Berita telus dan seimbang..

Monthly archive

February 2016

Lim Chee Wee Perkudakan SPRM Untuk Jatuhkan Najib.

in Berita Nasional by

Ini adalah salah seorang watak dalam konspirasi menjatuhkan Ds Najib dengan cara jalan belakang,sebenarnya kaedah jalan belakang bukan baru dinegara ini. Amat popular dikalangan pembangkang terutamanya PKR.

Bohong,Fitnah,putar belit fakta dan drama yang digarap hingga nampak benar benar hingga ramai yang terpedaya.

Kaedah ala Machieavili menghalalkan cara asalkan tercapai matlamat sudah begitu banyak contohnya didepan mata kita.

Namun , ramai yang seolah dibutakan dengan permainan politik ini hingga melahap najis fitnah beramai ramai.
Ini salah satu cara menjatuhkan PM secara jahat,Kenapa tiada tindakan terhadap Lim Chee Wee  dan kenapa SPRM masih mengekalkan petualang ini?
Jika dilihat siri serangan terhadap Ds Najib ia tak lebih kepada mainan persepsi dan 
Ahli Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM-ORP), Lim Chee Wee telah mempergunakan SPRM untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak, dedah Raja Petra Kamaruddin (RPK).
Chee Wee yang juga bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia adalah salah seorang daripada lapan orang ahli panel penilaian operasi SPRM-ORP.
“Menurut sumber dalaman, selepas gagal mendapat sokongan sebulat suara SPRM-ORP dalam konspirasi tersebut, Lim Chee Wee mengambil keputusan untuk menggunakan The Malaysian Insider untuk ‘membocorkan’ ‘rahsia’ dengan syarat nama beliau tidak akan disebut atau identitinya didedahkan,” dedah RPK.
Selanjutnya, sila baca “Why Lim Chee Wee is pushing to implicate Najib”

sumber;AIDC
Pisau kata “Tun M dah talak tiga dengan Umno.. bukan benda baru..”

Di Fitnah Rafizi dan PKR.Tabung Haji Buat Laporan Polis .

in Berita Utama by

Selepas ini tugas Rafizi amat mudah, berikan bukti TH memberi jaminan korporat dan namakan bank yang beri pinjaman.

Sahabat baik Rafizi yang bertugas didalam Tabung Haji juga harus bersiap sedia dibawa ke muka pengadilan kerana fitnah mereka bertujuan penjejaskan kepercayaan pendeposit kepada Tabung Haji , mereka mahu menghancurkan institusi yang menjaga kepentingan bakal jemaah haji dan dalam masa yang sama mahu merosakan kredibiliti Tabung Haji yang terkenal sebagai yang terbaik didunia.

Rafizi yang terkenal sebagai otai fitnah nombor satu di Malaysia dikatakan mempunyai banyak produk dari kilang fitnah beliau. Malangnya dia kantoi beberapa kali, Ahli parlimen low class ini juga yang dihadap sangat oleh pencacai pembangkang.. malah ramai juga yang terpedaya dengan pembohongan dan fitnah beliau.

Pisau kata ” laporan Polis dah dibuat, lepas ni saman Rafizi .. ” 

Rupanya Doris Jones Yang Hina TPM Ada Hubungan Rapat Dengan Pemimpin Pembangkang.

in Berita Utama by

Kaitan perempuan yang menghina TPM dengan pemimpin pembangkang cukup rapat.Doris Jones mengepalai gerakan pemisahan Sabah dan Sarawak yang sekarang ini melarikan diri ke London.

IMG-20160224-WA0076Pihak PDRM menerima ratusan laporan polis dari seluruh negara mengenai penghinaan Doris Jones yang memaparkan gambar penghinaan kepada TPM .

KOTA KINABALU 25 FEBRUARY 2016. Persatuan Bangsa Sungai Malaysia deputy president Datuk Juhari Janan (fourth right) and Kudat Umno Wanita chief Datuk Aminah Ambrose (sixth left) and several Non-Governmental Organisation members showing their report lodged at the Karamunsing Police Station in Kota Kinabalu demanding for the arrest Sabah Sarawak Keluar Malaysia initiator Doris Jones over the doctored photo of Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi that went viral in the social media. NSTP/EDMUND SAMUNTING.
KOTA KINABALU 25 FEBRUARY 2016. Persatuan Bangsa Sungai Malaysia deputy president Datuk Juhari Janan (fourth right) and Kudat Umno Wanita chief Datuk Aminah Ambrose (sixth left) and several Non-Governmental Organisation members showing their report lodged at the Karamunsing Police Station in Kota Kinabalu demanding for the arrest Sabah Sarawak Keluar Malaysia initiator Doris Jones over the doctored photo of Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi that went viral in the social media. NSTP/EDMUND SAMUNTING.

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak terus tampil membuat laporan polis berhubung tindakan seorang individu memuat naik wajah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di laman sosial Facebook bagi tujuan menghina.

Selain wajar dikenakan tindakan tegas oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), mereka turut menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat identiti pemilik akaun Facebook terbabit.

Pengerusi Kelab Naib Ketua UMNO Bahagian 1Malaysia yang membuat laporan polis berhubung isu berkenaan menyifatkan individu menggunakan akaun Doris Jones itu amat biadap, selain menghina rakyat Malaysia.

“Saya berharap polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, petang tadi.

Di KOTA KINABALU, Timbalan Presiden Persatuan Bangsa Sungai Malaysia, Datuk Juhari Janan, berkata SKMM wajar mengambil tindakan tegas dengan mengenal pasti identiti individu berkenaan.

Beliau berkata, tindakan pemilik akaun Facebook yang mendakwa dirinya berasal dari Sabah itu bukan sekadar memalukan imej rakyat Negeri Di Bawah Bayu, malah mencetuskan persepsi negatif terhadap negara.

“Tindakan pemilik Facebook itu adalah penghinaan kepada pemimpin negara dan tidak wajar dilakukan.

“Perkara yang dilakukan wanita ini memalukan negara,” katanya ketika tampil membuat laporan polis berhubung isu sama di IPD Kota Kinabalu, tadi.

Selain Persatuan Bangsa Sungai Malaysia, dua lagi badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA) dan Persatuan Kapal Belia Asia serta Wanita UMNO Kota Kinabalu, Kudat dan Tuaran turut membuat laporan polis.

Yang turut hadir ialah Ketua Wanita UMNO Kudat, Datuk Aminah Ambrose dan Timbalan Presiden SAMORA, Jose Modsinupu.

Lakonan dan Kemewahan DAP! Hasil Derma Atau Hasil Penyelewengan?

in Berita Utama by

DAP memang cukup terkenal dengan pembohongan dan lakonan yang menjelikkan,ditambah setiausaha agung yang sangat berkuasa hingga digelar tokong mentadbir secara kuku besi.

Kita boleh lihat bagaimana DAP boleh memiliki banggunan di Pulau Pinang dalam tempoh yang singkat selepas mengambil alih Pulau Pinang.Kemudian beberapa pendedahan kemewahan wakil rakyat DAP hingga ahli keluarga memandu kereta mewah Bentley.

Kita tengok sambutan harijadi Kit Siang yang ke 75 yang dibuat secara besar besaran dengan penuh kemewahan.Inilah cerminan CAT (cekap,amanah dan telus) yang dilaungkan setiap masa oleh DAP.

imej-dap

Bebaskan diri anda dari ditipu hidup-hidup oleh DAP”, seru aktivis sosial Pulau Pinang, Azman Haj.

Ia merujuk kepada dua sandiwara DAP (gambar di atas) yang dibuat secara terbuka dan tersembunyi

Sandiwara terbuka adalah rakaman video parodi lakonan Tony Pua dan Teo Nie Ching bersempena dengan Tahun Baru Cina bertujuan untuk memburuk-burukkan pimpinan kerajaan.

Walau bagaimana pun kerana pelakonnya, Tony dan Teo beragama Kristian, mereka tidak menyedari lakonan parodi mereka telah mempersendakan Tuhan Kemakmuran yang dihormati masyarakat Cina.

Sandiwara kedua dibuat secara tertutup, iaitu majlis makan malam bersempena sambutan hari lahir ke-75 penasihat DAP Lim Kit Siang di Hotel Equatorial, Pulau Pinang.

“Hipokrasi DAP cuba menipu rakyat terutamanya orang Cina dan golongan pencinta sosialisme.

“Patutnya ratusan ribu belanja majlis sambut hari tua Lim Kit Siang tu didermakan kepada Tony Pua,”ulas Azman Haj.

Sebelum ini, Minda AIDCNews mengulas majlis majlis makan malam bersempena sambutan hari lahir ke-75 Kit Siang itu dibuat secara tertutup dan tanpa publisiti meluas kerana bimbang imej kekayaan yang dimiliki oleh keluarga Lim akan terdedah kepada orang ramai.

“Sebabnya, program itu bertentangan imej DAP yang cuba paparkan kepada rakyat Malaysia. Majlis itu berimejkan bourjois (bangsawan) yang bertentangan dengan imej marhaen yang cuba ditonjolkan kepada umum sebelum ini.

“Meskipun memperjuangkan konsep sama rata, namun sambutan hari jadi ke-75 di hotel lima bintang di Pulau Pinang melambangkan keluarga Lim telah memasuki zon golongan bourjois.

“Kerana hanya golongan yang kaya raya, mempunyai aset peribadi yang banyak sahaja mampu menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk memuja dan mengagungkan hari kelahiran dalam satu malam.

“Golongan marhaen tidak mampu menyewa hotel lima bintang untuk menyambut hari kelahiran, apatah lagi membeli atau menyewa pakaian yang mahal-mahal setaraf dengan majlis itu yang diserikan dengan acara muzik berbayar.

