Berita telus dan seimbang..

Monthly archive

December 2012

SHAMSIDAR BAKAL SINGKAP SALAH LAKU SEKS ANWAR

in Pakatan Rakyat by

Apabila seorang ahli politik seperti Anwar Ibrahim yang mempunyai cita-cita menggunung untuk menjadi Perdana Menteri maka segala aspek kehidupannya menjadi teropongan rakyat.

Lebih-lebih lagi jika ia mahu menjadi Perdana Menteri kepada sebuah negara Islam seperti Malaysia yang memperakui Islam sebagai agama persekutuan serta majoriti rakyatnya pula adalah penganut agama Islam.

Maka kriteria untuk mana-mana calon Perdana Menteri akan menjadi bertambah ketat dan telus.

Bukan sahaja beliau perlu mempunyai ketokohan dan sifat kepimpinan yang kukuh serta mantap tetapi juga perlu melepasi ujian moral dan akhlak yang tersemat dalam ketinggian nilai-nilai agama yang luhur dan murni.

Anwar yang sejak dahulu tidak pernah sesekali menyembunyikan hasrat dan desakan kalbunya untuk memimpin Malaysia bukan sahaja tidak terkecuali daripada penilaian rakyat yang bakal dipimpinnya tetapi juga ujian kelayakan dari sudut agama.

Kini Anwar bakal menghadapi satu lagi proses perundangan di mahkamah dalam perbicaraan kes saman beliau terhadap bekas rakan permainan tenisnya, Senator S. Nallakaruppan yang didakwa telah memfitnah bekas Timbalan Perdana Menteri itu terbabit dalam aktiviti biseksual.

Anwar dan tuduhan salahlaku seks samada di luar tabii atau sebaliknya bukanlah baru.

Bermula dengan perbicaraan tahun 1998 yang mensabitkan beliau dengan kesalahan atas jenayah liwat dan salahguna kuasa, Anwar telah melalui satu lagi perbicaraan jenayah liwat pada tahun 2008, kali ini membabitkan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Kes kali ini antara Anwar dan Nalla adalah berbentuk sivil, bukannya konspirasi politik membabitkan pemimpin atasan UMNO seperti yang gemar diwar-warkan oleh beliau dan diperpanjangkan oleh kuncu-kuncunya di pentas-pentas politik.

Kesnya adalah mudah; Anwar berasa dakwaan bekas kroninya itu adalah bersifat fitnah dan tohmahan bagi mencemarkan imej beliau sebagai Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum PKR lalu mengambil langkah untuk menyaman Nalla.

Yang menarik perhatian Anwar dan mungkin juga ini yang menyebabkan beliau tidak lena tidur saban malam ialah 10 nama yang telah disenaraikan oleh pihak peguambela Nalla.

Antara nama tersohor yang tercatat dalam senarai saksi yang bakal dipanggil oleh peguambela Nalla ialah Shamsidar Taharin, satu nama yang sebati dan sinonim dengan perbicaraan tahun 1998.

Shamsidar adalah isteri kepada Azmin Ali, bekas Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri dan kini menduduki jawatan orang nombor dua dalam PKR sebagai timbalan presiden.

Shamsidar sekian lama telah berjaya mengelak daripada dirinya terseret dalam drama skandal seks membabitkan Anwar tetapi kali ini nampaknya usaha beliau untuk terus mengelak mungkin sudah sampai ke penghujung jalan.

Sejak 14 tahun lalu nama Shamsidar, isteri kepada Anwar sering dikaitkan sebagai individu yang pernah menjadi mangsa kerakusan seks Anwar tetapi dakwaan ini tidak pernah dapat dibuktikan.

Malah isteri Anwar, Dr Wan Azizah Ismail juga menutup rapat mulutnya daripada memberi sebarang komen atau penjelasan walaupun didesak, ditekan dan diasak oleh kawan dan lawan.

Mungkin Dr Wan Azizah sebagai isteri yang setia hanya mampu memendam hati dan perasaan demi menyelamatkan mada depan dan karier politik suaminya.

Ini kerana tuan empunya badan iaitu Shamsidar tidak pernah membuka mulut samada untuk menafikan tuduhan berat itu apatah lagi untuk mengiyakannya.

Bagi rakyat yang selama ini ternanti-nanti untuk mengetahui kedudukan sebenar dan juga kebenaran disebalik misteri Anwar-Shamsidar sudah tentunya menunggu perbicaraan yang bakal menjelang dengan penuh debaran.

Agak lucu apabila media melaporkan PKR akan menganjurkan Himpunan Shamsidar bagi menghalang isteri Azmin itu mengambil tempatnya sebagai saksi apabila tiba masa perbicaraan kelak.

Mungkin penyokong PKR menjangka perbicaraan yang melibatkan bos mereka kali ini akan menjadi hebat dan sensasi daripada perbicaraan liwat kedua.

Namun parti yang kononnya mendokong dan sering melaung-laung di jalanan untuk menegakkan keadilan kini menjadi golongan yang sama untuk memusnahkan institusi keadilan apabila kepentingan mereka terancam.

Adakah pihak pembangkang bermimpi bahawa para hakim di negara ini mudah untuk ditakut-takutkan dengan demonstrasi ataupun perhimpunan demi melindungi kepentingan seorang yang terbabit dengan pelbagai dakwaan kepincangan akhlak dan moral?

Jika benar Anwar adalah manusia ‘suci’ dan ‘maksum’ yang diyakini oleh penyokong PKR, maka usahlah gundah dan gulana menghadapi perbicaraan yang bakal menjelang.

Sudah tentu ‘kesucian’ dan ‘kemaksuman’ diri Anwar akan terserlah jua sekiranya beliau di pihak yang benar!

Maka janganlah dilayan sangat desas desus bahawa perbicaraan ini adalah satu lagi konspirasi politik berpanjangan untuk meranapkan impian Anwar menjadi Perdana Menteri tetapi anggaplah masa untuk mengangkat tirai kebatilan sudah tiba.

ANWAR BINGUNG DUNIA PUJI KEPIMPINAN NAJIB

in berita pisau/BN by

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ternganga dan melopong kebingungan apabila penganalisa antarabangsa memuji kepimpinan kerajaan Barisan Nasional yang berjaya menerajui pembangunan ekonomi Malaysia dengan begitu mantap dan berkesan walaupun dunia kini dibelenggu kemelut kewangan yang dahsyat.

Secara langsung dunia mengiktiraf Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang menjadi tunggak pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah benar-benar memberi impak serta kesan positif kepada negara.

Pengakuan ini bukan dilaporkan oleh sebarangan media tetapi oleh akhbar Financial Times yang mempunyai kredibiliti yang tinggi dan diyakini pandangannya di peringkat antarabangsa.

Ketika kuasa besar Amerika Syarikat masih dibebani masalah hutang yang di luar kawalan manakala satu persatu negara-negara Eropah mengemis agar ekonomi mereka diselamatkan, Malaysia berdiri megah menawarkan model pengurusan ekonomi yang unik dan inovatif.

Pujian pakar antarabangsa juga membuktikan bahawa konsep al wasatiyyah atau kesederhanaan yang di bawa Perdana Menteri telah berjaya meningkatkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju, pragmatik dan progresif.

Dalam tempoh tiga tahun sahaja menyandang jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib telah membuktikan kemampuannya untuk membela rakyat serta mengurus negara.

Berlandaskan slogan keramat ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, beliau telah memastikan setiap dasar serta program pembangunan yang dilaksanakan hendaklah menepati semangat dan tujuan prinsip tersebut.

ETP adalah bukti kukuh bahawa Datuk Seri Najib begitu serius mahu melipat gandakan lagi kemajuan ekonomi yang telah dikecapi selama ini.

Pembangunan ekonomi pula tidak akan berjaya tanpa sistem penyampaian yang efektif dan efisien maka GTP dilancar seiring dengan ETP.

Setelah tiga tahun rakyat kini melihat gandingan ETP/GTP telah melahirkan hasil yang sama sekali diluar dugaan.

Walaupun pembangkang tidak pernah jemu memfitnah dan memburuk-buruk visi Perdana Menteri, kini mulut mereka terkunci dan dibisukan dengan pengiktirafan antarabangsa yang diterima.

Mana negara di dunia ini yang berkemampuan membelanjakan lebih RM2.6 bilion melalui pemberian wang tunai BR1M RM500 secara terus kepada 5.2 juta ketua isi rumah kecuali Malaysia?

Tidak cukup dengan itu, kerajaan bercadang menyalurkan BR1M untuk pusingan kedua pula melibatkan jutaan lagi penerima.

Tidakkah rakyat Malaysia amat bertuah menikmati perkhidmatan perubatan serendah RM1 sahaja yang disediakan melalui Klinik 1Malaysia dan bagaimana pula dengan Kedai 1Malaysia yang menawarkan barangan makanan keperluan pada harga yang lebih rendah daripada pasaraya?

Semuanya dilakukan kerana Perdana Menteri berpegang kuat kepada janji bahawa kebajikan dan kepentingan rakyat mesti didahulukan dalam setiap aspek pentabdirannya.

Negara di bawah teras kepimpinan Melayu bermula daripada Tunku Abdul Rahman melanjut kepada Tun Abdul Razak dan Tun Hussein kemudiannya kepada Tun Dr Mahathir serta Tun Abdullah dan kini di bawah teraju Datuk Seri Najib telah berjaya membawa negara dari satu tahap pembangunan kepada tahap yang lebih tinggi dalam setiap era pentadbiran negara.

Di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir umpamanya, krisis kewangan yang melanda rantau Asia Tenggara pada 1998 telah berjaya ditangani dengan begitu baik dan berkesan.

Tatkala negara seperti Korea Selatan, Indonesia dan Thailand terpaksa melutut kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Malaysia menolak tawaran bantuan daripada agensi antarabangsa itu demi menyelamatkan Malaysia.

Malaysia dengan beraninya menggunapakai pendekatan kawalan modal yang akhirnya berjaya menyelamatkan ekonomi serta rakyat daripada menjadi hamba IMF.

Rakyat juga tidak lupa bagaimana Anwar sebagai Menteri Kewangan ketika itu berusaha bersungguh-sungguh untuk menyakinkan Dr Mahathir agar tunduk kepada IMF tetapi berkat pandangan jauh dan menghidu tujuan jahat Anwar serta IMF, Dr Mahathir menolak cadangan itu.

Sekiranya Anwar berjaya dalam rancangannya membawa IMF masuk campur dalam pengurusan negara, nescaya hari ini, orang Melayu tidak lagi akan kedengaran agenda ekonomi serta hak-hak istimewa Bumiputera.

Begitulah dahsyatnya motif jahat Anwar untuk menghancurkan ekonomi negara sehingga sanggup melelong negara ini kepada pelabur Zionis-Yahudi menerusi IMF.

Kejayaan yang kini terus dinikmati rakyat di bawah kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib bukanlah terjadi secara rambang atau kebetulan.

Ia telah melalui tempoh pengalaman mentadbir negara selama lebih 50 tahun serta didokong dengan kepimpinan politik yang matang, berwibawa serta berkemampuan.

Sememangnya BN menepati setiap janjinya untuk memberi tahap kehidupan yang terbaik kepada rakyat dan sudah tentunya ini diakui melalui sokongan terus menerus rakyat kepada BN.

Kini negara berada diambang satu lagi pilihan raya umum dan rekod BN yang menakjubkan dalam membangunkan negara adalah bukti paling jelas untuk meminta rakyat terus membantu menggilap rekod yang cemerlang ini.

Pembangkang boleh menjanjikan apa saja termasuk bulan dan bintang tetapi akhirnya rakyat akan menilai samada ianya hanya sekadar janji di mulut ataupun bukti yang nyata.

