Berita telus dan seimbang..

Monthly archive

September 2013

PCA Bukan Undang Undang Ganti ISA , Menteri Tindakan Undang Gelisah Pakatan

in Berita Utama by

Kalau tak buat salah..apa yang nak ditakutkan sangat..undang undang baru yang bakal diperkenalkan mengundang kegelisahan oleh haprak pakatan,seolah mereka berasa terhalang dan terkekang seperti penjenayah..

Jika tak bercadang untuk melakukan sebarang kesalahan apa nak ditakutkan sangat…Menteri tindakan di Kementerian Dalam Negeri bukan saja mengembalikan kuku malah taring kepada PDRM..

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjelaskan Pindaan terhadap Akta Pencegahan Jenayah (PCA) bukan untuk menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan atau untuk menakut-nakutkan pihak pembangkang dan masyarakat sivil.

Ujarnya tujuan asasnya adalah untuk memerangi jenayah bagi ntuk memastikan keselamatan awam.

“PCA bukan undang-undang menggantikan ISA. Kuasa menteri juga ditiadakan kerana kerajaan komited untuk tidak memberi kuasa kepada menteri bagi mengelak kerajaan dituduh menyalahgunakan kuasa oleh rakyat.

“Kami tidak layan perbezaan yang dikemukakan oleh pembangkang tetapi kerajaan serius dalam mengawal atau membasmi jenayah.

“Pembangkang jangan buat andaian tidak tentu pasal. Saya ucapkan terima kasih kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang memberi sokongan pada pindaan undang-undang ini,” katanya dalam satu forum pencegahan jenyah yang diadakan di Putrajaya hari ini.

Tiga pengamal undang-undang akan dilantik bagi mengganggotai badan pencegahan jenayah yang merupakan hakim mahkamah tinggi, rayuan yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Pisau kata ” kalau tak buat salah apa yang nak risau sangat”

CEC Dap Sahkan Melayu Tiada Tempat Didalam Parti.

in Berita Nasional by

Itulah cerita di Kongres Khas DAP yang diadakan di Hotel One World Petaling Jaya pada Ahad. Semua barisan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang dipilih pada 2012 menang menang semula.

Sebelum ini Pendaftar Pertubuhan (ROS) anggap pemilihan CEC DAP pada Disember tak sah, jadi Kongres Khas hari ini adalah bagi melakukan pemilihan semula.

Di hotel terkemuka itu, yang berbeza hanyalah susunan angka dan jumlah undi, lain-lain kekal status qou. Tidak ada orang baru, tidak ada semangat baru.

Daripada lapan calon Melayu, hanya Melayu ‘celop’ Zairil Khir Johari yang menang tempat ke 12 daripada 20 kerusi yang dipertandingkan.

Zairil yang merupakan anak angkat bekas pemimpin UMNO Tan Sri Khir Johari mendapat 1,132 undi berbanding 803 yang diperolehinya dulu.

Selain Zairil, seorang calon India M Kula mendapat tempat ke 14 (1,088).

Lain-lain semua yang menang CEC DAP adalah Cina dengan penguasaan keluarga Lim, Karpal dan Nga dan Ngeh.

Pemilihan hari ini menyaksikan Setiusaha AGung DAP Lim Guan Eng menerima undi protes, selepas hanya menduduki tempat ke lima (1,304) berbanding ke dua pada CEC Disember tahun lalu.

Walaupun DAP menang banyak kerusi dalam PRU13 lalu, rasa tidak puas hati terhadap Guan Eng sudah berkembang dikalangan perwakilan DAP.

Hairan bin ajabi, yang mendapat undi tertinggi merupakan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong (1,438), orang muda, yang tidak punya rekod sehebat Guan Eng mahupun pengikut setianya seperti Tony Pua (1,158), Teresa Kok (1,127) mahupun Anthony Loke (1,263).

Nombor kedua bapak Lim Guan Eng, Lim Kit Siang (1,436). Dikuti oleh anak beranak Karpal dan Gobind Singh.

Paling menarik,’taiko DAP Perak’ pasangan sepupu, Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham mendapat undi tercorot sekali pada kedudukan 19 dan 20.

CEC DAP terpaksa diadakan semula selepas ROS menolak CEC DAP pada Disember 2012 berikutan berbagai masalah teknikal hasil aduan ahli-ahli parti tersebut yang tidak berpuas hati.

Antara yang paling ketara adalah kes Zairil yang sebelumnya diumumkan kalah, tetapi selepas dikiraan semula dibuat, beliau yang ketika itu merupakan setiausaha politik Lim Guan Eng diumumkan menang dengan mendapat 803 undi.

Seramai 68 orang menawarkan diri untuk bertanding CEC kali ini dengan lapan menarik diri saat-saat akhir.

Seramai 1,731 dari keseluruhan 2,576 perwakilan yang layak mengundi hadir ke Kongres Khas tadi.

Parti itu mengeluarkan sebanyak 1,725 kertas undi bagi pemilihan pada Ahad.

Berikut adalah senarai penuh keputusan pemilihan CEC 2013-2016:

Liew Chin Tong (1,438 undi)
Lim Kit Siang (1,436)
Karpal Singh (1,421)
Gobind Singh Deo (1,409)
Lim Guan Eng (1,304)
Chong Chieng Jen (1,294)
Anthony Loke (1,263)
Chow Kon Yeow (1,203)
Fong Kui Lun (1,193)
Teng Chang Khim (1,164)
Tony Pua (1,158)
Zairil Khir Johari (1,132)
Teresa Kok (1,127)
Chong Eng (1,111)
M Kula (1,088)
Tan Kok Wai (1,088)
Teo Nie Ching (1,081)
Bo Cheng Hau (961)
Nga Kor Ming (956)
Ngeh Koo Ham (809)

-Agenda Daily,OLEH HELME NANAFI – 29/9/2013

Pisau kata ” dengan cerita ada senarai nama yang mesti di undi oleh perwakilan..”

Ähli Parlimen PAS Minta Bantuan Menteri Umno…

in Berita Utama by

Wang kerajaan adalah haram.. tak boleh terima duit dari Umno..Harus perangi Umno BN ini adalah jihad fisabilillah..Jika mati melawan kerajaan Umno BN ..mati anda adalah syahid..

Kesemua kenyataan diatas adalah keluar dari mulut khawarij PAS.. Pisau tertarik dengan rungutan sahabat sebentar tadi katanya beliau gusar akan nasib bekas ahli parlimen Baling Dato Taib Azamudden yang sekarang ini berhutang dengan sebuah hospital swasta.

Ceritanya begini.. Taib Azamudden dimasukkan ke wad Hospital Pantai pada 24Januari ekoran masaalah pendarahan dalam kepala selepas terjatuh dirumahnya di Baling..Beliau telah menerima rawatan selama 13 hari dan kos keseluruhan termasuk perubatan adalah RM 8,677.05..

Baru baru ini 24 September Ismail Don Ahli PKR Ranting Jalan Bharu telah menemui wakil pegawai khas Dato Seri Hilmi Yahya di Pejabat Umno Bahagian Balik Pulau..tujuannya adalah untuk meminta bantuan untuk menjelaskan tuntutan bayaran rawatan Dato Taib Azamudden..Setelah diperiksa rupanya Ismail Don punyai pertalian kekeluargaan kepada Taib Azamudden..Kedatangan beliau untuk meminta bantuan Umno bertujuan menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh mereka kerana Dr Hilmi adalah Timbalan Menteri Kesihatan ketika ini..

Dato Taib Azamudden telah mengemukakan rayuan agar kesemua kos perubatan di Hospital Swasta berkenaan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan..memandangkan ketika beliau sakit berlaku diluar kawalan sehingga beliau menerima rawatan melebihi 4 hari melebihi tempoh seperti mana yang ditetapkan kerajaan.Pihak kerajaan membiayai kos perubatan di hospital swasta tersebut hanya untuk tempoh 4 hari dan baki berikutnya harus ditanggung oleh Dato Taib Azamudden sendiri..

Beliau menerima rawatan selama 13 hari bermula 24 Jan hingga 6 Feb 2013,Taib Azamudden membuat rayuan agar perbelanjaan sepenuhnya ditanggung oleh kerajaan Umno BN kerana beliau jatuh sakit diluar kawalan beliau. Ismail Don dihantar untuk merayu kepada Dato Seri Helmi memandangkan beliau tahu Dato Helmi adalah Timbalan Menteri Kesihatan..

Pisau berasakan memang wajar Menteri Umno membantu dan beri sebanyak mungkin bantuan kepada ahli PAS,apatah lagi yang memohon bantuan adalah ahli parlimen pembangkang. Ketika mereka susah menteri melayu Islam Umno juga yang dicari..Taib Azamudden memang baik dan bagus orangnya,Beliau diantara ahli parlimen yang menentang LGBT dan menentang nama Allah dilacurkan oleh haprak pakatan.

Di mana Afnan Hamimi ketika ayahnya dalam kesusahan? Beliau sepatutnya tampil menjadi wakil kepada ayah beliau sendiri untuk meminta bantuan..bukan kerana kepentingan politik beliau menyorok biarkan ayah sendirian didalam kesusahan. Afnan Hamimi patut minta bantuan daripada Umno kerana mereka itu seagama,sebangsa dan sudah pasti bantuan akan dihulurkan…

Kepada Afnan..Jangan malu minta bantuan demi ayah tercinta..kenapa diam membisu dikala ayah sendiri dalam kesusahan yang teramat sangat..Beginikah yang ditunjukkan oleh calon PAS yang tewas di Kerusi Parlimen Kepala Batas..?Bagaimana mahu beri khidmat kepada rakyat sedangkan ayah sendiri pun tak dilayan..

Pisau kata “Moga Allah beri kesihatan yang baik kepada Taib Azamudden”

UMNO P.PINANG BANTU KELUARGA ANGGOTA POLIS TERKORBAN OPS CANTAS

in Berita Nasional by

UMNO P.Pinang terus membela orang Melayu di negeri ini walaupun ia ditadbir kerajaan Dap .

Hari ini Dato Zainal Abidin Osman bersama pimpinan Umno negeri  hadir menziarah balu arwah Koperal Zal Azri yang terkorban ketika bertugas dlam  OPS Cantas  di Melaka baru-baru ini .
UMNO negeri juga turut menyampaikan sumbangan wang kepada keluarga arwah anggota polis  bagi meringankan beban  selain rawatan percuma  untuk mereka .
Syabas kepada Umno ..teruskan usaha membantu dan membela orang Melayu PP .
IMG-20130927-WA0014 IMG-20130927-WA0015

Ramai Ketua Umno Bahagian Johor Sokong Hishammudin Kerana Perjuangan Cemerlang dan Latar Belakang Perkhidmatan.

in Berita Utama by

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dijangka menerima sokongan padu daripada bahagian Umno di Johor bagi merebut jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti tidak lama lagi.

 
Bernama melaporkan beberapa Ketua Umno Bahagian secara terbuka berkata mereka akan mengikuti langkah Badan Perhubungan Umno Johor yang menyatakan sokongan terhadap pencalonan Hishammuddin pada mesyuaratnya baru-baru ini.
 
“Sebagai anak Johor, kita akan memberi sokongan padu kepada Hishammuddin sebagai calon Naib Presiden dan memastikan Johor terus kekal sebagai kubu kuat dan tunjang kepada Umno,” kata Ketua Umno Bahagian Tebrau Datuk Maulizan Bujang.
 
Beliau berkata bahagian itu ingin melihat Hishammuddin, yang merupakan anak Johor dan Ketua Umno Bahagian Semberong, mengekalkan jawatannya sebagai Naib Presiden parti berkenaan.
 
Mengulas dua calon Naib Presiden lain, Maulizan berkata mereka akan memilih pemimpin yang memiliki latar belakang perkhidmatan serta perjuangan cemerlang.
Pisau kata ” wah..sokongan padu untuk CKMM.. “

RM 200 JUTA KERAJAAN BN PERUNTUKAN UNTUK PEMBANGUNAN ISLAM DI P.PINANG @dzainalabidin

in Berita Nasional by

Kerajaan Persekutuan tidak pernah mengabaikan aspek pembangunan hal ehwal agama Islam di negeri ini walaupun Barisan Nasional (BN) tidak lagi menjadi kerajaan negeri.
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata,

perkara berkenaan dapat dilihat berdasarkan peruntukan besar berjumlah hampir RM200 juta untuk tujuan pembangunan syiar Islam di negeri yang disalurkan sejak 2008 sehingga kini.

” Jumlah berkenaan termasuklah sebanyak RM76.2 juta bagi pembinaan 14 buah masjid baharu di seluruh negeri manakala RM130.6 juta lagi untuk pembayaran gaji guru agama Islam dan elaun pegawai agama, selain membaik pulih surau-surau yang uzur.

” Ini menunjukkan kerajaan Pusat tetap menjalankan tanggungjawab, sekali gus menyangkal dakwaan pihak tertentu yang mengatakan kita tidak berbuat apa-apa untuk agama Islam di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar perasmian Masjid Jamek Tasek Junjong yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di sini hari ini.

Pada majlis itu, Abdul Rahman bersama Zainal Abidin dan lebih 500 jemaah turut menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan yang dibina dengan kos sebanyak RM3.4 juta iaitu menggantikan masjid lama yang agak kecil dan sudah berusia lebih 100 tahun.

Masjid itu yang mula dibina pada September 2011 siap sepenuhnya awal bulan ini dan turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik mesyuarat, bilik audio, bilik kuliah, bilik pengurusan jenazah, kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU), selain mampu menampung kira-kira 1,200 jemaah pada satu-satu masa berbanding hanya 600 jemaah sebelum ini.

Sementara itu, Zainal Abidin Osman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, selain masjid tersebut, lapan lagi masjid telah siap dibina baharu menerusi peruntukan yang disediakan kerajaan Persekutuan.

“Antaranya termasuklah Masjid Abdullah Fahim yang menelan belanja RM35 juta, Masjid Jalan Kelawai (RM2.3 juta), Masjid Farlim (RM1.1 juta), Masjid Jalan Telaga Air (RM3.8 juta), Masjid Kota Aur (RM2.5 juta), Masjid Lahar Kepar (RM2.5 juta), Masjid Tasek Gelugor (RM3 juta) dan Masjid Sungai Gelugor (RM3.26 juta),” katanya.