“Belum lagi dikira dengan kos makan-minum percuma kepada tetamu-tetamu terpilih yang diundang.”

sumber:AIDC

 

Pisau kata ” kaya raya dah puak ni.. harta berpuluh juta”

Anwar Yang Liwat,Rakyat Terpenjara! Apahal Babitkan Rakyat Dengan Kerja Liwat Anwar? Adakah PKR Cuba Liwat Rakyat Pula?

in PKR by

2015-07-07_210000

Tak habis habis lagi dengan si ketum,mungkin untuk memanaskan kembali politik negara nama Ketum terpaksa dijaja agar terus releven.Pelaku liwat yang dipenjarakan ini sekarang dijenamakan sebagai tahanan politik.

Diluar sana,PKR cuba bermain dengan persepsi kononnya liwat tidak berlaku..sedangkan perlakuan memang berlaku KLIK SINI

 

CWBM9u-UEAAhDnH.jpg_large

ANTARA DUA BILLBOARD

Rakyat Selangor tidak pernah lupa bahawa suatu ketika dahulu Billboard Logo 1Malaysia pernah diharamkan oleh kerajaan Selangor.

Billboard 1Malaysia bukannya billboard bermotifkan politik tetapi ia adalah penjenamaan semula semangat yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan agar rakyat Malaysia menghormati toleransi masyarakat majmuk melalui konsep kontrak sosial, Rukun Negara dan nilai-nilai murni.

Billboard #BebaskanAnwar bermotifkan politik dan menghina keputusan mahkamah yang telah mensabitkan beliau sebagai tahanan jenayah dan bukannya tahanan politik.

Rakyat Selangor wajar melipatgandakan laporan-laporan polis dan mengambil tindakan perundangan yang bersesuaian jika terdapat dana awam dan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan negeri. -Sumber

Misteri Kewujudan Sungai Mendidih Akhirnya Terbongkar!

in Rencana by
500x500xa-legendary-boiling-river-discovered-1-7640-img-1.jpg.pagespeed.ic.8_EOWaAs5G
Seorang ahli geosaintis mendedahkan bahawa cerita mitos mengenai sebatang sungai yang airnya mendidih di tengah-tengah hutan Amazon di Peru merupakan satu fenomena yang benar.
Mail Online melaporkan, Andres Ruzo berkata, beliau mula mende-ngar mengenai cerita sungai yang terletak di Mayantuyacu itu daripada datuknya apabila diceritakan mengenai bagaimana kumpulan penjajah Sepanyol membunuh maharaja terakhir kaum Inca.
mendidih
Bagaimanapun, katanya, kebanyakan ahli akademik menafikan kewujudan sungai misteri sepanjang lebih enam kilometer itu memandangkan kawasan tersebut jauh dari sebarang aktiviti gunung berapi.
Selepas mendengar cerita ibu saudaranya yang mendakwa pernah ke sana, Ruzo yang ketika itu sedang mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah dalam bidang geofizik nekad untuk menjejaki sungai terbabit.
“Saya bertanya berhubung kewujudan sungai itu kepada rakan-rakan di universiti, kerajaan, minyak, gas dan syarikat perlombongan, jawapan mereka adalah sama iaitu tidak.
“Secara logiknya, memang be­tul kerana sungai seperti itu hanya wujud di kawasan berhampiran gunung berapi. Jika tidak, kita memerlukan satu sumber tenaga yang kuat untuk menghasilkan tenaga geoterma yang besar,” katanya.
Ruzo akhirnya berjaya menemukan sungai yang mempunyai kelebaran 25 meter dan enam meter dalam itu yang menjadi tempat suci masyarakat pribumi yang mendiami kawasan Mayantuyacu, Ashaninka selepas dibawa oleh ibu saudaranya.
“Tangan saya akan melecur jika saya mencelup tangan di dalam sungai itu tidak sampai setengah saat dan jika terjatuh ke dalamnya, saya akan mati.
12725214_192986811061679_117572458_n
“Air sungai itu kelihatan mendidih kerana ia merupakan sebahagian daripada aliran air panas di bumi,” katanya.
Beliau menceritakan pengalamannya menjejaki kewujudan su­ngai berkenaan dalam buku bertajuk ‘The Boiling River: Adventure and Discovery in the Amazon’.

Hot! Apabila PKR Bertuankan DAP,Kena Tipu Pun Terpaksa Tunduk Dan Akur!

in Berita Utama by

“Pernah anda lihat saya komen mengenai perkara berkaitan negeri yang ditadbir parti Pakatan lain?Saya hanya cakap mengenai Kelantan selepas PAS berundur daripada Pakatan.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-pulau-pinang-perlu-ikut-keputusan-negeri-guan-eng-ingatkan-azmin#sthash.3MgZYSj3.dpuf

Itulah kata kata keramat dari seorang pemimpin teragung malah diangkat sebagai tokong tertinggi dan mulia dalam pakatan haprak.Beliau kata tak pernah campur tangan didalam pentadbiran negeri lain?

Tapi masih ramai yang tidak tahu tokong ini punyai lidah bercabang,memang cukup terkenal dengan cakap pembohong dan berbelit. Mungkin dengan kelebihan ini beliau masih kekal sebagai ketua menteri hingga anak Pulau Pinang sendiri terpaksa akur dengan tahap kedewaan beliau.

 

Guan Eng membuat kenyataan menyatakan semua 15 ADUN DAP Selangor telah menyokong Azmin Ali dan “kesal” dengan tindakan empat Exco PAS yang tidak meletakkan jawatan sebagai tanda perpaduan bersama enam Exco PKR dan DAP yang dipecat oleh Khalid sebelum ini.

https://www.malaysiakini.com/news/275495 

Jentera media pembangkang yang dibayar dan bertuhankan DAP telah menyerang PKR Selangor..

Guan Eng membuat kenyataan menyatakan semua 15 ADUN DAP Selangor telah menyokong Azmin Ali dan “kesal” dengan tindakan empat Exco PAS yang tidak meletakkan jawatan sebagai tanda perpaduan bersama enam Exco PKR dan DAP yang dipecat oleh Khalid sebelum ini.

https://www.malaysiakini.com/news/275495 

Kemudian Ketua Pemuda PAS Kelantan telah menghentam atas keangkuhan Lim Guan Eng dan DAP kerana mengkritik kerajaan PAS Kelantan.

 

Kalau tidak mampu buat kerja, apa kamu dapat? Bila banjir besar berlaku, kamu lihat. Saya cakap terus-terang, saya tak perlu rasa segan. Masa banjir, kerajaan Kelantan macam mana? Macam tak ada kerajaan! Kenapa? Kerana tidak boleh buat kerja! 

http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/lim-guang-eng-perlu-betulkan-fakta-ahmad-fadhli-shaari#sthash.G0cLReER.dpuf

Kesimpulannya,Menteri Besar Selangor hanya menyuarakan kekesalan beliau bukannya mengkritik.Sebaliknya PKR terus diserang dan disergah..

Beginilah..PAS sudah serik berselingkoh dengan DAP,buktinya didepan mata,PKR tak sedar lagikah?

Pisau kata “sejak bila PKR ada teluq… didepan main wayang saja..”

Problem Besaq! Doktor Pakar Kantoikan GST! 

in Berita Utama by

SUBSIDI KESIHATAN MALAYSIA ADALAH YANG TERTINGGI DI DUNIA
Semalam di hospital ada pesakit yang alami serangan jantung yang agak teruk. Doktor yang merawat telah memohon aku melihat kes ini memandangkan kesnya agak kompleks dan memerlukan rawatan pakar. Aku pun periksa pesakit itu dan kemudian putuskan untuk memberikan ubat mencairkan darah yang berharga RM3,000 untuk pesakit itu.

Apabila doktor pakar merawat, adalah lumrah bagi doktor-doktor lain, staf dan pelajar perubatan untuk ikut sama bagi mengambil peluang belajar dari doktor pakar.

Aku pun beritahu tentang cara merawat kes berkenaan dan ubat yang digunakan itu berharga RM3,000. Namun pesakit hanya bayar RM1 sahaja untuk ubat itu. Rata-rata pelajar perubatan aku terkejut dan tidak percaya.

Dan aku maklumkan kerajaan Malaysia menanggung subsidi kesihatan untuk rakyat. Subsidi kesihatan kita adalah yang tertinggi di dunia. Di sinilah mengalirnya bayaran GST dan cukai anda.

Kita wajar mendidik generasi baru untuk bersyukur dan menjadi makhluk yang berterima kasih.

  
Pisau kata ” bagus la doc,kalau ramai yang ada kesedaran macam ni sekurang kurangnya mencelikkan ramai yang tak nampak benda baik yang kerajaan buat didepan mata”

Operasi Agresif Imigresen Tahan PATI Di KLIA Di Fitnah Pula Pengemar “Babi Hutan”

in Berita Utama by

Nikmat fitnah cukup besar buat haprak pembangkang! Apatah lagi kencing mereka dapat dirasai ramai diseluruh pelusuk negara.

Haprak pembangkang yang kehabisan modal menghasut kononnya kerajaan buta perut dan bodoh seperti mereka.

Lihat gambar dibawah bagaimana persepsi jahat dimainkan seolah kerajaan begitu berselera mendapatkan Mat bangla seramai mungkin..

  

Puak yang sama juga memainkan isu kononnya bangla dijadikan pengundi hantu! sedangkan terbukti semuanya fitnah!

