Berita telus dan seimbang..

Monthly archive

December 2015

Ini Projek Dap Penang dan PKR Selangor Yang Patut Semua Orang Tahu!

in Berita Utama by

  

Menurut sumber , Kerajaan negeri Pulau Pinang memberi meluluskan projek laluan basikal paling canggih di dunia.

Pertama kali laluan pengguna basikal di beri habuan hasil menyokong kerja berdedikasi berjimat cermat dan penuh ketulusan oleh Dap Pulau Pinang.

Tahukah anda kenapa laluan basikal ini berharga RM30 juta,menurut pakar teknik canggih dan terkini digunakan secara tidak langsung ia membantu mengurangkan pencemaran.

Bayangkan selokoh tajam seperti gambar diatas diletakkan insyarat berfoto untuk mengelakkan kemalangan penungang basikal.

Pisau percaya laluan basikal ini akan di manfaatkan oleh ratusan ribu penunggangan basikal setiap hari.

Manakala pintu gerbang di Selangor, mungkin teknik bayar dahulu bina kemudian dilaksanakan.. manakala kecangihan pintu gerbang ini ia dibina sebegitu tinggi untuk laluan semua jenis kenderaan..

Projek ini memang layak mendapat sokongan memandangkan sebelum dijalankan telah mejalani kajian yang cukup mendalam dari pelbagai aspek..

Pisau kata “buat laluan basikal di atas laluan pejalan kaki.. macam mana tu?”

Dap Mahu Politikkan Sekatan Terhadap Peluncur Israel .

in Berita Nasional by

Apabila peluncur angin dari Israel dilarang untuk memasuki Malaysia,Menteri Belia dan Sukan di selar oleh Dap.

Malaysiakini mendedahkan Dap tidak sensitif malah langsung tidak prihatin akan sentimen dinegara ini yang anti Israel.

  
Tindakan KJ di sokong oleh pemimpin nombor 2 negara Datuk Seri Ahmad Zahid,

DAP diingatkan supaya tidak menjadikan sekatan kerajaan ke atas dua atlet Israel ke Malaysia itu kerana sentimen politik dan peribadi khususnya dalam acara sukan antarabangsa.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti pembangkang itu perlu mengambil kira sensitiviti umat Islam di negara ini sebelum menyanggah tindakan itu.
“Kita mempunyai dasar jelas dari segi hubungan diplomatik Israel, dan langkah yang dibuat oleh DAP sesuatu di luar dari dasar kita.
“Saya fikir DAP jangan melihat dari segi aspek dan elemen mereka sahaja, (sebaliknya) mereka harus melihat dari segi satu sensitiviti rakyat terbanyak di negara ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Deklarasi Prioriti 2016: Ekonomi Keutamaan Kita, di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Biro pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin pada Sabtu lalu yang mengecam tindakan pihak berkuasa Malaysia kerana menyekat Yoav Omer dan Noy Drihan mengambil bahagian dalam Kejohanan Luncur Angin Belia Dunia di Langkawi, minggu lalu – seterusnya

Dap sebolehnya mahu mempolitikkan sekatan ini, kita nak tengok berapa ramai yang sokong Israel di negara ini..

Sekurang kurangnya kita dah nampak siapa pro Israel.:

Pisau kata “ramai jugak yang pro Israel”

Terlalu Awal Tafsir Keserasian Ummo Pas Satu Kerjasama – @zahid_hamidi

in Berita Nasional by

Didalam Pas sekarang ini sda kalangan pemimpinnya masih kemaruk kasih sayang Dap, ada juga yang jual mahal dan ada juga sombong..

Beginilah.. Pas awak tu janda dah tua.. Dap dapat parti anak dara PAN bergetah lagi..

Entahlah dengan Pas ni.. jual mahal atau malu malu kucing..

Namun penjelasan Ds Zahid memang harus difahami oleh pelbagai pihak.. Umno hanya mengalu alukan jika ada titik persamaan.. malah beliau nafikan mengenai kenyataan beliau mengenai keputusan syura ulama Pas..

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan keyakinan bahawa sudah wujud keserasian dalam pemimpin UMNO dan PAS, namun masih terlalu awal untuk menyatakan kerjasama kedua-dua parti itu secara formal.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata usahasama dan perpaduan kedua-dua parti itu sejak kebelakangan ini adalah sesuatu yang menggalakkan dan ikatan tahaluf siyasi boleh terjalin andainya ada persefahaman yang termeterai.

“Pada masa ini seperti mana yang saya pernah nyatakan dalam media massa yang lalu bahawa terlalu awal untuk saya mengatakan bahawa kerjasama ini dibuat secara formal melalui pendekatan ikatan politik secara berorganisasi.

“Saya melahirkan keyakinan bahawa ada keserasian sudah wujud dalam pemimpin UMNO dan PAS walaupun ada kedengaran suara-suara yang menolak daripada PAS,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Katanya UMNO mengamalkan sikap terbuka, namun parti itu perlu mengambil kira pandangan rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN) dan menilai unsur kerjasama dari sudut penerimaan parti-parti komponen BN.

Ahmad Zahid turut menafikan beliau mengeluarkan kenyataan kononnya Majlis Syura Ulama PAS mahu supaya setiap anggota parti PAS akur dengan kerjasama UMNO dan PAS.

“Seperti mana kenyataan awal saya menyatakan bahawa belum ada lagi sebarang kerjasama formal dibentuk antara UMNO dan PAS termasuklah sebarang surat rasmi daripada UMNO berhubung kerjasama dengan parti PAS.
“Moga sebarang kekhilafan dalam laporan berita Sinar Harian bertarikh 26 Dis 2015 (Sabtu) ditafsirkan semula secara berhemah dalam memperbetulkan persepsi pembaca mengenai kerjasama UMNO-PAS, katanya.
Malah Ahmad Zahid berkata melalui temu bual dengan akhbar Mingguan Malaysia yang disiarkan pada 20 Dis lepas, beliau secara jelas juga menyatakan bahawa parti PAS mempunyai sistem syura yang kuat, maka suara-suara yang tidak setuju ini akan bersetuju pada akhirnya.

“Secara prinsipnya, marilah kita berpegang kepada firman Allah SWT dalam surah Al-I’Imran ayat 103 yang jelas membawa maksud supaya kita berpegang kepada tali Allah supaya tidak berpecah-belah,” katanya.

Pisau kata “ada lagi serpihan puak liberal dalam Pas”

Perpaduan Melayu Sentap Dap,Tuduh Sebagai Rasis.

in Berita Utama by

Beginilah nasib di tanah air sendiri apabila terlalu memberi muka kepada puak ultrakiasu chauvanis rasis Dap.

Kita semua tahu pengalaman Umno bagaimana parti ini dituduh sebagai sebuah parti perkauman apabila mempertahankan hak orang melayu dan bumiputra yang termaktub didalam perlembagaan negara.
Umno tidak pernah melampaui batas dalam mempertahankan hak bangsa melayu dan bumiputra dan dalam masa yang sama tidak menindas bangsa bangsa lain.

Apa masaalah Dap jika Pas dahulunya yang dianjingkan mereka mahu berbaik dengan Umno?

  
Pisau kata “apahal lu sakit bila pemimpin melayu berkawan”

AZAN TERAKHIR SAHABAT BILAL B. RABAH R.A.

in Berita Utama by

Semua pasti tahu, bahwa pada masa Nabi Muhammad SAW, ketika setiap masuk waktu solat, maka yang mengkumandangkan azan adalah Bilal bin Rabah. Bilal dilantik sebagai Mu’adzin kerana memiliki suara yang indah. Lelaki berkulit hitam yang berasal dari Afrika itu mempunyai suara emas..

Posisinya semasa zaman Nabi Muhammad SAW tidak dapat digantikan oleh siapapun, kecuali ketika perang saja, atau ketika keluar kota bersama Nabi Muhammad SAW. Ini adalah kerana beliau tak pernah berpisah dengan Nabi, walau kemanapun Nabi pergi.

Sehinggalah ketika Nabi Muhammad SAW kembali menemui Allah SWT pada awal 11 Hijrah. Semenjak itulah Bilal menyatakan yang beliau tidak akan mengumandangkan azan lagi.

Ketika mana Khalifah Abu Bakar RA. memintanya untuk jadi Mu’adzin kembali, dengan hati yang pilu  dan sendu
 Bilal berkata: “Biarkan aku jadi muadzin Nabi saja. Nabi telah tiada, maka aku bukan muadzin siapa-siapa lagi.”

Abu Bakar terus mendesaknya, dan Bilal pun bertanya: “Dahulu, ketika engkau membebaskanku dari siksaan Umayyah bin Khalaf. Apakah engkau membebaskanmu karena dirimu apa karena Allah?.” Abu Bakar Ra. hanya terdiam. “Jika engkau membebaskanku karena dirimu, maka aku bersedia jadi muadzinmu. Tetapi jika engkau dulu membebaskanku karena Allah, maka biarkan aku dengan keputusanku.” 

Dan Abu Bakar RA. pun tak bisa lagi mendesak Bilal RA. untuk kembali mengumandangkan azan. 

 Kerana terlalu sedih sebab kewafatan Nabi Muhammad SAW, hati Bilal RA terus berada dalam kesedihan dan kesedihan itu yang mendorongnya meninggalkan Kota Madinah, Bilal RA mengikut pasukan Fath Islamy menuju ke Kota Syam, dan kemudian tinggal di Homs, Syria. 

Setelah sekian lama Bilal RA. tidak mengunjungi Kota Madinah, maka pada suatu malam, beliau bermimpi yang Nabi Muhammad SAW hadir dalam mimpinya dan menegurnya:
 “Ya Bilal, wa maa hadzal  jafa’? Hai Bilal, kenapa engkau tak mengunjungiku? Kenapa sampai begini?.”

 Bilal pun terbangun dan terperanjat dengan mimpi tersebut, lalu beliau  segera mempersiapkan diri untuk perjalanan ke  Kota Madinah, untuk menziarahi  Nabi Muhammad SAW. kerana sudah sekian tahun beliau meninggalkan Nabi.  Setibanya di  Kota Madinah, Bilal  rasa sungguh sebak dan terharu kerana terlalu rindukan Nabi Muhammad SAW.  sepertimana  rindunya  seorang kekasih kepada sang kekasihnya. 
 Kemudian datang dua orang pemuda yang telah beranjak dewasa, mendekatinya.

Keduanya adalah cucunda Nabi Mohammad SAW, iaitu Hasan dan Husein. Merah bengkak matanya sambil menangis, maka Bilal yang semakin  beranjak tua memeluk kedua cucu Nabi Muhammad SAW itu. Salah seorang daripada mereka berkata kepada Bilal RA.:
 “Pakcik, maukah pakcik mengumandangkan azan buat kami sekali sahaja? Kami ingin mengenang atuk  kami.” 

      Ketika itu, Umar Al Khattab yang telah jadi Khalifah juga sedang melihat pertemuan  dan perbualan yang  mengharukan itu, dan beliau juga memohon pada Bilal untuk mengumandangkan azan, walaupun  sekali saja.