” Lima lagi masjid kini sedang dalam proses pembinaan pula ialah Masjid Teluk Kumbar (RM5 juta), Masjid Simpang Tiga (RM4 juta), Masjid Sungai Acheh (RM5 juta), Masjid Lahar Tabut (RM2.4 juta) dan Masjid Timah Kampung Belah Dua (RM2.93 juta),” katanya.

ROS Sahkan Guan Eng Dan DAP Menipu

in Berita Nasional by

Dah sah pemilihan CEC berlakunya penipuan.. tak ada pula Ambiga peguam LGBT kesayangan khawarij PAS bising bising..

Kenyataan Media Pendaftaran Pertubuhan Behubung Penipuan Lim Guan Eng DAP

Pendaftar Pertubuhan di sini ingin menerangkan sekali lagi lagi tentang isu Pemilihan CEC DAP khasnya untuk pemahaman semua yang terlibat secara langsung dalam hal ini memandangkan tindakan pemimpin DAP yang mendukacitakan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng harus belajar membaca dan memahami apa yang telah dinyatakan oleh ROS mengenai pemilihan semula CEC DAP. ROS tidak pernah menyatakan yang DAP tidak boleh mengadakan ‘Special Congress’ tetapi hanya telah mengingatkan DAP supaya mengikut peruntukan-peruntukan dalam Undang-undang tubuhnya sendiri semasa mengadakan pemilihan semula tersebut. Dalam hal ini penghantaran Notis Panggilan kepada ahli dalam tempoh 10 minggu sepertimana yang tercatat di dalam Undang-undangnya harus di patuhi.

Harus di tekankan disini bahawa DAP telah menghadapi tindakan mahkamah oleh ahli-ahlinya sendiri dan ini tidak ada kaitan sama sekali dengan ROS, memandangkan ahli-ahlinya sendiri telah membawa perkara mengenai pemilihan CEC DAP yang tidak teratur ke muka pengadilan. Adalah tidak wajar ROS di kaitkan dalam hal ini memandangkan tindakan ini daripada akar umbinya sendiri.

Namun demikian, walaupun Seksyen 18C, Akta Pertubuhan 1966 menyatakan hal ehwal parti adalah muktamad dan konklusif serta tidak boleh dibawa ke mahkamah tetapi ini tidak bererti ROS tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan demi menegakkan kebenaran khasnya bila hak ahli-ahlinya terjejas.

Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) adalah suatu Akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dan semua pihak harus menghormatinya dan ROS yang bertanggungjawab dalam menguatkuasakannya.

DATO’ ABDUL RAHMAN BIN OTHMAN
Pendaftar Pertubuhan Malaysia
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

‘Bersarakan’ golongan duri dalam UMNO (Utusan)

in Berita Utama by

PEMILIHAN UMNO 2013 yang berlangsung pada 12 dan 19 Oktober ini dilihat sebagai satu pertandingan untuk melihat barisan kepimpinan yang efektif dan rasional di mata 146,500 ahli UMNO yang layak untuk mengundi.
Atas tuntutan demokrasi, maka ramai ahli UMNO menawarkan diri untuk dipilih menjadi pemimpin – cawangan, bahagian dan pusat

Seramai 33,682 ahli UMNO dari seluruh negara menawarkan diri sebagai calon bertanding pelbagai jawatan peringkat bahagian dan pusat.

Pemilihan pada kali ini adalah gelanggang untuk melihat pemimpin UMNO yang dipilih nanti bukan sahaja boleh diterima oleh parti tetapi juga rakyat.

Sebab itu UMNO mesti ketengahkan barisan pemimpin yang boleh diterima rakyat dan mampu mencerminkan imej yang positif kepada parti itu.

Sebagai pengundi, ahli UMNO bukan sahaja akan memilih individu sebagai pemimpin parti peringkat bahagian dan pusat, tetapi turut menentukan hala tuju parti.

Jadi ahli UMNO yang diberi amanah untuk mengundi mesti pandai menilai pemimpin yang akan memimpin mereka.

Pilihlah pemimpin yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi dan sanggup berkorban apa sahaja demi menjaga kepentingan agama, bangsa dan tanah air.

Proses terbaharu pemilihan UMNO kali ini jika dilaksanakan dengan betul, maka tiada lagi salah guna kuasa, akan lenyap politik wang dan berkurang kempen melobi perwakilan.

Hanya pemimpin yang benar-benar berkhidmat dan berbakti akan dikenali oleh ahli peringkat cawangan.
Kepada pemimpin UMNO yang pernah diberi peluang untuk memimpin ahlinya di peringkat cawangan, bahagian, negeri dan pusat, tetapi telah gagal melaksanakan amanah yang diberi, ahli-ahli kenal siapa individu tersebut.

Ahli UMNO kenal siapa yang selalu buat ‘kerja’ untuk parti dan siapa yang hanya pandai main wayang.

Dalam keghairahan pesta demokrasi dalam UMNO ini, ahli UMNO tidak boleh buat silap. Kesilapan memilih pemimpin yang tidak mampu membawa perubahan kepada parti, maka menjadikan UMNO sebuah parti yang terus berpenyakit, lemah dan mungkin sukar diubati.

Ahli UMNO membantu menaikkan pemimpin ke atas sebab kecerdikannya dan kebolehan memimpin dan kerana politik sogok menyogok.

Dalam memilih pemimpin perlu ada rasionalnya. Kenapa hendak menolak pemimpin atau ketua yang sudah menyumbang kepada kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu.

Tolaklah pemimpin yang menyebabkan BN tersungkur di kawasan yang berkenaan. Tolak mereka dan kroninya yang tak buat kerja.

Nyahkan mereka yang membolot peruntukan yang disediakan untuk PRU-13 setelah tidak dipilih untuk menjadi calon dengan tujuan menggunakan wang itu untuk bertanding pada pemilihan UMNO kali ini.

Golongan ini menjadi duri dalam daging malah ada di kalangan mereka yang terus mahu memegang jawatan dalam parti. Merekalah yang main politik wang hingga menjejaskan kepercayaan rakyat kepada UMNO.

Jika perwakilan UMNO sayangkan parti, ‘bersarakan’ golongan ini daripada memegang sebarang jawatan dalam parti.

TITIK HITAM DAP YANG MEMBAWA KEPADA MALA PETAKA DAN KEMUSNAHAN

in DAP by
Tarikh 4 Januari 2013 adalah satu tarikh titik hitam dalam sejarah DAP. Kebinasaan terhadap DAP bermula dari tarikh tersebut hasil kerja Dinasti Lim, Anthony Loke dan Tony Pua.
Pada hari itu Tony Pua membuat pengumuman bahawa terdapat kesilapan pengiraan undi dalam keputusan CEC yang diumumkan pada pada 15 Disember 2012. Tony Pua memberi alasan ianya berpunca dari masalah penjumlahan undi yang dibuat menggunakan sistem Microsoft Excel. Alasan yang menjadi bahan gelak ketawa orang ramai hingga kini.
Sistem komputer dikatakan silap mengira jumlah undi yang diraih Vincent Wu, calon yang menang di tempat ke 6 dengan dengan bilangan undi 1202 UNDI. Tony Pua menyatakan jumlah undi sebenar yang diraih oleh Vincent Wu hanya 669 undi.
Bukan hanya itu sahaja, kesilapan bukan setakat Vincent Wu, malah turut melibatkan undi untuk Zairil Khir Johari. Tony Pua menyatakan undi yang diterima Zairil adalah 803 undi dan beliau menang di tempat ke 20. Keputusan yang diumumkan pada 15 Disember 2012 Zairil berada di tempat ke 39 dengan jumlah undi yang diterima 305 undi.
Perkara tersebut melucukan ahli-ahli DAP dan orang ramai. Mereka tertanya-tanya kenapa komputer hanya tersalah kira undi Zairil dan Vincent Wu sedangkan undi untuk calon-calon lain tidak berubah ?
Ramai calon-calon CEC yang tewas termasuk P.Ramasamy dan M.Manoharan terus terang memberitahu ramai orang bahawa kemasukkan Zairil ke dalam CEC adalah satu penipuan yang terancang untuk menunjukkan kepada masyarakat umum bahawa orang melayu mempunyai tempat dalam DAP.
Zairil sendiri pun terkejut dengan kemenangannya dan tidak menyangka dirinya mempunyai ramai penyokong hingga dipilih masuk ke dalam CEC walaupun baru menyertai DAP.
Nga Kor Ming pula memberitahu salah seorang pemimpin PAS rahsia kehebatan Dinasti Lim mempertahankan kuasa mereka selama ini telah terbongkar. Dengan menggunakan peribahasa melayu Nga Kor Ming berkata “sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga”. Ianya membawa maksud sehebat mana pun melakukan penipuan satu hari tetap terbongkar. Selama puluhan tahun Lim Kit Siang melakukan penipuan dengan memanipulasi undi perwakilan untuk beliau mengekalkan kuasa, akhirnya Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Tony Pua membongkar rahsia tersebut.
Setelah melakukan titik-titik kebinasaan terhadap DAP , di hari yang sama juga Tony Pua melakukan satu mala petaka terhadap DAP yang boleh membawa kebinasaan yang jauh lebih teruk terhadap parti itu.
Apa kebinasaan yang jauh lebih besar akan dikongsikan dalam episod akan datang.

BERMULANYA HARI KEBINASAAN DAP

in Berita Nasional/DAP by


Hari ini saya akan terus menulis berkenaan dua orang suruhan setia Dinasti Lim dan permulaan kebinasaan kepada DAP.

 

Sebaik sahaja calon-calon yang menang dalam pemilihan CEC diumumkan, Lim Guan Eng dengan segera memanggil mesyuarat CEC yang pertama. Di mana dalam mesyuarat itu Lim Guan Eng sekali lagi dipilih oleh ahli CEC sebagai Setiausaha Agung.

 

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh Vincent Wu iaitu calon yang menang di tangga ke 6. Kenapa perlu saya timbulkan nama Vincet Wu akan saya jelaskan nanti.
Selepas selesai Kongres Kebangsaan tersebut keadaan menjadi kecoh apabila pihak media dan orang ramai mempertikaikan ketiadaan seorang pun wakil kaum melayu dalam CEC. Ianya mengesahkan dakwaan sebelum itu bahawa DAP adalah sebuah parti chauvinis cina.

 

PAS dan PKR juga turut tertekan keputusan itu. Mereka juga turut memberi tekanan kepada DAP jika isu itu dibiarkan berterusan ianya bakal menyusahkan mereka mendapat sokongan kaum melayu dalam pilihanraya umum ke 13.
Tekanan yang berterusan diterima selama bermingu-mingu membuatkan Lim Guan Eng tidak tahan. Akhirnya Lim Guan Eng memanggil dua orang suruhannya, Tony Pua dan Anthony Loke untuk melakukan sesuatu bagi memastikan wakil kaum melayu berada dalam CEC.
Apabila tugas itu diserahkan kepada dua orang tersebut Lim Guan Eng berfikiran semuanya akan selesai dengan mudah kerana dua orang itu sering digambarkan sebagai pakar strategi yang paling hebat. Sebaliknya dua orang itu membawa kebinasaan yang jauh lebih besar kepada DAP.

Apa kebinasaan yang mereka buat saya akan kongsikan dengan anda dalam dalam siri akan datang.

BERMULANYA PENIPUAN DALAM CEC KE 16

in Berita Nasional by

Berdasarkan perlembagaan DAP Kongres Kebangsaan untuk memilih CEC diadakan setiap tiga tahun sekali.