Tiang-tiang Kemenangan Pakatan Rakyat Mula Runtuh

in berita pisau by

Semenjak memenangi beberapa negeri dalam pilihanraya 2008, Pakatan Rakyat semakin ghairah dan rakus berpolitik dalam usaha untuk mengulangi sejarah dengan merampas beberapa negeri lagi dalam pilihanraya yang akan datang.   Saban hari PR berpolitik dengan sepenuh hati dan perasaan, menumpukan seluruh tenaga dan jiwa raga untuk memburukkan kerajaan BN serta manabur janji-janji manis.   Tidak cukup dengan ceramah, mereka juga tidak jemu-jemu mencari peluang dan ruang untuk berdemonstrasi. 

Sepanjang sepenggal, kesungguhan PR bekerja terbukti dari jumlah demonstrasi yang diadakan oleh rangkaian NGO yang saling memperalatkan sesama sendiri untuk mencapai matlamat yang sama, iaitu menjatuhkan kerajaan BN. 

Antaranya, Bersih 2.0 pada Julai 2011, Bersih 3.0 28 April 2012, Himpunan Janji Demokrasi pada malam 31 Ogos 2012, beberapa siri Himpunan Hijau menentang Lynas, Himpunan Royalti Minyak Kelantan, Himpunan 901 membebaskan Anwar Ibrahim, siri jelajah Himpunan Kebangkitan Rakyat, siri Himpunan Oren Menentang Penyenaraian FGVH dan bermacam-macam himpunan lagi. 

Melihat dari gaya politik yang menggila itu, kita jangkakan momentum politik PR akan bertambah rancak dan hebat di saat-saat akhir menjelang pilihanraya.  Walaubagaimanapun, jangkaan kita ternyata silap. 

Hanya beberapa bulan sebelum PRU-13, PR nampaknya sudah keletihan akibat berpolitik yang keterlaluan dan tanpa batasan.    Himpunan-himpunan yang diadakan mereka semakin lesu, hambar, sehinggakan perhimpunan khas parti mereka juga sudah kehilangan taring, kalaupun tidak kehilangan arah.    Contohnya, Konvensyen Kebangsaan DAP yang menyaksikan kehadiran yang merosot teruk serta Muktamar PAS yang anti-klimaks dengan doa K.O yang memakan diri. 

Selain itu, Himpunan Oren yang terkini iaitu pada 28 Disember lalu juga dihadiri tidak sampai 1,000 orang berbanding sasaran 30,000 dan walaupun setelah terdapat arahan rasmi dari pihak PAS agar ahli-ahli mereka menyertainya.  

Begitu juga dengan Himpunan Hijau merangkap mogok lapar pada 27 Disember – 30 Disember, yang menjanjikan acara kemuncak penyertaan sehingga 10,000 kereta dan motorsikal untuk berarak menuju ke kilang Lynas, hanya mampu menarik lebih kurang 50 orang iaitu satu jumlah yang amat memalukan. 

Lebih-lebih lagi apabila para peserta mogok lapar yang sudah hilang semangat mengambil keputusan untuk makan tanpa bersembunyi-sembunyi lagi sehingga dapat dirakam dengan mudah oleh para wartawan.  

Nampaknya, acara kemuncak yang dijanjikan menjadi satu kemuncak kebodohan ketara pihak Himpunan Hijau.  Sedangkan, merekalah antara harapan terakhir PR untuk meningkatkan momentum serangan dalam menuju PRU-13.

Umum sedia maklum bahawa Himpunan Oren didalangi secara langsung oleh PAS dan Himpunan Hijau pula berada di bawah telunjuk DAP, dengan PKR sebagai ëhiasaní di permukaan.   Oleh itu, kedua-dua himpunan ini secara tidak langsung merupakan penanda aras untuk mengukur tahap sebenar sokongan rakyat terhadap PR.

Dengan sambutan yang begitu memalukan dalam kedua-dua himpunan tersebut, maka jelaslah bahawa PR sudah mula runtuh.  Ia runtuh akibat didirikan atas tiang yang rapuh dan berdasarkan ukuran yang salah.   Prinsip yang berlainan, matlamat yang berbeza serta campuran sikap bodoh, riak, rasis, ekstrem, liberal, dan juga kukubesi yang ada di dalam diri para pemimpin PR menyebabkan parti itu tidak pernah berdiri dalam keadaan tegap, yakin dan sempurna tetapi telah pun bergoyang dan terhoyong hayang sejak dari mula. 

Masa sudah begitu suntuk untuk PR memperbaiki keadaan tiang yang senget dan binaan yang kian hancur.   Kredibiliti para pemimpin dan parti mereka juga kini sedang mereput di depan mata rakyat.   Segala laungan mereka sebelum ini konon menentang korupsi dan memperjuangkan kerajaan yang adil dan telus kini bagai meludah di muka sendiri.  

Apa yang menyedihkan mengenai kehancuran PR ini ialah apabila negeri-negeri yang diperintah mereka juga turut mengalami kehancuran yang sama. 

Bayangkan, dalam masa hanya sepenggal, mereka telah mampu menggondolkan hutan dan mengorek pasir sehingga menyebabkan pencemaran dan bencana, mampu menyusun perlaksanaan jangka panjang untuk meminggirkan kaum bumiputera, mampu menambah bilangan pusat hiburan dan maksiat sehingga tidak terkawal.  Justeru, jika mereka terus memerintah untuk sepenggal saja lagi agak-agak kita, berapa batang balakkah yang tinggal di Kedah?  Berapa kaki tanah sahaja yang tinggal untuk rakyat Kelantan?  Berapa banyak lagi pusat maksiat di Selangor?  Dan berapa orangkah Melayu yang boleh terus ësurviveí di tengah-tengah bandaraya Pulau Pinang? 

Rakyat wajar menyedari hakikat ini sebelum kita semua turut jatuh, hancur dan terkambus bersama-sama dengan PR bagaikan rakyat di negara Sodom dan Gomorrah.

Berdemo Bantah Nama Allah Adalah Musuh Pakatan – PAS

in berita pisau/Pulau Pinang by
Yang berdemo baru baru di Masjid Simpang 6 Komtar rupanya musuh pakatan rakyat. PAS Pulau Pinang dakwa tindakan membantah mengenai isu penggunaan nama Allah adalah bercanggah dengan persetujuan diantara parti didalam pakatan.

Semasa muktamar dah beberapa kali pesan kepada ahli PAS,bukankah kepentingan tahaluf siyasi bersama DAP dan walaq kepada para pemimpinnya mengatasi kepentingan agama. Apa kejadahnya ahli PAS bersusah payah turun dijalan raya membantah. Tak perlu bantah bantah.. bukankah Nik Aziz dan para pemipin PAS kata ..Allah tuhan Kristian dan Allah tuhan umat Islam namanya sama saja..tak gitu?

Kepada ahli PAS harus mengaji bab pluralisme lebih mendalam..barulah dapat menghayati bahawa semua agama adalah sama..semua tuhan adalah sama tak gitu.. Pluralisme dan liberalisme sekarang ini begitu kuat didakwah oleh Anwar malah didalam PAS juga ramai yang menganut fahaman ini.

Apa salahnya tuntutan Guan Eng?Niat murni Guan Eng demi menyemarakkan pluralisme dan liberalisme harus disokong oleh umat Islam.. Bukankah ini yang dimahukan oleh para penyokong pakatan?

Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang, Bukhori Ghazali mengingatkan ahli PAS negeri ini lebih berhati- hati dengan strateji musuh yang sengaja mencari jalan memecahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat untuk memenangkan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Musuh sekarang tambahnya, tidak lagi berhadapan dengan PAS tetapi mempergunakan bekas kepimpinan PAS untuk mengucar kacirkan istiqamah perjuangan yang telah terpahat lama dalam diri ahli.

Penggunaan nama Allah ujarnya, telah pun diputuskan oleh kepimpinan PAS dan tidak timbul percanggahan sehingga perlu melakukan demontrasi di Masjid Simpang Enam selepas solat Jumaat semalam.

“Berhati-hatilah dengan taktik musuh yang telah menyelinap masuk menerusi bekas kepimpinan PAS yang telah menjauhkan diri dari perjuangan.  Mereka sedang berusaha memecah belahkan perpaduan yang dipupuk dalam Pakatan Rakyat untuk membantu BN kekal berkuasa,” tegasnya.-Harakah

Pisau kata ” Rupanya yang bantah penggunaan nama Allah musuh PAS  yer..”

Video: Umat Islam Hati Hitam Tak Sokong PAS?

in PAS by
Nik Aziz kata orang Umno solat tak dapat pahala …tak masuk syurga…Nik Aziz kata  Umno tak Islam..jangan undi selain Umno..Undi DAP pun boleh pahala beb..

Ustaz budak pula kata ulama dalam PAS kesemuanya para nabi..patutlah pengikut PAS kata kalau tak sokong PAS di padang masyar nanti tak dapat syafaat tok guru..

Korang tau tak hati korang gelap..hitam dzolmat… ini semua punca tak pakai baju hijau..Anak Nik Aziz kata tak terima hidayah.Dia kata Allah mahukan orang PAS takluk Putrajaya..

 

Pisau kata “Oh rupanya Tuhan PAS suruh puak ambil alih Putrajaya..patutlah sanggup berguling atas jalan”

Makan Duit Peneroka RM11 Juta ? Mazlan Dan Peguam PAS Kenyang?

in PAS by
Inilah sebenarnya yang berlaku, Apabila Mazlan Aliman berselingkoh dengan ANAK .Peneroka bukan saja ditipu malah wang mereka turut hilang.

PAS tak boleh lari dari kerja menipu  orang kampung, Ramai peneroka Felda ditipu sebab itulah tidak mengejutkan jelajah Oren dibantah hingga di serbu oleh para peneroka . Video dibawah tidak mungkin akan didedahkan oleh blog atau media haprak pakatan.

Sekarang ini Mazlan Aliman adalah liabiliti kepada PAS. Ramai ahli PAS sudah muak dengan Mazlan..setiap tuduhan dan dakwaan beliau kesemuanya pembohongan semata mata.Dah kehabisan modal sekarang kerjanya mahu menghasut dan mempolitikkan apa saja asalkan matlamat tercapai.

Video dibawah menjadi bukti PAS dan para peguamnya makan duit dan menzalimi rakyat marhain. Apa kejadahnya makan duit peneroka untuk pi umrah?

 Nampak gayanya kegiatan Mazlan Aliman bersama ANAK membawa padah kepada PAS dengan kehilangan ahli dalam Felda Kemahang 3. Ikuti penjelasan oleh bekas ahli PAS yang sudah berang dengan ‘penipuan’ yang dilakukan oleh Mazlan Aliman bersama kumpulan peguam yang dilantik beliau dalam kes saman peneroka Felda Kemahang 3 keatas Felda.-MinaqJinggo

Pisau kata” Ramai yang kena tipu dengan PAS”

Selepas Ostad Badrul,Kini Sorang Lagi Mencabul

in berita pisau/Pakatan Rakyat by
Bak mencabul ,panjat atas perut bini orang,kaunseling jam 3 pagi,pekena konekto dalam toilet,tembak torpedo kat China Doll kita serah kat pemimpin pakatan.. Puak ni serba boleh..

Pemimpin haprak pakatan bukan saja pandai berselingkoh..bab selingkohan pun pandai jugak.. Dari menjalang dengan DAP hinggalah kepada bab mencabul agama..


Pisau kata “Apa cerita dengan Ostad Badrul…kes kaunseling dengan bini orang senyap jer..”