Bilal pun memenuhi permintaan itu memandang ia adalah permintaan cucu-cucu Nabi Muhammad SAW.  Apabila tiba waktu solat, lalu Bilal pun naik ke tempat dahulu yang dia biasa berdiri untuk azan pada masa Nabi Muhammad SAW masih hidup. Lalu Bilal pun mulailah mengumandangkan azan.

Pada saat Bilal melafazkan
 “Allahu Akbar” maka tiba-tiba seluruh Kota Madinah menjadi senyap, segala aktiviti terhenti, semua terkejut, kerana terdengar suara yang telah bertahun-tahun hilang, suara yang mengingatkan pada susuk nan agung, suara yang begitu dirindukan, dan ia telah kembali. 
Ketika Bilal meneriakkan kata “Asyhadu an laa ilaha illallah”, seluruh isi Kota Madinah berlari-lari ke arah suara itu sambil berteriak, bahkan para gadis dalam pingitan  pun turut keluar.

Dan pada saat Bilal mengumandangkan“Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah”, maka seluruh Kota Madinah pecah oleh tangisan dan ratapan yang sangat memilukan. Semua menangis, teringat masa-masa indah bersama Nabi SAW. Umar Al Khattab yang paling keras tangisannya. Bahkan Bilal sendiri pun tak sanggup meneruskan azannya lagi. Lidahnya tersekat oleh air mata yang berderai. Hari itu, Kota Madinah kembali mengenang masa  dan saat  Nabi Muhammad SAW masih ada

Tak ada pribadi agung yang begitu dicintai seperti Nabi Muhammad SAW dan azan itu, azan yang tak bisa dirampungkan itu, adalah azan pertama sekaligus azan yang terakhir oleh  Bilal RA. semenjak dari tarikh kewafatan Nabi Muhammad SAW. Dia tidak pernah bersedia lagi untuk mengumandangkan azan.

Sebab kesedihan yang teramat sangat yang merobek-robek hatinya kerana terkenang seseorang yang kerananya dirinya telah terangkat darjat yang begitu tinggi
Semoga kita pun dapat merasakan nikmatnya Rindu dan Cinta seperti yang Allah karuniakan kepada Sahabat Bilal bin Rabah RA. Amin

Halal Berkhalwat dan LGBT,Sokongan 48 NGO Bukti Noor Farida G25 Ditaja DAP

in Rencana by

Pendedahan yang dibuat oleh portal AIDC tidak mengejutkan,apatah lagi G25 dilihat ekstrim liberal sudah pasti kita semua tahu siapakah dalang disebalik kebobrokan mereka semua.

Perjuangan G25 tak jauh beza dengan perjuangan puak LGBT , benar benar merosakkan akidah,menghalalkan apa saja dengan atas nama “human right” dan “freedom of speech”

Kita semua harus faham,kenapa kita perlu menolak DAP,PAN dan PKR.. Pisau pasti dengan adanya Umno dan PAS ,dua parti melayu Islam terbesar dinegara ini tidak akan membiarkan sama sekali ekstrim liberal berleluasa dinegara ini.

Sokongan 48 badan bukan kerajaan (NGO) kumpulan sivil terhadap Datuk Noor Farida Ariffin membuktikan gerak kerja jurucakap kumpulan G25 itu ditaja DAP.

Ini kerana 48 NGO kumpulan sivil yang menyokong Noor Farida hampir sama dengan NGO-NGO yang menyokong BERSIH 2.0.

Menurut laman globalresearch yang memetik sumber asal NDI (sebelum diubahsuai), REFSA(Research for Social Advancement) adalah satu-satunya sekretariat BERSIH yang bekerjasama dengan dengan NDI (National Democratic Institute) pada tahun 2005.

noor-farida-bersih

RESFA adalah badan pemikir DAP yang dimiliki oleh Liew Chin Tong yang sekarang merupakan Ahli Parlimen DAP Kluang, Pengerusi DAP Johor dan Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP.

Manakala NDI adalah adalah salah satu cabang NED (National Endowment for Democracy), sebuah yayasan demokrasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

bersih-dap

Menurut laman bersih.org , ‘Bengkel Pembaharuan Pilihan Raya’ yang diadakan di Kuala Lumpur pada September 2006 telah menghasilkan BERSIH yang dikawal oleh tiga jawatankuasa pemandu iaitu Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Women’s Development Collective (WDC) dan Writers Alliance for Media Independence (WAMI).

SUARAM adalah milik bekas ahli parlimen DAP di Petaling Jaya (1990-1995), Dr Kua Kia Soong.

WDC ketika itu diwakili oleh Maria Chin Abdullah yang juga merupakan pemilik Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER).

20647419290_86f18ef399_z

Maria Chin diiktiraf berforum dengan penasihat DAP, Lim Kit Siang pada 7 Februari 2015 dalam program ‘Mengenang Negarawan, Meraikan Sasterawan’ anjuran Roketkini.com.

WAMI pula milik Dr Wong Chin Huat yang sekarang ini merupakan penganalisis sosial dan politik badan pemikir Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Penang Institute.

board-pi

Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah, Penang Institute adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Liew Chin Tong juga merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah badan pemikir kerajaan DAP Pulau Pinang itu.

Pada 31 Oktober, badan pemikir DAP itu telah menganjurkan program bersama dengan G25 bertajuk “Forum G25 : Maqasid Syariah Dalam Demokrasi Perlembagaan” ? di Olive Tree Hotel, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Selanjutnya sila baca “Lim Guan Eng Dalang Kumpulan G25 & Gagasan ‘Maqasid Syariah’ II ?

 

Pisau kata ” freedom of speech & human right jarum halus yahudi..lebih bahaya dari komunis”

 

Hubungan Akar Umbi BN Harus Di Perkukuhkan – Zahid Hamidi

in zahidhamidi by

Gerak kerja dan persefahaman diantara komponen akar umbi BN memang agak kurang efektif malah ini menjadi punca pelbagai isu tidak dapat dijelaskan dengan baik kepada rakyat.

Komen Ds Ahmad Zahid amat tepat dan BN diperingkat akar umbi harus dilihat seiring dengan pimpinan tertinggi masing masing.

Persepakatan antara ahli-ahli akar umbi di setiap parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) belum dapat diraih dengan sepenuhnya.

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melihat kepada situasi semasa kerjasama UMNO-MCA-MIC di dalam BN, wujud kesefahaman antara presiden setiap parti namun tidak di peringkat akar umbi.
m
“Tetapi di bawah sana, jalinan itu masih belum dapat dieratkan. Ia hanya muncul apabila pembubaran DUN dan Parlimen dibuat.

“Waktu itu terlalu suntuk untuk mewujudkan rasa kesalingan yang kukuh dan ia harus diwujudkan dari sekarang,” katanya dalam wawancara Mingguan Malaysia, pada Ahad.

Malah dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang, ujar Zahid UMNO tidak akan mampu berdiri sendiri tanpa kekuatan dan peranan MCA dan MIC.

Sehubungan itu gerak kerja yang lebih praktikal perlu dilakukan supaya kemenangan masih berpihak kepada UMNO-BN.

“Apa yang disebutkan Presiden (Datuk Seri Najib Razak) semasa ucapan penggulungan (PAU2015), beliau secara sinis menyebutkan beliau masih belum berpuas hati terhadap pencapaian yang telah dilakukan.

“Sebab itu kita perlu berusaha mencapai KPI (Petunjuk Prestasi Utama) dan mengetepikan segala titik bengit,” ujarnya.

Zahid juga menggariskan lima elemen persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang iaitu dengan melaksanakan ‘headcount’ bagi menentukan jumlah pengundi yang didaftarkan atau dipindahkan ke sesuatu kawasan dan memastikan kerjasama semua parti komponen untuk menggerakkan jentera.

Malah BN juga perlu mengenalpasti lebih lima juta pengundi kali pertama di dalam daftar pemilih menjelangnya PRU14, mengadakan kerjasama dengan golongan pemikir dan bertindak menyelesaikan masalah rakyat secara keseluruhan.

Pengerusi BN Penang Dedah Skandal Tanah Yang Guan Eng Sorok Dari Pengetahuan Umum!

in Pulau Pinang by

Bukan perkara baru,semua orang tahu tuan tanah paling sukses di Malaysia adalah Ketua Menteri regim Dap Pulau Pinang.

Sebenarnya Pisau lihat ini hanya satu transaksi atas kuasa Ketua Menteri, bayangkan jika memperolehi keuntungan hasil dari perniagaan ini siapa yang akan mendapat hasil..

Lim Guan Eng hanya menggunakan kuasa yang diberikan oleh rakyat sebaik mungkin.Rugi lah kalau dah jadi ketua menteri sehebat ini tak pandai buat duit..

Statement by Teng Chang Yeow
Penang Barisan Nasional Chairman

 

The 25 acres of reclamation land in Bayan Bay announced in the State Assembly on 6th November 2015 was approved way back on 29th August 2013 by the DAP-led Penang State Government.   
We quote the following statement from the Chief Minister’s 2016 budget speech in the State Assembly:-
“tanah tebus guna baru adalah di Bayan Bay. Tebusguna tanah Bayan Bay oleh Tetuan Ideal Gim Ventures Sdn. Bhd. dengan keluasan 24.79 ekar akan digunakan untuk pembinaan 2,100 unit perumahan seluas 11.79 ekar, 11 ekar sebagai rizab Kerajaan dan 2 ekar lagi untuk kegunaan infrastruktur”
One wonders why the DAP-led Penang State Government must held in secretive from the public the approval for the last 2 years and 3 months.
The reclamation was approved without an open tender. The DAP-led Penang State Government has been boasting of awarding every single project based on open tender since coming into power in 2008. This is only a short-lived promise, never meant to be kept!
This clearly breached their Competent, Accountable and Transparency (CAT) principle. The CAT is now proclaimed dead!
The original approval granted to Ideal Gim Venture Sdn Bhd was 13 acres on 29th August 2013. An additional 0.99 acres was granted upon appeal on 18th July 2014. Ideal Gim Venture Sdn Bhd made the application on 5th July 2013, exactly 2 month after the 13th General Elections. Within 1 month, the planning permission was approved by the State Planning Committee chaired by the Chief Minister! This is a superfast approval!
One wonders why this particular company enjoys such privileges. We dare not conclude that this is cronyism!
This is scandalous!
 
19th December 2015

Pisau kata” banyak skandal.. tunggulah.. dah tak lama lagi nak meletup”

Kenyataan Ugut Kepada Rakyat,Satu Lagi Fitnah  Terhadap TPM @zahid_hamidi

in zahidhamidi by

Tak ada benda lain hanya fitnah menjadi makanan puak yang mahu Ds Najib berundur..

Ds Zahid di fitnah kononnya mengeluarkan kenyataan yang meremehkan minda rakyat.

Ini kerja murahan yang barangkali di bayar sekupang dua semata mata mahu memberi persepsi buruk kepada Timbalan Perdana Menteri.

  

Mana mungkin Ds Zahid akan mengeluarkan kenyataan yang merugikan beliau sendiri.

Fitnah sebegini mengambarkan seolah Ds Zahid seorang menteri yang angkuh hingga mengugut rakyat.

Ini respon Ds Zahid mengenai fitnah terhadap diri beliau.

