Berita telus dan seimbang..

Monthly archive

May 2015

Lim Kit Siang Langgar Prinsip Pakatan Rakyat

in Berita Utama by

Penasihat DAP Lim Kit Siang didakwa melanggar prinsip Pakatan Rakyat (PR) apabila membahaskan hudud di Kota Baharu, satu perkara yang diistilahkan tidak bersepakat dalam gabungan pembangkang itu.

“Ni lain kali kalau nak kukuhkan Pakatan, bahaskan isu yang kita sepakat sahaja, jangan dibahas isu yang kita tak sepakat.“Sampai bila-bila pun Pakatan tak kukuh kalau macam ni. Inilah akibatnya bila merentasi garis sempadan tahaluf siasi,”kata facebooker pro ulama, Kassim Masdor

Petikan ucapan Lim Kit Siang semasa Ceramah Perdana di Padang Perdana, Kota Bharu pada 10 Mei 2015 anjuran PAS Kawasan Kota Bharu :

Baru- baru ini saya dengan 4 ahli parlimen DAP, YB daripada Kluang Chin Tong, YB daripada Bukit Bendera Zairil Khir Johari, YB daripada Seputeh Teresa dan YB daripada Bukit Mertajam Steven Sim. Kita ada pergi Jordan dan Mesir untuk jumpa tukar fikiran dengan pelajar-pelajar kita di Jordan lebih kurang 2 ribu orang. Ada pelajar- pelajar kita di Jordan dan pun di Mesir.

Saya dengar mungkin lebih kurang 10 ribu pelajar-pelajar di Mesir dan kita ada tukar fikiran dan belajar mengenai perkembangan politik di Timur Tengah.Dan mereka kita ada sangat frank tukar pandangan dan ada soalan-soalan dikemukan dan mereka ada tanya mengenai masalah-masalah politik di negara kita sama ada Pakatan Rakyat boleh kekal.

Masalah- masalah yang sekarang Pakatan Rakyat menghadapi. Kenapa Pakatan Rakyat tak boleh terus bersatu padu.Masalah sebenarnya bukanlah hudud. Masalah ialah sama parti- parti di Pakatan Rakyat boleh jujur dan ikhlas untuk mengotakan apa yang kita sudah janji. Apabila kita tubuh Pakatan Rakyat 2008, bahawa kita bersetujui mengenai dasar bersama.

Dasar bersama mengenai masa depan menyelamatkan Malaysia. Supaya kita mengembalikan demokrasi, kebebasan, keadilan dan supaya negara boleh menjadi satu negara yang adil dan makmur untuk semua rakyat. Itulah masalah.Oleh kerana kalau ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat tak boleh pegang apa yang kita sudah janji, bagaimana kita boleh dapat sokongan dan harapan keyakinan orang ramai.

Dan dalam pertukaran kita sama ada di Jordan atau di Kaherah, masalah-masalah yang timbul ialah mengenai hudud. Saya bukan orang Islam tetapi dalam Jordan dalam Mesir, Jordan 92% penduduk-penduduk orang Islam. Di Mesir 95% penduduk-penduduk orang Islam. Dan pun di Jordan dan di Mesir tidak ada hudud.Dan ada pun pandangan, ada pertikaian, ada debate sama ada patutkah untuk utamakan hudud atau tidak.

Dan saya bacalah dalam apabila saya melawat pergi Jordan, melawat selain daripada Amman pergi Mafraq pergi Karak, Irbid dan baca bahawa adalah sarjana- sarjana dan ustaz-ustaz ulama’-ulama’ Islam ada berpendapat bahawa hudud sebahagian kecil daripada undang-undang syariah dan adalah syarat2 sebelum ia dilaksanakan.

Syeikh Qaradawi Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia pun ada berpendapat bahawa kalau undang-undang syariah tidak boleh dilaksanakan, masa tak sampai untuk melaksanakan hudud.

Dan pun ada prioriti keutamaan, saya baca bahawa kalau mahu melaksanakan hudud perlulah ada syarat- syarat di mana basic needs, keperluan pokok semacam pekerjaaan, semacam perumahan semacam kesihatan dan transport lain-lain semua dibekalkan keselamatan. Semua diberikan sebelum kewajipan hak-hak diberikan sebelum kewajipan dituntutkan. Itu bukan saya kata.

Apa saya baca di Jordan dan di Mesir. Dan ada pandangan dalam pertukaran fikiran dengan pelajar-pelajar saya ada kata bahawa kalau kita ada persetujuan dengan perkara ini, bukan oleh kerana kita anti Islam. Adakah masalah di Jordan di Mesir masalah anti Islam bukan tetapi mengenai sama ada sesuai atau tak sesuai khasnya dalam Malaysia satu masyarakat majmuk.

Apabila kita ada perlembagaan dan ada prinsip-prinsip utama dimaktub, itu hal-hal yang lain.Dan saya rasa mustahak khasnya dalam Malaysia, perkara ini tak dilihat sebagai anti Islam atau bukan anti Islam.

Saya, mungkin saya rasa bahawa mengikut perlembagaan, tak sesuai ada pelaksanaan hudud. Itu bukan oleh kerana saya anti Islam. Tetapi kalau kita melihat ini sebagai anti Islam dan pro Islam, saya rasa ini tidak memberi apa- apa kebaikan kepada masyarakat kita. Adakah pemimpin- pemimpin Perdana Menteri, lima Perdana Menteri yang kita ada, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussin Onn, Mahathir 22 tahun dan Tun Abdullah mereka anti islam? Adakah Umno anti Islam?

Kalau Umno anti Islam oleh kerana rasa bahawa hudud tidak sesuai untuk masyarakat majmuk dan mengikut perlembagaan Malaysia, adakah apa-apa parti yang bekerjasama dengan Umno pun anti Islam? Tak mungkin, tak mungkin.

GST: Azmin Double Talk

in Berita Utama by

Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali dilihat ‘double talk’ berkaitan dengan isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Azmin dalam kenyataan medianya hari ini berkata Kerajaan Selangor akan menulis surat kepada Kementerian Kewangan memohon pengecualian GST di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri itu.Namun, jika permohonan itu ditolak, Azmin berkata beliau telah mengarahkan Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) untuk mengkaji jumlah pembayaran secara serapan oleh kerajaan negeri.

