Berita telus dan seimbang..

Monthly archive

June 2015

Kemasukan 1.5juta Pekerja Bangladesh Berperingkat Bukan Tambah Tapi Ganti Yang Di Hantar Balik Ke Negara Asal – Zahid

in zahidhamidi by

Baru baru ini dengan pengumunan kemasukan berperingkat 1.5 juta tenaga kerja Bangladesh oleh Menteri Dalam Negeri Ds Ahmad Zahid ramai pihak yang marah marah hingga ada yang mengancam untuk baring ditengah jalan raya.

Kemarahan dan kekecewaan dilemparkan bersandarkan hujah masing masing kononnya negara ini dibanjiri oleh pendatang asing .Memang diakui negara kita sekarang ini ramai pendatang malah proses penguatkuasaan berjaya menghantar balik dengan jumlah yang besar.

 

Kementerian Dalam Negeri menerusi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah merangka pelan dan tindakan jangka pendek dan jangka panjang untuk menangani kehadiran pekerja asing tanpa izin (PATI) ke dalam negara. Tindakan jangka pendek dan berterusan telah dilaksanakan secara Operasi Bersepadu yang bermula pada pada Januari 2014 sehingga 20 November 2014, JIM telah melaksanakan operasi seperti berikut:

i)         4,942 premis dan 87,348 warga asing telah diperiksa

ii)        27,161 PATI telah ditangkap

iii)      466 majikan ditahan

Secara umumnya, terdapat empat kesalahan utama yang dilakukan oleh PATI seperti tiada Pas / Permit yang sah, tingggal lebih masa, melanggar Syarat Pas dan menggunakan Pas/ Dokumen Palsu.

Kesalahan Tanpa Pas/ Permit merupakan kesalahan tertinggi yang ditangkap melibatkan 70.3% daripada keseluruhan jenis kesalahan manakala warganegara Indonesia mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi iaitu 36.4% daripada jumlah keseluruhan tangkapan PATI.

Sebanyak 466 majikan telah ditangkap di mana  kesalahan tertinggi yang dicatatkan adalah melibatkan kesalahan melindungi PATI iaitu sebanyak 252 kes (54.1%). Seramai 59,765 warganegara asing yang melakukan pelbagai kesalahan telah diusir keluar di mana warganegara Indonesia mencatatkan jumlah paling ramai yang diusir iaitu 24,614 (41.2%).

 

Pisau berharap agar pihak yang membantah bukak mata jangan buat tuduhan melulu memandangkan rakyat Malaysia sekarang ini cukup tinggi demand memilih  kerja.

Pelbagai sektor pekerjaan dibuka untuk mengisi kekosongan yang tidak di ambil peluang oleh rakyat tempatan. Mahukah anak tempatan bekerja sebagai buruh kasar? Di ladang ladang? stesen minyak?car wash? cleaner ? Ini semua diantara sektor pekerjaan yang anak tempatan sendiri tidak mahu kerja.

Langkah langkah yang bakal diambil oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengadakan perbincangan dengan beberapa negara untuk mengeluarkan dokumen perjalanan satu hala dalam usaha menghantar semula pekerja asing tanpa izin pulang ke negara asal.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbincangan tersebut diadakan melalui duta negara berkenaan di Malaysia, sekali gus menangkis salah faham yang timbul berkenaan kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke negara ini.

“Saya minta agar badan bukan kerajaan (NGO) atau agensi pekerjaan dapat memahami hasrat kerajaan ini dengan tidak menyogokkan (berita) bahawa ini adalah tambahan (kemasukan 1.5 juta warga Bangladesh) untuk bekerja di negara ini.

“Kemasukan mereka adalah bagi menggantikan pekerja-pekerja asing yang akan dihantar balik ke negara asal,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri ‘The 5th Annual Grand Iftar’ melibatkan komuniti Palestin di Malaysia di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi membidas dakwaan pihak tertentu yang beranggapan rancangan membawa masuk kira-kira 1.5 juta pekerja warga Bangladesh ke negara ini bagi tempoh tiga tahun sebagai tidak wajar.

Ahmad Zahid berkata kemasukan mereka adalah bagi memenuhi permintaan kekurangan pekerja di sektor pembinaan, perladangan, perkilangan dan industri berat negara.

Menurut laporan, pada tahun lepas, rakyat Palestin mempunyai kemudahan bebas visa atau memohon visa di tempat ketibaan di 35 buah negara.

 

Pisau kata ” ramai PATI yang dihantar pulang,harap lebih banyak penguatkuasaan oleh Imigresen”

Regim DAP Pulau Pinang Halang Kerajaan Pusat Bina 35 Ribu Buah Rumah Murah di Pulau Pinang @dzainalabidin @cmlimguaneng

in Pulau Pinang by

DAP serlahkan sikap mereka yang hipokrit malah membelakangkan kepentingan rakyat apabila memberi pelbagai alasan untuk tidak meluluskan projek perumahan rakyat yang dikemukan oleh agensi kerajaan pusat.

Regim DAP yang semua orang tahu sudah masuk 2 penggal gagal sama sekali untuk membina rumah mampu milik mereka hanya cemerlang membina rumah “mampu tengok” dengan harga yang amat mahal.
Di antara laporan media :

1. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata sehingga hari ini, kelulusan pelan projek pembinaan sebanyak 9,500 unit rumah kos rendah dan mampu milik oleh agensi kerajaan pusat, masih tertangguh.

2. Justeru, beliau menyeru kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP agar tidak terus melengah-lengahkan pelan pembinaan 9,500 unit rumah mampu milik berkenaan yang dikemukakan agensi kerajaan Persekutuan, JKP Sdn Bhd dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).

3. “Tidak ada satu unit pun diluluskan tahun lepas dan tahun ini. Kita sudah tunggu satu setengah tahun tanpa sebarang kelulusan,” katanya.

4. Zainal Abidin berkata Exco Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan Negeri Jagdeep Singh Deo kerap mempersoalkan mengenai pelan perumahan PR1MA, sedangkan rancangan membina 9,500 unit rumah yang dikemukakan, hampir dua tahun lalu itu tidak mendapat perhatian.

5. Beliau menjelaskan rancangan PR1MA adalah di bawah fasa ketiga yang bakal memanfaatkan 35,000 rakyat dan ia tidak dapat dilaksanakan kerana pelan fasa pertama yang melibatkan 9,500 unit masih tertangguh.

6. “Kita tunggu pelan fasa pertama diluluskan dulu sebelum melaksanakan fasa kedua yang akan membabitkan 25,000 unit rumah dan seterusnya fasa ketiga (PR1MA).

7. “Lulus dulu pelan fasa pertama sebelum bercerita pasal PR1MA (fasa ketiga) yang masih dalam perancangan yang dibuat untuk kepentingan rakyat Pulau Pinang,” katanya.

8. Zainal Abidin turut menyuarakan kekesalan dengan sikap kerajaan negeri yang sentiasa memberi alasan untuk tidak meluluskan projek yang dikemukakan dengan menyatakan pelan tersebut tidak mengikut syarat.

9. “Sewaktu kita mohon bawah JKP untuk 9,500 unit, mereka kata tak boleh lulus kerana pelan tidak ikut syarat. Jadi pelan bagi lapan daripada 15 projek telah dipinda, tetapi sampai sekarang tak diluluskan,” katanya.

10. Zainal Abidin berkata kerajaan negeri sekali lagi bertindak melengah-lengahkan kelulusan projek berkenaan dengan menyatakan JKP berhutang sebanyak RM500,000 dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang ekoran insiden runtuhan penebat kilat bangunan UMNO di Jalan Macalister, dua tahun lepas.

11. “Kerajaan negeri mendakwa MBPP terpaksa baiki kerosakan jalan dan pasang jeriji di atas bangunan yang rosak demi keselamatan awam yang kos hanya mungkin RM100,000. Mereka kata kena bayar dulu (RM500,000) baru lulus pelan,” jelasnya.