Ini fitnah yang sungguh tidak bertanggungjawab penuh khianat dan hasad dengki pada saya. Kenyataan tersebut tidak pernah saya nyatakan sama sekali.

  
Kepada macai pemakan dedak tak sangka anjing seperti kamu semurah itu…

Pisau kata “cari makan buat fitnah.. bagus lah nanti dapat habuan”

Surat Terbuka Vendor Kepada Tun M, Dedah Banyak Kelemahan Proton Dan Ketirisan.Apa Pula Jawapan Tun M?

in Rencana by

Ariff Abd. Md  
YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad,
Asalamualaikum wbt Tun. Saya mendoakan agar Tun sentiasa diberikan kesihatan dan hidayah oleh Allah SWT. Pada mulanya, saya ingin menulis surat ini di dalam Bahasa Inggeris, tetapi biarlah saya meneruskan tulisan dengan bahasa ibunda kita agar ramai dapat membaca dan memahami surat ini.
YABhg Tun, sejak kebelakangan ini saya lihat Tun sangat aktif berada di pentas politik untuk mendesak DS Najib meletakkan jawatan. Tun menghabiskan banyak masa menghadiri forum, bual bicara, program dan perjumpaan tertutup untuk meluahkan ketidakpuasan hati Tun mengenai pengurusan kerajaan dibawah pimpinan DS Najib. Sudah tentu, topik 1MDB merupakan topik yang paling utama dalam setiap ucapan Tun.
Tetapi disebalik semua ini, adakah Tun sedar bahawa Tun merupakan pengerusi Proton dan Proton sedang menghadapi masalah yang sangat besar. Saya tidak menulis surat ini berdasarkan kata-kata orang atau cakap-cakap pasar, tetapi sebagai salah seorang vendor Proton.
Kami tahu Proton sedang mengalami masalah yang sangat besar kerana Proton sudah mula tidak membayar kami. Proton sedang cuba membuat satu solusi bodoh dengan menawarkan kereta-kereta yang tidak terjual sebagai ‘contra’ bayaran untuk kami. Adakah Proton sedar bahawa kami ini bukan salesman kereta tetapi kilang komponen kereta.
Selain 6000 pekerja Proton, terdapat beratus vendor Tier 1, 2 dan 3 dan puluhan ribu pekerja yang bekerja dengan syarikat-syarikat vendor ini. Masalah 1MDB (yang dilihat kini mempunyai jalan penyelesaian selepas penjualan Edra) tidak akan membuatkan puluhan ribu rakyat tiba-tiba hilang pekerjaan serta merta. Tetapi masalah Proton akan mengakibatkan jutaan ringgit kerugian pada usahawan bumiputera dan puluhan ribu pekerja hilang punca pendapatan dalam masa 2-3 bulan sahaja lagi. Tun perlu ingat, operator-operator kilang ini datang dari keluarga susah dengan pendapatan RM900 sebulan sahaja!
Saya mohon pada Tun, janganlah dibazirkan masa Tun sendiri dan orang Melayu dengan politik. Pilihanraya lambat lagi, pemilihan UMNO pun lambat lagi, kalau Tun ceramah hari-hari pun DS Najib tak akan letak jawatan. Lebih baik Tun ambil berat masalah Proton yang sedang nazak, lebih nazak daripada 1MDB.
Terlalu banyak kesilapan yang dibuat oleh Proton, sebelum dan selepas Tun jadi Pengerusi. Kami lihat sejak Tun jadi Pengerusi keadaan lebih teruk. Jangan disalahkan kerajaan kerana tidak memberi bantuan RM3billion kepada Proton untuk R&D. Itu adalah alasan bodoh bagi kami, kerana kami tahu setakat mana kemampuan Proton untuk menggunakan wang RM3billion itu sebaiknya untuk R&D setaraf pengeluar kereta asing. Kalau ‘drawing simple part’ pun boleh bertukar-tukar sampai berkali-kali dan akhirnya technician saya yang cuma lulusan SPM pun lebih bijak dari engineer Proton.
Sekarang ini Proton sedang kelam kabut dengan development Persona R, Saga R dan Perdana Baru. Kerja Proton memang kelam kabut, suka buat kerja saat-saat akhir dan suka tukar keputusan. Nak mass production untuk Persona bulan 1, sampai hari ini banyak keputusan belum diselesaikan. Saga R mass production bulan 4 tetapi design part pun belum confirm! Kalau Perodua, tahun depan nak mass production, tahun lepas sudah selesai semuanya.
Bercakap pasal Perdana pula, saya tak tahulah ini ego Tun atau ego Proton nak buat Perdana baru. Adakah Tun atau Proton terlalu naif untuk fikir bahawa Perdana tersebut tidak akan dapat dijual? Sedangkan model Preve dan Suprima yang kononya bakal mencecah jualan ribuan unit sebulan sekarang cuma terjual 100-200 unit sahaja. Bagaimana Perodua boleh menjual Myvi (6000 unit sebulan), Alza (3000 unit sebulan), Axia (12,000 unit sebulan)? Jawapanya mudah, ianya mampu milik! Jika harga Proton sudah cecah hampir RM70-80k, orang Malaysia sudah tentu lebih berminat beli kereta import seperti honda atau toyota walaupun 2nd hand.
Padanlah sampai sekarang pun ramai vendor menolak untuk mengambil kontrak Perdana. Berapa juta Proton habiskan untuk beri kepada syarikat Dream Edge untuk reka Perdana baru? Kenapa tidak guna duit itu untuk beri kepada R&D Proton untuk develop kereta yang mampu milik seperti Perodua. Nanti kalau Perdana tak dapat jual, Tun akan paksa kerajaan beli, kalau kerajaan tak beli (sebab baru ganti perdana lama dengan perdana kahwin honda), Tun akan marah DS Najib lagi.
Eloklah Tun luangkan masa untuk Proton. Lihatlah bagaimana pengurusan Perodua baik daripada pihak Malaysia dan juga pihak Daihatsu. 2-3 orang Jepun di Perodua lebih cekap daripada 2-3 ratus pekerja di Proton. Lawatan Tun ke Perodua pun menjadi bahan ketawa kepada mereka semua. Tun tidak harus menyalahkan kerajaan sikit pun atas kegagalan Proton, kerana Perodua juga syarikat Malaysia tetapi mampu bersaing dan mampu maju tanpa bantuan kerajaan.
Lihatlah pada pengurusan Proton, mereka tidak kompeten, tidak cekap dan ada yang tidak amanah. Tun fikirlah bagaimana Perodua boleh memperolehi harga komponen dengan lebih murah, tetapi komponen yang sama bila ke Proton menjadi lebih mahal. Makna, banyak ketirisan terjadi dalam Proton. Saya akan menceritakan ketirisan-ketirisan ini dalam surat saya yang kedua, bagaimana ada beberapa orang dari pihak pengurusan dan pembelian Proton yang tidak amanah.
Kalau bab berlagak dan bodoh sombong bila datang ke tempat vendor, serahlah pada Proton. Memang berlagaknya nombor 1, mengalahkan Perodua, Honda, Volkswagen dan lain-lain OEM yang volumenya jauh lebih tinggi dari Proton dan paling penting, mereka semua bayar supplier!
Jika Proton tidak berubah dalam masa terdekat ini, mungkin vendor-vendor akan sepakat untuk memberhentikan supply kepada Proton. Production line Proton akan terhenti dan Proton tidak akan ada kereta untuk dikeluar dan dijualkan. Jangan salahkan kami, kerana hutang Proton kepada kami vendor-vendor bumiputera ini dah cecah ratusan juta! Banyak lagi cerita buruk Proton yang kami dengar dan kami tahu. Ada yang kata Proton membayar sewa tanah bernilai jutaan ringgit sebulan pada ahli keluarga Tun. Benar atau tidak, itu kami tak kisah jika Proton mampu menjalankan perniagaan dengan baik.
Kami merupakan antara usahawan yang paling cekal di Malaysia. Saya mempuyai beberapa syarikat lain yang menceburi bidang construction, trading, development dan macam-macam lagi. Tetapi bidang automotive manufacturing ini adalah yang paling mencabar kerana memerlukan sistem, kualiti, ketepatan masa dan pengurusan yang sangat cekap seperti syarikat Jepun.
Kepada mereka yang tidak mempercayakan surat ini, boleh pergi mana-mana kilang pembuatan komponen automotif dan tanya, ‘Bagaimana Proton?’. Anda akan dengar caci, maki, kutuk, kisah teraniya, ditipu dan macam-macam lagi. Jika tanya, ‘Bagaimana Perodua?’ anda akan dapat jawapan ‘sangat mencabar, tetapi payment tak pernah lambat, volume sentiasa tinggi’. Walaupun berurusan dengan Perodua lebih memeningkan kepala kerana terpaksa mengikut standard yang tinggi yang diletakkan oleh Jepun dari Daihatsu, ianya lebih berbaloi. Jepun Daihatsu akan datang ‘spot check’ kilang kami secara mengejut pada jam 7.30 pagi untuk memastikan operasi kami sentiasa dalam keadaan yang memuaskan!
Nasihat saya pada Tun, tengoklah Proton. Janganlah buang masa dengan Khairuddin, Anina, Amidah dan kawan-kawan Tun lain yang asik nak berpolitik sahaja! Buat malu je bangsa Melayu dengan Jepun-jepun dekat Perodua tu. Kalau perlu RM3billion nak bayar hutang, cakap lah terus terang dekat kerajaan, mana tahu mereka boleh bantu beri pinjam. Jangan berselidung disebalik alasan R&D, memang tak munasabah.
 
Ariff Abd. Md

Tier 1 and 2 Automotive Supplier,

ISO TS 16949 & MS ISO 9001:2008 Certified Company

Specialise in High Precision Parts

Kurang Ajar! Menghalalkan Jenayah Apabila Rumah Anak TPM Di Rompak.

in zahidhamidi by

Betapa bobrok dan haprak penyokong pembangkang.. syukurlah negara ini masih diperintah oleh BN.

Matlamat menghalalkan cara,puak ini menghalalkan kes pecah rumah hanya kerana mangsanya adalah anak kepada TPM.

Baru baru ini rumah anak Timbalan Perdana Menteri Ds Ahmad Zahid Hamidi di pecah masuk buat kali kedua di Country Heights,Kajang.

Datuk Nurul Hidayah ketika kejadian bersama suami dan pembantu rumah, syukur alhamdulilah mereka tidak di apa apakan.

Baca komen komen dibawah , mentaliti haprak hingga hilang langsung nilai nilai kemanusiaan.

Tidak ada rasa simpati sebaliknya dicerca dan dihina..
   
    
   
Pisau kata “moga Allah beri kekuatan kepada mangsa”

Mahathir Khalid Menteri Yang Memahami Dan Menyentuh Kehendak Kakitangan KPM dan Rakyat.

in Berita Utama by

KPM telah menerima lebih 30 ribu permohonan pertukaran termasuk yang disampaikan terus kepada saya. 
Spesifiknya, selain kes-kes kecemasan dan kritikal yang sedang dalam susulan, saya sudah mengarahkan BPSH dan BPSM menubuhkan Task Force untuk mengkaji secara holistik untuk membangunkan satu SISTEM BARU. 