“Unit Perancang Ekonomi Negeri telah diarahkan untuk melakukan kajian dan semakan berapakah implikasi kewangan sekiranya kerajaan negeri serap cukai GST ini bagi kepentingan rakyat di negeri Selangor.

“Tapi, kita sedia maklum di selangor ada 12 PBT berbanding dengan Pulau Pinang hanya ada 2 PBT. Selangor ini sebuah negeri yang maju dan sebahagian besar PBT itu berada dalam kawasan-kawasan bandar.

“Sudah tentulah sebelum keputusan dibuat harus ada kajian terhadap implikasi kewangan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri,”katanya.Pada 2 April lalu, Azmin dilaporkan Malaysiakini berkata kerajaan negeri telah menolak pelaksanaan GST kerana ia merupakan satu sistem percukaian yang zalim.

“Pendirian kerajaan negeri, kita tetap menolak pelaksanaan GST ini kerana ia satu sistem percukaian yang zalim. Sistem GST bila dilaksanakan bukan untuk mencipta satu hasil pendapatan yang baru, atau meningkatkan pendapatan negara. Itu satu falsafah yang salah.

“Persoalannya sekiranya kerajaan Umno ingin meningkatkan pendapatan mereka di peringkat persekutuan, mereka harus meneliti dahulu ketirisan, kebocoran, rasuah yang berleluasa,” katanya.

Namun, kenyataan Azmin itu ditempelak oleh bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.“Hakikatnya, sangat mudah menjadi pemimpin oportunis dengan membuat kenyataan atau keputusan yang popular dan lunak didengar tanpa perlu memikirkan impak dalam segala segi dan gambaran sebenar situasi atau kemampuan hakiki memenuhi sebarang janji manis.

“Saya hanya mampu tersenyum apabila melihat di dada akhbar dan portal baru-baru ini kononnya negeri Selangor menentang GST sedangkan kita tahu hakikatnya, semua PBT telah diarahkan memaklumkan rakyat di semua peringkat bahawa GST akan dikuatkuasakan mulai 1 April 2015.

“Rakyat perlu sedar daripada terus dibuai mimpi indah bahawa kenyataan tersebut yang dibuat oleh Dato’ Menteri Besar di dalam Dewan Negeri Selangor pada minggu lepas tidak akan merubah apa-apa kerana hakikatnya, Selangor tidak akan sama sekali dikecualikan daripada melaksanakan GST!

“Saya yakin kayu ukur sama ada seorang pemimpin itu semata-mata seorang politikus profesional atau seorang negarawan terbilang terletak pada ketulusan niat memberi yang terbaik kepada rakyat yang akan terserlah melalui keutuhan perjuangan, kesungguhan usaha dan pencapaian sebenar sepanjang hayat.
image

“Namun, berdasarkan apa yang kita alami dan saksikan sendiri sejak hujung bulan September 2014, jelas bahawa Dato’ Menteri Besar perlu berusaha lebih gigih untuk layak digelar negarawan kerana masih bersendikan retorik dan sandiwara politik.

“Kalau beginilah gaya dan pendekatan pentadbiran baharu, maka saya ulangi gesaan agar Dato’ Menteri Besar segera berundur untuk diserahkan jawatan kepada seseorang yang benar-benar layak demi kemaslahatan rakyat,”katanya dalam satu kenyataan media.Sementara itu, Faizil Mohamed Yaman menempelak Kerajaan PAS Kelantan yang turut melaksanakan GST meskipun parti itu mengeluarkan fatwa haram terhadap sistem percukaian tersebut.

Hudud : Dalam Sekelip Mata Lim Kit Siang Berjaya Rosakkan Agenda PAS

in Berita Utama by

 Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak menuntut penjelasan PAS Kota Bharu mengapa mengundang Penasihat DAP, Lim Kit Siang berceramah menolak hudud di Kelantan

KEBIADAPAN LIM KIT SIANG: DPP GOMBAK MENDESAK AGAR PAS KOTA BHARU BERTANGGUNGJAWAB.

Saya mendengar dengan teliti ucapan Lim Kit Siang dalam ceramah yang diadakan di Padang Perdana MPKB, Kota Bharu pada 10 Mei 2015.

Ianya satu ucapan biadap dengan mempertikaikan hasrat Kelantan untuk melaksanakan suara majoriti rakyat Kelantan yang mahu pelaksanaan jenayah syariat Islam berjalan.

Enakmen Kanun Jenayah Syariat (EKJS) yang diluluskan dengan jalan demokrasi dan sidang DUN telah sebulat suara menyokong pada 19 Mac 2015 diperlekehkan di hadapan khalayak rakyat Kelantan.

2. Ketika zaman kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, beliau berusaha gigih untuk memberi penerangan kepada rakyat melalui program Bulan Hududullah dan ceramah-ceramah bersiri di seluruh pelusuk negeri. Namun, tidak sampai 3 bulan Tuan Guru Nik Abdul Aziz meninggalkan rakyat dengan tangisan air mata, pimpinan PAS Kota Bharu dengan berani membiarkan bangunan yang dibina selama 25 tahun dirosakkan oleh Lim Kit Siang. Lebih malang lagi, penghinaan kepada usaha Tuan Guru Nik Abdul Aziz selama ini berlaku di bumi serambi Mekah sendiri.

3. Usaha yang dilakukan oleh Tuan Guru dihina oleh pimpinan PAS Kota Bharu dengan menjemput Lim Kit Siang yang ternyata konsisten menghentam hudud sejak sekian lama atas alasan mahu memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan menghancurkan Barisan Nasional. Sekarang sudah jelas siapa kawan siapa lawan dan siapa musuh dalam selimut.

4. Dewan Pemuda PAS Gombak ( DPPG) memandang serius terhadap tindakan PAS Kota Bharu yang berani membelakangi keputusan PAS Pusat dan PAS Kelantan yang bertungkus lumus bagi merealisasikan pelaksanaan jenayah syariat Islam di Kelantan.

5. Justeru itu, DPPG mendesak PAS Kota Bharu agar bertanggungjawab atas tindakan yang dilakukan dengan mencemarkan wajah PAS di mata rakyat. Harapan rakyat untuk melihat keadilan dan keselamatan terjaga diperlekehkan oleh PAS Kota Bharu. Suara rakyat Kelantan dibangkul sampahkan oleh PAS Kota Bharu dengan membiarkan orang luar dengan penuh gembira menghina bangunan yang dibina dengan keringat peluh, tenaga dan harta sejak sekian lama.

