Berita telus dan seimbang..

Monthly archive

December 2013

Selepas Bom ,Banyak Lagi Senjata DiTemui.

in Berita Utama by

Haprak pakatan tak habis dengan kerja jahat. Demokrasi yang mengalahkan mereka semasa PRU13 menjadikan mereka mahu melakukan keganasan.

Kita semua sedia maklum haprak pakatan yang terbukti ganas dan jahat ini bakal melakukan provokasi dan mengganas..

Baru baru ini pihak polis menemui bom buatan sendiri dan berjaya menangkap suspek.. Bom tersebut mahu diletupkan semasa rusuhan dilakukan.

Sebentar tadi di sekitar Dayabumi.. Pihak keselamatan menemui beberapa senjata yang dipercayai bakal digunakan semasa rusuhan nanti.

20131231-231537.jpg

20131231-231607.jpg

Haprak pakatan mahu menjatuhkan kerajaan seperti mana berlakunya di Bangkok..

Pisau berharap pihak polis dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dan tangkap anjing anjing ini..

Pisau kata ” harap rakyat biasa tidak terbunuh dan cedera”

Guling Kerajaan: Poster Presiden Pertama Malaysia !

in Berita Utama by

Poster Anwar Ibrahim sebagai presiden telah ditampal di bangunan-bangunan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut di sini.

Pelekat yang tertera tulisan Republik Jatuhkan Kerajaan juga yang memuatkan lukisan beberapa individu memegang bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas.

20131231-195839.jpg

Haprak pakatan mau jatuhkan kerajaan secara kudeta setelah gagal secara demokrasi semasa PRU13..

Jika mereka mahu jatuhkan kerajaan dan mahu menjadikan negara sebagai republik.. nasib raja raja melayu menjadi taruhan.. Pisau percaya majoriti rakyat Malaysia tidak akan berdiam diri..

Pisau kata ” Guna Sosma tangkap puak haram jadah ni”

Hasil Dari Berjimat Cermat Dan Tanpa ” Rasuah” Guan Eng Buktikan Hasilnya Berbaloi!

in Berita Nasional by

Regim DAP yang dipilih rakyat sekali lagi memberi contoh yang baik.. Dalam masa keadaan negara disabotaj ekonomi oleh sendiket penyangak pemborong barangan ,Ketua Menteri memerangkap tokong DAP buktikan cara mentadbir kerajaan negeri dengan cara akauntabiliti,cekap dan telus..

Tahun baru .. kereta pun baru beb..

20131230-220002.jpg

20131230-220011.jpg

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang menerima 15 buah Toyota Camry 2.5 untuk kegunaan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan pegawai kanan di negeri ini.Ketua Menterinya, Lim Guan Eng tiba di Komtar menggunakan salah sebuah kenderaan tersebut dengan nombor pendaftaran PG1 untuk menyerahkan kunci kereta tersebut kepada beberapa ahli Exco termasuk Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mohd Rashid Hasnon, Timbalan Ketua Menteri II, Dr P.Ramasamy, Setiausaha Negeri Pulau Pinang, Datuk Farizan Darus dan Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mokhtar Jait.Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan Penasihat Undang-Undang Negeri itu turut menerima kereta baharu tersebut.Lim berkata kerajaan negeri itu membelanjakan RM113,500 untuk setiap kereta itu dan beberapa kereta lama akan diserahkan kepada jabatan lain di negeri itu atau dijual.Difahamkan enam buah Mercedes Benz dan sembilan kereta Proton Perdana V6 Eksekutif sebelum ini berusia antara 12 dan 21 tahun

Pisau kata ” kerajaan pusat pakai aircord jer”

Desak Pengarah Pelajaran Cina Dan Insentif Kepada Guru Cina Yang Mengajar Mandarin- DAP

in Berita Nasional by

Sejak beberapa hari yang lalu Pisau agak sibuk menguruskan hal anak anak yang bakal memasuki alam persekolahan..

Sempat berbual dengan rakan rakan sekolah yang kebetulan menjadi guru di sekolah sini..

Bila dah berbual panjang macam macam cerita yang keluar.. seperti biasa rata ratanya pro pembangkang..

Apa yang menarik perhatian Pisau apabila ada usaha sedang dibuat oleh guru guru cina Pulau Pinang bagi mendesak agar Pengarah Pelajaran Pulau Pinang yang akan datang dari kaum cina.

Difahamkan Datuk Tarmizi Pengarah Pelajaran Pulau Pinang sekarang bakal bersara wajib pada Mei 2014.

Kemudian Pisau berkesempatan berbual dengan seorang cikgu cina penyokong kuat DAP.. tak kurang menarik ..katanya ini adalah hasil kekuatan DAP di Pulau Pinang ..

Katanya Regim DAP Pulau Pinang yang rata ratanya disokong oleh guru guru melayu akan memberi elaun khas sebanyak RM250 kepada guru yang mengajar bahasa mandarin sama ada disekolah kerajaan atau pun persendirian.

Wang rakyat digunakan untuk di insentif kepada guru guru ini kerana mengajar bahasa Mandarin. Ultrakiasu rasis chauvanis DAP memang cukup anti kepada bahasa Malaysia,Sebolehnya identiti Ke Malaysiaan mahu dihapuskan apatah lagi bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu.

Agak menarik juga apabila Sekolah Menengah SJKC Heng Ee yang pernah dikaitkan dengan kes anak Guan Eng meraba bakal mendirikan banggunan kedua dan menjadikan SMJKC Heng Ee kedua.

Sikap rasis sekolah sekolah cina ini juga menetapkan agar Mata Pelajaran Bahasa Malaysia di darjah 1,2 dan 3 hanya diajar oleh cikgu berbangsa cina sahaja..

Guru guru berbangsa melayu Pisau berharap agar dapat beri sokongan yang lebih kuat lagi kepada regim DAP Pulau Pinang.. Ini kerana ia dapat membantu merealisasikan hasrat regim agar banyak bantuan lagi dapat diberikan kepada sekolah cina..

Sekolah agama rakyat.. lupakanlah cita cita nak dapat bantuan DAP.. apa yang kamu dapat sekarang hanyalah sekupang dua..

Pisau kata ” esok terbang”

Menteri Besar Kelantan U-Turn, Ekoran Desakan ‘Suara Ghaib’

in Berita Nasional by

Mungkin kerana tidak tahan dengan ‘tekanan’ dari pelbagai pihak, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob terpaksa menarik semula keputusan yang telah dibuat sebelum ini untuk tidak menghantar wakil dalam ‘Himpunan Untuk Mengulingkan Kerajaan’.

Ahmad Yaakob yang dipetik melalui akaun Facebooknya mengatakan himpunan yang bakal diadakan itu adalah merupakan gerakan rakyat.

“Saya sepenuhnya bersama kepimpinan Pas tentunya sentiasa bersama-sama gerakan rakyat untuk terus mendesak kerajaan Malaysia mendengar suara rintihan hari rakyat. Jika ada yang berkata bahawa ia bertujuan untuk menggulingkan kerajaan, saya kira ia hanyalah omongan palsu semata-mata kerana takut akan bayang-bayang sendiri,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, pengumuman yang dibuat oleh Ahmad Yaakob sejurus selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan yang di adakan di Bangunan Pas Jalan Dato Pati, Kota Baharu Selasa lalu.

Menurutnya Pas Kelantan telah memutuskan untuk tidak menghantar wakil atau penyokong ke demonstrasi pada tengah malam 31 Disember 2013 dengan alasan, TIDAK BERSETUJU DENGAN SLOGAN, ‘GULINGKAN KERAJAAN’.

Malah keyataan tersebut turut disokong oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah yang berkata usaha untuk menjatuhkan kerajaan secara “Arab Spring” itu sebenarnya tidak membawa sebarang kebaikan sebaliknya membawa banyak keburukan kepada negara.

“Kita di Kelantan sendiri pun tidak pernah membincangkan sama ada perlu untuk kita berhimpun seperti yang diadakan di negeri lain dan bagi Pas Kelantan adalah lebih baik untuk apa sekali pun ia dilakukan mengikut kaedah demokrasi,

Ekoran keputusan yang dibuat itu juga, beberapa Pas kawasan di Kelantan yang sebelum ini merancang untuk turut mengikuti demonstrasi jalanan itu telah bertindak untuk membatalkan penyertaan mereka.

Persoalannya ialah mengapakah, Ahmad Yaakob ‘flip-flop’ berhubung isu ini? Apakah ada arahan dari pihak tertentu yang memintanya agar segera menarik kembali kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini?

Tambah mengelirukan mengapakah kenyataan menyokong himunan jalanan ini hanya dibuat melalui akaun Facebook? Apa yang pasti ialah Ahmad Yaakob mungkin terpaksa akur dengan ‘suara ghaib’ yang meminta segera mengubah pendirian yang dibuat sebeum ini.

Kesimpulannya golongan ulama parti itu masih lagi takut untuk menentang kehendak dan kemahuan kumpulan‘liberal’ yang semakin menguasai Pas.

Akibat Celupar Dan Kurang Ajar,Herald Di Godam.

in Berita Nasional by

Archbishop Murphy Pakiam yang begitu celupar apabila mempersoalkan kerajaan dan umat Islam menghalang pengunaan nama Allah telah membangkitkan kemarahan ramai pihak.

Murphy Pakiam juga turut menghentam dan mengkritikan Ds Najib kononnya mengamalkan politik perbalahan. Sebenarnya siapa yang mahu berbalah sedangkan kelompok evengelist ini cuba mengambil dan menceroboh hak umat Islam.

Murphy Pakiam sebenarnya yang cuba main politik dan mahu berbalah.. Pisau berasakan portal Herald yang digodam adalah menifestasi kemarahan umat Islam..

Pisau kata “bab nama Allah ni ramai yang sanggup mati.. cuma diam tunggu dan lihat saja”

YB Zuraida Sah Tidak Terlibat Skandal Dengan Lelaki Lain..

in Berita Nasional by

Selepas membaca mengenai seorang ahli parlimen yang punya skandal luar nikah.Pisau tertanya tanya siapakah gerangan..

Sumber Pisau yang paling hampir dengan Yb Zuraida MP Ampang telah menafikan bos beliau tidak akan sesekali terbabit dan mempunyai skandal kerana sudah punyai cinta sejati.

Menurut Unspinner YB wanita ini sedang hangat bercinta dan punyai hubungan sulit dengan lelaki lain walaupun sudah berkahwin dan punyai anak..

Selangor Chronicle punya cerita panas mengenai seorang ahli Parlimen yang dikatakan ada hubungan sulit diluar perkahwinannya. Agak-agaknya siapa ye?

Kalau disebutkan nama Ahli Parlimen ini, tentu ada yang tersenyum lebar. Tidak kurang juga yang akan memekik-mekik serta menyatakan ini semua hanyalah FITNAH semata-mata. Sebelum ini, skandal gelapnya telah terdedah tetapi kes berkenaan segera ditutup dengan bijak menerusi cara mendiamkan diri dan menyatakan semua itu hanyalah FITNAH.

Namun kali ini nampaknya, bangkai berulat tidak dapat ditutup dengan sehelai daun lagi. Ramai yang sudah tahu rumahtangganya yang sedang berantakan dan dia sekarang sedang galak bercinta dengan seorang jejaka atau lebih tepat lagi seorang bujang tua yang turut mempunyai jawatan sepertinya iaitu AHLI PARLIMEN.

Selama ini, imejnya begitu terjaga rapi. Para penyokong dalam perbahasan mereka, seringkali menjadikan tudungnya sebagai contoh dan alasan mengapa mereka lebih mempercayai Ahli Parlimen tersebut dan keluarganya berbanding pemimpin-pemimpin UMNO. Walaupun terdapat pelbagai versi cerita daripada orang yang mengaku pernah bersama-samanya, terutama ketika dia menjadi gadis liar yang keluar ikut pintu belakang pada waktu malam untuk berseronok-seronok bersama kawan-kawan sebaya pada tahun-tahun 90-an dahulu, namun kelicikan berlakon dan meraih simpati, berjaya menutup aib berkenaan.

Siapa agaknya dari antara 9 ahli Parlimen perempuan dalam sesi Parlimen kali ini. Hmmm… yang mana anak dua? Cari dalam SINI.

Dinasti Lim Cuba Singkirkan Pemimpin Yang Melawan Mereka

in Berita Nasional by

Isu pergolakan dalaman yang melanda DAP Johor, bukanlah merupakan satu rahsia, ini kerana rata-rata penganalisis politik memang menyedari akan perkara itu. Ketika pilihan raya umum yang lalu, media melaporkan tiga pemimpin kanan parti itu mengambil keputusan drastik dengan meletakan jawatan ekoran marah dengan campur tangan melampau Penasihat parti, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng dalam pemilihan calon di negeri itu.

Mereka yang meletakkan jawatan itu adalah Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Chen Hau, Timbalannya Norman Fernandez dan Setiausahanya, Tan Chen Choon.

Sejurus selepas berakhirnya pilihan raya umum, isu itu dilihat sedikit reda apabila semua pimpinan DAP dilihat agak sibuk menguruskan pemilihan semula CEC parti ekoran aduan yang dibuat oleh ahli parti itu yang mendakwa berlakunya salah guna kuasa dan penipuan dalam proses pemilihan yang dilakukan sebelum ini.

Namun isu pergolakan itu kembali hangat apabila baru-baru ini, penyokong dan ahli DAP dikejutkan dengan gesaan yang dibuat oleh Naib Pengerusi DAP Johor, Ong Kow Meng dan bekas Adun Bentayan, Gwee Tong Hiang. Mereka antara lainnya mendesak agar pimpinan DAP negeri yang diterajui oleh Cheng Hau ditukarkan kepada pemimpin yang lain.

Mereka juga turut menamakan ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dan ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching diangkat sebagai pemimpin yang baru. Ini kerana selain masih muda, mereka juga mendakwa Chin Tong dan Nie Ching mampu dan lebih layak memimpin berbanding Cheng Hau.

Walaupun secara dasarnya kenyataan tersebut adalah merupakan perkara biasa dalam proses demokrasi, namun ramai yang merasakan ia dilakukan ekoran dari arahan pemimpin ‘atasan’ yang mahu menyingkirkan Cheng Hau ekoran tindakannya sebelum ini yang dilihat jelas menentang Kit Siang.

Tambahan pula, Kow Meng dan Tong Hiang sememangnya diketahui tidak mempunyai hubungan baik dengan Dr Boo, semenjak mereka digugurkan daripada menjadi calon parti itu dalam pilihanraya yang lalu. Pemilihan pimpinan DAP Johor dijadualkan berlangsung pada 12 Januari depan.

Cheng Hau sebenarnya tidak begitu digemari oleh dinasti Lim dan puak-puak mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Khususnya apabila dia dilihat begitu lantang mengkritik kepimpinan Lim.

Perkara ini sudah berlaku sebelum pilihan raya umum ke-13 lagi. Oleh demikian, terdapat dakwaan daripada ahli DAP bahawa dinasti Lim sengaja membuat keputusan untuk bertanding di beberapa kawasan yang rata-rata mempunyai undi Cina yang tinggi sekali gus membelakangkan Cheng Hau bersama pengikut- pengikut lain, yang selama ini telah bertungkus-lumus membangunkan DAP Johor.

Cheng Hau merupakan tunjang utama yang berpengaruh dalam membawa sokongan masyarakat Cina secara khusus dan lain-lain bangsa kepada DAP. Cheng Hau juga mempunyai barisan kepimpinan tertinggi negeri yang setia kepada beliau sehinggalah munculnya Kit Siang di Gelang Patah.

Tidak cukup dengan itu, pemilihan Chin Tong dari Pulau Pinang (Bukit Bendera) dan Teo Nie Ching dari Selangor (Serdang) untuk bertanding di Johor juga dilihat sebagai satu usaha untuk mengukuhkan kedudukannya Kit Siang. Kedua-dua mereka ini memang diketahui sebagai orang kuat dinasti Lim.

Malah, dengan kehadiran pemimpin luar di Johor, ia sebenarnya untuk memastikan kuasa dan pengaruh Cheng Hau berkurangan.

Sebagai orang nombor satu dalam DAP Johor, Cheng Hau sebelum ini bermati-matian mempertahankan kuota kerusi untuk parti itu sehingga sanggup bergaduh sakan dengan Pengerusi PKR negeri, Chua Jui Meng. Namun, setelah berjaya mempertahankan kerusi untuk DAP, dia akhirnya terpaksa akur dengan keputusan DAP pusat yang mahu membawa masuk ‘pemimpin pilihan‘ Dinasti Lim itu bagi dijadikan calon parti itu bertanding di Johor.

Sebagai tanda protes, Cheng Hau akhirnya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan bagi memberikan mesej yang jelas kepada Kit Siang. Ini kerana peletakan jawatan itu dilakukan ketika proses pilihanraya umum sedang dijalankan, sekaligus bakal menyebabkan gerak kerja dan kempen parti menjadi tidak tersusun dan kelam kabut.

Bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk terjadi, Kit Siang dan anaknya Guan Eng terpaksa ‘tunduk’dengan beberapa permintaan Cheng Hau yang mahu agar ‘orang-orangnya’ turut diberikan tempat untuk bertanding dan menyingkirkan beberapa nama calon yang merupakan penyokong setia ‘Dinasti Lim’.

Kesimpulannya, walaupun Kit Siang sering menuduh kerajaan sebagai zalim dan tidak demokrasi namun pada hakikatnya dia dan anaknya tidak pernah mengamalkan demokrasi dalam erti kata sebenar sepanjang pemerintahan mereka di dalam DAP. Pada mereka siapa sahaja yang menjadi musuh, harus dihapuskan.

Nampaknya benarlah seperti dakwaan sesetengah pihak, Kit Siang dan Guan Eng sebenarnya merupakan pemimpin yang mengamalkan kuku besi dan diktator.

Dalil Mengapa Guan Eng Dianggap Diktator Dan Tokong Penang

in Berita Nasional by

Ramai yang seakan tidak percaya apabila ada yang mengatakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengamalkan pemerintahan kuku besi dan bersikap ‘diktator’.

Malah tidak kurang juga ada yang mengatakan ia adalah merupakan propaganda Umno semata-mata yang dikatakan cemburu dengan sikap ‘keterbukaan’ Guan Eng yang ingin mencontohi pemerintahan ala Khalifah Islam, Umar Abdul Aziz atau pentadbiran ‘Amar Makruf, Nahi Mungkar’.

Namun sejak dia mengambil alih pemerintah Pulau Pinang daripada Barisan Nasional pada tahun 2008, satu demi satu tembelangnya mula dapat dilihat. Daripada seorang yang kononnya bersikap terbuka kepada Islam dan orang Melayu, dia mula dilihat sebagai pemimpin yang tebal dengan semangat kecinaan dan ‘ultra kiasu’.

Sebagai contoh, sejak terpilih sebagai Ketua Menteri, Guan Eng sering dilihat berlaga-angin dengan Timbalan Ketua Menteri (TKM) yang menjaga kepentingan Melayu dan Islam. Sebelum ini dia dikatakan kurang senang dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, Mohamad Fairus Khairuddin yang juga merupakan Timbalannya pada ketika itu ekoran sikap ‘kemelayuan’ yang ditunjukkan.

Atas sebab itu, Fairus dikatakan telah ‘didesak’ agar melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Adun kerana dikatakan terlibat dengan isu rasuah. Namun siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) akhirnya membuktikan beliau tidak bersalah. Selain daripada itu, pelbagai alasan lain turut diberikan sehingga akhirnya memaksa Fairus untuk akur dengan kehendak tersebut.

Tempat Fairus sebagai Adun akhirnya digantikan pula dengan bekas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim, iaitu Dr Mansor Othman. Sejurus selepas dia berjaya memenangi kerusi DUN Penanti dalam pilihanraya kecil, Mansor akhirnya diberikan jawatan sebagai TKM 1.

Namun Mansor tidak mengambil masa yang lama untuk mengenal hati budi dan sikap sebenar Guan Eng. Ekoran tidak tahan dengan sikap Guan Eng itu, Mansor dilaporkan telah menyelar Setiausaha Agung DAP itu sebagai angkuh, sombong dan dan ‘tokong’.

Kenyataan tersebut dikatakan telah dikeluarkan oleh Mansor pada satu Mesyuarat Strategik PKR tahun lalu yang antara lainnya berkisar mengenai soal pembahagian kerusi di Pulau Pinang pada PRU-13 dan peluang memenanginya. Paling menarik, sahabat karib kepada Anwar itu tidak pernah menafikan kenyataannya yang menganggap anak Kit Siang itu sebagai ‘tokong’ yang sentiasa menagih ‘ketaatan’ dari sesiapa sahaja yang berada di bawahnya.

Ekoran perbalahan tersebut, Mansor akhirnya ditukarkan untuk bertanding di kawasan Parlimen Nibong Tebal berbanding kerusi Dun dalam pilihan raya umum baru-baru ini. Dengan penukaran itu, ia secara tidak langsung membolehkan Guan Eng untuk melantik ‘orang baru’ bagi menggantikan Mansor.

Sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal yang ke-2, Guan Eng mengumumkan Mohd Rashid Hasnon sebagai Timbalannya bagi menggantikan tempat Mansor.

Selain Fairus dan Mansor, Guan Eng turut menerima kritikan dan kecaman dari mantan pimpinan pakatan yang lain antaranya bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dan Zulkifli Mohd Noor. Begitu juga dengan bekas anggota Parlimen PKR termasuk Zahrain Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju). Tidak kurang juga kalangan pemimpin parti di peringkat akar umbi.

Malah bekas Adun Teratai dari DAP, Ying Lee Ha atau lebih dikenali sebagai Jenice Lee turut menyifatkan Guan Eng sebagai ‘Tokong Yang Sangat Berkuasa’ baik di dalam politik Pulau Pinang mahupun kepimpinan DAP seluruh negara.

Jenice mendakwa, ‘kumpulan tokong’ itu sangat berkuasa sehingga tidak ada sesiapa yang boleh melawan mereka. Andai sesiapa bertindak berdepan dengan mereka, maka hayat mereka akan habis di situ sahaja. Bukan sahaja ahli-ahli akar umbi dilihat terpaksa menghambakan diri mereka kepada kumpulan itu, bahkan turut melibatkan hampir semua penyokong parti.
20131223-172229.jpg
Disebabkan sikapnya yang begitu mengikut prinsip, Jenice akhirnya ‘dibunuh’ melalui satu gerakan terancang yang direka khas selama beberapa bulan. Pada saat-saat akhir sebelum pilihanraya, dia dituduh dengan tuduhan yang langsung tidak masuk akal kononnya pembantunya terlibat dengan penyelewengan wang. Dia kemudian dipanggil, disoal siasat dan kemudian digantung keahlian tanpa Jenice sendiri mengetahuinya.