12. Bagaimanapun, menurut Zainal Abidin ‘hutang’ berkenaan telah dilangsaikan namun pelan masih tidak diluluskan dan pihaknya seakan-akan dipermain-mainkan kerajaan negeri yang sering mencari masalah dan bukannya penyelesaian. – sumber

Pisau kata “

Bekas CJ risau hakim ‘liberal’ ancam nilai Islam

in Berita Utama by

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad menyuarakan kekhuatiran bahawa segelintir hakim yang terpengaruh dengan tafsiran hak asasi manusia ala barat boleh mengancam nilai Islam di negara ini.

Katanya, ia berlaku ekoran tindakan mereka yang memberi “tafsiran yang sangat liberal” mengenai peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan, lapor Utusan Malaysia Online Hari ini.

Laporan itu menyebut, beliau berkata hakim tersebut mengabaikan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kesalahan terhadap perintah agama Islam.

Beliau memberi contoh kes larangan dan hukuman tiga juru andam lelaki yang berpakaian wanita di Negeri Sembilan dengan alasan mengisytihar Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Mereka juga memakai prinsip kemunasabahan yang diketengahkan oleh Supreme Court (Mahkamah Agung) India yang memberi kuasa kepada hakim-hakim untuk mengisytiharkan undang-undang yang dibuat oleh Parlimen tidak sah atas alasan ia ‘tidak munasabah’.

“Perlembagaan negara-negara itu tidak serupa dengan Perlembagaan kita. Perlembagaan mereka tidak ada peruntukan-peruntukan mengenai agama Islam seperti yang ada dalam Perlembagaan kita.

“Nilai-nilai mereka tidak sama dengan nilai-nilai kita,” kata beliau seperti yang dilapor dalam portal berita itu.

Beliau mengulas berhubung keputusan oleh Mahkamah Agung Amerika Syarikat bahawa pasangan gay dan lesbian mempunyai hak berperlembagaan untuk berkahwin di semua 50 negeri di negara itu.

AIR : BILA TS KHALID IBRAHIM PERTIKAI KREDIBILITI AZMIN JADI MB SELANGOR

in Berita Nasional by

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa penggantinya, Mohamed Azmin Ali berundur jika beliau sedar tidak mempunyai keupayaan peribadi serta gagal memuktamadkan segera penyusunan semula industri air di negeri ini.

Dalam satu kenyataan menerusi laman sosial Facebooknya hari ini, Abdul Khalid menyatakan keyakinannya bahawa ramai rakyat di Lembah Klang termasuk Selangor kecewa dengan sikap pentadbiran Mohamed Azmin yang jelas tiada kewibawaan mahupun komitmen untuk menyelesaikan dengan segera penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri.

“Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan ‘ancaman’ oleh Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB), pemegang saham terbesar dalam dua syarikat konsesi air di Selangor iaitu Puncak Niaga Sdn. Bhd. dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk membatalkan perjanjian jual beli dengan pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) selepas lima kali permohonan oleh Air Selangor untuk melanjutkan tempoh memenuhi syarat perjanjian itu.

“PNHB juga mengancam mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan semula hutang tertunggak kerajaan negeri yang dianggarkan mencecah RM4.97 billion pada 31 Mac 2015.

“Namun, tidak mustahil ancaman PNHB ini bertukar menjadi realiti susulan daripada ‘imuniti’ yang dinikmati oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash), satu lagi syarikat konsesi air untuk terus berdegil menolak tawaran Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) selain kegagalan berlarutan kerajaan negeri memuktamadkan perjanjian utama yang dimeterai pada 12 September 2014 dengan Kerajaan Persekutuan, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Air Selangor,” katanya.

Abdul Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang menambah kata, walaupun Sultan Selangor sendiri sebelum ini telah berulang kali mengingatkan supaya penyusunan semua industri itu dimuktamadkan secepat mungkin, pentadbiran negeri seolah-olah tidak mengendahkan perkara tersebut.

Sebaliknya, Mohamed Azmin menurut Abdul Khalid dilihat sengaja melengah-lengahkan proses pengambilalihan empat syarikat konsesi terlibat selain gagal menggariskan pelan terperinci untuk menyelesaikan isu perikhidmatan air di Selangor sejak mula memegang jawatan itu pada September tahun lalu.

“Sebaliknya, apa yang Mohamed Azmin mampu lakukan hanyalah melemparkan pelbagai kenyataan mengelirukan, dolak-dalik retorik, dakwaan tempang dan tuduhan tidak berasas terhadap pihak-pihak berkepentingan yang lain terutama Kerajaan Pusat. Sama ada beliau memang tiada kompetensi atau sebenarnya ada udang di sebalik batu.

“Sekiranya Menteri Besar sedar had keupayaan peribadi dan kekangan lain untuk memuktamadkan segera penyusunan semula industri air Selangor pada kos keseluruhan tidak melebihi RM9.65 billion, maka saya ulang gesaan yang pernah diutarakan dalam Dewan Undangan Negeri Selangor sebelum ini,”tegasnya – sumber

Kesan 2 juta Pati sebelum bawa 1.5 juta pekerja Bangladesh – Zahid

in Berita Utama by

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasa akan mengeluarkan terlebih dahulu pendatang asing tanpa izin (Pati) sebelum membawa masuk 1.5 juta pekerja sah dari Bangladesh.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, tindakan persepadu Jabatan Imigresen, polis serta beberapa agensi lain akan dipergiatkan bagi mengesan kira-kira 2 juta pati yang bekerja secara haram di seluruh negara ini.

“Sebelum kita bawa masuk kira-kira 1.5 juta pekerja yang mempunyai dokumen sah dari Bangladesh, kita akan bawa keluar terlebih dahulu warga asing tanpa izin yang bekerja di negara ini,” katanya.

Bercakap dalam sidang media media selepas menghadiri majlis Penerepan Nilai-nilai Murni bersama warga KDN di Tawau, hari ini, Zahid berkata,  kerajaan juga akan meminta kerjasama daripada pihak kedutaan-kedutaan berkaitan bagi pelaksanaan tersebut.

Katanya, usaha membawa masuk pekerja dari Bangladesh adalah bagi memenuhi permintaan pasaran terhadap kekurangan pekerja di sektor perladangan, pembinaan, perkilangan dan perkhidmatan.

“Oleh itu, perkara ini tidak seharusnya dipolitikkan… ia bukan kebanjiran pekerja kerana kita akan keluarkan terlebih dahula warga asing tanpa izin sebelum kita membawa pekerja yang mempunyai dokumen lengkap.

“Tidak ada negara yang mengizinkan mana-mana pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen sah atau tidak tinggalkan negara selepas tamat tempoh visa atau tempoh tinggal dalam negara itu,” tegas beliau.

Khamis lalu, Zahid berkata kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor.

Putrajaya Akan Buru Pihak Yang Terbitkan Berita Palsu 1MDB – Zahid

in Berita Utama by
Putrajaya akan mula ‘memburu’ The Edge kerana menerbitkan apa yang disifatkan sebagai berita palsu berkenaan 1MDB dan usahama antara 1MDB dengan PetroSaudi International, kata Menteri KDN, Zahid Hamidi.

Menurut Zahid, pihak berkuasa akan mula menyiasat akhbar tersebut ekoran penangkapan bekas eksekutif PetroSaudi yang menjadi sumber kepada pembocoran dokumen tentang usahasama 1MDB-PetroSaudi bernilai USD1.2 bilion (RM4.5 bilion) yang telah digantung ekoran wujudnya penyelewenganwang berjumlah ratusan juta ringgit.

Zahid berkata demikian selepas menerima laporan tentang penangkapan Xavier Justo dari pihak berkuasa Thailand dan analisa forensik ke atas data-data ‘yang telah dibocorkan’. Pihak berkuasa Malaysia membuat kesimpulan bahawa dokumen-dokumen tersebut telah ditokok tambah dan dipindah dengan motif untuk membatalkan atau mewujudkan imej buruk usahasama antara 1MDB dengan PetroSaudi.