Berikut adalah penjelasan daripada Jabatan Imigresen KLIA

  
Sebenarnya siapa yang haram jadah? Mungkin otai bersih ni peminat dan pengemar babi hutan hingga tidak tahu bezakan yang mana betul dan salah , terbukti sel otak pun dah tersambung dengan urat lutut!
Pisau kata ” hasil fitnah tu dapat la seringgit dua habuan nak jadi darah daging”

Misteri Kehilangan Seorang Menteri Terjawap dan Zahid Umum Tangguh Semua Pengambilan Pekerja Asing.Tumpu Pembersihan PATI !

in Berita Nasional by

Setelah mendengar pelbagai pendapat dan keresahan rakyat,Ds Ahmad Zahid mengumumkan penangguhan pengambilan tenaga kerja asing.

Tumpuan akan diberikan kepada penguatkuasaan ,pembersihan tangkapan dan menghantar pulang ke negara asal 3P.

Pisau berharap dengan penangguhan ini,rakyat tempatan dapat merebut peluang pekerjaan yang ada bagi menggantikan kekosongan pelbagai sektor pekerjaan yang ada.

Berikut adalah pengumuman yang dibuat oleh Ds Zahid sebentar tadi di Kem Muara Tuang Sarawak.

Kerajaan hari ini mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja asing dari semua negara termasuk Bangladesh.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penangguhan itu dibuat bagi membolehkan kerajaan mengkaji semula pembayaran levi tahap dua dan menumpukan perhatian kepada pekerja asing sedia ada.

Sepanjang tempoh penangguhan itu, katanya, semua sektor pekerjaan termasuk industri di negara ini diminta mengambil pekerja tempatan untuk memenuhi keperluan.

“Penangguhan ini akan berjalan sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan semasa bagi pekerja asing di negara ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Tentera di Kem Muara Tuang, di sini hari ini.

Sementara itu Menteri Sumber Manusia yang hilang rupanya baru bangun dari tidor,bingkas membuat penafian mengenai jumlah 1.5juta pekerja Bangladesh,desas desus menyatakan ia kehendak KDN dan TPM akhirnya terjawap apabila menteri tersebut akhirnya memberi penjelasan dengan pantas untuk menghentikkan polimik isu pengambilan pekerja dari Bangladesh.

Kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia tidak benar
PUTRAJAYA 19 Feb. – Angka 1.5 juta pekerja Bangladesh yang disebut-sebut sebelum ini sebenarnya adalah jumlah tenaga kerja negara itu yang berdaftar dengan Kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh untuk dihantar ke 139 negara seluruh dunia.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot berkata, angka tersebut bukannya jumlah kemasukan pekerja asing Bangladesh ke negara ini kerana mengikut polisi Malaysia, sebarang kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini adalah berdasarkan kepada permintaan industri tempatan.

Katanya, memorandum persefahaman (MOU) yang dimeterai oleh Malaysia dan Bangladesh semalam tidak menyatakan sebarang angka spesifik berhubung bilangan pekerja yang akan dibawa masuk negara ini.

“MOU ini tidak menyatakan tentang jumlah 1.5 juta pekerja Bangladesh tetapi bertujuan untuk mempraktikkan mekanisme pengawalan baharu dalam memastikan kemasukan pekerja asing tersebut adalah berdasarkan permintaan industri.

“Langkah tersebut adalah bagi mengawal had peruntukan 15 peratus bagi keseluruhan tenaga kerja pekerja di negara ini yang ditentukan kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 iaitu 2.3 juta pekerja asing daripada 15.3 juta tenaga keseluruhan negara,” katanya dalam sidang akhbar khas mengenai pekerja asing di sini hari ini.

Dalam pada itu, Richard berkata, jumlah keseluruhan pekerja asing berdaftar di negara ini sehingga Disember tahun lalu adalah sebanyak 2,135,035 dengan nisbah jumlah pekerja asing tanpa izin (PATI) adalah lapan orang bagi setiap 10 pekerja asing berdaftar.

Katanya, jumlah pekerja Bangladesh di negara ini adalah sebanyak 282,287 termasuk 148 pekerja dari Sarawak yang merangkumi 109,743 pekerja bagi sektor pembinaan, 104,311 (pengeluaran), 32,609 (perkhidmatan), 21,125 (perladangan) dan 14,371 (pertanian). – UTUSAN ONLINE

Pisau kata ” ok la tu.. tutup cerita bangla..banyak lagi isu pembangkang yang semua tak tengok”

Terbukti Fitnah! Adik Zahid Buat Pendedahan Kaitan Pengambilan Pekerja Bangladesh Kantoikan Pemakan Dedak Dan Kaki Fitnah!

in Berita Nasional by

Apabila menjadi orang nombor dua didalam kerajaan Ds Zahid Hamidi makin dijadikan sasaran.

Pelbagai fitnah dan juga serangan secara jelik ditabur untuk memburukkan imej Ds Zahid.

Sebelum ini Portal fitnah pembangkang Malaysiakini mendedahkan kononnya adik Ds Seri Zahid mendapat kontrak dari KDN untuk menguruskan pekerja dari Bangladesh.

Isu ini pernah di ulas dan dijawap tetapi biasalah bila berhadapan dengan puak ini, rasanya anjing lebih senang diajar dan faham bahasa berbanding puak puak ini.

Alhamdulilah dengan adanya penjelasan ini terjawab sudah betapa fitnah itu amat bahaya.

Terbukti pembabitan adik Ds Zahid dalam menguruskan pekerja dari Bangladesh langsung tidak ada kena mengena dengan kerajaan Malaysia,malah jauh sekali untuk menggunakan mana manaperuntukan wang kerajaan.

Menurut Abdul Hakim, Pengerusi Real Time Networking Sdn Bhd, syarikat beliau hanya berhasrat untuk menyediakan sistem pengurusan pekerja asing sambil menegaskan cadangan perisian tersebut merupakan kerjasama dengan Persatuan Agensi Pengambilan Pekerja Antarabangsa Bangladesh (Baira) dan ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pihak kerajan di Malaysia. 

Saya pada awalnya memang berhasrat untuk menyediakan satu perisian kepada pihak NGO di Bangladesh atas dasar untuk membantu mereka (pihak Bangladesh) agar seleras dengan teknologi yang digunakan di negara ini.
“Ia (perkhidmatan perisisn yang disediakan itu) langsung tidak ada kena mengena dengan pihak kerajaan, agensi ataupun NGO yang berada di negara ini” katanya ketika wawancara eksklusif bersama SuaraTV. 

Abdul Hakim turut menjelaskan isu yang dibangkitkan itu hanya merupakan persepsi pihak-pihak tertentu – seterusnya – SuaraTV

Pisau kata ” dah takda kerja lain.. pembangkang syok tengok gelagat tembak kaki sendiri”

Mat Sabu Jerit Melayu BodohSebab Tak Sokong DAP Dapat Sambutan Hebat

in Berita Utama by

Disebabkan begitu terdesak dan mahukan wang untuk membayar ganti rugi fitnah ,Mat Sabu sanggup menghina bangsa sendiri.

Mungkin dengan mengelar bangsa melayu sebagai ” Bangang bin bodoh bin bahalol ” mampu meraih kutipan lebih dari 200 ribu ringgit.

Pisau berharap mana mana melayu yang bijak pandai terus menyokong Mat Sabu dan kuncu kuncunya. Ini demi menyelemarkan nyawa politik PAN dan Dap.

Dalam keadaan terpekik-pekik, Presiden PAN, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkali-kali menyifatkan orang Melayu sebagai bodoh, ba­ngang dan bahalol dalam ceramah di Majlis Rumah Terbuka Pakatan Pembangkang Sempena Tahun Baharu Cina, di sini malam tadi.

Semuanya gara-gara orang Melayu terutamanya yang berada di kelas pertengahan didakwa menjadi penyebab kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

“Yang paling saya kecewa ialah kelas pertengahan Melayu. Mereka inilah yang susah berubah. Makan gaji sikit, jadi pegawai kerajaan sikit, pertahan pemerintah rasuah. Ini yang saya marah, saya baling mikrofon malam itu.

“Tahun 2013, undi Melayu turun sedikit. Meningkatnya soko­ngan kepada kita sebanyak 52 pe­ratus kerana undi orang Tionghua dan orang India. Tahniah kepada kaum Tionghua atas kesedaran politik.

“Orang Melayu kenapa tak mahu berubah? Takutkah kalau UMNO jatuh, Cina perintah Malaysia? Kenapa bodoh, bodoh, bodoh?” kata­nya sambil disambut sorakan dan tepukan daripada kira-kira 250 hadirin yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Cina.

Hadir sama, Ke­tua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta barisan kepemimpinan pakatan pembangkang di negeri ini dan Pulau Pinang.

Tuduhan kerasnya itu kemudian diteruskan lagi terhadap pegawai kerajaan.

“Apabila orang Cina hendak ambil alih Malaysia melalui pilihan raya boleh atau tidak? Tetapi berapa ramai pegawai kerajaan boleh percaya? Bangang bin bodoh bin bahalol.

“Tak boleh! Orang Cina hanya boleh memerintah sama ada bersama BN atau pakatan pembangkang. Tak boleh mereka memerintah sendirian,” katanya.

Beliau turut menuduh, semua itu adalah ‘racun’ yang dima­sukkan biro tatanegara dan polis Cawangan Khas (SB).

“SB kerjanya itulah, bawa bekas ahli DAP, Razali (Mohamed Razali Abdul Rahman) diiringi oleh polis pergi berbohong pegawai kerajaan,” ujarnya.

Seterusnya beliau membuat perbandingan mengenai sikap rakyat negara ini yang menolak demonstrasi sebagai cara menjatuhkan pemimpin di sesebuah negara.