Sikap ‘tokong’ Guan Eng tidak berhenti setakat itu sahaja, dia turut dikatakan mencampuri urusan politik rakan sekutunya Pas hanya kerana tidak berpuas hati dengan kritikan yang dilemparkan oleh pemimpin Pas negeri termasuklah bekas Pesuruhjayanya, Salleh Man.

Pengguguran jawatan Salleh Man itu akhirnya diisi oleh Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu yang juga merupakan sahabat akrab kepada Guan Eng. Disebabkan ‘keakraban’ itu Mat Sabu telah diberikan kedudukan dan imbuhan istimewa dalam sebuah syarikat yang berkaitan dengan kerajaan negeri.

Kesimpulannya kenyataan Guan Eng yang kononnya ingin mencontohi kepimpinan Khalifah Islam hanyalah merupakan retorik semata-mata. Ini kerana pada hakikatnya Guan Eng sebenarnya mengamalkan corak pemerintahan kapitalis dan diktator. Atau dalam bahasa mudah, corak kepimpinan DAP di Pulau Pinang bukannya untuk membela rakyat sebaliknya satu pemerintahan kuku besi yang hanya memberi kepentingan kepada golongan bertaraf elit yang cenderung menyokongnya

Anwar Marah Laporan Economist Intelligence Unit – Social Unrest 2014

in Berita Nasional by

Semalam bukan main kecoh juga di HQ PKR apabila seorang budak intern memberikan laporan kononnya Malaysia tidak berpotensi menjadi negara kacau bilau pada tahun 2014.

Budak intern yang mentah itu begitu yakin, dia dapat menarik perhatian Anwar dengan laporan kononnya Malaysia tidak berada di dalam senarai negara kacau bilau.
Gegak gempita HQ PKR apabila Anwar menyalahkan kebodohan INTERN tersebut sebagai tanda budak itu tidak layak bekerja dengan PKR.

Laporan EIU menyebut bahawa Malaysia berada di dalam kumpulan LOW RISK untuk berlaku kekacauan pada tahun hadapan.

Anwar kemudiannya berceramah tentang keperluan HQ PKR menjadi pemangkin bagi memastikan Malaysia kacau bilau. Itu tugas utama kita di sini, jerit Anwar.
Kalau tidak ada kacau bilau, kita mesti cetuskan kacau bilau. Sebab itu kita buat segala macam anti-GST, anti tol dan sebagainya.
Budak intern itu termenung panjang.
Berdasarkan laporan EIU, antara negara yang berada di dalam kategoru HIGH RISK adalah: Argentina, Bahrain, Bosnia, Egypt, Iraq, Lebanon, Nigeria, Yemen dan Uzbekistan.
Laporan EIU menyebut Malaysia berada seiring dengan negara lain:-
Australia
Canada
Chile
Germany
Hong Kong
New Zealand
Singapore
Taiwan
USA
Anwar mahu situasi ini dirubah. Malahan, dalam tempoh setahun dua, Anwar mahukan negara Malaysia berada di kumpulan HIGH RISK atau VERY HIGH RISK.

Inilah yang dijadikan kayu ukur keberkesanan gerakan PKR dalam setahun dua ini.

Sebab itu apabila Abdullah Sani (Ahli Parlimen Kuala Langat) menjadi Timbalan Presiden MTUC, Anwar cukup gembira dan happy. Abdullah Sani adalah contoh ahli parti yang berkesan mencari pengaruh yang tidak pernah difikirkan oleh kerajaan.

MTUC akan menajdi pemangkin kepada pencetus kacau bilau dalam masa setahun dua ini.

sumber:GelagatAnwar

Pisau kata “RBA terbabit sama dalam gerakan cetus rusuhan mahu gulingkan kerajaan 31December ni.. “

Dap gengster!Hanya Kerana Minta Bantuan,Seorang Lelaki India Di Pukul Dan Dihalau Keluar Oleh Adun DAP.

in Berita Utama by

DAP memang terserlah dengan sikap ultrakiasu chauvanis dan rasis.

Apabila diberi kuasa oleh rakyat, mereka akan menjadi sombong dan cukup angkuh.

Kelmarin di pusat khidmat Adun Bagan Jermal seorang lelaki india di pukul oleh Lim Hock Seng Adun Bagan Jermal.

Paradese Naidu mendakwa beliau dipukul dan dihalau keluar oleh Adun tersebut bersama kakitangan .

Entah kenapa sebegitu kasar dan ganas sikap DAP hanya kerana lelaki india meminta kebenaran untuk komuniti India dikawasan rumah Pangsa Ampang Jajar Butterworth  mengadakan perayaan Ponggal serta meminta sedikit sumbangan kewangan.

Selama 2 jam lelaki India ini menunggu Adun DAP tersebut namun dibalas dengan penghinaan dan dimarahi serta dihalau seperti anjing.

Entah kenapa dilayan sebegitu rupa..Tetapi inilah nasib rakyat Pulau Pinang yang mereka sendiri pilih , regim DAP diangkat bersama Pas dan PKR menjadi pemerintah Pulau Pinang …tetapi rakyatnya dilayan bagai sampah..

Pisau kata ” Lim Hock Seng  mau jadi sama macam gengster tong gas ng wei aik ka”

Convoluted and Warped Distortions of Truth

in Berita Utama by

By Datuk Huan Cheng Guan

Merdeka Center has this uncanny knack of distorting survey results which are not collected via reliable research methods to suit their hidden agenda. Their latest survey to gauge PM Najib’s rating for December is no exception.

To have any credibility, any survey must have foolproof methodology and that includes a representative sample size that has been selected via a suitable sampling method. For a population of 27 million, a sample size of 1005 of which 60 percent are Malays, 31 percent Chinese and nine percent Indians is certainly unrepresentative of the Malaysian population composition and size.

Incredibly, Merdeka Center could still admit that the latest survey was carried out at a time when the government began announcing the rise in petrol prices, abolition of sugar subsidies, efforts to explain the impending Goods and Services Tax (GST), and also the rise in electricity tariff. Isn’t that research bias from the starting point? One does not need to be a rocket scientist to gauge that citizens are likely to lash back at the PM during such a challenging period. The fact remains that our PM is not one to dish out populist policies but will do the necessary for the good of the nation.

How can Merdeka Center use data collected when it is expected that public response would negative and compare it with a time in May 2009 when the PM just took over and morale cum prestige was high? Does this not smack of deliberate bias to elicit the type of results they want to collect to portray the PM in bad light?

We do not know the sampling method used for the 1005 respondents.

Neither do we know the age, gender, class, education and political background of the respondents. How can we be sure that deliberate sampling of anti-PM Malaysians was not carried out?

This is one of the most challenging times for Malaysia and the ruling government is doing their best to nip the problem in the bud AND to counter the lies and damaging propaganda of Pakatan Rakyat. Yet, instead of assessing how the PM’s policies have offset positives, Merdeka Center has done it again – to poison the minds of Malaysians via lies, distortions and convoluted facts.

Anyone can see that Merdeka Center’s survey results show a direct relationship between handouts and the PM’s ratings. The greater the handout (e.g. in 2011), the higher his rating. At the same time, the more protests that are held, the lower his rating. Such results are predictable and can be expected. Hence, it is a total waste of time researching something that even an uneducated person can predict.

Why not study how BR1M has alleviated the economic burden of Malaysians and which ethnic group has benefited most? How about a survey to see how schoolchildren are being influenced by Internet or how regional economic problems have affected Malaysia? Such studies would be not only more meaningful but would be of value if accompanied by constructive proposals as to how problems can be overcome.

But no, Merdeka Center must continue their diatribe against the PM. Why?

Does it have anything to do with the ones who provide the funds for this research center? Who commissioned the survey? Who is funding the center? If they want to achieve credibility, reveal once and for all the sponsors or financial backers. Otherwise, please have the decency to achieve valid results through reliable methodology and representative samples.

If not, just close shop and seek a career change if you cannot get your scientific instruments of research in order.

DESAK TANGGUHKAN KENAIKAN TOL , KERAJAAN WAJAR KAJI SEMULA – Reezal Merican

in Berita Utama by

Cadangan kenaikan kadar tol yang dikemukakan kerajaan wajar dikaji semula secara menyeluruh.

Ini kerana kenaikan dalam sahaja kuantum akan menyukarkan rakyat khususnya di dalam bandar dan dalam kalangan mereka yang sentiasa menggunakan laluan bertol.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, dalam konteks tol, secara spesifisk BN telah berjanji kepada rakyat di bawah tajuk Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan pembangunan Luar bandar untuk mengurangkan bayaran tol secara berperingkat.

“Saya menaruh keyakinan PM akan melihatnya secara lebih komprehensif kerana beliau sendiri mengumumkan kos sara hidup sebagai agenda utama akujanji,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam masa yang sama, Reezal Merican menyeru Kementerian Kerja Raya kajian secaa holistic sebelum menandatangani konsesi tol baharu pada makan datang.

“Ia perlu mengambil kira kadar keuntungan bersesuaian kepada syarikat konsesi berkaitan,” jelasnya.

Antara lebuh raya baharu yang dalam peringkat perlaksanaan kini adalah Lebuhraya Damansara-Shah Alam, Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang Lebuhraya Kinrara-Damansara dan Lebuh Raya Sungai Dua-Juru.

Kesemua lebuh raya baharu itu, katanya, mempunyai implikasi kewangan harian kepada pengguna bandar baik di Lembah Klang .

“JKR juga perlu umum status kajian penstrukturan kadar tol Besraya, LDP dan NPE. Rakyat wajar diberikan pencerahan mengenai kajian semula ini, apatah lagi aoabila ia dinyatakan secara spesifik dalam pelan Strategik Kementerian Kerja Raya,” jelasnya.

Menurutnya, rasionalisasi subsidi mesti dilakukan secara berhati-hati agar ia tidak membebankan pengguna dalam apa sahaja keadaan.

Beradarkan maklum balas rakyat terbanyak, mereka rasa terbeban dengan apa terbina dengan apa yang berlaku sejak kebelakangan ini.-MalaysiaGazette

Anwar Cadangkan Program Baru Bagi Mengganti Seksualiti Merdeka?

in Berita Nasional by

Ketidakhadiran Anwar Ibrahim ke mahkamah pada 11 & 12 Disember lalu bagi mendengar Rayuan Kes Liwat II mengukuhkan kedudukannya sebagai ‘bersalah’ di mata rakyat. Apatah lagi dengan alasan ketidakhadiran itu adalah untuk menghadiri seminar anjuran IIIT di Georgetown University Amerika Syarikat.

Hakikat bahawa IIIT mempunyai sejarah skandal liwatnya sendiri dan University Georgetown juga merupakan antara universiti yang mengambil pendekatan ‘mesra’ LGBT, menjelaskan kenapa Anwar lebih mementingkan seminar tersebut daripada usaha untuk membersihkan namanya di mahkamah.

Bagaimanapun, maklumat dalaman memberitahu bahawa seminar yang dihadiri Anwar hanyalah sebahagian kecil dari tujuan utama beliau ke sana.

Tujuan utama Anwar ke sana, antaranya adalah untuk berjumpa dengan Nate Tisa, iaitu seorang homoseksual pertama yang dilantik sebagai Presiden Pelajar university itu.

Selain Nate, Anwar juga telah mengadakan pertemuan sulit dengan Ryan Fecteau, iaitu jurucakap homoseksual pertama bagi Catholic University of Amerika.

Seperti juga agama Islam, agama Kristian turut mengalami ancaman hebat dari kumpulan LGBT.

Kumpulan songsang LGBT dilihat sebagai telah berjaya meruntuhkan pertahanan Kristian dengan bersaranya Pope Benedict dari Vatican secara tiba-tiba awal tahun ini. Beliau merupakan Pope pertama yang bersara sejak 600 tahun dahulu.

Ramai yang melihat persaraan beliau sebagai bertitik tolak dari ancaman dan tekanan dari kumpulan liberalis yang kurang senang dengan ketegasan beliau menentang LGBT. Keraguan ini dikukuhkan lagi dengan tindakan media barat yang seolah-olah memperlekeh-lekehkan beliau dengan mengaitkan beliau dengan Islam sejurus selepas beliau bersara. Pope Francis yang menggantikan Pope Benedict kemudiannya pantas digambarkan oleh media barat sebagai lebih terbuka terutama terhadap masalah LGBT.

Maka tidak hairanlah, pada hari ini mula terdapat pihak Catholic Kristian yang mula membicarakan, malah mengaku mewakili kumpulan LGBT dalam agama itu secara terbuka. Kononnya, amalan homoseksual tidak semestinya akan menjejaskan iman dan kepercayaan mereka terhadap Jesus Christ.

Kita melihat perjumpaan Anwar dengan beberapa personaliti homoseksual Kristian ini sebagai kesinambungan usaha kumpulan yang sama untuk ‘menembusi’ agama Islam pula. Setakat ini, agama Islam digambarkan sebagai satu-satunya agama yang menentang LGBT sedangkan hakikatnya ia turut dikecam dan diharamkan oleh Kristian dan juga Judaism.

Namun, hari ini hanya Islam yang dijadikan sasaran utama memandangkan Kristian dan Judaism sudah berjaya ditembusi mereka.

Dari situ, kumpulan ini secara tidak langsung mengajak ‘dunia’ menentang Islam atas alasan ajarannya yang ‘rigid’ dan tidak adil.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa 17 Mei merupakan Hari Menentang Fobia Terhadap LGBT Sedunia (International Day Against Homophobia and Transphobia) atau IDAHO. IDAHO disambut besar-besaran di seluruh dunia oleh kumpulan pro-LGBT dengan sambutan terbesar dibuat secara bergilir antara negara yang terlibat. Antara yang menjadi pendokong kuat IDAHO termasuklah Nick Xenophon, ahli parlimen Australia yang beberapa kali berusaha untuk memujuk kerajaan negaranya agar masuk campur dalam PRU Malaysia atas permintaan Ambiga dan Anwar Ibrahim.

Sekadar mengimbas kembali, Anwar juga pernah ke Perancis pada ketika sambutan terbesar IDAHO diadakan dinegara itu.

Khabar menyatakan bahawa perjumpaan Anwar dengan kumpulan homoseksual di Amerika turut membincangkan mengenai sambutan terbesar IDAHO tahun hadapan. Menurut sumber, terdapat cadangan untuk mengadakannya di Malaysia bagi menggantikan program Seksualiti Merdeka yang telah diharamkan oleh kerajaan.

Kita tidak pasti sejauh mana khabaran ini benar. Namun begitu, ketidakhadiran Anwar ke rayuan kes liwatnya dengan sendiri meyakinkan kita bahawa ianya benar belaka.

Justeru, tidak keterlaluan dikatakan bahawa Anwar mungkin bukan satu ancaman kepada negara, tetapi beliau mampu menjadi ancaman kepada akidah dan pegangan kita serta generasi akan datang sebagai umat Islam.

Dan sekiranya masih ada penganut Kristian yang berpegang kepada ajaran Kristian sebenar, maka Anwar juga wajar dilihat sebagai ancaman kepada agama itu. Bagaimanapun, melihat dari perkembangan terkini dalam agama Kristian di Malaysia, nampaknya penganut agama itu di sini juga telah ‘berubah’ mengikut rentak Pope Vatican yang baru, malah jauh lebih terbuka lagi dengan sama-sama membela dan menyokong kumpulan LGBT.

Ahli Pas Gelar Pulau Pinang Darul Syiah

in Berita Utama by

Semalam Pisau bersama ramai kawan kawan dalam Pas.

Perlantikan PJ Pas Pulau Pinang  Mat Sabu bukan disambut dengan rasa gembira oleh ahli Pas.Sebaliknya kalangan pemimpin mereka melahirkan rasa resah..

Ramai ahli Pas Pulau Pinang khususnya dari penyokong Salleh Man, Rosdi Husin dan Hafnan Hamimi melahirkan rasa bimbang dengan perlantikan Mat Sabu.Mereka khuatir Pulau Pinabg akan menjadi “Darul Sampah”

Nampaknya ahli Pas sendiri melahirkan rasa bimbang..Apa yang didedahkan oleh Naib Presiden Umno ada benarnya..

Pisau kata “kalau tak betul buat apa depa nak bimbang”

Mat Sabu Jadi Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Atas Perkenan Lim Guan Eng.

in Berita Utama by

Akhirnya teka teki siapakah Pesuruhjaya Pas Negeri P.Pinang terjawab.  Hari ini Pas mengumumkan Bapa Komunis,penganut syiah atau lebih mesra dengan nama Mat Sabu sebagai pengganti kepada Salleh Man.

Dr Mujahid dikhabarkan yang melobi siang malam hingga ke dalam gereja semata mata mahu menarik perhatian Lim Guan Eng ternyata gagal.

Hubungan mesra seperti adik dan abang diantara Guan Eng dan Mat Sabu menjadi faktor utama kenapa beliau mendapat perkenan DAP untuk menjadi PJ Pas Negeri Pulau Pinang.

Selepas ini bersemarak lah semangat PAS Pulau Pinang untuk berkhidmat lebih jitu, tawadhuk dan penuh istiqamah dalam mempertahankan regim DAP negeri Pulau Pinang.

” PAS melantik Timbalan Presiden Mohamad Sabu sebagai pesuruhjaya baru Pulau Pinang tetapi menafikan menyingkirkan Datuk Salleh Man dari jawatan itu, selepas pergolakan PAS negeri dengan kerajaan DAP sebelum ini.

Perkara tersebut diputuskan selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat di ibu pejabat parti itu dan pengumumannya dibuat Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali petang ini.”

Pisau kata ” Nak jadi pesuruhjaya jaya Pas negeri lobi hingga ke dalam gereja…last2 Mat Sabu potong tang korner “

Banjir: Guan Eng Menjual ‘Impian Pahang’ Pula

in Berita Nasional by

Dalam Konvensyen DAP yang berlangsung Ahad lalu, Lim Guan Eng membuat ucapan yang membuatkan kita tersengih-sengih mendengarnya. Kata Guan Eng, beliau berjanji sekiranya PR dapat memenangi Putrajaya maka masalah banjir di Pahang akan diselesaikan dalam masa satu penggal sahaja.

Mungkin reaksi paling tepat terhadap ucapan Guan Eng ialah dengan memberikan beliau gambar-gambar banjir di Pulau Pinang bersama dengan cermin.

Masalah banjir di Pahang mungkin merupakan sesuatu yang biasa kita dengar walaupun tidak seburuk tahun ini. Tetapi, masalah banjir terburuk di Pulau Pinang yang berlaku pada 2011 dan berulang lagi pada 2013 bukanlah perkara biasa. Sedar atau tidak, negeri itu hanya mengalami banjir yang buruk sejak diperintah oleh DAP.

Kita tidak perlu menjadi pakar dalam bidang geologi untuk memahami kenapa bencana ini terjadi di Pulau Pinang. Cukup dengan melihat dengan mata kasar kerakusan kerajaan DAP membuat pembangunan tanpa menghiraukan kesannya kepada alam sekitar.

Apa yang menarik ialah Guan Eng hampir langsung tidak membuat kenyataan mengenai banjir di Pulau Pinang ketika masalah itu berlaku di sana. Malah, akhbar milik DAP, Roketkini juga bagai segan-segan untuk menyentuh mengenai masalah itu. Tidak salah dikatakan bahawa kerajaan Pulau Pinang lebih ‘selesa’ membiarkan pihak lain untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

Justeru, tentulah jelek sekali apabila dengan tidak semena-mena, Guan Eng menyatakan ‘minat’ untuk menyelesaikan masalah banjir di negeri lain di kala beliau mengabaikan masalah di negeri sendiri. Sedangkan, di Pulau Pinang Guan Eng tidak perlu menunggu untuk mendapat kuasa untuk berbuat sesuatu kerana beliau telah pun berkuasa. Inikan pula untuk menunggu mendapat kuasa dahulu di Putrajaya untuk menangani masalah Pahang.

Jelas, janji-janji DAP mengenai menyelesaikan masalah banjir hanyalah satu lagi produk dalam siri ‘Impian’ parti itu. Sebelum ini, DAP telah menjual Impian Sabah dan juga Impian Sarawak.

Bagaimanapun, kita percaya tidak ada sesiapa yang akan terpedaya dengan promosi mimpi DAP setelah melihat apa yang terjadi di Pulau Pinang. Jangankan DAP menyelesaikan apa-apa, tetapi DAPlah yang menjadi punca masalah banjir buruk di negeri itu.

Sekiranya berkuasa, kita pasti DAP tidak akan membiarkan walau sekangkang kera tanah yang tidak dibangunkan di negara ini. Jika perlu dirampas secara paksa atau dibina bangunan secara haram juga DAP akan tetap membangunkan setiap inci tanah demi apa yang dipanggil mereka ‘keuntungan’.

Oleh itu, sekiranya DAP berjaya merampas Putrajaya, maka bersedialah kita semua untuk menghadapi banjir yang jauh lebih besar lagi di seluruh Malaysia. DAP pula akan menjaja bencana itu sebagai ‘keuntungan negara’.

Sesungguhnya, keuntungan bagi kerajaan DAP dan pemaju merupakan kerugian kepada rakyat marhaen dan juga alam sekitar.

Bagaimanapun, memandangkan masalah CEC DAP masih belum selesai sepenuhnya, maka kita bolehlah menganggap yang ucapan Guan Eng itu dibuat dalam Konvensyen yang berlangsung dalam ‘mimpi’nya sahaja.

Tindakan Kerajaan Dedah Syiah Amat Tepat – Nik Abduh

in Berita Nasional by

Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz bersetuju dengan langkah kerajaan mendedahkan golongan Syiah di negara ini supaya dapat dibendung daripada terus merebak.

Nik Abduh yang juga anak Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz dilaporkan FMT berkata golongan Syiah tidak boleh duduk bersama dengan pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana akan berlaku perbalahan.