“Kami mendapati, dari aspek forensik, data-data tersebut telah dimuat turun oleh bekas eksekutif itu dengan niat jahat iaitu memesongkan fakta tentang transaksi antara 1MDB dan PetroSaudi. Data-data berkenaan kemudiannya disiarkan oleh Sarawak Report dan The Edge.

“Dan memandangkan kami bertanggungjawab untuk memantau sebarang penerbitan yang memperolehi permit (dari KDN), jadi kami rasakan, mereka perlu memikul sepenuhnya tanggungjawab untuk berhadapan dengan sebarang tindakan sekiranya mereka didapati dengan sengaja menerbitkan artikel-artikel yang fakta-faktanya telah diselewengkan dengan niat jahat,” kata Zahid dalam sebuah sidang media.

Zahid turut menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk menyiasat dan bertindak ke atas Sarawak Report, sebuah laman sesawang whistelblower yang telah menerbitkan koresponden e-mel yang didakwa antara 1MDB dan PetroSaudi.

Xavier Justo, seorang warganegara Switzerland telah ditangkap leh Polis Thailand pada Isnin.

Laporan oleh New Straits Times semalam menyatakan Justo telah didakwa cuba memeras dan mengugut 2.5 juta Swiss Franc (lebih kurang RM10 juta) daripada PetroSaudi berhubung penyebaran beberapa dokumen yang disifatkan sebagai sulit.

Akhbar harian itu turut melaporkan, dokumen-dokumen tersebut telah dipinda dan ditokok tambah. Kebanyakan daripada dokumen-dokumen yang dibocorkan telah diterbitkan oleh Sarawak Report. Namun pada 7 Jun, sebuah blog annonymous menerbitkan semula dokumen-dokumen berkenaan untuk menunjukkan yang urusniaga bernilai USD1.2 bilion antara 1MDB dan PetroSaudi adalah sah dan mengikut undang-undang.

Semalam juga, Zahid memberitahu Putrajaya akan membenarkan ekstradisi mana-mana rakyat Malaysia yang didapati menggunakan data yang telah dipinda dan ditokok tambah itu seandainya diminta oleh pihak berkuasa Thailand.

“Seandaiya mereka mahukan ekstradisi, kami akan memberikan kerjasama dalam usaha membantu pihak berkuasa Thailand melengkapkan siasatan.”

Menteri Dalam Negeri itu juga mendedahkan bahawa polis Malaysia telah pun memulakan siasatan mereka berhubung perkara berkenaan.

Di dalam Bangkok Post semalam, pegawai polis Thailand dipetik sebagai berkata, PetroSaudi telah membayar wang berjumlah lebih kurang RM15.5 juta untuk Justo meninggalkan syarikat tersebut selepas dia didapati ‘berkelakuan menentang peraturan dan undang-undang syarikat’.

Ekoran penangkapannya, PetroSaudi mengeluarkan satu kenyataan semalam menyatakan kelegaan dan mendakwa mereka adalah mangsa jenayah yang telah dipolitikkan di Malaysia.

Portal Pembangkang SarawakReport Selama ini Sebar Maklumat Palsu & Fitnah ; Polis Thailand Bongkar PetroSaudi Di Peras Ugut.

in Berita Utama by

Akhirnya terbongkar betapa 1MDB dan, kerajaan dan terutamanya Ds Najib Razak di fitnah dengan maklumat palsu oleh Sarawak Report.

Maklumat yang diubah digunakan pula oleh para pemimpin pembangkang untuk menghentam Ds Najib, Umno dan kerajaan.

Pisau berharap satu pasukan peguam ditubuhkan agar mengheret syaitan syaitan ini ke mahkamah kerana membuat fitnah hingga merosakkan ekonomi negara.

BANGKOK: Polis Thailand menahan seorang bekas pegawai PetroSaudi International Ltd dan mendakwanya atas tuduhan cuba memeras ugut syarikat berkenaan, lapor media Thailand.

Ketua Polis Thailand, Jeneral Somyot Pumpunmuang, berkata polis Bahagian Pencegahan Jenayah menahan warga Switzerland, Xavier Andre Justo, susulan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Jenayah Selatan Thailand.

Polis turut menggeledah kediamannya dan merampas sebuah komputer serta beberapa peralatan lain yang dipercayai digunakan dalam jenayah itu. Menurut polis, Justo adalah seorang eksekutif di PetroSaudi sebelum melarikan diri ke Thailand.

Syarikat antarabangsa berpangkalan di Arab Saudi itu, terkenal di Malaysia berikutan kerjasama yang pernah dijalin dengan syarikat dana pelaburan strategik, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dua tahun selepas dipecat daripada syarikat, Justo dikatakan cuba memeras ugut PetroSaudi sehingga 2.5 juta Swiss Francs (RM10 juta).

Dia mengancam akan mendedahkan maklumat sulit perniagaan yang didakwa dicurinya daripada syarikat itu jika permintaannya tidak dipenuhi.

Berikutan cubaan peras ugut itu, beberapa emel dan dokumen disiarkan oleh Sarawak Report, sebuah blog bermotifkan politik, hingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB.

Difahamkan, sebahagian daripada emel dan dokumen yang disiarkan dalam blog itu sudah ditokok-tambah, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap kesahihan tuduhan berkenaan.

Sementara itu, PetroSaudi dalam kenyataan yang dikeluarkan di Riyadh, menyambut baik penahanan Justo dan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa Thailand.

Selain itu, PetroSaudi mempertimbangkan tindakan undang-undang sewajarnya. “Kami lega Justo akan berdepan tindakan mahkamah. Kami menjadi mangsa jenayah dan lebih mendukacitakan, ia dipolitikkan di Malaysia.

“Kami gembira kerana dapat memperbetulkan keadaan dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas segala kesulitan berikutan tindakan tidak bertanggungjawab bekas kakitangan kami,” katanya.

image

Pisau kata “kantoi big time…”

Apa Status PR?Sudah Mati?Pengsan?Kawan Baik?

in Berita Nasional by

  

Jom kita tengok Pemimpin pembangkang kong kali kong.. memang puak ni pakar kencing..

Kadang kita lihat kesemua kenyataan mereka ini mengelirukan rakyat di tambah menambahkan selut dikepala otak penyokong mereka.

Anda baca laporan portal pro-pembangkang ini: 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendiriannya iaitu Pakatan Rakyat (PR) masih wujud dan menegaskan walaupun ia kini terdiri daripada 2 parti – PAS dan PKR, tanpa DAP tetapi ia tetap satu pakatan.

Keyakinan beliau itu dinyatakannya hari ini memandangkan tiada sebarang pendirian yang dikeluarkan PKR berhubung masa depan PR.

“Selagi PKR tidak buat keputusan, maksudnya ia masih bersama (PR). Apa makna ‘pakatan’? ‘Pakatan sekurang-kurangnya perlu ada 2 (parti). Kalau satu jadi pakatan tak? Tidak boleh.

“Isi saya berjalan.. Saya masih hidup (PR masih hidup),” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan di bazaar Ramadan Jalan Raja Alang di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Media juga melaporkan kenyataan Lim Kit Siang DAP tentang Wan Azizah :

DAP tidak pernah buat sebarang keputusan terburu-buru, kata penasihat veteran DAP Lim Kit Siang. 

Tegasan itu sekaligus membidas kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menganggap tindakan PAS dan DAP dilakukan dengan tergesa-gesa. 

Ujar Kit Siang, DAP kini cuba untuk membentuk pakatan politik baharu yang lebih kukuh – seterusnya

Sekejap u-turn sekejap berhenti,serba tak tentu serba spinning menggila..
Pisau kata “if u cant beat them.. confused them”

Sejak Kalah, Mat Sabu Sudah Berbunyi Seperti DAP

in Berita Utama by

MAT SABU AKUI PAS SEBUAH PARTI YG BAHAYA
KUALA LUMPUR: Bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini memberi amaran bahawa pemikiran pemimpin dalam parti Islam itu kini boleh membahayakan negara.

