Berita telus dan seimbang..

Monthly archive

August 2014

Hot! Penubuhan PPS Secara Haram di Pulau Pinang, Rejim DAP Bolehlah Dianggap Sebagai Pemberontak Kerana Telah Merampas Kuasa PDRM ! Ramai Lagi Bakal Di Tangkap. @KBAB51 @Zahid_Hamidi

in Berita Nasional by

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini telah bertindak dengan tegas apabila PDRM menangkap anggota PPS yang masih berdegil.Beliau juga mengarahkan agar mereka yang terlibat dengan PPS agar menyerah diri atau bakal ditangkap.

 

Screen Shot 2014-08-31 at 2.26.46 PM

Petikan dari komen nusantara di  blog Pisau

1Tindakan menubuh PPS oleh Rejim DAP di Pulau Pinang adalah suatu perbuatan ultra vires (di luar bidangkuasa) pentadbiran Negeri Pulau Pinang.

2.Penubuhan sesuatu Pertubuhan atau Pasukan Keselamatan perlulah berasaskan Undang-Undang yang termaktub dalam Perlembagaan atau sesuatu Akta yang telah diluluskan oleh Perlimen Malaysia.

3.Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang tidak ada kuasa mutlak dan tidak ada kuasa menggubal dan meluluskan sebarang Enakmen negeri bagi menghalalkan pertubuhan haram PPS yang telah ditubuhkan oleh Rejim DAP di Pulau Pinang.

4.Kuasa perundangan DUN Pulau Pinang dalam hal ini tidak tersenarai dalam Jadual ke Sembilan (Senarai Negeri/Senarai bersama) yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia.
Mengikut konsep Ketertinggian Perlembagaan Malaysia yang keramat ini (The Constitution of Malaysia is supreme), mana-mana undang-undang Negeri yang digubal oleh DUN yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia akan terbatal.
5.Dalam hal ini, penubuhan PPS secara haram di Pulau Pinang, Rejim DAP bolehlah dianggap sebagai pemberontak kerana telah merampas kuasa PDRM.
6.Pihak PDRM hendaklah mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang telah pun mengaku bertanggung jawab atas Pertubuhan haram PPS ini dan bawa mereka ini ke muka pengadilan, dan janganlah biar mereka terus beroperasi dan mengganas terhadap orang awam

 

 

Ramai diluar sana terutamanya para penyokong pakatan pertikai kenapa PPS diharamkan. Ramai yang termakan dengan dakwaan Guan Eng kononnya kerajaan negeri berhak menubuhkan PPS.

1.Harus diingat PPS hanya diluluskan di Mesyuarat Exco tetapi tidak dibentangkan di dalam sidang DUN. Perlu sedia maklum bahawa kelulusan Exco hanya terpakai apabila diluluskan didalam DUN selaku badan pengubal Undang Undang di Peringkat Negeri.Namun apabila sesuatu undang undang baru yang bercanggah dengan perlembagaan secara otomatik terbatal.

2. Akta apakah yang diguna pakai oleh PPS bergerak dan bertindak. Tidak seperti RELA dan SRS yang mempunyai akta sendiri.

 

3. PPS berbeza dengan JKKK, badan politik yang tidak menjalankan tugas penguatkuasaan.Tetapi hanya menjadi mata dan telinga kerajaan yang membuat laporan kepada pihak berkuasa.

4. Mereka yang menyertai PPS,latar belakang mereka tidak melalui tapisan halus dan kasar oleh PDRM

5. Anggota PPS juga tidak mempunyai latihan dan juga ilmu penguatkuasaan serta undang undang.

6. Uniform PPS juga  tidak diwarta serta mengelirukan orang awam.

Lim Guan Eng dan regim DAP sekali lagi mencabar IGP dan PDRM..

Khalid tidak perlu serbu rumah, cari Exco-exco kerajaan negeri – Guan Eng

Ketua Menteri, Lim Guan Eng menegaskan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak perlu menyerbu kediaman pihak bertanggungjawab di sebalik penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) sebaliknya `mencari’ Exco-exco kerajaan negeri termasuk beliau sendiri sebagai Ketua Menteri.Menurut beliau, perkara itu memandangkan penubuhan PPS adalah di bawah kuasa kerajaan negeri serta mendapat kelulusan kesemua Exco kerajaan negeri.

“Saya rasa ancaman dan ugutan sedemikian tidak seharusnya datang daripada mulut KPN.

“Kalau mahu mencari siapa yang bertanggungjawab di sebalik penubuhan PPS, kamilah iaitu Exco-exco kerana PPS ditubuhkan melalui majlis mesyuarat kerajaan negeri,” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika hadir memberi sokongan kepada seramai 154 anggota PPS yang ditahan termasuk tujuh wanita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Pisau kata “PDRM harus bertindak segera”

Nasihat @Zahid_Hamidi Dan IGP @KBAB51 Tidak DiEndahkan.DAP Angkuh Tetap Cabar,Tangkapan Di Buat.

in Berita Nasional by

wpid-img_20140829_231529_1883950283.jpg

Hasutan dan cabaran Lim Guan Eng terhadap IGP dan PDRM bukan dibuat main main.Keangkuhan dan juga kebiadapan yang ditunjukkan oleh regim DAP Pulau Pinang sengaja untuk menunjukan mereka paling berkuasa di Pulau Pinang.

DAP adik kepada PAP memang sejak dari dulu lagi merancang Pulau Pinang sebagai satu autonomi. Pisau pernah mendedahkan beberapa kali perancangan yang dibuat oleh DAP : KLIK SINI

 

Menteri Dalam Negeri dalam ketegasan menasihatkan agar Lim Guan Eng berunding dengan pihak IGP dan Polis bukannya mencabar.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sepatutnya berbincang dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di negeri itu, dan bukannya mencabar Khalid, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Tidak perlu mencabar (Ketua Polis Negara), sepatutnya beliau (Guan Eng) harus menemui Ketua Polis Negara untuk adakan perbincangan. Kita alukan jika ada inisiatif yang mahu jaga keselamatan komuniti tetapi bukan dengan cara mencabar.

“Jika ada pihak yang mahu membantu polis dan bekerjasama, nyatakan dengan perkataan yang baik bukan dengan cara seolah-olah mencabar kewibawaan pihak yang bertanggungjawab menjaga keselamatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kluang di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata Pendaftar Pertubuhan dan Ketua Polis Negara menyatakan bahawa  PPS bukan pertubuhan yang sah kerana ia tidak pernah didaftarkan.

Ahmad Zahid yang juga merupakan Naib Presiden Umno berkata soal keselamatan negara terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri tidak mempunyai hak untuk menubuhkan agensi menjaga keselamatan.

“Soal keselamatan termaktub dalam undang-undang Persekutuan, tiada undang-undang atau enakmen negeri yang izinkan mana-mana pertubuhan untuk menjaga keselamatan. Oleh yang demikian, soal keselamatan adalah soal Persekutuan atau kerajaan Pusat, bukan hak negeri,” kata beliau.

Menurutnya PPS tidak boleh disamakan dengan Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKK) yang penubuhannya dilaksanakan menerusi penggubalan undang-undang Persekutuan.

Ditanya sama ada anggota PPS yang terus berdegil untuk menjalankan tugas bakal berhadapan dengan tindakan ditangkap oleh Polis,  beliau berkata itu boleh dilakukan mengikut undang-undang.

Menurutnya tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil alih tugas polis adalah jelas mengikut undang-undang.

Sementara itu di GEORGETOWN, Lim berkata kerajaan negeri Pulau Pinang akan menyediakan peguam dan pembiayaan perundangan kepada anggota PPS sekiranya mereka diheret ke mahkamah dalam menjalankan tugas.

Beliau berkata ini berikutan kenyataan Khalid bahawa pihak polis akan menahan mereka sekiranya meneruskan aktiviti mereka. – Bernama

 

Keangkuhan Lim Guan Eng dan DAP memang tidak boleh diberi muka nasihat oleh Menteri KDN Zahid Hamidi dijawab dengan cabaran apabila satu rancangan jahat dilakukan oleh DAP.

Semalam rumah kediaman Lim Guan Eng dibaling molotov cocktail.Pisau syak ini semua kerja PPS yang dirancang untuk meraih simpati.Adalah tidak logik sekiranya pihak yang anti DAP dan menentang PPS membuat provokasi serupa ini. Kita masih ingat bagaimana kepala lembu dibuang dihadapan rumah Rayer . Kita juga tidak lupa apabila seorang lelaki cina yang membakar Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang tidak lama dulu yang sebelum itu Lim Guan Eng menuduh Umno yang menyerang DAP.

Semua skrip DAP mudah dibaca.Kejadian melontar molotov cocktail yang dilakukan oleh orang yang disyaki anggota PPS hanya untuk menyalahkan Pihak Polis kononnya tidak buat kerja dan untuk menjustifikasikan kewujudan PPS sebagai penganti kepada kewujudan PDRM.

wpid-wei+aik.jpg.jpeg

PENANG_CM_MOLOTOV_COCKTAIL_310814_TMIHASNOOR_05

GEORGE TOWN: Kediaman Ketua Menteri Lim Guan Eng dibaling bom botol ‘molotov cocktail’ di Jalan Pinhorn di sini pada kejadian kira-kira pukul 11.48 malam Sabtu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kejadian membaling ‘molotov cocktail’ ke kawasan parkir rumah Ketua Menteri itu dipercayai dilakukan oleh penunggang motosikal.

Beliau berkata pemeriksaan forensik mendapati botol itu mengandungi minyak tanah dan ia telah meletup dan terbakar selepas dibaling tetapi tiada kecederaan dan kemusnahan dilaporkan.

“Kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan rumah Ketua Menteri akan dikaji untuk mengenal pasti suspek dan orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menyalurkan maklumat kepada polis,” katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

 

Walaupun sudah diberi amaran oleh IGP,DAP tetap berdegil dan mencabar pihak PDRM apabila hari ini ketika sambutan hari kemerdekaan mereka menyertai perarakan di hadapa DUN Pulau Pinang.Tindakan mereka mencabar pihak polis diterjamahkan kepada tangkapan  ke atas 154 orang ahli PPS
Tangkapan berkenaan merangkumi seramai 131 lelaki Cina, 7 perempuan Cina, 10 lelaki Melayu (ada juga yang menjadi barua DAP) dan 6 lelaki India.
Kesemua mereka yang ditangkap telah dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai. Semua tangkapan dibuat mengikut lunas undang-undang. Beberapa ahli-ahli politik DAP dan PKR yang hadir  ke balai polis. Mereka adalah Phee Boon Poh, RSN Rayer, Wong Hon Wai, Sim Tze Tzi, Cheah Kah Peng dan Lee Khai Loon

IMG_142400630891583 10653922_747565758624521_1511398395_n 10660754_747565635291200_1147998760_n IMG-20140831-WA0034 IMG-20140831-WA0055 IMG-20140831-WA0058 IMG-20140831-WA0062 IMG_142392146441714

 

Pisau kata ” Dah nasihat dan amaran.. tapi tak dengar.. so tangkap dan dan dakwa sajalah..sumbat dalam jail”

Gengster PPS: Lepas Guan Eng Hasut Lawan PDRM KDN,Gengster Tong Gas Pula Serang Polis.

in Berita Utama by

IGP sudah mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan jika PPS berdegil untuk terus beroperasi.

image

Sebelum ini Lim Guan Eng secara terbuka mencabar pihak Polis malah menuduh KPN Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai tidak waras.

Keangkuhan dan hasutan Lim Guan Eng bakal memakan dirinya.Perlu diingatkan video yang disiarkan sebelum ini mendedahkan Guan Eng menghasut para anggota PPS agar terus beroperasi walaupun disahkan sebagai haram.