Suruh Rakyat Bangkit Tapi Penceramah Jatuh!

in Pakatan Rakyat/Pulau Pinang by
Semalam ceramah menghasut untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat di Bukit Gedong,Sg Ara tak semeriah mana.. isi ceramah macam biasa..bohong..fitnah..bohong..fitnah.. Pisau malas nak ulas tentang ceramah sebab poyo sangat..

Ni hah..Sandra Ng AMK tergolek dog semasa nak turun dari pentas ceramah..tuhan bayaq cash sebab fitnah banyak sangat.. Dalam berceramah kononnya untuk kebangkitan rakyat tapi penceramah terjatuh.. Apa petandanya? suruh rakyat bangkit tapi diaorang jatuh!..

Pisau kata ” macam gaya Anwar jer”

Hot! Skandal Tanah Puluhan Juta Ngeh Dan Nga Hanya Satu Permulaan…

in berita pisau/Pakatan Rakyat by
Kenapa Nik Aziz pada mulanya menafikan pemberian tanah kepada Ngeh dan Nga ,sebelum itu Kenapa terus gelabah . Ngeh terus tuduh PAS tikam belakang apabila isu tanah meletup..

Kenapa Nga berani ugut YB Datuk Hamidah..Kemudian berlaku pula diversi isu .DAP sedar untuk membangkitkan kemarahan umat Islam dan Melayu hanya perlu sentuh isu agama dan juga raja melayu. Karpal pertikaikan pengurniaan darjah kebesaran daripada Istana manakala Guan Eng bangkitkan kembali isu nama Allah..Kenapa pemimpin DAP cemas? Kenapa Anwar cemas?

Apabila disoal mengenai perolehan tanah di Dewan Undangan Negeri Perak..KENAPA NIZAR DIAM MEMBISU? Semua orang tahu Nizar paling champion dalam dewan hentam BN..kenapa kali ini telurnya kecut serupa kurma expired..

Kenapa tiba tiba nak dedahkan video lucah Speaker DUN Perak? Sedangkan gambar kat dalam tu khabarnya tak nampak apa pun..gelap gulita beb..

Kenapa sekarang ini berlaku perbalahan besar didalam DAP..Kenapa PAS begitu takut mengenai isu ini..

Umat Islam pun ditipu oleh PAS guna agama apalah sangat dengan isu tanah.. Rakyat Kelantan harus desak kenapa tanah 10 ribu ekar diberi kepada Ngeh dan Nga.. Adakah sekadar suka suka? Adakah kerana pemberian tanah kepada Upahdaya S/B berdasarkan konsep menang dan menang..

Kenapa Ngeh berbohong kononnya tanah tersebut dibeli menggunakan wang puluhan pelabur didalam syarikat.. Sedangkan terdedah Ngeh dan Nga memiliki hampir 100% saham syarikat bernilai puluhan juta..Kenapa mulanya bohong kemudian terpaksa mengaku?

Kenapa? Mengapa?Sebab apa? 10ribu ekar tanah bukan sikit beb.. orang kampung kat Kelantan yang undi masuk syurga pun belum tentu dapat beb…penyokong PAS diseluruh negara yang berguling atas jalan pun belum tentu dapat seinci tanah.. takkan fisabillah jer kot..Mahfuz dengan Mat Sabu jual air liur satu malam pun RM1-2 ribu beb.. masuk toilet pun kena dua kupang syeikh… 🙂

2-3 hari jenuh pergi merata tempat..Pisau nak khabor baru habis lepak dengan orang kuat itu..orang kuat ini..pendek kata serba kuat dalam pakatan lah…panjang lagi cerita ni beb.. pencacai pakatan jangan mencarut sangat kat dalam blog Pisau..nanti korang sendiri pulak yang halalkan kencing sendiri kat atas kubur Nik Aziz…

Pisau kata ” bukan habis kat sini..banyak lagi tak keluar yop.. “

KARPAL SINGH TIDAK DIBENARKAN MEMBACA MAKLUMAT DAP PUSAT.

in berita pisau by

Oleh: Lim Fang
 
China Press 27 Disember 2012

BN telah memerintah lebih daripada setengah Abad lamanya, pemimpin DAP asyik tiada jodoh untuk dianugerah pingat kebesaran oleh Kesultanan, apa yang terasa di dalam jiwa mereka, ia seperti tersekat di tengah jalan, semua orang dengan jelas dapat melihat jika tidak dapat direstui oleh pihak kerajaan yang memerintah pasti tidak perlulah asyik mengharapkan untuk dapat menerima anugerah pingat.

 Kehormatan begitu tinggi DAP mungkin kerana perpatah “tidak dapat makan buah anggur kata buah anggur itu masam”, dengan itu apabila tidak dapat anugerah pingat mereka berkata itu memang nasib mereka apakan dayanya. Mereka cuba ambil iktibar MCA dan Gerakan semasa menerima anugerah MCA dan Gerakan mengenakan pakaian tradisi, mengejek MCA dan Gerakan tiada kebebasan dan pendirian untuk tonjolkan kelebihan kaum.

Kata-kata seperti itu sewaktu belum mendapat sebarang jawatan menteri, memang benar itu boleh mendatangkan emosi untuk rasa tidak selesa. Kerana sebagai sebuah parti pembangkang pastinya dihimpit oleh parti pemerintah sehingga ke penghujung sempadan, pembangkang dengan alasan tidak mahu terima anugerah pingat menuduh anugerah itu semata-mata berunsurkan kepalsuan, dimana mereka tonjolkan bahawa diri mereka mendekati rakyat. 

Tetapi keadaan politik ada pasang surutnya, dahulu kita mungkin tidak ambil tahu, dimana sebenarnya sikap itu boleh berubah 180 darjah pada bila-bila masa sahaja, sedangkan speaker DAP dan Exco DAP sudah pun dengan gembira sanggup mamakai songkok menerima pingat anugerah.

Selepas Pakatan Rakyat menguasai kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan pada tahun 2008, 2 orang pemimpin DAP Ngeh Koo Ham Pada tahun 2008 dan Nga Kor Ming pada tahun 2010 mendapat pingat bergelar Datuk, menyebabkan selama ini orang-orang dalam DAP yang inginkan mendapat anugerah seperti itu seperti tergigit lidah sendiri, dahulunya sering bercakap bohong kini timbul keraguan dan prasangka pula.

Dalam keadaan dan waktu-waktu begitu tipis untuk mendapat anugerah, apabila ia sudah menjadi kebiasaan dalam buah fikiran, DAP cuba kaitkan “tidak terima sebarang Anugerah” untuk dijadikan sebagai peraturan yang tidak termaktub dan tidak tertulis dalam tradisi mereka, mereka berkata parti berjuang tidak dengan nama dan kedudukan pingat sebagai propaganda dalam perjuangan mereka. 

Walaupun DAP mempunyai pengiktirafan yang kukuh, mereka tidak juga ketepikan dalam polisi mereka, jika perkara mambantah itu secara rasmi diiktiraf dalam parti, ia bermakna sama taraf dengan membelakangi kuasa raja-raja, beban dan tanggungjawab kesalahan seperti ini yang DAP tidak sanggup memikulnya.

Pada masa itu pandangan Karpal Singh begitu tidak setuju terhadap Kor Ming dan Teng mendapat anugerah, tetapi bantahan Karpal Singh tidak memberi sebarang kesan dalam DAP. Sebab itu boleh dikatakan DAP telah memecah rekod dan tradisi DAP, kerana mereka telah membelakangi budaya mereka sendiri.

 Ini membuktikan apabila orang-orang berikan pandangan serong terhadap politik wang dan kedudukan pingat anugerah, selalunya mereka tuding orang lain, apabila tiba pada diri mereka sendiri yang terima anugerah dan mendapat kemewahan, sebaliknya fikiran dan fahaman mereka telah lali dan terpukau.

Isu Karpal Singh membantah kerana ahli DAP menerima pingat anugerah 2 tahun lepas, Karpal masih tidak mahu melupainya, baru-baru ini beliau timbulkan sekali lagi isu lama pingat anugerah kepada Kor Ming dan Teng. Tetapi beliau mendapat tentangan dari Lock Siew Fook iaitu dari kuasa utama parti itu, supaya perkara itu jangan disebut-sebut lagi, kata-kata itu sebaliknya tersirat bermakna jika isu telah dimamah masa, walaupun DAP telah melanggar peraturan, sepatutnya lebih utamakan tidak berlaku perpecahan dan sepatutnya tidak perlu timbulkan isu-isu lama itu lagi

 Dengan itu kes dan isu yang boleh membawa maksud Ngeh Koo Ham yang baru-baru ini yang didedahkan kerana terlibat dengan meluluskan pemberian puluhan ribu ekar tanah kepada bekas menteri besar Perak boleh disorokkan ke bawah karpet, ia juga dianggap berpatutan dan boleh diterima.

Boleh dihina begitu sahaja

Karpal Singh timbulkan semula isu anugerah pingat, jika bukan dari hasil cemburu, ia menunjukkan bahawa orang-orang yang mempertahankan logo lama dalam DAP masih lagi pertahankan fahaman yang begitu kuat, tetapi oleh kerana DAP sudah pernah menikmati keseronokan semasa dan waktu mereka mentadbir kerajaan negeri, dahulunya mereka lontarkan pelbagai kritikan terhadap kerajaan, hari ini apabila mereka berkuasa dan dapat memerintah, selain daripada mereka sendiri jalankan aktiviti-aktiviti rasuah, haram dan penyelewengan, mereka juga boleh perbesarkan isu ataupun mereka juga boleh kecilkan isu-isu.

Memang benar DAP cakap tidak serupa bikin, isu Tunku Abdul Aziz yang meletakkan jawatan timbalan pengerusi DAP, baru-baru ini mendedahkan penyelewengan parti serta bersikap kepentingan diri masing-masing secara peribadi dalam parti DAP, menyebabkan slogan telus dan bersih selama ini yang ditonjolkan DAP terjejas dengan sendirinya. 

Dimana Lim Guan Eng yang selama ini suka mengorek dan membongkar apa sahaja isu, bagi tuduhan-tuduhan kepada DAP yang dibuat sekarang ini beliau cuba mengelak untuk menjawab. Meletakkan DAP masih lagi suci dan tidak terusik, kenapa Lim Guan Eng masih berdiam diri tidak hadapkan mereka yang bersalah ke mahkamah ataupun tidak tuduh mereka?

Jika dilihat dari segi kepentingan DAP, Karpal Singh sendiri ada kesilapan kerana berani bercakap dan mengkritik lantang secara berdepan terhadap DAP, beliau dedahkan rahsia DAP di sidang media yang tidak boleh dibiarkan begitu sahaja oleh DAP. Bagi Ngeh Koo Ham, beliau telah pun memaklumkan kepada majlis teritinggi pusat berkaitan isu tanah dengan bekas menteri besar Perak itu melalui email, mungkin hanya Karpal Singh seorang sahaja yang tidak tahu. 

Karpal Singh sebagai timbalan pengerusi parti namun bukan seorang yang dibenarkan untuk membaca maklumat dalam email parti pusat, sedangkan majlis tertinggi pusat parti itu adalah penggerak kepada kekuatan untuk DAP dalam menangani isu serta sebagai tampuk kepimpinan treating parti, namun Karpal Singh tidak dilibatkan, bukankah ini menyebabkan orang ramai rasa terkejut dan persangka buruk.

Terjemahan:
Doreen Ng Abdullah

Mesyuarat Khas 2010 : PAS Sokong Kalimah Allah Beri Pada Kristian ?

in PAS by
AIDCNews – 28/12/12 – Ketua Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mendakwa semua kompenan PR termasuk PAS telah bersetuju memberikan kalimah Allah kepada penganut Kristian dalam mesyuarat khas pada tahun 2010.