 

Mohamad Sabu dipetik sebuah portal berita sebagai berkata beliau bimbang PAS kini mula mengikut trend “bahaya” di mana fokus diberikan kepada menghukum mereka yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Islamik.

 

Kata Mohamad Sabu atau lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu, kecenderungan dalam amalan Islam hari ini bermula di Timur Tengah, dan PAS menyertai gerakan “takfiri” itu (umat Islam menuduh saudara Islam lain murtad) ketika berdepan dengan mereka yang tidak bersetuju dengan mereka.

 

“Kamu tidak bersetuju dengan kami, maka kamu tidak bersama kami. Kamu kafir, liberal, munafik.

 

“Ini berlaku di Syria, Iraq, Mesir, Somalia, Algeria dan Pakistan. Ia sangat bahaya dan pelajar yang melanjutkan pelajaran di Timur Tengah, membawanya pulang bersama mereka.

 

“Apa yang sedang berlaku berbahaya kepada parti dan pada masa depan, ia juga akan membahayakan negara,” katanya dipetik portal berita The Malaysian Insider.

 

Katanya, Malaysia akan berdepan dengan ancaman yang lebih besar jika cara pemikiran seumpama itu berterusan.

 

Jelas Mat Sabu, kesannya ialah beberapa pemimpin dan ahli PAS jadi lebih fokus terhadap sama ada seseorang itu berada di pihak mereka atau tidak, bukannya bergantung pada rekod kecemerlangan seseorang dalam berkhidmat kepada parti.

 

“Apa yang mereka bincang hanyalah sama ada Abang Mat berada di pihak mereka atau tidak. Mereka tidak peduli selama ini kamu berpenat lelah untuk parti dan hanya balik rumah beberapa hari saja dalam sebulan.

 

“Mereka lihat Hanipa (peguam Mohamed Hanipa Maidin) dan label dia liberal dan kata dia mesti ditolak. Tidak peduli berapa hebat dia berbahas di Dewan Rakyat atau mahkamah, mempertahankan rakyat. Kerjanya tidak ada nilai kerana dia dilabel liberal,” katanya.

 

“Inilah aliran pemikiran dunia Islam hari ini… dan PAS pun sedang berdepan penyakit ini,” kata Mat Sabu.

 

Beliau dan Hanipa adalah antara bekas pemimpin parti yang dikatakan progresif kerana pendirian mereka yang lebih terbuka terhadap bukan Islam dan mereka percaya perjanjian persefahaman di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang kini tidak berfungsi lagi, sepatutnya dihormati.

 

Mereka juga bersifat kritis terhadap kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan beliau sering mengingkari keputusan sebulat suara yang dibuat kepimpinan PR berhubung beberapa isu.

 

Mat Sabu, ahli PAS selama 37 tahun dan pernah menjadi ahli Parlimen selama 3 penggal di bawah tiket parti itu berkata, patah hatinya melihat PAS berubah hala tuju, walaupun beliau tidak berkata akan keluar parti.

 

Selain itu, Mat Sabu turut mendakwa golongan ulama yang menerajui PAS kini kelihatan lemah dalam mengendalikan tadbir urut kerajaan yang baik.

 

“Tadbir urus kerajaan yang baik, memerangi rasuah, menepati masa, memastikan bandar kita bersih, semua itu Islamik. Tetapi mereka yang kononnya ulama kelihatan lemah dalam mengendalikan perkara seumpama itu.

 

“Nilai dan amalan itu bukan keutamaan pemimpin PAS sekarang. Semua itu menggambarkan cara pemikiran mereka,” katanya.

 

Mengulas mengenai parti baru bagi menggantikan PAS, Mat Sabu berkata masih terlalu awal untuk bercakap lebih banyak mengenai idea itu.

 

“Kita perlu berbincang lagi sama ada kita akan perlukan parti baru atau kita boleh cari cara untuk memulihkan ahli PAS… baik pulih semuanya.

 

“Walau apa pun, parti itu perlu berasaskan Islam kerana hanya dengan itu kita boleh menarik umat Islam untuk menyokongnya,” katanya, sambil menambah, parti dengan asas Islam tidak akan ditolak bukan Islam.

Hot!Regim Dap Pulau Pinang Robohkan Nama Umno Di Atas Tanah Milik Umno Pulau Pinang! @dzainalabidin

in Pulau Pinang/UMNO by

          

Di perkarangan bangunan Umno Negeri Pulau Pinang,regim Dap Pulau Pinang telah mengarahkan pegawai melayu yang digajikan mereka untuk menceroboh dan merobohkan struktur nama Umno di atas tanah milik Umno negeri.

Jika ini tindakan kononnya melanggar undang undang tempatan,rasanya banyak jugak struktur papan tanda,gerai makan yang tidak diambil tindakan.

Namun ini semua sebenarnya pemandangan biasa di Pulau Pinang.

Apatah lagi yang berkaitan melayu,Islam dan juga Umno akan di serang secara sistematik.

Pisau kata ” awat tak roboh terus banggunan Umno.. lepas tu kita tengok apa nak jadi …”

Open Letter Foreign Affair Minister of Malaysia To New York Times Editor @nytimes

in Berita Nasional by

OPEN LETTER TO THE NEW YORK TIMES EDITOR
1. It is regrettable to see Tun Mahathir seeking to undermine his own country in the international media as part of a personal political vendetta. 
2. It is irresponsible of any citizen, let alone a former prime minister, to spread lies and distortions about state owned companies – saying for example that RM42 bn is missing from 1MDB to create public anxiety, when in fact these are audited debts backed by RM51 bn assets. These reckless claims have affected market sentiment towards Malaysia. 
3. Furthermore, it is telling that he continues to mount his attacks, rather than wait for the findings of the enquiries currently being undertaken by Malaysia’s central bank, Auditor General, and parliament’s bipartisan Public Accounts Committee. This shows that Tun Mahathir is not interested in answers from the appropriate lawful authorities. Rather, he is just using 1MDB as an excuse to topple the serving prime minister, Najib Tun Razak.
4. And all because his personal demands, as Tun Mahathir himself has acknowledged, are not being met. Prime Minister Najib, as Malaysia’s democratically elected leader, will do what he thinks is right for the nation, and will not allow rule by proxy. 
5. Tun Mahathir told the New York Times that UMNO “lacks vision and talented people”, that it “has become a repository of patronage-seeking politicians”, and that members “try to keep out people who are more intelligent than themselves”. But it is Tun Mahathir who led the party for 22 years. It was he that, during his time, worked to cultivate ‘yes men’ and entrench his position – even introducing a quota system for the UMNO presidency to prevent challengers – rather than bringing in talent and strengthening the party. It is Prime Minister Najib who democratised the party constitution to make it far easier to challenge him for his job.‎ 
6. For Tun Mahathir to accuse Prime Minister Najib of acts “verging on criminal” is simply outrageous, and entirely false. It is a measure of the reforms put in place under Prime Minister Najib’s administration that Tun Mahathir has the freedom to be so vocally critical of the party and government he once led.‎ 
7. But Dr Mahathir is abusing that freedom, and his privileged standing as a former prime minister, to indulge in reckless and baseless personal smears against Prime Minister Najib and his family. Most Malaysians would rather see Dr Mahathir retire gracefully than continue to damage the standing of his own country for personal political gain. 
Y.B. DATO’ SRI ANIFAH BIN HAJI AMAN 

Minister of Foreign Affairs, Malaysia‎

Pisau kata “tindakan Tun M memang banyak yang tak kena.. “

Ydp Pas Permatang Pauh Di pecat selepas kerja keras menangkan Wan Azizah.

in Pulau Pinang by

Awal bulan lepas Omar Hassan, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh bertungkus lumus memenangkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ahli Parlimen kawasan itu, sebagai balasannya, jawatan beliau sebagai Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pula dipecat kerajaan negeri.
  