Katanya, apabila bilangan mereka (Syiah) semakin besar, permusuhan akan menjadi lebih kuat, sebab itu amat tepatlah apabila kerajaan mahu bertindak tegas ke atas penyebaran fahaman berkenaan.

“Golongan Syiah mempraktikkan amalan bida’ah yang sangat teruk seperti tindakan mereka memburuk-burukkan sahabat Rasulullah SAW dan ini adalah ajaran sesat yang tidak boleh dibiarkan berkembang di negara ini,” kata beliau ketika menyampaikan kuliah di hadapan pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan semalam.

Bercakap kepada pemberita selepas kuliah itu, beliau berkata isu Syiah adalah serius yang boleh membawa perpecahan dalam masyarakat, namun tidak wajar sekadar dipolemikkan di luar kamar mahkamah sehingga mengundang rasa tidak percaya orang ramai.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata, tindakan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan ’10 maklumat’ mengaitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah perlu disusuli dengan pendakwaan di mahkamah bagi membuktikan kebenaran tuduhan itu.

Beliau berkata, kerajaan perlu bersedia dengan rakaman lengkap yang menunjukkan aktiviti didakwa dilakukan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, contohnya solat sebagaimana kaedah orang Syiah, menganggap ajaran Syiah tidak sesat serta mengucapkan perkataan yang berlawanan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Menurutnya, pendedahan semalam bukan bermaksud sudah terbukti dakwaan (Mat Sabu) Syiah, itu bukan pembuktian lagi kerana perlu disahkan kebenaran di mahkamah, kalau setakat begitu sahaja, orang tidak akan percaya.

“Syiah ini ada tanda-tanda, antaranya bagaimana dia sembahyang atas batu, percakapan dia yang menyalahi Ahli Sunnah Wal Jamaah, menganggap Syiah sama dengan ahli sunni iaitu tidak sesat, percakapan yang menghina sahabat Rasulullah SAW dan mengungkapkan kalimah-kalimah yang merupakan satu dosa di sisi Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Oleh itu KDN perlu memberi bukti yang cukup bahawa Mat Sabu mengucap kalimah syahadah yang tak sama dengan kalimah syahadah Ahli Sunnah Wal Jamaah, dan cara beliau solat mengikut orang Syiah sebelum mahkamah mengesahkan buktinya itu,” katanya.

Sementara itu, bekas aktivis Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai CN Al-Afghani dilaporkan Utusan mendesak Mat Sabu membuat sumpah laknat untuk membuktikan beliau bukan cenderung sebagai pengikut Syiah.

CN Al-Afghani yang juga sahabat baik Mat sabu selama 20 tahun mendakwa beliau mengetahui rahsia sebenar Timbalan Presiden PAS itu, malah perkara sama juga turut diketahui oleh pucuk pimpinan parti.

Dakwanya, kalangan sahabat rapat terutama dalam kelompok aktivis parti lebih selesa memanggil Mat Sabu dengan panggilan ‘imam’ walaupun pemimpin nombor dua PAS itu bukannya daripada kalangan ulama.

Selain itu, CN Al-Afghani juga menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan Mat Sabu bagi menjelaskan kepada rakyat mengapa Timbalan Presiden PAS itu sering kali dikaitkan dengan Syiah dan kenapa tiada tindakan diambil daripada parti.

“Sebab itu saya cabar Mat Sabu buat sumpah laknat untuk nafikan beliau bukan cenderung sebagai pengikut Syiah. Tak payah pergi mahkamah. Sumpah laknat ini tidak memerlukan kos tetapi hanya perlukan kejujuran.

“Saya juga cabar pucuk pimpinan tertinggi PAS buat perkara sama kerana saya tahu mereka sedar siapa Mat Sabu,” katanya. -AIDC

Cepat Sangat Tuduh Tabung Haji Tak Patuh Syariah…

in Berita Nasional by

Baru baru ini Pisau menerima mesej yang diforwardkan melalui whatsapp mengenai seorang Islamic Financial Planner yang mendakwa kononnya Tabung Haji pelaburan bernilai RM482 Juta yang disifatkan mempunyai ‘Risiko Kepatuhan Syariah’ atau Risk of Syariah Non Compliance.

Suzuardi Maulan ni dikatakan begitu pakar mengenai pelaburan hingga mendakwa pelaburan Tabung Haji mempunyai sejumlah pelaburan yang tidak mematuhi shariah,Dakwaan beliau amat serius apatah lagi ia membabitkan kepentingan orang ramai secara tidak langsung menimbulkan keraguan sumber kewangan Tabung Haji bersumberkan dari sumber yang meragukan.

 

tabung haji 00eeDakwaan beliau kini sudah tersebar dengan banyak hinggakan seolah apa yang dinyatakan benar benar belaka tanpa merujuk dari sumber yang tepat,apa salahnya Suhardi merujuk kepada pihak Tabung Haji sendiri untuk mendapat kepastian sebelum membuat tuduhan yang melulu.

“Pakar” ini rupanya  gagal untuk menerangkan sebab  status saham yang baru terkeluar dari senarai patuh syariah oleh SC yang masih dipegang oleh TH
SC telah membuat review polisi untuk syarikat patuh syariah. SC sendiri punyai jawatankuasa syariah yang memantau malah TH amat menitik beratkan agar mematuhi polisi kerana ini membabitkan halal dan haram.

Antara kriteria penyaringan yang ketara penukarannya adalah dari segi,:

1. “Conventional Income Level”
2. “Conventional Debt Level”
3. “Conventional Cash Deposit Level”

Apabila ditukar kriteria maka banyak syarikat yang dulu halal jadi kurang halal.TH mempunyai 6 bulan untuk menjual saham-saham syarikat yang sudah tak boleh kekal patuh syariah.

Suzardi sepatutnya baca habis guide line majlis penasihat Syariah SC sebelum bagi komen yang TH ada tempoh untuk jual saham saham tu. TH ada masa 6 bulan untuk buat keputusan.

Beliau mempersoalkan tindakan yang dibuat oleh pihak Tabung Haji [TH] yang membuat pelaburan kepada beberapa syarikat syarikat yang tersenarai untuk urusniaga di Bursa Malaysia tetapi syarikat syarikat tersebut yang tidak disenaraikan oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti sebagai Syariah Compliance.

Namun begitu syarikat-syarikat tersebut juga diberi masa selama 6 bulan (sehingga 31 Mei 2014) untuk memastikan mereka kembali mematuhi syarat patuh syariah terbaharu yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti.
Sebagai contoh pada 3 Disember 2013, SP Setia telah membuat pengumuman bahawa syarikatnya akan kembali tersenarai patuh syariah dengan penstrukturan yang telah dilakukan.
Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti juga menyatakan bahawa semua pelabur yang memegang saham-saham syarikat yang terlibat dibenarkan menyimpan dividen atau keuntungan modal hasil dari pelupusan sekuriti tersebut sepanjang tempoh 6 bulan ini dan pendapatan tersebut masih diklasifikasikan sebagai patuh syariah.
Sebagai pemegang saham, TH telah mengambil tindakan yang proaktif melalui perbincangan dengan syarikat-syarikat yang terlibat bagi mengenal pasti prospek syarikat tersebut kembali patuh syariah dalam masa yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti.
Ahli-ahli Jabatan Pelaburan, Panel Pelaburan, Panel Shariah dan Lembaga Pengarah TH sentiasa memantau semua aktiviti pelaburan TH bagi memastikan pelaburannya sentiasa patuh syariah.
TH sentiasa mematuhi syarat dan peraturan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dalam membuat pelaburan bagi menjamin pelaburannya sentiasa patuh syariah. TH mempunyai masa enam (6) bulan untuk menyimpan dan menjual saham-saham tersebut sehingga 31 Mei 2014.
Garis panduan ini boleh dirujuk di lamansesawang Suruhanjaya Sekuriti.

Kenapa Rusuhan di Singapura Tidak diPerbesarkan CNN?

in Berita Nasional by

Ahad lalu, jiran kita iaitu Singapura yang menjadi kiblat masyarakat Cina di Malaysia menyaksikan rusuhan terburuk dalam sejarahnya. Kira-kira 400 perusuh telah membuat kacau memusnahkan harta awam serta membakar kenderaan di kawasan Little India. Ia berpunca dari seorang lelaki India berusia 33 tahun telah mati dilanggar oleh sebuah bas ketika melintas jalan.

Pihak berkuasa negara itu mengerahkan lebih 300 anggota keselamatan untuk meleraikan rusuhan. Sehingga kini 27 orang telah ditangkap manakala 18 orang termasuk polis dan juga pemandu dan konduktor bas, telah cedera dalam rusuhan tersebut.

Bagi sebuah negara kecil iaitu 714.3 km/p dengan populasi lebih kurang 5 juta, rusuhan yang melibatkan 400 perusuh dan kemusnahan yang berlaku pada Ahad lalu, bukanlah besar, tetapi bukan juga kecil. Apatah lagi bagi sebuah negara yang sering mendabik dada sebagai lebih bijak dari kebanyakan negara di dunia, yang meletakkan kedudukannya sebagai setaraf dengan negara maju di barat dan memandang rendah pada rakan-rakan Asianya.

Rusuhan yang buruk dalam negara ini yang turut terkenal dengan undang-undang yang ketat tentunya merupakan satu berita hangat.

Namun, pelik sekali apabila media barat, terutamanya CNN tidak pula memberi liputan meluas mengenainya. Sedangkan selama ini CNN cukup berminat dengan berita sebegitu. Malah, rusuhan kecil juga sering diperbesar-besarkan, diulang-ulang dan dibincang berkali-kali dalam program-program mereka.

Demonstrasi BERSIH atau Blackout atau Himpunan Kebangkitan Rakyat di Malaysia, misalnya, sering mendapat liputan meluas di CNN walaupun tidaklah seburuk mana. Benar, jumlah pendemonstrasi lebih ramai dari Singapura tetapi perlu diingatkan bahawa Malaysia juga lebih besar dari Singapura dengan jumlah penduduk 23 juta iaitu hampir 4 kali ganda. Pun begitu, kesannya tidak seburuk yang berlaku di Singapura.

Dalam setiap demonstrasi di Malaysia kita boleh melihat bagaimana sebahagian dari mereka yang berada di tempat kejadian bukannya turut berdemonstrasi, tetapi sekadar ingin melihat sendiri kekecohan itu, tanpa sedikit pun merasa takut. Jelas, rakyat negara ini cukup yakin dengan kecekapan polis menangani manusia-manusia tidak bertamadun yang menjadikan demonstrasi sebagai hobi.

Bagaimanapun, demonstrasi di Malaysia pasti menarik minat media barat. Beberapa pemimpin barat turut memberi perhatian sehingga ada yang membuat kenyataan seolah-olah ingin mengajar, kalau pun tidak memberi tekanan kepada Malaysia. Media barat juga sedaya upaya cuba menggambarkan seolah-olah Malaysia tidak lagi selamat. Walhal, rakyat Malaysia sendiri hanya memandang demonstrasi itu dengan sinis sahaja tanpa sedikit pun merasa terancam kerana tahu bahawa ia dilancarkan tanpa sebab yang konkrit tetapi sekadar untuk mencari publisiti di media asing.

Berbeza dengan demonstrasi di Singapura, rakyat dan kerajaan negara itu jelas terlepas pandang akan sesuatu yang telah lama terpendam di hati manusia yang menduduki negara itu.

Sesuatu rusuhan seganas itu tidak mungkin tercetus hanya kerana satu insiden seperti kemalangan. Rusuhan ganas adalah kemuncak dari rangkaian keadaan atau peristiwa yang menyebabkan ketidakpuasan hati dan kemarahan terpendam lama.

Memandangkan yang terlibat adalah warga asing yang kebanyakannya dari India dan Bangladesh, maka kemungkinan besar rusuhan ini berkait rapat dengan cara Singapura melayan pekerja asing di peringkat bawahan atau buruh kasar. Tahun lepas, warga asing dari China yang menjadi pemandu bas di negara itu juga telah melancarkan mogok kerana tidak puas hati terhadap layanan dan gaji yang diterima mereka.

Ini menguatkan persepsi mengenai trend menindas golongan bawahan di Kota Singa itu. Persepsi ini amat menepati sikap kiasu kaum Cina yang mendominasi negara itu.

Bagaimanapun, sepertimana CNN tidak begitu berminat dengan rusuhan ganas di Singapura, begitu jugalah kumpulan-kumpulan pejuang hak asasi manusia di barat tidak begitu berminat dengan golongan yang tertindas di Singapura.

Nampaknya, Singapura mendapat layanan istimewa dari barat. Segala keburukan negara itu tidak akan dihebahkan dan sebaliknya hanya kebaikannya sahaja yang ditonjolkan. Ini mengukuhkan anggapan ramai bahawa Singapura merupakan ‘adik’ kepada Amerika Syarikat atau lebih tepat kumpulan Neo-con yang sedang bermaharajalela di seluruh dunia melalui operasi pertukaran rejimnya.

Justeru, tidak hairanlah apabila CNN hanya memberi liputan ‘melepas batuk di tangga’ mengenai rusuhan di Singapura kerana imej negara itu perlu dijaga agar ia dapat terus menjadi mata, telinga ataupun ‘alat’ Amerika Syarikat di Asia Tenggara, dalam usaha kuasa besar itu untuk menguasai dunia.

Diskriminasi ambil pekerja, gaji;Realitinya Cina saja boleh ajaq bangsa melayu!

in Berita Nasional by

Diskriminasi dan sikap majikan berbangsa cina yang rasis bukan cerita baru..

Selepas Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyelar amalan diskriminasi kaum dalam pengambilan pekerja dan menggesa kerajaan mengambil tindakan, beberapa kesatuan sekerja lain turut tampil menyatakan pendirian sama.

Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia (TWU), Tan Sri Zainal Rampak berkata, amalan diskriminasi seperti itu sudah lama wujud dan disifatkan sebagai tidak menepati cita rasa gagasan 1Malaysia.

“Majikan kaum Cina bukan sahaja mengamalkan diskriminasi kaum dalam pengambilan pekerja melalui syarat wajib penguasaan bahasa lain, selain bahasa Melayu dan Inggeris tetapi juga dalam pembayaran dan pelarasan gaji.

“Walaupun terdapat kakitangan Melayu yang berkelulusan dan berinovasi tinggi, mereka tetap tidak mendapat peluang yang sama rata seperti dimiliki pekerja kaum Cina,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang kerajaan diminta mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang mengamalkan diskriminasi kaum dalam pengambilan pekerja seperti mensyaratkan penguasaan bahasa lain, selain bahasa Melayu dan Inggeris.

chinese

Kenapa Pisau kata “melayu ni cina saja boleh ajaq.”

Kita boleh lihat di sekeliling hidup kita,setiap hari di tempat kerja atau pun soal POLITIK.

Tempat Kerja /Majikan.

1. Orang melayu tak boleh ada boss atau majikan melayu,kalau ada boss melayu, mulalah merungut boss tak adil,nak dapat cuti susah,nak naik pangkat susah & tak sporting.

2. Ada jugak yang merungut boss melayu ni berkira sangat, nak corner baring sikit tak boleh,nak mengulat(curi tulang) sikit pun tak boleh.

3.Bila keadaan tak menyebelahi atau mengikut kehendak diri kita,maka hukuman di jatuh kan, “Baik aku kerja dengan boss cina,senang sikit”

ayat seperti di atas memang ada didalam hati si bangsa melayu ini.merelakan bangsa lain menjadi tuan,walhal tidak memandang atau berfikir si boss melayu ini menjalankan kerja dengan amanah & berkira tentang halal haram di tempat kerja.

Atas sifat apa yang ada di dalam hati? busuk ,dengki atau pun tidak boleh sebangsa menjadi boss kepada diri sendiri.

4. Maka nya, apabila boss melayu tadi ditukar ke department lain, maka datang lah seorang boss baru berbangsa cina.

5.Bila ada seorang boss cina, nak tahu apa akan terjadi, kerja nya tak cakap banyak,serius,tak boleh hanky panky,tak ada lebih kurang,semua kena betul.time solat pun tak boleh,kalau nak pergi hanya 5 minit.nak cuti pun susah.
(sebab apa pisau kata tak boleh hanky panky,sebab anak buah dia melayu,so si boss ni berkira lah)

6. Part yang paling best, time naik pangkat atau ambik staff baru untuk jawatan yang lebih tinggi,dia ambik bangsa dia atau pun bukan melayu, nak tau kenapa? sebab melayu hanya layak duduk di bawah,di perintah macam kuli batak.

7. Justeru,apabila berlaku nya senario begitu,maka berlaku lah kesedaran di hati,alahai,dulu boss melayu takde pulak macam ni,dia tak pernah berkira tentang masa pergi bersolat,nak pergi solat jumaat,balik office lewat sikit pun tak apa,kalau nak cuti raya pun boleh ambil cuti advance sempat la balik rumah mak mentua yang jauh2.

8.Soal nya boss cina rasis,dia mengutamakan bangsa sendiri,selesa berkerjasama dengan boss yang berbangsa sendiri,apa apa pun dahulukan bangsa sendiri.Tetapi adakah boss melayu lakukan perkara yang sama,barangkali tidak,kerana apa? sebab nya boss melayu tidak melihat kepada warna kulit.

9.Adakah kita sedar,orang melayu selesa berkerja di bawah boss bukan melayu? secara tak langsung anda rela bertuankan bukan melayu.

Apabila timbul nya soal soal sebegini, adakah anda pernah terfikir betapa anda di diskriminasi secara tidak sedar? Mendiskirminasi boss melayu anda, dan ada di diskriminasi oleh boss bangsa lain.

Pisau tidak menuduh semua boss bukan melayu sebegitu,tetapi perkara ini terlalu banyak berlaku,buat yang bukan melayu,anda harus terima hakikat,perkara ini benar benar berlaku.Jangan hipokrit.

Pisau ambil satu lagi contoh.

Pekerja melayu apabila berkerja dengan tokeh melayu,pelbagai karenah di timbulkan,malas berkerja,cuti pun kerap,datang kerja lewat,merungut gaji bayar rendah.
Tetapi apabila berkerja dengan tokey cina, rajin pulak datang kerja,cuti memang lah tak dapat,pasal susah tokeh cina nak bagi cuti,datang lewat comfirm dah kena buang kerja , soal gaji memang lah lebih sedikit.

Nampak tak di mana kekurangan dan kelebihnya? Cina ajaq melayu dengan duit,tapi diperlakukan seperti hamba?dalam tak sedar,anda menjadi rajin hanya diperhambakan dengan duit gaji lebih yang tak seberapa,boleh jadi kerja dengan tokeh melayu gajinya RM1200,tapi kerja dengan tokey cina gajinya RM1500, hanya perbezaan RM300 anda tunduk “YES BOSS”

Mungkin akan ada yang menidakkan akan hal nya begini,kerana apa, mungkin ada tidak pernah mengalami atau terdengar cerita cerita begini, contoh banyak di Penang datang dan bertanyalah orang orang di sini.

Buat mereka yang pernah mengalami,dia yang makan cili akan terasa pedas nya.

Kemudian Pisau tertarik dengan artikel yang dipetik dari akhbar cina ..di negara ini kononnya bangsa yang menguasai ekonomi lebih 90% dinegara ini mengeluh kononnya ditindas oleh kerajaan… Anda bandingkan sendiri diluar sana …terutamanya di bandar bandar besar hinggalah dipekan pekan kecil..siapa yang menguasai siapa.. Usahawan melayu akan disabotaj dan diboikot sampai mampus.. pergilah di mana mana pasaraya…anda bandingkan sendiri berapa peratus barangan keluaran bumiputra dan bukan bumiputra..

KELUHAN ORANG CINA

PERASAAN tidak berpuas hati peniaga dan orang Cina terhadap dasar kerajaan yang disifatkan menekan mereka turut diulas oleh akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh 10 Disember 2013.

Artikel bertajuk ‘Masyarakat Cina tertunggu-tunggu penyelamat’ yang ditulis oleh penulis yang menggunakan nama samaran Choo Han disiarkan dalam ruangan Pendapat Yuan Lun halaman W3.

Pada zaman Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, orang Cina telah dilabel sebagai penyokong komunis. Kesetiaan mereka terhadap tempat kelahiran iaitu Tanah Besar China menjadikan kaum ini sasaran pihak-pihak yang berdendam dengan mereka sehingga berlaku kejadian tidak diingini.

Ketika pemerintahan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein iaitu selepas diadakan hubungan diplomatik dengan China, barulah sumbangan orang Cina di negara ini ditagih terutama dalam membangunkan perdagangan dan ekonomi negara. Tetapi pada zaman Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn, orang Cina kembali menjadi warganegara kelas kedua.

Kebenaran hakikat itu tidak perlu disangsi dan dipertikaikan. Antaranya, orang Cina dilarang sama sekali mendominasi bidang politik. Sebab itu, parti-parti Cina, sehingga sekarang hanya memainkan peranan sebagai pengikut telunjuk dan dikuasai oleh orang lain.

Walaupun wujud layanan tidak adil, sumbangan masyarakat Cina dalam pembangunan ekonomi negara memang tidak boleh dinafikan lagi. Ramai usahawan Cina berjaya, walaupun mereka memulakan perniagaan dengan sehelai sepinggang dan tangan kosong.

Mereka berusaha gigih dengan titik peluh sendiri untuk meneroka bumi ini dan juga menggunakan pengalaman beberapa generasi sehingga akhirnya menikmati kejayaan dalam bidang perniagaan.

Hakikatnya Malaysia memang memerlukan sumbangan peniaga Cina terhadap pembangunan ekonomi negara ini dan ia seperti anggota badan yang tidak boleh dipisahkan kerana saling memerlukan antara satu sama lain. Bagaimanapun, peniaga Cina kini mengalami tekanan apabila kerajaan secara berterusan memperkukuhkan dasar ekonomi bumiputera.

Dasar yang telah dilaksanakan sejak sekian lama, telah menampakkan kesan positif apabila banyak sektor perniagaan telah dikuasai golongan bumiputera.

Penguasaan ekonomi oleh bumiputera yang semakin hari semakin meluas ini telah memberi kesan kepada peniaga Cina apabila terdapat di kalangan mereka yang jatuh merudum dalam perniagaan. Mereka tidak mendapat sokongan parti-parti Cina yang lemah dan dan tidak henti-henti menghadapi persengketaan dalaman.