PPS  aktivitinya tak lebih kepada sebagai jentera Dap.Semua orang tahu kalangan mereka juga terdiri daripada kaki pukul apabila ramai yang menjadi mangsa. Ini semua Dipertahankan oleh regim Dap Negeri Pulau Pinang.

image

Terkini Ahli Parlimen gengster tong gas ultrakiasu chauvanis rasis Ng Wei Aik menuduh pihak polis tidak menjalankan tugas menjadi punca PPS ditubuhkan.

image

Polis Pulau Pinang tak efektif? Alo kawan Ops Cantas lu sudah lupa ka?Berapa banyak kilang dadah di Penang sudah kena tutup?Berapa ramai lu punya Gengster Kongsi sudah lari dan kena tangkap?
image

Pisau kata “Harap PDRM siasat Ng Wei Aik,kelab malam di Berjaya selalu tutup lebih jam 3 pagi…”

Luahan Sultan Selangor Yang Begitu Kecewa Dan Tidak Mahu Bakal MB Jadi Boneka.

in Berita Utama by

image

Menteri Besar Selangor perlu berjiwa rakyat dan boleh berkhidmat kepada rakyat, tetapi bukan seorang yang dikawal oleh orang lain.

Sultan Selangor tidak mahu adanya menteri besar umpama boneka yang dikawal, kata satu sumber yang rapat dengan istana dan maklum sentimen baginda.

“Menteri besar bukan hanya dipilih oleh majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi perlu meletakkan rakyat sebagai kepentingan dan boleh menerajui negeri.

“Sultan Selangor mahu seseorang yang prihatin terhadap keperluan rakyat dan membangunkan negeri di peringkat tertinggi,” kata sumber itu.

Beliau menegaskan seperti yang termaktub di bawah Artikel LI (1), LII (2)(a), (4) dan LV (2)(a) dalam Perlembagaan Negeri Selangor 1959, Sultan Selangor diberi kuasa budi bicara mutlak untuk melantik seorang menteri besar bagi kerajaan negeri Selangor di mana bagi pendapat pemerintah, ia mempunyai sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri.

“Seseorang itu perlu berupaya bekerja dengan semua parti termasuk barisan exconya sendiri serta mempunyai hubungan baik dengan istana,” katanya.

Beliau turut menasihatkan Pakatan Rakyat untuk tidak memanjangkan masalah dalaman parti ke dalam pentadbiran negeri dan menganggu pemerintahan negeri.

“Ini merupakan masalah dalaman parti,” katanya.

Ditanya sekiranya perlu seorang menteri besar itu adalah anak kelahiran Selangor, beliau berkata, Perlembagaan negeri tidak menetapkan perkara tersebut.

“Sebagai contoh, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Jamil Rais dilahirkan di Perak tetapi sebahagian besar hidupnya menetap di Selangor,” katanya.
Sumber itu berkata, Sultan Selangor turut menyuarakan perasaannya mengenai kenyataan anti-Istana yang dibuat oleh ahli-ahli politik tertentu yang telah merosakkan dan menyakitkan hati dan membatasi dengan hasutan.

Beliau berkata, istana berkecil hati dan tersinggung dengan serangan berterusan daripada pihak tertentu.

“Istana berdiam diri tetapi segelintir pihak membuat kenyataan anti-Istana.

“Kenyataan tersebut menyinggung perasaan. Mereka ini perlu membaca Perlembagaan negeri dan memahami konvensyen Istana, protokol dan tradisi sebelum membuat sebarang komen berhubung situasi itu.

“Peguam tertentu dari parti-parti politik diupah untuk mentafsir perkara menurut apa yang pelanggan mahu,” katanya.

Sumber itu berkata, bagaimanapun, Sultan Selangor tidak bimbang kerana krisis tercetus oleh parti menteri besar ketika ini sebelum beliau dipecat.

Kerajaan negeri masih berfungsi sepenuhnya.

“Tan Sri Khalid Ibrahim masih lagi menjadi menteri besar, manakala baginda sultan akan mengambil masa untuk membuat keputusan terbaik buat rakyat.

“Tidak perlu panik kerana kerajaan sekarang bukan hanya kerajaan sementara semata-mata, ia adalah kerajaan penuh. Perkara yang berlaku adalah melibatkan pertukaran menteri besar dari Pakatan Rakyat.

Pada Julai lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kerana mempersoalkan kuasa Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Melabelkan Khalid sebagai “jahil dalam undang-undang Islam dan peranan Mais”, baginda menitahkan supaya ahli jawatankuasa Pas pusat itu mengkaji sejarah dan undang-undang negara sebelum membuat sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kekecohan di kalangan umat Islam – mSTAR

Pisau kata “bolehkah puak pakatan patuh kepada tuanku Sultan”

NAJIB Hukum 6 Peserta Bogel dan Denda 5 Ribu.

in Berita Utama by

image

6 peserta pesta Bogel yang diadakan di Teluk Kampi, P.Pinang kini berhadapan dengan hukuman penjara sebulan serta denda RM 5’000 selepas Mahkamah Majistret Balik Pulau menjatuhkan hukuman berkenaan. Majistret Muhammad Najib Ismail menetapkan hukuman itu selepas enam daripada sepuluh individu mengaku bersalah dalam sesi pendakwaan semalam. Sebelum ini Pesta Bogel berkenaan mendapat kecaman pelbagai pihak seluruh negara. Malangnya Ketua Menteri DAP P.Pinang Lim Guan Eng bersikap lepas tangan dengan memberi alasan tidak tahu menahu tentang pesta tersebut.

Video Panas! LGE Cabar IGP @KBAB51 Dan @PDRMsia,Samseng PPS Di Pertahankan Demi Kepentingan DAP.

in Berita Nasional by

Lim Guan Eng dan regim DAP Pulau Pinang hari ini dengan angkuh mencabar Ketua Polis Negara yang dilantik oleh DYMYDP Agong bahawa pertubuhan haram PPS adalah sah.

Pihak KDN telah membuat kenyataan bahawa mana mana kerajaan negeri tidak boleh menubuhkan pasukan keselamatan kerana ia dibawah kerajaan persekutuan.

GEORGE TOWN, 28 Ogos: Kerajaan tidak membenarkan mana-mana negeri menubuhkan pasukan keselamatan mereka sendiri kerana soal keselamatan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata pasukan keselamatan seperti polis dan tentera yang ada di negara ini adalah mencukupi untuk menjalankan penguatkuasaan dan menjaga keselamatan semua negeri.

“Bayangkan jika kita benarkan Pulau Pinang buat (pasukan keselamatan) sendiri, semua negeri juga nak tubuhkan siap dengan pemakaian pangkat dan sebagainya, negara akan penuh dengan pasukan keselamatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – Bernama

 

Lim Guan Eng bukan saja mencabar pihak kerajaan persekutuan malah mempertahankan pertubuhan haram yang terbukti berkelakuan ganas memukul orang awam dan juga wartawan.

Ketua Menteri Paling Celaka dalam sejarah regim DAP Pulau Pinang ini juga berkata Ketua Polis Negara tidak waras dan bertindak sewenang wenang.Apabila beliau mencabar Ketua Polis bermakna beliau juga mencabar YDP Agong kerana Agong lah yang melantik KPN.
Pertahan pertubuhan haram,LGE Istihar Perang !

PPS Pertubuhan Haram Dap Pukul Orang Awam,Wartawan

Pisau kata ” alang alang nak mencabar..lebih baik Lim Guan Eng beri senjata api kepada PPS,mudah sikit nak tembak orang berbanding pukul orang ramai dengan cota dan rotan..Itu pun kalau dia berani lah!”

KDN Sanggah Apabila Guan Eng Pertahankan Gengster PPS Tuduh IGP @KBAB51 Tak Waras, Ultrakiasu Lawan Kuasa PDRM, @Huan2U @Zahid_Hamidi

in Berita Utama by

Kelmarin ketua menteri ultrakiasu chauvanis regim Dap  mendakwa IGP tidak menggunakan akal yang waras apabila beliau akan menyiasat PPS .

Guan Eng dakwa atas kuasa regim Dap Pulau Pinang mereka bebas menubuhkan apa apa pertubuhan dan turut menyamakan pertubuhan seperti JKKK.

Perlu diingatkan ..JKKK mereka tidak pukul orang awam dan wartawan.JKKK juga tak bawa senjata rotan dan cota.JKKK juga tidak gantung bendera,tutup jalan halang lalu lintas.

JKKK juga tidak berkempen sehingga kedalam pusat membuang undi.

Lim Guan Eng terbukti mempertahankan sebuah pertubuhan haram yang berlagak seperti  Polis.Malah regim Dap terbukti menyalurkan wang berjuta juta ringgit wang rakyat kepada kumpulan gengster ini.

Video dibawah menjadi bukti..bukan sekali tetapi berkali kali PPS mencederakan orang ramai termasuk wartawan.

GEORGE TOWN, 28 Ogos: Kerajaan tidak membenarkan mana-mana negeri menubuhkan pasukan keselamatan mereka sendiri kerana soal keselamatan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata pasukan keselamatan seperti polis dan tentera yang ada di negara ini adalah mencukupi untuk menjalankan penguatkuasaan dan menjaga keselamatan semua negeri.

“Bayangkan jika kita benarkan Pulau Pinang buat (pasukan keselamatan) sendiri, semua negeri juga nak tubuhkan siap dengan pemakaian pangkat dan sebagainya, negara akan penuh dengan pasukan keselamatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu Wan Junaidi merasmikan Seminar Gejala dan Bahaya Penggunaan Daun Ketum Peringkat Zon Utara Agensi Anti Dadah Kebangsaan di Universiti Sains Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang yang dikatakan sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Wan Junaidi berkata setiap pasukan untuk menjaga keselamatan yang ingin ditubuhkan mesti mendapat pengiktirafan kerajaan persekutuan dan setiap persatuan mesti berdaftar sebelum bergerak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh pula  meminta semua pihak bersabar dan menyerahkan kepada polis untuk melengkapkan siasatan berhubung PPS Pulau Pinang itu.

   “PPS sebuah pertubuhan yang haram dan kami sedang siasat mengikut Seksyen

41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan ROS. Kalau ada kesalahan polis

akan buka kertas siasatan dan bincang dengan Peguam Negara untuk tindakan

“Biar polis jalankan kerja kami dulu iaitu buat siasatan dahulu, pihak lain bertenang dan tunggu laporan siasatan polis,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa Penguatkuasa Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2014, di sini hari ini.

Selasa lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan kenyataan bahawa PPS dianggap sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta  Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan ROS.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Air Itam Wong Hon Wai pada sidang akhbar di sini, berkata PPS di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Itam akan bertugas seperti biasa.

Beliau berkata seramai 100 anggota PPS melibatkan kawasan DUN itu iaitu di Desa Mawar, Kek Lok Si, Jalan Thean Teik dan Kampung Melayu komited meneruskan rutin harian mereka bagi membantu pihak berkuasa menjaga kebajikan komuniti setempat.

“PPS memainkan peranan penting di sini. Lagipun trafik kawasan Air Itam agak sesak dan mereka banyak membantu mengawal keadaan,” katanya.

Beliau berkata tugas rondaan trafik PPS di kawasan berkenaan mempunyai koordinasi dengan polis di Balai Air Itam dan buku log bertugas mereka dicop dan ditandatangani oleh Ketua Balai Polis Air Itam sendiri.

“Mereka hanya penduduk setempat yang hanya mahu berbakti. Apa-apa kejadian seperti kebakaran, kenderaan hilang, orang kemalangan mereka lebih cepat sampai bagi bantuan kerana mereka lebih dekat,” katanya. – BERNAMA

Pisau kata ” tengok video tu.. jaga keselamatan atau jaga Dap”

Tak Walaq Pada Anwar dan Dap Sila Keluar Dari Pas – Khalid

in Berita Utama by

Dari Presiden,Tok Guru,majlis syura dan pemimpin bawahan sekarang ini sudah menjadi kepanasan.

Macai Anwar didalam Pas sudah buka mulut,jika tidam boleh walaq kepada Anwar dipersilakan keluar dari Pas.