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dalam kenyataannya hari ini mengesahkan Omar adalah salah seorang yang dihantar surat pemecatan kerana gagal meletak jawatan secara sukarela.
Selain Omar, Yang DiPertua PAS Kawasan Tanjong, Yacoob Omar juga turut dihantar surat pemecatan sebagai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
“Setiausaha Kerajaan Negeri telah menghantar surat makluman mengenai pembatalan tersebut pada Rabu 17 Jun 2015.
“Sebelum pembatalan lantikan tersebut, Yacoob dan Omar telah dilantik sebagai ahli Majlis atas penamaan dari PAS pada Januari tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam kenyataannya, Chow berkata, Omar telah dilantik sebagai ahli MPSP sejak 2014 dan dilantik semula pada tahun ini selaku ketua whip kepada ahli Majlis bagi PAS untuk 2015.
“Dan (beliau) telah dilantik ke dua Jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pentadbiran dan Kewangan, dan, Jawatankuasa Lalulintas dan Infrastruktur,” katanya.
Sementara, Yacoob pula mengangkat sumpah sebagai ahli MBPP pada 8 Jan dan dilantik ke dua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Tetap Perancangan Pemajuan dan Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam.

Dap Selangor Desak Exco Pas Di Pecat,Bubar Dun?

in Pakatan Rakyat by

DAP Selangor telah mendesak Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali memecat tiga exco PAS daripada sebagai solusi terakhir pengisytiharan DAP bahawa Pakatan Rakyat sudah berkubur. lapor mysinchew.com

Tiga Exco PAS yang dimaksudkan itu adalah Datuk Iskandar Samad (Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar), Dr Ahmad Yunus Hairi (Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi dan Zaidy Abdul Talib (Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani)
Maklumat dalaman memberitahu mysinchew bahawa keputusan itu dicapai dalam mesyuarat tergempar DAP Selangor malam tadi.
Mesyuarat itu dipanggil untuk membincangkan isu Pakatan Selangor telah mengambil masa selama tiga jam panjang, telah memutuskan beberapa perkara termasuk mendesak MB Selangor menggantikan exco tiga PAS yang kini berada dalam kabinet kerajaan negeri.
“Kami juga telah memutuskan bahawa jika Azmin Ali masih ragu-ragu untuk mengambil tindakan tersebut, kami (DAP) akan menarik diri daripada kerajaan Selangor, namun kami akan lakukan dalam beberapa langkah lain terlebih dahulu.
“Kami mempunyai beberapa keputusan dan tindakan sejak mesyuarat semalam. Kami akan memberi masa untuk MB laksanakan, dan berharap perkara ini boleh diselesaikan selepas Raya atau sebelum September, atau ahli exco DAP akan berhenti daripada menyertai kabinet negeri.
“Kami telah membincangkan beberapa penyelesaian, dan menarik diri daripada kerajaan negeri adalah pilihan terakhir. Kami juga telah berbincang untuk meminta MB membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membuka jalan untuk pilihan raya negeri yang baharu.
“Bagaimanapun, penasihat undang-undang kami merasakan bahawa pembubaran DUN adalah kuasa Sultan dan oleh itu kami tidak akan memasukkan perkara ini dalam penyelesaian kami.
“DAP telah membuat keputusan ini berdasarkan prinsip-prinsip parti, terutamanya yang membawa kemudaratan kepada rakyat dan konflik pada tahap minimum.”
Pengerusi DAP Selangor Tony Pua enggan mengesahkan maklumat di atas, sebalik beliau berkata, “Keputusan kami adalah menemui MB Selangor. Beliau kini berada di Kelantan dan mungkin balik, malam ini atau esok. Saya akan menunggunya. Bagi yang lain-lain itu, saya tidak boleh mendedahkan apa-apa lagi.
Bagaimanapun Tony mengesahkan bahawa mesyuarat tergempar DAP Selangor diadakan malam tadi berkaitan dengan isu Pakatan Selangor.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.
Sumber itu turut memberitahu, “Kami telah memulakan kerja untuk penyelesaian solusi itu, tetapi tidak akan melakukan tindakan yang drastik sepanjang bulan puasa.”

Tahziah! Mendiang PR Mati Muda.

in Berita Utama by

Baru berusia 7 tahun dan masih belum akil baligh PR akhirnya menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.

Allah masih sayangkan rakyat Malaysia, matinya PR bermakna negara terselamat dari malapetaka dan bencana katastropi , doa hancur BN diterbalikkan hingga PR yang hancur.

Tak nampak lagi kah akan kekuasaan Allah, jika PR benar benar jujur dan ikhlas perjuangkan demi kepentingan rakyat kenapa hayatnya tak panjang…ditambah dengan doa doa orang alim Pas PKR dan chauvanis Dap..tetapi mampus jugak..

Berikut adalah kenyataan tokong Dap mengumumkan kematian PR hari ini..

Kenyataan media Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng pada 16 Jun 2015 di Kuala Lumpur.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) dalam mesyuaratnya pada 15 Jun 2015 telah memutuskan seperti berikut:

Tidak wujud lagi ‘Pakatan Rakyat’

Pakatan Rakyat ditubuhkan pada 1 April 2008 sebagai respon bersama oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bagi memenuhi aspirasi perubahan politik rakyat Malaysia berikutan tsunami pilihanraya umum ke-12 pada 8 Mac 2008.

Dengan sokongan hebat daripada rakyat Malaysia, parti-parti pembangkang memenangi lebih satu pertiga daripada kerusi Parlimen dan lima kerajaan negeri.

Pimpinan DAP, PKR dan PAS telah bersetuju untuk membentuk Pakatan Rakyat dengan beberapa prinsip yang dikongsi bersama, dengan harapan untuk menyatupadukan kesemua usaha anti-Umno/Barisan Nasional demi mengusung era baru politik dan pentadbiran penuh integriti, akauntabiliti dan demokrasi dalam sebuah negara Malaysia yang progresif.

Juga telah dipersetujui bahawa proses membuat keputusan dalam Pakatan Rakyat haruslah berasaskan konsensus dan kepercayaan bersama di peringkat Majlis Pimpinan.

Di Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama pada Disember 2009, Dasar Bersama Pakatan Rakyat telah dikemukakan dan dipersetujui oleh ketiga-tiga parti sebagai asas kerjasama tiga parti komponen Pakatan Rakyat.

Muafakat Pakatan Rakyat bukanlah diniatkan sebagai muafakat demi kuasa semata-mata, tetapi sebagai sebuah muafakat yang berpandukan idea, prinsip dan nilai-nilai sebuah negara Malaysia yang baru.

Pakatan Rakyat tampil sebagai alternatif yang mampan bagi menggantikan Barisan Nasional pada PRU ke-13 dan memperolehi 52 peratus undi popular.

Namun, dalam beberapa insiden sepanjang tahun lalu, termasuk krisis Menteri Besar Selangor, keputusan yang telah dicapai di peringkat Majlis Pimpinan telah dicabuli oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang mengakibatkan muafakat Pakatan Rakyat hampir lumpuh.

Keadaan Pakatan Rakyat yang hampir lumpuh ini direncatkan lagi dengan kerelaan Hadi untuk membentuk sebuah kerajaan perpaduan bersama Umno serta sokongan beliau terhadap Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak, walaupun telah didedahkan bahawa dana Lembaga Tabung Haji telah digunakan untuk membeli hartanah daripada 1MDB pada harga RM2,773 satu kaki persegi, di Tun Razak Exchange (TRX), yang telah dibeli oleh 1MDB pada harga hanya RM64 satu kaki persegi. BN dan Hadi tidak mempersoalkan kenapa Tabung Haji tidak dibenarkan membeli tanah TRX daripada kerajaan pada harga RM64 satu kaki persegi, dan sebaliknya membeli tanah tersebut daripada 1MDB pada harga RM2,773 kaki persegi.