Pada tahun 2012 jumlah cawangan DAP seluruh Malaysia yang mempunyai Sijil A sebanyak 865 cawangan dan cawangan Sijil B pula 150 cawangan. Manakala cawangan penaja pula 70 cawangan. Hanya cawangan Sijil A sahaja yang boleh menghantar perwakilan bagi memilih CEC.
Kesemua 865 cawangan Sijil A telah selesai mengadakan mesyuarat mereka pada awal tahun 2012 untuk memilih perwakilan ke Kongres Kebangsaan seterusnya mengundi untuk memilih 20 orang anggota CEC.
Jumlah perwakilan bagi setiap cawangan bergantung kepada jumlah keahlian.
  • 15-25 ahli – Seorang perwakilan
  • 26-50 ahli – Dua orang perwakilan tambahan
  • 51-100 ahli – Seorang perwakilan tambahan
Cawangan-cawangan yang selesai bermesyuarat akan menghantar senarai nama perwakilan ke pejabat Setiausaha Agung. Jumlah perwakilan untuk 865 cawangan adalah 2576 orang.
Apabila senarai perwakilan sampai ke tangan Lim Guan Eng, beliau dan bapanya akan membuat semakan terlebih dahulu untuk mengenal pasti perwakilan-perwakilan yang pro mereka dan yang pasti akan memberi undi kepada mereka.
Lim Guan Eng mahu memastikan bapanya mendapat undi terbanyak dan beliau undi kedua terbanyak. Beliau tidak mahu berada jauh dari kedudukan bapanya.
Semakan yang dilakukannya mendapati mereka dua beranak akan berada di tangga yang lebih bawah daripada calon-calon lain. Lim Guan Eng menangguh untuk memanggil Kongres Kebangsaan dan meminta dua orang suruhannya iaitu Anthony Loke dan Tony Pua melakukan kajian lanjut ke atas perwakilan bagi mengetahui tahap sokongan mereka terhadap Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan kumpulan Lima Harimau.
Keputusan kajian yang dilakukan oleh Anthony Loke dan Tony Pua mendapati Lim Kit Siang mampu memperolehi 1060 undi dan berada di tangga ke 11. Lim Guan Eng pula hanya mampu meraih 1029 undi dan berada di tangga ke 13. Manakala kumpulan Lima Harimau menduduki tangga lima teratas.
  1. Teng Chang Kim – 1905 undi
  2. Nga Kor Ming – 1828 undi
  3. Chow Kon Yeow – 1739 undi
  4. Boo Cheng Hau – 1711 undi
  5. Ngeh Koo Ham – 1577 undi
Antara sebab perwakilan tidak mahu mengundi Dinasti Lim kerana sikap bodoh sombong serta angkuh Lim Guan Eng. Manakala perwakilan kaum india pula marah kerana isu Kampung Buah Pala.
Lim Guan Eng terpaksa menangguhkan lagi untuk memanggil Kongres Kebangsaan kerana sebab-sebab ini. Dia meminta Tony Pua dan Anthony Loke melakukan sesuatu bagi memastikan bapa dia berada di tangga pertama, dia di tangga kedua, Karpal Singh di tangga ketiga dan dua lagi orangnya berada tangga lima teratas menerima undi terbanyak.
Tahun 2012 semakin hampir ke penghujungnya. Kongres Kebangsaan untuk memilih CEC perlu diadakan sebelum berakhirnya tahun 2012. Sekali lagi Lim Guan Eng mengarahkan Anthony Loke dan Tony Pua melakukan taktik kotor untuk memastikan Dinasti Lim terus menguasai DAP.
Perlembagaan DAP menetapkan notis untuk memanggil Kongres Kebangsaan perlu diberikan kepada perwakilan dalam tempoh 10 minggu sebelum tarikh kongres.
Kongres Kebangsaan telah diadakan pada 15 dan 16 Disember 2012 di PISA Pulau Pinang.
Antara taktik kotor yang digunakan Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Tony Pua seperti berikut.
1.Mengeluarkan notis kepada perwakilan untuk memanggil Kongres Kebangsaan dalam tempoh kurang dari 10 hari. Ianya dilakukan secara senyap supaya tidak menarik perhatian orang dalam dan luar parti.
2.Notis hanya diberikan kepada 1726 orang perwakilan dari cawangan Sijil A yang telah dikenal pasti sebagai orangnya. Jumlah keseluruhan perwakilan adalah 2576 orang. Sebanyak 1300 perwakilan yang dikenal pasti menentangnya tidak diberikan notis.
3.Notis turut diberi kepada 547 orang perwakilan haram yang dipilih oleh Anthony Loke dan Tony Pua yang mana 547 orang itu adalah orang-orang yang boleh mengikuti arahan mereka.
4. Perwakilan tidak dibekalkan senarai 2576 orang yang layak mengundi pada hari berkenaan. Sedangkan perlembagaan menetapkan setiap perwakilan perlu diberikan senarai perwakilan-perwakilan yang layak mengundi untuk memilih CEC.
5.Lim Guan Eng melantik pembantu setia bapanya, Pooi Weng Keong sebagai pegawai pengurus pemilihan.
6.Tempat mengundi dan kotak undi berasingan untuk 547 perwakilan haram yang dipilih oleh Anthony Loke dan Tony Pua. Satu laluan khusus telah disediakan untuk perwakilan haram ke tempat pengundian supaya tidak disedari oleh perwakilan lain dan kumpulan Lima Harimau.
7.Perwakilan haram hanya diminta mengundi enam nama sahaja, sepatutnya mereka perlu mengundi 20 nama untuk mengisi CEC. Mereka hanya diminta untuk mengundi Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Chong Chieng Jin, Anthony Loke dan Vincent Wu. Selebihnya 14 nama lagi akan ditandakan oleh pasukan yang diketuai Anthony Loke dan Tony Pua.
Kebiasaanya keputusan pemilihan CEC yang sebelum itu akan diumumkan sekitar jam 5 atau 6 petang. Bagaimanapun untuk CEC ke 16 ianya berlaku kelewatan yang ketara. Ini disebabkan pasukan Anthony Loke dan Tony Pua memerlukan masa yang panjang untuk membahagi-bahagikan 7658 undi yang dikosongkan oleh 547 perwakilan haram supaya ianya nampak logik dan tidak dipertikaikan oleh perwakilan yang sah.
Akhirnya keputusan CEC diumumkan menjelang jam 9 malam. Keputusannya sama seperti yang dirancangkan oleh Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Tony Pua.
  1. Lim Kit Siang – 1607 undi
  2. Lim Guan Eng – 1576 undi
  3. Karpal Singh – 1411 undi
  4. Chong Chieng Jin – 1211 undi
  5. Anthony Loke – 1202 undi
  6. Vincent Wu – 1202 undi
  7. Tan Kok Wai – 1199 undi
  8. Gobind Singh – 1197 undi
  9. Tony Pua – 1162 undi
  10. Teng Chang Kim – 1152 undi
  11. Fong Kui Lun – 1137 undi
  12. Nga Kor Ming – 1075 undi
  13. Chong Eng – 1006 undi
  14. Chow Kon Yeow – 986 undi
  15. Liew Chin Tong – 984 undi
  16. M. Kulasegaran – 984 undi
  17. Boo Cheng Hau – 958 undi
  18. Teresa Kok – 925 undi
  19. Teo Nie Ching – 903 undi
  20. Ngeh Koo Ham – 824 undi
Apabila keputusan diumumkan, ahli senior DAP,Dr Tan Seng Giaw menjadi marah dan membuat kecaman secara terbuka bahawa terdapat penipuan dan manipulasi undi. Ramai perwakilan dan calon-calon CEC terkejut bagaimana Anthony Loke, Vincent Wu dan Tony Pua mendapat undi yang begitu tinggi mengatasi mereka yang lebih senior dan mempunyai penyokong yang ramai seperti Teng Chang Kim, Boo Cheng Hau dan Chow Kon Yeow. Mereka merasakan ini satu keputusan yang tidak masuk akal.
Apa yang terjadi seterusnya ? Saya akan dedahkan dalam episod yang akan datang.

DAP CEC: DAP Do Not Trust Ambiga.

in Berita Nasional by

The DAP CEC election has been filled with controversy, to the extent that it has affected the party credibility. Now, the members are focusing fully on the re-election that will be held on the 29th of September.

However, the public believe that the DAP election will not be done transparently and without any fraud. The doubt originates from the current development that shows that the action of DAP leaders is truly mind boggling.

People are getting sick of the DAP leaders, some of the delegates shows that they are being left out of the special meeting that was allegedly held to discuss the re-election. This meeting was never before held in the history of DAP. DAP leaders chose specific people to be elected and this particular action angers most of the DAP members who are not included.

What’s puzzling is that, even though the issue is getting bigger to the extent that they were forced to hold a re-election, the party did not even investigate why 753 delegates did not receive any notice for the previous meeting. DAP leaders are trying to justify the absence of 753 delegates in the early election. In other words, DAP leaders did not admit their mistakes.

They are trying to lie to the people by saying that 500 delegates had already sent a note saying that they could not come to the meetings. The DAP has yet to show to the public any of the notes.

DAP Vice Chairman for the constituency of Ladang Paroi, David Dass, has asked for an injunction from the court so that they can stop the election before it is held again for the second time.

Clearly it shows that DAP members do not trust the DAP to held the re-election they are seen as fail to held a clean and fair election.

Thus, many people suggested that the DAP must appoint BERSIH to look into the re-election. Ambiga Sreevanesan, who were obsessed with clean election have to be ready to lead the surveillances unit, plus, she must understand that those who were side-lined were from her own race.

Ambiga should make sure that there are no racist elements in the re-election in the DAP CEC.

Because of racism, DAP do not trust Ambiga to put her in a position where she can look into the CEC. DAP are willing to pay an international company (PKF Accountants and Business Advisers) to look into the CEC re-election process. The company is responsible to ensure that the counting of the votes for 2,576 delegates who are eligible to vote. The vote count will be made manually and also by a cross checking computer software.

The action of using an audit company is a drastic change for the party that is seen as a way to return the faith to the party among its members. However, it is seen as a desperate move and it is a sign that the DAP’s credibility has been destroyed completely.

Just imagine, to count 2,576 votes, the DAP party have been surveillances by an international audit firm. In the same time the DAP accused that the Malaysian government hold an unclean election. Ironically, DAP leaders who are not even trusted by its people are being celebrated for their roles in BERSIH.

It seems that, they do not trust each other even though they are always working side by side and seems to be in the same zone as one another. It is true what they say about liars, a liar knows another liar, and they could not bear to trust their comrades even when they are in the same boat.

20130925-193850.jpg

Ketua Pembangkang Londeh Guan Eng,Habis Semua Boleh Nampak…

in Berita Nasional by
Angin tak ada..ribut tak ada tiba tiba Guan Eng kata tawarkan kedudukan kepada wakil rakyat BN didalam regim negeri. Paling mengejutkan beliau turut tawarkan wang peruntukan RM40 ribu. Ini mesti ada udang disebalik batu masakan biawak ini boleh bercakap lurus dan benar. Memang mustahil dan bagaikan hari mau kiamat jika Lim Guan Eng yang kita kenal bercakap benar..
Di bawah Guan Eng ketua menteri paling celaka dalam sejarah regim negeri DAP Pulau Pinang berkata ADUN Umno enggan kerjasama dengan kerajaan PR seperti dapat kuasa peruntukan dan sertai MMKN

1. Sebelum ini Kerajaan negeri telah cuba menjemput ADUN-ADUN UMNO untuk menyertai keahlian jawatankuasa Majlis Mesyuarat Keajaan Negeri agar mereka ada buat kerja sambil menerima peruntukan.

2. Keengganan ADUN UMNO bekerjasama dengan kerajaan PR seperti dapat kuasa peruntukan tanpa perlu bertanggungjawab langsung. seterusnya

Mengejutkan apabila ketua pembangkang BN YB Jahara mendedahkan Lim Guan Eng berbohong kepada rakyat secara terang terangan..

Hari ini Lim Guan Eng DAP telah ‘dilondehkan’ oleh YB Dato’ Jahara Hamid!

Di antara pendedahan beliau :

1. Tidak ada jemputan untuk menyertai MMK Negeri diterima oleh ADUN-ADUN Barisan Nasional – hanya beberapa orang menerima surat jemputan untuk menyertai satu Jawatankuasa Kebajikan dan Alam Sekitar di bawah Y.B. Tuan Phee Boon Poh.

2. Ianya berniat jahat, mempunyai unsur untuk menghasut dan memutar belit fakta dan menipu rakyat supaya mempercayai perkara yang sama sekali tidak benar kerana selama ini segala peruntukan Kerajaan Persekutuan yang disalurkan kepada ADUN Barisan Nasional diletakkan di bawah ICU Jabatan Perdana Menteri dan dikeluarkan mengikut SOP yang telah disediapakai dengan telus.

jahara hamid
YB DATO’ HAJJAH JAHARA BINTI HAMID
KETUA PEMBANGKANG DUN PULAU PINANG
SELASA, 24 SEPTEMBER 2013

Saya memandang berat kenyataan yang telah dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Tuan Lim Guan Eng yang disiarkan di dalam akhbar The Star pada 23 September 2013 (m/s 13) dan akhbar Guang Ming Daily.

Beliau mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah bersetuju untuk memperuntukan sebanyak RM40,000.00 setahun untuk setiap Ahli Dewan Undangan Negeri Pembangkang untuk pembangunan kecil mulai tahun 2014.

Beliau juga menyatakan bahawa “Apabila mekanisma pengagihan peruntukan disediakan, ianya akan dibentang di dalam Bajet 2014 yang akan dibentang dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pada akhir tahun ini.

Beliau juga menyatakan bahawa ADUN UMNO (pembangkang) tidak mahu bekerjasama dengan Kerajaan Negeri keranamenolak tawaran untuk menyertai “State Executive Council” atau Exco Negeri.

Beliau mahu ADUN Barisan Nasional menyertai Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana beliau bimbang ADUN Barisan Nasional tidak akan mengikut SOP (Panduan Piawaian Perlaksanaan) seperti :-

1. mengadakan tender terbuka yang kompetatif;

2. menghalang penyertaan ahli keluarga dalam urusan Kerajaan Negeri. (memberi anggapan bahawa ADUN Barisan Nasional selama ini tidak bersih)

Di dalam akhbar Guang Ming Daily, beliau terus menuduh ADUN Barisan Nasional hanya mahu duit tetapi tidak mahu jalankan tanggungjawab.

Sebenarnya tawaran peruntukan sebanyak RM40,000.00 setahun bukan usaha untuk ‘reconciliation’ tetapi hanya taktik kotor untuk kepentingan politik supaya rakyat memandang rendah kepada ADUN Barisan Nasional dan membenci mereka kerana tidak mengamal budaya bersih (bila tak buat tender terbuka, tidak berintregreti, bila mengamalkan kronisma dan dengan menuduh mereka membenarkan ahli keluarga terlibat dalam urusan Kerajaan Negeri) dan tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.

Ini adalah satu tuduhan tanpa bukti yang melulu dan amat serius bertujuan untuk membuat rakyat Pulau Pinang mempunyai persepsi negatif terhadap semua ADUN Barisan Nasional terutama di kawasan yang mana rakyat telah memberi kepercayaan dengan mengundi dan memenangi mereka dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu.

Ianya berniat jahat, mempunyai unsur untuk menghasut dan memutar belit fakta dan menipu rakyat supaya mempercayai perkara yang sama sekali tidak benar kerana :-

Selama ini segala peruntukan Kerajaan Persekutuan yang disalurkan kepada ADUN Barisan Nasional diletakkan di bawah ICU Jabatan Perdana Menteri dan dikeluarkan mengikut SOP yang telah disediapakai dengan telus.

Tidak ada sebarang peruntukan yang disalurkan terus kepada ADUN-ADUN secara peribadi! (Kerajaan Negeri Pulau Pinang baru nak buat garis panduan) dan kenapa perlu buat SOP untuk ADUN-ADUN Barisan Nasional??

Tidak ada jemputan untuk menyertai MMK Negeri diterima oleh ADUN-ADUN Barisan Nasional – hanya beberapa orang menerima surat jemputan untuk menyertai satu Jawatankuasa Kebajikan dan Alam Sekitar di bawah Y.B Tuan Phee Boon Poh.