Saya gesa mereka baik di kalangan pemimpin atau ahli PAS yang tidak mahu melaksanakannya (menyokong Jijah Kipas menjadi MB Selangor) agar masuk Umno atau BN atau bergerak sendiri. Tinggalkan PAS dan buatlah apa yang anda mahu,” kata Khalid.

image

Pimpinan Pas ternyata telah melakukan kesilapan besar apabila tidak taat kepada Anwar malah sekarang ini berani pula lawan Dap. Kemana perginya konsep kaldai dan tunggangan yang dipraktikan selama ini?

Pisau kata ” yang patut keluar masuk PKR Khalid Samad..”

Pas Berhasrat Letak Calon Di Pengkalan Kubor,Hak PKR Di Nafikan?

in Berita Utama by

GUA MUSANG: PAS berhasrat meletakkan calon mereka untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, walaupun secara dasarnya kerusi itu milik Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, hasrat tersebut dinyatakan berdasarkan kemahuan akar umbi dan bukannya bermakna mereka mahu merampas kerusi itu daripada PKR.

Mohd. Amar berkata, kerusi tersebut asalnya adalah milik PAS yang diberi pinjam kepada PKR untuk dua pilihanraya yang lepas.

“Jadi perkembangan sekarang ini kita nampak hasrat peringkat akar umbi untuk PAS bertanding pada PRK kali ini.

“Tetapi ini hasrat daripada bawah. Parti sendiri belum ada keputusan rasmi lagi. Kita akan dapatkan maklum balas balik kerana perubahan mesti diselesaikan secara perundinganlah antara PAS dan PKR,” katanya

Mohd. Amar ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Hak Milik Tanah, Bantuan Kemiskinan dan pelancaran Pembangunan Kota Sejahtera di Chiku 3, Gua Musang.

Mengulas mengenai pendirian PKR yang mahu mengekalkan kerusi tradisi itu, Mohd. Amar berkata pihaknya akan membuat maklum balas dan perbincangan lebih lanjut berkenaan isu tersebut.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, akibat kanser hati pada 20 Ogos lalu.

Mohd. Amar berkata, jentera pilihan rayanya juga sentiasa bersedia dan menyifatkannya adalah yang terbaik serta berpeluang untuk merampas kembali kerusi berkenaan daripada Barisan Nasional (BN).

Katanya, peluang untuk menang adalah besar tetapi semuanya bergantung kepada pemilihan calon yang sesuai.

“Setakat ini kita tidak lagi berbincang mengenai soal calon,” ujarnya

Kerusi DUN Pengkalan Kubor adalah antara kerusi yang diperuntukkan kepada PKR Kelantan namun pada dua Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas, kerusi itu dimenangi BN.-sumber

Pasangan Separuh Bogel Di Ipoh Di Hukum.

in Berita Nasional by

Dua orang model mengaku salah atas tuduhan “menimbulkan kegusaran awam” melalui tindakan mereka berpakaian separuh bogel ketika satu sesi fotografi di Ipoh.

Tuduhan dijalankan ke atas model lelaki, Low Kah Wai, 27 dan seorang lagi model wanita gandingannya, How Jo Yee, 21.

Kedua-dua tertuduh mengaku salah apabila pertuduhan dibacakan ke atas mereka di Mahkamah Majistret Ipoh, lapor akhbar tersebut.
wpid-img-20140825-wa0000.jpg
Majistret Haslinda A Raof seterusnya menjatuhkan hukuman denda RM400 setiap seorang. Kedua-dua tertuduh berdepan hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Sementara itu, laporan Sinar Harian pula menyebut pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengganggu kententeraman awam dan boleh dihukum mengikut Seksyen 290 undang-undang sama.

 

Pisau kata ” sungguh tak adil, yang main dalam video yang disahkan tulen tak kena pun..”

Dap ultrakiasu Rayer Akhirnya Di Dakwa !

in Berita Utama by

GEORGE TOWN 27 Ogos – ADUN Seri Delima RSN Rayer hari ini didakwa dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan selepas mengeluarkan kenyataan ‘celaka celaka UMNO’ pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini.

Bagi pertuduhan pertama, Rayer mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Zulhazmi Abdullah dan dibenarkan diikat jamin RM13,000.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 17 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes.

image

Beliau kemudiannya dibawa ke Mahkamah Sesyen lain dan didakwa diatas pertuduhan lain dibawah akta sama ekoran mengulangi kenyataan ‘celaka UMNO’ ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, 22 Mei lepas.

Rayer sekali lagi mengaku tidak bersalah diatas pertuduhan tersebut dan diminta untuk dibicarakan.

Pengakuan kedua itu direkodkan dihadapan Hakim Zanariah Hussain.

Beliau juga berdepan dengan dakwaan alternatif di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas kesalahan membuat ucapan yang mengganggu ketenteraman awam.

Rayer turut minta dibicarakan untuk dakwaan alternatif itu.

Pisau kata ‘mau sumbat dalam jail”

Sumber Dedah Khidmat PPS Regim Dap Pukul Orang Awam Adalah Percuma Dan Tidak Menggunakan Wang Rakyat.

in Berita Utama by

Georgetown:Pulau Pinang dikejutkan dengan kerajaan negeri telah menyalurkan wang kepada PPS yang disahkan oleh ROS adalah sebuah pertubuhan haram.

Manakala di media sosial pula banyak mendedahkan perihal PPS yang terlibat aktiviti memukul orang awam dan juga para wartawan.

PisauNews  berpeluang mendapatkan maklumbalas daripada sumber luar PPS ,menurut sumber luar.. mereka tidak mengenakan sebarang bayaran keatas perkhidmatan kerana dilakukan secara sukarela.

Manakala RM1.5juta wang kerajaan negeri yang diberikan oleh Lim Guan Eng hanya duit membeli rotan,cota,pakaian dan walkie talkie bagi memudahkan kerja pasang bendera Dap,kawal pembesar Dap, tangkap dan pukul orang ramai.

Sumber luar yang rapat dengan PPS mendakwa mereka memukul orang ramai dan wartawan tidak dikenakan sebarang kos memandangkan regim DAP adalah sebuah kerajaan rakyat dan prihatin.

Kesimpulanya perkhidmatan memukul orang ramai adalah hadiah daripada pihak sukarelawan PPS regim sebagai tanda berterima kasih  kerana mengekalkan Dap memerintah Pulau Pinang.

image

image

image

image

image

image

image

Pisau kata “wah…kena pukul percuma..satu lagi langkah berjimat cermat oleh regim Dap Pulau Pinang”

Azmin Jadi MB Dan Kerajaan Perpaduan Atau Sengaja Mahu Bunuh Pas dan Hj Hadi.

in Berita Utama by

Pendedahan oleh portal Malaysian Insider mengundang satu lagi polemik,Adakah Pas sekali lagi mengunakan kaedah U-Turn atau sememangnya Presidennya Hj Hadi dan Pas diserang secara sistematik.

image

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam dikejutkan pengakuan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang beliau menawarkan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali menyertai PAS bersama beberapa rakannya bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor.

Namun, tawaran itu kemudiannya ditolak Azmin.

Menurut seorang AJK PAS Pusat yang menyertai mesyuarat semalam, Hadi mengesahkan perkara itu setelah ditanya oleh ahli Parlimen Sepang, Mohamad Hanipa Maidin tentang perkara itu.

Ia diikuti pertengkaran hangat antara Hadi dan Hanipa.

AJK PAS Pusat itu mengesahkan kepada The Malaysian Insider pengakuan Hadi itu ekoran tersebarnya maklumat dalam laman sosial kononnya PAS menawarkan jawatan menteri besar kepada Azmin untuk membolehkan kerjasama dibuat dengan Adun PAS, Umno dan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi membentuk kerajaan.

Menurut sebaran itu, isu itu bermula dalam mesyuarat semalam apabila seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada presiden adakah benar perkhabaran beliau dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Azmin.

Presiden mengatakanperkhabaran itu benar.

“Kalau PKR boleh curi wakil rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama,” kata Hadi, menurut sebaran itu.

AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.

AJK yang sama menyambung pertanyaan, “Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?”

Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno.

“Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan,” kata sebaran itu yang disahkan kebenaran sebahagian besar isi kandungannya oleh AJK PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.

Azmin ketika ditemui wartawan semasa Kongres PKR hujung minggu lepas mengakui beliau ada berbincang dengan Hadi sehari dua sebelum itu.

Antara kandungannya, kata Azmin, adalah mengenai pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.

Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, Hadi berkeras dalam mesyuarat itu yang Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak boleh dicalonkan sebagai menteri besar Selangor kerana dia wanita dan kerana DIA juga tidak layak – seterusnya

Rentetan daripada pendedahan Malaysian Insider,Pas telah membuat penafian namun Malaysian Insider berkeras tidak akan meminta maaf kerana beranggapan pendedahan butir mesyuarat Pas adalah benar.

Saya yang juga turut hadir semasa YB Mohamed Azmin Ali mengunjungi YB Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini juga ingin menjelaskan bahawa intipati perbincangan adalah berkisar kepada perasaan terima kasih YB Azmin Ali kepada YB Tuan Guru yang mencalonkan nama beliau sebagai calon Menteri Besar Selangor pada 17 Ogos lalu, selain dari meminta kata nasihat dan pandangan secara umum sebagai panduan untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat.  

Tiada disebut langsung mengenai kerajaan perpaduan bersama UMNO seperti yang didakwa. Pihak kami amat kesal dengan fitnah yang sengaja diwujudkan untuk mengelirukan rakyat dan pihak TMI bertanggungjawab untuk melaporkan penafian ini dan meminta maaf secara terbuka. 

DR AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS
26 Ogos 2014

Pisau kata “betui ka u turn atau depa saja   nak pekena Pas dengan Hj Hadi”

Fitnah Melayu Pula?Khalid Samad Di Ludah Adalah Berita Palsu ! Jika Benar Mana Bukti Diludah?

in Berita Utama by

Hari ini media melaporkan Khalid Samad di ludah dan ditampar..

Kononnya beliau diserang di perkarangan mahkamah oleh sekumpulan lelaki.Adakah Khalid Samad telah membuat laporan Polis?  Berapa ramai saksi?

Pisau rasakan barangkali ini satu lagi taktik meraih simpati seolah Khalid yang dituduh mahkamah sebagai penghasut dizalimi.

Kita semua dah faham benar taktik kotor haprak pakatan.Mana ada bukti Khalid Samad diludah ..mana ada bukti Khalid ditampar berkali kali..video? Gambar?
Ini semua auta pembohongan besar besaran la beb..

image
Kalau ada saksi..buat laporan Polis..biar pihak Polis ambil tindakan bukan hanya menggunakan media ..

Pisau kata “kalau benar di ludah bagi bukti la..atau kamu sengaja berbohong meraih simpati”

Nama 6 Calon MB Dipersetujui PAS,PKR & DAP

in Berita Utama by

image

Tuanku Sultan Selangor titah ketiga tiga parti Pakatan menghantar 2 nama calon dari setiap parti untuk diperkenan Baginda bagi menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.

image

Petang tadi PAS,PKR & DAP bermesyuarat dan memutuskan 6 orang calon pilihan mereka untuk menggantikan Khalid Ibrahim.

6 calon Pakatan setelah dikenal pasti
1. Dr Wan azizah
2. Wan azizah
3. Azizah
4. Jijah
5. Ijah
6. Jah

Kau orang tak rasa ke Pakatan Rakyat ni BODOH? Ha Ha Ha

Sumber

Regim Dap Pulau Pinang Curi Wang Rakyat Rm1.5juta Setiap Tahun Salur Kepada Polis Di Raja DAP Satu Pertubuhan Yang Disahkan Haram.

in Berita Utama by

Regim Dap Pulau Pinang hari ini merupakan kerajaan yang pemurah dengan telus cekap dan akauntabiliti menyalurkan wang rakyat RM1.5juta kepada satu pertubuhan haram.

Pertubuhan haram yang diberi pangkat dan kuasa oleh regim ini juga bertindak sebagai pengawal raja dan para pembesar Dap.Mereka juga diberi kuasa oleh Dap untuk memukul dan mencederakan orang ramai.

Download Buletin Mutiara
PPS terima pengiktirafan ‘berpaku’
Posted on 01 January 2014.

