk risikan terkenal adalah melalui remote sensing yang merakam imej melalui satelit. Namun begitu, ia tidak begitu jelas dan terhad atas berbagai halangan. Lagipun sudah banyak negara-negara lain berjaya mencipta alat umpama iron dome yang melindungi ruang negara dari dirakam satelit.

Pokemon Go membantu risikan GEOINT melalui kamera dan GPS yang mereka aktifkan ketika misi memburu haiwan Pokemon. Dengan mematuhi arahan permainan terbabit, pemain secara tidak sedar membantu perisikan Amerika Syarikat sehingga di dalam bangunan.

Sebelum ini, US menggunakan teknik geospatial melalui Google Streetview sebagai maklumat risikan sebagaimana yang didedahkan bekas ejen CIA, Edward Snowden. Namun ia tidak sehebat Pokemon Go kerana tidak dapat merakam setiap perubahan terkini serta terhad di luar bangunan sahaja.

Negara pertama yang mengharamkan kemasukan Pokemon Go ialah Iran. Namun hasil maklumat mendapati tentera Israel terlebih dahulu menghalang permainan ini. Kebanyakan negara-negara lain pula melarang permainan ini di tempat-tempat tertentu. Kini Rusia pula sedang berkira-kira untuk mengharamkan permainan ini.

HEDONISME?

Barat mengimport berbagai bentuk pemikiran yang memesongkan manusia dari pemikiran Islam yang sebenar. Khusus untuk anak muda, mereka menghidupkan budaya hedonisme. Hedonisme adalah pemahaman bahawa hidup adalah untuk berhibur dan berseronok. Setiap yang seronok adalah betul dan kebenaran diukur melalui tahap keseronokan sesuatu.

Lahir slogan-slogan hidup hanya sekali, nikmati sebelum mati, jangan sia-siakan zaman muda dan berbagai lagi ajakan supaya terjun dalam hiburan sehingga lemas.

Budaya hiburan semakin berleluasa kini sehingga yang tidak mampu bercakap soal hiburan tidak layak hidup di zaman ini.

Walaupun negara kita adalah majoriti muslim, negara kita menduduki antara tempat tertinggi kegilaan terhadap pelbagai bentuk hiburan. Bahkan melampau-lampau sehingga jika ditegur, melentingnya lebih daripada orang tidak beragama.

Dalam isu Selena Gomez, pemuda PAS mendapat kritikan hebat kerana melakukan bantahan. Para mufti juga dihina dengan begitu teruk oleh anak-anak hingisan kerana memfatwakan pengharaman Pokemon Go.

Hedonisme bukan sahaja menyebabkan rakyat jauh dari agama, bahkan hilang moraliti dan nilai manusiawi. Di samping itu ia boleh mengganggu operasi pentadbiran negara. 

Mengikut laporan akhbar baru-baru ini, kerajaan bercadang untuk menyekat akses Pokemon Go pada waktu bekerja akibat ramai kakitangan yang bermain di dalam pejabat. Bahkan di Iraq, seorang tentera Amerika leka bermain Pokemon walaupun sedang berada di dalam operasi petempuran di Mosul.

SADD ZARAI’

Mungkin langkah pengharaman yang diambil Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan dan Kedah atas alasan Sadd Zarai’. Mereka tidak menyatakan hiburan haram dalam Islam. Buktinya mereka tidak mengharamkan pelbagai permainan yang lain. Namun kerana fakta-fakta yang dikemukakan di atas, mereka mengambil berjaga-jaga untuk mengekang mafsadah yang lebih besar.

Sadd Zarai’ bermaksud menutup lubang kerosakan dengan mengambil langkah mengharamkan perkara-perkara yang harus pada dasarnya. Contohnya penjualan parang adalah halal, tetapi menjual parang di kawasan perang saudara bakal menyebabkan parang itu diguna untuk membunuh maka ia boleh diharamkan.

Ada yang beralasan mufti bersikap selektif kerana berfatwa tentang perkara-perkara tertentu sahaja dan mendiamkan diri dalam perkara lain, ini mungkin ada benarnya. Namun ia tidak boleh menjadi hujah menafikan fatwa yang mereka keluarkan. 