6. DPPG turut mendesak PAS Kota Bharu memohon maaf kepada seluruh rakyat Kelantan dan pendokong perjuangan PAS atas tindakan sebegini. PAS mempunyai dasar dan matlamat perjuangan yang jelas dan hormatilah dengan penuh adab dan disiplin.

Ustaz Dr. Mohd Nor Husin
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak12 Mei 2015 / 23 Rejab 1436

Dua Syarikat Didenda RM140,000 Bawah Akta Kawalan Harga & Antipencatutan

in Berita Utama by

Melaka — Dua syarikat hari ini didenda keseluruhan RM140,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Hakim Amran Jantan menjatuhkan hukuman denda RM110,000 terhadap AEON Co. (M) Bhd. diwakili Pengurus Bakerinya Mohd Ridzuan Cheah Abdullah setelah mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan yang masing-masing dikenakan denda RM20,000; RM25,000; RM30,000; dan RM35,000.

Syarikat itu didakwa mencatut dengan menaikkan harga jualan daripada RM1.20 kepada RM1.50 yang menyebabkan kenaikan kepada margin keuntungan bersih roti almond muffin, roti vanilla muffin, roti chocolate chips muffin dan roti blueberry muffin. (nota:setiap jenis roti, satu pertuduhan).Mengikut pertuduhan, syarikat itu melakukan semua kesalahan itu di kedai roti La Boheme, AEON Melaka Store, Jalan Tun Razak di sini pada pukul 6.01 petang, 17 Mac lepas.

Dengan itu syarikat berkenaan didakwa mengikut Seksyen 14 (1) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang memperuntukkan denda maksimum RM500,000 dan bagi kesalahan kali kedua dan berikutnya didenda tidak melebihi RM1 juta.Dalam mahkamah yang sama juga, Amran menjatuhkan hukuman denda RM30,000 terhadap AEON Fantasy (Malaysia) Sdn. Bhd. diwakili Konsultannya Norsiah Ahmad setelah mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan di bawah akta itu.Syarikat itu didakwa gagal mematuhi arahan Penolong Pengawal Harga melalui notis yang dikeluarkan di bawah Seksyen 21(2) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 untuk melengkapkan maklumat dan mengemukakan dokumen yang diminta dalam tempoh ditetapkan iaitu pada atau sebelum 13 Feb lepas.

Mengikut pertuduhan, syarikat berkenaan melakukan kesalahan itu di premis AEON Fantasy (Malaysia) Sdn. Bhd., Jusco Bandaraya Melaka di sini pada 14 Feb lepas.Dengan itu syarikat berkenaan didakwa mengikut Seksyen 57 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM250,000.Amran ketika menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua kes itu, berkata beliau mengambil kira kepentingan awam sebagai prinsip utama dalam menjatuhkan hukuman.Beliau berkata semua pihak perlu memahami bahawa objektif utama Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 adalah untuk melindungi hak pengguna dan kepentingan awam.Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datin Tey Lee Ly dan Insyariza Ibrahim, manakala kedua-dua syarikat itu tidak diwakili peguam -BERNAMA

 “Bersatulah dalam era penuh cabaran” – Zahid

in Berita Utama by

 “Bersatulah dalam era penuh cabaran”Itu antara ungkapan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sempena sambutan Ulang Tahun UMNO ke 69,  (Isnin).Menurut Zahid, UMNO mesti terus bersatu demi kelestarian parti.

Ini kerana musuh sentiasa mencari punca untuk memecah belahkan ahlinya bak kata pepatah ‘menanti saat keruntuhan dengan gendang dipalu untuk meraikannya’.Ingatan itu diberikan dalam usaha memastikan semua peringkat UMNO tidak lupa akan perjuangan sebenar UMNO.Malah kata Zahid ikatan ukhwah yang terjalin harus diperkukuhkan lagi dan pada masa yang sama mengenepikan semua isu yang berlaku dan bersatu demi agenda parti yang masih belum selesai.

Peringatan itu dibuat selepas banyak pihak kini secara terbuka mengeluarkan kenyataan berhubung isu semasa yang sedang berlaku.

Sedangkan katanya sebelum ini semuanya dibincangkan di peringkat dalaman dan tidak pernah ia dilontarkan secara terbuka.

Sehubungan itu tegasnya semua isu parti harus diselesaikan mengikut adat berparti dan bukan sekadar membuat sebarang kenyataan yang memperlihatkan UMNO berada dalam keadaan tegang.“Adalah lebih manis dan matang jika sebarang isu diselesaikan mengikut saluran parti dan kerajaan sedia ada.“Kita tidak mampu untuk berbalah. Kelak retak menanti belah, akibat ramai yang melatah, UMNO akan terus diratah,macam meratah daging mentah, kita jauhkanlah dari gundah,” katanya lagi.

Tambahnya, ungkapan ‘jika sudah terantuk baharu tergadah’ harus dipandang serius kerana jika berlaku pepecahan maka keadaan akan bertambah parah.“Akibat melayani rasa amarah, parti kelak menerima padah,” jelasnya.Baginya, apa jua isu dan masalah jangan diperbesarkan sebaliknya semua pihak perlu mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyelesaikannya.Ia demi membela bangsa, agama dan raudah.

TABUNG HAJI Jangan Jual Tanah TRX!! @AzeezPutera

in Berita Utama by

For heaven sake, someone please tell TH jangan jual balik tanah TRX tu. Depa beli RM2700.. per square feet di Golden Triangle. Di Ampang, harganya RM3500.00 per square feet.

They got it below market price. Pembelian tanah itu tidak sepatutnya dilihat sebagai furthering agenda 1MDB. TH tentunya ada tujuan dan kegunaan sendiri tanah itu. Tolonglah …

Kalau dijual untuk dapat untung RM5 juta hari ini, in 10 years time valuenya RM2 bilion. Janganlah buat keputusan kurang bijak lagi. Beli dan simpan saja tanah itu pun nilainya akan naik. Apatah lagi jika dibangunkan. Kenapalah tiada
siapa yg nak explain bab ini???

They got that TRX Land at a very cheap price sebab kita ada national agenda. Janganlah melatah dengan negative publisiti sampai nak jual atau novate tanah tu dan buat untung RM5 juta saja. Tak ada glory langsung.