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI
GEORGE TOWN – Seramai 225 ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) bahagian pulau menerima pengiktirafan pangkat oleh Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng pada satu majlis di Dewan Tunku Komtar di sini baru-baru ini.
Tiga jenis pangkat dianugerahkan iaitu tiga paku kepada Ketua Pasukan, Timbalan Ketua Pasukan (dua paku) dan Naib Ketua Pasukan (satu paku).
Guan Eng ketika menjelaskan dengan lebih lanjut berkata, pengiktirafan pangkat jawatan Ketua Pasukan ditetap dan dipersetujui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada awal penubuhan sesebuah pasukan PPS, manakala jawatan Timbalan dan Naib Ketua Pasukan diputuskan melalui mesyuarat ADUN dan ahli jawatankuasa yang terdiri daripada Ketua Pasukan di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.
“Melalui mesyuarat ini, nama-nama calon untuk lantikan ke jawatan tersebut akan dibincang dan dilantik setelah mendapat persetujuan semua ahli jawatankuasa mesyuarat,” ujarnya pada Majlis Pelantikan Pangkat Anggota PPS di sini baru-baru ini.
Bagi rekod penubuhan, PPS ditubuhkan sejak 2011 bagi mewujudkan persekitaran selamat kepada komuniti dalam membendung kegiatan jenayah seperti ragut, bunuh dan lain-lain.
Secara tahunan, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1.5 juta bagi melicinkan operasi PPS seperti membeli kemudahan peralatan walkie-talkie, vest, topi, lampu suluh dan terbaru sepasang kasut keselamatan serta seluar panjang untuk tujuan rondaan.
Malah, anggota PPS turut dilindungi insurans berkelompok di mana masing-masing layak menerima pampasan RM10,000 sekiranya berlaku kecacatan kekal atau kehilangan nyawa ketika bertugas.
Menurut Guan Eng, inisiatif penubuhan PPS adalah untuk membantu pihak polis dalam mengurangkan kadar jenayah dan ia terbukti melalui beberapa kes yang berjaya ditangani dengan bantuan pasukan berkenaan.
“Lanjutan itu, ia telah menyangkal andaian sesetengah pihak bahawa PPS cuba mengambil-alih tugas polis sedangkan semua pihak mengetahui bahawa pasukan keselamatan terbabit (Polis Diraja Malaysia, PDRM) mempunyai bidang kuasa sah dalam soal keselamatan negara,” ujarnya.
Bagi rekod terbaru, beliau memberitahu bahawa, sebanyak 264 pasukan PPS berjaya ditubuhkan seluruh negeri termasuk Seberang Perai dengan kekuatan anggota seramai 8,263.

Pertubuhan haram ini juga diberi wang dan peralatan untuk menjalankan kerja sebagai jentera kempen Dap semasa pilihanraya.

Dap berbohong kononnnya PPS ditubuhkan untuk membantu pihak Polis,sebaliknya ia bertindak sebagai gengster Dap yang melanggar undang undang secara membuta tuli.

Kerajaan DAP Pulau Pinang didesak memperjelaskan mengenai status sebenar penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di negeri ini yang keahliannya sehingga kini mencecah kira-kira 10,000 orang.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata, perkara itu memandangkan PPS bukan sebuah pertubuhan berdaftar seperti dimaklumkan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Menurut beliau, keadaan itu menimbulkan tanda tanya memandangkan anggota PPS melakukan kerja-kerja keselamatan dengan lengkap berpakaian seragam sedangkan tidak mendapat kelulusan.

Lebih mengejutkan, tambahnya, PPS yang ditubuhkan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini turut diberi peruntukan RM10,000 selain peralatan seperti walkie-talkie, jaket keselamatan (vest), topi dan sebagainya.

“Disebabkan tidak berdaftar dengan ROS, maka PPS ini merupakan pertubuhan haram dan melakukan kesalahan di bawah Akta Pertubuhan 1966.

“Sekiranya kerajaan negeri memberi alasan penubuhannya diluluskan di peringkat DUN, namun PPS ini masih perlu didaftarkan apatah lagi penubuhannya bertujuan menjalankan kerja-kerja keselamatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini, PPS yang ditubuhkan kerajaan negeri pada 2011 beberapa kali menerima aduan daripada orang awam yang kurang senang dengan kehadiran mereka yang dilihat mengambil tugas pasukan keselamatan.

Malah, minggu lalu, seorang aktivis yang sering mengkritik kerajaan DAP Pulau Pinang mendakwa dipukul anggota PPS iaitu kejadian kedua membabitkan keganasan oleh anggota PPS selepas seorang jurugambar menerima nasib serupa tahun lalu.

Sementara itu, Cheng Guan turut mempersoal bagaimana anggota PPS diberi pentauliahan oleh kerajaan negeri untuk menjalankan kerja-kerja keselamatan sedangkan perkara tersebut hanya diluluskan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Beliau turut mendesak kerajaan negeri menjelaskan sama ada latar belakang kesemua ahli PPS itu diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandangkan mereka melakukan tugas-tugas menjaga keselamatan.

Dalam masa sama, beliau melahirkan rasa hairan bagaimana anggota PPS itu turut terlibat memasang bendera parti DAP pada pilihan raya sebelum ini.

“Sudah semestinya ini merupakan tindakan salah guna kuasa kerana penubuhan PPS ini sepatutnya tidak ada kena-mengena dengan politik kerana menggunakan peruntukan kerajaan yang datang daripada duit rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, jelas Cheng Guan, beliau akan membuat laporan kepada KDN, PDRM dan Jabatan Peguam Negara supaya menyiasat penubuhan PPS tersebut kerana jelas melanggar undang-undang keselamatan negara.

image

image

image

image

image

image

Surat dibawah menjadi bukti penting berlaku salah guna kuasa oleh regim Dap apabila menyalurkan wang RM1.5 juta setiap tahun kepada pertubuhan haram PPS.

image

Bocor! Rakaman Audio Penerangan PAS Tentang Pengkhianatan PKR dan Anwar.

in PAS by

Pendedahan panas oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan sudah pasti sudah ramai ahli dan penyokong PAS buka mata,ini kerana PAS sudah beberapa kali dikhianati oleh PKR terutamanya Anwar Ibrahim.

Dakwa PAS,PKR bukan saja mengkhianati PAS malah PKR dan Anwar turut mengkhianati DAP.

 

 

Audio rakaman suara Ustaz Azariza Alawi, Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan mengenai konflik dalaman Hj Hadi vs Anwar Ibrahim.

Pisau kata ” pucuk pimpinan PAS memang dah sedar Anwar tak boleh dipercayai.. dok tunggu apa lagi?”

Hot! Tiket Anwar Ke Tel Aviv Bocor. Kenapa Di Pergi Ke Israel 20 Ogos Yang Lalu?

in PKR by

Dalam saat negara berkabung kehilangan MH17 & MH370,seluruh rakyat Malaysia juga bersimpati terhadap nasib rakyat Palestin.Anwar pula sibuk ke Tel Aviv mungkin memohon talian hayat sebelum beliau disumbatkan ke dalam penjara.

Baru baru ini timbul cerita Anwar Ibrahim telah terbang ke Tel Aviv. Namun rata rata penyokong pakatan bingkas bangun pertahankan Syeikh Ketum mereka tidak pernah memijakkan kakinya di bumi Israel.

Menurut Masterdedah :

“PADA TAHUN 2012, ANWAR PERNAH PERGI KE TURKI. KEMUDIAN ANWAR DIPERCAYAI LESAP SELAMA 6 JAM ANTARA JAM 3.05 PETANG HINGGA 9.50 MINIT MALAM PADA 5 FEBRUARI 2012.

APA DIA BUAT MASUK ISRAEL? DALAM ATURCARA YANG DIKELUARKAN ANWAR KATA DIA PI UMRAH DENGAN WAN AZIZAH PADA MASA TERSEBUT IAITU PADA JAM 2.00 PETANG, 5 FEBRUARI .

BILA DISEMAK TIDAK ADA SATU PESAWAT PUN YANG BERLEPAS DARI TURKI PADA JAM 8.00 MALAM (4 FEB 2012) KE MEKAH DAN SAMPAI PADA JAM 2.00 PETANG DI SANA. SO ANWAR HILANG KE MANA?

BESAR KEMUNGKINAN ANWAR DIKATAKAN PERGI KE ISRAEL MENERUSI TEL AVIV MENGGUNAKAN TIGA PESAWAT BERIKUT:

1) ESB-IST by Turkish Airlines TA2175. Depart 21.00. Arrival 20.05
IST – TLV by Private Flight.

2) ESB – IST by Turkish Airlines TA2175. Depart 21.00. Arrival 20.05

3) IST – TLV by Turkish Airlines TA 2175. Depart 00.55. Arrival 0.305

and boarding to Mecca (Jeddah) from Tel Aviv, thru transit at Amman (AMM) with

4) TLV – AMM by Royal Jordanian RJ343. Depart 09.50. Arrival 12.05.

5) IST-ESB by Domestic flihgt TA2170. Depart 18.00. arrival 19.00

Daripada data pesawat ini, dipercayai ada kemungkinan besar Anwar Ibrahim telah menghabiskan selama 6 jam di Tel Aviv, Israel antara jam 3.00 petang hingga jam 9.50 malam.

KEMUDIAN ANWAR BALIK SEMULA UNTUK BERPIDATO DI TURKI DALAM KONGRES PENDIDIKAN ISLAM SEDUNIA.

SO PERJALANAN YANG SAMA DIPERCAYAI DIAMBIL OLEH ANWAR KETIKA KE TURKI PADA 20 OGOS 2014 LEPAS.

SUMBER: PRU-14

Selepas pendedahan trip Anwar ke Tel Aviv sekarang muncul 2 lagi bukti berupa tiket dan juga Itenary butiran perjalanan Anwar.

tiket anwartiket anwar2

Sebelum ini hanya desas-desus dan itenary yang dipaparkan. Kini keratan tiket penerbangan Royal Jordan Air ke Tel Aviv pada 20 Ogos yang memaparkan nama Anwar Ibrahim, tarikh perjalanan dan nombor tempat duduk pula didedahkan. (RUJUK POSTING INI)

Anwar Ibrahim mengambil kesempatan daripada perhimpunan Kesatuan Ulama Sedunia yang menyaksikan Presiden PAS, Hadi Awang dilantik sebagai salah seorang daripada Naib Ketua oleh Yusof Qardawi yang diangkat sebagai Ketua Kesatuan Ulama Sedunia yang berlangsung di Istanbul.

Kepada para penyokongnya, Anwar memberitahu kononnya dia telah mempengaruhi Yusof Qardawi dan pemergiannya ke Istanbul adalah untuk memastikan Hadi Awang benar-benar dilantik ke jawatan tersebut.

Yang tidak diberitahu oleh Anwar Ibrahim ialah, dia hanya transit di Istanbul selama beberapa jam sahaja, sebelum menaiki pesawat Royal Jordan Air dari Istanbul ke Tel Aviv pada 20 Ogos.

Kaitan Anwar Ibrahim dengan Zionis telah lama diperkatakan terutama sekali bantuan kewangan dan latihan yang diterimanya menerusi badan-badan utama propaganda Zionis dunia. Bagaimanapun, Anwar Ibrahim sentiasa berhelah dan menyatakan bahawa semua itu hanyalah fitnah semata-mata.-BuletinSengal

Pisau kata ” Dia pi Tel Aviv bagi warning kat Israel? ptuii.. nak termuntah dengan pencacai nafi berita ni..”

Takmau Sokong Zizah,Pas 2 Kali U Turn.

in Berita Utama by

image

image

Selepas membuat satu pusing U.. para aparat pembangkang bersorak sakan kerana wahyu Shiekh Ketum bakal terlaksana..namun hari ini Ketum terpaksa tarik handbrake sekali lagi..

Terperanjat barangkali..walau pun Shiekh Ketum(Ketua Umum) sogok dengan jawatan timbalan ketua ulama donia..namun semacam serba tak menjadi..

Seperti kebiasaan.. selepas membuat satu belokan  Pas kembali buat lawak.. satu lagi pusingan dibuat..entah apa yang mereka rancang selepas melihat presiden parti mereka dihina ketika kongres PKR sedang berlangsung..