Sistem “Traffic Light” yang sedia ada itu baik untuk tujuan pengenalpastian TETAPI dari sudut kemanusiaan ia tidak dapat menyelesaikan masalah pasangan guru / pasangan suami atau isteri adalah guru, yang berjauhan dengan keluarga masing-masing.
Kajian intensif dan analisa sedang dibuat untuk penyelesaian menyeluruh dalam tempoh 3 bulan atau kurang, yang akan saya umumkan secara rasmi kelak. Saya yakin SISTEM BARU yang lebih holistik perlu digunakan khusus untuk perpindahan dan pertukaran guru.
Saya amat bersimpati dengan situasi ini dan ia merupakan salah satu keutamaan. “Segalanya bermula dari rumah.”

Pisau kata “syukur alhamdulilah.. Pak menteri yang amat memahami kehendak rakyat”

Syed Hamid Albar Melenting Hanya Kerana Menteri Suarakan Keresahan Rakyat,Rakyat Tak Perlukan Menteri Pencen Menghabiskan Wang Rakyat ,Baik Berhenti Sajalah !!

in Berita Utama by

Agak mengejutkan apabila Syed Hamid Albar mengeluarkan kenyataan begitu celupar apabila mengelar Ismail Sabri sebagai kurang ajar dan sombong.

Apa masaalahnya hingga Syed Hamid menggunakan media menyerang Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri.

Kepada Syed Hamid,jika hang jadi rakyat tak undi Ismail Sabri pun takpa sebab ramai lagi orang yang lebih baik dan berbudi bahasa mengundi Menteri seperti Ismail Sabri.

Ismail Sabri yang Pisau tahu seorang yang amat mesra tanpa mengira pangkat,umur atau pun kaum.Beliau amat mudah didekati dan jauh sekali berbeza sepertimana yang didakwa oleh Syed Hamid.

Syed Hamid,lebih baik letak jawatan,jangan sombong dengan jawatan di SPAD yang diwujudkan yang entah apa apa,kita dah ada JPJ apa perlunya SPAD baik tutup saja buang duit rakyat.

Syed Hamid jangan melenting bila Ismail Sabri menyuarakan keresahan rakyat,adakah dengan menyuarakan keresahan rakyat dianggap sudah menjadi sombong?

Siapa sebenarnya yang sombong dan angkuh ?

 

IMG_6099.JPG

Pisau kata ” dia dok berasa diri masih menteri lagi,kena pulak yang junior pi tegur..tu yang orang ni meletup..siapa yang sombong sebenarnya”

Terpulang kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal untuk menyambut salam silaturrahim yang dihulurkan Presiden, Datuk Seri Najib Razak. – @Zahid_Hamidi

in UMNO by

PAU2015 selesai melabuhkan tirai penutup, ramai yang menantikan adakah kepimpinan atas Umno bakal berdamai kembali.

Harapan ahli Umno saat ini agar dihentikan persengketaan yang menjejaskan parti.Ds Najib sebagai Presiden secara terbuka tidak mahu memanjangkan isu ini malah bersedia memaafkan pihak yang memfitnah beliau.

Naib Presiden Umno,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid amat konsisten dengan kenyataan beliau,Sejak sebelum dan selepas PAU2015,beliau menyeru agar perpaduan didalam parti diperkuatkan malah beliau juga meraikan perbezaan pendapat.

Namun katanya  pihak yang persoalkan Presiden parti tidak melampaui batas hingga menjejaskan parti.

Perwakilan Umno dan juga seluruh rakyat Malaysia menjadi saksi betapa Ds Najib secara terbuka berkata segala dakwaan terhadap beliau tidak disertakan dengan bukti,hanya dakwaan malah sudah dijawap beberapa kali.

Berikut adalah komen Ds Ahmad Zahid ;

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata terpulang kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal untuk menyambut salam silaturrahim yang dihulurkan Presiden, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, apa yang menjadi keutamaan parti ketika ini adalah mencari titik persamaan bagi merapatkan barisan kepimpinan parti.

“Tangan sudah dihulur dengan penuh jiwa besar. Beliau (Najib) mahu perdamaian diterjemahkan. Terserah kepada mereka yang berkenaan untuk menyambut tangan perpaduan itu atau sebaliknya. “Perwakilan amat menghargai apa yang dilakukan oleh Presiden.

Ia menjadi penanda aras bahru bahawa sebarang perbezaan pandangan boleh diselesaikan secara baik dan harmoni,” katanya.

 

#PAU2015 Berikut reaksi tiga Naib Presiden terhadap salam pendamaian yang dihulurkan oleh Presiden UMNO.

#PAU2015 Berikut reaksi tiga Naib Presiden terhadap salam pendamaian yang dihulurkan oleh Presiden UMNO.

 

Pisau kata ” buruk orang tua bergaduh..sudah sudah la tu…”

#PAU2015 Panas,Apabila Timbalan Pengerusi Tetap Halang Fahtul Bahri Habiskan Ucapan Di Katakan Menghina Keluarga Rasulullah SAW

in UMNO by

Tindakan Timbalan Pengerusi Tetap Perhimpunan Agung Umno 2015 jelas amat memalukan. Apa masaalahnya dibiarkan Dr Fahtul Bari menghabiskan ucapan beliau,ini tidak belum sampai ke pangkal ucapan sudah diarahkan berhenti.

Jika diamati penerangan Dr Fahtul Bari ternyata niat beliau untuk menyedarkan perwakilan dan ahli Umno terbantut dan digagalkan sama sekali oleh Timbalan Pengerusi Tetap.

Beliau mahu menyedarkan betapa setiap pemimpin diatas pentas seperti Presiden,Timbalan Presiden dan juga Naib Presiden ada baiknya dan jasa mereka dan jangan hanya dilihat semua keburukan.

Rugi besar dan memalukan…ikuti penjelasan Dr Fahtul Bari..

Pisau kata ” tahniah Fathul..kamu masih bersangka baik..”

Tok Nana Pesan Jangan Bergaduh,Berbaik Semula Demi Umno #Pau2015

in Pulau Pinang/UMNO by

Hari ini ucapan wakil Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir paling mengamatkan dewan,bisanya hingga menusuk hingga ramai yang amat bersetuju baik dikalangan perwakilan hinggalah pimpinan Umno yang berada diatas pentas.

Orang lama ,luahannya peri penting perpaduan dan silaturahim amat dirasai dan didambakan ramai ahli Umno. Tegurannya ikhlas,bunyi seperti berjenaka tetapi serius tepat kepada sasaran.

Paling menarik apabila Tok Musa atau lebih mesra dengan gelaran Tok Nana mendedahkan perasaan Umno Pulau Pinang disaat Pengerusi Perhubungan Umno Negeri ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim di pecat,kemudian apabila Presiden parti Tun Abdullah didesak hingga meletak jawatan. Apa yang Umno Pulau Pinang buat? Ya ! Mereka akur dan tetap istiqamah dan setia kepada pucuk pimpinan walaupun sudah berubah.

Semangat Umno Pulau Pinang yang istiqamah harus Umno Johor belajar dan hayati. Perbezaan pendapat memang wujud tetapi tidaklah hingga memburukkan nama parti diluar dan menjadi modal pembangkang untuk menghentam Umno.

 

 

10 DIS : UMNO Pulau Pinang mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad memberhentikan tindakan beliau  mengaibkan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, tindakan itu bermakna mantan Perdana Menteri tersebut turut mengaibkan dan memalukan pemimpin serta ahli-ahli UMNO yang lain.

ApeIvjZivXExPvc1Tbc9Jk-y-NxRfkusA5kSO--Vafl-Katanya, adalah perkara biasa setiap pemimpin mempunyai kelemahan dan ia seharusnya dibincangkan dengan cara yang lebih baik supaya rakyat tidak memandang negatif terhadap Presiden parti.

“Tun, (setiap) menteri semua ada kelemahan, saya merayu, kami semua merayu sungguh-sungguh, hentikan roadshow, hentikan apa sahaja memburukkan Presiden, duduk diam-diam, kalau geram sangat tak payah cakap,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agung UMNO, di Dewan Merdeka, PWTC, Khamis.

“Kami pun sayangkan Tun, kalau nyamuk gigit Tun, kami sanggup tampar nyamuk biar bagi hancur, ini Tun mengata Presiden, (bermakna) Tun mengata dekat kami juga, Tun hina Presiden, Tun hina kami juga,” katanya.

Menurut Musa, setiap persoalan yang dibangkitkan Dr Mahathir perlu diselesaikan dengan Presiden sendiri.

“Tun dulu ada masalah juga, buat macam-macam, buat tol, kita tak setuju pun tapi kita tak kata apa pun, sebab kita dah setuju untuk selesaikan sama-sama.

musasheikhfadzir

MUSA

“Kalau ada masalah, pergi dalam bilik, bertumbuklah dua orang. tapi jangan aib Presiden kita, mari sini tolong kami, kita aturkan, jangan balun Presiden, kami tak boleh tahan,” tambahnya.

Dalam masa sama, beliau turut menggesa supaya Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berhenti daripada terus mempersoal isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion.

Ini kerana, tugas mencari dana politik adalah peranan utama seorang Presiden dan ia tidak sepatutnya dipertikaikan banyak pihak.

“Tak payah pertikai mana dia nak dapat duit, dia nak ambil duit dekat dunia mana pun biarkan, janji dia jaga kita, tak payah cerita 1MDB atau RM2.6 bilion lagi, cemuih dengar..Presiden cari duit, kita nak pertikai pasal apa?

“Jadi Timbalan Presiden jangan ada roadshow, (kalau nak buat) datang sini ke negeri (Pulau Pinang, jangan cakap soal Presiden, tapi cakap pasal nak perkasakan UMNO.

“Kalau cakap lagi nak balun Presiden, kita boleh 10 kali balun lebih dari itu, jangan biar kami buat keputusan buat Mesyuarat Khas,” tegasnya.

Jelas beliau, sepatutnya semua pemimpin UMNO perlu bersatu membantu Presiden dalam memperkasakan parti dan memikirkan strategi utama untuk memenangi Pilihanraya Umum (PRU) ke-14.

“Tolong Presiden duduk satu nakhoda, biar Presiden buat keputusan, yang lain ikut, jangan jadi batu api, jaga sama aib orang keliling kita,” ulasnya.

Dalam ucapan itu juga, beliau turut meminta Presiden, Timbalan dan Naib Presiden bersatu kembali dan mencari titik perpaduan demi parti keramat UMNO.

“Kami menggesa bila Presiden buat ucapan penangguhan, Timbalan dan Naib-Naib Presiden bersatu kembali, berbaik-baik semula.

“Kita nak semua ni berpeluk nanti, tak nak lagi mereka bergaduh, kembalikan kesatuan untuk perkasakan UMNO, kalau tidak yang bawah ini ganti tempat atas, kami ambil alih pimpin UMNO baik-baik,” ujarnya lagi sambil mendapat tepukan gemuruh daripada semua perwakilan.

Musa turut meminta semua perwakilan di Dewan Merdeka bangun sebagai tanda bersetuju supaya pihak yang bertikai bersatu semula dan meminta Najib bersedia memaafkan mereka yang terbabit.