Tanah tu sekarang ini telah ditawarkan oleh pembida dari Cina dan Jepun pada harga RM7000.00 sekaki persegi. 

Demi kepentingan orang melayu dan pencarum simpanan haji, simpanlah dan bangunkan lah tanah itu.

1MDB  & TH tiada hidden agenda.Tiada MOU, LOU atau  apa arrangement antara mereka. It was done on open tender basis. Disebalik mengkritik TH beli pada harga di bawah pasaran, depa attack harganya lebih tinggi dari harga 1MDB beli. RM2700.00 tu supaya tak nampak sangat TH beli dgn harga subsidi atau wujudnya special treatment. Itu kerana masaalah anti 1MDB. TH jangan jadi mangsa.

Sumbangan 1MDB kepad the future expansion of TH on armslength dealing. Semoga boleh merubah persepsi umum dan menenangkan pencarum TH.

JUMLAH KELUAR MENGUNDI BAGI PENGUNDIAN PRK P.044 PERMATANG PAUH DAN KEADAAN TEGANG APABILA PENGGANAS PKR MENGAMUK.

in Berita Utama by

Sehingga pukul 5.00 Petang (Tutup)
Anggaran Peratus :  73%

Sumber SPR.

Nota: Jumlah RASMI Keluar Mengundi secara keseluruhan akan diumumkan nanti setelah disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya PRK 044 Permatang Pauh.

PUSAT MEDIA PRK KKMM

Berikut adalah kenyataan dari pusat media prk Kementerian Penerangan.

Sekarang suasana di beberapa pusat pengundi telah menjadi tenang namun provokasi jahat puak pengganas PKR  sudah menjadi kebiasaan di sini .

Ada yang cedera dan ada wanita yang ditumbuk. Ini semua kerja gila hanya kerana mahukan kemenangan.

image

Wanita ini ditumbuk oleh beruk PKR.

image

image

image

Anggota polis membantu seorang petugas media yang diserang hingga berlumuran darah pecah kepala.

image

Saat artikel ini ditulis di Tanah Liat petugas Bn dikepung oleh pengganas PKR. Petugas dari BN dikepung dan diancam dengan pelbagai ugutan.

image

Malah puak PKR bersenjatakan kayu dan batu.

image

image

image

Pihak FRU bergegas ke lokasi untuk mengawal keadaan.

image

image

Pisau kata “puak ni takut kalah”

#PRKpermatangpauh Jom Pilih Abang Mie

in Berita Utama by

image

Baru selesai mengundi.. Ini pilihan Pisau..suasana di pusat mengundi tadi Pisau perhatikan tidak sehangat mana..

Sekadar beruk PKR 2-3 ekor melompat menjerit tak keruan..

umlah pengundi yang keluar mengundi bagi PRK P.0.44 Permatang Pauh pada 7/5/2015

Masa:           12.00 TGHARI
Jumlah:       30,865
Peratusan:  43%

SUMBER Pengerusi SPR

#PRKpermatangpauh Peratusan Keluar Mengundi Dan Gambar Sekitar

in Berita Utama by

LAPORAN HARI MENGUNDI PARLIMEN P.044 PERMATANG PAUH

LAPORAN % KELUAR MENGUNDI 8.00 – 9.00 PAGI.

(TIDAK RASMI)

DUN N.10 SEBERANG JAYA:

044/10/01
(Jalan Sembilang)
Sek. Men. Keb. Seberang Jaya

JUMLAH: 452 / 4,053

044/10/02:
(Seberang Jaya II)
Sek. Keb. Seberang Jaya 2, Lengkok Tenggiri

JUMLAH: 322 / 3,671

044/10/03:
(Kampong Pertama)
Sek. Keb. Permatang Tok Kandu

JUMLAH: 375 / 2,107

044/10/04:
(Kampong Belah Dua)
Sek. Men. Keb. Pauh Jaya, Tmn Pauh

JUMLAH: 277 / 2,658

044/10/05:
(Seberang Jaya I)
Sek. Keb. Seberang Jaya Persiaran Siakap

JUMLAH: 386 / 3,582

044/10/06:
(Jalan Bahru)
Sek. Keb. Jalan Bahru

JUMLAH: 300 / 3,651

044/10/07:
(Simpang Ampat)
Sek. Men. Keb. Permatang Rawa

JUMLAH: 431 / 4,013

044/10/08:
(Jalan Tuna)
Sek. Keb. Seberang Jaya 2, Lengkok Tenggiri

JUMLAH: 322 / 3,524

044/10/09:
(Tmn Tun Hussien Onn)
Tun Hussien Sek. Men. Keb.

JUMLAH: 348 / 3,007

DUN N.11 PENGKALAN PASIR:

044/11/01
(Sama Gagah)
Sek. Men. Keb. Sama Gagah

JUMLAH: / 3,024

044/11/02:
(Permatang Ara)
Sek. Keb. Permatang Pasir

JUMLAH: 370 / 3,657

044/11/03:
(Permatang Pauh)
Sek. Keb. Permatang Pauh

JUMLAH: 213 / 1,827

044/11/04:
(Bukit Indra Muda)
Sek. Keb. Bukit Indra Muda

JUMLAH: 460 / 3,104

044/11/05:
(Kampong Pelet)
Sek. Jenis Keb. (C) Kubang Semang, Jalan Kepala Batas

JUMLAH: 377 / 2,049

044/11/06:
(Kubang Semang)
Sek. Keb. Seri Penanti

JUMLAH: 147 / 1,581

044/11/07:
(Tanah Liat Mukim 8)
Sek. Keb. Seri Penanti

JUMLAH: 303 / 2,498

044/11/08:
(Kampong Cross Street 2)
Sek. Ren. Islam Al Masriyah

JUMLAH: 212 / 2,094

044/11/09:
(Permatang Tengah)
Sek. Jenis Keb. (C) Lay Keow Permatang Pauh

JUMLAH: 401 / 2,976

DUN N.12 PENANTI:

044/12/01:
(Guar Perahu)
Sek. Men. Keb. Guar Perahu

JUMLAH: 220 / 2,334

044/12/02
(Kuala Mengkuang)
Sek. Keb. Guar Perahu

JUMLAH: 470 / 4,039

044/12/03:
(Telok Wang)
Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon, Ara Kuda   