“Di Filipina rakyat berdemonstrasi hingga Marcos jatuh. Di Indonesia, para pelajar berdemonstrasi sehingga mati enam orang tetapi akhirnya menjatuhkan Suharto dan memulakan era demokrasi.

“Di Thailand rakyat berdemonstrasi menjatuhkan Yingluck Shinawatra sementara di Burma mereka tumbangkan rejim tentera. Rakyat Malaysia bila? Demonstrasi pun tak mahu, pilihan raya pangkah lagi BN. Bodoh, bangang, ba­halol,” katanya. -Utusan

Pisau kata “sebenarnya siapa yang bodoh?”

Punca Orang Kaya PKR Rafizi Tidak Keluarkan Wang Setengah Juta Terdedah! Lagi Surat Bank Negara Kepada Tabung Haji!

in Berita Utama by

Baru baru ini Rafizi dan angkatan jembalang  cuba memburukkan Tabung Haji,menakutkan pendeposit hingga ramai yang mengeluarkan wang mereka. Seolah Tabung Haji disalah urus hingga bakal bangkrup.

Nah hingga sekarang Rafizi orang kaya PKR langsung tidak mengeluarkan wang tunai beliau lebih setengah juta daripada akaun Tabung Haji.

Yang terbaru Dr Asyraf Wajdi persoalkan kenapa jembalang dan Rafizi tidak dedahkan surat Bank Negara yang berpuas hati mengenai pegurusan kewangan Tabung Haji? Kenapa didiamkan?

FB_IMG_1455426382035Pisau kata ” Tabung Haji memang cukup mantap pengurusannya.. tahniah!”

Zahid Hamidi and his Bangladeshis

in Berita Utama by

I am extremely disappointed with the way our Government handles its communications. We have a million people in civil service and every single ministry has a corporate communications unit.

No one stepped up to help explain about this 1.5 million Bangladeshis issue and left the Deputy Prime Minister alone in this mess. All sorts of allegations and questions are being thrown at the Government recently:

(a) BN wants to bring in 1.5 million Bangladeshis for GE14.

(b) Why 1.5 million? Where did this number come from?

(b) Government doesn’t care about providing jobs for locals.

Let us spend some time to discuss them.

(a) 1.5 mil Bangladeshis for GE14?

GE14 is about 24 months away. We are talking about 1.5 million Bangladeshis here.

There are about six flights between Dhaka and Kuala Lumpur, serviced either by an Airbus A320 or a Boeing 737 with 180 seats in each plane.

Assuming that the Government reserves all the seats in the six flights and tell the rest of the commercial passengers to take the sampan instead, that’s 1,080 Bangladeshis a day and it takes four years for the entire 1.5 million to reach our shores.

And please, 1.5 million Bangladeshis to rig the electoral roll of which seats in Peninsular Malaysia? We are talking about bringing in extremely visible and noticeable humans, nearly twice the population of Subang Jaya and Petaling Jaya combined, not hamsters.

(b) Why 1.5 million? Where did this number come from?

I am disappointed that none of the industry associations stood up to defend the Government. Every year, you knock on the doors of ministers and ministry officials to complain about shortage of workers and you want the Government to open the flood gates to bring in foreign workers.

Now that the Government is being criticised for helping you, you choose to stay silent?

The Government has no agenda or interest at all for bringing in foreign workers. I can assure you this.

The entire 1.5 million is based on industry demands over a certain period. Not the whole lot of 1.5 million Bangladeshis are coming in tomorrow morning on a Boeing plane.

And the 1.5 million workers are most certainly not just to top up the existing pool of foreign workers that we have here already. Most of them, I believe, are to replace those who have to return to their home country annually, either by choice or because of regulations.

Take the oil palm industry for example. It is an extremely labour-intensive sector. Did you know that there are over 400,000 workers in the upstream sector where 24 per cent are locals and 76 per cent are foreign workers?

In 2013 alone, the oil palm sector applied for permits to bring in 65,000 foreign workers via the Home Ministry. A majority of them were brought in to replace the outgoing pool of foreign workers at that time.

And every year, the plantation companies submit labour requirements statistics to the Government and we are always short of 30,000 workers. Yes, till today.

This is just the oil palm upstream industry. I’ve not even touched other sectors such as the domestic services, construction, manufacturing, food eateries, cleaning services etc.

Imagine the number of foreign workers that are leaving our country every year that require replacement. Yes, hold that thought and understand that these are the number of foreign workers that industry associations want the Government to help bring in.

(c) Government doesn’t care about providing jobs for locals?

Never in my five years of working in Government have I ever missed a single year of complaints from industry captains in sectors that I cover — from upstream plantations to downstream manufacturing.

The truth is, Government has always been making it difficult for our local industries to hire foreign workers.

The Government adopts a three-pronged strategy for this.

First, through incentives to automate. MIDA provides a 200 per cent capital allowance on automation expenditure to high labour-intensive industries.

Second, by making it expensive to bring in a foreign worker or maid with those levies, visa payments, security bonds, provision of housing and insurance etc.

Third, through fixed ratios of one local worker to three foreign workers or one foreign worker to a specified area.

For oil palm plantations, it used to be about one foreign worker to eight or 10 hectares. I am not so sure what it is now. You can’t just simply bring in any number of workers that you want.

For manufacturing, I know that the Government regulation was one local worker to three foreign workers. One cannot simply just hire foreign workers without providing jobs for locals also.

In fact, before the employer is allowed to bring in a foreign worker, the employer must first make the job offer available to locals via the Job Clearing System or Jobs Malaysia.

Every employer knows this. It is stated clearly in the Home Ministry’s website:

Sebelum membuat permohonan pengambilan pekerja asing, majikan perlu mendapatkan perakuan daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) yang mengesahkan bahawa majikan telah menggunakan perkhidmatan Job Clearing System (JCS) / Jobs Malaysia untuk mendapatkan pekerja tempatan.

So, if any of you yourself or you want your kids to clean tables and plates, pick up oil palm fruits, tap the rubber tree, clean the washroom, work at the production lines and others, please my dear, don’t waste your time attacking Zahid or the Government on Twitter and Facebook. Just go to any Jobs Malaysia or Jabatan Tenaga Kerja’s office and apply for it.

As for me, I prefer to see my fellow Malaysians move up a notch with greater ambition in the labour market. I want to see my fellow Malaysians as administrative and legal clerks, as teachers, as lawyers, engineers and accountants, as executives and managers.

And I hope the industry associations start to find their voice again on this foreign workers issue. Or if Tan Sri Apandi gives the green light, do you want the Government to divulge the specific requests for foreign workers by each and every one of you?

Malaymail Online

 

Trak Rekod Politik Lim Guan Eng Amat Buruk, Sanggup Bunuh Politik Rakan Sendiri

in DAP/Pulau Pinang by

Nepotisme cukup kuat didalam DAP, ini dibuktikan dinasti anak beranak dari keluarga Lim Kit Siang,Karpal Singh dan keluarga Ngeh dan Nga..

Apa yang menariknya mengenai maharaja DAP Lim Guan Eng beliau mempunyai rekod politik yang amat buruk seperti yang didedahkan .

Lim Guan Eng didapati bersalah memfitnah Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik. pada Ogos 1998 mahkamah menjatuhi hukuman penjara selama 1 tahun enam bulan di Penjara Kajang
Lim Guan Eng didapati bersalah memfitnah Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik. pada Ogos 1998 mahkamah menjatuhi hukuman penjara selama 1 tahun enam bulan di Penjara Kajang

Selain bergelar bekas banduan, track rekod Lim Guan Eng dalam DAP amat buruk kerana sanggup membunuh karier politik rakan sendiri semata-mata untuk mencapai cita-citanya mencapai pemimpin paling berkuasa dalam parti itu.

Selain bergelar bekas banduan, kejayaan politik Guan Eng dalam DAP bukan disebab faktor merit, sebaliknya disebabkan faktor naungan (patronage) daripada bapanya sendiri, Lim Kit Siang.

Guan Eng diberi laluan bapanya membina tapak dalam politik DAP di Melaka ketika berusia 26 tahun iaitu bertanding sebagai Ahli Parlimen Kota Melaka.

Kit Siang yang ketika itu berjawatan Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Tanjong, Pulau Pinang telah mencantas nama Chan Ah Kow @ Chan Teck Chan Ahli Parlimen Kota Melaka selama dua penggal (1978-1982 dan 1982 -1986) semata-mata untuk memberi laluan kepada anaknya bertanding di parlimen itu.

Bapa menaungi politik anaknya dalam DAP sejak dari tahun 1986 hingga sekarang
Bapa menaungi politik anaknya dalam DAP sejak dari tahun 1986 hingga sekarang

Dengan naungan bapanya, Guan Eng mendaki hieraki politik dalam DAP dengan cepat. Dalam masa empat tahun berada dalam parti, ketika berusia 30 tahun, Guan Eng telah berjaya dipilih sebagai Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) pada tahun 1990.

Guan Eng juga dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Melaka selama 3 penggal, dari 1986 -1990, 1990-1995 dan 1995-1999.

Dalam masa sama, sekitar tahun 1990 – 1998, Guan Eng mendaki hieraki politik DAP dari jawatan, Ketua DAPSY, Timbalan Setiausaha Agung DAP pusat dan Naib Pengerusi DAP pusat.