“Isu ini telah diselesaikan. Kami bukan sahaja telah mengadakan mesyuarat tetapi membahaskan dalam perbincangan mengenai subjek ini, dan merujuk kepada teks, termasuk teks Al-Quran.
“Kini ia telah ditimbulkan semula, ia akan memerlukan mesyuarat segera,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Portal itu turut mendakwa pada mesyuarat khas 2010, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut bersetuju membenarkan kalimah Allah kepada Kristian sebagai menghormati prinsip kebebasan beragama dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut laporan Agendadaily, pada malam Isnin, 4 Januari 2010, Lajnah Politik PAS Pusat telah bermesyuarat lebih dua jam di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur untuk membincangkan satu agenda sahaja iaitu ‘Penggunaan nama Allah’.

Mesyuarat itu disertai oleh 25 orang pemimpin termasuk Ahli Parlimen Shah Alam Abdul Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkefly Ahmad.
Hadir sama mempengerusikan mesyuarat tersebut Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama-sama Timbalan Presiden PAS Nasharruddin Mat Isa, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan dua orang Naib Presiden, Salahuddin Ayub serta Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi dan dibacakan oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad :

Pas sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.
Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.
Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

Pas memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

”Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah”.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.
PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

Sementara itu pada tahun sama, blog drhalimahali turut melaporkan bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin dan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyokong penggunaan nama Allah oleh penganut agama Kristian.

Pisau kata “jika pimpinan pusat PAS dah bersetuju apahal Mustapha Ali dan Tuan Ibrahim marah marah kat Guan Eng? Satu lagi produksi wayang haprak pakatan”

Jangan Babitkan PAS Berdemo Bantah Guan Eng – Salleh Man

in berita pisau/PAS by
PAS Pulau Pinang melalui pesuruhjaya negeri Salleh Man menafikan terlibat dalam demo membantah Lim Guan Eng dan DAP yang berkaitan isu penggunaan nama Allah.Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh Harakah lidah bercabang rasmi khawarij PAS,beliau tidak tahu menahu mengenai demo tersebut malah tidak akan sama sekali berdemo sebegitu rupa..

Mana mungkin PAS negeri Pulau Pinang terlibat membantah Lim Guan Eng! Nak mampus! Sudahlah jawatan YDP MAIPP pun diberi atas ehsan Guan Eng inikan pula nak bantah big boss..

Hormatlah khalifah kita!

Penafian Salleh Man dan PAS Negeri Pulau Pinang ada benarnya,kita harus memikirkan baik buruk kesannya jika PAS terlibat berdemo membantah Guan Eng.PAS Pulau Pinang harus walaq demi menyahut tahaluf siyasi yang dipegang oleh kepimpinan PAS Pusat.

Cuba bayangkan Salleh Man atau Ketua Pemuda PAS Negeri Yusni Mat Piah atau Roshidi bertempik diatas jalan..sudah pasti pangkat mereka sebagai suruhan,tunggangan dan tukang salak rasmi tokong akan digugurkan.. Kedudukan mulia ini harus dipertahankan ..Tokong DAP harus dijunjung demi survival politik PAS..

Salleh Man sebagai YDP MAIPP sudah pasti akan menjunjung kasih Khalifah Joseph Lim dalam ketaatan yang tak berbelah bagi. Pihak yang membantah di Komtar kelmarin ternyata telah menghina PAS dengan membawa bendera parti.

Pisau menyeru kepada pihak yang membawa bendera PAS selepas ini jangan sesekali mempermainkan tahaluf siyasi dan walaq PAS kepada tokong khalifah Joseph Lim Guan Eng. PAS harus pertahankan Lim Guan Eng demi perjuangan mereka yang mahukan Putrajaya.

Pisau kata ” teringat pulak Salleh Salon”


The Great DAP Diversions

in DAP by
Nga Kor Meng facing the assembly alone

ABITW – DAP was feeling the heat from the results of DAP’s party election for the top 20 Central Committee when not a single representative from the majority race in the country, Malay made it.

Only the Punjabi father and son and an Indian were the non-Chinese managed to squeeked through. They were accused of being hypocritical in their claim of Malaysian Malaysia or Middle Malaysia because the results reflected the deeply rooted Chinese chauvinist sentiment among the delegates.

Subsequently the CEC or perhaps the Secretary General annnounced the 10 appointed CEC members and positions in the party.

Malay corrupt

‘Cocky, Arrogant and Tokong’ with his Malay appointee and fake Malay appointee

It could have been was not used to balance the differences. But no, only token representation was made. The highest receiving votes amongst the Malays, Prof Ariffin Omar was appointed and also appointed as one of the three Vice Chairman.

There is one pretending to be Malay, Zairil Khir Johari and because assistant to Tony Pua on publicity, one non-Chinese from Sabah and another non-Chinese from Sarawak

The issue remain hot and DAP created a diversion to have their lapdog Malay, Prof Ariffin cause an uproar by saying high level of corruption in Government because of domination of Malays.

That got the mainstream media, blogosphere and social media diverted from an issue that had DAP feeling hot under the collar to a rhetorical issue that had no ending.

It also served DAP to prep up the public to their plan to reduce government sector if Pakatan Rakyat ever takeover government.

Land for MB scandal

Usually it is one issue to divert another issue. But in another more explosive revelation on DAP, they had three issues going on concurrently to diffuse this new revelation at the Perak State Assembly.

In a revelation by blogger Pisau [read here] on December 17th, a company, Upadaya Plantation Sd Bhd, wholly owned by DAP Perak’s nasty cousins – Parlimentarian for beruas and State Assemblyman for Setiawan, Dato Ngeh Koo Ham and Parliamentarian for Taiping and State Assemblyman for Pantai Rremis, Nga Kor Meng – were given 10,526 acre land in Kelantan.

Read More Click Here

Kalimah Allah: PAS Pasti Akan Akur Dengan Tokong Lim

in BB/PAS by

DAP sekali lagi memainkan isu kalimah Allah untuk digunakan di dalam kitab Injil Kristian.   Isu hampir sama pernah menjadi hangat ketika Pilihanraya Sarawak di mana PAS bersetuju untuk membenarkan Injil dicetak dalam Bahasa Melayu.  Isu ini dikatakan sama kerana kedua-duanya bertujuan untuk menyebar Kristian di kalangan orang-orang Melayu Islam. 

Memandangkan PAS telah pun bersetuju dengan Injil berbahasa Melayu, maka kita tidak hairan jika PAS juga akan akhirnya bersetuju dengan DAP agar kalimah Allah digunakan oleh Kristian mahupun agama lain bagi memastikan Tokong mereka iaitu Lim Guan Eng gembira.  Walaubagaimanapun, seperti biasa, sebelum bersetuju, PAS akan terlebih dahulu bersandiwara dengan berpura-pura menentangnya. 

Sandiwara menentang cadangan DAP ini penting bagi membeli masa sebelum pilihanraya bagi melenyapkan isu Amanat Hadi, Tanah Kelantan, Balak Kedah, Air Selangor dan lain-lain lagi yang amat menyesakkan dada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Namun, sandiwara yang pengakhirannya sudah dijangka amatlah membosankan dan seeloknya, PAS dan DAP hentikanlah saja lakonan mereka. 

Ini kerana semua orang sudah sedia maklum bahawa di akhir sandiwara ini, PAS tetap akan akur kepada kehendak Tokong Lim DAP.   Lagipun, kenapa pula kali ini PAS ingin menentang penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Injil sedangkan Presiden PAS sendiri pernah mengeluarkan kenyataan rasmi pada 5 Januari 2010, yang membenarkannya. 

Kenyataan ini boleh dilayari di laman rasmi PAS seperti di bawah:
http://pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=2603:kenyataan-rasmi-presiden-pas-mengenai-isu-kalimah-allah-&catid=20:kenyataan-rasmi&Itemid=99

Antara petikan kenyataan rasmi Presiden PAS tersebut ialah:  

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Tetapi, hari ini apabila Tokong Lim membangkitkan isu ini sekali lagi dalam perutusan Krismasnya, beliau ditempelak pula oleh Ahli Majlis Syura Ulama PAS yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi, sebagai mengelirukan umat Islam di negara ini.   Katanya, PAS mengambil pendirian seperti diputuskan Majlis Syura parti sebelum ini, tidak bersetuju dengan desakan mana-mana pihak berhubung isu berkenaan.

Apa ceritanya ini?  Apakah Majlis Syura PAS tidak sependapat dengan Presiden PAS? 

Jika benar, nampaknya Presiden PAS mungkin bersendirian dalam menyokong Tokong Lim kerana dalam satu laporan di Harakah (http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_ content&task=view&id=019648&Itemid=96), Nik Aziz juga telah menafikan yang beliau menyokong penggunaan nama Allah oleh bukan Islam itu sepertimana yang dilaporkan oleh media perdana.  Antara petikan kenyataan di Harakah yang dibuat oleh Setiausaha Politik beliau, Anual Bakri Harun adalah seperti berikut:   

Wartawan silap memahami apa yang disebut Menteri Besar (Nik Aziz) kerana perkataan Allah hanya boleh digunakan bagi mereka yang telah menerima Islam.  Bagi memahami konteks yang disebut Menteri Besar dengan lebih jelas kita kena memahami maksud surah Al Ikhlas iaitu Katakanlah (ya Muhammad), Dialah Allah yang Maha Esa, Allah yang dituju (meminta hajat). Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada satu pun yang menyerupaiNya.  Oleh itu jelaslah nama Allah hanya wajar digunakan bagi mereka yang telah beriman dan tidak boleh menyalahi sifat 99 namaNya, kata beliau di sini.

Namun, carian seterusnya menemui yang sebaliknya di mana pada 21 Januari 2010, Nik Aziz pernah membuat kenyataan seperti berikut yang disiarkan oleh Harakah juga: 

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan tiada halangan bagi masyarakat bukan Islam negeri itu menggunakan kalimah Allah, baik dalam pertuturan maupun dalam buku-buku agama mereka.

Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, kerajaan negeri tidak bercadang mengikut jejak negeri-negeri lain melarang kalimah Allah digunakan orang bukan Islam.  Keputusan ini diambil memandangkan keadaan di negeri ini memperlihatkan keharmonian antara kaum yang terjalin erat.

Nik Aziz kemudian menjelaskan bahawa beliau bermaksud yang beliau hanya bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain selagi tidak membawa kemudaratan kepada Islam, serta keadaan di Kelantan yang harmoni telah membolehkan ianya dibenarkan.

Untuk Nik Aziz, Hadi Awang, Majlis Syura PAS dan orang-orang PAS keseluruhannya, penulis ingin berpesan agar hentikanlah memberi alasan dan memutar-belit kenyataan sendiri kerana ia tidak membawa apa-apa makna selain menghabiskan air liur sahaja.  Ini kerana semua orang sedia maklum yang PAS tetap akan akur kepada ajaran Tokong Lim sahaja. 

Tidak perlu menafikan perkara ini kerana buktinya sudah terlalu banyak, iaitu kes pusat sembelihan di Kedah, kes arak di Selangor, kes judi di Kelantan, kes Injil dalam Bahasa Melayu, kes Kelab Malam Voyage di Selangor, kes penutupan pusat hiburan di bulan puasa di Kedah, kes Salon di Kelantan dan yang paling dahsyat ialah kes murtad di Selangor di mana kesemuanya menyaksikan PAS sujud kepada kemahuan dan arahan Tokong DAP. 

Justeru, apa bezanya dengan kes kalimah Allah ini?  Presiden PAS sudah pun membuat kenyataan rasmi sejak awal lagi yang beliau tiada halangan bagi agama Kristian menggunakan nama Allah dalam bahan keagamaan mereka.   Jika Presiden sendiri sudah membuat kenyataan rasmi, kenapa masih perlu bersandiwara?  Tiada apa-apa yang perlu dikelirukan atau didebatkan lagi mengenai pendirian PAS dalam isu ini kerana pendirian PAS adalah tertakluk kepada pendirian DAP. 