Jika mahu mengharuskan Pokemon, pendokong permainan ini perlu mengemukakan hujah-hujah bahawa manfaatnya jauh lebih besar dari mudarat-mudarat di atas. Jika ada, fatwa boleh berubah bukan sahaja menjadi harus, bahkan sunat atau wajib pun! Islam itu ada fleksibelitinya.

Kesimpulannya, tepuk dada tanya iman. Kalau yakin bermain Pokemon Go tidak memberi kesan langsung kepada keburukan yang disebut, maka teruskanlah. Namun jika suatu hari anda tergelincir, tidak ada alasan lagi untuk menyalahkan mereka-mereka yang tidak menegur.

Bagi saya, berlambak lagi permainan lain yang boleh dimainkan. Tidaklah sampai mati kalau tidak ada Pokemon Go. Umat Islam perlu ada jatidiri yang lebih teguh untuk bertahan di akhir zaman ini. Jangan terlalu mudah dibawa arus semasa hingga hanyut bersama kemodenan yang tidak berpedoman.

Tidak mengapalah kalau nampak kolot sikit dengan pegangan Islam. Itulah yang selama ini disebut Nabi SAW:

“بَدَأَ الإِسْلامُ غَرِيبًا ، وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا ، فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ ”

“Islam datang dalam keadaan yang asing, akan kembali pula dalam keadaan asing. Sungguh beruntungnlah orang yang asing” [HR. Muslim]

Hakikatnya, bukan kita yang asing, tetapi yang hidup mengikut arus itulah yang asing. Kita terkenal dan disanjung di sisi makhluk penduduk langit yang jauh lebih ramai dari bilangan manusia, sedang manusia lain asing tidak langsung dikenali oleh makhluk lain. 

ALANG IBN SHUKRIMUN 

Sarawak Report Mangsa Pas?

in Berita Utama by


Pas seluruh Malaysia mengelupur dek fitnah Sarawak Report..

Apa kata Pas mengaku saja terima 90juta.. sekurang kurangnya dapat lah orang percaya Sarawak Report hanya melaporkan berita yang benar benar belaka tak gitu?

Tindakan Pas seolah merosakkan agenda pembangkang.. bukankah merugikan propaganda fitnah yang mereka buat selama ini?

Dahulunya Pas Bantah Kerajaan Sekat Sarawak Report.Sekarang?

in PAS by


Mulanya Pas bukan main marah apabila pihak kerajaan menyekat Sarawak Report.

Pelbagai alasan diberikan kononnnya tindakan kerajaan menyekat kebebasan maklumat..

Apakah selepas ini Pas mahu kerajaan menyekat Sarawak Report pula apabila sudah terkena pada batang hidung sendiri?

Pas diseluruh Malaysia sekarang ini akan berpusu pusu balai Polis untuk buat laporan Polis. Bukankah bagus sejak dari awal lagi mereka sama sama menyokong langkah kerajaan sekat Sarawak Report.

*Laporan Polis Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang Terhadap Fitnah Sarawak Report Kepada PAS*
Hari : *Rabu*

Tarikh : *10 Ogos 2016*

Masa : *10.00 Pagi*

Tempat : *Ibu Pejabat Polis Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang*
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.

Pisau kata ” Pas bukan main suka bila orang kena fitnah, 

PAS Mengelupur Di Libas Fitnah Sarawak Report!

in Berita Utama by

Pisau berpeluang berbual dengan ramai penyokong dan pemimpin PAS. Rata ratanya menggunakan hujah berdalilkan Sarawak Report untuk menghentam Ds Najib,Umno dan BN.

Sarawak Report bagaikan kitab suci menjadi rujukan buat pendamba taik fitnah,busuknya bukan main hingga ramai yang bagaikan ketagih aromanya.

Penganut mazhab PAS memang tidak ketinggalan bersama sama penyokong haprak pakatan menyedut aroma busuk ini.Nikmatnya bukan main mengkhayalkan hingga mereka tidak nampak langsung apa yang Sarawak Report laporkan selama ini adalah fitnah semata mata.

Nah tiba tiba Sarawak Report palitkan sedikit najis fitnah kepada tubuh badan PAS.Bukan main meraung puak PAS tak tahan bau busuk fitnah ini.Hingga beribu messege di group whatsapp dan juga telegram PAS marahkan Sarawak Report.