Namun, Guan Eng gagal menghabiskan jawatan Ahli Parlimen Kota Melaka pada penggal ketiga, apabila pada Ogos 1998, dia dipenjarakan di Penjara Kajang kerana bersalah memfitnah Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

Apabila mahkamah memutuskan Guan Eng bersalah memfitnah Rahim Thamby Chik dan dihukum penjara setahun enam bulan, dia telah kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen Kota Melaka dan jawatan dalam parti kerana statusnya bergelar banduan.

Dengan keputusan itu, mahkamah telah membuktikan Guan Eng seorang ahli politik yang tidak jujur dan tidak benar terhadap kata-katanya.

Ekoran Guan Eng hilang status sebagai Ahli Parlimen Kota Melaka, ada gerakan yang diketuai Pengerusi DAP, Dr. Chen Man Hin mencadangkan isteri Guan Eng, Betty Chew sebagai calon parlimen pengganti kepada suaminya itu.

Namun cadangan itu ditolak oleh DAP Melaka yang diketuai oleh Sim Tong Him atas alasan nepotisme, sebagai penyelesaiannya, Kerk Kim Hock yang ketika itu berjawatan Setiausaha Pengelola Kebangsaan DAP pusat dipilih sebagai calon Parlimen Kota Melaka dan Betty dipilih sebagai calon ADUN Durian Daun (kemudian dikenali DUN Kota Laksamana), Melaka

Berstatus bekas banduan tetapi sikap bos

Selepas dibebaskan dari Penjara Kajang 25 Ogos 1999, Guan Eng mahu membina semula karier politiknya dalam DAP dengan melalui tapak di Melaka.

Sebagai bekas banduan yang kehilangan jawatan Ahli Parlimen dan jawatan parti, Guan Eng menghadapi laluan sukar mengilap kembali karier politik.

Apatah lagi, ketika itu bapanya, Kit Siang juga kehilangan jawatan Ahli Parlimen apabila ditewaskan di Parlimen Bukit Bendera, Pulau Pinang pada PRU 1999.

Ekoran penolakan masyarakat Cina terhadap kepimpinan Kit Siang, dia bermain silap mata dengan meletakkan jawatan Setiausaha Agung DAP tetapi dalam masa sama mengambil alih jawatan Pengerusi DAP.

Jawatan Setiausaha Agung yang dikosongkan Kit Siang telah diambil alih oleh tokoh baharu, Kerk Kim Hock yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka.

 

Pada 1 September 2003, Kolumnis The Star, Jacoline Tan dalam artikel bertajuk “Malaysia’s DAP: A new hope?” mengambarkan Guan Eng seperti besar sudu dari kuah apabila mengadakan sidang media 3 kali hingga 4 kali seminggu walaupun dia cuma ahli biasa dalam DAP dan tidak memegang jawatan Ahli Parlimen ataupun ADUN.

“Bekas Ahli Parlimen DAP Lim Guan Eng mungkin terkeluar daripada politik arus perdana tetapi dia nampaknya menyimpan profil yang agak tinggi di Melaka, asas rumahnya sejak keyakinannya semakin pudar kerana (hukuman) menghasut empat tahun lalu.

“Walaupun kini dia hanya seorang ahli biasa DAP, namun dia dikenali sebagai pemegang tiga atau empat sidang akhbar seminggu. Persidangan akhbarnya adalah apa yang beberapa wartawan tempatan gelar sebagai ‘sidang media satu-campur-tiga’ – iaitu, dia akan memanggil media mengenai satu isu dan beromong kosong kepada tiga isu sampingan yang lain.

“Ramai pemberita mendapati begitu banyak persidangan akhbar dalam masa seminggu dari seorang ahli politik tunggal (tanpa jawatan dalam parti) sebagai agak berlebihan, tetapi mereka (wartawan) bersyukur kerana Lim junior tidak membacakan kenyataannya seperti stail (komunis) Soviet yang (pernah) dilakukan bapanya, Pengerusi DAP Lim Kit Siang,” tulis Jacoline

Jacoline menambah “Dia (Guan Eng) boleh menjadi sangat bossy (bersikap bos). Dia akan memanggil dan memarahi anda jika dia tidak suka laporan anda itu,” kata seorang wartawan.

Wartawan The Star itu turut mendedahkan kerana sikapnya yang besar sudu dari kuah itu menyebabkan dia berkrisis dengan Pengerusi DAP Melaka ketika itu, Sim Tong Hin

boo
Dari kiri; Goh Leong San (bekas Pengerusi DAP Melaka), Dr Boo Cheng Hau (bekas Pengerusi DAP Johor), Kerk Kim Hock (bekas Setiausaha Agung DAP) dan Sim Tong Him (bekas Pengerusi DAP Melaka)

Sembelih karier politik rakan sendiri

Sebagai bekas banduan, Guan Eng terikat dengan peraturan perlembagaan bahawa dia tidak boleh bertanding sebagai Ahli Parlimen atau ADUN dalam jangka masa lima tahun, bermakna walaupun cuba melobi mempopularkan dirinya di peringkat media, namun dia gagal bertanding pada PRU 2004.

Tetapi, bapanya kembali menjadi Ahli Parlimen apabila berjaya memenangi Parlimen Ipoh Timur, Perak pada PRU itu.

Kemenangan Kit Siang sebagai Ahli Parlimen Ipoh Timur, Perak dibaca sebagai kembalinya era cengkaman Kit Siang semula dalam parti, apatah lagi dia juga turut dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Walau bagaimanapun, sesuatu yang mengejutkan telah berlaku di Parlimen Kota Melaka apabila kerusi yang dikuasai DAP sejak 35 tahun lalu tumpas mengejut apabila calon DAP, Kerk Kim Hock tewas dengan majoriti kecil, 219 undi.

“Kerk, yang meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung parti pada Ahad, berkata semalam: “Ia adalah penyokong Guan Eng yang berkempen menentang saya,” lapor The Star pada 1 April 2004.

Beliau berkata mereka (penyokong Guan Eng)  telah menolak untuk memasang poster semasa pilihan raya.

Kerk berkata terdapat beberapa puak  di kalangan DAP yang telah menguar-uarkan kepada orang ramai bahawa dia tidak berkhidmat kawasan itu.

Ahli-ahli parti dan penyokong Kerk yang sejajar dengan pengerusi negeri Melaka Sim Tong Him telah kecewa apabila Kerk tidak menamakan puak mana yang bertanggungjawab mensabotaj itu.

Sementara itu, puak yang diketuai oleh Guan Eng telah memenangkan isterinya, Betty Chew sebagai ADUN di DUN Kota Laksamana.

Kekalahan Kerk di Kota Melaka seperti sembelih rakan politik sendiri, dia meletak jawatan Setiausaha Agung DAP selepas lapan hari keputusan PRU 2004.

Peletakan jawatan Kerk membolehkan M.Kula Segaran dilantik sebagai pemangku Setiausaha Agung DAP pada 31 Mac 2004, yang dianggap sebagai wayang sebelum Guan Eng mengambil alih jawatan tersebut pada Mei 2004.

Sebenarnya percaturan meletakkan Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP dilobi oleh bapanya sendiri, Kit Siang yang berjanji akan meletak jawatan Pengerusi DAP sekiranya anaknya dilantik ke jawatan tersebut.

Selepas anaknya disahkan memegang jawatan Setiausaha Agung DAP, sekali lagi Kit Siang bermain silap mata meletakkan jawatan Pengerusi DAP, tetapi memegang jawatan defactor parti iaitu Penasihat DAP.

“Sebagai orang Melaka, saya berasa amat terganggu dengan kesan terhadap Kerk bahawa anak Lim Kit Siang, iaitu Guan Eng adalah tangan yang hitam di belakang kejatuhannya – apabila Guan Eng memboikot kempen pilihan raya Kerk.

“Setahu saya Kerk telah berdiam diri dalam pergaduhan puak DAP Melaka antara Sim Tong Hing dan Lim Guan Eng. Dua tahun lalu apabila Goh Leong San, kini Timbalan Pengerusi DAP Melaka dan ADUN Bandar Hilir, digantung keahlian partinya untuk satu hari, Kerk tetap membisu,” dedah seorang bekas anggota DAP kepada Malaysiakini.

Menurutnya, sikap berdiam diri Kerk telah dibaca sebagai tidak menyokong keluarga Lim.

“Sebagai bekas anggota DAP yang mengenali kedua-dua Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, saya tidak terkejut dengan kegagalan Kerk untuk menyebelahi keluarga Lim dalam perbalahan DAP Melaka sebenarnya telah menimbulkan kemarahan mereka.

“Sememangnya, kekalahan kecil Kerk dalam pilihan raya umum baru-baru ini menjadi masa yang terbaik untuk beliau meletakkan jawatan sebagai setiausaha agung parti.

“M Kulasegaran dilantik sebagai pemangku Setiausaha Agung sebagai ‘kosmetik’ sementara menunggu waris sebenar, Guan Eng, untuk mengambil alih tampuk pentadbiran.

“Kit Siang telah mempersiapkan anaknya sejak beberapa tahun lalu untuk menjadi penggantinya dengan mengamalkan pilih kasih dan nepotisme,”katanya.

Sambutan hari lahir Kit Siang ke-70 pada 19 Feb 2011 di Equatorial Hotel, Pulau Pinang. Dari kiri Betty Chew, Guan Eng, Neo Geok Tee (isteri Kit Siang) dan Lim Kit Siang
Sambutan hari lahir Kit Siang ke-70 pada 19 Feb 2011 di Equatorial Hotel, Pulau Pinang. Dari kiri Betty Chew, Guan Eng, Neo Geok Tee (isteri Kit Siang) dan Lim Kit Siang

Menurutnya, pelantikan Betty Chew, isteri Guan Eng sebagai Ketua Pembangkang dalam DUN Melaka pada PRU 2004 merupakan contoh nepotisme kerana ia telah meminggirkan tokoh lain yang lebih layak, Goh Leong San ketika itu merupakan Timbalan Pengerusi DAP negeri dan ADUN Bandar Hilir.