Guan Eng Tak Sengaja Dedah Beliau Bela Mat Sabu Hingga Gemuk Serupa Kucing Parsi

in DAP by

Dah lama Pisau tak sentuh mengenai Lim Guan Eng,satu nama yang cukup sinonim dengan blog ini.Blog Pisau tidak pernah sunyi mendedahkan siapakah Lim Guan Eng dan DAP.Dari skandal hinggalah kepada penyelewengan.Tidaklah bersih sangat DAP seperti mana yang didakwah kepada pengundi diluar sana.

Bohong..Pembelit..Fitnah..sudah semacam darah daging.Malah puak ni rasis ultrakiasu dan chauvanis selalunya akan pandang rendah kepada bangsa lain.

Pisau tertarik dengan taichi terbaru Lim Guan Eng yang menghalakan serangan kepada PAS apabila membabitkan Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

lim-guan-eng_Mohamad-Sabu_nasharudin_600

Secara tak langsung tokong DAP biawak lidah bercabang ini mempertahankan Mat Sabu dan menyerang pula Nasharudin. Apa kena mengena Nasharuddin dalam cerita pergaduhan PAS dan DAP.Dia buat hal dia tak kacau orang ,tapi dendam lama lukanya masih berdarah buat DAP,ini kerana Nasharuddin adalah yang kuat mempertahankan kalimah Allah dan hudud.Malah beliau juga yang cukup tidak bersetuju persekongkolan PAS bersama DAP.

Di bawah adalah petikan lolongan Lim Guan Eng

Hari ini Lim Guan Eng menjawab kenyataan Hj Mustafa Ali yang mengganggap Mat Sabu sekadar menjadi suara DAP. Dia berkata bekas Timbalan Presiden Pas itu lebih teruk daripada Mat Sabu kerana menerima elaun daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun masih ahli Pas.

“Berbeza dengan Mat Sabu yang tidak terima apa-apa elaun… Mat Sabu tak angkat wang sebab dia (Mat Sabu) Amanah.. (Bagaimana dengan 2 Pengerusi yang sebelum ini yang Mat Sabu kata nak letak tapi masih dipengang oleh Mat Sabu??)

“Saya (Guan Eng), Setiausaha Agung DAP, tak boleh jadi jurucakap Amanah…Saya hanya boleh jadi jurucakap DAP.

“Mat Sabu (Mohamad Sabu) juga bukan Setiausaha Agung DAP… Mat Sabu tak boleh jadi jurucakap DAP, dia hanya boleh jadi jurucakap Amanah.

Wahai tokong DAP,lu mau bohong siapa? Mat Sabu lu dah bela dia sampai gemuk..semua orang tahu Mat Sabu serupa kucing parsi DAP,diberi makan sampai kenyang.

Elaun Board Director PBA beribu ringgit hasil lantikan Guan Eng takkan dah lupa.. tu baru satu..entah berapa banyak ditabur kepada Mat Sabu kita pun tak tau..

Begini lah.. semua orang tahu bukan Nasharuddin sorang saja yang mendapat elaun daripada kerajaan BN. Malah berpuluh ribu orang penyokong atau ahli PAS seluruh negara yang mencari makan dengan kerajaan BN baik dari kerajaan negeri hinggalah ke kerajaan Pusat.

Pergilah ke Putrajaya sekitar Komplek D, banyak kereta yang mempunyai sticker Tok Guru Nik Aziz,Royalti dan macam macam lagi.. semua tu cari makan dengan kerajaan BN..

Guan Eng tak payah meroyan la..mengaku sudah la itu kucing gemuk Mat Sabu lu yang bela.. habis cerita pull stop.

Pisau kata ” Mat Sabu bukan main lagi dulu.. sampai sanggup tak basuh muka”

Ucapan Fathul Bahri Dihalang Cetus Tak Puas Hati Dikalangan MT. #PAU2015

in Berita Utama by

Beberapa orang Ahli Majlis Tertinggi UMNO menyuarakan rasa tidak puas hati dengan tindakan Timbalan Pengerusi Tetap menghalang ucapan Ustaz Fathul Bahri Mat Jahaya ketika berucap menyokong usul Ucapan Presiden UMNO petang tadi.

Menurut sumber, ahli MT terbabit menyatakan perasaan tidak puas hati tersebut dalam Whatsapp Group MT.
Tindakan Mohamad Aziz turut menimbulkan tanda tanya di kalangan pemerhati politik sama ada beliau cuba menganggu ucapan menyokong Presiden UMNO.
Adalah sangat aneh untuk Timbalan Pengerusi Tetap menghentikan ucapan pembahas tanpa mendengar apa yang pembahas tersebut sebutkan. Sebelum ini terdapat khabar angin Mohamad Aziz antara yang menyokong Tan Sri Muhyiddin.
Fathul Bari sebelum itu sedang memberi contoh-contoh sejarah zaman Rasullullah mengenai taat setia fitnah yang berleluasa tiba-tiba dihentikan oleh Mohd Aziz yang menganggap tidak lagi perlu lagi membentangkan sejarah Rasulullah mengenai fitnah kerana takut masyarakat umum salah faham.
Namun Fathul ketika ditemui bersangka baik dan menganggap mungkin Mohamad Aziz tersalah sangka dengan apa yang ingin beliau ucapkan.
“Saya berpendapat bahawasanya Timbalan Pengerusi Tetap mungkin salah faham dengan apa yang ingin saya sampaikan. langsung tidak timbul soal merendah atau mengaibkan Ahlul Bait, mashaAllah tapi saya bukan Syiah, saya Ahlul Sunnah,” katanya selepas didakwa diberhentikan berhujah di PAU 2015, di Dewan Merdeka, PWTC.

Sementara itu, menurut Fathul dalam perbahasan awal, Khalifah Uthman ibni Affan dikatakan pernah berhadapan dengan situasi desakan untuk melepaskan jawatan selaku pemerintah pada zaman beliau, namun tidak dapat melepaskannya atas sebab patuh kepada agama.
“Uthman bin Affan ketika mana dipaksa meletakkan jawatan, dia kata aku tak boleh letak, kenapa? Dia bacakan hadis Nabi Muhammad S.A.W tentangnya, katanya: Wahai Osman, sekiranya ada golongan suatu ketika nanti akan memintamu menanggalkan pakaianmu yang Allah pakaikan untukmu, maka jangan sekali-kali kamu lepaskan.
“Ini bukan soal pemimpin nak kena tukar, nak kena itu nak kena ini. Ini soal nasihat dan perintah agama kepada kita,” katanya ketika menyampaikan ucapan perbahasan ucapan dasar Presiden Umno di dalam Perhimpunan Agung Umno 2015 hari ini.
Fathul yang juga Exco Pemuda Umno berkata bahawa setiap apa yang dikurniakan di dunia ini termasuk kuasa dan jawatan adalah amanah dari Allah kepada hambanya.
Setiap yang dikecap oleh barisan kepimpinan kerajaan Umno dan Barisan Nasional hari ini dakwanya terjadi dengan izin Allah.
“Allah memberikan kuasa itu, kerajaan itu kepada sesiapa pun yang dia nak. Kuasa politik pada hari ini ia datang daripada rakyat, kita kena ingat, rakyat hanyalah penyebab, tetapi penentunya ialah Allah.
“Allah beri kuasa kepada Firaun, Allah beri kuasa kepada Namrud, Allah beri kuasa kepada Thalut, Allah beri kuasa kepada khalifah-khalifah Islam yang empat, Allah beri kuasa kepada kita Umno dan Barisan Nasional untuk mentadbir urus negara ini walaupun rakyat adalah penyebab, kita wajib beriman dan mempercayai ia datang dan pergi dengan kehendak Allah.
“Sebab itu saya tekankan, kesan kepada fitnah dan ujian ini cukup besar kepada manusia. Umar Al-Khatab, dia diuji dan kemudiannya dibunuh, Osman diuji dan dibunuh, Ali bin Abi Talib diuji kemudian juga dibunuh, kesan kepada ujian sangat-sangat besar, malah Aisyah juga diuji. Adakah ini bererti seseorang yang diuji itu bererti dia tidak baik, bererti dia zalim..tidak!
“Kita semua (hari ini) diuji dengan isu-isu di sekeliling kita, yang membantutkan perjalanan parti kita, dakwah kita,” katanya lagi.

Salam Silaturahim Dan Semangat Ukhwah Dari Presiden Umno Kepada Pas #Pau2015

in UMNO by

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak hari ini menghulurkan “tali silaturahim” kepada PAS untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam sebenarnya.
Najib yang juga Perdana Menteri melahirkan rasa gembiranya kerana PAS tidak lagi bersama pakatan pembangkang selepas “disepak dan diterajang keluar” oleh rakan-rakan pembangkangnya.
“Maka saudara dan saudari…kita di dalam UMNO, berasa lega, malah gembira, pabila PAS kini tidak lagi bersama dengan parti pembangkang.
“Dengan hati yang terbuka dan nubari yang merdeka, kita hulurkan tali silaturahim, kita hulurkan ikatan ukhuwah menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia di atas syariatnya,” katanya dalam ucapan dasarnya semasa merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Walaupun UMNO mendambakan perpaduan ummah namun Najib menegaskan, apa yang paling utama dan paling mustahak adalah untuk menyokong kesatuan serta solidariti dalam UMNO itu sendiri terlebih dahulu.
Pertelingkahan secara terbuka di antara PAS dengan rakan-rakan PR terutamanya DAP berlaku sejak kebelakangan ini terutamanya di negeri-negeri diperintah pembangkang seperti Selangor dan Pulau Pinang.
Hubungan PAS dengan rakannya dalam PR semakin meruncing berikutan penubuhan parti Amanah yang diterajui bekas-bekas pemimpin parti itu yang mendapat sokongan kuat DAP.
Baru-baru ini, PAS mengisytiharkan parti itu sebagai parti pembangkang di Pulau Pinang berikutan tindakan kerajaan negeri itu yang dipimpin DAP memecat 300 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam kalangan anggota PAS.
Sementara itu, menyentuh kepada kenyataan individu tertentu yang mahukan negara menjurus kepada sistem dua parti, Najib dengan tegas menyatakan ia tidak akan berlaku dan UMNO tidak akan menerimanya.
“Mana boleh…mana boleh perkara ini kita terima,” katanya dan menambah, UMNO tidak akan menerima seruan itu bukan atas dasar ia tidak faham pengertian demokrasi tetapi “seruan tidak bijaksana” itu berbahaya.
Najib berkata, orang Melayu dan ahli UMNO perlu berjaga-jaga dan berwaspada dengan seruan terhadap dua sistem parti itu dan “jangan sampai kita terjun ke dalam perangkap ini.”
Realiti politik di Malaysia hari ini, katanya, rakyat mempunyai dua pilihan sahaja iaitu sama ada gabungan yang dipimpin oleh UMNO atau satu lagi yang didominasi oleh DAP.
“Maksud saya, seandai dan sekiranya UMNO ditolak, negara ini akan diperintah oleh mereka yang antiperjuangan Islam serta menolak perjuangan Melayu dan Bumiputera.
“Bencananya yang akan menimpa, apakah kita mahu masa depan anak cucu dan agama Islam dipertaruh kepada selain daripada kepimpinan Melayu dan Islam sedia ada? Nauzubillah,” katanya.
Menjadikan DAP sebagai sasaran dalam ucapannya itu, Presiden UMNO itu berkata, parti itu tidak pernah setia dengan rakan-rakan gabungannya dan kini cuba “menguasai” parti-parti lain dalam pakatan pembangkang.
Menurut Najib, di Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr Norlela Ariffin telah menangis “teresak-esak dan tersedu-sedan” mengenangkan nasib pengundi terutamanya orang Melayu yang tidak diperendah dan tidak dipeduli oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Katanya, perkara sedemikian tidak pernah terjadi dalam sejarah Barisan Nasional (BN).
“Realitinya, siapa yang zalim sebenarnya? Tepuk dada, tanyalah selera,” katanya.
Presiden UMNO itu berkata, tindak-tanduk DAP itu turut dapat dilihat di Selangor apabila pemimpin-pemimpin parti itu menyatakan hasrat untuk bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi PAS sebelum ini.
Najib berkata, keangkuhan DAP juga terserlah di Sarawak, di mana parti itu memutuskan hubungan dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya kerana ingin bertanding di lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri itu.
“Itulah dia DAP, yang tidak pernah setia dengan rakan gabungannya. Tahun 1990, mereka membentuk gabungan pembangkang. Lalu berpecah pada tahun 1995. Bergabung semula di tahun 1999. Kemudian tahun 2004, berpisah lagi,” kata Najib.
DAP, menurutnya, cuba lagi berpakat pada 2008 dan 2013 dengan PAS serta PKR.
“Kalau nak ikutkan perumpamaan orang berkahwin, sudah tiga kali jatuh talak. Nampaknya, besok-besok, kalau pecah pulak dengan Pakatan Harapan, tak taulah pulak talak berapa nak pakai nanti,” kata Presiden UMNO itu.
Puak-puak DAP itu, kata Najib, tidak pernah bersatu hati dengan pakatan mereka dan meminta rakyat supaya berfikir serta merenungkan keupayaan mereka untuk memerintah negara ini.
“Nak berpakat pun payah, jadi macam mana nak perintah negara,” katanya. – BERNAMA