Memang diakui peniaga Cina boleh mengorak langkah untuk mengembangkan perniagaan di luar negara dan bersaing ke peringkat antarabangsa, tetapi terdapat juga yang tidak mampu berbuat demikian dan perlu memberi tumpuan berniaga dalam negara.

Peniaga ini menghadapi tekanan yang semakin ketara. Keluhan mereka tidak habis-habis dan kisah sedih yang diluahkan mereka ini memang benar dan nyata.

Di saat kita menghadapi keadaan yang amat pahit ini, diharapkan masyarakat Cina dapat berteriak sekuat-kuatnya sehingga orang pekak dapat mendengarnya.

Kita juga perlu mengeluarkan buah fikiran dan idea-idea bijaksana bagi menyelamatkan masyarakat Cina.

 

Pisau kata “Cina saja boleh ajaq melayu,baru boleh sedar, ada faham ka?”

“Black Hawk Down”: Akhirnya AS ucapkan terima kasih , Tapi Tak Masuk CNN.. Ikhlas?

in Berita Nasional by

Akhirnya US ucapkan terima kasih kepada Malaysia yang terlibat sepenuhnya menyelamat askar mereka ketika terperangkap di Mogadishu. Seharusnya ucapan terimas kasih bukan saja mendapat liputan media tempatan,sebaliknya Media US harus juga menerangkan perihal sebenar bahawa askar melayu yang menyelamatkan mereka.Insiden ini telah berlaku 20 tahun yang lalu, apatah lagi menjadi panas semula apabila Hollywood mengabadikan menjadi sebuah filem aksi. Namun didalam filem tersebut jasa mereka yang menyelamatkan askar US dilupakan terus seolah tidak dihargai. 2 perajurit Malaysia terkorban bagaikan tiada makna buat pihak US..

 

black-hawk-down-bluray

NSS_BLACKHAWK
PANGLIMA Angkatan Tentera, Zulkifeli Mohd Zin menerima sijil pengiktirafan Full Training Capability daripada Tom Kelly pada majlis penyerahan sijil itu dan pelancaran Blueprint Pusat Pengaman Malaysia, di Telok Kemang, Port Dickson hari ini. – UTUSAN/MD.SHAHJEHAN MAAMIN

 

TELOK KEMANG 13 Dis. – Amerika Syarikat (AS) secara rasmi hari ini mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah menyelamatkan tentera negara tersebut di Mogadishu, Somalia selepas 20 tahun kejadian itu berlaku.

Biarpun kisah pengorbanan tentera Malaysia yang menyertai operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOSOM II) pada 3 dan 4 Oktober 1993 itu tidak pernah didedahkan malah tidak langsung dipaparkan dalam filem berjudul Black Hawk Down arahan Ridley Scott pada 2001, pengisytiharan itu amat membanggakan ATM.

Pemangku Penolong Setiausaha Negara Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly berkata, negaranya amat terhutang budi dengan pengorbanan anggota ATM yang disifatkan sebagai berani mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan tentera elit AS yang ketika itu terperangkap dalam serangan militan Somalia.

“Jasa tentera Malaysia ini akan dikenang dan AS mengucapkan jutaan terima kasih di atas tindakan berani pasukan ATM untuk menyelamatkan anggota kami dalam kejadian 20 tahun lalu itu.

“Malah dalam kejadian itu seorang anggota tentera Malaysia telah kehilangan nyawa selain sembilan tercedera dalam operasi menyelamat di Mogadishu itu,” katanya,

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Pengiktirafan Full Training Capability dan Pelancaran Blueprint Pusat Pengaman Malaysia, di Telok Kemang, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Pisau kata ” tak masuk CNN pun?”

Terjawap Sudah..Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Punca Ahli Parlimen Pembangkang Tak Ada Modal Nak Hentam SPR

in Berita Nasional by

Post mortem SPR yang dikeluarkan semalam adalah berhubung kesukaran Pegawai Pengurus Pilihanraya untuk mengesan status bermaustatin seseorang calon kerana terdapat sesetengah calon yang tidak tinggal dialamat seperti yang diisi dalam borang atau mengikut kad pengenalan mereka.

SPR akan mengatasi perkara ini dan akan menyediakan panduan kepada pegawai Pengurus Pilihanraya bagi menentukan status bermaustatin seseorang calon.

Peraturan Pilihanraya yang ada hari ini menetapkan seseorang yang ingin masuk bertanding bagi kerusi DUN dia harus tinggal di negeri yang dia bertanding. Manakala untuk bertanding kerusi Parlimen pula dia boleh tinggal dimana-mana asalkan dalam Malaysia.
Masalah bertanding tak ikut kawasan ini kebiasaannya timbul di sebelah pihak pembangkang. Orang Johor bertanding di Kelantan. Orang Melaka bertanding di Pulau Pinang. Orang Pulau Pinang bertanding di Kedah. Malah dalam PRU yang lepas kita boleh lihat bagaimana orang Negeri Sembilan pergi bertanding di DUNun Sungai Acheh, Pulau Pinang.
Sebabnya mereka bukan nak jadi wakil rakyat atau berkhidmat kepada rakyat sangat. Mereka nak guna rakyat sebagai rubber stamp untuk mengesahkan mereka bergelar YB.
Peraturan menjadi calon yang ada pada hari ini kelihatan agak longgar. Saya ingin mencadangkan kepada SPR agar perkara ini dipinda dan diperketatkan supaya rakyat tidak menjadi mangsa percaturan politik parti-parti politik. Dalam masa yang sama juga kita dapat melahirkan wakil rakyat yang lebih bertanggungjawab.

Apabila ada wakil rakyat yang lebih bertanggungjawab pembangunan rakyat dan kawasan yang mereka wakili juga akan lebih mantap.

Contoh terbaik dalam kes ini adalah Lim Kit Siang. Dia sering lari dari satu Parlimen ke satu Parlimen lain. Daripada Melaka ke Selangor ke Pulau Pinang ke Perak dan sekarang di Johor. Dimana tempat tinggal dia yang sebenar pun kita tak tahu. Dia tidak perlu komited terhadap tempat-tempat yang di wakili. Kerana apabila datang Pilihanraya sekali lagi dia pindah ke tempat lain pula.

Ini berlaku kerana peraturan yang sedia ada yang mungkin digubal puluhan tahun lampau dilihat longgar. Boleh bertanding mana-mana kerusi Parlimen asalkan tinggal Malaysia.

Sedangkan tugas wakil rakyat adalah mewakili rakyat sesuatu kawasan, membantu mereka mengatasi pelbagai masalah yang timbul, serta memajukan kawasan yang diwakili dari segenap aspek. Tetapi jika wakil rakyat sering melompat dari satu tempat ke satu tempat bagaimana nak menolong rakyat atau memajukan kawasan?
Apabila seseorang wakil rakyat itu bukan berasal atau tinggal di kawasan yang dia wakili atau bukan dari negeri berkenaan, sifat tanggungjawabnya akan jadi kurang. Kerana dia fikir dia popular atau partinya popular maka dia boleh bertanding dimana-mana sahaja.
Oleh yang demikian saya ingin mencadangkan kepada SPR agar membawa usul ke Parlimen dan  DUN supaya satu peraturan baru yang lebih ketat dikenakan. Tujuannya bukan untuk menyusahkan tetapi untuk melahirkan wakil rakyat yang bertanggungjawab.

Setiap orang yang ingin bertanding kerusi DUN, wajib tinggal di DUN berkenaan atau DUN yang bersebelahan dan wajib berasal di negeri yang dia bertanding dan dia sendiri seorang pengundi dalam DUN berkenaan.

Baca seterusnya, di SINI

Video! Ada Saksi Dakwa Mat Sabu Lafaz selawat seperti yang diamalkan oleh penganut Syiah.@KDNPUTRAJAYA @Zahid_Hamidi @PDRMsia @JakimOfficial @ustazfathulbari @dewanulamakpas @DPPMalaysia @Tantawi100

in Berita Nasional by

Akhirnya pihak KDN mendedahkan Mat Sabu adalah pengikut ajaran sesat Syiah.. Dakwaan yang dibuat oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi bukan dibuat secara semberono,sebaliknya KDN sertakan dengan bukti yang kukuh bersertakan dengan saksi..

Disebelah sana memang kita semua sedia maklum hal mengentot bini orang,kaunseling bini orang tengah malam,ngentot china Doll,makan ais krim dalam tandas hinggalah aksi memakai spender kesemuanya dipertahankan oleh aparat haprak pakatan..

Kita akan tengok bagaimana syiah menggunakan takiyah(tipu daya) hingga sanggup mengaku sebagai seorang Sunni untuk mengelak daripada dikenakan sebarang tindakan..

“Dr Abdul Aziz Hanafi menjelaskan bahawa Mohamad Sabu pernah melafazkan selawat sebagai mana yang diamalkan oleh penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau, Perlis pada tahun 2005,” kata Abdul Rahim.

Abdul Rahim berkata Mohamad juga pernah menyatakan kekagumannya dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin revolusi Iran 1979, Imam Ruhollah Khomeini serta memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan Hassan Nasrullah.

Rahim berkata Mohamad juga kerap kali berulang-alik ke Iran untuk beberapa urusan seperti program penghantaran pelajar di Qom, Iran dan sudah empat-lima kali bertemu Hassan.

“Ketika mengulas mengenai perutusan hari Krismas pada tahun 2008 bagi penganut Kristian di Malaysia, beliau telah menggunakan pendekatan ulama Syiah iaitu Imam Khomeini sebagai terma tujukan untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan,” kata beliau.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abd. Rahim Mohd. Radzi mendedahkan sepuluh maklumat yang menunjukkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu cenderung dan terlibat dengan fahaman Syiah.
 
1- Mat Sabu pernah gesa umat Islam contohi kepimpinan Imam Khomeini Syiah.
 
2- Mat sabu kata kagum dgn kepimpinan dan perjuangan khomeini dan banyak corakkan pemikiran beliau.
 
3- ketika mengulas perutusan krismas,Mat Sabu telah gunakan pendekatan Syiah sebagai terma rujukan
 
4-Timb presiden JATI pernah kata Mat Sabu ikon syiah dan beliau gagal nafikan dirinya mempunyai kaitan dengan Syiah
 
5-Mat Sabu terang terang puji setiausaha agung syiah dan mengaku beliau dan osteri kerap bertemu pemimpin syiah itu.
 
6-Beliau telah membuat lawatan ke masjid syiah di wilayah Satun, selatan Thailand
 
7-Beliau beberapa kali hadir kelas pengajian yang dikendalikan ustaz yang berkefahaman syiah di Bukit Merah Semanggol Perak
 
8-Mat Sabu kerap lawat Iran dan pernah terlibat dalam program penghantaran pelajar malaysia di Qom Iran.
 
9-Mat Sabu pernah lafazkan selawat sebagai mana yang diamalkan oleh penganut syiah pada ceramah pas di Arau Perlis.
 
10-Mat Sabu dilihat mendirikan solat menggunakan batu leper ditempat sujud.
PAS SYIAH mat sabu syiah MAT SABU SYIAH PAS SYIAH 643988_181315338715675_1608469231_nMAT SABU SYIAH DALAM PAS
Pisau kata ” ngentot bini orang hingga bulu lekat kat kerongkong pun dia tak ngaku..apalah sangat dengan kes syiah ni”

Tidak Hadir Rayuan Kes Liwat 2: Anwar Memijak ‘Keadilan’

in Berita Nasional by

Proses rayuan pihak pendakwaan bagi kes liwat 2 yang melibatkan Anwar Ibrahim yang dijadualkan hari ini telah menyaksikan ketidakhadiran Anwar Ibrahim. Alasan yang dikemukakan oleh peguam beliau ialah Ketua Pembangkang itu berada di Washington untuk menghadiri seminar.

Pihak Pendakwa membangkitkan perkara ini dalam kamar sambil membuat bantahan ke atas kegagalan Anwar untuk hadir. Menurutnya, dalam sebarang perbicaraan jenayah, responden adalah wajib hadir.

Tindakan Anwar mengambil ringan perbicaraan ke atas dirinya membuktikan bahawa beliau tidak pernah menghormati keadilan. Sebagai seorang pemimpin yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar telah menunjukkan sikap paling tidak bertanggungjawab dan biadap terhadap undang-undang negara.

Lebih biadap lagi apabila di masa yang sama Anwar memuatnaik gambarnya dengan pelajar universiti di Washington dalam keadaan santai seolah tiada apa-apa yang penting yang harus ditanganinya di tanah air. Perlu diingatkan bahawa pada ketika yang sama, rakyat negara ini sedang berhadapan dengan bencana banjir paling buruk. Sekurang-kurangnya, Anwar boleh menolak untuk hadir ke seminar atas alasan ingin membantu rakyat. Namun, ini tidak berlaku.

Anwar dilaporkan sedang menghadiri Seminar anjuran IIIT (International Institute of Islamic Thought) iaitu sebuah organsasi yang menggunakan nama Islam secara meragukan berdasarkan latarbelakang mereka yang menerajuinya. IIIT berpengkalan di Herndon Virginia mempunyai hubungan yang rapat dengan CIA. Antara nama-nama besar di dalam IIIT adalah Youseff Nada yang juga merupakan antara pencetus Arab Spring yang menghancurkan dunia Islam. Selain itu, kematian pengasas IIIT iaitu Ismail Faruqi, diselubungi skandal homoseksual dan pembunuhan yang mengejutkan. IIIT juga mempunyai jaringan dengan organisasi Yahudi yang merancang pertukaran rejim di negara-negara sasaran Amerika.

Oleh itu, kehadiran Anwar ke seminar IIIT sambil mengabaikan proses keadilan ke atas dirinya dan mangsa, iaitu Saiful Bukhari dalam kes liwat 2 amatlah tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia.

Walaubagaimanapun, ada juga yang berpendapat bahawa Anwar memilih untuk tidak hadir ke mahkamah serta lari ke Washington bukan kerana biadap, tetapi sebenarnya kerana takut.

Ini berdasarkan perkembangan terkini mengenai kenyataan Tan Sri Shafee Abdullah untuk mendedahkan hubungan Anwar dengan Datuk Mat Zain Ibrahim dan juga Datuk Ghani Patail, Peguam Negara. Selama ini, rakyat Malaysia cukup musykil dengan keputusan mahkamah dan tindakan Peguam Negara dalam menangani kes-kes yang melibatkan Anwar Ibrahim di mana hampir semuanya memihak kepada Anwar dalam cara yang begitu ‘misteri’.

Justeru, kenyataan Tan Sri Shafee mengenai pendedahan yang mungkin dibuatnya menyebabkan seluruh rakyat teruja manakala Anwar pula resah gelisah.

Apapun, yang penting untuk diberi perhatian di sini ialah fakta kes yang mana terdapat ‘mangsa’ yang sedang mencari keadilan. Mangsa di dalam kes ini bukan Anwar, tetapi Saiful Bukhari. Seperti semua mangsa-mangsa kes jenayah seksual, Saiful berhak mendapat keadilan. Rayuan yang dikemukakan oleh pihaknya bukan bermotif politik tetapi sekadar mencari keadilan semata-mata.

Atas dasar ini, sekurang-kurangnya, sebagai seorang manusia yang waras, Anwar seharusnya memahami bahawa beliau bukan berhadapan dengan seorang politikus, tetapi bekas pekerjanya sendiri.

Anwar boleh menuduh semua ini hanya konspirasi, tetapi sebagai seorang yang mengaku tidak bersalah, beliau harus berani berhadapan dengan mangsa di dalam mahkamah sebagai seorang lelaki sejati.

Cerita-cerita bahawa mahkamah tidak adil tidak lagi laku pada hari ini kerana seluruh dunia telah menyaksikan bagaimana mahkamah yang sama telah melepaskan Anwar berkali-kali.

Justeru, kenapa Anwar harus takut, mengelak dan cuba lari?

‘Where’s the CAT in Penang govt?’ Tak Ada Pun!

in Berita Utama by

Dah banyak kali pendedahan dibuat,CAT yang dilaungkan oleh regim DAP Pulau Pinang hanya omong kosong. Apatah lagi keluar dari mulut Guan Eng..
CAT-2

Kerajaan Pulau Pinang cakap tak serupa bikin

Kecekapan, Akauntabiliti dan Ketelusan, atau CAT, adalah mantera yang diguna pakai oleh Lim Guan Eng dan DAP dalam mentadbir Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ia satu langkah yang diambil bagi memastikan keterbukaan dalam segala urusan kerajaan negeri terutama sekali dalam hal pemberian tender.

Ia juga satu strategi kerajaan negeri bagi meyakinkan rakyat yang berada di Pulau Pinang bahawa pentadbiran kerajaan negeri adalah berbeza dan lebih telus dari yang sebelumnya.

Selaras dengan CAT, perunding dalaman terlebih dahulu akan dilantik bagi mengesyorkan harga projek yang kemudiannya akan dilaksanakan melalui sistem tender terbuka atau ‘open tender’. Sementara syarikat-syarikat yang mengambil bahagian hanya akan dipertimbangkan sekiranya sebut harga yang diberikan oleh mereka adalah tidak melebihi 20% lebih murah atau lebih mahal dari harga yang telah disyorkan oleh perunding.

Walau bagaimanapun, tindakan kerajaan negeri memberikan tender bernilai hampir RM7 juta kepada S. P. Mega Sdn Bhd secara tidak telus bagi membina tebatan banjir dan menaiktarafkan parit di sekitar Jalan Kampung Baru, Bukit Mertajam, menjadi bukti bahawa CAT adalah sekadar slogan untuk mengaburi mata rakyat Pulau Pinang.

Tidak lebih dari itu.

Apa yang menariknya adalah, pada fasa awal rundingan mengenai projek berkenaan, Exco Kerajaan Negeri termasuk Lim Guan Eng sendiri telah melanggar prinsip CAT dengan mengadakan rundingan secara terus dengan satu syarikat lain tanpa melalui tender terbuka.

Namun syarikat terbabit gagal atas sebab-sebab teknikal kerana, pertama, syarikat terbabit bukan dari Pulau Pinang, dan kedua, syarikat terbabit hanya layak untuk projek dengan harga di bawah RM3 juta. Sedangkan harga yang dicadangkan oleh perunding adalah RM6.9 juta.

Maka sekali lagi, melalui rundingan terus yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dan juga Exco Kerajaan Negeri, mereka mengesyorkan projek berkenaan diberikan pula kepada S. P. Mega Sdn Bhd.

Jadi, di manakah ketelusan yang diuar-uarkan oleh DAP Pulau Pinang dalam perkara ini bila sudah jelas kedua-dua syarikat yang dikemukakan dalam projek tersebut diperkenalkan sendiri oleh Lim Guan Eng?

Adakah ini gaya pentadbiran baru yang cuba ditonjolkan oleh Pakatan Rakyat dalam negeri-negeri di bawah pentadbirannya? Penipuan terancang yang berselindung di sebalik CAT yang cuma sekadar slogan kosong? Cakap tak serupa bikin. Mungkin kerajaan negeri punya definisi tersendiri mengenai ketelusan dan selagi rakyat masih terbuai dengan ‘keindahan’ mantera-mantera seperti ini, mereka akan terus ditipu.

******************************************

Guan Eng said the state government would usually seek advice from an in-house consultant on the cost of a project.

“We will then compare it with the price in an open bid. If it is 20% more than the estimated cost, we won’t award the project. If it is 20% less than the estimated cost, we also won’t award it, as it would not be possible to complete the project at such a low price.

“The reputation of the contractor counts, as the contractor will bank his name on the job. If the project were to fail, the cost of rehabilitating it will be astronomical, not counting the time lost,” he said. — Lim Guan Eng

(READ MORE HEREhttp://www.thestar.com.my/story.aspx?file=%2F2009%2F10%2F26%2Fstarprobe%2F4493380)

******************************************

When the open tender system was introduced by the Penang state government more than three years ago, its architects believed that the transparent process would once and for all eliminate irregularities and political partiality, two traits that were once almost synonymous with public procurement. Zairil Khir Johari explores its implications on the broader socioeconomic picture.

By and large, it has achieved its objectives. Yet at the same time it has also attracted a string of criticisms, including accusations of discriminating against the Malays on the one hand, and disenfranchising the Chinese on the other. So is it either or neither? How does the open tender system work and why is it perceived to discriminate? — Zairil Khir Johari

(READ MORE HEREhttp://penangmonthly.com/entering-new-terrain-with-open-tenders/)

3jrr gnd8 1prl wx5u 0hij lyj7

sumber:http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/60782-kerajaan-pulau-pinang-cakap-tak-serupa-bikin

Pisau kata ” baru sikit jer keluar tu…”

 

BEZA MANDELA DAN ANWAR SEPERTI LANGIT DENGAN BUMI

in Berita Nasional by

Amat menggelikan hati apabila naib presiden PKR, N. Surendran menyamakan ketokohan mendiang pemimpin negara Afrika Selatan, Nelson Mandela dengan ketua umum parti yang kerdil itu.

Malah lebih kelakar lagi apabila Anwar Ibrahim dikatakan pemimpin yang tidak melihat ‘warna kulit rakyat’ dalam perjuangannya.

Pertama sekali, kenyataan dangkal itu datangnya dari seorang yang tidak mengenali siapa sebenarnya Anwar.
Ini kerana Surendran dan Anwar dari dua zaman berbeza, Anwar sudahdah pun aktif sebagai pemimpin pelajar dan kemudiannya berpolitik lama sebelum anak muda ini dilahirkan.

Jadi kejahilan mengenai latar belakang seseorang terutamanya dalam alam politik menjadi bahaya apabila tidak mengetahui siapa yang ingin diagung-agungkan.

Inilah yang terjadi kepada Surendran yang meletakkan Anwar pada satu posisi yang salah dan tidak dipunyai oleh idolanya.

Fakta asas yang membandingkan antara kedua pemimpin tersebut sudah mampu menyerlahkan perbezaan langit dan bumi antara mereka.

Pertama Mandela merengkok di dalam penjara di Pulau Robben selama 27 tahun kerana memimpin perjuangan menentang sistem perkauman atau apartheid pemerintahan kulit putih di Afrika Selatan.

Selama dipenjarakan, Mandela dikenakan hukuman berat seperti memecah serta mengangkat batu dan lain-lain kerja yang memeritkan.
Anwar pula dikatakan bersuka ria dalam penjara siap dengan tukang urut peribadi!