Bahana fitnah Sarawak Report kini PAS sudah terkena tepat dibatang hidung sendiri.. BUSUK bukan?

 

Justeru Pisau berharap puak PAS agar sedar selama ini bau busuk najis fitnah yang mereka sedut dan hadam sudah sebati didalam kepala otak mereka agar beringat jangan terlalu leka dan seronok menghentam lawan dengan berbekalkan peluru fitnah.

 

Pas akan me­ngambil tinda­kan undang-undang ter­ha­dap portal berita propembangkang, Sarawak Report kerana didakwa memfitnah kepe­mim­pinan tertinggi parti itu menerima dana RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Sarawak Report dilihat mem­punyai agenda untuk mengaitkan Pas dengan UMNO.
Menurut beliau, laporan tersebut mempunyai niat jahat dan mencemarkan nama baik Pas serta dasar Islam yang menjadi teras perjuangannya.
“Pas ingin menegaskan bahawa berita tersebut adalah palsu dan berniat jahat.
“Tindakan memfitnah Pas ini menjejaskan dengan teruk kepercayaan orang ramai terhadap semua laporan mereka selama ini,” katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook beliau hari ini.
Kelmarin, Sarawak Report mendakwa, sebanyak RM90 juta disalurkan oleh Perdana Menteri dalam usaha mempengaruhi pucuk pimpinan Pas untuk menjauhi pakatan pembangkang.
Tuan Ibrahim menambah, tindakan ke atas Sarawak Report itu menepati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sesungguh­nya fitnah itu sedang tidur, Allah melaknat sesiapa yang mengejutkannya.”
 
Beliau juga menggesa kepada orang ramai supaya menjauhi fitnah dan menyebarkan sebarang berita berbentuk seperti itu terutamanya laporan Sarawak Report tersebut.
Pisau kata ” baru depa tau Sarawak Report ni pembohong dan fitnah”

JOKOWI PUJI MALAYSIA, GST INDONESIA LEBIH TINGGI

in Berita Utama by

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Malaysia berada di landasan yang betul untuk menjadi sebuah negara maju yang menjaga kebajikan rakyat.

Katanya, dasar-dasar kerajaan seperti memberi bantuan tunai kepada rakyat yang memerlukan menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), rasionalisasi subsidi minyak dan juga pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan menjaga kebajikan rakyatnya.

“Hasil perjumpaan saya dengan Presiden Jokowi (Joko Widodo), beliau memuji langkah kerajaan Malaysia dan mengakui cabaran yang dihadapi oleh Indonesia adalah lebih besar walaupun melaksanakan dasar yang sama seperti Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Rakyat Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia, malam tadi.

Najib berada di Jakarta dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari bermula semalam dan beliau dijadual menghadiri Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) yang bermula hari ini.

Katanya, beliau dimaklumkan oleh Jokowi, Indonesia juga memberikan bantuan kewangan kepada rakyatnya yang miskin, mengurangkan subsidi minyak dan mengenakan GST yang lebih tinggi daripada Malaysia.

“Jokowi beritahu langkah mengurangkan subsidi minyak dan pelaksanaan GST telah mengakibatkan populariti beliau dilaporkan jatuh sebanyak 70 peratus tetapi sebenarnya langkah itu telah memberi manfaat kepada pembangunan rakyat dan negara,” katanya.

Najib berkata, di Indonesia, wang hasil pengurangan subsidi dan GST di negara itu dapat digunakan untuk pembangunan infrastruktur dan pemberian tunai dalam akaun bank rakyat miskin yang memerlukan bantuan.

Perdana Menteri berkata, samalah seperti di Malaysia, kerajaan juga mengambil langkah tidak popular dengan rasionalisasi subsidi minyak dan melaksanakan GST demi kepentingan pembangunan negara dan menyalurkan bantuan tunai kepada rakyat.

“Kita telah menjimatkan wang sebanyak RM22 bilion menerusi rasionalisasi subsidi minyak dan kita mencari kaedah untuk pindahkan kepada bantuan rakyat yang memerlukan,” kata beliau.

Katanya, dasar memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan telah merancakkan ekonomi mikro dan apabila ekonomi mikro menjadi bagus ia seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi makro.