Kalau dah minta diberi mandat daripada rakyat untuk memerintah kenapa nak minta ADUN Barisan Nasional duduk sekali pula?! Kecuali PKR nak buat kerajaan campuran, itu lain cerita!! ADUN Barisan Nasional Pulau Pinang bukan “confrontation” tetapi RASIONAL !! sumber

Pusat Latihan Reformasi PKR: Penipuan Anwar Tidak Laku Di Mata Anak Muda

in Berita Nasional by

Pada 20hb September yang lepas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah melancarkan sebuah institusi yang diberi nama “Pusat Latihan Reformasi” bertempat di Damansara. Majlis perlancaran ini dijalankan secara tertutup dan hanya mereka yang dijemput melalui email akan dibenarkan untuk hadir.

Dikatakan bahawa pusat latihan ini diwujudkan untuk memperingti kesungguhan Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam perjuangan beliau menuntut “Reformasi” dalam kerajaan Malaysia.

Apa yang boleh diambil dari penubuhan institusi ini adalah, PKR semakin terdesak dalam menarik perhatian orang muda Malaysia. Ini jelas apabila, pusat ini mensasarkan latihan dan pendidikan terhadap ideologi Anwar Ibrahim yang semakin lama semakin tua dan tidak relevan di kalangan masyarakat belia Malaysia.

Ia juga secara jelas ditubuhkan untuk menanam kebencian yang mendalam terhadap kerajaan Malaysia kerana golongan muda semakin lama semakin muak dengan retorik dan cerita-cerita bohong oleh PKR terhadap pemimpin dan kerajaan Malaysia sendiri.

Untuk makluman pembaca, sebelum penubuhan institusi ini, terdapat banyak institusi yang telah dilancarkan oleh pihak Pakatan Rakyat terutamanya PKR di dalam usaha mereka untuk menyebarkan ideologi Anwar Ibrahim disamping menaik taraf faham anarki yang dianuti oleh mereka. Institusi seperti “sekolah politik” dan Institut Kajian Dasar yang dijadikan platform untuk mereka menyebarkan pengaruh mereka dikalangan rakyat Malaysia.

Boleh dikatakan Pusat Latihan Reformasi ini adalah satu teknik rebranding oleh para pemimpin PKR agar perjuangan mereka tampak lebih relevan di mata orang muda. Namun begitu selepas penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim semakin terserlah di mata rakyat Malaysia, adakah relevan lagi PKR untuk melatih dan membimbing anak muda untuk menyertai mereka? Apakah Anwar Ibrahim sudah lupa akan janji-janji yang ditabur oleh beliau contohnya seperti janji 16 September yang sampai sekarang tidak kunjung tiba?

Pusat latihan ini kemungkinan hanya akan menjadi wadah penipuan seorang bekas pemimpin UMNO yang telah tersalah langkah di dalam karier politiknya.

Ya, ramai dikalangan anak muda sekarang sudah lupa bahawa Anwar Ibrahim merupakan pejuang UMNO dan Barisan Nasional satu ketika dahulu.

Jikalau Anwar mengatakan bahawa UMNO itu jahat dan zalim, maka beliau juga adalah sebahagian daripada kezaliman tersebut, ini jelas kerana Anwar Ibrahim bukannya lari dari UMNO atau ter”sedar” dari kesilapan dan keluar dari UMNO. Beliau dibuang dari UMNO! Dihalau keluar kerana terlibat dengan penyelewengan!

Penipuan Anwar Ibrahim jelas, kini ramai anak muda sudah sedar akan kesilapan yang mereka telah lakukan kerana menurut kehendak hawa nafsu seorang manusia yang bernama Anwar Ibrahim.

Lantas mereka mengambil langkah berjaga-jaga dalam melibatkan diri dalam politik. Sebahagian besar anak muda kini mengambil langkah untuk tunggu dan lihat, pihak mana yang boleh membela nasib mereka dengan lebih baik.

Mungkin kata-kata bait lagu Bunkface yang berjudul “Kita Perang Kita Menang” menceritakan tentang kekesalan anak muda Malaysia terhadap penipuan yang telah lama disedari oleh generasi baru Malaysia.

“Apa lagi kau mahu
Pantang dicabar
Engkau sebar
Cerita disongsangkan
Kau kan jatuh

Mana mereka
Yang dulu engkau percaya
Semua telah pun berubah
Makin ku tentang
Makin ku rasakan
Kemahuan mu dalam diam”
-Bunkface (Kita Perang Kita Menang)-

Ahli Parlimen DAP Sahkan Mereka Komunis.Penghormatan Terakhir Terhadap Chin Peng.

in Berita Nasional by

Kita semua tahu DAP adalah komunis bandar yang dihalalkan melalui cara politik.Berdaftar dan juga boleh terlibat didalam sistem demokrasi negara.

Merekalah yang pertama pertahankan the butcher of Malaya,mereka juga mendesak agar Chin Peng dibenarkan pulang dan tinggal di Malaysia. Mereka juga diantara yang paling kuat mempertahankan Mat Sabu apabila menyatakan Komunis adalah pejuang kemerdekaan.

Hari ini tersebar gambar Jeff Ooi Ahli Parlimen Jelutong memberikan penghormatan terakhir kepada Chin Peng.Bagi seorang DAP perasaan mangsa dan ahli keluarga yang terkorban dan hilang tidak penting.. Ramai diluar sana yang ahli keluarga mereka hilang hingga sekarang.. ada yang menjadi yatim piatu sejak kecil dan ada juga mengalami trauma yang cukup teruk apabila pengganas komunis bertindak zalim terhadap rakyat yang tidak berdosa..

Pisau kata ” ada juga melayu haprak yang susah payah buat video hentak ayah Tun Razak semata mata nak angkat Chin Peng….kalau benci Umno sekali pun yang angkat komunis haram jadah tu kenapa.. makin lama makin bodoh sangat puak ni..kenapa? itulah jadinya..orang jadi pembangkang..korang pun nak jadi pembangkang..tapi BODOH!”

 

Dalam Senyuman Tersembunyi Ketegasan #ZahidVP1

in Berita Nasional by

Hari ini menandakan bermulanya kempen buat Ds Zahid Hamidi untuk mempertahankan jawatan beliau sebagai Naib Presiden Umno. Kelmarin secara rasminya beliau telah menyerahkan borang pencalonan dan menyerahkan masa depan politiknya kepada 148,000 perwakilan yang balik mengundi tidak lama lagi.

Zahid pemimpin paling awal menyuarakan untuk mengekalkan jawatan beliau dan dalam masa yang sama memberi sokongan sepenuhnya kepada Presiden dan Timbalan presiden. Selama menjawat jawatan ketiga tertinggi didalam hierarki Umno banyak perubahan telah dilakukan. Secara telus dan bersungguh sungguh membantu Presiden dan juga Timbalan Presiden dan harapan  beliau dapat meneruskan perjuangan dengan mendapat sokongan daripada perwakilan Umno.

Apa yang menarik perhatian Pisau, Ahmad Zahid menafikan dakwaan wujud pakatan antara beliau dan Hishamudin dan juga Shafie Apdal. 2 penyandang Naib Presiden ini dilihat mengharapakan sokongan daripada kem Zahid agar memberi sokongan terhadap mereka. Yang menjadi tumpuan paling utama adalah Hishamudin yang dilihat calon paling lemah apatah lagi sekarang ini Mukhriz,Isa Samad dan juga Ali Rustam telah mengesahkan untuk bertanding.

Berdasarkan pemerhatian dan survey di seluruh negara Zahid dilihat amat popular  dan Pisau jangkakan Menteri Dalam Negeri ini bakal meraih undi yang tinggi semasa pemilihan parti nanti.

 

Pisau kata ” Umno perlukan pemimpin seperti Zahid”

@azeezputera Calon MT Yang Harus Di Beri Perhatian.

in Berita Nasional by
Datuk Abdul Azeez atau lebih dikenali sebagai Azeez Putra diantara calon yang terawal yang menyerahkan borang pencalonan untuk mempertahankan jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno, di PWTC hari ini.
Datuk Azeez yang cukup dikenali sebagai tokoh yang banyak membuat kerja amal diseluruh pelusok negara dan diseluruh dunia. Sebutlah mana mana tempat yang berlakunya bencana alam atau pun krisis kemanusiaan. Beliau diantara yang terawal bersama rombongannya turun membantu walaupun diketahui amat merbahaya dan mengancam nyawa.
Antaranya termasuk menyelesaikan masalah melibatkan keldai dadah, penipuan kad kredit dan membantu rakyat Malaysia yang lari ke negara luar untuk berkahwin.
Bantuan yang ditawarkan ini diharapkan memberi alternatif selain bantuan serupa yang ditawarkan Datuk Seri Michael Chong menerusi Biro Pengaduan Awam MCA yang juga sering menerima aduan dan menyelesaikan masalah masyarakat.
Mempertahankan jawatan MT pada pemilihan kali ini adalah bertujuan untuk meneruskan kelangsungan aktiviti  kemanusiaan di dalam dan luar negara yang giat dilakukan selama ini.
Setakat ini, sudah 32 negara telah dilawati bagi misi kemanusiaan melibatkan Kelab Putera 1Malaysia yang dinaunginya.
Sensitif dan bertanggungjawab terhadap permasaalahan kuota haji,Abdul Azeez yang juga Pengerusi Tabung Haji (TH), baru-baru ini turut mengumumkan bahawa kesemua ahli lembaga pengarah TH tidak akan ke Mekah untuk musim haji tahun ini, sebagai salah satu langkah bagi memastikan pengurangan kuota jemaah oleh kerajaan Arab Saudi ekoran pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf kawasan Masjidil Haram di Mekah dapat digunakan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia.

Melayu Bukan 50 sen tetapi 5 sen – Amran Ahmad

in Berita Nasional by

SHAH ALAM: Seorang ahli DAP, Amran Ahmad berkata nilai orang Melayu dalam DAP bukan 50 sen tetapi hanya 5 sen.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DAP Melayu Pulau Pinang, Zulkifli Mohd. Noor yang menyifatkan kewujudan ahli Melayu dalam DAP hanya bernilai 50 sen.

Amran, yang merupakan anak kepada bekas Naib Pengerusi DAP, Allahyarham Ahmad Nor berkata, nilai tersebut sesuai bagi menggambarkan sikap rasis dan berat sebelah parti itu terhadap pengorbanan ahli parti berbangsa Melayu yang hanya dipandang ringan.

“Perjuangan bapa saya dalam DAP, sejak-sejak mereka (DAP) menang, ada mereka hargai tak? Ada mereka nyatakan perjuangan bapa saya? Pernah mereka nyatakan nama bapa saya dalam DAP? Tak pernah.

“Bila mereka nak pakai, mereka nak tarik sokongan kaum India, mereka letak nama P Patto (timbalan setiausaha DAP). Satu apa pun perjuangan bapa saya dalam DAP tak disebut,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Zulkifli sebagai berkata penyertaan kaum Melayu di dalam DAP hanya sebagai pelindung sikap rasis parti itu.

Dalam masa yang sama, Amran turut membidas parti itu yang enggan membuka penyertaan kepada ahlinya untuk bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), 29 September ini.

“Saya ni ahli, sudah empat tahun.. pun tak bagi bertanding.  Mereka kata ini kongres la, nak pakai calon lama la.. Bagi saya itu semua mengarut. Itu semua satu cara untuk menyekat Melayu lain bertanding dan mengekalkan muka yang sedia ada. Itu saja,” katanya sambil menambah, terdapat ramai lagi ahli Melayu yang kecewa ekoran tidak dibenarkan bertanding.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke dalam sidang medianya pagi tadi berkata beliau kecewa dengan kenyataan Zulkifli.

“Kenapa sekarang? Saya kecewa dengan pemimpin lama yang membuat komen seperti itu ketika ini,” katanya lagi.

Zulkifli adalah seorang daripada lapan calon Melayu yang akan bertanding bagi merebut jawatan ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dalam pemilihan hujung bulan ini.

China Press; Melayu Berhutang Kepada Chin Peng!