JUMLAH: 97 / 673

044/12/04:
(Sek. Keb. Mengkuang)
Sek. Keb. Mengkuang

JUMLAH: 438 / 2,407

044/12/05:
(Sungai Lembu)
Sek. Jenis Keb. © Perkampungan Sungai Lembu

JUMLAH: 69 / 524

044/12/06:
(Penanti)
Sek. Men. Keb. Mengkuang

JUMLAH: 155 / 1,174

044/12/07
(Kubang Ulu)
Sek. Men. Keb. Penanti

JUMLAH: 200 / 1,620

044/12/08:
(Sungai Semambu)
Sek. Keb. Tanah Liat

JUMLAH: 330 / 2,152

044/12/09:
(Tanah Liat Mukim 9)
Sek. Keb. Tanah Liat

JUMLAH: 325 / 2,302

044/12/10:
(Berapit Road)
Sek. Jenis Keb. © Jit Sin A & B, Jalan Berapit

JUMLAH: 140 / 1,553

Peratus Keluar Undi:

DUN N.10 SEBERANG JAYA
(3,213 / 10.83%)

DUN N.11 PERMATANG PASIR
(2,906 / 12.74%)

DUN N.12 PENANTI
(2,444 / 13.01%)

KESELURUHAN KELUAR UNDI JAM 8.00-9.00 PAGI
(9,112 / 12.67%)

image

image

image

image

Calon BN di Permatang Pasir.

image

Penyokong BN Di Kubang Semang.

image

#PRKpermatangpauh #Kakwan4pp Dah Nampak Jalan Pulang Ke Kajang Makin Besar.@dzaidisaid @najibrazak @Zahid_Hamidi @DrNovandri @AfrizNoor @shaberyc

in Berita Utama by

Hari terakhir kempen..boleh disifatkan kem PKR sejuk tak tentu arah dan ada yang dah siap bungkus balik kawasan masing masing.

Kali ini satu fenomena baru..ya..tsunami abang Mie satu ombak yang cukup kuat.

Pisau lihat kempen pakatan terutamanya PKR serba tak kena.Masaalah terlalu banyak apatah lagi protes senyap datangnya bukan saja dari Pas malah dari ahli dan penyokong PKR sendiri.

Wan Azizah dilihat terkial kial berkempen hingga benda bodoh pun dia sanggup buat..

image

Sentimen dibawah..secara rambang ramai yang beranggapan adalah lebih baik Wan Azizah balik ke Kajang selesaikan masaalah disana.

Keluarga Anwar sudah diberi peluang, penyokong dan pengundi telah memberi harapan yang cukup besar terhadap mereka..malangnya semua di khianati hanya kemaruk politiking murahan.

Muak pengundi Permatang Pauh dengan lebih 7 kali pilihanraya sudah sampai kemuncak..

Pisau yakin… kali ini episod Teluk Intan bakal berulang.Melihat sokongan pengundi dan cara kempen BN kali ini konsisten dan teratur.

Pemimpin besar dan kecil tak putus turun ke bawah.. walau pun kalangan Umno BN sendiri tidak berapa yakin tetapi melihat kepada keadaan semasa adalah tidak mustahil Permatang Pauh bakal mendapat wakil rakyat orang muda.

Sentimen orang Pas  dengan penghinaan terhadap presiden mereka sudah tidak dapat bendung..hudud perjuangan mereka diperlekehkan PKR dan DAP.

Ramalan Guan Eng titik tolak perpecahan pakatan bermula di Permatang Pauh bakal menjadi realiti.

Pisau bertemu lebih 7 orang ketua cawangan Pas dan pelbagai lapisan penyokong mereka.. ternyata kali ini bukan masa untuk memberi muka lagi kepada PKR dan Dap.

Kata mereka wadah perjuangan Islam dan hududnya tak boleh disekat lagi..tahaluf siyasi dianatara Dap dan PKR adalah satu kesilapan besar.Sudah sampai masanya mereka lihat dan beri sokongan kepada pihak yang tidak menolak hukum allah.

Surat dibawah datang dari pencacai PKR..bukti betapa terdesaknya PKR mahukan undi Pas.

image

Pisau kata “kali ini tunjuk wan azizah jalan pulang ke Kajang”

P Ramasamy Dedah Wan Azizah Tak Peduli Undi Kaum india #Kakwan4pp @dzaidisaid @DrNovandri

in Berita Utama by

Kaum India didalam pakatan rakyat seringkali dipergunakan, mereka di eksploitasi demi kepentingan politik murahan hingga nasib mereka tak terbela.

image

Di Permatang Pauh menyaksikan betapa masyarakat India tidak dihargai..

Laporan Minaq Jinggo:

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof Dr P.Ramasamy bersmaa sama beberapa wakil rakyat berkaum India telah awal awal lagi hadir di lokasi majlis sejak jam 5.30 pm. Mereka menanti selama sejam setengah sehinggalah MP Kapar, G.Manimaran tiba untuk mewakili Kak Wan. Ketika itu Ramasamy sedang berucap.

 
Ramasamy tidak dapat menahan marah apabila beliau dengan lantang berkata kepada Manimaran untuk memberitahu Kak Wan supaya serius menjalankan tanggungjawab beliau sekiranya menang nanti. Jangan hanya singgah sekali sekala ibarat ‘touch and go’. “You will see the ugly side of me” tambah Ramasamy.

Menurut Ramasamy ini kali kedua Kak Wan gagal hadir dalam majlis yang melibatkan masyarakat India di P.44. Menurut laporan yang saya terima Kak Wan tidak hadir di majlis kebudayaan kaum India yang diadakan di Seberang Jaya malam semalam seterusnya

#PRKpermatangpauh #Kakwan4pp Respon Pengundi BN Masih Ketinggalan, Kak Wan di suruh Balik Jaga Kajang

in Berita Utama by

Baru keluar dari Seberang Jaya, misi hari ini Pisau dapatkan feedback dari pengundi..

Rata ratanya masih menyebut bekas Adun Seberang Jaya Yb Arif Shah, mereka bandingkan dengan Yb Afif doktor ayam PKR yang tak bersungguh membantu rakyat.