Dalam pada itu presiden Pas tetap diarahkan membayar ganti rugi RM 2 juta kerana didapati fitnah terhadap seorang calon PKR ketika PRU13. Dalam masa yang sama Hj Hadi bakal berdepan satu lagi saman dari  PKR Chegu Bard .

Siapa yang mampu membela presiden parti Pas..nak mengharapkan para yanv berhormat Pas rata ratanya walaq kepada Anwar dan Dap..

Majlis syura dan ulama Pas pun dah tak laku sekarang ni..

Pisau kata “Susah susah sangat bubar saja Pas..”

Pasangan Pengantin Separuh Bogel Di Tengah Bandaraya Ipoh,Biadap!

in Berita Utama by

image

image

Lokasi Berhampiran Padang Ipoh.. entah apa yang cuba mereka buktikan? Ini semua ajaran liberal yang diperjuangkan Dap PKR serta pak angguk Pas..  sudah tiada adab dan susila..

Mereka juga bebas..ada LGBT..ada yang hina Islam..ada yang hina Agong..macam macam lah.. tapi ini semua kita kita ini hanya jadi penonton tanpa apa apa respon..

Maka bebaslah mereka semahu mahunya..

Pisau kata “separuh bogel je.. Ketum bogel depa lagi kuat sokong.. biasa la tu kan..”

Penerbangan paling sukar, namun dimudahkan – Kapten MH6129

in Berita Nasional by

SEPANG: Ketua Juruterbang, Datuk Kapten Missman Leham menyifatkan tugasan membawa pulang 20 jenazah tragedi Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang tiba di tanah air pada Jumaat lalu adalah ‘penerbangan paling sukar’ baginya sejak menyertai MAS 33 tahun lalu.

Missman berkata penerbangan selama 12 jam itu juga merupakan penerbangan paling emosi buatnya kerana beliau tahu siapakah ‘penumpang’ istimewa pesawat khas MH6129 selain mengenali secara peribadi sebahagian mereka.

“Dua, tiga hari sebelum berlepas sudah rasa sedih, sebab kita tahu ini penerbangan paling penting dan dinantikan ramai, khususnya kepada waris mangsa,” katanya semasa ditemui selepas istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, hari ini.

missmanMissman (dua dari kanan) bersama pembantu juruterbang MH6129 yang membawa 20 jenazah mangsa nahas MH17 pada Jumaat.

 

Bagaimanapun, Missman bersyukur kerana penerbangan yang membawa 20 jenazah itu dimudahkan, bukan sahaja dari sudut cuaca yang baik, namun mendapat kerjasama daripada semua negara yang dilaluinya.

Katanya setiap negara yang dilalui memberi penghormatan tinggi kerana mengetahui pesawat itu membawa muatan penting.

“Contohnya seperti di Iran. Lazimnya apabila melintasi negera itu, mereka akan meminta ‘entry number’ tetapi kali ini awal-awal lagi mereka sudah maklumkan kita.

“Mereka beritahu tidak perlu entry number, pesawat boleh teruskan penerbangan. Mereka selalunya begitu tegas dalam hal ini,” katanya.

Mengimbas kenangan mengemudikan pesawat itu, Missman berkata beliau tidak putus-putus menyedekahkan al-Fatihah kepada mangsa beragama Islam dan bertafakur untuk agama lain.

“Sebelum memulakan penerbangan, saya sempat ‘berjumpa’ dengan mereka (jenazah). Saya cakap kepada Hakimi (pembantu juruterbang MH17 Ahmad Hakimi Hanapi) dan rakan-rakan, kami akan bawa kamu balik. Kamu akan berjumpa dengan orang yang dikasihi,” katanya.

Pada penerbangan itu, Missman dibantu Kapten Bakri Othman dan Kapten Zaim Khalid serta pegawai penerbangan Yap Yoon Kong.

Ditanya apakah yang menyebabkan beliau dipilih untuk memikul tanggungjawab itu, Missman berkata ia berkemungkinan kerana MAS mahu juruterbang senior untuk mengemudi pesawat itu.

Sejak diarahkan, Missman tidak putus-putus berdoa supaya penerbangan itu berjalan lancar dan tidak menghadapi masalah.

“Alhamdulillah, doa itu dimakbulkan,” katanya.

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada 17 Julai lalu, selepas ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine.

Seramai 43 rakyat Malaysia terbunuh dalam insiden itu.

– BERNAMA

Video Hot Nizar ‘ KITA MESTI BASAHKAN KERIS INI DENGAN DARAH CINA’ dan ” Banjirkan pekan Kuala Lumpur dengan darah cina” – Fitnah Ini Nizar Terlepas? Kenapa?

in Berita Nasional by

Hasutan dan fitnah jahat Nizar berlaku ketika kempen PRK Hulu Selangor April 2010. Blog Pisau mendedahkan beberapa kali video hasutan jahat Nizar malah mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan.Namun sehingga sekarang masih tiada tindakan..

Ucapan Nizar di Kg Baru Kalumpang,Hulu Selangor 17/4/2010

Lihat dan dengar cara bangsat ini berbicara,gaya beliau cukup seronok dan berselera membuat fitnah…

Menghasut dan membuat fitnah menjadi makanan buat si celaka ini, inilah cara pakatan haprak menghasut dan membangkitkan politik benci. Dan amat merbahaya apabila menghasut malah membuat fitnah.

Nizar dan pakatan rakyat harus membuktikan dimana ,bila tarikh dan waktunya Ds Najib membuat kenyataan ‘ KITA MESTI BASAHKAN KERIS INI DENGAN DARAH CINA’ dan ” Banjirkan pekan Kuala Lumpur dengan darah cina”.

Tidak serik dan mungkin berasa bebas membuat fitnah,Nizar kali ini tidak terlepas apatah lagi fitnah beliau membabitkan kepimpinan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia.

Hari ini sudah ada waran tangkap terhadap Nizar kerana membuat fitnah pada 2012

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menyifatkan tuduhan ketua pembangkang negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, kononnya Perdana Menteri mengadakan perjumpaan dengan pemimpin serta pengawai kanan tentera berhubung pilihan raya sebagai melampau, keterlaluan dan bersifat hasutan.

Beliau berkata, Mohammad Nizar dalam ceramah di Taman Desa Pakatan, Pengkalan Isnin lalu, menggambarkan seolah-olah Datuk Seri Najib Razak sudah meminta pemimpin tentera melakukan “sesuatu” sehingga tercetus pertikaman lidah antara mereka.

“Dia (Mohammad Nizar) begitu celupar melemparkan tuduhan, dia tidak kisah mengeluarkan kenyataan bersifat hasutan, dia tidak fikir implikasinya dan dia menggambarkan satu perkara yang menakutkan.

“Ini keterlaluan dan melampau,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO mingguan kerajaan negeri di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Mohammad Nizar bahawa Najib sudah mengadakan pertemuan dengan pemimpin dan pegawai kanan angkatan tentera dan meminta mereka melakukan sesuatu jika BN tewas dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam ceramah itu, Mohammad Nizar turut mendakwa pemimpin dan pegawai kanan tentera itu enggan berbuat demikian dan akan tetap bersama-sama rakyat jika BN tewas dalam pilihan raya itu.

Sehubungan itu, Zambry meminta Kementerian Dalam Negeri dan pihak berkuasa menyiasat dan meneliti perkara itu kerana Mohammad Nizar sudah membuat tuduhan yang berat terhadap Perdana Menteri.

“Dia menggambarkan seolah-olah berlaku pertikaman lidah antara Perdana Menteri dengan ketua-ketua dalam angkatan tentera. Ini satu perkara yang serius, kita tidak boleh keluarkan kenyataan seperti ini jika tidak ada faktanya,” katanya.

Zambry berkata, Mohammad Nizar tidak berasa bersalah dengan perbuatan seperti itu asalkan beliau dapat memperdayakan masyarakat serta meraih sokongan politik.

“Dia tidak rasa bersalah asalkan dia boleh memperdayakan orang, saya tidak faham watak dia yang sanggup lakukan apa sahaja. Ia serius apabila anda buat tuduhan BN cuba membuat ‘kudeta’ jika tidak menang, ini kenyataan yang melampau,” katanya. – BERNAMA

 

BvxTZPpCIAAMf5A

Pisau kata “ Kenapa masih tiada tindakan terhadap fitnah dan hasutan Nizar?”

“THIS IS HONG LEONG! HONG LEONG!!! CHINESE BANK YOU KNOW!!! IT IS NOT YOUR NAJIB’S BANK, BANK BUMIPUTERA, STUPID!!!” Penghinaan Ini Akhirnya Mengheret Ultrakiasu Rasis Dap Ke Mahkamah.

in Berita Utama by

JOHOR BAHRU: Seorang pengurus bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini di atas tuduhan mengucapkan ayat berbaur perkauman kepada seorang pekerjanya empat bulan lalu.

Liau Choy Wan, 44 didakwa dengan sengaja mengucapkan ayat berbaur perkauman itu yang membangkitkan kemarahan pekerjanya, Zulkefli Zainal, 49, dan mengetahui perbuatan itu mampu menjejaskan keamanan.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan di Hong Leong Bank Berhad, Aras 5, Wisma Tiong Hua, Jalan Kris, Taman Seri Tebrau di sini pada jam 6 petang, 8 April lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, peguam Md Zahar Ngah yang mewakili Liau memohon jumlah itu dikurangkan kerana anak guamnya tidak mempunyai rekod kesalahan lampau selain memberitahu jaminan hanya untuk memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah.

Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 September ini untuk sebutan semula kes.

– BERNAMA

image

Ini artikel yang   yang disiarkan April 2014 yang lalu..

Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang kakitangan Hong Leong Bank, Taman Sri Tebrau, Johor Baharu berhubung perangai RASIS yang diherdik oleh seorang pegawai bank tersebut.
Pegawai bank tersebut adalah seorang wanita bernama LIAU CHOW WAN yangmerupakan Manager Head of Department Hong Leong Bank.
Dalam kes ini, kakitangan berbangsa Melayu itu telah menerima satu notis untuk berpindah ke Hong Leong Bank Berhad di Kuala Lumpur tanpa sebarang alasan. Kakitangan berbangsa Melayu itu yang berusia 46 tahun yang hanya merupakan seorang kerani di bank tersebut, telah merayu dan memohon ehsan kerana telah bekerja di cawangan tersebut selama lebih 28 tahun.
Bagaimanapun, LIAU CHOW WAN terus mengherdik kerani Melayu itu dengan kata-kata berikut:
“THIS IS HONG LEONG! HONG LEONG!!! CHINESE BANK YOU KNOW!!! IT IS NOT YOUR NAJIB’S BANK, BANK BUMIPUTERA, STUPID!!!”

Perangai perkauman yang diamalkan oleh KEBANYAKAN PEGAWAI BANK HONG LEONG bukanlah perkara baru. Sebelum ini HONG LEONG BANK turut menyekat, menahan dan menghalang pekerja-pekerja beragama Islamnya daripada menunaikan solat dengan pelbagai alasan, termasuklah tidak menyediakan ruang untuk bersolat. Solat dikatakan sebagai membuang masa!

Laporan polis telah dibuat oleh kerani tersebut kerana sentimen perkauman yang cukup menebal di kalangan pegawai bank HONG LEONG yang hampir keseluruhannya berbangsa Cina dengan Melayu dan India kebanyakannya hanyalah pegawai atau kakitangan bawahan.

Jan 2014, satu kes yang serupa juga berlaku melibatkan Hong Leong Bank juga di Batu Pahat.

HONG LEONG BANK, bank Cina yer? Bank Melayu bank bodoh, yer?

PKR Akan Tetap Pertahankan Kerusi Dun #PRKPengkalanKubur,Pas Jangan Tamak.

in Berita Utama by

image

Pengerusi PKR Kelantan, Abd Aziz Kadir “PKR tidak akan sekali kali menyerahkan kerusi Pengkalan Kubur kpd PAS walaupun PKR pernah tewas 2 kali.