in Berita Nasional by
AKHBAR China Press bertarikh 17 September 2013 memaparkan berita eksklusif tulisan Lim Ai Shan mendakwa Malaysia berhutang maaf kepada Chin Peng kerana kononnya melanggar perjanjian damai.
Fang Shan, bekas rakan perjuangan Chin Peng berkata, Perjanjian Damai Hatyai membenarkan bekas anggota komunis Malaya pulang ke tanah air tetapi kerajaan Malaysia melanggar perjanjian selepas melarang Chin Peng pulang.
“Chin Peng adalah seorang yang berjasa kepada negara, kerajaan terhutang maaf kepada Chin Peng,” katanya.
Fang Shan yang menerima kunjungan daripada akhbar China Press berkata, Chin Peng telah banyak kali membangkitkan hasrat mahu pulang ke Malaysia dan walaupun selepas bertahun-tahun menghadapi pelbagai rintangan, beliau tetap tidak mahu melepaskan hasratnya itu.
“Setiap kali kami berjumpa, beliau tetap menyatakan hasratnya mahu pulang ke Malaysia, kali terakhir perjumpaan kami di Bangkok tahun lalu sekali lagi dia timbulkan hasrat itu. Ini menunjukkan beliau benar-benar mahu pulang,” katanya.
Fang Shan berkata, selepas kumpulan komunis diterima kembali ke tanah air, Chin Peng sendiri hadir mengucapkan selamat jalan. Hasrat Chin Peng yang paling besar adalah mahu pulang tetapi hasrat itu tidak dapat dikotakan sebelum beliau meninggal dunia.
“Hari ini Chin Peng telah pun meninggal dunia, saya harap abu beliau dapat dihantar pulang ke Malaysia supaya Chin Peng dapat memenuhi hasratnya,” jelasnya.
SELARIKAN SEJARAH ORANG CINA MALAYSIA
AKHBAR Nanyang Siangpau bertarikh 15 September 2013 pula melalui ruangan Pendapat YuanLun memaparkan tulisan Phang Sin Cai berkenaan cadangan selarikan sejarah orang Cina di Malaysia.
Baru-baru ini saya berpeluang membaca beberapa keluaran majalah pertubuhan Cina yang meraikan usia 100 tahun penubuhan serta naskhah tarikh peringatan hartawan dan pejuang (peneroka) kawasan. Tiba masanya untuk mengumpulkan maklumat dalam majalah serta butiran pejuang setempat supaya dapat dikekalkan dalam ingatan anak cucu.
Pada 31 Mei 2013 hingga 1 Jun 2013, berlangsung perjumpaan kali keempat persatuan KuTien, iaitu perjumpaan persatuan persaudaraan KuThien antarabangsa yang diadakan di Setiawan, Perak. Tajuk pembukaannya juga menyambut usia 100 tahun persatuan.
Saya diberi senaskhah majalah berjudul Pejuang Daerah Setiawan, ia mengimbas kembali ingatan zaman lampau. Pengeluaran majalah pejuang daerah ini mampu mengumpulkan maklumat yang tersorok.
Penghijrahan kaum Cina ke Malaysia, sejarah Cheng Ho turun ke Nanyang (Laut Cina Selatan) sahaja usianya telah menjangkau 600 tahun. Bukit Cina di Melaka adalah bukti yang kukuh, kawasan perkuburan ini setiap tahun dikunjungi jutaan pelancong dari China. Malangnya, Bukit Cina tidak dihias indah, duit daripada industri pelancongan ‘berselerak’ seperti tanah perkuburan.
Kesan peninggalan nenek moyang kita berselerak di kota-kota besar, pekan-pekan dan daerah-daerah seluruh negara. Mereka menggunakan kudrat satu persatu mencangkul tanah membuka hutan-hutan. Selepas beberapa generasi barulah menjadi wajah-wajah pekan-pekan dan kota.
Pepatah zaman dahulu mengatakan, ‘tiada orang Tang, tiada Po’. Orang Tang itu bermaksud orang Cina, Po itu bermaksud Bandar, contohnya Jilongpo (Bandar Kuala Lumpur) dan Xingjiapo (Bandar Singapura).
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Perhimpunan Agung UMNO tahun 2002 mengakui, “jika tolak semua bangunan dan pembangunan orang Cina, pastinya di Malaysia tiada bandar-bandar besar dan pekan-pekan kecil dan juga hari ini tiada pusat perniagaan dan pusat industri, tiada wang untuk orang Melayu dapatkan gaji dan elaun serta mendapat bantuan dan kemudahan-kemudahan infrastruktur.”
Hari ini, peninggalan nenek moyang itu telah dianggap milik negara asing, sebaliknya mereka melancong ke luar mahu melihat peninggalan dan pemandangan nenek moyang di luar sana. Ada sesetengah bahasa daerah keturunan mereka telah bertukar nada, ramai dari daerah itu sudah tidak tahu menggunakan bahasa daerahnya, ia telah hilang fungsi asal dan tujuan sebenar.
Penulisan sejarah daerah dan tempatan serta pengekalan bahan-bahan sejarah orang Cina bukan sahaja dapat menyedarkan tetapi dihayati oleh muda-mudi Cina. Ia juga boleh dijadikan bahan bacaan sekolah-sekolah Cina untuk dijadikan panduan masa hadapan. Mereka boleh mempelajari semangat perjuangan orang terdahulu, bersemangat gigih mengharungi kepahitan dan kesusahan.
Sejarah mampu mengeratkan dan mengiktiraf perhubungan dan budaya di antara daerah yang mampu membawa kepada kemajuan masyarakat dalam konteks perpaduan kerana mereka mempunyai hala tuju, semangat dan sejarah yang sama; membantu semangat kekitaan di negara ini; lancarkan semangat cintakan tanah air dan menyayangi orang ramai.
Ia perlu dimulakan dengan penerapan nilai dan zahirkan semangat sayangkan orang ramai, sama seperti orang-orang yang memperjuangkan pendidikan sekolah Cina. Mereka boleh saling berinteraksi selain boleh bekerjasama. Semangat penerokaan orang terdahulu, bukankah ia boleh meninggalkan nama? Inilah yang sepatutnya pertubuhan Cina tidak memandang ringan dan lepaskan tanggungjawabnya begitu sahaja.
RASIS BANTU EKONOMI BUMIPUTERA?
AKHBAR Sinchew Daily News bertarikh 16 September 2013 memaparkan pandangan rasmi akhbar tersebut berkaitan polisi mengukuhkan ekonomi bumiputera di dalam ruangan Sudut Pendapat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan akan meluluskan lima polisi mengukuhkan ekonomi bumiputera, juga dikatakan membalas budi mereka yang menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) lepas. Lima polisi ini amat luas, menggunakan dana berbilion ringgit termasuk dalam sektor pendidikan, perniagaan, peluang-peluang inovasi serta kuasa pemilikan harta dan saham.
Pada 7 September lalu, kerajaan di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Bumiputera telah umumkan beberapa polisi baharu perkukuhkan ekonomi bumiputera, dengan jelas ada kaitannya dengan meraih penyokong dan perkukuhkan kedudukan dalam parti. Dalam cuba raih kedudukan dan sokongan, pada masa sama pasti tidak dapat memenuhi kehendak semua orang dan ini boleh menjejaskan pembangunan ekonomi negara.
Kami pasti dan percaya, perancangan pembangunan ekonomi negara pada hakikatnya mampu dan boleh tingkatkan ekonomi bumiputera, kecilkan jurang perbezaan miskin dan kaya, beri kestabilan dan keamanan serta perpaduan dalam masyarakat.
Selama ini kerajaan memberi keutamaan kepada bumiputera, sudah nampak kesannya, pendapatan kasar keluarga bumiputera daripada RM172 sebulan pada 1970 kini meningkat kepada RM4,457 sebulan, 64.8 peratus keluarga miskin pada 1970 kini turun mendadak sekitar 2.2 peratus sahaja. Tetapi, kerajaan tidak lepaskan lagi memimpin tangan bumiputera supaya mereka lebih gigih, mampu bersaing dan berdikari. Sebaliknya, semakin menambah polisi imbuhan serta subsidi dan ini jelas membelakangi konsep globalisasi dan keterbukaan.
Pada 3 April 2009, semasa Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri, beliau lancarkan slogan “1Malaysia”, seterusnya “Model Baharu Ekonomi” sebagai pengganti kepada DEB. Najib berkali-kali beri jaminan akan menjadi pemimpin yang tidak mengira warna kulit, perbezaan agama dan konsep politik, mahu menjadi Perdana Menteri untuk semua rakyat.
Jika benar, sepatutnya mansuhkan polisi ‘tongkat’ dan ambil kira untuk semua rakyat, bukan hanya utamakan ekonomi satu kaum. Kumpulan kaum bumiputera yang lemah sama seperti kumpulan orang Cina serta India yang lemah dan miskin, sepatutnya kerajaan hulurkan tangan membantu kumpulan-kumpulan ini juga.
Kerajaan memberi pakej subsidi kepada bumiputera dikatakan sebagai membalas budi pengundi, ini bukan polisi untuk seluruh rakyat. Jika mahu timbulkan isu balas jasa, cuba lihat PRU 1995, 1999 dan 2004, BN mendapat sokongan padu masyarakat Cina dan dapat terus kekal memerintah, terutama sekali pada 1999 semasa kemelesetan ekonomi dan kes Anwar Ibrahim yang mampu menjejaskan PRU. Pada masa itu, BN dapat sokongan penuh pengundi Cina, adakah orang Cina mendapat dan terima balasan daripada kerajaan?
Keputusan PRU sebenarnya memberi implikasi dan maklumat bahawa rakyat telah menolak politik rasis. Sebaliknya, kerajaan melayan rakyat dengan menjeling mata sahaja, pimpin ke jalan melawan arus, menyebabkan rakyat rasa begitu hampa.

 

THE CONSPIRACY, DISCRIMINATION AND FATE FOR THE EXISTENCE OF 5 TIGER IN DAP

in Berita Nasional by
Today marked as a third day of me blogging. Even at this very early days of this blog, the respond that I get is overwhelming. It is obvious that some of DAP leaders which is pro Lim Dynasty has started to feel the heat. Started with Anthony Loke who has barred DAP Insider twitter from following him and finally DAP Insider twitter account being barred yesterday. Wow, less than 48 hours and this is the result. Interesting… To listen well, is as powerful a means of influence as to talk well, and is as essential to all true conversation. Lim Guan Eng and Anthony Loke now accusing Former DAP National Chairman, Chen Man Hin as a flint that ignite to the existence of this blog.
Why am I not surprised?
I have often thought the best way to define a man’s character would be to seek out the particular mental or moral attitude in which, when it came upon him, he felt himself most deeply and intensely active and alive. At such moments there is a voice inside which speaks and says: This is the real me. I hold this as a rule of life. Too much of anything is bad. We can never go back and change what has been done. But we can always learn the lesson to make things better the next time.
Enough said…..
As promised, today I will reveal the 5 Tiger. The most fear by Lim Dynasty. This group of people has the capacity to threaten Lim Guan Eng political journey. They doesn’t look as tame as they look….at any moment they might ended up Lim Guan Eng career in politics single handily and they are:-
  1. Teng Chang Kim – Selangor
  2. Chow Kon Yeow – Pulau Pinang
  3. Boo Cheng Hau – Johor
  4. Nga Kor Ming – Perak
  5. Ngeh Koo Ham – Perak
All this 5 Tiger is the true enemy of Lim Guan Eng and must be eliminated by Lim Dynasty before Lim Kit Siang exit his way out from DAP leadership. Let me assert my firm belief that the only thing we have to fear is fear itself. A verse in Holy Bible stated, “A wise servant shall have rule over a son that causeth shame, and shall have part of inheritance among the brethren”.
Teng Chang Kim is the only DAP senior assemblyman in Selangor. He won many general elections under Barisan National ruling before.
When Pakatan Rakyat formed a government in Selangor in 2008, Teng Chang Kim has been denied his right to be elected as an Exco member that representing DAP. Lim Dynasty has appointed a fresh boy , Ean Yong Hian Wah rather than their own senior members. Also , they appointed Ronnie Liu as an Exco member. Both of this man is Lim Dynasty humble servant to dig out money in Selangor.
In the end , the most unfortunate things happened to Teoh Beng Hock who was a Political Secretary for Ean Yong Hian Wah has committed suicide just to cover up his employer corruption practised. These corruption masterminds by no other than Lim Dynasty.
In the other hand, Ronnie Liu at his best has been instructed by Lim Dynasty to find as much as possible money from the underworld to finance Central DAP. Ronnie Liu once labelled as The Godfather of the underworld in Selangor. This is no joke. This is the truth. Ronnie Liu act based on the blessed given by Lim Dynasty. In the end, Ronnie name was tarnish and he was defeated in CEC 2012. Ronnie was also not being nominated in 13th. general election. Lim Dynasty has spoken. It is no other than to preserved DAP name from being tarnish towards forming up the Federal Government together with PKR and PAS in Pakatan Rakyat coalitions.
Finally , Lim Dynasty has no choice but to choose Teng Chang Kim as an Exco representing DAP in the state government after Pakatan Rakyat successful win in 13th general election securing the state of Selangor . Lim Dynasty was fully aware if Teng Chang Kim was not elected as an Exco member again, will creating chaos.
The appointment of Teng Chang Kim is not a truly and sincerely from the hearts of Lim Dynasty. It is easier to describe as The Chinese Opera of The Year. Stepping a step back doesn’t mean losing a war. It is a matter of strategic move to win back the war in no time. Lim Dynasty together with their loyal servant in DAP war room , Anthony Loke and Tony Pua is now structuring ways to eliminate Teng Chang Kim and the other four tiger from DAP. I will reveal their neat and precise strategy. One must know oneself. If this does not serve to discover truth, it at least serves as a rule of life and there is nothing better.
Chow Kon Yeow as Pulau Pinang DAP Chairman supposed to be elected as Penang Chief Minister after DAP win the 12th.general election in 2008 in the state of Penang. Again, it was denied by Lim Kit Siang and the mandate given to his son Lim Guan Eng as Chief Minister of Penang.
Boo Cheng Hau as Johor DAP Chairman was denied his right to proposed candidates for 13th. General election. This was decided by Lim Dynasty to ensure that Boo Cheng Hau lose his influence in Johor.
The infamous cousins from Perak, Nga Kor Ming and Ngeh Koo Ham currently having big fight with Lim Dynasty proxy for Perak , M. Kulasegaran.
Having troubles regarding 2012 CEC election seems as a golden opportunity and best to describe as the moment that Lim Dynasty long await which no other than to eliminate all 5 tiger from DAP.
Lies are essential to humanity. They are perhaps as important as the pursuit of pleasure and moreover are dictated by that pursuit. Tell me and I’ll forget. Show me and I may remember. Involve me and I’ll understand.
The structured plan by Lim Dynasty is like killing 3 birds with 1 stone………
How and will Lim Dynasty succeed? I will expose it on the next chapter……..
KONSPIRASI, DISKRIMINASI DAN NASIB LIMA HARIMAU DALAM DAP
Hari ini adalah hari ketiga saya berblog. Walaupun masih baru blog ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakyat Malaysia. Ada pemimpin DAP yang pro Dinasti Lim sudah mula kepanasan. Anthony Loke telah menghalang twitter DAP Insider dari mengkutinya. Malah akaun twitter DAP Insider telah disekat. Lim Guan Eng dan Anthony Loke kini menuduh bekas Pengerusi Kebangsaan DAP, Chen Man Hin sebagai batu api sehingga wujudnya blog ini.
Seperti yang dijanjikan,hari ini saya ingin mendedahkan kisah Lima Harimau.  Kumpulan ini sangat menakutkan Dinasti Lim. Orang-orang ini mampu mendatang ancaman kepada perjalanan politik Lim Guan Eng. Walaupun mereka kelihatan jinak tetapi bila-bila masa sahaja mereka mampu menerkam Lim Guan Eng. Mereka ialah;
  1. Teng Chang Kim – Selangor
  2. Chow Kon Yeow – Pulau Pinang
  3. Boo Cheng Hau – Johor
  4. Nga Kor Ming – Perak
  5. Ngeh Koo Ham – Perak

 