Perbuatan Hadi memungkiri janji peribadinya di mesyuarat Majlis Pimpinan pada 10 Februari untuk membincangkan cadangan undang-undang hudud PAS terlebih dahulu bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat di peringkat Majlis Pimpinan sebelum ia dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan atau sebelum rang undang-undang persendirian oleh Hadi dikemukakan di Parlimen tambah melumpuhkan lagi keseluruhan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Pengkhianatan Hadi ini diikuti keputusan besar pada 6 Jun 2015 apabila Muktamar PAS, perhimpunan agung yang merupakan badan pembuat keputusan tertinggi dalam parti tersebut, menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa sebarang perbahasan.

CEC DAP menerima usul Muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP dan secara langsung mengakibatkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.

Memandangkan Pakatan Rakyat dibentuk oleh ketiga-tiga parti berdasarkan konsensus dan terikat dengan Dasar Bersama, usul di Muktamar PAS itu telah membunuh Pakatan Rakyat. Justeru kini, tiada lagi Pakatan Rakyat.

DAP akan bekerjasama dengan Parti KeADILan Rakyat dan semua pihak yang mahu melihat pemerintahan Umno/Barisan Nasional berakhir, bagi membentuk semula politik Malaysia dengan cita-cita menawan Putrajaya demi rakyat. Kesan daripada hal ini terhadap Kerajaan Negeri Selangor pula adalah sokongan DAP bagi kepimpinan Menteri Besar Selangor Azmin Ali untuk merangka semula kerajaan negeri dengan sebuah muafakat yang mampan berasaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat serta manifesto pilihanraya Pakatan Rakyat Selangor 2013 yang telah menerima mandat lebih 60% undi popular di negeri itu.

DAP akan berusaha ke arah sebuah muafakat baru yang berprinsip dan lebih meluas yang akan muncul bagi mengisi kelompangan politik serta mampu menyalakan semula harapan ke arah perubahan bagi menjadikan Impian Malaysia kita sebuah realiti, serta masa depan yang lebih baik untuk semua.

– Lim Guan Eng

Dap Pecat Serta Merta Ahli Pas ,Cara Ultrakiasu Mengajar Pas

in DAP by

Kemelut DAP-PAS semakin meruncing apabila Setiausaha PAS Pulau Pinang yang berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan gred S41 dalam kerajaan negeri telah diberhentikan kerja berkuat kuasa Jumaat lepas.

   

Notis bertarikh 12 Jun dari Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri itu telah dihantar dengan tangan kepada Mohd Fadzil Kemi yang memegang jawatan sebagai Pegawai Penerangan kepada Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

   

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus yang mengesahkan notis tersebut berkata beliau yakin notis itu telah diterima oleh Mohd Fadzil pada Jumaat lepas kerana telah dihantar dengan tangan.

   

“Notis pemberhentian perkhidmatan itu berkuat kuasa pada 12 Jun 2015 dengan bayaran satu bulan gaji menggantikan notis selaras dengan fasal 9, perjanjian kontrak telah dihantar kepada Mohd Fadzil,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

   

Katanya, dalam tempoh perjanjian kontrak setahun yang ditandatangani pada 12 Disember tahun lepas, mana-mana pihak boleh menghentikan kontrak tersebut tanpa sebarang alasan.
Sementara itu usaha untuk mendapat maklum balas daripada Mohd Fadzil yang juga merupakan ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang, gagal kerana beliau tidak dapat dihubungi.

   

Semalam, Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan telah mendesak kepimpinan baru PAS untuk mengarahkan wakil- wakilnya untuk mengundur diri.

   

Beliau berkata adalah tidak logik kepimpinan baru PAS masih cuba berbelit-belit bahawa mereka masih membincangkan usul memutuskan hubungan dengan DAP, bila usul itu “diterima” tanpa bahas dan “bukan dirujuk” oleh Muktamar PAS.

   

Lim berkata tiga wakil PAS dalam kerajaan PAS, iaitu Mohamad Sabu, Ustaz Mujahid Yusof Rawa dan Ustaz Rosidi Hussain telah meletakkan semua jawatan mereka dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

   

Kemelut DAP-PAS berlaku selepas Dewan Ulama PAS sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 tanpa bahas, namun akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang.

   

-Bernama 

Reezal Merican Saman Gengster Tong Gas Dap Fitnah Jahat!

in Berita Utama by

Tanjong MP Ng Wei Aik has made a very serious yet unfounded allegation against ARB as an organization and me personally on the alleged loan purportedly made to 1MDB as soon as I assumed the chairmanship of ARB.

Below is my statement in response:-

1.       It surprised me that nothwithstanding the fact that Ng Wei Aik is a fellow lawmaker,  he has opted to rely on the so called  “highly confidential information” from “insider sources” instead of just asking me for confirmation or denial about the allegations. The fact that he went to the media without the audacity to confirm the allegations with me as the chairman of ARB smacks of mala fide on his part. This has went beyond fair comments.

2.       I deny categorically that:-

2.1               ARB had ever extended any loan to 1MBD for the amount of RM2 billion as alleged or any other amount for that matter.

2.2               I further deny that upon assuming the chairmanship of ARB or at any time thereafter I had either on my own or severally  with other members of the board of ARB approved the alleged RM2 billion loan or any other loans with an annual interest rate of 4% or otherwise. The allegation is unfounded and made with the malicious intent to question my integrity as an MP and the chairman of ARB.

3.       There was no application for loan from 1MDB in the first place.

4.       In the circumstances the statements made by Ng Wei Aik are utterly false and without any factual basis whatsoever and they are defamation per se in that they depict me as untrustworthy in that I proceeded in approving a loan which my predecessor had refused to approve with the end result of ARB allegedly having problems with its cashflow

7.       In the circumstances, I have instructed my solicitors to pursue all legal causes of action to protect my interests.

Thank you.

Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican, MP
Chairman
Amanah Raya Berhad
[17:18, 10/06/2015] YB Datuk Reezal Merican: AMANAH RAYA BERI PINJAMAN RM2B KEPADA 1MDB – SERANGAN POLITIK DAP INI BERNIAT JAHAT DAN MENCALARKAN INTEGRITI PERIBADI DAN AMANAH RAYA BERHAD (ARB)

1. Saya meneliti dengan penuh minat tuduhan terbaru Ahli Parlimen Tanjong (Ng Wei Aik) terhadap diri saya dan institusi yang saya diamanahkan sebagai Pengerusi iaitu Amanah Raya Berhad (ARB). Saya suka untuk memperincikan tuduhan liar yang dibuat:-

i) ARB meluluskan pinjaman sejumlah RM2bilion kepada 1MDB
ii) Pinjaman ini diberikan selepas perlantikan saya sebagai Pengerusi ARB
iii) Pinjaman tersebut juga diikat dengan faedah tahunan 4 % dan dikategorikan sebagai “IOU Bill”

2. Ng Wei Aik, seperti yang dilaporkan, GAGAL mengemukakan sebarang dokumen bagi menyokong tuduhan ini dan hanya menggunakan frasa ‘sumber dalaman’ sebagai sumber.

3. Saya nak nyatakan secara JELAS, NYATA dan TERANG – bahawa TIDAK ADA sebarang pinjaman dengan amaun dan perjanjian yang dinyatakan berlaku di ARB. Ianya sama sekali TIDAK PERNAH BERLAKU dan tak pernah dibawa utk mendapatka kelulusan di bawah persetujuan keseluruhan Ahli Lembaga Pengarah yang saya pengerusikan selama ini.

4. Dengan demikian, tuduhan Ng Wei Aik ini adalah sesungguhnya berniat jahat, secara jelas ingin merosakkan kredibiliti, menjatuhkan maruah dan integriti saya sebagai individu – mahupun ARB sebagai organisasi.