Satu-satunya perkara yang mugnkin mengelirukan di sini ialah dalam memahami motif atau signifikannya bagi Tokong Lim atau DAP untuk memperjuangkan penggunaan kalimah Allah dalam bahan keagamaan Kristian.  Ramai yang hairan tentang kenapa nama Allah perlu dijadikan isu?  Kenapa nama Allah juga yang diinginkan mereka?  Kenapa bukan nama lain?  Kenapa sekarang?  Kenapa?  

Apakah tanpa penggunaan nama Allah, maka ajaran Kristian akan terjejas?   Selama ini apakah nama yang digunakan oleh orang-orang Kristian di Malaysia untuk merujuk kepada Tuhan yang berkenaan?   Apakah Tokong Lim  boleh memberi jawapannya? Atau apakah Nik Aziz dan Hadi Awang ingin menjawab bagi pihak Tokong Lim?

Live!Demo Bantahan Guna Nama Allah

in berita pisau/Pulau Pinang by

Sekarang ini sekumpulan umat Islam terdiri daripada Ahli PAS,Umno dan beberapa NGO mengadakan bantahan terhadap Lim Guan Eng yang menjadi pelampau meniup kebencian agama terhadap penganut agama Kristian.

Apa yang Pisau dapat lihat ketika ini hanya beberapa orang penyokong Ustaz Hafiz Nordin bekas ketua pemuda PAS dan para pengikutnya yang konsisten melawan Lim Guan Eng dalam isu nama Allah.Yang berjawatan seperti Ketua Pemuda PAS Negeri Yusni Mat Piah seperti biasa akan mendiamkan diri kerana walaq kepada khalifah mereka.

Sebaik saja selesai solat Jumaat di Masjid simpang 6 berhampiran Komtar mereka berkumpul dan hampir 200 orang berarak ke Komtar.

Pisau kata ” Pemimpin PAS berjawatan semua walaq takut tegur Guan Eng”

Apa Erti PAS Pertahankan Allah Apabila Guan Eng Makan Angin

in berita pisau/DAP/PAS by
Selepas puas menghabiskan masa di Australia:klik sini sekembalinya ketua menteri regim DAP ke Pulau Pinang tidak disia-siakan. Seperti yang semua orang tahu Guan Eng tidak akan senang duduk melihat jika kedudukan DAP tergugat maka sentimen kebencian agama dan rasis akan dimainkan.

Nah..isu yang panas 2010 mengenai penggunaan nama Allah dikitar semula.Kita semua tahu Guan Eng dan DAP menggunakan isu ini ketika berkempen di pilihanraya negeri Sarawak. Pisau menulis artikel mengenai  DAP Ekstremis Kristian, Anti Buddha,Perkuda Islam.4 hari kemudian Guan Eng mengeluarkan mengenai penggunaan nama Allah. Seperti yang sudah dijangka isu ini akan dipanaskan kembali demi kelangsungan kuasa DAP maka yang menjadi salah satu hot list untuk kempen politik.

Dalam isu ini apa lagi yang boleh kita harapkan daripada PAS. Kita semua tahu sebelum ini khawarij bersetuju malah Nik Aziz sendiri menyokong dan memberi dalil 2 kupang demi pertahankan DAP dan Guan Eng.

Hari ini ada 2 -3 ekor pemimpin PAS berlagak seperti pejuang agama,pejuang kesucian Islam mempertahankan nama Allah? Apa ertinya PAS yang melacurkan nama Allah bersungguh pertahankan kehendak DAP kemudian sekarang ini menyeringai kemarahan. Betul marah atau sekadar satu lagi lelucon hujung minggu..

Apakah 2-3 ekor pemimpin PAS ini tidak takut dengan batuk Guan Eng dan Karpal? Pengalaman demam 3 hari yang dilalui oleh Nasharudin Tantawi akibat terkena sampukan dek terkejut bunyi batuk Karpal harus diambil iktibar.

Satu lagi..bukankah PAS menyokong Nurul Izzah yang perjuangankan pluralisme dan liberal hingga membolehkan umat Islam dan melayu untuk murtad.Bukankah seruan Guan Eng ini adalah roadmap kearah itu.. jadi apa hal terhegeh hegeh mau pertahankan nama Allah?

Pihak seperti Hasan Ali,Ismail Mina,Fathul Bari ,Umno dan Ngo Ngo diperlekehkan apabila mempertahankan nama Allah,dianjing kurapkan apabila bangkit marahkan Nurul Izzah..

Isu nama Allah tidak akan berhenti di sini saja..noktahnya hanya orang seperti anda yang tidak mahu melihat maruah agama dilacur dan dihina ,haprak haprak ini harus diajar melalui peti undi.. kuasa ditangan anda…tak guna membantah sana sini tapi kita tidak bersama sama menjatuhkan pakatan ahzab yang sekarang ini berleluasa bebas tanpa ada had..

Oh ya.. Selepas Guan Eng ludah ke muka umat Islam…tak puas berhabis di Australia..2 hari lepas khalifah kesayangan PAS dah terbang ke Hong Kong pula bersama seluruh anggota keluarganya sekali lagi.. makan angin dan bersenang lenang kerana beliau tahu..para anjing belaannya di tanah air seperti PAS dan PKR akan menjalankan tugas dengan baik..

Pisau kata ” Selepas dokumen Ngeh dan Nga.. siapa pulak lepas ni? “

Hutan Simpan Sungai Relai kini gondol, Licin dikerjakan oleh Nga dan Ngeh

in berita pisau/DAP/Pakatan Rakyat by


Sebahagian besar daripada kira-kira 4,000 hektar(10,526 ekar) kawasan Hutan Simpan Sungai Relai dekat sini, gondol dipercayai ditebang syarikat perladangan dikuasai Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming. 


Kawasan balak berkenaan yang ditebang sejak Mac lalu, dikatakan akan ditanam dengan sawit, tetapi sehingga kini belum diusahakan. 

Kegiatan balak aktif pada tahun lepas dan terhenti sejak april. Nilai hasil kayu balak mencecah RM30juta sudah habis ditebang bersih sehingga menimbulkan pencemaran dan hakisan kepada tanah.


Kegiatan pembalakan itu didakwa menyebabkan pencemaran termasuk Sungai Relai yang kotor. Air Sungai Relai juga dikatakan mengalir hingga ke Tasik Kenyir.

Keadaan Sungai Relai

Kegiatan ini tidak diketahui oleh kebanyakan rakyat Kelantan kerana berlaku di kawasan yang kurang dikunjungi oleh orang ramai. Hanya beberapa pegawai yang terlibat sahaja yang tahu termasuk Nik Aziz yang meluluskan kawasan tersebut digadaikan kepada cina DAP selama 70 tahun.


Ada juga rakyat bertanya kepada pihak pemerintah tentang tanh ini, mereka menjawab untuk ladang ladang rakyat. Kononnya Ladang hanya untuk rakyat Kelantan sahaja.

Menariknya lagi tanah seluas 10,526 ekar ini juga dipercayai merupakan sebahagian kecil dari projek Ladang Rakyat yang meliputi keluasan melebihi 80,000 ekar tanah yang kesemuanya terletak di Hulu Kelantan.

Ladang Rakyat atau lebih tepat lagi digelar sebagai Ladang Air Mata Rakyat oleh penduduk Kelantan khususnya di Selatan negeri ini, diwujudkan konon untuk membangunkan ekonomi rakyat. Hakikatnya, hanya segelintir yang mendapat manfaat khususnya ahli dan penyokong PAS yang rapat dengan kepimpinan negeri.Hasil bumi yang bernilai beratus juta ringgit lebih banyak mengalir kepada para kroni dan syarikat milik cina DAP dan Cina Singapura. Malang sekali rakyat negeri hanya mampu terlopong menangis mengenangkan nasib diri dikhianati Kerajaan Negeri yang hanya pandai menabur janji dicapati.

Rakyat marhaen yang berpuluh tanah meneroka tanah untuk mencari sesuap nasi sehingga sekarang gagal memiliki walau seekar tanah pun, namun pemimpin Cina DAP yang hanya menyokong perlantikan MB PAS bagi negeri Perak selepas PRU 2008 pula tersengih gembira menikmati laba keuntungan.

Jika langkah memberi tanah dan kawasan konsesi balak ini dilakukan oleh Kerajaan BN nescaya huru-haralah suara-suara bantahan dari pemimpin PAS dan sekutunya mempertikaikan kenapa tanah negeri yang diamanahkan oleh rakyat kini menjadi milik kroni BN.


Mungkin ada yang sanggup bergelimpangan membuat demonstrasi sehingga berhar-hari selagi kerajaan tidak menjawab isu tanah. Tidak habis dengan itu mereka membuat hari kebangkitan rakyat yang kononnya telah ditindas dengan zalim. 

Tetapi kini berlaku kepada kerajaan Pas dibawah pimpinan Nik Aziz, kenapa semua diam membisu termasuk Nik Aziz sendiri. selama ini mereka sering menuduh UMNO zalim terhadap rakyat, bila kena pada batang hidung mereka, terus diam membisu.

Setelah tiada lagi isu yang hendak dijadikan sebagai peluru kepada Umno/BN mereka mencipta satu lagi isu iaitu ‘Kalimah Allah’. Isu Kalimah Allah hanya dilihat mahu mengalih pandangan masyarakat dari isu tanah.

Mereka mempergunakan Guan Eng untuk mendesak kerajaan Persekutuan bagi memberi kebenaran Kristian menggunakan kalimah Allah. Pas terus berlakon kononnya mempertikaikan desakan Guan Eng atau ‘Khalifah Umar Abdul Aziz’ untuk Pas.
sumber:SgRapat

10 Nama Bakal Hancurkan Politik Anwar

in berita pisau by

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merangkap Ketua Umum PKR dengarnya setiap kali berkesempatan pulang ke rumah mewahnya yang berharga RM7 juta di Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur seringkali melabuhkan pandangannya jauh mengelamun ke luar tingkap jendela.

Entah apa yang dimenungkannya sejak akhir-akhir ini sehingga kerap sangat mengelamun sendirian. Barangkali banyak sangat permasalahan yang sedang berkecamuk mengganggu fikirannya dan sukar untuk dirungkaikan.

Disebalik aktivitinya ke sana ke mari berceramah siang dan malam sambil menabur janji dicapati untuk menawan hati pengundi, ingatkan hatinya makin senang, rupanya makin banyak janji ditaburi makin bertambah parah lamunannya.

Patutlah semenjak dua menjak kebelakangan ini wajahnya makin kusam dan kelihatan serabut, bak kata orang tua-tua langsung tak kelihatan nurnya.

Apapun harapnya laporan berita dari akhbar Utusan Malaysia di muka surat tiga bertarikh 27.12.2012 dengan tajuk “Sebahagian besar pembelaan Nalla dikekalkan” tidak akan menambah celaru fikirannya, harap begitulah.

Secara ringkas kandungan berita itu menyebut ada 10 nama individu telah disenaraikan oleh Datuk S. Nallakaruppan dalam pembelaannya untuk berdepan dengan saman yang dikemukakan oleh Anwar berikutan dakwaan aktiviti biseksual.

10 nama yang disebut oleh Nalla itu yang dikaitkan melakukan aktiviti seks dengan Anwar terdiri daripada tiga orang wanita dan bakinya adalah lelaki yang sebahagian besarnya dikenali rapat dan mempunyai hubungan istimewa dengan Ketua Umum PKR.