Teh Tarik Percuma Sempena PAU2015

in Berita Utama by

Di PWTC lokasi Perhimpunan Agung Umno 2015 ramai yang datang dari merata pelusuk negara.

Pelbagai macam jualan dan juga pameran diadakan.Namun yang paling menarik Pisau lihat adalah teh tarik percuma.Maklum la makan minum kat sini harga dia pun boleh tahan jugak…

Atas inisiatif Ds Ismail Sabri satu gerai teh percuma disediakan. Lokasinya berhadapan hotel Sri Pacific.

Abang Kakak Adik Makcik Pakcik pakat mai ramai ramai kita pekena teh tarik percuma..

     
   

Siapa punya kapal terbang? Tolong ambil balik!

in Berita Utama by

  
Pemilik tiga buah pesawat diminta menuntut semula pesawat yang didapati ‘tersadai’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). – Foto: Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd

KUALA LUMPUR: Malaysia Airport (Sepang) Sdn Bhd meminta pemilik tiga buah pesawat untuk menuntut semula pesawat yang didapati ‘tersadai’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dalam satu siaran notis yang dikeluarkan syarikat itu, pemilik pesawat berkenaan gagal menjelaskan bayaran caj yang dikenakan terhadap mereka.
“Jika anda gagal untuk mengambil semula pesawat ini dalam tempoh 14 hari notis dikeluarkan, pihak kami berhak untuk menjual atau melupuskan pesawat tersebut dibawah Akta Penerbangan Awam 1969.
“Wang tersebut akan digunakan untuk membayar caj dan hutang syarikat seperti dinyatakan dalam akta berkenaan,” katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini, hari ini.

  

Tiga pesawat tersebut dari jenis Boeing 747-200F dengan dua daripadanya berwarna putih dengan nombor pendaftaran TF-ARN dan TF-ARH manakala sebuah lagi berwarna putih mati dengan nombor pendaftaran TF-ARM.
Ketiga-tiga pesawat itu masing-masing diletakkan di ruang parkir KLIA lot B61, B62 dan M3.

Sebarang maklumat lanjut, hubungi pegawai Malaysia Airport Sepang, Zainol Mohd Isa di talian 03-87766100.
Pisau kata ” ni kapal terbang piang kot.. “

Keputusan MT UMNO tutup spekulasi – Zahid

in UMNO by

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan yang dicapai dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini sekali gus menutup semua spekulasi yang timbul sebelum ini.

Justeru, katanya tidak timbul sebarang isu berbangkit dan menafikan kontroversi melibatkan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Sebagaimana yang saya nyatakan dalam sidang akhbar tengah hari tadi, bahawa hanya dua agenda sahaja yang dibincangkan terutama laporan daripada ahli Majlis Tertinggi terutama persidangan diadakan Wanita, Pemuda dan Puteri yang diwakilkan semua wakil sayap kedua usul diperbentangkan, ekonomi, pendidikan, dan agama.
“Selain daripada itu tidak ada perbincangan melibatkan jawatankuasa disiplin dan sebagainya, presiden, timbalan dan naib orang sama tidak timbul masalah spekulasi seperti di luar sana,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat MT UMNO di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.
Justeru, beliau berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak sepatutnya ditimbulkan dalam parti.
“Sesungguhnya kebijaksanaan ini telah dilakukan oleh presiden parti, maka janganlah membuat spekulasi yang agak negatif di luar.
Apa yang telah diputuskan akan dilaksanakan, ucapan penggulungan apa yang telah diputuskan mengikut yang berlaku di sayap hanya ketua sahaja, keputusan sudah dibuat, maka penggulungan akan dilakukan presiden parti sahaja,” jelas Ahmad Zahid.

Rahman Dahlan Saman Malaysiakini Kerana Fitnah Dan Berbohong 

in Berita Nasional by

Kerja fitnah memang kerja hakiki Malaysiakini,apa saja didepan mata akan di spin sehabis mungkin, jika tak bohong mesti akan ada fitnah.

Portal ini memang hakikinya begitu.. entah berapa kali tak terhitung pembohongan dan kerja jahat mereka didedahkan.

Nah.. Rahman Dahlan ambil tindakan saman.. harap jangan diakhiri dengan maaf.. atau hanya diambil sebagai gurauan..

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan mengarahkan peguamnya memulakan tindakan untuk memfailkan saman terhadap satu portal berita bertujuan untuk membersihkan namanya. 

“Saya tegaskan di sini bahawa tindakan saya pada hari ini bukan untuk menyekat kebebasan media tetapi sebagai peringatan kepada portal-portal berita online supaya lebih berhati-hati bila mengeluarkan sesuatu berita dan tidak mengkompromi fakta,” katanya dalam satu kenyataan di sini Selasa.
Pada 25 November, Abdul Rahman berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap portal berita tersebut akibat daripada tindakan memuat naik sebuah video berhubung kenyataannya berhubung migrasi penduduk dari bandar ke luar bandar pada satu sidang media di Kuala Lumpur pada 3 November lepas.
Katanya peguam yang menyerahkan surat tuntutan bertarikh 24 November kepada portal berita tersebut dan juga penulisnya, menuntut antara lain supaya mereka mengeluarkan dan menerbitkan satu permohonan maaf terhadapnya akibat penerbitan video yang diedit. 

Beliau juga menuntut portal berita dan penulis berkenaan supaya memberi akujanji untuk tidak menerbitkan, mengeluarkan, mencetak atau menyebabkan dicetak atau diterbitkan perkataan-perkataan atau perkara serupa yang memfitnah beliau.
“Malangnya, saya telah menerima surat balasan daripada portal berita online bertarikh 27 November di mana mereka gagal memberikan jawapan yang memuaskan,” katanya. – bernama

Penjelasan Arul Kanda terhadap dakwaan Muhyiddin Yassin

in Berita Utama by

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy menjelaskan bahawa tidak kurang dari lapan kali dirinya telah membincangkan mengenai isu 1MDB kepada kabinet Malaysia.
Ujarnya, sewaktu jaminan kerajaan untuk 1MDB diberi untuk pertama kali pada 2009, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan ahli Jemaah Menteri.
Muhyiddin turut ada ketika surat sokongan telah diluluskan oleh kabinet untuk pinjaman 1MDB pada tahun 2013.
“Pada tahun 2015, setiap kali kabinet berjumpa dan setahu saya tidak kurang dari tujuh hingga lapan kali isu 1MDB ini dibincangkan di kabinet, termasuk penerangan yang saya sendiri telah beri kepada Kabinet Malaysia,” ujar Arul.
Arul dalam sinis turut mempersoalkan bagaimana orang kedua terpenting negara mendakwa kononnya tidak menerima maklumat mengenai syarikat ini, meskipun telah memberi banyak penerangan terbuka mengenainya.
“Jadi kamu mahu beritahu saya orang kedua terpenting negara yang berjawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) tidak mendapat sebarang maklumat mengenai isu ini?
“Saya telah memberi penerangan terbuka kepada rakyat, saya telah berjumpa dengan media, Reuters dan sebagainya.
“Adakah masuk akal bila orang kedua terpenting negara mengatakan dia tak tahu mengenai ini?” Soal Arul.
Apa yang anehnya bila semalam di Kelab Sultan Sulaiman Muhyiddin masih lagi berbicara mengenai 1MDB seolah-olah beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenainya, sedangkan ketika beliau menjadi TPM ketika itu berhak untuk memanggil Arul bila-bila sahaja untuk mendapatkan penjelasan.

Mengulas mengenai perkara ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi satu wawancara dengan stesen televisyen TV3 malam tadi menegaskan bahawa bekas TPM itu dan anggota Kabinet juga telah diberi taklimat berkaitan 1MDB sebelum ini.
“Sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu, beliau berhak memanggil pengurusan 1MDB untuk mendapatkan penjelasan tambahan.
“Tiada alasan sebenarnya untuk tidak dapatkan maklumat. Isu berkaitan 1MDB boleh diketahui segala-galanya,” – sumber

Banyak Kali Najib Jawab,Apa Lagi Muhyiddin Dan Tun M Mahu?

in UMNO by

Polemik yang dicetuskan oleh kem Tun M bersama Tan Sri Muhyiddin bagai tak kesudahan. Pisau sifatkan mereka ini seperti tidak faham bahasa malah Pisau nasihatkan agar Ds Najib Razak jika boleh berbahasa Tamil mungkin Tun M dan TSMY akan faham  .

TSMY ketika mempunyai jawatan mempunyai akses yang besar untuk mengetahui apa saja persoalan yang dibangkitkan oleh pembangkang dan Tun M ,namun ketika itu beliau mengambil langkah untuk mencedok segala laporan palsu dan tidak benar mengenai Perdana Menteri dan menjadikan modal untuk menyerang.

Muhyiddin Sepatutnya Dapat Maklumat 1MDB Ketika Jadi TPM – Najib

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ketika masih menjadi Timbalan Perdana Menteri, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri menegaskan bahawa bekas timbalan perdana menteri itu dan anggota Kabinet juga telah diberi taklimat berkaitan 1MDB sebelum ini.

“Sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu, beliau berhak memanggil pengurusan 1MDB untuk mendapatkan penjelasan tambahan,” kata Najib dalam satu wawancara dengan stesen televisyen TV3 sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015.

Perhimpunan Agung UMNO ke-69 akan bermula esok hingga Sabtu ini Temu bual itu dikendalikan oleh Editor Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima Bhd., Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah, Editor Urusan Kumpulan, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima Bhd., Datuk Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak.

Video temu bual itu turut dimuat naik di laman web www.newsplus.my/live-tv.

Najib berkata berkata Muhyiddin juga telah berbincang dan mendapatkan penjelasan daripada beliau sendiri.

“Tiada alasan sebenarnya untuk tidak dapatkan maklumat. Isu berkaitan 1MDB boleh diketahui segala-galanya,” kata Presiden UMNO itu ketika ditanya adakah Muhyiddin tidak mendapat maklumat penuh berkaitan 1MDB.

Muhyiddin digugurkan dalam rombakan Kabinet, Julai lepas.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata ketika ini juga pelbagai sesi penerangan telah dan sedang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Beliau turut memperjelaskan sekali lagi berkaitan kedudukan kewangan 1MDB yang sebenarnya mempunyai hutang tetapi asetnya melebihi hutang
tersebut.

“Kita ada pelan rasionalisasi dan keadaan ini mungkin tidak akan berlaku kalau IPO (terbitan awam permulaan) pada bulan November 2014 itu telah dapat kita lancarkan,” katanya.

“Apabila sentimen terlalu negatif dan isu ini telah dipolitikkan, jadi suasana pada masa itu tidak menggalakkan pelabur-pelabur bagi menimbulkan
keyakinan pada mereka untuk membeli saham-saham dalam 1MDB,” katanya.

Najib berkata keadaan itu menyebabkan IPO tidak dapat dilancarkan dan menyebabkan hutang tidak dapat dikurangkan.

Sebagai ganti, pelan rasionalisasi 1MDB telah diumumkan sebagai usaha mengurangkan hutang syarikat strategik pelaburan kerajaan itu.

“Saya kata berilah tempoh masa untuk kita membuktikan bahawa masalah 1MDB dapat diselesaikan. Kabinet bersetuju dan saya pun telah membuat pengumuman secara terbuka dan kita dalam proses menyelesaikan masalah 1MDB.

“Kita telah dapat lihat bahawa ada tanda-tanda bahawa isu ini memang boleh diselesaikan terutama sekali apabila Edra (Edra Global Energy Bhd) telah dijual dan jumlah hutang dengan penjualan tersebut telah susut lebih kurang RM17 billion,” jelasnya.

Edra, anak syarikat 1MDB menjual semua asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya, CGN Group untuk RM9.83 bilion.
Group akan membayar dalam tunai, nilai ekuiti RM9.83 bilion dan akan menanggung semua hutang kasar berkaitan dan tunai syarikat operasi Edra,
berdasarkan tarikh penilaian pada 31 Mac, 2015.

Pisau kata “ hanya orang umno yang boleh jatuhkan Umno…”

Tiada Peluang Berucap Semasa #Pau2015,Muhyiddin Cari Pentas Untuk Berucap,Zahid Harap Tidak Pecah Belahkan Umno. 

in Berita Utama by

Keterbukaan yang di tunjukkan oleh Naib Presiden Umno Ds Dr Ahmad Zahid amat di alu-alukan .

Perhimpunan Yang Disertai Muhyiddin Malam Ini Diharap Tidak Jadi Platform Pecah Belah UMNO

PUTRAJAYA, 7 Dis – Perhimpunan yang akan dihadiri Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yasssin di Kelab Sultan Sulaiman malam ini

diharap tidak akan menjadi platform yang boleh memecah-belahkan keharmonian parti.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun perhimpunan itu dibenarkan dari aspek perundangan namun dari sudut tata etika parti, ia tidak harus diadakan di luar Perhimpunan Agung UMNO yang akan bermula esok.
“Saya faham tokoh atau individu berkenaan tidak ada ruang secukupnya untuk melontarkan pandangan sehingga menjadikan perhimpunan itu sebagai alternatif untuk memperjelas, mempertahankan isu-isu yang dirasakan mereka harus dibuat kepada kumpulan atau individu yang bersimpati.
“Namun, pada hemat saya individu dan penganjur tidak berhasrat jadikan UMNO berpecah tetapi hanya untuk melontarkan pandangan yang harus didengar oleh kami pimpinan dalam kerajaan serta UMNO,” katanya.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Perundangan dan Menteri Penasihat kepada Perdana Menteri Australia bagi Menangani Keganasan, Michael Keenan di sini hari ini.
Ahmad Zahid menegaskan anggota UMNO seharusnya menggunakan Perhimpunan Agung UMNO iaitu perhimpunan terbesar parti sebagai medan melontarkan pandangan dan bukannya memilih platform lain.
“Jadi, saya fikir eloklah jika dapat kita (anggota UMNO) tidak bersama-sama pada perjumpaan itu kerana ia memberikan gambaran seolah-olah ada serpihan yang sedang berlaku dalam parti,” katanya.
Ditanya kesan perhimpunan itu kepada Perhimpunan Agung UMNO, Ahmad Zahid berkata UMNO sudah berpengalaman berdepan situasi sedemikian seperti ketika era pertembungan Team A dan Team B dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada UMNO dan timbalan perdana menteri.-Umno Online

Masa-kan dalam keadaan suhu politik dalam Umno yang dikatakan panas,Ds Ahmad Zahid masih bersangka baik mengenai penganjuran perjumpaan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Di Kelab Sultan Sulaiman malam ini.

Apa yang ditekankan oleh beliau adalah semangat silaturahim dan etika parti. Namun Pisau lihat keadaan sekarang etika parti sudah beberapa kali dilanggar oleh Tan Sri Muhyiddin.

Mungkin berasakan beliau sudah tidak ada platform untuk bercakap dipentas Umno maka beliau memilih untuk berucap diluar .

Pisau berasakan tindakan pimpinan atas Umno yang dikatakan menghalang beliau berucap mungkin tindakan yang mengundur ke belakang. Jika Umno mahu dilihat sebagai terbuka dan demokratik biarkan Tan Sri Muhyiddin berucap dihadapan ahli Umno.

Ini adalah peluang untuk Presiden dan juga mana mana pemimpin atasan Umno untuk berbahas dihadapan perwakilan ,baik buruk biar didalam pentas Umno.

Presiden harus kelihatan berani berhadapan tentangan dan Pisau amat yakin jika apa apa tohmahan dan juga persoalan yang dibangkitkan semasa persidangan,Pentas perhimpunan Agung ini adalah medan untuk Presiden parti untuk menjawab semua fitnah secara terbuka.

Semua Umno negeri melaungkan memberi sokongan kepada Presiden parti, PAU2015 adalah peluang Presiden parti melihat sejauh mana kekuatan sokongan keatas beliau.

Kadang diluar sana ada ketua bahagian yang hanya bermuka muka sahaja.Inilah peluang Presiden parti untuk melihat mereka yang perangai ibarat lalang dan talam dua muka.
berdasarkan  laporan blog Gelagat Anwar jika dilihat hingga sebegitu rupa bentuk sokongan apa perlunya pihak atasan Umno menghalang TSMY berucap semasa perhimpunan.

Menurut sumber dalaman team TSMY, katanya setakat pagi ini jam 11, hanya 3 orang Ketua Bahagian yang hadir. Perincian.
Ketua Bahagian – 3 orang
Timbalan – 12 orang
Naib – 4 orang
Ahli Parlimen – 5 orang (Pagoh, Semporna, Setiawangsa, Kulim Bandar Bharu dan seorang lagi dari Sabah).
AJK Bahagian – 62 orang yang confirm
Pagoh – 500 orang (dengan bas dan elaun)
Pemuda – ???
Wanita – ???
Puteri – ???
Kalau macam ini gayanya, elok Muhyiddin declare letak jawatan sahaja malam ini. Buang masa.
Tak ada kekuatan.

 

Pisau kata “Tetap sokong presiden”

Dap Pulau Pinang Ditipu Melayu Kepala Batas.. #lainmacam

in Berita Utama by

Baru baru ini riuh seluruh seantero Pulau Pinang apabila tokong Dap mengumumkan penyertaan ahli Dap berbangsa melayu di Kepala Batas.

Malah kejayaan Dap pada ketika itu seolah berjaya memecah tembok perkauman apabila mereka dengan rasmi menubuhkan beberapa cawangan baru di kampung kampung di sekitar Parlimen Kepala Batas.

Macam ada yang tak kena .. 

  
Bersorak sakan cina Dap seolah berjaya menipu melayu pakatan untuk dijadikan tunggangan..

Tak sampai seminggu,Janda berhias Dap si Pas berjaya menghijack hero hero pakatan ini agar kembali ke pangkal jalan..

Namun menurut sumber Dap di Kepala Batas mendakwa mereka telah ditipu oleh melayu melayu ini..

Entah benar atau tidak dakwaan Dap.. tetapi eloklah sekurang kurangnya pemuda pemuda ini berjaya diselamatkan daripada dijadikan tungangan Dap kelak..

  
Pisau kata “Tak sangka Dap pun kena tipu dengan melayu Pas”

@dzainalabidin Bidas Guan Eng Berhenti  Pembohongan Kepada Rakyat. Dedah Kerajaan Negeri Pulau Pinang Penuh Muslihat.

in Pulau Pinang by

Kenyataan MediaDatuk Seri Zainal Abidin Osman 
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang

Khamis, 3 Disember 2015
Kerajaan Persekutuan peruntukkan RM768 juta dalam Rolling Plan 2016 (RP1 2016) bagi Negeri Pulau Pinang. Peruntukan keseluruhan RMK11 bagi Negeri Pulau Pinang berjumlah RM5.7 billion.
———————————————-