5. Saya akan segera mengarahkan tindakan undang-undang diambil di atas kebiadapan dan serangan jahat YB Ng Wei Aik ini. Fitnah ini tidak mungkin saya biarkan berlalu begitu sahaja – kerana ianya melibatkan tuduhan palsu dan jahat untuk mencemarkan imej Amanahraya Bhd dan maruah saya secara peribadi.

Anwar Mula Risau Perpecahan Pakatan Rakyat. Strategi “Senggama Politik” Ganti “Tahaluf Siyasi” Tak Mungkin Berjaya

in Pakatan Rakyat by

“I am concerned with recent events affecting Pakatan Rakyat, which was formed as an alternative to the failed political system and poor governance under the Barisan Nasional (BN),” said Anwar in his message. “I regret that a resolution to sever ties with the DAP was accepted at the PAS muktamar.”

“I urge our political ally PAS to review that resolution which was passed without debate, and meanwhile not to implement it.”

The DAP, added Anwar, has long been friend and comrade, committed to the great struggle for change. “I know too that the DAP stands with us in our endeavour to ensure PR remains viable and united as an alternative to the people.”

Under the BN, charged Anwar, the situation was increasingly dire. “The rakyat are now further oppressed by GST and the massive 1MDB losses, while racial and religious polemics show no signs of abating.”

It is the great hope of the rakyat, continued Anwar, that Pakatan Rakyat will march forward to resolve the political uncertainty and economic troubles that plague the country under the rule of the BN.

—————

Anwar patut dengar apa yang diperkatan Ong Kian Ming di Kuala Lumpur petang semalam. Ong Kian Ming, secara jelas menyatakan DAP bersedia untuk bekerjasama dengan orang lain, selain daripada Pas.

Ong Kiang Ming juga kata, PAS adalah parti yang paling miskin sokongan di Selangor jika Pilihanraya diadakan di negeri itu dalam masa terdekat ini.

Rasanya, Anwar lebih perlu memberikan nasihat kepada DAP berbanding PAS. Yang nak sangat cerai ini, sebenarnya DAP. Mereka yang kecewa apabila kuda-kuda mereka gagal menang di dalam muktamar. Kalau ada yang merajuk dan letak jawatan, hanya memberikan kita fakta bahawa kuda-kuda ini memang selama ini makan duit Cina DAP untuk gerakan politik mereka.

Elok agaknya, Anwar berikan mesej kepada DAP berbanding risaukan dengan usul Pas. Itu lebih molek.

DAP ini tak boleh dibiarkan menjadi dewa kepada politik Pakatan. Itu sahaja isunya. Selagi DAP sombong dan bongkak, selagi itulah rasanya tak ada peluang untuk Pakatan bangkit semula sebagai alternatif kepada BN.

Sekarang ini bukan lagi tahaluf siyasi. Tetapi ini sudah jadi senggama politik sesama sendiri. -GelagatAnwar

Pisau kata ” Apa lagi PAS tunggu..”

DAP Angkuh Dan Rendahnya Maruah PAS Di Mata Mereka,PAS Baru Sedar?

in Pakatan Rakyat by

DAP dikecam kerana menunjukkan rakus dan tamaknya kepada kuasa dan pengaruh sehingga sanggup mengancam pemegang pemegang jawatan dari kalangan ahli ahli PAS di Pulau Pinang supaya melepaskan jawatan setelah kerjasama politik kedua-dua parti dihentikan.

Menurut PAS Kuala Terengganu, kerajaan Pulau Pinang bukan harta pusaka warisan keturunan yg boleh sesuka hati dibuat kenyataan mengarahkan perletakan jawatan.

DAP PENANGKetua Penerangannya, Ahmad Amzad Hashim  berkata, ahli- ahli PAS menerima jawatan secara bermaruah hasil kerja kuat mereka hingga kerajaan negeri yang ada boleh terbentuk dan memegang kuasa.

“Mereka ada hak dan bukan hak mutlak DAP. Tak tahu malukah DAP bila mereka menang dengan undi yang besar dari penyokong-penyokong PAS tiba tiba dengan angkuh, sombong dan gopoh mengugut jawatan akan di isi dengan Melayu lain?,” ujar Ahmad Amzad.

Dalam kenyataannya yang disiarkan di laman Facebook Dewan Ulamak PAS Pusat, beliau menyelar DAP yang lebih dahulu menuduh Presiden PAS Datuk Seri A bdul Hadi Awang sebagai tidak bermaruah.

Katanya, DAP memang angkuh dan sombong, suka campur urusan orang Melayu, campur urusan agama Islam, campur urusan agenda peringkat negeri Kelantan walaupun ia bukan kemahuan akar umbi parti itu.

Beliau yang menyifatkan DAP terlalu angkuh mencabar DAP membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang sekarang untuk mengetahui kekuatan sebenar parti itu tanpa sokongan PAS.

“Bubarkan DUN Pulau Pinang sekarang!  dan tengok jawatan mana yang DAP boleh pegang dalam kerajaan yg baru nanti.

Masih boleh angkuh? Masih boleh sombong? Masih boleh tamak?.” Tegasnya.

Beliau juga mahu ahli-ahli PAS yang pegang jawatan, terus  pertahankan jawatan masing masing dan jangan memandai- mandai.

“Kita bukan mendapat jawatan atas belas kasihan DAP. Kita pegang jawatan kerana kita yang bantu naikkan mereka.

Yang bermaruah adalah kita. Yang sombong, angkuh dan tamak haloba adalah mereka.

Kalau mereka nak pecat, biar mereka pecat. Kita nak tengok rupa DAP yang sebenar,” ujarnya.

 

Pisau kata ” haih..dah lama orang dok kata hangpa ni kaldai pencacai DAP tak mau dengaq..la ambik habuan”

Penerangan Ringkas Mengenai Gempa bumi Ranau

in Berita Nasional by

Gempabumi merupakan gegaran bumi hasil pelepasan tenaga yang sangat cepat. Gelombang seismos bergerak pada semua arah daripada punca yang dikenali sebagai fokus. Titik pada permukaan bumi diatas fokus ini dikenali sebagai pusat gempabumi. Misalnya pusat gempabumi semalam didapati berdekatan puncak Gunung Kinabalu.  Ini bermakna fokus gempabumi terletak dibawah pusat ini. Dalam kes ini, fokus gempa berada sekitar 10 km dibawah. Inilah sebabnya berlaku tanah runtuh besar di gunung.

Gempabumi biasanya berlaku sepanjang sesar (retakan memanjang) dalam bumi sewaktu pembalikan elastik (elastic rebound). Bayangkan kita ambil pembaris plastik dan kita bengkokkannya. Selepas tahap tertentu ia akan patah dan seterusnya melepaskan tenaga yang disimpan olehnya. Batuan di dalam bumi pun berkelakuan begini.

Ada tiga jenis sesar, iaitu sesar mendatar (pergerakan horizontal), sesar naik dan sesar turun (pergerakan tegak). Dalam kes gempa di Ranau semalam, ia dihasilkan oleh sesar normal bertrend timurlaut-baratdaya.

Selepas gegaran besar beberapa gegaran kecil, dikenali sebagai “aftershocks” atau gempa susulan berlaku semasa kerak bumi mengalami pengubahsuaian. Kadang kadang terdapat gegaran kecil mendahului gegaran besar dikenali sebagai “foreshocks”. Setakat ini terdapat 33 gempa susulan yang direkod oleh Jabatan Metereologi akibat gempabumi semalam.

Sekitar 80% gempabumi berlaku di Jalur Lingkaran Pasifik, hasil dari pertembungan plet bumi. Yang lain berlaku di luar jalur yang dikaitkan dengan sesar rantau yang masih aktif.