Anwar juga dipenjarakan tapi atas sebab musabab yang lain dan jauh berbeza.
Beliau menjalani hukuman penjara di Sg Buloh selama enam tahun sebelum dibebaskan atas sudut teknikal.
Beliau dipenjara bukan kerana memimpin perjuangan membebaskan bangsa Melayu atau rakyat Malaysia daripada cengkaman penjajahan asing.

Anwar dihukum mengikut undang-undang negara kerana menyalahguna kuasa beliau semasa menjadi timbalan perdana menteri dan lebih jijik daripada itu terlibat pula dengan perlakuan seks songsang liwat dengan pemandu kepada isteri dan juga adik angkatnya.

Beliau hanya dibebaskan atas ketidakpastian mengenai persoalan teknikal seperti tarikh dan masa sebenar kejadian tetapi hakikat beliau telah meliwat mangsa tidak dapat dinafikan.

Mandela, walaupun seorang yang beragama Kristian tidak melakukan perkara-perkara yang terkutuk itu tetapi Anwar yang mendabik dada sebagai pemimpin Islam berstatus antarabangsa dengan jaringan dunia Islam yang hebat sanggup melanggar hukum Allah dan melakukan dosa yang besar itu.

Mandela juga tidak pernah disabit atau didakwa terlibat dengan rasuah atau penyelewengan sepanjang tempoh beliau menjabat jawatan Presiden Afrika Selatan selama sepenggal dari tahun 1994 hingga 1999.

Anwar pula terlibat bukan sahaja dengan amalan kronisme dan nepotisme yang parah tetapi juga mengamalkan rasuah yang berleluasa.

Sebelum beliau dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998, satu senarai panjang yang mengandungi ratusan syarikat kroni-kroni Anwar telah dipamerkan di persidangan agung UMNO ketika itu dan juga diterbitkan di dalam media arus perdana.

Syarikat-syarikat ini dipunyai oleh kroni-kroni Anwar yang dipilih dan mereka memegang ekuiti atau saham bagi pihaknya.

Rakyat Malaysia tentu masih ingat bagaimana Anwar semasa menjadi menteri kewangan membiarkan syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan kroninya seperti Repco memanipulasi pasaran saham sehingga banyak saham syarikat kroni Anwar naik mendadak tanpa sebab yang munasabah.

Kroni-kroni Anwar mengaut berbilion ringgit daripada keuntungan atas angin membolak balikkan harga saham sementara rakyat biasa merana kerana ramai yang hangus dan lebur pelaburan mereka disebabkan angkara Anwar.
Jika kroni untung ratusan juta ringgit, bagaimana pula orang yang menjadi dalangnya?

Mandela tidak mempunyai 20 ‘master account’ yang menyimpan ‘slush money’ atau duit haram sebanyak RM3 bilion seperti Anwar.

Tiap kali isu ini disebut di Dewan Rakyat atau di luar, sudah tentu Anwar menjadi amat sensitif dan melenting tak tentu arah.

Mandela juga dipilih secara demokratik sebagai Presiden ANC dari tahun 1991 hingga 1997, parti yang memerintah Afrika Selatan sekarang.

Tetapi Anwar memegang jawatan sebagai ketua umum yang tidak pun melalui proses pemilihan parti malah beliau pula menjadi pemimpin de facto pakatan pembangkang.

Mungkin Surendran tidak tahu fakta-fakta ini atau berpura-pura lagak jahil untuk mengangkat pemimpin idolanya itu ke satu tahap yang ‘suci’ dan ‘bersih’ daripada segala kekotoran moral dan akhlak.

Akhirnya Bacaan Quran Berjaya Di Haramkan Di Pulau Pinang.Tahniah!

in Berita Nasional by

Akhirnya hasrat regim DAP Pulau Pinang untuk mengharamkan bacaan Al Quran sebelum subuh tercapai.

Terima kasihlah kepada anda yang memberi mandat dan kepercayaan yang tak berbelah bahagi kepada tokong DAP kesayangan anda.

Siapalah DAP jika tidak mendapat undi melayu pakatan , apatah lagi PAS cukup banyak beri bantuan, seluruh jiwa dan raga di serahkan agar regim DAP tetap berkuasa di Pulau Pinang.

Harapan Pisau nak sangat tengok umat Islam di negeri dibawah naungan kebesaran tokong DAP ini untuk merasa lebih banyak larangan kerana kalangan mereka redha dan pak angguk dek terlalu taat,hormat dan takut kepada DAP..

1.Isu ini tercetus pada 12 Ogos lalu yang melaporkan mengenai surat pekeliling dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang setuju menandatangani oleh Pengarahnya, Sazali Hussein, bahawa JHEAIPP setuju mengharamkan bacaan Al Quran sebelum subuh.

2.Sebelum ini, Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang yang dipilih oleh Exco DAP Pulau Pinang telah memutuskan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara sebanyak 205 masjid dan surau sahaja diharamkan. Tetapi kini satu surat telah ditandatangai oleh Pengarah JHEAIPP yang dipilih oleh Exco DAP Pulau Pinang telah setuju mengharamkan bacaan Al Quran pada sebelum subuh di seluruh masjid dan surau Pulau Pinang.

3.Keputusan itu diputuskan menerusi mesyuaratnya pada 7 April lalu dan sehubungan itu pegawa-pegawai JHEAIPP yang dipilih oleh Exco DAP Pulau Pinang mengeluarkan satu pekeliling bertajuk ‘Hukum Membaca al-Quran Sebelum Subuh Dengan Menggunakan Pembesar Suara adalah Haram’ bertarikh 3 Ogos lalu kepada seluruh jawatankuasa kariah masjid di negeri itu dan meminta mereka melaksanakannya.

4.Turut dilampirkan ialah minit mesyuarat keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang yang bertajuk ‘Aduan Penduduk Cina Mengenai Membaca al-Quran Sebelum Waktu Subuh Dengan Menggunakan Pembesar Suara’.

5.Lampiran itu menyatakan: “Mesyuarat memutuskan bahawa bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara dari masjid dan surau adalah dilarang menurut hukum syarak kerana boleh mengganggu banyak penduduk cina (kepentingan umum). Perbuatan itu mestilah dihentikan dengan segera kerana ia sudah dipersetujui oleh Exco DAP Pulau Pinang”.

6.Persatuan Kariah-Kariah Masjid Pulau Pinang dan Gabungan Bela Hak Insan (Gabungan) meminta umat Islam di negeri itu akur dengan arahan dikeluarkan bagi mengelak berlakunya perbalahan kerana ramai antara mereka telah dinaikkan gaji guru kafa dan kerajaan DAP negeri Pulau Pinang memberikan RM100 setiap kariah kariah Masjid di seluruh Pulau Pinang.

7.Untuk makluman pegawai atasan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) adalah dipilih khas oleh Exco DAP Pulau Pinang yang memegang kuasa kerajaan negeri memboleh kan untuk memilih siapa yang mereka mahu letak di JHEAIPP itu. sumber: Harian Metro

Pisau kata ” umat Islam Pulau Pinang kena tipu ,regim DAP hanya belanja 11juta untuk umat Islam berbanding 64juta seperti yang dijanjikan”

Bukti Bergambar Dakwaan Rasis YB Datuk Jahara Terhadap Guan Eng Ternyata Fitnah Yang Melampau – DAP

in Berita Nasional by

IMG_20131209_215402

Hanya kerana menyuarakan kenapa berlaku tindakan double standart terhadap para peniaga kecil yang sering kali diambil tindakan oleh pihak majlis perbandaran di sidang DUN Pulau Pinang , ketua pembangkang Dato Jahara dari BN di serang bertubi tubi oleh adun adun haprak pakatan.

YB Datuk Jahara juga dituduh sebagai rasis apabila beliau meminta penjelasan daripada Lim Guan Eng kenapa Pulau Jerejak sudah bertukar nama menjadi Pulau Mazu.. Paling mengejutkan lokasi tersebut diceroboh sewenang wenangnya oleh kuncu kuncu DAP untuk dijadikan tokong..

 

Pulau Jerjak bukan saja ditukarkan nama kepada Pulau Mazu malah pengunjung dikenakan bayaran RM35 untuk kesana. Dakwaan Lim Guan Eng kononnya beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu ternyata membuktikan sekali lagi beliau berbohong.

Ini penjelasan Guan Eng mengenai perkara yang dibangkitkan ini..Ternyata biawak lidah bercabang ini tidak pernah lupa menggunakan teknik dewa taichi tahap tertinggi ..Baca kenyataan Guan Eng dan anda sendiri tengok gambar dibawah…

Ketua Menteri Lim Guan Eng menjelaskan kerajaan negeri tidak pernah meluluskan pertukaran nama Pulau Jerejak kepada ‘Pulau Mazu’ seperti didakwa sesetengah pihak.

“Kerajaan negeri tidak pernah berikan kelulusan itu. Untuk beliau (Datuk Jahara Hamid) membuat dakwaan seperti itu, jahat seribu jahat. Jangan berlagak macam ketua pembangkang yang dulu, cakaplah yang benar,” katanya dalam sidang akhbar di Georgetown hari ini.

Lim berkata beliau sedang menunggu laporan daripada pihak berkenaan berhubung isu ini.

“Kami akan jawab isu ini. Saya masih menunggu laporan daripada pegawai pejabat tanah. Sehingga saya menerima laporan itu, saya tidak akan mengulas lanjut isu ini,” katanya.

Terdahulu, ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Air Tawar) mahu kerajaan negeri menjelaskan mengenai nama Pulau Mazu yang didakwa sebagai nama baru kepada Pulau Jerejak.

Mengulas dakwaan Jahara bahawa berlakunya pilih kasih berhubung tindakan diambil terhadap peniaga Melayu dan Cina di Pantai Bersih, Butterworth, Lim berkata ketua pembangkang itu sepatutnya tidak menjadikan ia sebagai isu perkauman.

“Janganlah main isu perkauman. Kalau nak cakap mengapa tidak ada tindakan, kita sedia terima. Tetapi jangan cakap mengapa tidak ada tindakan ke atas peniaga Cina tetapi ambil tindakan ke atas peniaga Melayu,” katanya. -Bernama

Mustahil Lim Guan Eng tidak tahu menahu mengenai Tokong Mazu yang terletak di Pulau Jerjak sedangkan pemiliknya adalah orang kanan beliau sendiri.. Menurut sumber DAP YB Jahara cuba membuat tuduhan fitnah kerana mengaitkan Guan Eng dengan pencerobohan Pulau Jerjak.. Bukti dibawah anda sendiri tafsirkan…
422334_392657900826134_241491700_n 379310_414322595326331_1961885172_n 891791_424304287661495_1113207774_o 947305_460428854049038_321587832_n 969100_460429124049011_1330824406_n 600658_460434847381772_301944580_n 943420_460434937381763_1796409253_n 960235_460435194048404_606017601_n IMG-20131209-WA0023 IMG-20131209-WA0024 IMG-20131209-WA0028 IMG-20131209-WA0025 IMG-20131209-WA0030 IMG-20131209-WA0031 1930 379765_459912750767315_1177767600_n

Nak mencuri tanah cukup senang.. dirikan saja tokong dimana anda suka lepas itu claim kepada pejabat tanah Guan Eng akan luluskan.. Masjid atau surau boleh buat macam tu?

Pisau kata ” Guan Eng lu mau bohong sapa..seluruh Penang boleh tengok peniaga bukan melayu dan India bebas berniaga..”

Sabotaj! Guan Eng Burukkan Malaysia Di Luar Negara,Halang Pelabur Masuk Ke Malaysia.

in Berita Nasional by

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memburuk-buruk Malaysia di hadapan media dan usahawan di Hong Kong.

“Pengkhianat di Hong Kong. CM Lim menjelaskan bagaimana baik Malaysia.

“Bercakap di Kelab Wartawan Hong Kong yang merupakan tempat pertemuan bagi kumpulan media, perniagaan dan komuniti diplomatik Hong Kong, kata Lim Sian See dalam laman sosialnya kepada Datuk Huan Cheng Guan dan Tan Khai Beng.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan Syarikat Petroleum Nasional (Petronas) kehilangan hampir RM 40 bilion pelaburan asing akibat sikap pihak pembangkang yang sanggup menakut-nakutkan pelabur dari Taiwan.

Najib berkata pelaburan asing dari Taiwan itu sepatutnya diperolehi untuk projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia di Pengerang Johor.

“Saya ingin bertanya, tidakkah perbuatan pembangkang ini satu pengkhianatan kepada rakyat? Tidakkah
perbuatan mereka ini satu petualangan kepada kepentingan negara?,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Najib berkata, pemimpin pembangkang bukan hanya sanggup menakut-nakutkan pelabur asing tetapi juga telah menghina penjawat awam sebagai kucing kurap.

“Pemimpin DAP jugalah yang mahu memberhentikan lebih separuh penjawat awam jika mereka memerintah negara ini.” katanya.

Rusuhan Di Little India Singapura

in Berita Nasional by

 

image.jpg.pagespeed.ce.Zh5y7esepi image.jpg.pagespeed.ce.IvE207hY0V

SINGAPURA – Suatu rusuhan berlaku di persimpangan jalan Race Course dan Hempshire Road di daerah Litle India Singapura pada Ahad malam.

Menurut polis, satu kemalangan maut berlaku pada pukul 9.23 malam melibatkan sebuah bas dan seseorang di persimpangan kedua-dua jalan itu.

Tidak lama selepas itu rusuhan tercetus melibatkan sekumpulan kira-kira 400 orang yang merosakkan lima kenderaan polis dan sebuah ambulans.

Beberapa buah kenderaan persendirian turut dirosakkan sementara 10 orang pegawai polis cedera.

Polis menggerakkan anggotanya daripada Pasukan Operasi Khas dan Kontinjen Gurkha ke tempat kejadian dan berjaya mengawal keadaan.

Orang ramai di kawasan itu dinasihatkan supaya tidak keluar rumah sementara polis meneruskan operasi mengawal keadaan.

Orang ramai di luar kawasan itu juga dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan berkenaan.

Mereka juga diminta bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden itu.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Teo Chee Hean berkata: “Ini kejadian serius yang menyebabkan kecederaan dan kerosakan terhadap harta awam.

“Keadaan kini terkawal. Polis sedang berusaha mengesan dan memberkas mereka yang terlibat dalam rusuhan itu,” katanya – BERNAMA

Hot! Umno Dan PAS Bergabung Nak “Bunuh” Aku, Mat Sabu Mengaku Dirinya Syiah Di Hadapan Wartawan, Bukti Dakwaan @Zahid_Hamidi Ada Asas.

in Berita Nasional by

Syiah didalam PAS sudah lama bertapak..kemuncaknya apabila Mat Sabu pencinta dan penganut Syiah menjadi orang nombor dua didalam parti PAS.

Pisau banyak berkawan dikalangan para ahli dan pemimpin PAS..kalangan mereka banyak mengakui pengaruh syiah cukup kuat .. Lihat imej dibawah pengakuan Nasharudin Tantawi akan kewujudan Syiah didalam PAS..

pas itu syiah 2

 

PAS SYIAHJika ditanya kalangan penyokong dan ahli PAS ada dikalangan mereka tidak sedar sudah terpengaruh dengan amalan Syiah..pengaruh fahaman sesat ini menyerap masuk tanpa mereka sendiri sedari..

Apakah salah dakwaan Ds Zahid Hamidi terhadap orang nombor dua PAS..sedangkan Mat Sabu sendiri mengakui beliau pengkagum Khomeini..

mat sabu syiah

MAT SABU SYIAH

643988_181315338715675_1608469231_n

 

PAS SYIAH

Kemudian blog penaminang turut mendedahkan pengakuan Mat Sabu

 

“Sekarang ini sesetengah pihak dalam PAS sedang bergabung dengan sesetengah pihak dalam UMNO nak ‘bunuh’ aku.” – Laporan Agensi Berita Pro Syiah, Abna.co yang memetik laporan The Malaysian Insider.

Itulah perkataan yang terpancul dari mulut Mat Sabu ketika ditanyakan oleh wartawan ekoran serangan bertali arus media arus perdana terhadap Syiah.

Tidak terperasan ke korang bahawa dari perkataan Mat Sabu itu sendiri sudah membayangkan bahawa dirinya memang adalah seorang Syiah, walaupun dia menafikan kenyataan dakwaan berkenaan. – Penaminang

MAT SABU SYIAH DALAM PAS

PAS tidak akan masuk campur mengenai dakwaan Ds Zahid terhadap Mat Sabu.. Mat Sabu orang nombor 2 didalam PAS sepatutnya diberi pembelaan oleh parti sendiri..namun sebaliknya berlaku seolah PAS sendiri mengakui Mat Sabu adalah pengikut syiah..IMG_20131208_144108

Seperti biasa seorang syiah tidak akan sesekali mengakui dirinya pengikut ajaran sesat itu..Kaedah takiyah atau tipu daya yang dihalalkan didalam ajaran mereka sering kali dipraktikan..lihat kenyataan Mat Sabu yang menafikan dirinya seorang syiah sedangkan banyak bukti yang didedahkan..

 

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menafikan tuduhan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa beliau mengamalkan ajaran Syiah. 

Mohamad dalam laporan Harakahdaily menafikan dengan keras tuduhan berkenaan dan menyifatkan dakwaan Ahmad Zahid itu sebagai tuduhan berniat jahat. 

“Saya Ahli Sunnah Wal Jama’ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama’ah,” dakwanya. 

Semalam, media melaporkan ucapan Ahmad Zahid menggemparkan Perhimpunan Agung Umno 2013 apabila meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil tindakan ke atas orang nombor dua Pas kerana didakwa mengamalkan ajaran Syiah. 

Ahmad Zahid itu ketika sesi penggulungan PAU memberikan ‘lampu hijau’ kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang memegang portfolio agama menjalankan tugasnya. 

“Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam Pas. Datuk Seri Jamil Khir, KDN beri kuasa ambil tindakan terhadap kepimpinan kedua parti itu,” katanya. 

Dalam pada itu itu, Mohamad atau Mat Sabu berkata akan berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahmad Zahid. 

“Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu,” ujarnya.

 

Pisau kata ” tak boleh biarkan syiah bermaharajalela..sama sama kita PAS dan Umno hapuskan syiah”

 

 

Termakan Hasutan Malaysiakini,1 Melayu Menjadi Kudis dan Luka Buat Gerakan..

in Berita Nasional by

Apabila kakitangan awam dihina sebagai kucing kurap dimana Parti Gerakan? Utusan di tuduh sebagai anjing Umno mana parti gerakan? Semua ini melibatkan serangan ultrakiasu chauvanis rasis DAP terhadap bangsa melayu.. Gerakan diam membisu..

Menghentam bangsa melayu dibolehkan …tidak rasis..kritik dan persoal akan hak kepentingan bangsa melayu dibolehkan didalam kamus bangsa cina tak kira dari DAP PKR  atau pun didalam BN .. Tetapi jika melayu bercakap akan soal kepentingan hak mereka..menegakkan Islam dan juga maruah akan dihentam sebagai rasis..

Pisau lihat kenyataan Datuk Musa semasa perhimpunan agung Umno yang menyeru agar slogan 1 Melayu dilaungkan didalam konteks satu perhimpunan parti melayu terbesar di negara ini. Umno adalah parti bangsa Melayu dan bumiputra yang menjadi teras kepada kerajaan BN… Malah PRU13 jika kita mahu persoalkan prestasi parti komponen memang jauh sekali merosot dan gagal untuk menarik sokongan..

Apatah lagi PRU13 menyaksikan tsunami cina..yang mahu menumbangkan UMNO BN..namun gagal.. kita tidak lupa…seluruh umat melayu tidak lupa apa yang dilakukan oleh bangsa cina… Sekarang didalam mood Umno parti teras mahukan agar melayu bersatu padu dituduh sebagai rasis.. Kenapa cina yang bersatu padu ketika PRU13 untuk menumbangkan kerajaan BN tidak pula dituduh rasis.. Cina bersatu..cina menjadi satu.. 1 CINA ketika PRU13.. apa kamu rasis ultrakiasu dan aparat pakatan tidak nampak…

Nah..Datuk Musa ketengahkan perpaduan semangat bersatu padu kepada seluruh bangsa melayu ..seruan 1 Melayu ..sekarang bangsa cina apatah lagi didalam Gerakan melenting tak keruan kenapa? Apa mereka ini tidak boleh melihat bangsa melayu bersatu?

Adakah menjadi kudis dan luka jika bangsa melayu bersatu? Mereka mau liha 3 atau 4 kelompok melayu..pecah dan perintah barulah boleh melaksanakan agenda mereka.. jika melayu bersatu menjadi masaalah besar buat mereka…

Kepada Datuk Musa ..semangat anda menyeru 1Melayu amat dirasai oleh seluruh perwakilan..sebaliknya Tong Keong yang harus meminta maaf kerana cuba masuk campur tangan didalam perihal dan kepentingan orang melayu..

Pisau kata ” Gerakan harus perbetul dulu hal dalam parti …yang sibuk sangat hal Umno apa kejadah?”

Kehadiran Imam Masjidil Haram Tiada Kaitan Dengan Wahabi

in Berita Nasional by

Walaupun pilihanraya umum sudah lama berakhir, namun pembangkang tidak pernah puas dengan gerakan untuk memfitnah dan memburukan kerajaan Umno. Hampir saban hari, ada sahaja isu-isu yang sengaja dibangkitkan. Paling mengecewakan, adakalanya isu yang dibawa itu bukan sahaja merupakan perkara yang kecil dan remeh, namun ada ketikanya ia turut berbaur sentimen dan menyentuh sensitiviti masyarakat.

Terbaru, mereka di lihat cuba mempertikaikan serta mewujudkan sentimen kebencian rakyat dengan membangkitkan isu solat jumaat para perwakilan Umno di PWTC semalam. Mereka mendakwa tindakan parti keramat orang Melayu yang menjemput Imam Masjidil Haram, Sheikh Dr. Khalid Ali Al-Ghamidi itu semalam adalah salah.

Isu tersebut telah dibangkitkan oleh salah satu blog (negarapakatanrakyat.blogspot.com) yang dipercayai ditaja oleh pakatan pembangkang.