PAS juga masih bertanding ditempat yang mereka 3 kali tewas. PAS jgn tamak dan gila kuasa…..” katanya mengulas kenyataan YB Zailah, MP Rantau Panjang yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS yg mendesak PAS bertanding di Pengkalan Kubur kerana PRK sudah 2 kali kalah di kawasan tersebut.

Pisau kata ” di Kelantan..PAS PKR dah start bergaduh”

Gengster PPS DAP Tunjuk Kuasa Di Jalan Raya Pulau Pinang.

in Berita Utama by

Ini gengster Dap,mereka sekarang ini diberi pangkat dan gaji oleh kerajaan.

Gengstee Ultrakiasu chauvanis rasis PPS DAP ini ditubuhkan agar mudah kerajaan negeri menyalur wang secara “halal”.

Mereka ini seperti Polis Di Raja DAP.Tugas mereka mengawal tokong dan para pembesar Dap di Pulau Pinang.

Mereka juga ada kuasa untuk memukul orang ramai.. Wartawan dan juga orang awam turut menjadi mangsa mereka.. ada yang cedera dan ada juga melibatkan kes yang serius.

Ini gambar semasa pelancaran gengster PPS..

image

image

Ini salah seorang mangsa yang di pukul oleh gengster PPS..

Laporan Polis dibuat atas keganasan gengster PPS yang mencederakan mangsa.

image

image

Lihat bagaimana mereka melanggar undang undang.. jalan raya di Pulau Pinang seperti harta mak bapak gengster PPS Dap.. siapa mereka untuk langgar undang undang.

Berarak..berkumpul dan juga melanggar undang undang lalu lintas.. mereka juga menutup jalan sesuka hati tanpa kebenaran pihak PDRM.

image

image

image

Pihak ROS dan juga PDRM harus siasat pertubuhan haram ini. SPRM juga harus siasat kenapa wang kerajaan negeri di rompak dan disalurkan kepada kumpulan gengster PPS ini.

image

image

image

Tentera LGE?

Pisau kata “habislah unit amal PAS tak boleh cari makan”

Shamsul Iskandar Tuduh Rafizi Sebagai Syaitan Sasau.

in Berita Nasional by

IMG-20140823-WA0045

Kongres PKR hari ini menjadi medan hentam sesama sendiri, puak kaki fitnah ini perolehi kuasa melalui fitnah nah sekarang mereka fitnah sesama sendiri. Allah maha kuasa dipertontonkan kepada rakyat betapa bobroknya puak puak PKR.

Alhamdulilah sekurang kurangnya dengan kemelut MB Selangor ramai yang dapat melihat betapa kotornya politik haprak pakatan.

 

Pisau kata “Rafizi sudahlah digelar syaitan..malah sasau pulak tuh”

Zuraidah Ketua Wanita PKR Dakwa Ramai Sesat Di Stadium Punca Terlepas Peluang Keemasan Dengar Ucapan Beliau Dan Nurul Izzah.

in Berita Utama by

Hebat sungguh stadium Melawati apabila menjadi punca ramai wanita PKR sesat.
Zuraidah Ketua Wanita PKR yang lebih mesra dengan panggilan masyam mendakwa ramai wanita PKR rugi tidak masuk ke dewan kerana tidak mendengar ucapannya berapi api beliau.

Sebagai pemimpin tertinggi wanita didalam PKR,ahli wanita PKR harus dan wajib mendengar ucapan Zuraidah bukannya sesat diluar stadium.

image

Persidangan Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR yang berlangsung pagi ini di sini tidak mendapat sambutan apabila hanya sebahagian tempat disediakan yang dipenuhi perwakilan.

Ketua Wanitanya, Zuraidah Kamaruddin dalam ucapannya menyifatkan masih ramai lagi perwakilannya yang sesat di dalam Stadium Malawati.

“Wanita diberi ruang yang besar di sini.

“Saya difahamkan ramai yang masih sesat dalam stadium ini. Kena cepat-cepat ya penuhi kerusi yang ada,” katanya ketika memberi ucapan, hari ini.

Sementara itu, berdasarkan perhatian Sinar Harian Online, setakat jam 9.45 pagi hanya sebahagian kerusi yang disediakan penganjur dipenuhi perwakilan.

Mengikut tentatif program yang disediakan kepada media, pendaftaran perwakilan telah bermula sejak 7 pagi tadi sehingga 9 pagi.

Kemudian diikuti ucapan Ketua Wanita Keadilan dan ucapan perasmian Naib Presiden Keadilan, Nurul Izzah Anwar.

Pisau kata ” Nurul Izzah tu kaki fitnah..menang parlimen lembah pantai pun sebab fitnah..ptuii

HOT! Wakil Rakyat Selangor Mahu Kuasa Sultan Selangor Lantik MB Di Hapuskan. Sokong?

in Berita Utama by

Pemimpin Pakatan rakyat berharap agar kuasa Sultan melantik menteri besar dihapuskan.

Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam sudah pasti menyuarakan kehendak rakyat Selangor kerana beliau dipilih rakyat yang berpakatan.

Jika jurucakap rakyat yang wakilnya di pilih untuk ke parlimen menyuarakan kehendak rakyat sudah tentu ini adalah menifestasi rakyat sudah tidak mahu Sultan Selangor mempunyai kuasa.

Kenyataan Khalid Samad adalah jelas,seluruh rakyat Selangor sudah pasti menyokong beliau. Justeru Pisau berharap agar Khalid Samad yang mewakili rakyat yang sepakat harus bersuara dan menganjurkan demo untuk menolak dan menghapuskan kuasa Sultan Selangor.

Khalid Samad memang berani..untung pengundi Shah Alam dan rakyat Selangor yang mempunyai wakil rakyat yang berani mahu menghapuskan kuasa Sultan Selangor.

image

PAS MP Khalid Samad today claimed of public views that the Selangor Sultan should not have the absolute discretion to decide who should fill the mentri besar’s post. The Shah Alam MP said this when asked why PKR and DAP did not present alternatives to PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail for the position. “We should not give the Sultan the power to decide on who becomes MB solely because this is a constitutional monarchy,” he told reporters at a news conference here. But Khalid Samad later insisted that the opinion was not his own, but one which has been discussed by “Internet users”. -MalayMail

Pisau kata ” Khalid Samad hanya menyuarakan kehendak rakyat Shah Alam dan Selangor secara keseluruhannya..tak gitu?”

DAP Kurang Senang Apabila Sarawak Berjaya Perolehi Saham MNLG Petronas.

in Berita Utama by

Pengumuman Ketua Menteri Sarawak terhadap kejayaan Kerajaan Negeri Sarawak memperoleh 10 peratus saham dalam Malaysia Liquefied Natural Gas Sdn Bhd (MNLG) 4 telah mendapat reaksi kurang senang daripada Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.

Kecewa dengan keputusan itu, Chong meminta rakyat Sarawak tidak perlu bergembira dengan kejayaan ini yang dianggapnya sebagai suatu yang tidak harus digembar-gemburkan.

Bagi Kerajaan Negeri Sarawak, ia merupakan suatu keputusan yang positif daripada Petronas selepas mengadakan perbincangan bersemuka dengan pengurusan tertinggi Petronas.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri Sarawak akan terus berusaha untuk mendapatkan royalti minyak dan gas sebanyak 20 peratus daripada kerajaan Pusat.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem dalam kenyataan akhbarnya mengenai keputusan Petronas itu menjelaskan Kerajaan Negeri Sarawak sangat mengalu-alukan tawaran Petronas itu yang disifatkan sebagai suatu kejayaan permulaan.

Untuk langkah seterusnya dalam mendapatkan royalti minyak dan gas 20 peratus, Kerajaan Negeri Sarawak akan terus mengadakan rundingan bersama dengan Petronas dalam suasana damai tanpa perlu rasa tekanan.

“Petronas telah bersetuju pada mulanya menawarkan lima peratus saham dalam MLNG 4 tetapi sekarang bersetuju menambahkannya kepada 10 peratus.  Ini antara kejayaan dan kita akan terus mengadakan rundingan.

“Saya akan memaklumkan perkembangan rundingan itu dari semasa ke semasa nanti,” katanya sambil menambah, kerajaan negeri dan Petronas telah menubuhkan satu jawatankuasa terdiri daripada pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan eksekutif-eksekutif kanan Petronas.

Mengenai pegangan saham 10 peratus dalam MNLG 4 bayaran tersebut boleh dibuat dalam bentuk tunai atau sebagainya.

Ini adalah tindakan positif ditunjukkan Petronas untuk Sarawak mendapatkan bayaran royalti minyak dan gas sebanyak 20 peratus.

“Kerajaan negeri amat menghargai tawaran ini dan pada masa sama sedar Petronas mungkin memerlukan sedikit masa untuk menunaikan permintaan kadar bayaran 20 peratus royalti minyak dan gas kerana ia melibatkan banyak syarikat antarabangsa,” demikian menurut Menteri Kemajuan Tanah, Tan Sri James Jemut Masing

Sumber:CetusanKenyalang.blogspot.com

NURUL IZZAH MENGAKU BELIAU FITNAH RAJA NONG CHIK,HASIL FITNAH BELIAU MENANG PARLIMEN LEMBAH PANTAI !

in Berita Utama by

Akhirnya terbukti anak puaka Anwar Ibrahim fitnah..

Ke mana lagi pergi kuah jika tidak tumpah ke nasi..itulah perumpaan anak papa tersayang ini.. fitnah menjadi makanan harian.. dengan fitnah mereka jadi kaya raya…dengan fitnah mereka beroleh tahta dan kuasa..dengan fitnah juga satu hari nanti mereka ini tumbang..

image

Nurul Izzah fitnah Raja Nong Chik.. kesannya beliau menang pilihanraya dan menjadi ahli parlimen..Inilah dividen fitnah yang diperolehi Nurul Izzah…

Pisau kata ” apa cerita dia skandal curang sampai kena tangkap..”

Saksi Ceritakan Keadaan Ngeri Anggota Polis yang Dibunuh di Kampung Simunul #LahadDatu

in Berita Nasional by

Enam anggota polis yang terbunuh dalam serangan hendap di Semporna pada 2 Mac tahun lepas ditemui dalam keadaan mengerikan, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