Tambahnya lagi, kongres DAP kebangsaan sengaja dijadualkan pada September 2015 bersesuaian dengan Guan Eng bersedia untuk memegang jawatan dalam parti politik, selepas larangan tidak boleh aktif dalam politik selepas lima tahun dibebaskan dari penjara kerana kesalahan menghasut.

Katanya lagi keluarga Lim mempunyai senarai yang panjang untuk disingkirkan dari parti semata-mata untuk memberi laluan kepada Guan Eng berada di puncak kuasa.

“Sudah tentu, Teng Chang Khim dan Sim Tong Hing adalah dua orang yang berada di barisan atas dalam senarai untuk ‘pembersihan’ parti akan datang.

Menurutnya kepulangan semula Kit Siang sebagai Ahli Parlimen Ipoh Timur pada PRU 2004 menunjukkan dia berjasa kepada masyarakat Cina, namun dalam masa sama keberadaan Kit Siang itu telah membunuh bakat baharu yang sepatutnya muncul yang bukan dari keluarga Lim bagi menggantikannya.

lim1

politik-bapa-anak3

politik-bapa-anak1  politik-bapa-anak2  sumber:AIDC

Hot! Ramai Tertipu Dengan Kerajaan Regim DAP Pulau Pinang! Ambiga Dakwa Lim Guan Eng Berbohong!

in Berita Nasional by

Ambiga baru nampak Lim Guan Eng ni kaki pembelit dan pembohong? Sejak sekian lama blog ini mendedahkan betapa tokong DAP ini cukup pakar bertaichi ..dan terbukti banyak kali memang kemahiran Lim Guan Eng berbohong tiada tolok bandingan.

 

12705743_1766266756925444_6721634000188459434_n

Looks like Ambiga and gang has finally experienced first-hand the Tai-Chi skills of Penang CM Lim Guan Eng.

Ambiga is president of the National Human Rights Society (HAKAM) and she released a press statement yesterday exposing Lim Guan Eng’s many spins.

Over the past months, HAKAM had confronted LGE in a series of meetings about the hill-top developments in Penang leading to the numerous “Botak Hills” – which is actually illegal under state law.

But LGE told them as saying that all these developments were approved under the previous BN govt and that the current DAP govt had not approved any such development!

Furthermore, LGE told-off Ambiga’s NGO that comments should be based on facts, adding that Ambiga and gang had fallen into “the misinformation trap set up by BN and some media who are anti-government.”

Typical Tai-chi “Siam” blaming BN tactics of the LGE and DAP which we have experienced numerous times before – but this time Ambiga herself kena!

Ambiga’s NGO soon found out and obtained proof via numerous official sources that LGE was lying and that all these developments were in fact approved by the Penang DAP state govt between 2008 and 2015.

In fact, the DAP state govt had approved some 55 blocks of high rise development on delicate hill lands!

Which is of course a shocker since it is illegal under their own laws in the first place.

In her press statement yesterday, she essentially slammed LGE for attacking her NGO by calling her misinformed and misled by BN’s “lies” .

One tip from me to Ambiga is that she should understand that Penang Govt is under heavy pressure to allow property development – whether hilltops or land reclamation – wherever it can as it needs to fund their growing operating budget deficit since their yearly state expenses have grown a few hundred percent after 2008.

This is especially urgent since Penang EXCO Chow Kon Yeow himself had admitted recently that most of the valuable land owned by the state govt on the Penang Island have already been sold in the past years.

Long-time FB friends of mine would know that I have been posting on these issues including increasing sale of state-land, hilltop developments, land reclamation – all in a mad rush to get money to pay for increasingly boros spending. It is good that Ambiga finally starts to see this.

No choice lah, Auntie Ambiga. If not how to pay every year? BERSIH pay?

And more importantly, please understand that: “This is not Ambiga’s father’s land!”


Read Ambiga’s press statement:
http://hakam.org.my/…/press-release-on-penang-chief-minis…/…

source:Lim Sian See

wpid-lim_guan_eng_ada_tipu-300x201.jpg

Pisau kata ” tokey Bersih ni..patut buat demo di Penang la… jangan cakap saja lebih..”

Rakyat Malaysia Bersedia Ambil Alih Kerja Buruh Asalkan Jangan Beri Kerja Kepada Bangla!

in Berita Nasional by

Sekarang ini isu mengenai pengumuman kerajaan Bangladesh bersedia untuk membekalkan pekerja asing menjadi panas.

Bukan sekali diberi penjelasan oleh Menteri KDN,ramai terus tidak bersetuju tanpa mengambil pendekatan yang lebih rasional.Seolah pihak kerajaan terutamanya pihak menteri tidak mengambil kira soal keselamatan dan kedaulatan negara.

Ramai pihak yang salah faham mengenai persoalan 1.5juta pekerja asing yang bakal dibawa masuk ke Malaysia.Berikut adalah petikan jawapan di parlimen pada 27 Jan 2016 oleh Dato Seri Richard Riot mengenai kemasukan pekerja dari Bangladesh.

“sebenarnya apa yang berlaku ialah negara Bangladesh sudah mempunyai pool – I use the word pool iaitu dalam sehari negara Bangladesh boleh menghantar 1.5 juta pekerja untuk bekerja bukan saja di Malaysia tetapi di seluruh dunia termasuk Middle East. Perkataan ini,1.5 juta sebenarnya Tuan Yang Di pertua adalah kurang tepat.

Ini kerana bilamana kita membawa masuk pekerja asing,kita menggunakan khususnya  sekarang satu kaedah yang kita panggil sebagai strict liability.Dalam strict liability ini secara online,majikan majikan sendiri akan memohon pekerja yang diperlukan,yang benar benar diperlukan oleh majikan melalui online ini.”

Faham lah kita sebenarnya 1.5 juta cuma bekalan stok pekerja yang mampu dibekalkan oleh pihak negara Bangladesh, yang bakal masuk pun hanya berdasarkan permintaan majikan majikan dinegara ini. Bukan pakat masuk menonong tak tentu hala bukan kesemuanya 1.5juta bakal masuk ke Malaysia sebaliknya ke seluruh dunia.Ramai  juga yang faham dan rasional mengenai isu 1.5 juta pekerja Bangladesh ni..bukan hentam membuta tuli..

IMG_2016-02-11 14:30:54 IMG_2016-02-11 14:30:58 IMG_2016-02-11 14:31:03 IMG_2016-02-11 14:31:08 IMG_2016-02-11 14:30:49Pisau kata ” di Pengerang Johor.. projek Oil & Gas saja dah memerlukan hampir 70 ribu orang buruh.. berapa ramai rakyat Malaysia yang sanggup jadi buruh kontrak? Cuba habaq mai?”

TPM Di Fitnah Lagi Tentang Kereta Mewah! , Kereta Milik Tuanku Sultan Johor

in Berita Nasional by

Dah tak ada isu…puak pembangkang cuba cari isu fitnah TPM,kali ini mereka cuba memberi persepsi buruk seolah TPM berkereta mewah semasa di Johor.

Alhamdulilah ada pihak dari SUK Johor yang mendedahkan betapa kerja bobrok dan jahat ini adalah fitnah semata mata.

Ini kerja fitnah murahan yang Pisau rasakan bernilai tak lebih  seringgit dua semata mata mahu memuaskan hati pembayar gaji mereka..

ZAHID DIFITNAH

Muhammad Izan melalui FBnya mendedahkan kereta tersebut adalah dari milik Tuanku Sultan Johor yang disumbangkan kepada kerajaan negeri Johor.12715561_10207385952838673_4510127806019234701_nPisau kata ” jangan ingat orang tak tau siapa dia… tunggu la..”

Kenapa DAP Mendiamkan Diri Selepas Terima 1.2Billion Dari Israel?

in Berita Nasional by

Apabila terkena batang hidung sendiri DAP terutamanya Lim Guan Eng bukan saja tidak memberi penjelasan malah menyalahkan pihak lain.

Isu DAP menerima 1.2billion wang sumbangan dari Israel yang didedahkan oleh bekas orang kanan Lim Guan Eng sehingga sekarang masih tidak dijawap.Apa yang menarik DAP lantang menyerang Umno dan Ds Najib kerana menerima wang derma 2.6billion dari Arab Saudi tetapi mendiamkan diri malah mengelak untuk jawap .

Kepada pihak yang menyerang Ds Najib,adalah lebih baik persoalkan bagaimana DAP boleh menerima wang sebegitu banyak sejak sekian lama dari negara yang menghalalkan pembunuhnan rakyat Palestin.

muka-buku

Jika sebelum ini Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) menuntut DAP menjelaskan isu RM1.2 billion dana Israel sepertimana yang didedah oleh bekas aktivis DAP, Mohamed Razali Abd Rahman, kini desakan yang sama turut dibuat oleh Persatuan Mukabuku Pulau Pinang.

Setiausaha Persatuan Mukabuku Pulau Pinang Muhsin Lateef menuntut agar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak berdiam diri dalam isu itu sebaliknya mempunyai keberaniaan untuk menyaman Razali jika dakwaannya tidak benar.

Desakan itu dibuat semasa ketika sekumpulan Persatuan Mukabuku Pulau Pinang berhimpun sambil membawa plakad ‘bilion RM1.2’ di luar rumah terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri Pulau Pinang di Arena SPICE di Bayan Lepas hari ini.