Mengenai kerusi parlimen Pisau dapat rasakan suasana kemungkinan besar akan berubah apabila ramai yang persoal kenapa Wan Azizah jadi calon , , Permatang Pauh bukan hak milik keluarga Anwar.

Malah ada berkata suruh Kak wan balik Kajang tengok tengok sama pengundi disana, biarkan Suhaimi jaga Permatang Pauh.

Orang Pas dilihat berpatah arang, mereka tidak akan bantu PKR.Malah jentera kempen Pas langsung tak turun padang.

Dap pula sudah membayangkan Permatang Pauh bakal mengulangi kekalahan pakatan di Teluk Intan.Lim Guan Eng berkata jika pakatan kalah ini bermakna pakatan rakyat bakal berpecah di Pulau Pinang.

Masih ada 2 hari tu untuk berkempen , masih jauh lagi peratusan undi BN ketinggalan..

Pisau kata “tiada yang mustahil”

Lebih 4 Ribu Hadiri Ceramah Ustaz Kazim #PRKpermatangpauh #Kakwan4pp @dzaidisaid @DrNovandri

in Berita Utama by

Sebentar tadi satu program ceramah agama diadakan di SMK Permatang Pasir oleh Ustaz Kazim anjuran RELA.

image

Ceramah yang santai dan bersahaja mencuit ribuan hadirin.

image

image

Turut hadir pengarah pilihanraya BN Ds Dr Zahid Hamidi, Datuk Zainol Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang, Datuk Zaidi Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh dan calon BN Suhaimi Sabudin.

Kalangan pengunjung memuji program ini dalam masa kehangatan berkempen namun ceramah agama ini tidak menyentuh mengenai isu politik.

Ustaz Kazim menyentuh pelbagai sudut antaranya mengenai keperibadian rasulullah, mengenai konsep bersyukur, hudud,  hubungan suami isteri dan bahaya fitnah .

Tak jauh dari lokasi ceramah Ustaz Kazim, pakatan turut menganjurkan ceramah..

image

image

Pisau kata ” depa dah start kempen ganas”

 Kekalahan Wan Azizah dalam PRK adalah baik bagi PKR dan Pakatan #Kakwan4pp #PRKpermatangpauh @dzaidisaid @DrNovandri

in Berita Utama by

Keputusan PKR mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai calon pada pilihan raya kecil Permatang Pauh menunjukkan bahawa parti itu berada di persimpangan.

Terdapat beberapa persoalan serius yang parti itu dan gabungan Pakatan Rakyat (PR) perlu jawab, untuk meyakinkan penyokong bahawa masa depan mereka terjaga.Wan Azizah pernah berkhidmat di kawasan itu apabila suaminya, Anwar Ibrahim, menjalani hukuman penjara dari tahun 1999 hingga 2008. Dalam tempoh ini, Wan Azizah telah berkhidmat dengan mengagumkan sebagai seorang isteri dan seorang ahli politik yang terpaksa demi membantu menjaga legasi suaminya dan menghidupkan kerjaya politiknya. Pada bulan Julai 2008, beliau mengosongkan kerusi Permatang Pauh dan berundur dari parti itu untuk membenarkan kemunculan semula politik Anwar Ibrahim.

Beliau telah membawa label sebagai seorang ahli politik yang terpaksa dan seorang isteri berdedikasi dengan baik, sehingga perletakan jawatan beliau pada tahun 2008. Ini menjadikan peralihan kembali beliau sebagai seorang ahli politik yang serius dalam pilihan raya kecil akan datang pada 7 Mei, sangat sukar dan tidak meyakinkan.Dia pasti bukannya bak Presiden Corazon Aquino, isteri tokoh politik Senator Benigno Aquino Jr yang merupakan pengkritik terhebat Presiden Ferdinand Marcos. Kedatangan kedua Wan Azizah tidak lagi akan sama seperti penglibatan pertamanya pada tahun 1999.Pemimpin-pemimpin parti beliau telah memusnahkan imej dan kredibilitinya.

Kem-kem bertelagah yang mahu menyelesaikan pertelingkahan dalaman dan pergeseran parti itu telah menggunakan Wan Azizah sebagai buah catur.Penglibatan minit terakhir beliau dalam kontroversi Serampang Kajang Pindah, pilihan raya kecil yang dicetuskan oleh PKR untuk menyingkirkan menteri besar Khalid Ibrahim, telah gagal.

Dia gagal membuat impak terhadap kerajaan Selangor. Langkah itu dibuat bagi membolehkan Anwar memasuki Dewan Undangan Negeri Selangor, tetapi memakan diri apabila risiko pendakwaan beliau menjadi jelas.

Kedatangan kedua Wan Azizah menunjukkan terdapatnya kekurangan kesinambungan kepimpinan selepas Anwar. Ini mungkin boleh membawa kepada perbalahan kepimpinan di antara beberapa pengganti yang mungkin dalam parti itu.Nampaknya PKR pasca-Anwar akan menjadi terpecah dan berkelompok.

Tidak seperti Corazon yang telah memilih untuk melaksanakan reformasi untuk mengehadkan kuasa presiden dan memberi tumpuan kepada kebebasan awam dan hak asasi manusia, kepimpinan Wan Azizah tidak mempunyai visi dan arah yang jelas.

Beliau hanya memanaskan kerusi untuk suaminya.Dengan memanjangkan penggal beliau di bahagian atas hierarki parti, PKR hanya cuba untuk mengekang parti itu dari menghadapi krisis. Wan Azizah telah digambarkan sebagai seorang wakil Anwar Ibrahim, pemimpin de-facto yang masih mengetuai parti itu melalui isterinya.

Jadi adakah Wan Azizah seorang pengganti yang berkesan untuk Anwar, atau hanya boneka semata-mata? Bolehkah beliau boleh menguruskan PKR dengan berkesan, dan menangani perbezaan dalam parti itu?Pencalonan Wan Azizah di Permatang Pauh memberikan risiko kepada kredibiliti parti itu.

Wakil rakyat mesti mewakili dan berkhidmat kepada rakyat. Adalah ganjil bagi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk berjanji akan “membantu berkhidmat bagi kawasan itu” bagi pihak beliau.

Sama juga, katanya, dengan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang sanggup melakukan perkara yang sama bagi Kajang. Ini tidak membawa harapan yang baik bagi calon yang seolah-olah mempunyai masalah dalam berkhidmat kepada kawasan pilihan rayanya itu.