Pegawai Penyiasat Insp Jamirin Kintai, antara anggota pasukan yang bertanggungjawab mengeluarkan mayat anggota polis berkenaan dari Kampung Simunul, Semporna pada 6.45 petang pada 3 Mac tahun lepas, berkata dua daripada mangsa telah dipenggal dan dicacatkan.
enam_polis_terbunuh_semporna
“Sarjan Baharin Hamid dicacatkan dengan otak dan mata kanan hilang daripada tengkorak dan terdapat kelaran pada mukanya.
“Leher Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran pula telah dipenggal dan terdapat luka pada badan, kulit dan dagingnya. Mukanya telah dikoyakkan dan hanya kelihatan tulang muka,” katanya.
Jamirin juga memberitahu mahkamah bahawa leher Lans Koperal Salam Togiran “hampir putus dengan kepalanya hanya melekat pada tubuhnya oleh beberapa inci kulit pada lehernya.
“Kesan kelaran terdapat pada kepala dan badan Sarjan Abdul Aziz Sakiran dan Superintenden Ibrahim Lebar, manakala ASP Michael Padel mengalami kecederaan pada bahu dan dada, katanya.
Semasa pemeriksaan balas, Jamirin berkata beliau mendapati insiden melibatkan enam anggota polis itu ada kaitan dengan pencerobohan oleh kumpulan lelaki bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, pada Februari tahun lepas.
Sementara itu, Pegawai Cawangan Khas Bukit Aman ASP Mohamad Hasnal Jamil memberitahu mahkamah bahawa tiga daripada tertuduh telah dinamakan dalam pintasan komunikasi dilakukan di Bukit Aman dari 14-17 Feb tahun lepas berhubung pencerobohan di Lahad Datu.
Beliau mengenal pasti tertuduh berkenaan sebagai Salib Akhmad Emali, Julham Rashid dan Al Wazir Osman alias Abdul.
Katanya lapan nombor telefon bimbit telah dipintas, dengan tiga nombor iaitu 019-5398122 digunakan Salib Akhmad; 012-8384472 digunakan Julham dan 014-6774272 digunakan individu dikenali sebagai ‘Imam Tua’ dan kemudiannya dikenal pasti sebagai Al Wazir, adalah paling aktif berkomunikasi dengan satu lagi nombor 014-2847213, digunakan oleh seseorang dikenali Raja Muda Agbimuddin.
“Bagaimana anda tahu nama-nama individu ini?” soal Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Wahab Mohamed.
Mohamad Hasnal: “Kami telah memantau komunikasi pengguna nombor berkenaan dan nama mereka disebut.”
Pegawai Cawangan Khas itu memberitahu mahkamah beliau telah diarahkan oleh Allahyarham Ibrahim untuk terbang ke Lahad Datu pada 18 Feb tahun lepas untuk menjalankan tugas pengawasan terhadap tiga individu itu selama seminggu bermula 19 Feb.
Katanya pada 25 Feb tahun lepas, beliau memberi taklimat kepada pegawai polis ASP Noraidin Awang Maidin, di Balai Polis Tungku di Lahad Datu untuk menahan Salib Akhmad di Ladang Kelapa Sawit Abadi Emas di Tungku.
Pada 1 Mac tahun lepas, katanya beliau memberikan maklumat berkaitan di Balai Polis Semporna untuk menahan Julham di Kampung Pangkalan Badai, Kunak dan Al Wazir di Semporna.
Salib Akhmad, Julham dan Al Wazir menghadapi pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan menjadi anggota kumpulan pengganas yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan denda, jika sabit kesalahan.
Salib Akhmad juga menghadapi pertuduhan merekrut anggota untuk kumpulan pengganas.
Mereka merupakan antara 30 tertuduh, terdiri daripada 27 warga Filipina dan tiga penduduk tempatan, dibicarakan bagi pelbagai tuduhan termasuk menganggotai kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota untuk kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu menjadi anggota kumpulan pengganas.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Feb dan 10 April tahun lepas. Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung esok. – Bernama

Dokumen ‘Langkah Kajang’ : Pegawai MB Selangor Lapor Polis

in Berita Nasional by

Pegawai Tugas-Tugas Khas Ekonomi dan Kewangan Menteri Besar Selangor, Azrul Azwar Ahmad Tajudin hari ini, jam 1.55 tengah hari telah membuat laporan di Balai Polis Travers berkenaan penyebaran satu dokumen bertajuk “Ringkasan Eksekutif, Langkah Kajang, Melangkah Ke Putrajaya”.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak tahu-menahu atau mempunyai sebarang kaitan dengan perancangan Langkah Kajang atau mana-mana intipati lain yang terkandung dalam dokumen tujuh muka surat tersebut terutama dakwaan bahawa saya dan Insititut Rakyat akan bekerjasama dengan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan ISIS dalam melancarkan serangan ekonomi dengan peruntukkan dana sebanyak RM1.5 juta bagi kempen melumpuhkan ekonomi Malaysia,” kenyataan Azrul Azwar dalam laporan polis dipetik.

repot

Dokumen ‘Langkah Kajang’ : Pegawai MB Selangor Lapor Polis


AIDCNews – 20/8/14 – Pegawai Tugas-Tugas Khas Ekonomi dan Kewangan Menteri Besar Selangor, Azrul Azwar Ahmad Tajudin hari ini, jam 1.55 tengah hari telah membuat laporan di Balai Polis Travers berkenaan penyebaran satu dokumen bertajuk “Ringkasan Eksekutif, Langkah Kajang, Melangkah Ke Putrajaya”.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak tahu-menahu atau mempunyai sebarang kaitan dengan perancangan Langkah Kajang atau mana-mana intipati lain yang terkandung dalam dokumen tujuh muka surat tersebut terutama dakwaan bahawa saya dan Insititut Rakyat akan bekerjasama dengan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan ISIS dalam melancarkan serangan ekonomi dengan peruntukkan dana sebanyak RM1.5 juta bagi kempen melumpuhkan ekonomi Malaysia,” kenyataan Azrul Azwar dalam laporan polis dipetik.

 

 

 

 

 

Kandungan dokumen “Ringkasan Eksekutif, Langkah Kajang, Melangkah Ke Putrajaya” adalah seperti berikut :

LANGKAH KAJANG – KAJANG MOVE – SATU PENJELASAN RINGKAS

Strategi ini dinamakan Langkah Kajang kerana satu pilihanraya kecil akan diaturkan di DUN N25 Kajang bagi membolehkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi DUN Selangor seterusnya menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. Langkah Kajang akan menjadi satu gerakan sistematik dan praktikal bagi memastikan penguasaan Pakatan Rakayat dalam PRU14 yang dijangka pada hujung tahun 2017.

Semasa PRU13, Pakatan Rakyat gagal merealisasikan hasrat menawan Putrajaya kerana kekangan kewangan dan kegagalan pembiayaan kempen secara efektif. Maka atas musabab itulah, Langkah Kajang dirangka dan digubal bagi memastikan kemampuan kewangan Pakatan Rakyat adalah mencukupi seterusnya kejayaan Langkah Kajang ini akan meranapkan keupayaan kewangan Barisan Nasional menjelang dan semasa PRU14. Langkah Kajang ini diadun dengan pelbagai strategi peringkat tinggi melibatkan pengambilan untung dari pasaran saham tempatan seterusnya menyerang kepentingan-kepentingan strategik Barisan Nasional.

Umum sedia maklum bahawa Barisan Nasional mempunyai pelbagai pelaburan dalam negara yang membolehkan mereka membiayai pergerakan politik mereka. Kemampuan kewangan kerajaan juga membolehkan Barisan Nasional ‘membeli’ pengundi seperti pemberian BR1M, dividen, saham FGV, dividen ASB, dividen KWSP dan lain-lain. Langkah Kajang akan memastikan kerajaan akan mengalami kerugian dan seterusnya dan gagal membayar dividen-dividen ini.

Kegagalan ini dinamakan ‘Serangan Kajang’ iaitu serangan terhadap Bursa Sahama Malaysia pada 4 fasa iaitu:

1.Fasa 1

24 bulan sebelum PRU14 – bagi mengaut keuntungan untuk membiayai kempen 222 Parlimen dengan suntikan RM2 juta setiap parlimen bagi melaksanakan program-program terus kepada rakyat.

2.Fasa 2

I.12 bulan sebelum PRU14 – bertujuan untuk menjatuhkan ekonomi Malaysia secara sistematik menjelang PRU14 bagi menggagalkan kerajaan mengekalkan BR1M dan dividen-dividen keuntungan lain.

II.Kejatuhan pasaran saham ini akan menyebabkan nilai Ringgit terus merosot dan kerajaan terpaksa meningkatkan OPR dan BLR.

3.Fasa 3

6 bulan sebelum PRU14 – pengambilan keuntungan secara maksima dari pasaran bagi membiayai PRU14 dengan peruntukan RM3 juta setiap parlimen dan RM1 juta setiap DUN.

I.Konglomerat akan menekan kerajaan untuk membolehkan harga barangan tertentu dinaikkan sehingga 20%.

II.Pengurangan kakitangan oleh Pro-Pakatan akan menyebabkan semakin ramai rakyat menganggur dan kadar inflasi akan meningkat.

III.Kadar pengganguran dan kenaikan kos akan mengakibatkan inflasi.

IV.Pembelian Ringgit oleh Multinational Corporations (MNC) asing bagi meningkatkan kadar tukaran Ringgit pada masa sama memaksa Bank Negara kadar tunai dalam negara mencukupi (rujuk 4-II).

4.Fasa 4

I.Menjelang pembubaran parlimen – menjatuhkan pasaran saham ke tahap terendah bagi menyelahkan ketidakyakinan pelabur kepada Kerajaan.

II.Serangan matawang Fasa 2.0 dengan bantuan MNC asing melalui penjualan Ringgit skala besar yang akan menyebabkan ringgit menjadi murah pada kadar minimum RM3.90 per USD.

Semasa puncak kempen PRU13, PAS memperolehi sekitar RM200,000 sehari menerusi kutipan derma semasa berceramah 3 hari menjelang PRU13. PAS dilaporkan memperolehi lebih RM1 juta sehari yang mana dana itu tidak pernah diisytiharkan kepada rakan-rakan Pakatan yang lain.

Ketua Umum sudah berjaya mengawal PAS dengan menaikkan beberapa orang pimpinan PAS peringkat Pusat dan Negeri pada pemilihan baru-baru ini. sekiranya PAS berhasrat keluar dari Pakatan Rakyat, lebih separuh Ahli Parlimen dan ADUN mereka tidak akan menyertai tindakan mereka dan akan keluar parti (PAS) menyertai PKR.

Penjelasan dari Langkah Kajang akan disalurkan terus secara peribadi kepada Ahli Parlimen dan ADUN PAS yang tidak setia kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan akan diseliakan oleh satu jawatankuasa khas yang akan diumumkan kelak.

Ringkasan Eksekutif ini akan menerangkan secara ringkas perihal Langkah Kajang dan Serangan Kajang HANYA sebagai makluman dan pengetahuan sahaja, dokumen lengkap Langkah Kajang adalah SULIT.

Pengarah Strategi
Parti KeADILan Rakyat
30/12/2013

SERANGAN KAJANG

Strategi Langkah Kajang akan menstrukturkan semula pengambilalihan SYABAS dengan mengapungkan SYABAS ke Bursa Malaysia bagi meraih modal. Kumpulan TEMASEK telah bersetuju untuk membeli 27.2% saham SYABAS dengan bentuk pertukaran saham bernilai RM2 bilion. Saham tersebut akan dipindahmilik kepada Kumpulan SEMESTA yang akan menjual semula saham ini dalam negara kepada beberapa orang Korporat Tempatan yang berminat. Transaksi ini akan membawa keuntungan minima dianggarkan sebanyak RM633 juta kerana kenaikan harga saham tersebut.

Urusniaga akan berlaku sebaik sahaja Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid selepas Pilihanraya Kecil DUN Kajang kelak. Tokoh-tokoh korporat tempatan yang terbabit sudah bersetuju untuk mendahulukan sejumlah RM2.8 bilion bagi membolehkan Unit Pelaburan Pakatan Rakyat atau Unit (P) 1 melaburkan wang tersebut ke pasaran saham. Pendahuluan ini akan diberikan 6 bulan sebelum penstrukturan semula Syabas.

Menerusi bantuan beberapa proksi Pakatan dalam Unit (K) 1 (Unit DFI dan Syarikat Pemegang Pelaburan) yang berkuasa terhadap agensi pelaburan kerajaan seperti Bank Kerjasama, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Bank Pertanian Malaysia Berhad, GovCo Holdings Berhad, Khazanah Nasional Berhad, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan lain-lain, serangan secara sistematik terhadap pasaran saham akan dilakukan.

Serangan ini akan membabitkan pembelian jangka pendek selepas jualan jangka pendek saham syarikat-syarikat tertentu yang akan memberi peluang kepada Unit (P)1 membeli saham tersebut semasa harga sedang merudum akibat jualan tersebut. Kenaikan akibat pembelian jangka pendek akan memberikan keuntungan sejumlah RM200 juta setiap hari.
Ini bermakna Unit (P) 1 akan memperoleh keuntungan sejumlah RM4 bilion sebulan.

Dalam tempoh 6 bulan, Serangan Kajang akan menumpukan kepada saham-saham syarikat berkepentingan kepada kerajaan. Unit (P) 1 sudah mempunyai kemampuan kewangan yang mencukupi bagi menyerang secara terancang syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti TNB, TN dan lain-lain. Jualan jangka pendek akan menyebabkan harga saham-saham ini merudum dan akibatnya kerajaan terpaksa menambahkan modal pasaran.

Serangan secara gerila terhadap pasaran saham ini dengan bantuan korporat yang pro-pakatan akan menyebabkan kerajaan mengalami kerugian sekitar RM9 bilion dan seterusnya all-out akan menyebabkan pasaran saham Malaysia jatuh ke tahap paling teruk menjelang PRU14.