Kesemua lima diatas adalah musuh Lim Guan Eng yang perlu dibunuh oleh Dinasti Lim sebelum Lim Kit Siang meninggalkan DAP.
Teng Chang Kim adalah satu-satunya Adun DAP yang paling senior di Selangor. Beliau menang sejak beberapa pilihanraya yang lepas termasuk di bawah pemerintahan BN.
Apabila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di Selangor pada tahun 2008, Teng Chang Kim telah dinafikan haknya untuk dilantik sebagai Exco yang mewakili DAP. Sebaliknya Dinasti Lim lebih rela memilih budak hingusan, Ean Yong Hian Wah. Juga melantik Ronnie Liu sebagai exco. Ini kerana kedua-dua orang ini adalah orang suruhan Dinasti Lim untuk mereka mencari wang di Selangor.
Akhirnya kita menyaksikan bagaimana Teoh Beng Hock yang bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Ean Yong Hian Wah membunuh diri kerana mahu melindungi kegiatan rasuah majikannya. Sedangkan kegiatan rasuah majikannya dilakukan atas arahan Dinasti Lim.
Ronnie Liu diarahkan oleh Dinasti Lim agar mencari wang sebanyak mungkin dari kegiatan haram  di Selangor untuk kegunaan DAP Pusat. Sehingga Ronnie dilabel sebagai bapa kepada kegiatan haram. Perkara itu memang benar. Namun ianya dilakukan atas arahan Dinasti Lim. Akhirnya nama Ronnie rosak dan kalah dalam pemilihan CEC 2012. Ronnie juga tidak dicalonkan semula dalam pilihanraya umum ke 13 kerana kata Dinasti Lim ianya boleh menyebabkan nama DAP tercemar dalam usaha mereka untuk membentuk Kerajaan Persekutuan bersama PKR dan PAS.
Akhirnya Teng Chang Kim dipilih oleh Dinasti Lim sebagai exco yang mewakili DAP selepas Pakatan Rakyat berjaya pertahankan Selangor dalam pilihanraya umum ke 13. Dinasti Lim tahu jika Teng Chang Kim tidak dipilih huru hara pasti akan timbul. Dinasti Lim meletakkan Teng Chang Kim sebagai exco bukan dengan ikhlas hati. Ianya tidak lebih sebagai opera cina sahaja. Dinasti Lim dengan bantuan anggota war room mereka, Anthony Loke dan Tony Pua sedang merangka jalan yang paling halus untuk menyingkirkan Teng Chang Kim serta Empat Harimau lagi daripada DAP. Saya akan dedahkan kepada anda nanti apa rancangan halus mereka.
Chow Kon Yeow pula sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang sepatutnya dipilih sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang apabila DAP Berjaya menubuhkan kerajaan di negeri itu pada 2008. Bagaimanapun haknya telah dinafikan oleh Lim Kit Siang apabila dia melantik anaknya sebagai Ketua Menteri.
Boo Cheng Hau pula selaku Pengerusi DAP Johor telah dinafikan haknya untuk mencadangkan calon-calon DAP dalam pilihanraya umum ke 13. Semuanya diputuskan oleh Dinasti Lim demi untuk memastikan Boo Cheng Hau hilang pengaruh di Johor.
Dua sepupu dari Perak, Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham sedang bergaduh besar dengan proksi Dinasti Lim di Perak, M.Kulasegaran.
Masalah kekalutan berhubung pemilihan CEC tahun 2012 menjadi peluang terbaik untuk untuk Dinasti Lim menyingkirkan Lima Harimau di atas.
Rancangan yang sedang dilakukan oleh Dinasti Lim umpama satu batu yang berjaya bunuh tiga ekor burung.

Bagaimana caranya dan adakah Dinasti Lim akan berjaya akan kami dedahkan dalam episod akan datang.

sumber:DAPInsider

Gereja,Paderi dan Lim Guan Eng Penentu Siapa Jadi Pesuruhjaya PAS Negeri?

in Berita Utama by

 

Keluar gereja masuk gereja..ceramah sana sini..berforum dengan penganut kristian mahu sangat nak berkongsi nama Allah..Hinggakan sanggup angkat keranda penganut kristian..

Habis kepentingan agama dilacurkan..depan belakan kiri dan kanan..

Pisau memerhatikan sejak sekian lama gelagat dan keletah Dr Mujahid Rawa,selepas diselidiki baru ku tahu ada udang disebalik batu.. Memang hakiki khawarij PAS mereka akan sanggup melakukan apa saja asalkan matlamat mereka tercapai hatta menghalalkan yang haram sekali pun..

Pelbagai perkataan dan kaedah yang di bahasa arabkan agar khawarij yang tak reti bahasa akan ikut dan taat.. Puak ni kalau dengar saja istilah berbahasa arab buat mereka kira dah betul la tu…

Kembali kepada cerita Mujahid..Pisau selidiki rupanya Mujahid sedang melobi jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang. Beliau cukup aktif berjumpa malah turut menganjurkan pelbagai program di Parlimen Bagan berjumpa dengan ramai tokoh tokoh kristian dan termasuk mengadakan dialog yang kecoh hingga dihalau oleh pemilik premis.

Mujahid mahu  mempengaruhi tokoh tokoh kristian dimana akan dipanjangkan ke pengetahuan Lim Guan Eng. Didalam pimpinan peringkat tertinggi DAP dan PAS cukup tahu Lim Guan Eng punyai pengaruh dan peranan dalam menentukan siapakah Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang.  Mana mana pemimpin PAS yang teringin nak menjadi pesuruhjaya PAS mestilah mendapat restu daripada Father Joseph..

Menurut sumber Pesuruhjaya PAS Kawasan,usaha Mujahid jelas merendahkan maruah PAS tetapi katanya lagi ini sebenarnya satu keperluan untuk mengekalkan survival politik PAS jika mahu dilihat relevan didalam kancah politik masa kini.

Terkedu juga apabila mendengar penjelasan daripada seorang PJ Kawasan kepada Pisau.. Cukup berkuasa Lim Guan Eng di Pulau Pinang…beliaulah tokong kepada DAP beliau juga menjadi khalifah didalam PAS…Lobi kepada Lim Guan Eng penting kerana beliau akan hanya berkerjasama dengan pemimpin PAS yang menurut kata dan hanya yang tunduk kepada DAP sahaja..

Pisau kata ” PAS serba tak kena bila dah terlalu lama bersekudukan dengan DAP.. “

 

 

DECEPTION BY LIM FAMILIES TO REIGN POWER IN DAP

in Berita Nasional by
As I wrote yesterday, today is the day that mark the starting grid for me to expose fraud done by Lim Dynasty in DAP. As for today, I would like to share with you how Lim Dynasty manipulate DAP constitution to reign power.
Since 1968, DAP falls under Lim Kit Siang controlled . He was then a Secretary General or National Chairman of DAP. Under DAP organisation, Secretary General holding the absolute power. The same concept practised by PKM (Parti Komunis Malaya) where the secretary general was Chin Peng.
These is the first manipulation done by Lim Kit Siang on DAP Constitution to ensure he and his dynasty reign absolute power in DAP.
DAP doesn’t have divisional centre in every parliamentary constitution area unlike other political parties. DAP only have branch.
These branches divided into 2 groups:
i) Certificate A branch
ii) Certificate B branch
Secretary General has the absolute power to determine certification class of each branch. Members of branches granted with Certificate A only qualified to attend DAP National Congress and to cast their votes for CEC election. While branches with Certificate B only qualified to attend DAP National Congress as an observer and has no right to cast their votes.
All pro Lim Dynasty branches will be given Certificate A which allows them to cast their vote. Branches that identified as none supportive of Lim Dynasty will be given Certificate B and they did not have the right to vote. Not necessary Certificate A branches will always be A. When branch has been identified as none supportive, secretary general will change the certification to B according to their supportiveness level at any time and at all caused.
An old Chinese proverbs saying that  “no horse can wear two saddles”.
These is the second manipulation done by Lim Kit Siang on DAP Constitution to ensure he and his dynasty reign absolute power in DAP.
DAP Constitution which were formulated by Lim Kit Siang himself also stated that eligible voting members can’t determine who they vote for National Chairman , Deputy National Chairman , Vice National Chairman , Secretary general and Other post. They only allowed to vote 20 candidates which compete to fill CEC.
When the result of 20 winning candidates as CEC announce , the 20’s will have a meeting among themselves to determined Chairman , Deputy Chairman , Secretary General and other post. They were ask to vote openly before Lim Families. When dealing with this situation, all elected CEC members best described as a cow with pricked nostrils and they have to choose Lim Kit Siang or Lim Guan Eng as Secretary General which is the most powerful post in DAP.
Anybody who opposed , will never be a candidate for Malaysia General Election and sharing the same fate as Lee Lam Thye, Wee Choo Keong and over 100 more members which already being sacked from DAP.
Almost 50 years Lim Kit Siang not just manipulate DAP Constitution but he himself manipulate representative attendance to DAP National Congress and votes counting  for CEC to ensure that he himself or his dynasty will continue to lead DAP.
Kit Siang knew that the journey for him in DAP is already reaching the end. He has to ensure that the survival of his dynasty in DAP will survive and last forever. Lim Guan Eng as Secretary General and Lim Hui Ying as Penang DAP Secretary. Lim Kit Siang also fully aware that his son Lim Guan Eng not as smart and cunning as he is in politics and not a favourable leader among DAP top benchers. All this happened because of his arrogances and foolishness thus reflecting the CEC 2012 scandalous issue. Lim Guan Eng is not as smart and cunning as his old man on vote manipulation that finally leads to a disastrous issue in DAP.
Lim Guan Eng foolishness causing Lim Kit Siang cracking his head thinking on strategies to kick out a group of people in DAP called 5 Tiger. This group will give a tremendous problem and threat to him and future of his dynasty in DAP.
Who is the 5 Tiger and why Lim Kit Siang has to slaughter them?
Catch the next chapter soon.
 lim_guan_eng_ada_tipu
PEMBOHONGAN KELUARGA LIM MEMPERTAHANKAN KUASA DALAM DAP
Seperti yang saya tuliskan semalam, hari ini saya kembali dengan kisah penipuan Dinasti Lim dalam DAP. Mulai hari ini saya akan kongsikan dengan anda bagaimana Dinasti Lim memanipulasi perlembagaan DAP untuk memastikan mereka terus berkuasa.

 

Sejak 1968 DAP sentiasa dikawal oleh Lim Kit Siang yang memegang jawatan Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan. Dalam organisasi DAP Setiausaha Agung paling berkuasa. Konsep ini sama seperti yang diamalkan oleh Parti Komunis Malaya yang mana jawatan Setiausaha Parti Komunis Malaya dipegang oleh Chin Peng.
Berikut adalah salah satu cara yang dimanipulasi oleh Lim Kit Siang untuk memastikan dia dan disnatinya terus berkuasa.
Parti DAP tidak mempunyai bahagian disetiap parlimen sepertimana yang diamalkan parti-parti lain. Mereka hanya mempunyai cawangan sahaja.
Cawangan-cawangan parti DAP pula dibahagikan kepada dua kumpulan.
i)              Cawangan sijil A
ii)             Cawangan sijil B
Penentuan samada sesebuah cawangan layak mendapat sijil A atau sijil B dibawah kuasa Setiausaha Agung.
Ahli-ahli cawangan sijil A layak untuk hadir ke Kongres Kebangsaan DAP dan layak mengundi untuk memilih CEC.
Ahli-ahli cawangan sijil B hanya layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP sebagai pemerhati sahaja dan TIDAK dibenarkan mengundi.
Cawangan yang dikenal pasti menyokong Dinasti Lim akan diberi sijil A untuk membolehkan mereka mengundi. Mana-mana cawangan yang dikenal pasti tidak menyokongnya dan tidak akan memberi undi kepadanya akan diberi sijil B untuk menghalang mereka daripada mengundi, walaupun sebelum itu cawangan tersebut mempunyai sijil A.  Setiausaha Agung berkuasa untuk menukar sijil cawangan dari A ke B atau dari B ke A bila-bila masa sahaja mengikut keperluannya.
Cara kedua bagaimana Lim Kit Siang memanipulasi Perlembagaan DAP untuk memastikan dia dan dinastinya terus berkuasa.
Perlembagaan DAP yang dirangka Lim Kit Siang juga menetapkan bahawa ahli-ahli yang layak mengundi pada pemilihan parti tidak boleh memilih siapa yang mereka hendak letak sebagai Pengerusi Kebangsaan, Timbalan Pengerusi Kebangsaan, Naib Pengerusi Kebangsaan, Setiausaha Agung dan jawatan-jawatan yang lain. Mereka hanya boleh memilih 20 calon-calon yang bertanding untuk mengisi CEC.
Apabila keputusan 20 yang terpilih sebagai  anggota CEC diumumkan maka 20 orang yang terpilih itu akan bermesyuarat untuk menentukan siapa yang dipilih sebagai Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha Agung dan jawatan lain. Tidak ada undi sulit. Mereka diminta memilih secara terbuka di depan keluarga Lim. Apabila berhadapan dengan situasi begini semua anggota CEC akan menjadi seperti lembu dicucuk hidung dan mereka terpaksa memilih Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung selaku orang yang paling berkuasa dalam DAP.
Jika ada yang cuba melawan mereka tidak akan dipilih sebagai calon dalam pilihanraya dan akan menerima nasib malang sepertimana yang dialami oleh Lee Lam Thye, Wee Choo Keong dan lebih 100 orang lagi yang telah dipecat dari DAP.
Hampir 50 tahun Lim Kit Siang bukan sahaja memanipulasi perlembagaan DAP malah turut memanipulasi kehadiran perwakilan ke Kongres Kebangsaan serta pengiraan undi pemilihan CEC untuk memastikan dia atau dinastinya akan terus menguasai DAP.
Kit Siang tahu dia sekarang sudah dihujung usia dan penggal ini adalah penggal terakhirnya. Jadi dia perlu pastikan perjalanan politik dinastinya dalam DAP terus selamat. Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung dan Lim Hui Ying sebagai Setiausaha DAP Pulau Pinang. Lim Kit Siang juga tahu anaknya Lim Guan Eng tidak sepintar beliau dalam berpolitik dan juga tidak disukai oleh ramai pimpinan DAP kerana sikap angkuh dan sombong. Kebodohan Lim Guan Eng terserlah dalam CEC tahun 2012. Dia tidak sebijak Lim Kit Siang dalam memanipulasi undi sehingga membuatkan DAP berhadapan dengan masalah besar sekarang.
Akibat kebodohan Lim Guang Eng itu, kini Lim Kit Siang sedang memerah otak berfikir bagaimana cara untuk beliau menendang keluar satu kumpulan yang dikenali sebagai Lima Harimau yang boleh mendatangkan masalah besar kepadanya dan dinastinya dalam DAP.
Siapa Lima Harimau dan kenapa Lim Kit Siang perlu sembelih mereka ?