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng seharusnya berhenti dari membuat dakwaan yang tidak berasas kononnya Kerajaan Persekutuan tidak memperuntukkan sebarang peruntukan untuk negeri Pulau Pinang dalam Bajet 2016. Berkemungkinan besar YAB Lim Guan Eng tidak meneliti dokumen Bajet 2016 yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan kepada semua ahli Parlimen.
Semasa ucapan pembentangan Bajet 2016 oleh YAB Perdana Menteri, sebagaimana pembentangan bajet oleh Lim Guan Eng sendiri, YAB Perdana Menteri tidak menyentuh atau menyebut secara terperinci setiap butiran agihan peruntukan yang terkandung dalam Bajet yang dibentangkan; hanya perkara-perkara yang menjadi ‘touch points’ disebut dalam ucapan pembentangan bajet.
Dalam RMK11, untuk Pulau Pinang, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM 5.7 billion bagi melaksanakan 144 projek melibatkan 81 projek baru dan 63 projek sambungan meliputi kemudahan infrastruktur, kesihatan, pendidikan, peluang pelaburan, peningkatan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Untuk tempoh RP1 2016 sebanyak RM768 juta telah diperuntukkan. 
Bagi membangunkan kemudahan logistik, RM242.50 juta diperuntukkan untuk pembinaan projek jalan baru dan sambungan yang melibatkan Jalan Persekutuan dan Negeri. 
Sebanyak RM125.68 juta diperuntukkan bagi melaksanakan pembinaan sekolah baru dan bangunan tambahan, termasuk projek sambungan sekolah. 
Kerajaan Persekutuan meneruskan pembiayaan pada 2016 untuk sektor kesihatan, antaranya Pembinaan kuarters baru di Hospital Pulau Pinang, Pembinaan blok bertingkat Hospital Seberang Jaya, Blok Wanita & Kanak-Kanak Hospital Pulau Pinang dan Klinik kesihatan di Bandar Perda.
Peruntukan RM50.3 juta disediakan untuk pembinaan rumah kos rendah dan sederhana rendah antaranya: Pangsapuri Kos Sederhana Rendah di Butterworth; Pangsapuri Kos Sederhana Sg. Nibong; Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kg. Tok Suboh, Bukit Minyak; dan PPR Mak Mandin, Butterworth. 33,943 unit rumah kos rendah, sederhana dan mampu milik akan dibina oleh Jabatan/Agensi Persekutuan di Pulau Pinang seperti PPA1M. Perbadanan PRIMA, PERDA, JKP SDN BHD, UDA Holdings dan SPNB. 9,444 unit darinya telah di kemukakan permohonan Pelan Kebenaran Merancang tapi masih belum diberikan kelulusan oleh Kerajaan Negeri sejak 2012.
Bagi meningkatkan aktiviti pertanian terutamanya tanaman padi, sejumlah RM18.5 juta diperuntukkan untuk Pembangunan Punca Air di Skim Pengairan Sungai Acheh.
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM182 juta bagi meneruskan pembiayaan projek Pembesaran Empangan Mengkuang; Loji Rawatan Kumbahan Serantau & Rangkaian Paip Pembentungan di Bayan Lepas; dan Rancangan Tebatan Banjir Tasek Gelugor.
Janji-janji Pilihanraya 

———————————–

Semasa kempen PRU ke-13 lalu, Barisan Nasional menawarkan banyak perkara jika diberi kepercayaan untuk kembali mentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang. Antaranya, 9,999 unit rumah mampu milik, taraf pelabuhan bebas dan LRT/Monorail. Malangnya majoriti pemilih Pulau Pinang telah memilih DAP sebagai kerajaan. 
Oleh kerana itu adalah pilihan majoriti pemilih Pulau Pinang, maka Lim Guan Eng tidak boleh mengungkit-ungkit kononnya BN atau Perdana Menteri tidak menunaikan janji-janji yang dibuat untuk Pulau Pinang. 
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang 

———————————————

Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan RM250 juta bagi menaiktaraf LTAPP yang siap dilaksanakan pada Jun 2012. Kapasiti LTAPP kini telah meningkat untuk menampung pertambahan penumpang sehingga tahun 2020. 
Masalah Banjir 

————————

Sepanjang RMK8, RMK9 dan RMk10 Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan RM 2.1 billion bagi melaksanakan projek saliran dan pengairan di PulauPinang. Ini termasuk peruntukan RM 170 juta bagi RTB Bandar Pulau Pinang dan rawatan air Sungai Pinang.
Penaiktarafan sistem perparitan seharusnya selari dengan pertumbuhan projek-projek perumahan supaya sistem perparitan sedia ada dapat menampung peningkatan air limpahan dan air hujan. Kerajaan negeri mengutip sumbangan perparitan daripada pemaju-pemaju perumahan bagi setiap projek baru yang diluluskan. Kenapa wang ini tidak digunakan untuk menyediakan sistem perparitan yang seiring dengan pembangunan yang berlaku?
Alasan yang diberikan Ketua Menteri Lim Guan Eng bahawa Kerajaan Negeri tidak cukup kewangan untuk menyediakan sistem perparitan yang baik tidak masuk akal. Kerajaan negeri sering mewar-warkan mereka meningkatkan simpanan tunai negeri setiap tahun dan mencapai surplus untuk 7 tahun berturut-turut. Kerajaan Negeri turut menjana pendapatan berbillion-billion ringgit melalui penjualan tanah milik kerajaan negeri. Kenapa tidak diperuntukkan sebahagian pendapatan dari penjualan tanah negeri untuk kerja-kerja mitigasi banjir?
Terima kasih.

Menghargai Perpaduan Dan Nilai Menghormati Pemimpin Lama Menjadi Landasan Keutuhan Umno.

in UMNO by

Dalam menghadapi perbezaan pendapat ada pihak yang terlepas pandang betapa peri pentingnya semangat perpaduan didalam parti.

Pisau lihat sikap Naib Presiden Umno Dato Seri Dr Ahmad Zahid yang konsisten dalam mewujudkan semangat perpaduan sesama ahli Umno patut dipuji.

20151130223035 20151130223028

Didalam Program Keris yang dikelolakan oleh beliau sendiri apa yang cuba diterapkan didalam minda ahli Umno perlu dipraktikan diluar sana bukan hanya panas semasa berkursus sebaliknya harus dihayati secara mendalam.Inilah yang dikatakan “cakap serupa bikin”  ahli Umno yang pernah menghadiri program Keris 2314.

Semangat yang dipamerkan oleh kepimpinan Dato Seri Ahmad Zahid juga mendapat respon daripada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang,Datuk Seri Reezal Merican.

Kesediaan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk hadir ke Perhimpunan Agung UMNO 2015 pada awal bulan hadapan akan membawa pengertian besar kepada perhimpunan itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, perbezaan pendapat yang wujud antara mantan perdana menteri itu dengan beberapa pemimpin sekarang tidak harus menjejaskan kesatuan dalam parti.

“Kesatuan (UMNO) yang dibina terpasak kuat bertahun-tahun dan jangan kita hancurkan ia hanya disebabkan perselisihan pandangan,” katanya ketika diminta mengulas jemputan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada bekas presiden UMNO itu untuk menghadiri perhimpunan parti nanti.

Dr Mahathir sebelum ini berkata beliau bersedia ke perhimpunan tahunan itu sekiranya menerima jemputan.

Reezal Merican, yang juga Timbalan Menteri Luar, berkata adalah janggal sekiranya Dr Mahathir atau Tun Abdullah Ahmad Badawi, dua bekas presiden parti itu, tidak dijemput ke perhimpunan yang dijadual dari 8 hingga 12 Dis ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

“Kita ada adab, akhlak dan budaya kita sendiri serta sudah menjadi tradisi dalam UMNO juga kita menghormati pemimpin yang lalu,” katanya selepas menyampaikan bantuan peralatan perniagaan bernilai RM200,000 kepada 41 penerima di bawah Program 1Azam Parlimen Kepala Batas, di sini pada Ahad.

Dalam perkembangan lain, Reezal Merican, yang juga anggota Parlimen Kepala Batas, berkata tindakan DAP menubuhkan enam cawangan baharu di kawasan perkampungan Melayu di kawasan Parlimennya itu dipercayai berpunca daripada konflik dalaman parti itu.

“Walaupun perlu menerima hakikat bahawa politik bersifat rentas sempadan dan parti politik boleh menubuhkan cawangan di mana-mana, namun UMNO sentiasa berpegang teguh kepada perjuangan membela nasib rakyat di kawasan ini,” katanya. -Awani

7 Tahun Untuk Siapkan Tesis di UPM,Bukti Cubaan Fitnah dan Malukan Zahid Gagal.

in zahidhamidi by

Kelakar apabila ada pihak yang begitu terdesak mahu memalukan TPM dengan mempertikaikan latar belakan akedemik beliau hingga ada yang menuduh Dato Seri Ahmad Zahid membeli gelaran “Dr”..

 

Beliau pernah mendedahkan penat jerih sejak 2001 hingga ada yang menyindir kenapa beliau masih mahu meneruskan pengajian ke peringkat Phd.

Bukan mudah apatah lagi tugasan beliau sebagai pemimpin masyarakat dan parti politik untuk menyiapkan tesis hingga pernah ditolak oleh jawatakuasa penilaian.

 

 Sultan Sharafuddin Idris Shah bersalam dengan Ahmad Zahid Hamidi sambil diperhatikan isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis pada majlis Konvokesyen UPM, Serdang, Selangor,
Sultan Sharafuddin Idris Shah bersalam dengan Ahmad Zahid Hamidi sambil diperhatikan isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis pada majlis Konvokesyen UPM, Serdang, Selangor,

SERDANG 18 Okt. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merupakan antara 176 graduan yang menerima Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) pada sesi pertama Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) kali ke-32 hari ini.

Beliau yang menerima Ijazah Ph.D dalam bidang Komunikasi Kemanusiaan merupakan menteri Kabinet pertama menamatkan pengajian dalam peringkat PhD ketika masih berkhidmat.
Ahmad Zahid berkata, selama tujuh tahun sejak Januari 2001 melanjutkan pelajaran pada peringkat PhD, beliau kesal dengan kata-kata sinis yang mencemuhnya.

”Kata-kata sinis yang mencemuh ‘maha-situa’ seperti itu mahu apa lagi untuk mengejar tanpa noktah beberapa gulung ijazah tambahan yang hanya memuaskan rasa keegoan.

”Sindiran yang lebih memualkan terdapat tanggapan dalam sekelumit tulisan oleh seorang kolumnis di media cetak apabila menganggap pengajian pasca-siswazah oleh golongan karyawan boleh dibeli dan kerja-kerja kursus diswastakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima Ph.D itu daripada Canselor UPM, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, walaupun terpaksa mengambil tempoh masa yang panjang untuk menyiapkan tesis tersebut, beliau merasa puas.

Menurutnya, beliau membuat tesis bertajuk Manifesto Barisan Nasional (BN) sebagai Agenda Akhbar Bahasa Melayu Semasa Tempoh Kempen Pilihan Raya Umum.

”Terpaksa berkejar-kejar untuk menyiapkan tugasan yang kesemuanya mempunyai tempoh akhir dan adakalanya terpaksa membuat pindaan apabila persembahan kajian ditolak oleh jawatankuasa penilaian, namun itu tidak menghalang saya untuk menamatkan pengajian,” katanya.

Pada majlis itu, UPM turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Ekonomi) kepada Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Surin Pitsuwan.

Hadiah Pingat Emas Canselor pula dianugerahkan kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Aini Marina Ma’rof dan penerima Anugerah Pelajaran Diraja kategori bumiputera pula ialah Faizura Rohaizad yang dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) sementara graduan Ijazah Sarjana Muda Sains, Yap Wing Fen pula ialah penerima kategori bukan bumiputera.

Penerima Pingat Emas Alumni ialah graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Lee Inn Thing, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian, A’fifah Abdul Razak pula menerima Pingat Emas Yayasan Pak Rashid manakala Hadiah Syed Kechik dianugerahkan kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Sumber Manusia, Ahmad Zamri Alimin.

Sebanyak 7,846 graduan menerima diploma dan ijazah masing-masing pada konvokesyen yang berlangsung selama lima hari bermula hari ini.
(Mingguan Malaysia 19 Oktober 08)

 


Hit Counter provided by Curio cabinets
Pergi ke Atas