Antaranya ialah Shamsidar Tahrin, Norlaila Abdul Majid, Soma Rodrigo @ Anne, Mior Abdul Razak, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Dr Munawar Ahmad Anees, Azizan Abu Bakar, Ismail Mat Rabi @ Ismail Harun, Hairany Mat Nafees dan Rashid.

Kesemua 10 orang individu-individu yang namanya disebut itu tidak pun akan dipanggil saksi pembelaan bagi pihak Nalla apabila prosiding perbicaraan mahkamah bermula kelak, sebaliknya menjadi kewajipan Anwar untuk memanggil mereka sekiranya mahu membuktikan dakwaan Nalla adalah fitnah.

Tapi Anwar kekal sebagai Anwar, bijak membelit dan ada sahaja ideanya untuk melepaskan diri. Berikutan penyenaraian 10 nama ini, Anwar telah mengemukakan pula permohonan untuk menyingkirkan kesemua 10 individu itu daripada penyataan pembelaan Nalla.

Maksudnya, Anwar tidak mahu mana-mana individu itu kelak terpaksa dipanggil semasa prosiding dilakukan, jika itu berlaku Anwar bimbang ia akan membuktikan memang wujud aktiviti biseksual yang dilakukan olehnya.

Walhal, jika Anwar benar-benar tidak melakukan sebarang aktiviti seksual sama ada secara normal atau luar tabie dengan mana-mana wanita dan lelaki seperti didakwa oleh Nalla, sepatutnya Anwar perlu berani memanfaatkan prosiding mahkamah dengan memanggil kesemua mereka sebagai saksi bagi dirinya.

Dengan keadaan sekarang yang mana semua 10 individu itu kekal dalam penyataan pembelaan Nalla, mahu tidak mahu Anwar terpaksa menerima hakikat kebenaran semakin hampir. Ini tentu sahaja menambah rumitkan lagi fikirannya yang sudah sedia berkecamuk.

Percaturan Anwar sudah menemui kegagalannya, 10 orang individu yang mempunyai hubungan rapat dan erat dengannya kini umpama duri dalam daging yang bakal menghancurkan nyawa politiknya.

PAS Akan Pertahankan Amanat Hadi Hingga Ke Titisan Darah Yang Terakhir

in berita pisau/PAS by

Amanat Hadi terus menjadi isu hangat yang menggelegak walaupun Hadi Awang sengaja menghilangkan diri dengan harapan ia akan dilupakan dan basi begitu saja.   Walaubagaimanapun, kita percaya yang beliau sedia maklum bahawa mendiamkan diri tidak akan melepaskan dirinya dari akibat memecahbecahbelahkan ummah, termasuk suami isteri serta ibu bapa dan anak.  

Usaha pihak media, terutamanya Utusan Malaysia untuk menghangatkan dan membongkar pengakuan mereka-mereka yang telah mengkafirkan sanak saudara sendiri akibat berpegang kepada amanat tersebut patut dipuji.  Ini kerana amanat ini bukan perkara kecil yang boleh diselesaikan dengan mudah.  Ia merupakan soal rohaniah, soal kepercayaan, soal akidah, soal hidup mati dan perpaduan ummah.  Adalah tidak wajar bagi mana-mana umat Islam untuk meremeh atau memperkecilkan, apatah lagi melupakannya. 
 

Lagipun, ini adalah soal ëhutangí di mana Hadi Awang terhutang dengan mereka-mereka yang terlibat itu, satu bentuk penjelasan kalaupun tidak permohonan maaf atas apa yang berlaku.
 

Lebih-lebih lagi apabila Nik Aziz pula menyeru agar Hadi mempertahankan amanat tersebut dan tidak sekali-kali menariknya kembali seperti desakan para Ulama. 

Dalam ertikata lain, Nik Aziz meminta Hadi tampil mengesahkan secara jelas dan lantang bahawa orang UMNO itu kafir dan bahawa semua mereka yang terlibat mengkafirkan saudara seagama kerana berpegang kepada amanat tersebut adalah berada di jalan yang benar, serta tidak perlu meminta ampun kepada sesiapa. 

Pelik juga kita apabila Nik Aziz menuduh kita takut bersemuka dengan Hadi sedangkan bagaimana hendak bersemuka dengan Hadi jika Hadi menyembunyikan diri?  Sudah jenuh kita menjerit memanggil Hadi sehingga kering tekak.   Malah ada juga yang melaung-laung mencabar Hadi sehingga terdengar oleh Nik Aziz, tetapi malangnya, masih juga tidak didengar oleh Hadi sendiri.
   

Apapun, kita perlu bersangka baik terhadap ulama, dan kita percaya tidak mungkin Ulama besar seperti Hadi adalah pengecut.  Mungkin Hadi sekadar tidak sudi untuk melayan jeritan media, dan bukannya takut berhadapan dengan amanatnya.  Kita harus faham peel Ulama-celebrity seperti Hadi. 

Tetapi, kalaupun Hadi tidak sudi menyahut panggilan kita, sekurang-kurangnya sahutlah seruan Nik Aziz untuk berhadapan dengan amanatnya.   Kasihan Nik Aziz terpaksa berbelit-belit, berpusing-pusing membela Hadi.  Sudahlah orang tua itu nyanyuk, bertambah nyanyuklah dia jika terpaksa menipu diri sendiri. 

Kasihan juga pada kita semua iaitu rakyat yang memerhati kerana terpaksa tergelak-gelak hingga berguling-guling melihat gelagat pemimpin parti Islam meraban hanya kerana gila nak ke Putrajaya.  Takut juga kita akan dosa mengetawakan Ulama. 

Lebih dari itu, kita kasihan pada mereka yang terlibat secara langsung dengan Amanat Hadi.  Pastinya mereka tidak melihat semua ini sebagai lawak jenaka.  Mereka perlukan kepastian, apakah benar saudara mereka di dalam UMNO itu kafir kerana UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC.   Mereka juga perlu kepastian sekali lagi akan perbezaan kerjasama UMNO-MCA-MIC dengan kerjasama PAS-DAP yang ingin membentuk negara sekular.  

Hadi wajib menjawab semua kemusykilan mereka.  Tidak mungkin ia begitu sukar sekali bagi Hadi lebih-lebih lagi bila Nik Aziz sudah pun memberi ëtipsí jawapan iaitu Ya, UMNO itu kafir bagi PAS. 

Justeru, jika Hadi terus mendiamkan diri, tidak menarik balik dan tidak pula menafi, maka persoalan ini akan terjawab sendiri iaitu PAS mengambil pendirian untuk mempertahankan Amanat 1981 yang mengkafirkan orang UMNO, sehingga ke titisan darah yang terakhir dan seterusnya.iaitu sehingga ke akhirat.  Inilah hakikat yang perlu diterima dan ditelan serta dipegang oleh semua orang-orang PAS selagi mereka berdiri di belakang Hadi Awang dan Nik Aziz.

Lagi Kisah Lanjut Isu Bos DAP Perak Dan Tanah Kelantan

in Berita Utama by

AgendaDaily– Syarikat Upaya Padu Sdn Bhd (UPSB) yang merupakan pemilik pajakan tanah seluas 10,526 ekar di Hutan Simpan Relai, Mukim Chiku Gua Musang ditawarkan untuk dijual pada awal tahun ini dengan harga RM36.8 juta.
Perkara tersebut didedahkan oleh Presiden Pertubuhan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad kepada Agendadaily pada Isnin.
Sebelum ini, bos DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham dan sepupunya Nga Kor Ming mengakui memiliki (membeli) syarikat Upaya Padu Sdn Bhd pada April tahun ini.
Ngeh menjelaskan beliau tidak menerima apa-apa daripada kerajaan negeri Kelantan sebaliknya mendakwa pelaburan tersebut dibuat atas pelaburan sebuah syarikat swasta.
“Saya jelaskan bahawa Nga Kor Ming  dan saya tidak dapat apa-apa daripada tanah itu, tetapi itu hanya melalui pelaburan swasta di mana sebahagian pelabur termasuk saya telah membeli syarikat tersebut pada April tahun ini,” katanya.
relai513
Berdasarkan iklan yang mula tersiar di sebuah laman web pembelian hartanah terkenal, pada 12 Januari 2012, konsesi seluas 10,526 ekar tersebut adalah milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan dipajakkan kepada UPSB.
Menurut Wan Khairul, antara yang dinyatakan di dalam iklan tersebut adalah keluasan tanah 10,526 ekar atau 4,260 hektar, pajakan 70 tahun dari 3 Mei 2006 hingga 3 Mei 2092.
“Syarikat yang membeli tanah tersebut tidak memerlukan Bumiputera sebagai pemilik bersama, dan dari jumlah 10,526 ekar itu terdapat 9,500 ekar kawasan pembalakan dengan perjanjian 30 peratus keuntungan dari hasil pembalakan mesti diberikan kepada YIK,” kata beliau.
Jelasnya lagi, antara syarat yang ditetapkan adalah UPSB mesti membayar YIK RM100 seekar selepas lapan tahun jika sekiranya ditanah dengan getah yang mana keseluruhan konsesi tersebut sesuai untuk tanaman getah.
Semakan ke atas laman web yang diberikan oleh Wan Khairul mendapati iklan tersebut sudah tamah tempoh yang membawa maksud berkumungkinan sudah dimiliki.
Berdasarkan iklan tanah di kawasan itu amat sesuai untuk tanaman getah dengan corak muka bumi yang rata tidak berbukit.
Harga ke atas tanah tersebut adalah RM3500 seekar atau RM36.8 juta keseluruhan dan pembeli ditawarkan pembelian penuh terhadap ekuiti syarikat UPSB.
wankhairul200Jelas, Wan Khairul (gambar), persoalannya jika Ngeh bersama sepupunya beli syarikat tersebut pada April lalu, berapakah jumlah sebenar yang mereka bayar.
“Kita menuntut penjelasan, dari manakah sumber kewangan dua pemimpin DAP tersebut membeli syarikat UPSB dan apakah perjanjian sebenar antara UPSB, YIK dan kerajaan negeri…” katanya.
Wan Khairul yang merupakan anak jati Kelantan turut meminta penjelasan dari kerajaan negeri apakah benar tidak diperlukan Bumiputera sebagai pemilik syarikat tersebut seperti yang diiklankan sebelum ini.
“Kami sebagai rakyat Kelantan berhak tahu semua maklumat berkaitan tanah ini dan saya cabar Nik Aziz supaya mengadakan sidang akhbar untuk berterus terang dalam kes ini,” ujarnya.
Permintaan Wan Khairul untuk Nik Aziz berterus terang dalam isu ini wajar memandangkan Kelantan mempunyai undang-undang tanah yang ketat.
Sebelum ini, Setiausaha Akhbar Nik Aziz, Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan oleh Harakahdaily berkata tawaran kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd pada masa itu dipengerusikan oleh Datuk Seri Wong Yeon Chai, dibuat melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005.
“Manakala perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006, hampir dua tahun sebelum pilihan raya umum 2008. Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan perjanjian selama 50 tahun dengan diberikan leasehold dan bukannya hak milik.
“Ia juga menjana pendapatan YIK melalui kadar sewaan RM100 seekar setahun untuk kawasan getah klon dan RM150 seekar setahun untuk kawasan kelapa sawit.
“Pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012, di mana ekoran pertukaran tersebut, pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta,” katanya.
Manakala dalam sidang akhbar Sabtu lalu, Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh dilaporkan mahu semua pemimpin parti DAP agar tidak meletakkan diri mereka pada kedudukan yang boleh menimbulkan persepsi salahlaku.
“Saya masih belum lagi bertanya kepada Ngeh bagi mendapatkan penjelasan lanjut perkara itu,”kata Karpal.
relaipetakawasan
Sementara itu, Exco Kanan Perak Datuk Hamidah Osman Hamidah membuat satu lagi pendedahan berhubung pembabitan Ngeh dalam UPSB yang menjalankan projek pembalakan di Kelantan.
Beliau mendakwa Ngeh yang juga ADUN Sitiawan menguasai keseluruhan kepentingan syarikat berkenaan.
Katanya, Ngeh memiliki secara peribadi 49 peratus saham bernilai RM15.5 juta, manakala 51 peratus saham lagi bernilai lebih RM16 juta dimilikinya menerusi Efektif Kirana Sdn Bhd (Efektif Kirana), menjadikan pegangan keseluruhan RM31 juta.
Menurutnya, ini kerana Ngeh memiliki 99 peratus saham dalam Efektif Kirana, manakala satu peratus lagi oleh dua individu lain.
“Jadi, kalau dia kata anak guam dia pegang (saham terbesar) dan lain-lain lagi, saya tidak percaya. Tiada orang nak (mewakilkan kepada Ngeh) pegang saham sampai 99 peratus.
“Mereka sebenarnya cuba mengelirukan orang ramai (dengan mengatakan mereka diajak melabur).
“Saya yakin mereka kini semakin tertekan dengan pendedahan isu ini,” katanya selepas membuat laporan polis berikutan diugut selepas mendedahkan kes tersebut di DUN Perak minggu lepas.- OLEH HELME HANAFI- 24/12/2012