Berjumpa dalam episod yang akan datang.

sumber:DAPInsider

Siapa Serah Borang Dulu Dia Dapat Nombor,Tak Rasional – @LokmanAdam

in Berita Nasional by

Kenyataan yang dikeluarkan oleh calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia saudara Lokman Noor Adam berkaitan isu pihak pengurusan parti yang memutuskan bahawa nombor calon akan diberikan berdasarkan siapa serah borang pencalonan dahulu ada benarnya..

Walau pun nombor calon dilihat remeh,namun ia turut memainkan peranan apabila nama nama calon tertera di kertas undi nanti.

Pisau percaya jika cadangan yang bakal dibuat oleh pihak pengurusan nanti pasti pejabat Umno nanti tak ubah seperti kaunter tiket bas di Pudu. Nanti ada pula calon calon yang berebut beratur , sanggupkah calon calon MT ,Naib Presiden,Presiden beratur bersama calon calon yang lain?

 

Dua hari lagi, dunia akan melihat bertapa hodohnya perangai bakal pemimpin UMNO di kaca televisyen atau setidak-tidaknya di ruang siber.  Ini berikutan keputusan pihak pengurusan parti yang memutuskan bahawa nombor calon akan diberikan berdasarkan siapa serah borang pencalonan dahulu.

Adalah sangat menghairankan dan sukar difahami kenapa keputusan sebegini rupa boleh dibuat.  Tidak masuk akal sama sekali, pihak pengurusan atau jawatankuasa pemilihan parti tidak boleh menjangka apa yg bakal berlaku tatkala kaunter pendaftaran pencalonan dibuka jam 8.00 pagi 21hb September ini.  Saya menjangkakan, ramai yang akan sampai seawal jam 7.00 pagi dan semuanya akan berebut sebaik sahaja kaunter penyerahan borang pencalonan dibuka.  Peristiwa ini sudah pasti akan dirakam oleh media masa
dan para blogger, baik dari penyokong kita mahupun pembangkang.
 
Saya merayu kepada pucuk pimpinan parti agar dapat mempertimbangkan semula keputusan ini.  Apa salahnya kita buat pembuangan undi bagi menentukan nombor calon demi memastikan nama baik parti tidak dicemar dengan gelagat yang pasti mengaibkan.

Pisau kata ” jangan pula nanti ada tolak menolak berebut siapa sampai dulu”

DAP Anggap Melayu ‘Anggota 50 Sen’ – Bekas Naib Pengerusi

in Berita Nasional by

Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Zulkifli Mohd Noor menyifatkan kepimpinan parti itu melihat penyertaan orang Melayu dalam DAP sebagai “anggota 50 sen” yang tidak membawa kepentingan.

Katanya perkara itu dapat dilihat dengan jelas dalam pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) tahun lepas, apabila semua calon Melayu kalah.

“Bagi mengaburi mata rakyat dan menunjukkan DAP sebuah parti berbilang bangsa, tiga atau empat anggota Melayu diangkat menjadi pemimpin parti tetapi itu sekadar satu pembohongan,” katanya dalam sidang media, di sini Khamis.

Katanya bagi menguji dakwaan itu, beliau akan sekali lagi bertanding pada pemilihan semula CEC yang dijadualkan 29 Sept ini.

Saya ingin melihat ketelusan perwakilan dalam menterjemah ideologi ‘Malaysian Malaysia’ semasa pemilihan itu kelak, katanya.

Zulkifli yang kalah dalam pemilihan yang diadakan Disember, berkata beliau juga akan berkempen dalam pemilihan kali ini.

“Selama 26 tahun dalam parti, saya tidak pernah sekalipun berkempen untuk sebarang pemilihan, tetapi kali ini saya akan berkempen demi menguji ketelusan parti dalam memperjuangkan ideologi itu,” katanya.

Beliau juga mendakwa berdasarkan perjumpaannya dengan anggota DAP di beberapa kawasan di Kedah dan Perak, mereka mahu Lim Guan Eng melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP dan tidak bertanding pada pemilihan semula CEC.

“Bagi mereka Lim gagal menjalankan tanggungjawab dalam mengemudi proses pemilihan pada Disember lepas hingga melibatkan campur tangan ROS (Pendaftar Pertubuhan) dan hampir-hampir DAP dibatalkan,” katanya

 

kematian Chin Peng itu juga tidak mungkin dapat memadam rasa kebencian – Zahid

in Berita Nasional by

DAP tidak mengaku mereka berideologi komunis,namun terbukti merekalah komunis bandar yang menyerap masuk kedalam masyarakat menghasut rakyat siang dan malam.

Jika diperhatikan kedudukan hiraki parti DAP tak ubah seperti parti Kuomintang parti pemerintah China yang mengelar kalangan ahli mereka sebagai komrad dan juga Setiausaha Agung sebagai jawatan yang tertinggi didalam parti.

Kematian Chin Peng menjadi isu panas pada 16 September,ia satu hadiah besar buat rakyat Malaysia apabila kepala pengganas komunis ini akhirnya mampus di Bangkok. Namun kematian beliau juga membuatkan haprak pakatan meraung dan menangis kesedihan.

DAP dan haprak pakatan sudah berkira kira mahu membawa balik abu mayat Chin Peng,kata mereka Chin Peng adalah pejuang kemerdekaan yang sebenar dan mahu penghormatan diberikan.

Menteri Dalam Negeri Ds Zahid Hamidi dengan tegas menyatakan Chin Peng haram untuk masuk ke dalam Malaysia walaupun sudah menjadi abu.Kemarahan dan kesedihan rakyat dan keluarga mereka yang terkorban masih kuat terasa. Azab dan kepedihan diseksa dan dibunuh dengan kejam oleh pengganas Komunis mahu dipadam oleh DAP dan haprak pakatan.

Ulasan Menteri Dalam Negeri ada asasnya..ramai yang pasti akan terluka dan marah,jangan jadikan alasan untuk bangkitkan kemarahan rakyat.
DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI

AHMAD ZAHID

KUALA LUMPUR 16 Sept. – Mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng yang meninggal dunia di Thailand akibat sakit tua pada usia 90 tahun tidak akan diterima untuk dibawa pulang ke negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun sudah meninggal dunia, mendiang tetap ketua pengganas komunis yang bertanggungjawab membunuh ribuan anggota keselamatan negara.

Katanya, kematian Chin Peng itu juga tidak mungkin dapat memadam rasa kebencian terhadap mendiang terutama dalam kalangan balu-balu anggota polis dan tentera yang dibunuh kejam pengganas komunis.

“Tidak mungkin veteran polis dan tentera akan menerima mayat atau abu mendiang sekalipun untuk dikebumikan di Malaysia. Chin Peng bukan pejuang kemerdekaan sebagaimana dakwaan pihak-pihak tertentu.

“Mendiang tetap ketua pengganas komunis yang tidak boleh diterima di bumi ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan pihak tertentu supaya kerajaan membenarkan Chin Peng dikebumikan di negara ini.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua yang tinggal dalam buangan di Thailand meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada pukul 6.20 pagi hari ini akibat sakit tua.

Sepanjang mengetuai komunis semasa zaman darurat pada 1948 hingga 1960 dan 1968 hingga 1989, pelbagai kekejaman dilakukan Chin Peng serta pengikutnya terhadap anggota keselamatan negara serta orang awam.

Mendiang bertanggungjawab mengepalai komunis membunuh sebanyak 2,083 anggota keselamatan negara dan mencacatkan 3,541 anggota lain manakala sebanyak 2,588 orang awam pula dibunuh dengan 1,490 yang lain cedera.- Utusan

Pisau kata ” PAS nak anjur majlis tahlil buat Chin Peng.. “

Penyokong Kata Anwar Buat Suntikan Botox..

in Berita Nasional by

Heboh di kalangan penyokong haprak pakatan di Kubang Semang..bila ramai yang tegur muka Pak Shiekh dah sikit berubah..kata mereka ada NUR..bercahaya beb..

Malah ada yang kata dah naik seri..pak lebai yang sorang tu kata mungkin hasil banyak berwudhu.. Paling menarik ada yang kata Anwar buat suntikan botox..
image

Kulitnya nampak sedikit tegang dan lebih halus dari Kak Wan.. mungkin selain dari Botox.. Anwar guna kalogen untuk haluskan kulit..

1233384_609486065740822_364332466_n

Semua persoalan ni timbul selepas ceramah Pak Shiekh semalam di Permatang Pauh ..

Gambar diatas adalah yang terbaru..sambil berkaca mata ala metroseksual..korang tafsirkan sendirilah..

Pisau kata ” dia suntik China Doll tak kecoh pun..apa korang bising dia suntik botox ker tak”

YB Tong Gas Mengganas Lagi… Pengetua Di Serang…

in Berita Nasional by

Korang ingat lagi superhero DAP yang cukup terkenal di Pulau Pinang? Kalau yang dah terlupa pasti korang ingat YB Gengster Tong Gas yang terlibat menyerang peniaga secara zalim tidak lama dulu..

Video di bawah cukup terkenal hingga mengangkat martabat beliau dari gengster kepada superhero.. Alasan beliau beri ketika kes ini menjadi panas beliau angkat tong gas untuk menyelamatkan nyawa peniaga..

Ok kita lupakan cerita lama.. yang terkini kecoh di kolej Segi apabila   Ng Wei Aik telah menyerbu pengetua kolej Segi bersama 7 orang pelajar .Mereka membuat bising diseluruh kolej sampil menjerit jerit tidak berpuas hati.

Bila diselidiki kenapa meroyan sangat Ahli Parlimen Tanjong ni…rupanya Ng Wei Aik tampil membela 7 pelajar ini kerana tidak berpuas hati terhadap pengetua kolej SEGI kerana telah menukar jadual pembelajaran program MBA kepada hari Isnin hingga Jumaat.

Ng Wei Aik mendesak agar pengurusan SEGI menukarkan jadual kelas kepada hari minggu dengan alasan mereka bekerja selain dari hari berkenaan..

Paling best..demi memperjuangan hak demokrasi 7 orang ini..rupanya 7 orang ini sahaja yang tidak bersetuju berbanding lebih 40 orang pelajar lain yang mengambil program yang sama..

Inilah kebodohan ahli parlimen Tanjong,asalkan ada peluang dia mahu juga tunjuk kuasa…dah lama mendiamkan diri dan simpan kuku..

Pisau kata ” Bayangkan Ng Wei Aik jadi menteri …”

Desakan Pembangkang Untuk Membawa Pulang Mayat Penganas Chin Peng ke Tanahair @LokmanAdam

in Berita Nasional by

Kempen secara halus oleh pakatan untuk membawa masuk abu mayat Chin Peng didedahkan oleh Lokman Adam,katanya sudah berlaku gerakan secara diam untuk membawa masuk ketua pengganas komunis kembali ke tanah air.

Lokman berkata beliau bersama rakan rakan pemuda tidak akan teragak agak untuk turun menghalang sebarang tindakan untuk membawa pula abu mayat Chin Peng.

Pemuda Umno harus agresif dan menjadi benteng hadapan bagi mempertahankan kepentingan negara,apa yang disuarakan oleh saudara Lokman mencerminkan kehendak denyut nadi pemuda yang sudah lama yang dahagakan tindakan dan imej yang lebih berani.

 

Sambutan Hari Malaysia 16 September 2013 hari ini bukan hanya mengingatkan kita tentang Penubuhan Malaysia hasil Gabungan Sabah, Sarawak Dan Persekutuan Tanah Melayu. Alhamdulillah, pada tarikh ini juga kita telah terselamat daripada satu usaha merampas kuasa oleh Anwar Ibrahim melalui pembelian Ahli Parlimen.
Namun, apa yg menarik perhatian saya hari ini ialah berita berita kematian Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Ong Boon Hua atau lebih dikenali sebagai Chin Peng di Bangkok akibat usia tua. Chin Peng mati pada usia 90 tahun.Sejurus selepas berita ini disebarkan, beberapa orang pemimpin pembangkang berhaluan kiri seperti Hishammuddin Rais, Tian Chua dan Khalid Ismath mula mengeluarkan kenyataan secara terang-terangan bahawa Ching Peng adalah seorang Pejuang.
Kini telah mula juga kempen secara halus untuk mendesak kerajaan membawa pulang mayat atau pun abu Chin Peng ke Malaysia.Kenyataan yang bertujuan menarik sokongan kaum Cina ini cukup biadap dan langsung tak mengambil kira perasaan ahli keluarga anggota tentera dan polis yang telah terkorban ditangan komunis demi menjaga keamanan negara.
Selain itu gerakan dari pihak pembangkang ini saya lihat sebagai satu bentuk “endorsement” terhadap keganasan yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya suatu ketika dahulu. Saya menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk membawa pulang mayat atau abu Ching Peng ke Malaysia. Ong Boon Hua bukan warganegara Malaysia dan kita tidak sesekali akan memaafkan kekejaman yang telah beliau lakukan.
Sekiranya DAP atau mana-mana pihak meneruskan usaha untuk membawa pulang mayat atau abu Ching Peng, saya dan teman-teman Pemuda UMNO tidak akan teragak-agak untuk turun menyatakan bantahan kami dan menggagalkan sebarang usaha memperingati musuh negara itu.
KENYATAAN MEDIA
LOKMAN NOOR ADAM
Exco Pemuda UMNO Malaysia

Siapa Pemimpin Politik Yang Baru Kaya Di Sambut Dengan Kereta Mewah Di Hong Kong?

in Berita Utama by

Kereta mewah BMW tidak bernombor hanya tertera nama plat “PENANG” di Hong Kong..

image

Agaknya siapa pembesar dari Pulau Pinang yang bermewah di Hong Kong?