Seismik merujuk kepada gelombang tenaga yang dilepaskan selepas berlaku gempabumi. Ada tiga jenis gelombang seismik, iaitu gelombang mampatan dikenali sebagai P (Primer), gelombang ricih S (Sekunder) dan gelombang permukaan. Gelombang P adalah yang paling laju dan bergerak kedepan dan kebelakang, seperti “spring” kereta. Ini yang membuat kita merasa terayun dan pening bila gempa sampai di lokasi kita. Gelombang S pula bergerak turun dan naik, sementara gelombang permukaan bergerak dati kiri dan kanan. Kita-tiga gelombang ini akan dirasai hampir serentak kalau kita berada berdekatan dengan pusat gempabumi.

Kejadian gempabumi di Ranau berkait dengan kehadiran sesar aktif. Sesar aktif ini digerakkan kerana Sabah masih menerima tenaga mampatan dari interaksi 3 plet utama. Sebenarnya Sabah terletak pada tenggara Plet Eurasia. Di sebelah timur terdapat Plet Filipina-Pasifik. Plet ini bergerak sekitar 10cm per tahun kearah barat bertembung dengan Plet Eurasia.  Di bahagian selatan Plet Australia bergerak kearah utara dengan kelajuan sekitar 7 cm per tahun. Sempadan pertembungan plet inilah adalah yang paling aktif dan tidak stabil. Gempabumi bermagnitud besar sampai M8 boleh terjadi selain berlaku gunung berapi. Walaupun Sabah terletak sekitar 1000km dari jalur pertembungan plet, ia masih menerima tenaga mampatan jarak jauh ini. Makin jauh dari jalur bahaya ini, makin kurang kesannya. Oleh kerana Sabah paling dekat dengan Filipina dan Indonesia (Sulawesi), maka ia menerima kesan yang lebih serius berbanding dengan Sarawak dan Semenanjung. Aktivi mampatan di Sumatra yang memberi kesan kepada Semenanjung.

Di Ranau terdapat intrusi batuan igneus akibat mampatan oleh interaksi tiga plet diatas. Intrusi batuan yang lebur ini juga satu cara untuk melepaskan tenaga tersimpan melalui sesar aktif. Jadi di Ranau bukan terjadi volkano, seperti yang dipercayai orang ramai. Maka itu Gunung Kinabalu tidak akan meletup. Volkano hanya terdapat di Tawau dan Semporna, dimana pernah berlaku letupan beberapa puluh ribu tahun dahulu. Kawa volkano  masih kelihatan di Tawau.

Intrusi batuan igneus Gunung Kinabalu berlaku sekitar 7-8 juta tahun dahulu. Kini ia sudah sejuk di permukaan tapi masih ada sisa haba di bahagian dalam (beberapa km). Air panas Poring mendapat sumber haba dari ini apabila air hujan masuk dalam bumi melalui sesar-sesar yang masih aktif.

Semasa gempabumi semalam, air panas poring menjadi sangat keruh selama beberapa jam. Gegaran gempabumi nampaknya telah mengeluarkan mineral lempung yang terendap dicelah celah sesar ini. Akibatnya pengaliran air panas Poring lebih lancar dan lebih panas.

Gegaran kuat seperti yang berlaku semalam akan terus berlaku, apabila tenaga yang tersimpan sudah melebihi kemampuan bumi untuk menyimpannya. Ini biasanya berlaku secara berkala. Dalam kes gempabumi Ranau, ia berlaku sekitar 25 tahun. Yang pertama dalam ingatan kita berlaku pada tahun 1966 dengan magnitud 5.3. Yang kedua pada tahun 1991 bermagnitud 5.2 dan terkini pada tahun 2015. Kitaran ini anggaran saja, sebab rekod sejarah gempabumi di Sabah belum cukup panjang.

Disediakan oleh Prof. Felix Tongkul, Pensyarah Geologi, UMS. 6/6/2015 -whatapps

DAP Arahkan Semua Jawatan Wakil PAS Didalam Kerajaan Negeri Di Lucutkan.

in PAS by
Inilah bahana apabila tidak mahu menjadi tungangan DAP,habis semua jawatan didalam kerajaan negeri Pulau Pinang yang Ketua Menteri lantik di tarik balik.
Malah kemewahan wang ringgit dan juga peluang mendapatkan projek projek didalam regim negeri bakal hilang begitu saja.
Pisau berpendapat adalah lebih baik PAS tidak memutuskan hubungan dengan DAP memandangkan selama ini mereka cukup berasa senang dengan kemewahan wang ringgit ,pelbagai jawatan penting dan peluang berniaga. Apatah lagi pemimpin penting PAS juga mampu bergaji besar didalam GLC kerajaan negeri dan menikmati pelbagai keistimewaan yang mereka tidak dapat ditempat lain.
Apalah sangat dengan hudud,sedangkan sebelum ini mereka sendiri berkata hudud hanya 0.01% sahaja didalam Islam,negara kebajikan menjadi sandaran semasa pelancaran buku jingga tidak lama dulu..
Sebenarnya kita diluar tidak tahu apa yang PAS mahu, sehingga sekarang walau pun semasa muktamar syura telah memutuskan hubungan dengan DAP .Tetapi dalam masa yang sama masih bersekedudukan didalam pakatan.
PAS perlu perlihatkan ketegasan dan berkredibiliti,sebaliknya acuh tak acuh…seolah telan mati mak..luah mati bapak…seperti tak boleh dikenal pasti apa jenis jantina PAS nih..!! jantan kah? atau betina kah? atau khunsa kah? mana satu?
Peletakan jawatan wakil Pas dalam kerajaan negeri tidak akan memberi sebarang impak terhadap PR di Pulau Pinang.

Malah kestabilan, kesinambungan dan kredibiliti kerajaan negeri tidak sedikit terjejas tanpa wakil Pas.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, DAP dan PKR masih menikmati majoriti selesa 2/3 dengan 29 dari 40 kerusi walaupun tanpa Adun tunggal Pas.

Menurutnya, peletakan jawatan wakil Pas dalam kerajaan negeri tidak dapat dielakkan berikutan keputusan Muktamar Pas semalam menerima usul Dewan Ulama tanpa perbahasan bagi memutuskan hubungan dengan DAP meskipun kekal dalam PR.

Beliau berkata, peletakan jawatan yang dijangkakan dari wakil Pas dalam kerajaan negeri akan diterima dengan segera tanpa soalan kerana tiada sebarang impak terhadap kestabilan kerajaan negeri.

“Walaupun tiada perdebatan dibenarkan bagi usul itu namun kepimpinan Pas yang baharu berhak mengemudi parti dengan cara yang difikirkan wajar sama ada melalui demokrasi atau autokrasi.

“Saya tidak akan mengulas tetapi menyerahkan kepada Pas untuk menjawab kedudukan kontradik mereka apabila memutuskan hubungan dengan DAP tetapi masih kekal dalam PR yang terdiri dari DAP, PKR dan Pas,” katanya dalam kenyataan media di sini semalam.

Menurutnya, PR berfungsi atas konsensus semua parti dan tiada satu parti pun boleh membuat keputusan bagi pihak PR.

Guan Eng berkata, disebabkan Pas mahu memutuskan hubungan dengan DAP, wakilnya tidak mempunyai pilihan kecuali meletak jawatan dalam kerajaan negeri termasuk agensinya, majlis perbandaran dan jawatankuasa kemajuan dan keselamatan komuniti (JKKK).

“Walaupun sebelum ini hubungan saya mesra dan baik dengan kebanyakan wakil Pas, saya faham bahawa mereka perlu meletakkan jawatan atas sebab-sebab etika dan moral.

“Adalah suatu yang tidak dapat dipertahankan dari segi politik bagi mereka untuk kekal dalam kerajaan negeri yang diketuai saya atas kapasiti sebagai Setiausaha Agung DAP apabila Muktamar Pas memutuskan hubungan dengan DAP,” katanya -sumber

Pisau kata ” blog ada masaalah.. ada kutu berahak mana tah cuba nak sekat blog Pisau sampai domain pun kena sekat..hampeh! “

Hit Counter provided by Curio cabinets
Pergi ke Atas