Bila KAK IJAT Lebih Mulia Daripada Ngeh/Nga

in Berita Utama by

GelagatAnwar- Itulah ayat yang dikemukakan oleh Anwar dalam mesyuarat strategik tempohari. Terkesan dengan ‘deal balak’ di antara DAP dan PAS, Anwar sangat khuatir dengan situasi di mana DAP akan kehilangan MARUAH sebagai sebuah parti yang kononnya bersih.
Anwar sempat memberitahu Dr Md Nur Manuty:-
‘They (DAP leaders) are trying hard to portray as if they are the cleanest party of us all. Now? Voters will surely compare Ngeh Koo Ham’ case to Shahrizat. Mind you, she RESIGNED!’
Anwar bersungguh menyampaikan hasrat kepada Karpal agar ‘pressure’ DAP supaya mengambil TINDAKAN DISIPLIN segera dalam isu Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming. Anwar tidak risau dengan PAS – sebab PAS boleh ada ayat quran untuk tenangkan hati pengundi Melayu. DAP? Integriti dan kebolehpercayaan adalah segalanya untuk DAP. Kalau terbukti bahawa mereka terlibat – DAP is gone.
Anwar sangat khuatir jika kes Ngeh/Nga ini MEREBAK sampai ke pengundi di Sabah dan Sarawak. Budaya ‘kickbacks’ ini tak sepatutnya jadi budaya Pakatan Rakyat.
Anwar bandingkan bagaimana dalam kes Shahrizat – NAMA Shahrizat tidak timbul langsung dalam syarikat. Tak ada. Apapun yang dikatakan, NFCorp tidak ada nama Shahrizat. Kalau kita, tegas Anwar, menggunakan asas yang sama – Ngeh dan Komeng patut letak jawatan dalam CEC, ataupun dikenakan tindakan disiplin ‘pending investigation’.
Sekurang-kurangnya kes Ngeh/Komeng ini memberikan sedikit MARKAH untuk Anwar bercakap dengan DAP. Kalau sebelum ini DAP sangat sombong dan cocky dalam mengurus isu Mansor Othman, inilah masanya. Anwar mahu DAP ambil tindakan kepada kedua-dua YB tersebut. Noktah.

Skandal Tanah & Balak: Sejarah Berulang Kembali, PAS Mengundang Bala Kekalahan Di Kelantan

in Berita Utama by

48 tahun dulu yakni sekitar tahun 1964, Kerajaan PAS Kelantan tika itu pernah menyerahkan tanah hutan balak yang luasnya melebihi 300 000 ekar di Gua Musang kepada sebuah syarikat Timber & Mine Industrial Corporation milik tauke Cina dari Singapura kononnya untuk tujuan pembangunan.

Namun rakyat bukannya buta kayu untuk melihat hakikat sebenar pajakan tanah selama lebih 30 tahun itu tujuan utamanya tak lain dan tak bukan ialah untuk kegiatan pembalakan kayu kayan.

Rentetan daripada itu, timbul riak-riak kemarahan rakyat terhadap Kerajaan PAS Kelantan namun untuk beberapa ketika suara protes rakyat dapat dibendung dan dikekang daripada merebak lebih luas.

Bagaimanapun apabila berlaku krisis kepimpinan PAS di negeri itu yang turut membabitkan isu pemberian tanah dan kawasan balak untuk kepentingan kroni, akhirnya rakyat bangkit secara besar-besaran mengakibatkan PAS jatuh terduduk di Kelantan pada 1978.

Kini, di era milenium selepas PAS memerintah Kelantan selama 22 tahun timbul lagi isu yang mirip seperti dulu.

Tika ini tanah seluas 10,526 ekar ataupun bersamaan 4,259.9 hektar di Gua Musang telahpun dipindah milik kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd melalui pajakan selama sekitar 50 tahun.

Syarikat itu asalnya milik individu lain tapi kini menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Min. Dengan demikian, kedua-dua pemimpin yang mempunyai hubungan kekeluargaan itu berkuasa penuh ke atas tanah tersebut selama beberapa dekad seterusnya menikmati hasil bumi Kelantan sepuas-puasnya.

Gayanya saling tak tumpah seperti Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat secara sedar atau sebaliknya telah mengulangi skandal lama di mana tanah-tanah di Selatan Kelantan pernah jatuh ke tangan syarikat milik Cina Singapura dulu.

Dengan kata lain, PAS seperti sengaja menempah bala kemarahan rakyat yang tentu sahaja ia bakal diterjemahkan kepada kekalahan besar PAS di Kelantan pada PRU 13 kelak, mengulangi kembali kejatuhan PAS pada 1978 dulu.

Menariknya lagi tanah seluas 10,526 ekar ini juga dipercayai merupakan sebahagian kecil dari projek Ladang Rakyat yang meliputi keluasan melebihi 80,000 ekar tanah yang kesemuanya terletak di Selatan Kelantan.

Ladang Rakyat atau lebih tepat lagi digelar sebagai Ladang Air Mata Rakyat oleh penduduk Kelantan khususnya di Selatan negeri ini, diwujudkan konon untuk membangunkan ekonomi rakyat. Hakikatnya, hanya segelintir yang mendapat manfaat khususnya ahli dan penyokong PAS yang rapat dengan kepimpinan negeri.

Hasil bumi yang bernilai beratus juta ringgit lebih banyak mengalir kepada para kroni dan syarikat milik cina DAP dan Cina Singapura. Malang sekali rakyat negeri hanya mampu terlopong menangis mengenangkan nasib diri dikhianati Kerajaan Negeri yang hanya pandai menabur janji dicapati.

Rakyat marhaen yang berpuluh tanah meneroka tanah untuk mencari sesuap nasi sehingga sekarang gagal memiliki walau seekar tanah pun, namun pemimpin Cina DAP yang pernah menabur jasa menyokong perlantikan MB PAS bagi negeri Perak selepas PRU 2008 pula tersengih gembira menikmati laba keuntungan.

Jika langkah memberi tanah dan kawasan konsesi balak ini dilakukan oleh Kerajaan BN nescaya bergentayanganlah suara-suara bantahan dari pemimpin PAS dan sekutunya mempertikaikan kenapa tanah negeri yang diamanahkan oleh rakyat kini menjadi milik kroni BN, betul tak?

Namun bila ia dilakukan oleh PAS sendiri dan melibatkan pula kroni sekutunya dalam PR, lain pula halnya.

Orang ramai sibuk mempertikaikan kenapa tanah tersebut dibiarkan menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, tapi dipusingnya cerita bahawa penganugerahan tanah tersebut bukannya satu rahsia dan tujuannya pula konon untuk pembangunan. Spin mengalahkan pusingan gasing.

Dulu dan sekarang sama sahaja, tabiat PAS tidak pernah berubah dengan sikapnya yang gemar menggadaikan tanah pusaka dan harta rakyat dengan menganugerahkan tanah balak dan pajakan hak milik selama berpuluh tahun kepada orang luar dengan berselindung disebalik alasan pembangunan.

PAS dan skandal tanah hutan balak berpisah tiada, kerana kemahiran PAS dalam urus tadbir negeri hanyalah dalam bab pembalakan sahaja untuk mendapatkan sedikit hasil bagi kantung Kerajaan Negeri dan selebihnya hasil yang lebih besar untuk mengenyangkan perut kroni dan diri sendiri.

Lain-lain idea untuk kemajuan rakyat langsung zero, tak tercapai dek akal fikiran pemimpin PAS.

Usahlah pemimpin PAS terus berangan-angan untuk terus mendapat mandat di Kelantan pada PRU akan datang. 22 tahun PAS memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang ini lebih banyak hasil bumi dan kekayaan negeri mengalir ke tangan yang lain berbanding manfaat untuk anak pribumi sendiri.

Suka atau tidak, PRU 13 ini majoriti besar rakyat negeri Kelantan nekad sepenuh hati untuk mengajar PAS erti keperitan dengan menghadiahkan bala kekalahan besar kepada parti hipokrit dan paling munafik itu nanti.

Sejarah kejatuhan PAS di Kelantan pada 1978 pasti berulang kembali. Dek kerana tanah dan balak PAS semakin lupa diri, kerana skandal tanah dan balak juga PAS akan menyembah bumi

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isu Tanah Kelantan: Penyokong PAS Tak Faham Beza Surat Sokongan dengan Surat Tukar Milik Tanah

in Berita Utama by

Isu tanah Kelantan seluas 4,210 hektar yang bernilai hampir RM30 juta di lokasi seperti Relai, Daerah Chiku dekat Gua Musang telah dijadikan ‘habuan’ kepada Upayapadu Plantation Sdn Bhd oleh kerajaan Nik Aziz kini terbarai. Ia dikatakan ‘habuan’ kerana melibatkan kepentingan ahli-ahli politik iaitu Adun DAP Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham yang merupakan antara pelabur dalam syarikat tersebut.

Pemberian ‘habuan’ daripada kerajaan PAS kepada pemimpin DAP Perak itu dikhabarkan bertujuan bagi membolehkan PAS meletakkan Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak ketika itu.

Berdasarkan carian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), 40% atau RM15 juta saham Upaya Padu Plantation Sdn Bhd dimiliki oleh Ngeh Koo Ham, dan 51% atau RM16 juta dimilik oleh syarikat Efektif Kirana. Dan 99% saham syarikat Efektif Kirana pula dimiliki oleh Ngeh Koo Ham juga.

Justeru, secara dasarnya, Upaya Padu Plantation adalah hampir 100% milik Ngeh Koo Ham. Ngeh juga telah pun mengaku bahawa beliau adalah pemilik syarikat tersebut walaupun sebelum ini cuba sedaya upaya menipu dan menafikan segala-galanya.

Isu ini sebenarnya tidaklah sesukar mana untuk difahami apatah lagi apabila Setiausaha Akhbar Nik Aziz sendiri, iaitu Ahmad Fadhli Shaari mengakui kerajaan negeri telah menawarkan kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005.

Memandangkan semuanya sudah kantoi dan terbarai, maka terhegeh-hegehlah Nik Aziz dan Ngeh mengatur langkah untuk membela diri apabila ‘urusniaga gelap’ mereka terdedah.