Mengapakah Azizah begitu penting untuk Lim dan Azmin? Mengapakah PKR mencalonkan seorang calon yang mempunyai masalah dalam berkhidmat bagi dua kawasan yang berjarak lebih 400 km? Adalah parti itu menghormati semangat demokrasi pilihan raya? Malangnya, adalah jelas bahawa parti itu hanya berminat terhadap kepentingan politiknya.Risiko ahli-ahli komponen PR memecah belahkan gabungan itu kerana perbezaan ideologi dan hala tuju politik, kini adalah lebih nyata dan serius sejak pembentukannya yang longgar selepas PRU12 pada tahun 2008.Sebelum ini, Anwar dapat menggunakan pengaruhnya dan membantu mengingatkan sekutu-sekutu ini mengenai matlamat mereka yang sama, untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Dia mampu membuatkan mereka mengetepikan kepentingan sendiri dan perbezaan mereka. Ia telah membolehkan perkongsian itu untuk berkembang menjadi sebuah pembangkang yang kukuh dalam PRU13 pada tahun 2013.

Dengan adanya risiko perbezaan ideologi, seperti pertembungan antara cita-cita negara Islam PAS dan sekularisme DAP, bolehkah Wan Azizah memainkan peranan pendamai dengan jayanya?Ia bergantung kepada berapa lama Anwar dapat bertahan sebagai wajah pembangkang. Adakah PAS dan DAP masih yakin bahawa karisma dan pengaruh Anwar, boleh membantu mereka merampas peranan sebagai kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum akan datang?

Wan Azizah hanya boleh menjadi pemimpin yang berkesan bagi gabungan itu jika bintang politik Anwar Ibrahim masih cerah. Pengaruh Anwar juga semakin kelam.Adalah jelas bahawa PKR tidak mempunyai jawapan kepada persoalan di atas. Oleh itu, Wan Azizah telah digunakan untuk menutup kelemahan dan kerapuhan parti itu.Ada tiga sebab untuk menolak Wan Azizah di Permatang Pauh.

Pertama, mana-mana parti politik perlu diajar untuk menghormati kesucian pilihan raya demokratik dan proses pilihan raya. Mana-mana parti yang tidak menghormati kepentingan jawatan awam perlu ditolak di peti undi. Pengundi-pengundi perlu menuntut perkhidmatan yang lebih baik dan gaya perwakilan yang lebih bertanggungjawab.

Wakil mereka bukan adalah Lim Guan Eng atau Azmin Ali.Kedua, penyokong parti itu perlu bersikap kejam demi kebaikan mereka. Sudah tiba masanya untuk memberi tekanan kepada parti itu untuk merancang bagi peralihan kepimpinannya. Tindakan menggunakan Wan Azizah bagi menangguhkan keperluan untuk melantik pemimpin baru parti itu, hanya menangguhkan keperluan untuk parti itu untuk menghadapi masa depan.

PKR perlu membuktikan bahawa parti itu boleh terus kekal relevan dan berkembang selepas Anwar Ibrahim.Ketiga, terdapat persoalan mengenai perkaitan gabungan PR yang mesti dijawab.

Adalah amat mungkin bahawa Wan Azizah akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen jika beliau memenangi pilihan raya kecil itu. Tetapi bolehkah kepimpinan Wan Azizah membantu mengukir satu hala tuju yang jelas untuk gabungan itu, yang boleh diterima bersama oleh kedua-dua PAS dan DAP? Kedudukan beliau sendiri mengenai undang-undang hudud adalah tidak jelas.

Anwar telah diterima oleh kedua-dua PAS dan DAP sebagai pemimpin gabungan PR dan calon PM sekiranya pakatan dapat menjadi kerajaan persekutuan, tetapi Wan Azizah tidak. Selepas Anwar, seorang pemimpin yang lebih berpengaruh diperlukan untuk menyelaraskan semula tumpuan gabungan itu yang telah terganggu oleh persengketaan mereka mengenai keputusan PAS untuk melaksanakan semula undang-undang hudud di Kelantan.

Jika Wan Azizah ditolak di Permatang Pauh, ia akan memaksa kedua-dua PKR dan PR untuk menilai semula kedudukan mereka. Adalah lebih baik untuk kalah dalam pertempuran sekarang, daripada tumpas dalam peperangan di kemudian hari.Bagi mereka yang mahukan sistem dua parti yang serius untuk berkembang maju, tiada gabungan yang harus dibiarkan rasa puas hati.

Oleh Khoo Kay Peng adalah seorang politik penganalisis dan perunding pengurusan.- TheaantDaily

#PRKpermatangpauh Hadi Pulau Kempen Wan Azizah #KakWan4PP

in Berita Nasional by

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membayangkan beliau tidak akan berkempen untuk Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Ketika ditanya sebab beliau tidak turun berkempen di Permatang Pauh, Hadi berkata beliau sibuk dengan program parti yang diatur lebih awal selain terpaksa berulang ke hospital untuk menerima rawatan.

Hadi berada di ibu negeri Sabah untuk merasmikan konvensyen PAS negeri.

Beliau agak aktif berkempen untuk calon partinya di pilihan raya kecil parlimen Rompin Selasa ini, namun belum muncul di Permatang Pauh walaupun tempoh kempen hanya tinggal empat hari.

Ketiadaan Hadi di Permatang Pauh di lihat sebagai “membalas” ketiadaan pemimpin-pemimpin utama PKR dan DAP membantu jentera PAS di Rompin.

Ia juga memperlihatkan hubungan semakin rapuh di antara Hadi dan pimpinan PKR serta DAP, sekali gus menguatkan spekulasi Pakatan Rakyat akan berpecah secara rasmi tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Hadi berkata beliau tidak mengetahui secara pasti golongan mana yang dikatakan membantah pencalonan Wan Azizah untuk mempertahankan kerusi Permatang Pauh.

Beliau enggan menyalahkan anggota PAS, sebaliknya berkata mungkin golongan itu adalah daripada pihak yang cuba membuat provokasi sebelum ini.

PAS Permatang Pauh dan Pemuda PAS negeri sebelum ini bercadang memulau Wan Azizah dan hanya akur untuk menggerakan jentera kempennya selepas di arah oleh PAS Pusat.