Indonesia telah menyatakan minat untuk mengikuti dasar kerajaan Malaysia yang mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak 5 peratus dengan kadar inflasi yang begitu rendah.

Beliau berkata dasar Malaysia itu telah dipuji oleh sebuah negara asing dan ia membuktikan Malaysia berada di landasan yang tepat.

“Negara luar memandang tinggi kita tetapi terdapat di kalangan rakyat kita yang memandang rendah negara sendiri, seharusnya kita bersama-sama membangunkan negara…kita boleh melakukan lebih baik (supaya) negara kita akan maju dengan sokongan semua.

Jika ada kekurangan kita tambahbaikkan dan fokus kita ialah perjuangan bagi membela nasib rakyat yang memerlukan,” katanya.

Najib berkata Malaysia kini berada di kedudukan ke-18 daripada 140 negara, mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan 20 ekonomi utama paling berdaya saing di dunia dan ia adalah sesuatu yang memberangsangkan.

Katanya, Malaysia akan terus mengembangkan rangkaian kerjasama dengan Indonesia dan akan mencari peluang-peluang perniagaan di Indonesia untuk membantu golongan ahli perniagaan dari Malaysia.

Majlis itu turut dihadiri bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, beberapa menteri kabinet dan lebih 200 rakyat Malaysia termasuk para pelajar, ahli perniagaan dan rakyat Malaysia yang menetap di Indonesia.
– Bernama

Terpaksa Tunda PRN, Dap Hilang Kredibiliti Apabila Lim Guan Eng Dan Betty Chew Menjadi Liabiliti !

in DAP by

Parti yang terkenal sebagai ultrakiasu chauvanis dan rasis tunduk kepada kehendak PKR?
Apa sebenarnya terjadi? Nampaknya DAP dilanda krisis hilang kredibiliti kerana cuba menutup rasuah Lim Guan Eng dan Betty Chew!


PKR pula mengambil peluang apabila melihat DAP telanjang seperti yang didakwa oleh Tony Pua kerana selama ini DAP dilihat begitu besar kepala apatah lagi sering mengugut dan memberi tekanan kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh PKR.
Pisau melihat tindakan DAP Selangor yang mengertak PKR Selangor hingga mengugat kepimpinan Azmin Ali menjadi salah satu faktor malah beberapa tindakan DAP semasa PRN Sarawak yang enggan tunduk kepada rayuan PKR agar tidak bertanding dikerusi yang sama seolah memulangkan paku buah keras.

“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira cadangan PKR yang mahu mengambil dua kerusi disandang DAP, sekiranya mahu persetujuan parti itu untuk melaksanakan syor berkenaan. 
“DAP sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan dikemukakan PKR, selain berpandangan ia tidak relevan untuk dilaksanakan.
 “Justeru, DAP tidak akan teruskan cadangan untuk mengadakan PRN dan ia dimuktamadkan selepas rundingan mengenainya dibuat bersama kepemimpinan DAP Pulau Pinang dan Pusat,” 

Manakala parti PAN tunggangan DAP hanya memegang watak Hang Kebun tak lebih kepada pak angguk kepada DAP.
Pisau sebenarnya mengharapkan PRN Pulau Pinang, jika benar haprak pakatan benar benar kuat biarlah mereka bubarkan DUN, senario politik Pulau Pinang menurut sumber DAP telah berubah sekelip mata malah keputusan Lim Guan Eng sebenarnya ditentang oleh beberapa pemimpin DAP sendiri.
Pengundi Pulau Pinang terutamanya dikubu kuat DAP menunggu masa untuk menghukum parti ultrakiasu ini kerana dilihat membuat keputusan yang menyusahkan rakyat, apatah lagi kalangan Adun Dap dikatakan tidak mesra rakyat.

Apa yang disiarkan oleh Buletin Mutiara hanya wayang, marhain kebanyakan sudah muak dengan politik murahan DAP !

Selepas Melaka, Adakah Lim Guan Eng bakal ditendang keluar sekali lagi dari Pulau Pinang pula..

Sejarah tidak pernah berbohong dan tidak mustahil bakal berulang kepada orang yang sama!
Pisau kata ” bila tokong DAP pun dah jadi berhala buruk.. ramai dah sedar dari di tipu”


Hit Counter provided by Curio cabinets
Pergi ke Atas