Pada 2012, ketika berceramah di Putrajaya, Razali mendedahkan wakil Israel di Singapura yang ditemui Lim telah bersetuju untuk memberikan sebanyak USD300 juta (RM1.2 billion) kepada DAP bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

“Untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, tiap bulan Lim Guan Eng akan pergi ke Singapura. Saya biasa mengikuti banyak kali rombongan beliau ke Singapura. Dia akan pergi hari Sabtu petang dan akan balik hari Ahad petang.

“Di Singapura, kita akan jumpa dua orang saja. Satu bekas pemimpin atau bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan lagi satu wakil Duta Israel di sana. Dua ni yang akan kita jumpa.

“Sewaktu kita jumpa dengan Duta Israel atau wakil Israel, Tuan-tuan tahu tak, pihak Israel telah bersetuju memberi dana sebanyak 300 juta USD untuk PRU yang ke 13 ni. USD ya bukan RM ya. Duit tu sekarang berada di Singapura ya. Benda ni antara projek Isreal-Singapura dan DAP.

“Bila saja bubar Parlimen, masa tulah duit akan masuk dan juga pakar-pakar Israel. Mereka merupakan beberapa warganegara asing. Mereka juga akan menyusup masuk ke bumi Malaysia ni. Semasa itulah Tuan-tuan boleh melihat kempen pilihanraya yang paling ganas akan berlaku di bumi Malaysia ni.

“Kita pun nak tanya juga pasal apa pihak Israel ni sanggup bagi duit sebanyak tu. Takkan saja-saja dia nak bagi duit. Mesti ada sebab. Sebabnya, Lim Guan Eng telah berjanji, sekiranya Putrajaya telah ditawan, kita akan serahkan Port Dickson sebagai base tentera Israel yang baru. Janji Guan Eng dekat Israel,” dedah Razali. -AIDC

Pisau kata ”  kes terowong dasar lat yang ramai tak nampak berlaku penyelewengan yang cukup besar”

Video Panas CNY ! Nak RM300 ? Pemandu Teksi Pulau Pinang Di Paksa Dengar Khutbah Lim Guan Eng!

in Pulau Pinang/Video by

Ini contoh siapa yang mahukan bantuan dari DAP dan Lim Guan Eng..

IMG-20140214-WA0043 BAPAPERABATETEK

Bukan senang nak terima duit kerajaan DAP,kena sujud atau dengar khutbah Lim Guan Eng baru boleh dapat RM300.

Bandingan bantuan kerajaan BN seperti BR1M yang terus dimasukan kedalam akaun penerima.

Syarat yang dikenakan Lim iaitu semua pemandu teksi yang berjumlah kira-kira 3000 mesti berkumpul serentak di Dewan Sri Pinang.

“Masalahnya ketua menteri, Lim Guan Eng mahu 3000 pemandu teksi berkumpul sekali gus untuk dia memberi wang tersebut.

“Mana boleh begitu, kapasiti Dewan Sri Pinang pun tak muat untuk jumlah tersebut.

“Yang lebih dikesali adalah beberapa pemandu teksi dah kena saman. Seramai 2400 pemandu teksi lagi masih gagal mendapat insentif tersebut,” jelasnya. –AIDC

lge-bodoh1

Pisau kata ” tokong DAP yang paling rakyat Pulau Pinang sayang”

Kronologi #TabungHaji difitnah dan Pengumuman Bonus,Bukti Kaki Fitnah Gagal Burukkan Kerajaan Pimpinan Najib.

in Berita Nasional by

 

Apa cerita dengan pendedahan kononnya TH nak bangkrup? dah senyap? ada lagi dokumen nak didedahkan? Sekarang ini pihak yang fitnah Tabung Haji memang hanya berjaya membuktikan kepada rakyat mereka adalah bodoh dan tukang fitnah paling sukses  pada 2016.

Tabung Haji umum bonus 5% dan diberi lagi ekstra 3 %.. kalau rugi dan tak ada duit mana mampu nak bagi semua ni..

20160204174412

Tabung Haji Umum Bonus Tahunan 5 % Dan Tambahan Bonus 3
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan bonus pendeposit bagi tahun kewangan 2015, merangkumi 5.0 peratus bonus tahunan dan tambahan bonus haji sebanyak 3.0 peratus, kepada pendeposit yang belum pernah menunaikan Fardhu Haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pembayaran kedua-dua bonus itu berjumlah RM3.236 bilion berbanding RM3.237 bilion pada 2014.
Jumlah ini akan dimanfaatkan oleh hampir 8.85 juta akaun pendeposit TH yang aktif.

“Keuntungan bersih selepas zakat TH mencecah RM3.53 bilion berbanding RM2.98 bilion pada 2014 atau peningkatan sebanyak 19 peratus.

“Ia merupakan pendapatan dan keuntungan tertinggi sejak 52 tahun TH beroperasi,” katanya ketika mengumumkan prestasi kewangan TH di sini hari ini.

Mengambil kira pandangan Bank Negara dan prospek ekonomi tahun ini, beliau berkata TH akan menyimpan RM300 juta daripada keuntungan boleh agih tahun ini sebagai rizab, menjadikan jumlah rizab boleh agih TH meningkat kepada RM593 juta.

Berdasarkan prestasi tersebut, Jamil berkata jumlah keuntungan boleh agih dan Rizab boleh agih TH melonjak kepada RM3.82 bilion di samping menghasilkan penambahan nilai sebanyak RM18.31 bilion kepada dana pendeposit dan peningkatan keuntungan lebih lima kali ganda sejak tahun 2006.

Sementara itu pada sidang media, Pengerusi TH Datuk Seri Azeez Abdul Rahim berkata bonus tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun pendeposit bermula 10 Feb ini.

Beliau juga menafikan berlaku pengeluaran panik daripada pendeposit disebabkan khabar angin mengenai kedudukan kewangan TH.

“Memang terdapat pengeluaran daripada para pendeposit sepanjang tahun lepas.

Namun, jumlah pengeluaran tersebut masih pada tahap normal, seperti yang berlaku pada tahun-tahun sebelumnya,” katanya – Bernama

 


Pisau kata “

Penindasan Melayu Di Pulau Pinang Oleh DAP Adalah Perkara Biasa.Memang Itu Yang Di Mahukan Oleh Pengundi Bukan?

in Berita Nasional by

Apabila DAP melancarkan kempen Ubah semasa pilihanraya..Pisau lihat kalangan pengundi melayu di Pulau Pinang cukup gembira malah ada yang turun sama berkempen bersama,apatah lagi di Permatang Pauh hardcore PAS PKR dan DAP hebat berkempen.

Malah hardcore ini juga berani mati mempertahankan parti mereka hingga sanggup mencederakan penyokong parti lawan. Pisau lihat regim DAP Pulau Pinang bersama PKR begitu giat mengawal dan menghalau peniaga melayu.Ramai yang beranggapan ini satu tindakan double standart memandangkan hanya peniaga melayu sahaja dikenakan tindakan.

Roboh gerai,rampas barang,halau peniaga,kampung melayu dihapuskan adalah pemandangan biasa di Pulau Pinang. DAP dan PKR tahu,rakyat hanya bising sehari dua selepas itu mereka akan lupa dan meneruskan kehidupan seperti sediakala.

Tidak menjadi masaalah jika sekadar merobohkan kampung melayu atau menghalau dan rampas barang milik peniaga melayu.Kenapa DAP begitu berani? Bagi mereka undi melayu di Pulau Pinang tidak penting,memandangkan jika kesemua pengundi melayu tidak mengundi DAP pun mereka masih boleh memerintah negeri.

Undi kaum cina di Pulau Pinang menyokong DAP begitu solid,sebab itu DAP begitu yakin dan pandai mengunakan kuasa untuk menekan bangsa melayu di Pulau Pinang.

Gambar yang dibawah adalah tindakan terbaru MPSP meroboh dan memusnahkan gerai gerai melayu di Seberang Jaya..

Mana melayu melayu berani mati PKR di Seberang Jaya dan Permatang Pauh?

12622528_1566488947002700_5388718885301050130_o 12688056_1566489013669360_9076918097187139660_n 12657203_1566488987002696_5239380547559020456_o 12640368_1566488963669365_267127276439819707_o

Bandingkan gambar dibawah,peniaga cina bebas berniaga tidak dihalau atau dirampas,pemandangan seperti gambar ini adalah biasa diseluruh Pulau Pinang.Anda boleh jumpa dimana mana sahaja dikawasan tumpuan.Tidak diganggu malah diberi keistimewaan hingga jalan ditutup.

premis-ppPeniaga ini juga terkenal dengan sikap pengotor dan menganggu lalu lintas .. ada sesiapa berani ambil tindakan?

Pisau kata ” PRU14 undi lagi DAP dan PKR.. nanti dapat habuan lagi ..”

Derma Politik 1.2 Billion DAP Halal Pulak Yer..?

in Berita Utama by

Kenapa DAP boleh terima dana 1.2billion dari Israel ? Tak ada pula puak Pro Tun bising bising? Dalam Umno ni Pisau faham sangat.. mungkin yang bising bukannya disebabkan derma politik,ia tak lebih kepada strategi untuk menjatuhkan seorang pemimpin dan menaikkan pemimpin yang baru.

Hanya kerana tidak mahu mendengar cakap,Ds Najib diarahkan turun atau ditarik turun dengan apa cara sekali pun. Soalnya kenapa zaman Tun M boleh.. Dap boleh.. Najib tak boleh..

Bukan kah hipokrit namanya…

 

Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hairan dengan sikap pengecut DAP yang tidak mempunyai keberanian untuk menyaman bekas aktivis DAP, Mohamed Razali Abd Rahman berkaitan isu dana pilihan raya bernilai RM1.2 billion dari Israel.