Ini kerana menurut mereka, iman tersebut berfahaman Wahabi berbanding Malaysia yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Tidak cukup dengan itu, mereka turut mendakwa ibadat haji yang dikerjakan selama ini tidak sah disebabkan perbezaan fahaman itu.

Syeikh Dr Khalid semalam mengimamkan solat Jumaat yang berlangsung di Dewan Tun Razak 4, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, yang disertai kira-kira 3,000 jemaah termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau yang berada di Malaysia sebagai tetamu negara diberikan penghormatan menjadi imam dan khatib Jumaat di surau itu. Manakala para jemaah kebanyakannya perwakilan yang menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2013 yang berlangsung di PWTC sejak Isnin.

Pergerakan Pemuda Umno sebelum ini membawakan usul untuk mentakrifkan Islam sebagai agama rasmi negara yang diperincikan hanya kepada pegangan ASWJ. Usul yang dibawakan oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda, Khairul Azwan Harun itu antara lainnya bagi mengelakkan kefahaman lain dikembangkan di negara ini,

Paling menarik, mereka turut mengatakan ia adalah merupakan antara sebab utama mengapa Ketua Pembangang, Anwar Ibrahim enggan pergi menunaikan haji. Malah mereka juga dengan biadab turut mempersoalkan sama ada solat yang dilakukan semalam diterima oleh Allah atau sebaliknya. Berikut adalah antara petikan yang diambil dari blog tersebut.

“Sebab kita tahu Imam berkenaan tidak ada tauliah untuk mengetuai upacara sembahyang Jumaat di negara kita, di samping PWTC tempat beruk beruk UMNO bersidang itu pun, belum tentu ada kebenaran dari Jawatankuasa Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Selain Imam Masjidil Haram berkenaan juga berfahaman Wahabi – berlawanan dengan fahaman majoriti besar yang mengikut di belakang, Sunnah Wal Jamaah.

Tuhan terima ke sembahyang tu?”

Sedangkan kehadiran Syeikh Dr Khalid langsung tiada kaitan dengan isu ASWJ ataupun Wahabi. Malah ketika ditanya, Beliau turut mengakui Malaysia adalah sebuah negara yang beliau kagumi.

Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kunjungan Syeikh Dr Khalid bersama rombongan ulama-ulama dari Universiti Um-mul Qura’, Makkah itu merupakan satu penghormatan yang cukup tinggi kepada Malaysia.

Jamil Khir berkata sebenarnya lawatan Imam Masjidil Haram itu ke Malaysia bersama-sama ulama Makkah telah lama dirancang dan secara kebetulan berlaku sewaktu Persidangan Agung Umno 2013 di PWTC.

“Beliau (Khalid) amat teruja dapat datang ke Malaysia buat kali pertama,” katanya.

Jamil Khir berkata Perdana Menteri pula sangat mengalu-alukan dan berterima kasih atas kehadiran Khalid yang juga merupakan Imam Haramain (Imam Dua Tanah Haram (Makkah dan Madinah)) itu ke Malaysia.

Kesimpulannya, inilah wajah-wajah sebenar pembangkang, yang akan mengunakan apa sahaja cara untuk memastikan Putrajaya dapat ditawan. Pada mereka apa sahaja cara yang digunakan bukanlah merupakan satu isu, walaupun adakalanya cara yang digunakan melapaui batas norma masyarakat.

Anwar Mahu Dialog Dengan BN, Untuk Halang Usaha Muzakarah Pas

in Berita Nasional by

Ramai yang seperti pelik dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim semalam yang secara tiba-tiba ingin mengadakan dialog dengan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“…parti ini tidak akan pernah jemu untuk menghulurkan salam perpaduan dengan mana-mana parti politik. Oleh itu, sekali lagi kami mengulangi kesediaan serta mengambil sikap terbuka untuk mengadakan perbincangan ke arah kepentingan bangsa dan politik baru,” ,” kata Anwar dalam satu kenyataan ringkas.

Ada yang mengatakan ia satu petanda yang baik, tidak kurang juga ada yang mengatakan sebaliknya.

Namun bagi yang mengenali diri Anwar yang sebenarnya, kenyataan itu sebenarnya membuktikkan bahawa dia berada dalam keadaan yang terdesak. Ini kerana seperti yang diketahui, selepas GAGAL merampas Putrajaya dalam pilihanraya umum yang lalu, ramai telah mula meninggalkannya.

Mereka seolah-olah telah tersedar dari mimpi dan mula dapat menilai wajah sebenar makhluk yang bernama Anwar Ibrahim. Contoh paling ketara, apabila media baru-baru ini melaporkan mengenai 11 pemimpin utama cabang parti PKR yang mengumumkan untuk meninggalkan parti itu kerana tidak mahu bersekongkol dengan pembohongan Anwar.

Malah keputusan Pas untuk bermuzakarah dengan Umno baru-baru ini juga, sudah pasti semakin merunsingkan Anwar. Ini kerana sekiranya muzakarah itu dapat dilaksanakan dengan jayanya, maka peranan Anwar akan semakin mengecil.

Atas sebab itu, Anwar terpaksa mengeluarkan kenyataan bagi menghalang usaha tersebut direalisasikan. Rationalnya apa perlu untuk Pas bermuzakarah secara berasingan dengan Umno, kerana ia seharusnya dilakukan atas nama pakatan pembangkang.

Mengapa sekarang Anwar mahu berdialog mengenai pelbagai isu sedangkan jalan yang dipilihnya dulu adalah reformasi melampau, demonstrasi jalanan, demonstrasi ala Arab Spring dan seumpamanya.

Anwar dalam banyak hal menjadi masalah besar kepada Malaysia kerana sanggup melakukan apa saja dan bercanggah dengan apa yang dilakukannya semasa dalam kerajaan berbanding sebagai Ketua Pembangkang. Isunya jelas, Anwar ingin menjadi Perdana Menteri tetapi proses demokrasi tidak membenarkan ia terjadi.

Lalu Anwar mencari helah hasil PRU-13 dengan mengadakan demonstrasi ala Arab Spring di seluruh negara tetapi kecundang di tengah jalan.

Semasa sidang Parlimen bermula beliau mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen sementara pengikutnya berbaring di luar Parlimen membantah keputusan pilihan raya. Apakah maknanya ini semua?

Mengapakah baru sekarang mahu memilih jalan dialog sedangkan telah sekian lama Anwar tidak memilih jalan itu?

Sedangkan sekiranya benar Anwar ikhlas, dia sepatutnya mengusulkan perkara ini sejak dulu lagi. Malah tidak keterlaluan untuk dikatakan, majoriti perpecahan umat Melayu kini terkait langsung dengan gerak kerja politik Anwar. Selepas menghina Malaysia di luar negara dan selepas beberapa usaha memburukkan Suruhanjaya Pilihan Raya dan kerajaan berlaku, maka baru dialog hendak dilakukan.

Kesimpulannya kenyataan dialog ini hanyalah sandiwara Anwar semata-mata dan tidak seharusnya dilayan, biarlah ia berlalu begitu sahaja.

Hot! Blogger Pakatan Dedahkan Hudud PAS Di Gubal Bukan Untuk Di Laksanakan.

in Berita Nasional by

10143_305645749566126_352212241_nBaru baru ini dia bohong :KLIK SINI , Selepas PRU13 di gugurkan sebagai Menteri Besar Kelantan dan yang terkini digugurkan daripada menjadi pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan,Nik Aziz memang layak digelar ulamak munafik sepanjang zaman. Kehebatan Nik Aziz bukan terletak di serban atau jubahnya..Barangkali PAS Pusat sudah nampak akan liabiliti ahli politik expired ini. Setiap tindakan dan patah dua kata pasti bakal membawa bencana buat parti khawarij ini..

2 Tahun lepas Pisau pernah dedahkan didalam video surat Tun M kepada Nik Aziz ,Fitnah PAS dan Nik Aziz terhadap Umno kononnya menghalang hudud cukup lama berlegar..hinggakan pembohongan khawarij ini ramai yang terpengaruh dan diperbodohkan sebegitu teruk..

Terkini Wan Ji blogger pakatan yang digelar sebagai ustaz mendedahkan undang undang hudud yang dibuat oleh PAS Kelantan bukan untuk dilaksanakan..

Secara tidak langsung video dibawah mendedahkan kehebatan Nik Aziz  berbohong kepada seluruh rakyat Kelatan dan kepada seluruh penyokong dan ahli PAS selama lebih 22 tahun.

Penyokong dan ahli PAS dibohong sebegitu rupa.. Anda nilaikan sendiri…Pisau tidak terkejut jika Menteri Besar Kelantan yang baru Datuk Ahmad Yaakob sekarang ini dilihat amat serius untuk melaksanakan hudud hingga sanggup bertemu PM.

Sebagai umat Islam kita tidak menentang hudud,tetapi hudud yang mahu dilaksanakan bukan hudud versi PAS ,sebab itulah sekarang ini kita melihat beberapa pimpinan tertinggi Umno turut menyokong Menteri Besar Kelantan yang ikhlas untuk melaksanakan hudud berbanding dizaman kepala munafik si Nik Aziz..

nikaziz-fb-hududKelantan

 

Pisau kata ” moga Allah panjangkan umur Nik Aziz agar dipertontonkan kepada seluruh umat ini contoh ulamak akhir zaman yang harus dijadikan sempadan”

UCAPAN DASAR YAB PRESIDEN UMNO YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK

in Berita Utama by

UCAPAN DASAR YAB PRESIDEN UMNO
YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK
SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO
KALI KE-64 TAHUN 2013

“MEWAJAH MASA DEPAN”

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Yang Berbahagia Pengerusi Tetap,
Yang Berbahagia Timbalan Pengerusi Tetap,
Yang Amat Berhormat Timbalan Presiden dan Puan Sri Norainee Abdul Rahman,
Yang Berhormat Naib Presiden-Naib Presiden
Ketua-ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri,
Ahli-Ahli Majlis Tertinggi,
Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah,
Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi,
Ketua-ketua parti komponen Barisan Nasional,
Dif-dif kehormat,
Para perwakilan, pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.
MUQADDIMAH

Dengan menyebut kalimah Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

1. Mendahului segalanya, Saya ingin membaca sepotong ayat dan memetik mafhum firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, daripada surah Al-Ikhlas, ayat 1 hingga 4:

“BismillahiRahmanirRahim …Qul Huwallah Hu Ahad… Katalah wahai Muhammad, Dialah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan tempat berlindung, pada-Nya kita bermohon segala sesuatu, Allah Yang tidak beranak, tidak pula diperanakkan, dan sesungguhnya Dia, tidak boleh disekutu mahupun disetarakan”.

Selanjutnya, selawat dan salam buat Rasul junjungan, Nabi Muhammad S.A.W, serta para sahabat pilihan yang menjadi ikutan juga suri tauladan sepanjang zaman.

Saudara dan saudari,

Para pujangga pula berperi-peri bahawa:

“Sekalipun kita tidak mampu memberi jaminan tentang masa depan anak-anak muda, namun apa yang pasti boleh dilakukan ialah menyedia dan membangun mereka untuk hari muka, kerana pemimpin yang baik lagi bertanggungjawab adalah pemimpin yang mempersiagakan pelapis masa depan.”
Saudara dan saudari,

2. Berbekalkan pedoman-pedoman tersurat lagi tersirat yang demikian itu, sambil mengangkat sebanyak-banyak tasbih ke hadrat Ilahi, marilah sama-sama bersyukur dengan rahmat-Nya, yang memungkinkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO terus berkeramat sebagai organisasi unggul menakhoda bahtera Melayu dan Bumiputera.

3. Hakikatnya, UMNO merupakan sebuah perjuangan yang sentiasa diduga dengan pelbagai onar dan fitnah, sebuah perjuangan yang tidak mengenal erti penat lelah, sebuah perjuangan yang tidak patah dipukul zaman. Inilah mujahadah besar yang telah sekian lama menjunjung tradisi, membela nasib bangsa, menzahir warna dan ceritera perubahan.

Saudara dan saudari,

4. Jika dihitung dan dicongak, parti UMNO sudah berusia 67 tahun, Perhimpunan Agung ini pula mencecah siri ke-64 seraya menandakan dewan yang bertuah ini, telah menjadi saksi persidangan dilangsungkan sebanyak 28 kali semenjak tahun 1985. Begitulah, UMNO bertatih dan sudah berjalan jauh didewasakan oleh usia dan pengalaman.

Disebut orang :

“Nyiur gading puncak mahligai, ketupat pulut berisi inti, biar dilambung gelora dan badai, biar dihentak bertubi-tubi, perjuangan mulia ini tak boleh berhenti.”

Saudara dan Saudari,

5. Ingatlah pesan Rasulullah S.A.W, mereka yang tidak berterima kasih sesama manusia ibaratnya tidak bersyukur kepada Allah. Tegasnya, bapa-bapa kita terdahulu, telah mengasuh dan mengajar kita supaya menjadi insan yang mengenang budi.

6. Ehwalnya, UMNO adalah parti yang sentiasa menghargai penyokong dan pendokong, mengenang barisan pejuang yang lepas, selama puluhan tahun, siang dan malam, berhujan, berpanas, menumpah keringat, berkorban jiwa dan raga, menolak kepentingan diri, demi kelangsungan wadah Melayu dan Bumiputera.

7. Berkait ini, tentunya, penghargaan khas kita berikan kepada keenam-enam Presiden UMNO yang lalu, yakni Allahyarham Dato’ Onn Jaafar, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kata orang, kepada segala khidmat yang telah dicurahkan, hati mengenang mulut menyebut, hanya Allah jua yang mampu membalasnya.

8. Semestinya lagi, kepada wirawan-wirawan parti yang kini sedang bersemadi dan telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya, seyogialah kita sedekahkan Ummul Kitab, Al-Fatihah.

Saudara dan saudari sekalian,

9. Jika kita imbas kembali, negara mencapai kemerdekaan, pada 31 haribulan Ogos tahun 1957, rakyat telah hidup dalam keharmonian, bersatu padu, membina negara. Pada 16 haribulan September 1963 pula, Sabah dan Sarawak telah bergabung bagi membentuk Malaysia. Syukur Alhamdulillah, penyatuan ini, membawa berjuta rahmat kepada kita.

10. Hasilnya, kita telah membentuk perikatan dan gabungan parti-parti politik bagi membina gandingan kukuh yang kita namakan Barisan Nasional.

11. Seperti semua maklum pula, pada bulan Mei yang lalu, kita telah menghadapi Pilihanraya Umum ke-13. Sehubungan itu, bagi pihak Kerajaan, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu dan Bumiputera yang telah menunjang mandat serta kepercayaan kepada Barisan Nasional untuk terus memimpin negara.

12. Apa yang lebih bererti adalah, UMNO sebagai parti tonggak, telah berjaya menambah kerusi Parlimennya daripada 79 kepada 88. Ini membuktikan, walau apapun rintangan, sekali apapun halangan, Kepimpinan Transformatif UMNO, bersama parti-parti komponen Barisan Nasional, terus kukuh, terus kental dan terus ampuh bertahan, sebagai parti pilihan rakyat, untuk tempoh 5 tahun yang akan datang.

Saudara dan saudari,

13. Kita turut bersyukur kerana Sabah dan Sarawak telah menyumbang sebanyak 47 kerusi Parlimen kepada Barisan Nasional. Saya sebut baru-baru ini, dalam Bahasa Iban “Utai Besai Gaga’miet”, maksudnya jika kita bersatu padu, hidup saling berganding-ganding, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan.

14. Sebab itulah, kita tidak pernah lupa jasa, kita tidak sekali-kali alpa, dengan sokongan dan pengorbanan orang Sabah dan Sarawak. Jadinya, sebagai tanda kasih dan penghargaan kepada saudara-saudari kita di sana, saya telah melantik 13 Menteri dan 8 Timbalan Menteri. Masing-masing 6 Menteri dan 4 Timbalan Menteri dari Sabah, manakala 7 Menteri dan 4 Timbalan Menteri dari Sarawak.

Saudara dan saudari sekalian,

15. Sememangnya pun, kita berasa amat bersyukur atas kemenangan dalam Pilihanraya Umum tersebut, satu pilihanraya besar yang begitu sengit dan penuh tentangan. Diperakui episod pilihanraya baru-baru ini agak berlainan dan mencabar sekali.

16. Namun, kita boleh berbangga, kerana semuanya itu dilalui dengan teratur menurut batas-batas dan lunas-lunas demokrasi, sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan sehingga diberi gelar oleh kawan dan lawan sebagai ibu segala pilihanraya.

Saudara dan saudari,

17. Berbicara tentang Pilihanraya Umum Ke-13 lalu, bidalan Melayu menyebut, bila rumah siap, pahat pun mula berbunyi. Nampaknya pihak pembangkang tidak berlapang dada menerima kemenangan kita. Ada saja yang dikatakan tidak kena, ada saja yang dikorek-korek sebagai silap di mata mereka.

18. Misalnya, mereka semacam tidak faham dan tidak mahu memperakui sistem first-past-the-post. Ingin saya terangkan bahawa sistem ini telahpun kita amalkan sejak pilihanraya 1959 lagi, di mana, parti pertama yang mencapai majoriti, diisytihar menang. Maknanya, semasa pilihanraya tersebut, apabila Barisan Nasional mencecah 112 daripada 222 kerusi, menurut sistem ini kita berhak membentuk Kerajaan seperti yang dilakukan.

19. Kalau saya nak bagi analogi untuk kefahaman ramai, cerita mudahnya begini. Katalah dalam satu perlawanan badminton, Najib melawan Anwar, ke Anwar melawan Najib, mana-mana pun tak kisahlah. Dalam set pertama Najib menang 21-15, dalam set kedua Najib kalah 05-21, tetapi set penentu Najib menang 21-16.

20. Tentulah dalam perlawanan ini, memenuhi peraturan, pengadil mengisytiharkan Najib menang. Tetapi Anwar membantah tak setuju kerana katanya, jumlah mata terkumpul beliau adalah 52 berbanding Najib 47. Mana boleh kira macam tu, tak betul tu. Kita ada sistem, kita main ikut set. Siapa menang majoriti, dialah juara!

21. Namun demikian, jika dikira undi popular sekalipun, kita tetap menang di sembilan negeri daripada 14 buah negeri, manakala mereka hanya menang undi popular di empat negeri sahaja.

22. Sememangnyapun perbandingan undi popular sebegini adalah tidak adil, kerana pembangkang bertanding di atas tiga parti yang berasingan dengan simbol yang berlainan, serta ideologi yang berbeza, sedangkan UMNO dengan berdiri di atas nama parti tersendiri memperoleh peratusan tertinggi undi popularnya. Kalau nak di kira macam tu, UMNOlah yang paling popular.

23. Berbalik kepada kemenangan kita, di atas segalanya, selaku Presiden parti mewakili barisan kepimpinan, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak, terutamanya kepada jentera-jentera parti di setiap peringkat merangkumi cawangan, pusat daerah mengundi, bahagian dan negeri, yang saya tahu, telah berusaha mati-matian, menggempur dan membungkam kubu lawan, mematahkan serangan, dan paling mustahak sekalipun kita diasak, dihelah, akhirnya, dengan kehendak Allah S.W.T jua, kita dapat menumpas dan meranapkan impian pembangkang ke Putrajaya.

Saudara dan saudari,

24. Berkait perkara ini juga, ingin saya pertegaskan bahawa penyataan Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di salah sebuah universiti di Indonesia baru-baru ini, kononnya kemenangan UMNO dan Barisan Nasional disebabkan faktor manipulasi dan korupsi adalah sungguh tidak berasas, tidak bertanggungjawab dan sungguh memesongkan.

Saudara dan saudari,

25. Pada bulan Oktober yang lalu, satu lagi tawarikh amat penting telah ditempa oleh UMNO apabila pemilihan teraju parti, dari peringkat akar umbi sehingga ke saf kepimpinan pusat, buat julung-julung kalinya, dilaksana secara telus dan terbuka, selepas pindaan perlembagaan parti dibuat pada Perhimpunan Agung Khas UMNO tahun 2009.

26. Terdapat 7 pindaan dibuat demi memastikan UMNO terus dinamik, demokratik dan relevan sampai bila-bila.

27. Pada pindaan pertama. Ia meluaskan jumlah perwakilan dan sekaligus memindahkan kuasa memilih Ahli-ahli Majlis Tertinggi termasuk Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap, ke peringkat Mesyuarat Perwakilan Bahagian. Terbukti, sistem pengundian baru ini membuatkan ramai perwakilan UMNO gembira dan teruja kerana kini hak dan suara mereka diiktiraf.
28. Pindaan kedua pula, berkaitan penghapusan kuota kelayakan untuk bertanding dan digantikan dengan syarat paling minima. Pindaan ketiga, berhubung pertambahan wakil Wanita selaku ahli lantikan di semua peringkat. Pindaan keempat, merujuk kepada penubuhan Jawatankuasa Pemilihan UMNO atau JPU.

29. Seterusnya, pindaan kelima, adalah pemansuhan yuran tahunan. Pindaan keenam pula, membabitkan pembukaan pendaftaran keahlian bagi menggalakkan kemasukan ahli-ahli baru melalui ketua-ketua sayap. Manakala, pindaan ketujuh ialah menjadikan Setiausaha Bahagian secara automatik sebagai perwakilan ke Perhimpunan Agung Tahunan.

30. Jelasnya, buat kali pertama dalam sejarah, seramai 146,500 perwakilan UMNO dari 191 bahagian yang meliputi 21,208 cawangan, bermula dari Arau di Perlis, membawa ke Semporna, Sabah, berpeluang memilih bukan sahaja kepimpinan bahagian, malah jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan 25 Ahli Majlis Tertinggi.

Saudara dan saudari,

31. Jika selama bertahun-tahun, ramai memberi kritikan dan pernyataan sinis, bahawa parti UMNO yang hayatnya melebihi enam dekad ini, katanya sudah jumud, sudah tidak relevan dan dikuasai pula oleh kelompok-kelompok tertentu. Hinggakan ramai pihak dari dalam mahupun luar, begitu yakin mengandaikan bahawa UMNO tidak mungkin sanggup dan tidak mungkin berani melakukan apa-apa perubahan.

Saudara dan saudari,

32. Ternyata, UMNO tidak jumud, terbukti, UMNO tidak gentar menyahut cabaran malah terus iltizam melakukan perubahan.

33. Alhamdulillah, cadangan pindaan perlembagaan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung 2009, baru-baru ini, sudah pun selesai dilunaskan. Ramai pihak yang terkejut dan terkesima dengan kesungguhan kita ini.