Mengenai pendirian PAS Pusat berhubung ahli Pakatan Rakyat (PR) Sabah khususnya DAP yang menolak pembabitan PAS dalam PR Sabah, Hadi berkata terpulanglah kepada PR negeri masing-masing untuk membuat keputusan namun PAS masih anggota PR Pusat.

Dalam perkembangan lain, beliau menegaskan PAS tetap dengan pendiriannya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Beliu juga menegaskan PAS berpegang kepada persetujuan dicapai di kalangan pemimpin-pemimpin PR sebelum ini yang memulangkan kepada parti masing-masing dalam soal pendirian parti yang berbeza

#PRKpermatangpauh Nurul Izzah Gempur Kuil Demi Undi Untuk Mama #Kakwan4pp @dzaidisaid @DrNovandri @AfrizNoor

in Berita Utama by

Anak puaka Anwar memerangkap janda meletup hari ini menyertai upacara keagamaan di kuil di Prai.

Sumber Pisau yang berugama hindu yang menyertai upacara sembahyang sebentar tadi terkejut melihat Nurul Izzah bersama YB RSN Rayer .

Rayer yang terkenal dengan kalimat mencelakakan melayu sebelum ini ,barangkali tak mustahil mencelakakan melayu di dalam kuil dengan bahasa tamil yang Nur Izzah sendiri tak faham..

image

image

Beginilah keadaan apabila terdesak mahukan undi untuk ibunya..

Pisau kata “dia peduli apa..”

image

image

#PRKpermatangpauh Anwar Akui GST Efisien.

in Berita Utama by

image

Kempen PKR di Permatang Pauh  sana sini penuh dengan poster anti GST.

Kononnya mereka membantah pelaksanaan GST, rakyat pula dimomokkan dasar GST adalah zalim kepada rakyat.

Tapi kenapa Anwar akui GST efesien malah jika mereka menjadi kerajaan pusat sekali pun GST tetap dilaksanakan.

Ini bukti betapa munafiknya kalangan haprak PKR.

Pisau kata “pas ni betui ka tak sokong wan Azizah..kot wayang saja lebih”

Demo bantah GST ,Beruk dan Kera Pakatan Bergaduh Sesama Sendiri.

in Berita Utama by


Himpunan bantah GST menyaksikan pertembungan diantara beruk dan kera.

Bagai berebut kawasan beruk dan kera ini bergaduh sesama sendiri.
Melihat gelagat mereka terbukti puak ini memang tak bertamadun meletakkan undang undang dibawah tapak kaki mereka.

Pihak polis juga telah menangkap lebih 32 orang

Termasuk tiga orang  pemimpin pembangkang terdiri daripada ANTHONY LOKE – AP SEREMBAN, Datuk AMBIGA SREENEVASAN – mantan Pengerusi BERSIH  dan S.ARUTCHELVAN – Setiausaha Agung PSM.

image

ANTHONY LOKE  dan  S.ARUTCHELVAN  ditahan di lokap Jinjang manakala Datuk AMBIGA SREENEVASAN  di IPD Dang Wangi.

image

Mereka bertiga akan direman pada pagi 2 MEI 2015.

Manakala 29 orang remaja dipercayai kumpulan anarki ditahan.

Hot! Apabila Dr Ayam PKR Rasa Dia Berjaya Tutup Cawangan Umno Akhirnya Hanya Dedahkan Kebodohan Sendiri..

in Berita Utama by

Usaha PKR untuk menutup satu cawangan Umno berjaya..boleh dikatakan seluruh Permatang Pauh bergegar dengan sidang media siang tadi.

image

Budak PKR si Afif ni pukul canang dia berjaya tarik ahli Umno hingga cawangannya ditutup..

Jom tengok surat dari Umno Bahagian Permatang Pauh.

image

image

image

Budak Afif ni memang buat kerja bohong tapi tak menjadi..nampak bodoh lagi ada la..

Haih..kesian la…

Pisau kata ” ni dr ayam..”

#PRKpermatangpauh Demo Pas Bantah Hadi Di Hina @dzaidisaid @Zahid_Hamidi @DrNovandri @AfrizNoor

in Berita Utama by

Hari ini di Masjid Batu Kg Pertama,Permatang Pauh satu demo menyokong kepimpinan ulama didalam Pas.

Lebih kurang 50 yang diketuai oleh Azmi Jaafar Ketua DPP Pas Bagan bersama penyokong Pas yg berkumpul di luar Masjid Batu selesai solat jumaat. Mereka berhimpun menuntut kepimpinan DAP & PKR memohon maaf kepada Presiden Pas dan meminta Dap & Pkr tak mencampuri urusan Pas.

Mendesak pelaksanaan Hudud diteruskan menyeru penyokong Pas membantu Pas di Rompin

Apa menarik mereka juga apabila mengugut  akan merosakkan undi dan akan membuat undi protes.

Menyatakan walaupun mimbar menyeru supaya memberi undi kepada calon PR, tetapi Dewan Pemuda Pas tidak akan membantu & memberi undi kepada calon PR.

image

image

image

Pisau kata ” takat demo buat apa.. alang alang nak lawan biar bagi calon BN menang”

#PRKpermatangpauh Demo Pas Bantah Hadi Di Hina @dzaidisaid @Zahid_Hamidi @DrNovandri @AfrizNoor

in Berita Utama by

Hari ini di Masjid Batu Kg Pertama,Permatang Pauh satu demo menyokong kepimpinan ulama didalam Pas.

Lebih kurang 50 yang diketuai oleh Azmi Jaafar Ketua DPP Pas Bagan bersama penyokong Pas yg berkumpul di luar Masjid Batu selesai solat jumaat. Mereka berhimpun menuntut kepimpinan DAP & PKR memohon maaf kepada Presiden Pas dan meminta Dap & Pkr tak mencampuri urusan Pas.

Mendesak pelaksanaan Hudud diteruskan menyeru penyokong Pas membantu Pas di Rompin

Apa menarik mereka juga apabila mengugut  akan merosakkan undi dan akan membuat undi protes.

Menyatakan walaupun mimbar menyeru supaya memberi undi kepada calon PR, tetapi Dewan Pemuda Pas tidak akan membantu & memberi undi kepada calon PR.

image

image

image

Pisau kata ” takat demo buat apa.. alang alang nak lawan biar bagi calon BN menang”


Hit Counter provided by Curio cabinets
Pergi ke Atas