Presiden PMSP, Dato’ Seri Ramesh Rao berkata beliau telah menghubungi Razali dan bekas aktivis DAP itu bersedia mengemukakan bukti, jika DAP menyaman dan membawa kes itu dibawa ke mahkamah.

“DAP kena jadi anak jantan. Dalam parlimen boleh bising, kat luar boleh bising. Sikit-sikit saman. Desak Datuk Seri Najib saman WSJ.

“Sekarang saya minta awak (DAP), saman Razali, kalau kamu anak jantan. Jangan diamkan diri,”kata Ramesh kepada pemberita selepas menyerahkan satu memorandum ke Ibu Pejabat DAP, Kuala Lumpur semalam.

ramesh

Ramesh Rao

Ramesh (foto) berkata NGOnya, PMSP memberi tempoh dua minggu kepada DAP untuk mengemukakan saman terhadap Razali.

Jika DAP gagal berbuat demikian, PMSP akan membuat laporan polis untuk kes tersebut dan akan mengadakan desakan susulan, road show di Gelang Patah, kawasan parlimen yang diwakili oleh penasihat DAP, Lim Kit Siang dan di bangunan KOMTAR Pulau Pinang, pusat kerajaan negeri yang diperintah oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

“Tak ada alasan DAP tidak boleh saman Razali. Apa perlu takut ?

“Ada kenyataan media (daripada pimpinan DAP mengatakan) ‘tidak benar..tidak benar (jadi apa tunggu lagi) samanlah (Razali),”katanya lagi.

Menurut Ramesh, kes ini penting dibicarakan di mahkamah kerana ia akan medan penghakiman terhadap dakwaan Razali yang dibuat sejak empat tahun lalu.

“Encik Razali yakin dengan kes ini. Dia kata, ‘saya memiliki dokumen yang cukup,kalau ke mahkamah nanti boleh saya kemukakan, di mana kami dilatih, bagaimana kami dilatih, siapa yang terlibat dalam latihan di Israel’.

“Banyak yang akan kita tahu (nanti). Jami kita mahu dia (DAP) saman (Razali),”katanya.

Tambahnya, jika DAP takut untuk mengemukakan saman terhadap Razali ia akan mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh bekas aktivis DAP itu adalah benar.

“Bagi saya, DAP bukan takut dengan isu RM1.2 billion ini, dia (DAP) cuma takut rahsia di mana mereka dilatih akan terbongkar.

“Sebab, Razali salah seorang pakar strategik DAP. Dilatih untuk menghuru-harakan negara.

“Mungkin DAP ini takut kalau kaitan DAP dengan Israel akan terbongkar sebab kita (Malaysia) tidak ada hubungan diplomat dengan Israel,”katanya lagi.

Untuk mendengar rakaman kenyataan PMSP sila klik link di bawah. -AIDC

http://www.mobtvlive.my/watch.php?vid=51108f8ae

Pisau kata ” kalau otak dah bengap..hang cerita apa pun tak guna..bukan depa nak faham pun..”

Zahid Minta Mukhriz Istiqamah Dalam Perjuangan Parti.

in Berita Nasional by

Perjalanan politik seorang pemimpin ada naik dan turun,adakalanya dengan perbezaan pendapat seorang ahli politik berpegang kepada kepercayaan apa yang beliau percaya hingga tidak mempedulikan kedudukan dan pangkat.

Begitulah yang terjadinya keatas Ds Zahid Hamidi,beliau bukan saja pernah dipenjara malah hilang segalanya,namun atas istiqamah beliau dan percaya hanya Umno sebagai wadah perjuangan beliau masih bersama Umno bukan saja menjadi ahli Umno malah beliau adalah orang Umno.

Nasihat Ds Zahid kepada Mukhriz agar istiqamah dalam perjuangan parti banyak kesannya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir agar terus tabah dan istiqamah dalam perjuangan parti.

Beliau turut menyeru rakyat Kedah daripada semua kumpulan termasuk parti politik yang berbeza agar terus memandang ke depan untuk kebaikan dan kemajuan negeri Kedah.

“Saya harap Mukhriz agar melakukan muhasabah diri kerana saya juga pernah alami keadaan yang sama pada 1998. Disebabkan saya turut istiqamah, saya berada dalam kepimpinan negara sekarang ini,”  katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia di Beijing hari ini bagi mengulas pelantikan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai menteri besar Kedah baharu yang diperkenan Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

“Saya fikir jangan terdorong pada apa yang dilakukan pihak pembangkang. Saya turut ditawarkan pihak pembangkang apabila saya alami kemelut yang sama pada 1998. Itulah saya menyeru istiqamah berhubung pendirian kita.

“Sebagai seorang ahli politik …kita perlu mengutamakan perpaduan parti dan juga kestabilan politik demi kepentingan negara pada keseluruhannya,” tegasnya.

Zahid meminta semua kepimpinan parti kepimpinan peringkat negeri, bahagian dan cawangan di Kedah agar melupakan permasalahan politik yang timbul selama ini.

“Kita tahu apabila sesuatu berlaku pada diri kita, itu bukan bererti berakhirnya kerjaya politik kita. Kalau ikut hukum akal pada 1998 saya tidak mempunyai masa depan langsung, tetapi tahun 2004 saya terus diberikan kepercayaan sebagai ahli Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-12.

Perdana Menteri ketika itu (Tun Abdullah Ahmad Badawi) beri peluang kepada saya sebagai timbalan menteri pelancongan. Hanya selepas 11 tahun kemudian, saya dalam kedudukan sekarang.

“Jadi kita tidak harus membuat keputusan ketika sedang sedih atau marah, itu keputusan yang dipengaruhi emosi. Tetapi (jika) kita bertenang dan menerimanya sebagai qada dan qadar, Insya-Allah ada hikmah kepada apa yang berlaku kepada diri kita,” katanya.

Zahid berkata sebagai orang politik, mereka harus tahu apabila tiba masanya jawatan yang dipegang diberikan kepada orang lain, ertinya mereka tidak boleh menuding jari kepada mana-mana pihak dan harus menerimanya sebagai hakikat politik – Bernama

Kerana Krisis Kedah,Menteri Besar Dan Timbalan Menteri Letak Jawatan.

in Berita Utama by

Akhirnya teka teki siapakah yang mengantikan Mukhriz terjawab.Berakhirnya krisis kepimpinan negeri Kedah diharap BN Kedah terutamanya Umno memperkemaskan jentera agar dapat berkhidmat kepada rakyat.

Beza proses pertukaran MB diantara Umno dan Pakatan Pembangkang.

    

ALOR SETAR – Bakal Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta anggota Dewan Negara berkuat kuasa hari ini. 
Katanya, surat peletakan jawatan sebagai timbalan menteri diserahkan hari ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak manakala bagi jawatan senator kepada Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

 
“Jadi, dah rasmi (saya) letak dua-dua jawatan. Kalau ikutkan, untuk Senator tak habis tempoh lagi, tapi esok dah angkat sumpah (jawatan Menteri Besar), kena lepas dua-dua jawatan itu,” katanya pada sidang media di Bangunan Tunku di sini hari ini.

 

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din dalam sidang media khas di Wisma Darul Aman di sini hari ini mengumumkan Ahmad Bashah, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Bakar Bata, sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu, menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, berkuat kuasa esok.
 

Terdahulu, Mukhriz mengumumkan peletakan jawatan menteri besar berkuat kuasa serta merta.

 
Krisis politik membabitkan kedudukan Mukhriz bermula sejak 20 Januari lalu, apabila ADUN dan anggota Parlimen Kedah serta pemimpin kanan UMNO negeri yang diketuai Ahmad Bashah, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

 
Mukhriz ketika mengumumkan peletakan jawatan pagi tadi berkata, beliau dimaklumkan telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri.

 
Pada sidang media itu, Ahmad Bashah, 66, berkata, ketika beliau mengadakan sidang media meminta Mukhriz digantikan pada 20 Januari lalu, tidak terlintas di fikirannya untuk menjadi Menteri Besar.

 
“Kalau nak jawatan, dulu lagi boleh buat. Bukan cita-cita saya. Tapi dah berlaku saya terima, tak bantah atau bangkang sesiapa. Matlamat nak lihat UMNO kuat.

 
“Saya dah terlibat dalam UMNO lama dan menjadi wakil rakyat sejak lima penggal. Matlamat bukan jadi Menteri Besar tapi nak bersama kepimpinan,” katanya.

 
Ahmad Bashah berkata, krisis dua minggu itu berakhir hari ini dengan permintaan oleh pemimpin-pemimpin UMNO negeri tercapai.

 
“Kami mahukan perubahan dalam kepimpinan… pagi ini dah umum. Peristiwa yang berlaku sejak 20 Januari dah selesai. Itu kehendak kepimpinan UMNO yang hasrat adakan perubahan,” katanya.

 
Ahmad Bashah berkata, pertukaran jawatan Menteri Besar adalah sesuatu yang biasa berlaku di Kedah tetapi sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional masih padu.

 
“Yang penting kita nak bersama jalankan tugas. Yang penting nak pertahankan kuasa di Kedah,” katanya.

 
Ahmad Bashah berkata, beliau yakin Mukhriz walaupun tanpa jawatan menteri besar, akan terus bersama dalam membantu parti bagi mengekalkan UMNO untuk terus berkuasa di negeri ini. – Bernama

Pisau kata ” inilah politik.. ada masa naik dan turun.. “


Hit Counter provided by Curio cabinets
Pergi ke Atas