MBI – MENTERI BESAR INCORPORATED

Rombakan ini juga akan melibatkan penstrukturan semula MBI melalui pelantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang mempunyai kepakaran dalam pasaran saham sebagai Penasihat Ekonomi Selangor merangkap CEO MBI.

Menerusi Sovereign Wealth Fund; satu dana dibanakan Selangor Urban Development Fund akan dilancarkan bagi membolehkan Menteri Besar Incorporated (MBI) untuk membuka nilai aset di Petaling Jaya dan Klang bagi tujuan pembangunan semula dan pembangunan baru.

Program ini telah mendatangkan minat yang tinggi terhadap beberapa korporat tempatan dan luar negara yang berkesanggupan menaja kempen Pakatan Rakyat. Mereka menawarkan sehingga 25% saham kepada Pakatan dan/atau Proksinya sekiranya proposal mereka diluluskan.

Keberhasilan dari rancangan ini akan memberikan keuntungan tunai anggran RM1.2 bilion setahun menerusi penstrukturan semula pemilikan aset hartanah MBI kepada korporat yang berminat.

MBI juga akan melabur dalam projek-projek yang dicadangkan oleh korporat tertentu dengan nilai syer sehingga 25% kepada Pakatan dan/atau kepada Proksinya dengan aset dan dana pelaburan MBI.

TABUNG KHAS

Menerusi Proksi Pakatan, Tabung Khas dari kutipan ‘tidak terancang’ secara konsisten dari Rakan Perniagaan di Selangor. Kelulusan serta kerjasama daripada PBT bagi meluluskan Lesen Pusat Hiburan, Pusat Rehat dan SPA amatlah penting bagi melancarkan urusan ini.

Sejumlah 273 taikun telah bersetuju untuk menyumbang secara konsisten RM50,000 sebulan bagi tujuan membiayai Langkah Kajang dengan hasil sebanyak RM13,650,000 sebulan.

Sebaik sahaja Khalid digugurkan, sejumlah RM50,000 sebulan akan disalurkan kepada setiap cabang seluruh negara bagi membiayai pergerakan mereka. bakinya akan dijadikan Bajet Tergempar untuk membiayai program-program tertentu.

Dana ini akan diuruskan secara bersama oleh Setiausaha Agung dan Pengarah Strategi.

PENYALURAN DANA LANGKAH KAJANG

KEMPEN SIBER

Kempen yang berterusan akan mewujudkan persepsi yang berpanjangan. Oleh kerana itu, Pakatan Rakyat menerusi dana khas Kerajaan Negeri Selangor akan menubuhkan Pusat Latihan Propaganda Politik yang akan melatih sekitar 50 orang dari seluruh Negara setiap bulan. Latihan ini akan dimulakan dengan latihan kepada senua Jawatankuasa Cabang seluruh Malaysia.

Latihan Intensif Propaganda Siber ini akan dilakukan dengan kepakaran dari Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Intensif seperti pemberian gajet akan mula diagihkan 24 bulan menjelang PRU14 hasil dari dana yang diperolehi dari Serangan Kajang.

Sejumlah 3800 unit mobile devices jenama Samsung akan ditender sebaik sahaja Menteri Besar Selangor yang baru dilantik dengan nilai RM7.6 juta untuk membolehkan semua Ketua Cabang dan jawatankuasa Cabang seluruh Malaysia mempunyai akses internet.

24 bulan sebelum PRU14, sejumlah 5,000 unit laptod dengan nilai anggran RM10 juta akna diagihkan kepada petugas siber Pakatan Rakyat di seluruh Negara. Dari jumlah ini, sejumlah 1500 unit akan diagihkan kepada PACA di seluruh Negara.

12 bulan sebelum PRU14 pula, sejumlah 2,000 unit mobile devices jenama Samsung akan diagihkan dengan nilai RM3.2 juta.

SISTEM

Untuk membolehkan komunikasi masa-nyata (Real-Time) bagi pertukaran maklumat, satu sistem berkomunikasi yang berenkripsi akan dibangunkan. Sistem ini bukan sekadar membolehkan komunikasi tetapi pertukaran gambar, audio, peta dan video dilakukan bagi membolehkan tindakan segera diambil. System ini akan dibangunkan atas teknologi yang sama dengan Whatsapp dan hanya akan dipasang (install) dalam perantian yang dibekalkan sahaja.

RM3.5 juta akan diperuntukkan untuk menyewa Datacenter Racks, pembelian server dan pembangunan perisian.

MULTIMEDIA

Peranan kempen multimedia akan dikembangkan dengan peruntukan sejumlah RM2 juta untuk membiayai penerbitan dokumentari, video dan animasi. Peruntukan ini bertujuan untuk pembelian peralatan video, sewaan premis dan elaun petugas.

Video Multimedia Berdefinisi Tinggi akan diterbitkan dan disebarkan menerusi Laman Sosial seperti Facebook, Youtube dan lain-lain. Penerbitan ini juga akan disiarkan ke dalam semua skrin Bas RapidKL yang dikuasai simpatisan Pakatan Rakyat sepertimana yang pernah dilakukan sebelum PRU13 dahulu tanpa disedari oleh Barisan Nasional.

Menjelang PRU14, stesen TV dan Radio Live Pakatan dengan jenama Pakatan14, akan dilancarkan bagi membolehkan tayangan berdefinasi tinggi dipancarkan menenrusi internet. Tayangan 24 jam ini akan dikendalikan sehingga tamat PRU14.

PENERBITAN INTERNET

Penerbitan internet secara berkala akan dilakukan dengan mewujudkan lebih banyak laman web yang standing dengan Malaysiakini. 2 NGO Pro-Pakatan telah dikenalpasti akan membantu dengan peruntukan RM2 juta selama 24 bulan.

KEMPEN BERSIH

Kewangan yang mencukupi untuk memastikan Kempen Bersih ini lebih berjaya. Sejumlah RM500,000 penajaan akan disalurkan untuk membantu promosi, pengangkutan dan lain-lain penajaan seperti Banner dan T-Shirt.

KEMPEN BOIKOT

Penajaan Kempen Boikot yang dipelopori oleh Pro-Pakatan dalam bentuk Penajaan Banner, T-Shirt, tambang, hotel dan lain-lain akan menjadi lebih hebat sekiranya dana Langkah Kajang disumbangkan kepada mereka. boikot ini amat penting kerana ia menakutkan pelabur dan menyebabkan kerugian kepada perniagaan yang sedia ada.

Kehilangan pekerjaan akan menyumbang kepada kebencian kepada kerajaan dan Pakatan akan mengambil kesempatan membantu sebahagian daripada pekerja ini.

Sejumlah RM200,000 akan diperuntukan dari dana Langkah Kajang untuk membiayai Kempen Boikot ini.

KEMPEN NEGARA-KU

Sejumlah RM200,000 akan disumbangkan kepada kempen Negara-Ku.

KEMPEN ANTI-LYNAS

Sejumlah RM200,000 akan disumbangkan kepada Kempen Anti-Lynas.

SERANGAN EKONOMI

ISIS dengan kerjasama Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan Azrul Azwar Ahmad Tajudin dari Institut Rakyat akan diperuntukan dana RM1.5 juta bagi kempen lumpuhkan ekonomi.

01 02 03 04 05 06 07

sumber:AIDC

PKR Harus Jawap Atau Di Haramkan.

in Berita Utama by

image

Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan PKR membuat penjelasan berhubung tindakan lembaga disiplin parti itu, dipercayai berhubung penyingkiran Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dari parti. 

Pengerusi lembaga disiplin PKR Datuk Tan Kee Kwong mengesahkan beliau menerima surat dari ROS yang meminta beliau hadir ke ibu pejabat ROS di Putrajaya untuk memberi penjelasan. 

Bagaimanapun, surat tersebut tidak menyatakan secara khusus mengenai pemecatan Khalid daripada parti itu pada 9 Ogos lalu. 

“ROS memanggil parti itu berhubung dakwaan salahlaku lembaga disiplin dan pimpinan pusat,” katanya. 

Tambahnya, mesyuarat itu akan berlangsung pada jam 10 pagi esok di Putrajaya. 

Khalid dalam aduannya kepada ROS selepas pemecatan dari parti mendakwa tindakan itu melanggar perlembagaan parti.

Pisau kata ” patut diharamkan sejak dulu lagi”

Hot! Dokumen Rahsia Langkah Kajang Bocor. Serangan Ekonomi,Rompak Duit Rakyat,Jual Syabas Kepada Singapura. Satu Plot Menjatuhkan Kerajaan Secara Subversif. @pdrmsia @najibrazak @kbab51

in Berita Nasional by

Dokumen Langkah Kajang akhirnya bocor..perancangan jahat jangka panjang disenarai secara teliti. Sebab itulah dilihat kalangan pemimpin PKR begitu bersungguh sungguh mahukan Anwar menjadi calon PRK Kajang.

Selangor pula dilihat sebagai lubuk wang berjumlah berbillion ringgit , dengan menyingkirkan Khalid Ibrahim mungkin dilihat peluang lebih besar dan mudah untuk menjarah kekayaan negeri paling kaya di Malaysia.

Mereka juga merancang bekerjasama dengan kongsi gelap,meluluskan lesen lesen hiburan dan pusat maksiat dan hasilnya akan dimasukan kedalam satu tabung yang kemudiannya akan disalurkan ke setiap cabang PKR diseluruh Malaysia.

Projek projek dengan nilai berbillion ringgit termasuk saham saham  korporat juga akan dimasukan kedalam akaun trustee. Agak mengejutkan apabila mereka sendiri merancang menyalah guna kuasa,seleweng wang rakyat malah bersekongkol dengan kongsi gelap.

Peruntukan puluhan juta ringgit juga bakal disalurkan kepada jentera siber ,Pisau lihat ini adalah satu gerakan besar besaran yang mahukan keputusan yang total agar agenda mendapatkan Putrajaya pada PRU14 terlaksana.

Kita dikejutkan kenapa mereka menentang Khalid Ibrahim didalam isu air,rupanya PKR merancang mahu menjual kepentingan Syabas  kepada Kumpulan Temasek dari Singapura dengan nilai pendahuluan lebih 2 billion ringgit bersamaan dengan 27.2% sahama.Kepentingan strategik negara mereka sanggup jual kepada Singapura.. !!

Malah mereka juga merancang untuk menyerang pasaran saham untuk menjatuhkan saham saham blue chip dengan keuntungan lebih 200 juta setiap hari.

Jika perancangan Langkah Kajang terlaksana dengan meletakkan boneka Anwar,sudah pasti kesemua perancangan ini akan terlaksana. Berbillion ringgit wang kerajaan negeri Selangor bakal dicuri malah paling mengejutkan mereka merancang untuk menjatuhkan ekonomi negara.

Menjatuhkan ekonomi negara adalah satu tindakan pengkhianatan kedaulatan negara,malah boleh disamakan dengan kegiatan subversif. Bayangkan puluhan juta rakyat Malaysia bakal menjadi mangsa apabila serangan ekonomi dilaksanakan oleh tentera PKR.

Pisau menyeru agar sebarkan sebanyak mungkin dokumen rahsia PKR ini agar rakyat diseluruh negara tahu pergolakan politik,ketidak tenteram dan tidak harmoni didalam negara kesemuanya berpunca daripada puaka puaka PKR dan haprak pakatan.

Pakatan syaitan ini harus ditentang habis habisan, Dari PKR hinggalah DAP dan PAS ketiga tiga parti ini harus dihapuskan kerana mereka sanggup melakukan apa saja hatta menjatuhkan sebuah negara berdaulat demi kepentingan nafsu politik jahat mereka.

Pisau juga menyeru agar pihak PDRM,SPRM dan juga agensi keselamatan negara menyiasat sepenuhnya dan ambil tindakan dengan segera.

01 02 03 04 05 06 07

Pisau kata ” Langkah kengkang”


Hit Counter provided by Curio cabinets
Pergi ke Atas