34. Sememangnya, pindaan perlembagaan yang dibuat ini, sebagai menyahut cabaran, sebagai menjawab sindiran, serta menyangkal telahan sekali gus menjadi langkah paling berani yang pernah diambil oleh mana-mana parti politik di dunia.

35. Hasilnya, berlakulah transformasi politik yang didambakan dalam UMNO, di mana seramai 64 orang atau 33.5 peratus Ketua-Ketua Bahagian terdiri daripada muka-muka baru di seluruh negara.

36. Manakala muka baru bagi Ketua Wanita Bahagian ialah 73 orang yang mewakili 38.2 peratus, Ketua Pemuda Bahagian 161 orang yang mewakili 84 peratus. Ketua Puteri Bahagian pula seramai 143 orang yang mewakili 75 peratus.

37. Namun, saya tahu benar, barangkali ada segelintir yang masih memberi komentar dan tidak berpuas hati dengan keputusan dan kaedah yang digunakan tersebut. Tapi kita harus beringat, ini merupakan rekod pencapaian buat kali pertama sesudah pindaan perlembagaan diperkenalkan. Mustahaknya, jika masih terdapat kekurangan, kita sanggup melakukan penambahbaikan.

Saudara dan saudari sekalian,

38. Bertolak daripada pemilihan parti yang disifatkan oleh ramai orang sebagai proses yang sangat demokratik, dengan rasa penuh kerendahan hati, saya, Mohd Najib bin Abdul Razak, berasa bersyukur yang amat sangat ke hadrat Allah S.W.T, dan berterima kasih kepada semua ahli UMNO, yang telah memberi kepercayaan dan mandat kepada saya, dengan memilih saya sebagai Presiden UMNO dengan menang tanpa bertanding.
39. Saya berjanji dan berikrar dengan segenap daya dan kemampuan, untuk memberi yang sehabis baik kepada UMNO dan rakyat Malaysia.

40. Di sini juga, saya mengambil kesempatan mengucapkan sekalung tahniah dan kita beri tepukan kepada Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin, yang telah menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO.

41. Syabas dan tepukan juga ditujukan kepada semua pimpinan, yang memenangi jawatan Naib-Naib Presiden, terdiri daripada Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Dato’ Seri Shafie Afdal dan Dato’ Seri Hishammuddin Hussein. Tahniah juga kepada Ahli-Ahli Majlis Tertinggi, Ketua Bahagian, Ahli Jawatan Kuasa Bahagian dan Cawangan, Wanita, Pemuda, dan Puteri.

42. Demikianlah juga tahniah, kepada Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang dipilih sekali lagi sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia. Sebagai makluman semua, Dato’ Seri Shahrizat ini, sebagai mewakili Wanita UMNO, beberapa kali menyuarakan kepada saya, hasrat supaya Wanita digelar sebagai tulang belakang parti.

43. Malah pagi semalam kesungguhan ini ditunjukkan oleh Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, semasa saya menjenguk mereka di persidangan, beliau menepuk-nepuk tulang belakangnya sebagai isyarat kepada Ketua Wanita Temerloh, yang sedang berucap pada ketika itu, supaya menyebut bahawa Wanita UMNO sangat-sangat mahu digelar sebagai tulang belakang parti.

44. Saya mendengar, dan saya timbang-timbangkan permintaan itu. Bila saya fikir-fikir, sebenarnya peranan dan kegigihan Wanita UMNO sejak dulu sudah sememangnya amat dihargai dan disanjung tinggi. Maka, dengan rasminya saya mengisytiharkan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia sebagai tulang belakang atau ibu kepada keluarga besar parti. Terima kasih Wanita!

45. Seterusnya, syabas kepada Yang Berhormat Saudara Khairy Jamaluddin, yang telah menang dan mempertahankan kedudukan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Tentunya, Pemuda harapan bangsa, Pemuda adalah benteng dan pewaris kepimpinan parti dan negara. Terima kasih Pemuda!

46. Tahniah juga kepada Ketua Pergerakan Puteri UMNO yang baru, Yang Berhormat Puan Mas Ermieyati Samsudin. Saya menaruh keyakinan bahawa setelah lebih 12 tahun ditubuhkan, Puteri semakin bijak dan matang memainkan peranan mereka di dalam parti dan negara. Benarlah bahawa, pemudi harapan pertiwi. Terima kasih Puteri!

47. Syabas juga kepada pimpinan parti di bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri yang telah dipilih bagi jawatan dalam pemilihan UMNO. Terima kasih semuanya.

Saudara dan saudari,

48. Berhubung pemilihan ini, pada pandangan saya, yang kalah tak bermakna tewas semuanya. Kepada yang menang pula, jangan meminggirkan yang lain.

49. Kepada yang kalah, jangan pula bawa diri, teruskanlah perjuangan bersama yang menang dan kepada yang menang pastikan anda terus mengajak mereka yang kalah untuk bersama membangunkan parti tercinta ini.

50. Apa-apa pun, beringatlah semua, perkara yang paling penting, kita dalam UMNO ini seperti sebuah keluarga yang besar, carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua.

Saudara dan saudari,

51. Menyongsong populasi negara, pada tahun 1970, Bumiputera berjumlah 6.1 juta atau 56 peratus daripada keseluruhan penduduk. Orang Melayu terdiri daripada 41 suku dengan sembilan induk utamanya. Orang Asli pula terbahagi kepada 18 kategori. Masyarakat Bumiputera di Sabah diwakili lebih 60 etnik, manakala di Sarawak pula jumlahnya lebih 40 suku.

52. Menurut unjuran terkini, warganegara Malaysia, adalah seramai 27.4 juta orang. Bumiputera seramai 18.6 juta atau 67.9 peratus. Banci Penduduk dan Perumahan 2010, menunjukkan Orang Melayu dan Bumiputera Islam berjumlah 59.7 peratus. Manakala Bumiputera Bukan Islam pula, jumlahnya 7.6 peratus daripada bilangan rakyat keseluruhannya.

53. Lanjutan itu, unjuran penduduk Malaysia menjelang 2020 dijangka meningkat kepada 29.9 juta orang, dengan jumlah Melayu dan Bumiputera, samada Islam mahupun bukan Islam seramai 20.7 juta atau 69.2 peratus, Cina 6.8 juta atau 22.8 peratus, India 2.1 juta atau 7 peratus dan kaum-kaum lain sebanyak 306,000 atau 1 peratus.

Saudara dan saudari,

54. Melihat kepada peratusan etnik dan pecahan kelompok rakyat Malaysia yang saya nyatakan tadi, saya renung-renung, saya tidak ingat, bila pulak kita ada suku kaum Bangladesh?

55. Saya timbulkan perkara ini kerana semasa kempen pilihanraya yang lalu, tak henti-henti pihak pembangkang mencanang di sana sini kononnya Kerajaan telah membawa masuk lebih 40,000 orang warga Bangladesh sebagai pengundi UMNO dan Barisan Nasional. Perkara ini tampaknya kita tak dapat bendung-bendung lagi untuk dirungkaikan misterinya.

56. Lantaran, semasa lawatan rasmi saya ke Dhaka, Bangladesh, baru-baru ini, saya terpanggil untuk mengucapkan orang Bangladesh panggil, ‘Dhonnobad’ yakni terima kasih dalam bahasa Bengali kepada Perdana Menterinya Sheikh Hasina, kerana telah membantu menyedia sekian banyak rakyatnya sebagai pengundi seperti dimomokkan oleh pembangkang. Ternyata, bak kata orang Pekan, maaf cakap, sampai terkejut Sheikh Hasina sambil menggeleng-gelengkan kepala dengan tegas beliau menafikan bahawa perkara itu tidak benar sama sekali.

57. Begitulah, tuan-tuan dan puan-puan, betapa kuatnya pemimpin pembangkang suka berkata bohong dan berkalam yang dusta-dusta.

Saudara dan saudari,

SENARIO TRANSFORMASI DI DUNIA

58. Transformasi adalah sesuatu yang hidup dan bukannya berkala, tidak sahaja berlegar dalam dunia maya dan idea, namun hasilnya dapat dilihat mata kasar dan dinikmati serta dirasai. Dalam kata lain, transformasi adalah ikhtiar demi memastikan hari esok lebih baik daripada hari semalam.

59. Lalu, kalau kita amati senario dunia, setiap negara, tanpa gagal, akan melalui beberapa transformasi pada satu ketika dalam sejarah mereka. Ini disebabkan oleh tiga faktor utama. Pertama, norma dan nilai-nilai global telah melebihi apa yang masih diamalkan di negara tersebut. Kedua, kemajuan inovasi, sains dan teknologi telah menjadikan sebuah negara perlu bersaing dalam pasaran dan ekonomi berasaskan pengetahuan. Ketiganya, jika tidak berlaku transformasi, kita akan kekal terperangkap dalam belenggu negara sederhana, kurang kompetitif, dan kemungkinan dipintas oleh negara-negara lain.

60. Justeru itulah kita menyaksikan proses transformasi dilalui oleh pelbagai negara bangsa. Malahan kuasa dunia sebelum ini seperti Great Britain sedang mengalami transformasi mereka sendiri dan belajar meninggalkan kegemilangan sebagai empayar dengan menelan pahitnya ubat realiti abad ke-21.

61. Korea Selatan pula menjalani proses tranformasi gelombang ketiga yang bertunjangkan eksport, baik dari segi budaya mahupun teknologi dan peralatan. Sebenarnya lagi, transformasi yang berlaku di Korea boleh dijadikan contoh bagi kita dalam memenuhi kehendak ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai pra-syarat pembangunan dewasa ini.

62. Hatta negara besar China juga mengharung gelombangnya yang tersendiri. Proses yang disebut Transformasi 383 di China itu, mengakui kepentingan untuk keluar dari perangkap pendapatan pertengahan dan menuju ke arah negara berpendapatan tinggi.

Saudara dan saudari,

TRANSFORMASI NEGARA DIPELOPORI UMNO

63. Menyingkap tabir sejarah negara kita, fasa kejatuhan Empayar Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511 telah melabuhkan tirai era kegemilangan pemerintahan bangsa Melayu semenjak tahun 1400, malah ada juga kajian yang menyatakan ia sebenarnya bermula dari sekitar tahun 1262 lagi. Selepas itu, hampir 8 kurun lamanya bangsa Melayu telah menjadi lemah, seolah-olah melalui zaman gelapnya tersendiri dan hilang punca untuk bangkit semula.

64. Kelahiran UMNO tanggal 11 Mei 1946 merupakan titik tolak, yakni Transformasi Pertama yang besar lagi unggul kepada bangsa Melayu dan pembikinan negara ini. Hakikatnya, sesudah muncul parti keramat UMNO, barulah orang Melayu kembali belajar erti kepimpinan dan hidup berpersatuan.

65. Malah, semenjak itu, tidak boleh dinafikan bahawa, parti UMNO inilah yang sekian lama menjadi teras dan menunjang orang-orang Melayu melalui gabungan persatuan yang sebelum itu bergerak nafsi-nafsi. Jangan sesekali kita lupa, bahawa UMNOlah yang membawa kepada kebangkitan untuk menentang penubuhan Malayan Union, seterusnya menuntut hak bagi mencapai kemerdekaan.

66. Bahkan, saudara dan saudari, tidak keterlaluan untuk kita nyatakan di sini bahawa melalui UMNOlah orang Melayu berjaya membebaskan pemikiran berjiwa hamba kepada jiwa merdeka. Melalui parti berdaulat inilah orang-orang Melayu berpadu membentuk saf yang tersusun kemas dan rapi, umpama suatu binaan yang tidak mampu dirongkaikan.

67. Hakikatnya, bernaung di bawah panji-panji UMNOlah, orang-orang Melayu telah membina perpaduan dan mengukuhkan kesatuan demi membela untung nasib bangsa dan tanahair dari dulu, kini dan Insya-Allah selama-lamanya.

Saudara dan saudari,

TRANSFORMASI EKONOMI NEGARA

68. Menyongsong transformasi negara, jika diimbau kembali, Dasar Ekonomi Baru telah berlangsung di antara tahun-tahun 1971 hingga 1990. Semenjak tahun 1965 sehingga tahun 2010 pula, sebanyak 10 Rancangan Malaysia, 3 Rangka Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan.

69. Dasar Pembangunan Nasional pula, melewati tempoh-tempoh tahun 1991 sehingga tahun 2000. Kemudiannya, Dasar Wawasan Nasional merentasi tahun 2001 sehingga 2010.

70. Manakala, selepas mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, semasa membentangkan Bajet tahun 2010, saya telah melancarkan Dasar Transformasi Nasional atau DTN, sebagai paksi pengukuhan transformasi ekonomi menuju negara maju.

71. Bertitik tolak dari situ, sejak tahun 2009, rekod prestasi menunjukkan, kita bukan kerajaan yang hanya pandai menabur janji. Sepanjang kita mentadbir, puluhan pencapaian telah dan sedang diraih.

72. Kita bukan sahaja menerima pengiktirafan dari dalam negara, malah badan-badan penilai antarabangsa turut mengakui prestasi cemerlang kita. Realitinya, kita secara berterusan mempersembahkan kepada rakyat hasil transformasi sebenar.

• Contohnya, hasil transformasi negara boleh disaksikan daripada peningkatan Pendapatan Negara Kasar atau PNK per kapita daripada USD257 pada tahun 1957 kepada USD9,970 pada tahun 2012. Ini merupakan peningkatan hampir 4,000 peratus dalam tempoh lebih lima dekad.

• Ingin saya kongsikan di sini, pendapatan perkapita tahun 2014 pula, dijangka akan mencecah RM34,126 berbanding RM24,879 pada tahun 2009. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 37 peratus dalam tempoh 6 tahun.
• Sehubungan hal itu, saudara dan saudari, jika dicongak, besar kemungkinan pendapatan perkapita pada tahun 2020 kelak mampu melebihi sasaran RM46,500 atau USD15,000. Ertinya di sini, Insya-Allah, kita mampu menjadi negara maju lebih awal daripada tahun 2020.

• Kadar kemiskinan pula terus menurun daripada lebih 60 peratus pada awal kemerdekaan kepada 1.7 peratus pada tahun 2012. Jurang pendapatan di kalangan rakyat Malaysia juga bertambah baik. Terkini, purata kadar inflasi negara juga kekal berada di paras yang rendah iaitu 2.2 peratus pada suku ketiga 2013.

• Hari ini, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang menjadikan usaha membanteras rasuah sebagai Petunjuk Prestasi Utama atau KPI negara. Inisiatif NKRA Membanteras Rasuah telah menunjukkan keberkesanan apabila kedudukan Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International menyatakan kita berada pada kepada kedudukan 53 daripada 177 buah negara pada tahun 2013. Meskipun begitu, dari masa ke masa kita harus memperbaiki dan berikhtiar memerangi rasuah, dan di samping itu menurunkan kadar jenayah, supaya rakyat dapat hidup dalam keadaan selamat dan sentosa.

• Selain itu, World Bank Ease of Doing Business Report 2014, menunjukkan berlakunya peningkatan dari kedudukan 23 pada tahun 2009 kepada kedudukan keenam pada tahun 2014 dengan menyenaraikan Malaysia sebagai negara paling mesra perniagaan di dunia. Menurut laporan yang sama juga, Malaysia mengekalkan kedudukan pertama di dunia dari segi akses kepada kemudahan kredit selama enam tahun berturut-turut.

Seterusnya, saudara dan saudari,

• Kepada yang gemar melancong dan berbelanja pula, tak payah pergi jauh-jauh. Kini, Malaysia sudah terkenal antara destinasi utama atau shopping paradise pilihan pelancong. Menurut laporan CNN Travel 2013, Kuala Lumpur menduduki tempat keempat sebagai bandaraya paling popular untuk membeli-belah selepas New York, Tokyo dan London. Kepada sesiapa yang hendak beli kasut ke, jam tangan ke, beg tangan ke, Kuala Lumpur pun dah ternyata hebat!

Saudara dan saudari,

73. Rentetan pelbagai pengiktirafan tersebut, Oktober baru-baru ini, semasa Sidang Kemuncak Keempat Global Entrepreneur Summit di Kuala Lumpur, mesej ucapan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, telah memperakui Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai ekonomi dinamik, menjadi penggerak kemakmuran serantau dan sebagai sebuah negara yang mendakap ekonomi global.

74. Tidak terhenti setakat itu, sebuah lagi kuasa besar dunia, yakni China melalui pernyataan Presidennya, Xi Jinping, turut memuji Malaysia sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai. Bagi beliau, Malaysialah sahabat sejati negara China, ketika susah dan ketika senang.

Saudara dan saudari,

75. Pada sisi lain, dalam Bajet 2014 yang lalu pula, saya telah bentangkan di Dewan Rakyat tentang Cukai Barang dan Perkhidmatan atau Goods and Services Tax yakni GST. Sayangnya, hakikat kepentingan GST terhadap ketahanan dan keteguhan ekonomi negara, telah dipusing dan dipesong faktanya oleh pihak pembangkang. Sehinggakan ramai yang menjadi keliru kononnya, cukai GST ini akan menindas rakyat.

76. Saya berharap, semua pihak dapat memahami hal GST ini dengan sewajarnya. Kita tidak boleh terpengaruh dengan dakyah-dakyah pembangkang yang ternyata tidak berasas.

77. Sesungguhnya kita perlu fahami dengan baik-baik, bahawa GST yang bakal dilaksanakan pada 1 April 2015, kira-kira 16 bulan lagi, bukanlah cukai tambahan baru. Sebaliknya, ia menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan atau Sales Tax dan Services Tax yang akan dimansuhkan.

78. Untuk makluman saudara dan saudari, GST adalah satu sistem percukaian yang terbaik setakat ini dan terbukti berkesan dan perlu dilaksanakan untuk kita kekal kompetitif. Tambahan pula, lebih 160 buah negara di dunia telah pun melaksanakan GST. Sekiranya GST ini memudaratkan rakyat dan negara, masakan majoriti negara di dunia telah mengguna pakai sistem percukaian ini. Tambahan pula, GST pada kadar 6 peratus ini merupakan yang terendah di kalangan negara ASEAN.

79. Oleh yang demikian, usahlah kita risau-risau, beberapa barangan dan perkhidmatan asas sebenarnya dikecualikan dari cukai GST. Antaranya beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu sekalipun belacan.

Saudara dan saudari,

80. Pada sudut lain, sebagai sebahagian daripada usaha rasionalisasi subsidi, dan demi kesihatan rakyat, Kerajaan telah membuat keputusan melalui Bajet yang lalu untuk memansuhkan sepenuhnya subsidi gula. Statistik menunjukkan terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes.

81. Jika tidak dikawal, kita akan mendapat pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, buta mata dan kaki terpaksa dipotong. Dalam perkara ini, rakyat harus faham bahawa langkah Kerajaan ini adalah demi kebaikan semua. Ini kerana kerajaan sayangkan rakyat dan bertanggungjawab untuk menghindarkan rakyat daripada menghidap penyakit diabetes.

82. Cuba kita lihat di sekeliling kita, berapa ramai rakan-rakan dan saudara mara kita menjadi mangsa diabetes. Bayangkan tuan-tuan, kalau kita sudah menghidap diabetes, macam-macam penyakit lain pula pasti akan datang. Kesannya sangat dahsyat, hingga menjejaskan kesihatan zahir dan batin, dan akhirnya boleh membawa maut. Seperti kata Profesor Diraja Ungku Aziz, gula itu adalah racun.

Saudara dan saudari,

83. Kita turut mendengar ramai berkata, kenapa Barisan Nasional bila menang pilihanraya terus naikkan harga minyak. Ini adalah pernyataan yang tidak benar sama sekali. Kita kena faham bahawa minyak adalah komoditi dunia. Harganya bergantung kepada pasaran antarabangsa dan di luar kawalan ekonomi dalaman sesebuah negara.

84. Sebenarnya harga minyak tak naik, cuma kita kurangkan subsidinya sahaja sebagai langkah rasionalisasi. Ini kerana kita tidak boleh lagi terus kekal menampung subsidi petrol yang mencecah RM24.8 bilion setahun. Tambahan lagi subsidi sebelum rasionalisasi ini diberikan secara pukal hinggakan mereka yang tidak selayaknya untuk dapat, juga turut menerima. Jadi, kita tidak mampu terus mengekalkan subsidi sebegini kerana khuatir ia akan menjejaskan daya saing ekonomi negara.

85. Kerana itulah, Kerajaan kini memberikan subsidi bersasar kepada kelompok yang benar-benar memerlukan seperti siri-siri Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M yang secara berperingkat akan mencapai RM1,200 kelak, termasuklah caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 diberi kepada semua ketua isi rumah penerima BR1M yang dapat memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000, jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
86. Pelbagai usaha transformasi ini, kita dapat melihat kesan positifnya di mana agensi penarafan kredit utama antarabangsa Moody’s, baru-baru ini telah meningkatkan prospek penarafan kredit Malaysia daripada “Stabil” kepada “Positif”. Ini bermakna terdapat potensi untuk penarafan kredit negara dinaikkan daripada ‘A3’ kepada ‘A2’, jika dasar rasionalisasi subsidi ini diteruskan, di mana hutang akan dapat dikuncupkan. Seandainya penarafan dapat dinaikkan, pastinya kos pinjaman dapat dikurangkan, dan keyakinan dunia terhadap kita dapat ditingkatkan, dengan ini mampu memajukan ekonomi negara.
87. Ringkasnya, kesemua usaha-usaha rasionalisasi subsidi ini adalah merupakan inisiatif konsolidasi fiskal yang perlu Kerajaan lakukan demi untuk memperteguh ketahanan ekonomi negara. Sebagai analogi, jika kita makan ubat antibiotik, kita perlu mengambilnya mengikut jadual yang ditetapkan dan perlu makan sehingga habis. Barulah kita akan sembuh sepenuhnya.

Saudara dan saudari,

UMNO SEBAGAI PARTI MEWAJAH MASA DEPAN :

TRANSFORMASI UMNO

88. Demi mewajah masa depan, kepimpinan UMNO bukan sahaja komited malah percaya hanya dengan melakukan transformasi kita akan terus relevan dan menjadi peneraju kepada halatuju negara. Dalam hal ini, Perdana Menteri Britain, David Cameron semasa sidang akhbar bersama pada April 2012, telah memuji kesungguhan dan keazaman kita dalam melakukan transformasi politik dan negara.