Pemimpin politik ini cukup kuat hubungannya dengan International Chinese Association. .

Malah menurut sumber wang PRU13 berpuluh juta juga datang dari sini..

Pisau kata ” agaknya siapa yer?”

I think china or Taiwan is more welcoming for you right?

in Berita Nasional by
To chauvinistic Chinese first, malaysian second,why don’t you apply to migrate to Taiwan or singapore.Easier for all.You get all your mandarin education 8-6, listen to mandarin songs,watch mandarin tv show,read all mandarin news papers,and get to be treated fairly as Chinese.Senangkan.Well since you can name me Chinese dynasties better than the malaysia history,you know the chin shi wang, tang ming wang,Kang xi,wu ze tian better than sultan Iskandar shah,sultan Mahmoud shah,tunku Ali of Terengganu,the first women sultan in acheh
I think china or Taiwan is more welcoming for you right.Why fight for the chauvinistic system that benefits your race against the other so badly when you can have a better option for you? Even minutes of your own language period also can become an issue.Do you know what is the national language of malaysia? Malaysian first my xxx.Don’t abuse ‘Malaysian first’ phase You don’t even know what it means.There are priorities of all the various identities we have.Your identity could be national,cultural,religion,ethnicity,locality,preference etc,and how you prioritize them should really depends on how much emphasis you are giving these identity in your thought process,actions,routine,believe etc.In malaysia,I am malaysian first,Kedahan second,sungai petanite third,Hokkien fourth,then Chinese fifth.I think a whole lot of you are the other way round.Terbalik.Akui je la

Moga Allah Letakkan Chin Peng Di Kalangan Orang Beriman!?

in Berita Nasional by

Haprak pakatan dah mula meratapi kematian Ketua pengganas komunis Malaya Chin Peng.Hinggakan kalangan aparat ini mendoakan komunis yang membunuh beribu rakyat yang tak berdosa ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

559358_329706827174139_100047108_n

 

 

Manakala di pihak DAP pula mencadangkan agar 16 September adalah hari memperingati bucther of Malaya ,mereka berharap Chin Peng yang menjadi bapa kepada idiologi perjuangan mereka diingati oleh para komrad selama lamanya.

Sejarah keganasan Chin Peng memang sukar dilupakan oleh rakyat Malaysia terutamanya yang hidup pada zaman keganasan komunis. Ramai yang terbunuh ,anggota keselamatan ramai yang terkorban dan tercedera. Dosa Chin Peng sudah pasti tidak dapat dimaafkan namun puak disebelah sana seperti DAP dan PAS terutamanya MAt Sabu angkat Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan.

Pisau kata ” DAP hari ini berkabung”

Nasrudin : ‘Tahaluf Siyasi’ Haram Jika Mudarat Perjuangan Islam? Signal Keluar Pakatan Dah Bermula..

in Berita Nasional by

Tahaluf siyasi yang diamalkan PAS terhadap PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang adalah haram untuk diteruskan sekiranya mendatangkan keburukan atau kemudaratan terhadap perjuangan Islam, kata Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan.

Nasrudin dilaporkan Utusan berkata, cadangan supaya tahaluf siyasi itu perlu dikaji semula adalah wajar.

Menurut beliau, kajian tersebut perlu melihat sama ada tahaluf siyasi itu menepati syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam, memberi keuntungan kepada perjuangan Islam dan memberi kebaikan kepada Pas atau sebaliknya.

“Andai hasil kajian itu memberi jawapan bahawa tahaluf siyasi yang dilaksanakan selama ini menepati syarat yang ditetapkan oleh syarak dan memberi kebaikan kepada perjuangan Islam, maka ia wajib diteruskan berdasarkan persefahaman yang telah dimeterai sesama parti anggota yang bertahaluf.

“Namun, jika hasil kajian itu didapati tahaluf siyasi yang telah berlangsung empat tahun lepas tidak menepati syarat yang telah digariskan oleh para alim ulama Islam yang muktabar, pula mendatangkan keburukan atau kemudaratan buat perjuangan Islam yang didukung oleh Pas, maka haram tahaluf itu diteruskan,” katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook Dewan Pemuda Pas Pusat.

Pada 14 September lalu, Multaqa Ulama Se-Malaysia di Kompleks Pas Kedah telah mencapai beberapa resolusi termasuk mencadangkan supaya tahaluf siyasi antara Pas bersama sekutu mereka khususnya PKR disemak semula.

Semakan semula itu disaran perlu dilakukan oleh Majlis Syura Ulama Pas dan Jawatan Kuasa Pas Pusat menerusi kuasa yang ada pada mereka.

Selain itu, Multaqa Ulama Se-Malaysia berkenaan turut menerima saranan daripada wakil-wakil perbahasan untuk menegaskan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Pas sewajarnya daripada kalangan ulama yang memahami dan mengerti tentang Islam serta realiti semasa.

Jawatan-jawatan lain termasuk naib-naib presiden juga perlu dipertimbangkan daripada kalangan ulama dengan gandingan bersama golongan profesional dan aktivis.

Resolusi tersebut dibacakan oleh Pengarah program itu, Muhammad Ismi Mat Taib di hadapan kira-kira 700 perwakilan sebelum ucapan penutup oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pandangan yang sama turut disuarakan oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berikutan pengaruh Pas dalam pakatan pembangkang dilihat semakin lemah.

Tegas beliau, kajian semula berdasarkan kepada garis panduan syura parti itu wajar ekoran berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan Pas selain merosakkan hubungan dalam tahaluf siyasi kebelakangan ini.

“Saya berharap Pas Pusat segera menubuhkan sebuah jawatan kuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu terhadap Pas serta menilai kembali tahaluf siyasi” katanya.

Harun berkata, analisis pasca Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 lalu perlu dilakukan secara terperinci untuk melihat sejauh mana kelebihan dan kekurangan berdasarkan syarak termasuk tahaluf siyasi bersama PKR dan DAP untuk PRU Ke-14.

“Berdasarkan keputusan PRU-13 lalu, Pas sudah hilang dominasi dalam pakatan pembangkang menjadikan kedudukan Pas sangat lemah,” katanya.-AIDC

 

Pisau kata ” baguslah dah sedar,sekurangnya jangan jadi balaci DAP dan gadai nama Allah!”

Misteri Kekayaan Ahmad Dhani, Anak Terlibat Kemalangan

in Berita Nasional by

Anak lelaki kepada penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani iaitu Abdul Qodir Jaelani cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Tol Jagorawi Bogor awal pagi Sabtu lalu.

Abdul Qodir atau lebih mesra dengan sapaan Dul berumur 13 tahun dilaporkan Mstar memandu kenderaan jenis Lancer Mitsubishi bersama seorang temannya untuk pulang ke Jakarta, hilang kawalan dan telah merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah bas mini.

Akibat rempuhan itu lima orang daripada mangsa telah meninggal dunia dan 11 lain cedera.

Kereta yang dipandu Dul itu adalah hadiah daripada ayahnya Ahmad Dhani bersempena dengan sambutan hari jadinya pada 23 Ogos lalu.

Dul yang tidak mempunyai lesen memandu mengalami patah tulang kaki, patah panggul, pendarahan di otak dan usus.

Ahmad Dhani dilaporkan Mstar berkata, dia bersyukur kerana keadaan anaknya beransur pulih dan berasa bersalah kerana menghadiahkan kereta tersebut kepada Dul bersempena dengan sambutan hari jadinya itu.

Selain komposer dan penyanyi terkenal Indonesia, Ahmad Dhani adalah duta LibForAll Foundation.

LibForAll bermaksud Liberty for All (Kebebasan Untuk Semua) merupakan sebuah yayasan kristian yang berpengkalan di Amerika Syarikat untuk operasi mempromosi kebebasan beragama di Indonesia.

Untuk melaksanakan operasi itu, Abdurrahman Wahid (Gus Dur) telah dilantik sebagai penaung LibForAll dan Ahmad Dani dari Kumpulan Muzik Dewa sebagai duta untuk menyampaikan mesej melalui lagu-lagu.

Promosi kebebasan beragama yang menggunakan slogan ‘Rahmatan lil ‘Alamin’ mensasarkan dialog antara agama, Islam, Kristian, Hindu dan Yahudi.

Atas sumbangan itu, Holland Taylor CEO LibForAll Foundation pernah mengatur anugerah kepada Gus Dur sebagai penerima Medal of Valor” iaitu “Medal Keberanian Yahudi” pada 6 Mei 2008, di Beverly Wilshire Hotel, 9500 Wilshire Blvd., Beverly Hills, Los Angeles.

9738774831_3de9b96b53_zHolland Taylor, CEO LibForAll (kiri), bersama Once vokalis Dewa (tengah) dan Ahmad Dhani (kanan), sedang menyusun lirik ke dalam bahasa Inggeris untuk lagu Laskar Cinta (“Warriors of Love”). Once adalah seorang Kristen manakala Ahmad Dhani adalah Muslim pro-Israel. Menurut Holand Taylor, lagu Laskar Cinta membawa mesej penting untuk menuetralkan kumpulan teroris Islam Indonesia. Kajian yang dibuat sebelum ini mendapati di Indonesia, kaedah yang paling berkesan untuk mempengaruhi rakyat Muslim adalah muzik, tetapi kaedah itu tidak sesuai di Malaysia. Kaedah yang paling berkesan di Malaysia adalah melalui pendekatan ilmu dengan menggunakan tokoh-tokoh orientalis

 

Manakala Ahmad Dhani lapor libforall.org diberi anugerah LibForAll Award.

Baca selanjutnya, sila klik di sini dan sini

sumber:AIDC

BN Bantu Melayu dan Bumiputra Rasis – PKR

in Berita Nasional by

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendran sengaja mahu mencetuskan kemarahan orang Melayu dan bumiputera apabila mempertikaikan agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, Surendran juga seolah-olah tidak mahu mengiktiraf kewujudan agensi-agensi di bawah kerajaan yang bertujuan menjaga kepentingan orang Melayu dan bumiputera.

”Kenyataannya keterlaluan. Dia seolah-olah tidak membenarkan kewujudan agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga). Saya kesal dengan tindakannya itu apatah lagi sebagai Naib Presiden parti.

”Jika begini sikap pemimpin PKR, tidak mustahil jika mereka berpeluang memerintah negara ini pasti agensi yang mengutamakan orang Melayu dan bumiputera dihapuskan demi kononnya mahu menyamaratakan dengan kaum lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Surendran semalam dalam kenyataannya kepada salah sebuah portal berita didakwa cuba mempersoalkan kewibawaan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan membangkitkan kemarahan golongan bumiputera kononnya pengumuman Perdana Menteri menyentuh kebebasan asasi rakyat.

Dalam hubungan itu, Khairy mempersoalkan adakan kenyataan Surendran itu merupakan kenyataan rasmi parti atau peribadi.

Sekiranya kenyataan itu adalah daripada PKR, Khairy mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengumumkan kenyataan Surendran itu sebagai kenyataan rasmi.

”Tetapi jika Surendran mengesahkan itu kenyataan peribadinya, maka Anwar digesa menasihati Naib Presidennya itu untuk membuat permohonan maaf secara terbuka,” katanya.

Beliau menambah, Surendran sewajarnya tidak membuat kenyataan seperti itu kerana hanya akan membuatkan rakyat melihat pemimpin PKR yang juga seorang peguam tersebut tidak tahu dan memahami Perlembagaan Persekutuan. – Utusan

Pisau kata ” Bila PM tolong cina..tak ada pula puak ni bising..bila PM bantuk melayu dan bumiputra dituduhnya rasis…ptui!”

Imigresen Tak Sedar Wujud 1 Juta Pati?

in Berita Nasional by

KP Imigresen baru tersedar dari tidor agaknya.. semua orang tahu banyak isu melibatkan Imigresen tidak diselesaikan,jumlah PATI yang meningkat dan kehilangan puluhan ribu pelancong yang masuk dinegara ini membuktikan dengkoran KP ini memang ada benarnya.

Semenjak dua menjak kita lihat seolah Imigresen baru bangun dari tidor..nun jauh disana kita baru nampak susok tubuh yang sedang mengosok mata baru bangun tidor selepas tidor yang nyenyak dan panjang..Katil yang empuk malah bilik kedap bunyi pasti tidak akan dengar rungutan dan keresahan diluar sana..

Ketidoran Imigresen dizaman Hisham dan kemudian di zaman Menteri Dalam Negeri Ds Zahid kesemuanya Umno akan dipersalahkan apabila isu PATI ditimbulkan,berbuih mulut arahan diberi namun seolah masuk angin keluar asap..

KDN baru baru ini telah meletakkan sasaran untuk menghapuskan PATI sebagai antara agenda utama negara, malangnya menjadi persoalan adakah Jabatan Imegresen boleh mengalas tugas yang diberikan oleh Kerajaan? Menjadi ragu sejak dahulu lagi kemana perginya  ketua ketua didalam jabatan ini ? Tiada rasa tanggungjawab atau tidak bertanggung jawab?

Pisau lihat isu ini Ketua Pengarah Imegresen gagal melaksanakan tugas beliau dan berharap beliau dengan rasa tanggungjawab melepaskan jawatan ini kerana sudah sudah la tidor bukan sekarang baru berasa nak bangun buat kerja..dah terlambat bang..tukar orang baru..ini barulah dikatakan transformasi yang mengantikan air liur basi kalangan yang kuat tidor..
Imigresen harus bekerja keras,laksanakan banyak operasi dengan lebih banyak..tetapi pastikan jangan ada kalangan kamu yang makan duit kopi yang bocorkan rahsia operasi..
Mudah mudahan Imigresen berjaya tangani isu PATI..jangan biarkan pak menteri lebih sudu dari kuah..tugas yang diberikan harus dilaksanakan dengan baik..

 

cina hilangPisau kata ” Isu bangla masa PRU13…KP Imigresen ada jawap tak?”


Hit Counter provided by Curio cabinets
Pergi ke Atas