89. Lantaran, diingatkan bahawa transformasi UMNO tidak akan berjaya sekiranya idea dan perubahan hanya digenggam di peringkat atasan sahaja. Transformasi ini mestilah didakap erat oleh setiap ahli UMNO.

90. Saya yakin, dengan usaha bersungguh dan pembuktian-pembuktian ini UMNO sedang menjalankan sebuah transformasi yang sebenar secara inklusif. Pastinya dengan nawaitu yang betul kita akan menerima sokongan dan dokongan daripada rakyat. Sebab itulah antara lain kita melantik ahli-ahli tambahan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang mewakili generasi muda, ahli-ahli cerdik pandai, golongan agamawan dan para teknokrat.

91. Pucuk pangkalnya, setiap ahli UMNO adalah agen transformasi yang mencerminkan hala tuju baru siasah politik negara. Makanya, UMNO harus memperkukuh kuda-kuda dan memperkemas kisi-kisi, untuk menonggak Barisan Nasional dan negara supaya kita bukan sahaja boleh terus mentadbir lima tahun akan datang, malah mudah-mudahan kita akan terus menjadi juara bagi tempoh 50, malahan 100 tahun akan datang.

Saudara dan saudari,
92. Justeru, kita tidak boleh lalai dan leka. Kita perlu mempersiap dan mengukuhkan parti kita. Walaupun kita telah menawan semula negeri Kedah, waima kita telah mengukuhkan kembali kedudukan kita di Perak, ternyata masih banyak lagi usaha, masih banyak lagi kerja yang belum selesai. Kita tidak akan sekali-kali duduk berpeluk tubuh dan lemah bersimpuh, sebaliknya di perhimpunan ini kita akan memperbaharui tekad dan menggagas semula formula kejayaan berteraskan lima pengisian transformasi.

LIMA PENGISIAN TRANSFORMASI UMNO

Saudara dan saudari,

93. PENGISIAN TRANSFORMASI UMNO YANG PERTAMA: MEMPERTEGUH EKONOMI MELAYU DAN BUMIPUTERA. Seperti semua maklum, populasi Melayu dan Bumiputera, Islam dan bukan Islam di Malaysia adalah sebanyak 67.9 peratus melebihi dua pertiga jumlah keseluruhan rakyat Malaysia. Sebagai kaum majoriti, agenda pemerkasaan ekonomi Melayu dan Bumiputera, sewajibnya menjadi agenda teras nasional. Apa guna jika negara kita maju, tetapi rakyat majoritinya terpinggir dan tidak terbela.

94. Kendati itulah, sejak merdeka, Kerajaan Barisan Nasional yang diungguli UMNO telah mewujudkan pelbagai instrumen bagi memastikan kedudukan ekonomi orang-orang Melayu terus berkembang dan dipelihara.

95. Lantas, menjelang negara maju kelak, kita hendak melihat orang Melayu dan Bumiputera mencapai tahap kemajuan yang setanding dengan orang lain tanpa meminggirkan pembelaan terhadap mana-mana golongan.

96. Atas semangat itulah, saya telah mengumumkan penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera atau MEB. Ia akan bersidang sebulan sekali, atau jika ada keperluan, lebih daripada itu, dengan menjemput secara ad hoc badan-badan atau agensi Melayu dan Bumiputera yang berkaitan.

97. Saya juga telah mengumumkan penambahbaikan TERAJU, mewujudkan Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera atau SUPERB, menubuhkan Dana Pendidikan MARA dan Kerajaan pada nisbah 1 kepada 1 yang berjumlah RM1 bilion, serta skim Amanah Saham Bumiputera 2 atau ASB2 sebanyak 10 bilion unit.

98. Pokoknya, selagi ada bulan dan bintang, selagi hayat dikandung badan, bak kata orang Sabah, agenda pemerkasaan Melayu dan Bumiputera tatap akan kita perjuangkan.

Saudara dan saudari,

99. PENGISIAN TRANSFORMASI UMNO YANG KEDUA: MEMPERTEGAK MAQASID SYARIAH. Dari dulu, UMNO tidak pernah berhenti memperjuangkan ketertinggian Islam dan syiarnya. Kita berpegang kepada prinsip Maqasid Syariah yang membela dan memelihara lima tunjang utama yakni; agama, nyawa, akal, harta dan keturunan.

100. Di Malaysia, Islam bukan sahaja termaktub sebagai Agama Persekutuan dalam Perlembagaan yang merupakan undang-undang tertinggi negara, tetapi juga pengamalannya bersifat meluas merangkumi bukan sahaja bidang ibadah tetapi juga munakahah, muammalah dan jinayah.

101. Dalam konteks yang sama juga, umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama’ah dari segi akidah, syariah dan keperibadian. Dengan demikian, penyebaran apa–apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama’ah adalah dilarang.

102. Bercakap tentang Islam lagi, selama puluhan tahun, di bawah pimpinan UMNO, Malaysia telah menjadi ‘enabler’ atau pemboleh kepada syiar amalannya.

103. Dari sudut iktisas, industri kewangan Islam di Malaysia telah mencapai pembangunan yang mantap dan progresif. Purata kadar pertumbuhan adalah 17 peratus untuk tempoh 2002 sehingga 2012, dengan pasaran aset perbankan Islam kini mencapai 24 peratus. Dari segi aset pula, 24 institusi kewangan Islam berada dalam kelompok 100 yang terbesar di dunia. Sektor ini yang akan menyumbang kepada tambahan pendapatan negara kasar sebanyak RM7.2 bilion dan hampir 12,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020.

104. Malaysia juga menerajui sukuk global dengan jumlah terkumpul mewakili 60 peratus, yakni RM492 bilion.

105. Berkaitan itu, sekarang ini kita dapati gelombang di mana orang-orang muda dekat kepada agama. Ia juga berlaku kepada orang yang dah pencen, yang mula berjinak-jinak dengan surau dan masjid. Justeru, ahli-ahli UMNO rajin-rajinlah mendekati golongan ini. Eloklah juga ramai-ramai memakmurkan masjid dan surau.

106. Jadi di sini, kita ingin bertanya, selama ini, siapa yang memperjuangkan kemuliaan agama Islam di negara ini? UMNO atau PAS? Pihak mana yang berjasa menubuhkan universiti dan institusi pendidikan Islam? UMNO atau PAS?

107. Tidak lain dan tidak bukan, selagi hayat dikandung jasad, bercerai nyawa dari badan! Islam akan terus UMNO junjung.

Saudara dan saudari,

108. PENGISIAN TRANSFORMASI UMNO YANG KETIGA: MEMPERKUKUH PENGKADERAN PARTI. Dalam memperkatakan hal ini, UMNO perlu sentiasa beringat-ingat. Kita bina negara ini untuk siapa? Tentunya untuk generasi hari muka. Kita bina dan jaga parti ini untuk siapa? Tentunya untuk ditinggalkan kepada pewaris dan para pelapis. Menyedari hakikat bahawa untuk melahirkan pemimpin masa depan mengambil tempoh yang lama, maka parti UMNO perlu mengkader ahli-ahli baru dan orang-orang muda supaya parti UMNO ini menjadi sebuah parti yang lestari sampai bila-bila.

109. Parti juga perlu diperkukuh dengan mendoktrinkan jati diri UMNO kepada para ahli agar budaya kepartian, berakar umbi, terpateri dan tersemat kukuh dalam sanubari semua sebagai landasan perjuangan.

110. Dalam konteks UMNO, program pengkaderan hendaklah merangkumi aspek seperti kreativiti, kemahiran-kemahiran insaniah, budaya berfikir tinggi serta memahirkan mereka dengan teknologi terkini, untuk memudahkan penyampaian dasar-dasar parti dan kerajaan supaya diterima oleh rakyat serta responsif di dalam menyelami dan menyelesaikan masalah akar umbi.

111. Memenuhi prinsip usul feqah, yang menyebut disiplin sebagai jalan tarbiyah dalam kepimpinan, program pengkaderan terutama kepada generasi muda bagi menghadapi pilihanraya akan datang tidak boleh ditangguh-tangguh lagi. Ini supaya UMNO dapat melahirkan pemimpin yang komited, gigih serta istiqamah dalam perjuangan.

Saudara dan saudari,
112. PENGISIAN TRANSFORMASI UMNO YANG KEEMPAT: MEMPERSIAGA JENTERA TRANSFORMATIF. Adalah menjadi lumrah dalam setiap organisasi yang berjaya, di belakangnya wujud jentera yang dikemudi oleh ahli yang penuh dedikasi, komited dan kental dalam membawa aspirasi dan obor perjuangan. Jika kuat jenteranya, maka gagahlah organisasi tersebut, jika lemah maka tidak bermayalah parti.

113. Misalnya, dalam peperangan, jentera umpama bala tentera yang akan mempertahankan kubu dan bertanggungjawab menyerang pihak lawan serta merintis jalan ke hadapan.

114. Dalam hal ini, UMNO harus sedar bahawa dunia maya atau internet adalah neutral. Barang siapa yang berupaya mengisi dan menguasai ruang-ruang baru itu maka merekalah yang akan berjaya.

115. Kita perlu berwaspada bahawa, penggunaan teknologi terkini menjadi saluran utama dalam penyebaran maklumat dan pengetahuan. Mutakhir ini, smart phone atau telefon pintar menjadi alat yang mempengaruhi minda dan nilai terutamanya generasi muda. Malah saya percaya, telefon pintar inilah akan menjadi antara instrumen paling penting dalam penentuan kalah menang pilihanraya yang akan datang. Oleh yang demikian, kita tidak boleh ketinggalan dan membiarkan pembangkang berwenang-wenang. UMNO mesti menjuarai teknologi maklumat.

116. Saya dimaklumkan, pengguna facebook di Malaysia sahaja mencecah 14 juta akaun. Manakala pengguna telefon bimbit pula mencecah 146 peratus daripada bilangan penduduk Malaysia pada tahun 2013.

117. Justeru, jentera transformatif UMNO hendaklah menguasai medium baru ini bagi menyampaikan risalah-risalah UMNO, mempertahankan dasar-dasar parti dan kerajaan, serta melawan segala tuduhan, nista yang pembangkang lemparkan. Suka atau tidak, kita tidak boleh, tidak menjadi pelaku utama kepada teknologi ini. Ingatlah, hakikatnya dalam dunia politik, selalunya persepsi lebih penting daripada realiti. Mahu tidak mahu, kita harus menanganinya.

Saudara dan saudari,

118. PENGISIAN TRANSFORMASI UMNO YANG KELIMA: MENETAP PETUNJUK PRESTASI UTAMA ATAU KPI UMNO. Bagi memastikan perjalanan jentera UMNO dapat bergerak dengan lebih berkesan menjelang Pilihanraya Umum ke-14 kelak, saya juga akan perkenalkan sistem Petunjuk Prestasi Utama atau KPI untuk setiap bahagian dan negeri.

119. Melalui penetapan KPI ini nanti, barulah kita akan lebih bersedia untuk memenangi kerusi-kerusi parlimen dan DUN yang kita tewas baru-baru ini, di samping mengekal dan mengukuhkan pengaruh serta kedudukan di kawasan-kawasan yang dimenangi sebelum ini, selanjutnya, mula merangka pelan gerak kerja untuk menawan kubu-kubu lawan.

120. Melalui pelaksanaan KPI ini, sebagai Presiden parti, saya mahukan setiap cawangan, bahagian dan negeri dipantau dan diaudit secara berkala untuk dinilai prestasi serta pencapaian setiap negeri, bahagian atau cawangan. Melalui kaedah ini, sebarang isu, masalah atau ketidakpatuhan yang berlaku boleh dikesan dan tindakan korektif dapat diambil dengan segera.

121. Jelasnya KPI ini menjadi pengukur yang objektif sebagai kad laporan kepada kepimpinan parti. Turunlah ke kawasan, berjumpalah dengan pengundi, buktikan pada masyarakat, UMNO adalah parti yang serius membela dan mengkhidmati rakyat.

PENUTUP

Saudara dan saudari,

122. Ahli falsafah Yunani berpesan bahawa, perubahan itu adalah penumpuan segala kudrat dan tenaga yang ada, bukan untuk bertempur dengan hal-hal dan kisah-kisah lama, tetapi perubahan itu ialah mencipta dan membina kejayaan-kejayaan baru.

123. Bersandarkan ungkapan itu, hari demi hari, detik demi detik, saat-saat yang berlalu telah menjadi saksi bahawa UMNO mengungguli kepimpinan transformatif negara sebagai sebuah parti yang bermaruah, parti yang berdaulat dan parti yang terus menepati janji.

124. Sesungguhnya, hitungan masa telah menjadi saksi dan hakim, yang adil dalam merakamkan bahawa, parti UMNO ini telah puluhan kali meninta detik-detik bersejarah dalam pembikinan negara bangsa Malaysia.

125. Malah, bermula sejak tahun 1946 sehingga tahun 2013, UMNO telah melalui dengan jayanya 11 kronologi game-changer yang merubah landskap politik dan negara keseluruhannya.

126. Antara detik penting yang ditongkah oleh UMNO, bermula daripada penubuhan parti, meraih kemerdekaan, tragedi hitam perkauman, Dasar Ekonomi Baru, bangkit dan pulih daripada runtuhan UMNO lama serta menggagas Wawasan 2020, mula mendakap dunia teknologi maklumat.

127. Terbaru pula, UMNO telah selesai proses permulaan transformasi sebagai langkah hebat dan penuh berwibawa untuk menjadi parti paling demokratik dan inklusif.
Saudara dan saudari,

128. Jika dihitung jumlahnya, kita ada sekurang-kurang 2,217 hari atau 72 bulan sebelum fajar negara maju menampakkan sinarnya. Manakala Pilihanraya Umum ke-14 pula, tempohnya lebih dekat dari itu.

129. Sehubungan itu, tiada siapa yang dapat menafikan, selama berdekad-dekad UMNO yang mengetuai Barisan Nasional telah mencapai satu persatu rekod prestasi yang sungguh membanggakan dalam meniti Transformasi Negara.

130. Hakikatnya, sejak dari dulu, kita berjuang dengan penuh objektif, dengan penuh gigih, mendengar bicara hati masyarakat, bisikan nurani semua dan pastinya luahan rasa rakyat terbanyak.

131. Malah, manifesto pilihanraya kita tempoh hari juga bukan sekadar manifesto biasa tetapi adalah sebuah akujanji yang berani. Sesungguhnya, kita bukanlah parti yang suka berbohong dan berdusta, kita bukanlah parti yang jenis cakap tak serupa bikin, kita bukanlah seperti pimpinan pembangkang yang sanggup berbuat apa saja sehingga memalsukan kata-kata dan memperdayakan rakyat, bahkan lebih terkutuk daripada itu sampai sanggup berjanji setia untuk menyokong segala usaha demi melindungi keselamatan rejim zionis dan Israel.

Saudara dan saudari,

132. Mereka telah berbohong tentang 16 September 2008 untuk menubuhkan Kerajaan. Anwar Ibrahim juga telah menipu rakyat di Kg. Buah Pala. Katanya, dalam tempoh 2 minggu, jika menang, mereka akan selesaikan masalah penduduk di situ. Itu palsu semuanya. Itu dakyah semata-mata.

133. Akhirnya, kerajaan pusat Barisan Nasional yang ditunjang oleh UMNO jugalah yang selesaikan. Malah saya sendiri turun padang menyerahkan 18 kunci rumah kepada para penduduk di situ.

134. Selanjutnya, di kala rakyat Selangor sedang menderita akibat masalah air, sampah sarap dan pelbagai isu yang tidak selesai-selesai, pimpinan Kerajaan Selangor sibuk pula nak menaikkan gaji masing-masing sehingga 373 peratus.

135. Jelasnya di sini, rakyat harus membuka mata kerana, pimpinan pembangkang lebih mementingkan diri masing-masing. Saban waktu mereka tuduh UMNO macam-macam, tetapi selama ini kitalah yang membela kepentingan rakyat dan negara.

Saudara dan saudari,

136. Laginya, seperti kita tahu dan terpampang di dada-dada akhbar sejak bertahun-tahun, ramai pimpinan utama PKR yang telah keluar dari parti itu.

137. Terkini, lebih parah, 11 ketua cabang PKR Sabah telah mengumumkan keluar parti dan menzahirkan sokongan terbuka kepada kita. Mudah-mudahan, harap-harapnya, sesudah ini, makin ramailah yang mendapat petunjuk dan kembali kepada UMNO dan menyokong Barisan Nasional.

Saudara dan saudari,

138. Baru-baru ini pula, Presiden Petronas telah memberitahu saya bahawa, kita telah kehilangan hampir RM40 bilion pelaburan asing dari Taiwan untuk projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia di Pengerang, Johor. Ini kerana, sekumpulan pihak pembangkang telah pergi ke negara tersebut dan menakut-nakutkan para pelabur.

Saudara dan saudari,

139. Saya ingin bertanya, tidakkah perbuatan pembangkang ini satu pengkhianatan kepada rakyat? Tidakkah perbuatan mereka ini satu petualangan kepada kepentingan negara?

140. Tidak cukup dengan itu, tidak cukup dengan itu, jangan sesekali kita lupa, parti DAP telah menghina penjawat awam sebagai kucing kurap. Pemimpin DAP jugalah yang mahu memberhentikan lebih separuh penjawat awam jika mereka memerintah negara ini.

Saudara dan saudari,

141. Kepada pihak pembangkang inikah orang-orang Melayu, Bumiputera dan rakyat keseluruhan hendak menyerah nasib dan masa depan anak cucu? Kepada mereka yang sanggup menggadai kepentingan rakyat dan negara inikah kita nak pertaruhkan hari muka?

142. Lebih dahsyat lagi, merekalah yang tidak menghargai para perajurit serta anggota-anggota keselamatan yang bermati-matian mempertahankan tanahair, malah mahu mengiktiraf pula komunis sebagai wira bangsa.

143. Maka yang demikian, peristiwa Lahad Datu, tidak mungkin terpadam dari memori dan ingatan kita, betapa UMNOlah sebagai parti yang senantiasa mengangkat dan menjulang para perajurit dan anggota-anggota keselamatan di persada yang sewajarnya.

144. Ternyata, tragedi Lahad Datu telah mengukuhkan lagi ikatan sesama kita, rakyat Malaysia. Pendek kata, walau sejengkal tanah Sabah, Negeri di Bawah Bayu, tak mungkin kita serahkan kepada sesiapa.

145. Kesimpulannya, kebersatuan Semenanjung, Sabah dan Sarawak umpama:

Anak-anak bermain raga,
bersama kawan di tepi perigi,
ikatan kasih bersulam jiwa,
ibarat rambut bersimpul mati.

Saudara dan saudari,

146. Atas segalanya, sebagai Presiden UMNO saya sentiasa berdoa demi masa depan umat. Walau kita dicemuh, walau kita disindir, walau UMNO dibentak-bentak namun parti ini tidak akan pernah jemu untuk menghulurkan salam perpaduan dengan mana-mana parti politik. Demi, melihat umat Islam kembali bersatu.

147. Oleh kerana itu, kita tak boleh bersegan silu lagi dalam terus memperjuangkan nasib bangsa. Percayalah, yakinlah, kita berada di landasan yang benar dan betul.

148. Di perhimpunan bertuah inilah, saban tahun kita keramatkan segala usul yang akhirnya menjadi dasar-dasar negara. Kita tidak berhimpun untuk bersuka-suka. Jangan sesekali kita lupa, di perhimpunan-perhimpunan agung UMNO inilah agenda-agenda umat Melayu dan Bumiputera dijulang.

149. Di sinilah UiTM dimartabatkan, di sinilah nasib penjawat awam dibela, di sinilah Raja-Raja Melayu terus dipermuliakan, di sinilah institusi-institusi Melayu dan Bumiputera diperjuangkan.

150. Selain itu, di sinilah kementerian-kementerian strategik yang membela untung nasib orang Melayu dan Bumiputera digagaskan, di sinilah syiar agama Islam dipertinggikan, dan di perhimpunan inilah juga orang Melayu menghitung masa depan keturunan mereka.

Saudara dan saudari,

151. Seperti besi kersani yang tidak tersepuh dengan saja-saja malah telah dibakar, dilebur dan diasah menjadi keris waja yang kukuh lagi gagah berani. Begitulah parti UMNO dalam memperjuangkan hak dan kepentingan bangsanya. Tanamlah dalam-dalam dibenak hati kita bahawa UMNOlah satu-satunya wadah tempat orang Melayu bergantung harap.

152. Jika tidak, di manakah suka duka bangsa Melayu nak diperbicarakan? Di manalah orang Melayu nak mencurah rasa. Di manalah lagi orang-orang Melayu ingin merungkai kesumat dan menyulam dendam tentang nasib dirinya. Di manalah lagi keluh kesah orang Melayu hendak dizahirkan, jika tidak di perhimpunan ini. Jika tidak kepada parti yang penuh kemuliaan ini.

153. Ke manalah orang-orang Melayu hendak membawa diri, dimanalah tempat hendak bermanja jika UMNO sudah tiada lagi. Ke manalah perginya hati, ke mana hilangnya rasa, kalau perjuangan umat Melayu sudah tidak berkumandang lagi. Hendaklah barang diketahui orang dulu-dulu bercerita bahawa Raja negeri Riau pernah berpesan-pesan, untuk berjaya orang Melayu janganlah suka berdengki-dengki dan menfitnah sesama bangsa. Relakah kita perjuangan Melayu terhapus di bumi ini? Sanggupkah Melayu akhirnya merempat dan terbangsat di tanah sendiri?

Saudara dan saudari,

154. Mengertilah sedalam-dalamnya bahawa kita adalah leluhur UMNO. Tanpa UMNO di manakah kita? Tanpa UMNO di mana sudahnya Melayu?

155. Kepada Allah kita mohon dipersimpangkan, kepada Allah kita pinta diperjauhkan, JANGANLAH MELAYU HILANG DI DUNIA! Kepada Allah kita mohon pertolongan.

HIDUP UMNO!

HIDUP BARISAN!

HIDUP MALAYSIA!

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

1


Hit Counter provided by Curio cabinets
Pergi ke Atas