Harakah pun mengambil peranan penting untuk memusing cerita dan menuduh pemimpin UMNO pula sebagai punca. Kononnya, pemberian tanah tersebut telah diberikan kepada syarikat Upayapadu dengan kelulusan kerajaan pusat berdasarkan surat Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia, Datuk Dr Awang Adek bin Hussin, dan juga surat Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui.

Jelas, ini adalah usaha terdesak PAS untuk memusingkan cerita yang mudah, agar menjadi berbelit-belit bagi mengelirukan rakyat. Ini kerana, kedua-dua surat yang dijadikan ‘bukti tidak bersalah’ oleh PAS itu hanyalah surat sokongan terhadap projek yang dicadangkan dan bukannya dokumen menukar hak milik tanah kepada sesiapa. Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat untuk menyokong projek yang dilihat mampu menjana pendapatan negeri.

Namun, Datuk Awang Adek mahupun Datuk Peter Chin tidak punya hak atau kuasa untuk menukar milik tanah kepada syarikat Upaya Padu Sdn Bhd atau sesiapa jua. Siapakah yang ada kuasa untuk menukar pemilikan tanah di Kelantan jika bukan Tok Guru Nik Aziz sendiri?

Lebih merunsingkan PAS dan DAP ialah apabila skandal ini dibangkitkan di dalam Dewan DUN Perak oleh Dato’ Hamidah Osman. Sudah menjadi sikap samseng semulajadi DAP untuk cuba menggunakan cara ugutan bagi menutup skandal mereka. Justeru, pada 20 Disember jam 3.30 petang semasa dia berada di Dewan Makan Dewan Undangan Negeri, Nga Kor Ming telah datang ke meja Dato’ Hamidah dan menuding jari sambil mengugut “You dedah (revealed) you watch out I will go after you”.

Namun, seperti biasa juga DAP terlalu sombong lagi bodoh untuk mengaku yang mereka telah mengugut sesiapa walaupun hakikatnya terdapat saksi iaitu Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Ghazali dan Datuk Rusnah Kassim yang turut ada pada ketika kejadian. Maka, terngangalah Nga apabila menyedari bahawa ugutannya telah membesarkan lagi isu tanah ini.

Entah apa lagi percubaan DAP dan PAS untuk menutup isu korup mereka ini selepas ini. Hari ini, PAS telah membuktikan yang mereka sanggup menggadaikan 4,210 hektar tanah untuk jawatan MB. Bayangkan jika PR memerintah negara ini…entah berapa hektar lagi atau apa lagi yang akan PAS gadai untuk jawatan Menteri Kabinet ataupun Pengarah GLC serta bayangkan juga ugutan dan ancaman yang puak samseng DAP mampu lakukan jika mereka tidak mendapat apa yang mereka inginkan…

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Arah Pulang Gelaran Datuk Bukti DAP Perlekeh Raja Melayu

in DAP by

Pengerusi DAP, Karpal Singh tanpa berselindung dan dolak dalik telah mempertikaikan tindakan dua orang pemimpin kanan DAP menerima darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Sultan DYMM Sultan Selangor dan DYMM Sultan Perak.

Berikutan itu kedua-dua pemimpin DAP yang dimaksudkan itu ialah Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dikatakan telah diarah untuk memulangkan kembali gelaran kebesaran yang diterima itu.

Penganugerahan gelaran Datuk kepada Speaker DUN Selangor itu adalah hasil cadangan Menteri Besar, Khalid Ibrahim manakala Ngeh Koo Ham pula menerima anugerah tersebut pada 2008 selepas diajukan saranan oleh Menteri Besar Perak ketika itu, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Jelas sekali DYMM Sultan Selangor dan DYMM Sultan Perak sentiasa ikhlas dan tidak memilih bulu dalam memperkenankan penganugerahan gelaran darjah kebesaran kepada sesiapa sahaja yang difikirkan layak sebagai tanda penghargaan.

Pun begitu, sekiranya seseorang individu atas kapasiti peribadinya sendiri menolak penganugerahan darjah kebesaran itu atas sebab-sebab tertentu, ianya tidakpun menjadi isu pun jika itu kehendaknya.

Bagaimanapun dalam banyak-banyak parti politik di negara ini, hanya DAP sahaja yang satu-satunya menetapkan dasar larangan kepada anggota partinya daripada menerima sebarang anugerah kebesaran dari Raja-Raja Melayu.

Sedangkan lain-lain pemimpin parti politik agak berbesar hati dan berasa bangga apabila menerima pengiktirafan dan penghargaan sedemikian.

DAP seperti sengaja mahu menonjolkan keangkuhan dan kebiadapan mereka. Dari situ pun sudah nampak belang-belang rasis DAP.

Ia juga sebenarnya satu perbuatan yang sengaja menghina dan memperlekehkan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai ketua pemerintah di negeri-negeri Melayu.

Kononnya dasar larangan tersebut bertujuan untuk menjamin ketelusan sebenarnya hanyalah retorik kosong untuk menyembunyikan sikap rasis yang telah lama menjadi budaya DAP.

8 Perkara Dalam Amanat Hadi

in PAS by

Seorang Ulama seharusnya bersikap tawaduk dan rendah diri tetapi berani mempertahankan perkara yang benar dan hak.   Apabila dikritik atau dipersoal tindakannya, seorang Ulama tidak akan melatah atau marah, sebaliknya akan memperjelaskan keadaan sebenar dengan tenang dan yakin atas kebenaran yang diperkatakannya. 

Namun, sifat-sifat wajib seorang Ulama ini tidak terdapat dalam diri ulama-ulama PAS.   Mursyidul Am PAS sendiri, iaitu yang dianggap penyokongnya sebagai ulama tahap tertinggi di dalam parti itu, dan di dalam negara atau mungkin juga dunia, cukup terkenal dengan sifat yang bertentangan dari sifat-sifat  di atas.  Nik Aziz amat terkenal dengan takbur, riak dan sering marah siap dengan memaki hamun dan mencerca sesiapa yang mengkritik atau mempersoalkan tindakannya. 

Begitu juga dengan Presiden PAS, iaitu Datoí Seri Hadi Awang yang juga berkongsi sifat yang sama.   Lebih buruk lagi, Hadi Awang juga nampaknya seorang yang pengecut apabila tidak berani tampil memberi respon terhadap isu Amanat Kafir yang difatwakannya sendiri hampir 3 dekad lalu.  Walaupun sudah berhari-hari isu ini ëdipanaskaní semula oleh media-media perdana, tetapi Hadi Awang masih membisu hatta langsung hilang dari radar. 

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah pun membuat teguran rasmi melalui surat terhadap Hadi Awang.   Surat tersebut dikeluarkan setelah bermesyuarat bersama beberapa tok guru pondok serta Mufti dan Timbalan Mufti Kelantan.  Mesyuarat tersebut menggariskan 8 perkara yang membuktikan bahawa fatwa Hadi Awang itu telah membawa kepada kepercayaan sesat di kalangan masyarakat, antaranya: 

1.      percaya bahawa tidak sah solat yang diimamkan orang UMNO,

2.      percaya bahawa haram makan sembelihan orang UMNO,

3.      percaya bahawa tidak sah pernikahan yang dijalankan oleh kadhi atau imam yang dilantik UMNO dan pasangan yang terlibat perlu dinikahkan kembali dengan segera

4.      percaya bahawa terfasakh pernikahan dengan pasangan yang menyokong UMNO

5.      percaya bahawa jenazah orang UMNO tidak perlu disembahyangkan sepertimana orang kafir atau murtad

6.      percaya bahawa tidak boleh membenarkan orang UMNO melakukan sembahyang jenazah ke atas orang PAS/Islam.

7.      percaya bahawa tidak boleh mengebumikan orang UMNO di tanah perkuburan Islam

8.      percaya bahawa ibadah orang UMNO tidak diterima Allah SWT.

Pihak PAS berusaha menolak dan menutup isu ini dengan alasan ia telah basi, namun soal syahadah dan akidah, soal hubungan suci suami isteri, hubungan darah daging, soal kesinambungan hidup serta kehilangan nyawa, serta soal murni perpaduan ummah dan masyarakat setempat, tidak mungkin basi kerana ia bukan sahaja membabitkan dunia, tetapi merupakan soal rohaniah yang bakal dibangkitkan di akhirat kelak. 

Jika Hadi Awang ingin terus berdegil menafikan yang Amanat beliaulah yang menjadi punca segala kesesatan tersebut, maka beliau wajar tampil menjelaskan siapakah yang sebenarnya yang perlu dipersalahkan dalam perpisahan pasangan suami isteri akibat percaya yang pasangannya kafir?  Siapa yang perlu dipersalahkan apabila hati ibu atau bapa hancur, dan akhirnya meninggal dunia dalam keadaan anak-anak sendiri menuduh mereka kafir?

Dan siapa yang perlu dipersalahkan apabila anak-anak yatim Memali kehilangan bapa kerana bapa mereka percaya yang mereka berjihad menentang orang-orang kafir?! 

Apakah Hadi Awang ingin berkata bahawa penyokong-penyokong PAS sendiri yang bersalah kerana terlalu bodoh sehingga ëtersalah tafsirí amanatnya?   Jika ya, beliau tetap bertanggungjawab untuk tampil menjelaskan apakah tafsiran yang sebenarnya. 

Justeru, penyokong-penyokong PAS wajib menyeru Hadi Awang agar keluar dari persembunyian dan berhadapan dengan amanatnya sendiri sebagai anak jantan kalaupun tidak sebagai seorang ulama. 

Penyokong-penyokong PAS perlukan satu kepastian sama ada untuk terus berpegang kepada amanat tersebut dan bahawa 8 perkara di atas adalah wajar, tepat dan benar – ataupun tidak. 

Adalah tidak wajar bagi Hadi Awang untuk terus membisu membiarkan penyokong-penyokong tegarnya yang terlibat, termangu-mangu bertanya kafir atau tidaknya ibu mereka yang telah meninggal dunia atau isteri mereka yang telah diceraikan sebegitu lama? 

Atau apakah tuduhan kafir itu telah berbalik kepada diri mereka sendiri, sepertimana pesan Rasulullah SAW:   Barang siapa berkata kepada saudaranya, Hai kafir! maka kalimat itu pulang kepada salah seorang dari keduanya,jika kekafiran itu benar ada,jika tidak,maka kekafiran itu berbalik kepada diri yg mengucapkannya.

Lagi Satu Produk Fitnah Pakatan,Tun M Lebih Kaya Dari Raja Arab Saudi.

in berita pisau by
Seperti yang pernah Pisau dedahkan,kilang propaganda haprak pakatan sekarang ini melakukan recycle skrip untuk menghentam pemimpin negara. Tipu fitnah dan pembohongan diulang ulang.

Malah pembohongan dilakukan secara terang terangan.Kali ini Tun Mahathir menjadi sasaran,mantan Perdana Menteri ini walaupun sudah tidak memegang jawatan didalam parti dan kerajaan tidak henti menjadi sasaran malah dilihat sebagai ancaman besar buat haprak pakatan.

Dua penulis Joe Fernandez, Wong Choon Mei dari Malaysia Chronicle nampak gayanya kantoi berbohong. Mereka telah memfitnah melalui artikel :KES NAMA HILANG: Adakah Dr M bekas pemimpin kedua terkaya dengan harta $ 44 BILLION?

Dituduhnya Tun Mahathir mempunyai kekayaan 44billion,artikel bodoh dan bebal ini nyata meremehkan minda. Masakan tidak Tun Mahathir dikatakan lebih kaya daripada Sultan Brunei,Raja Arab Saudi dan Ratu Elizabeth.

Maklumat yang dipaparkan kononnya dicedok dari laman Wikipedia. Untuk pengetahuan anda Wikipedia adalah encyclopedia yang boleh diedit dan dimasukan fakta oleh mana mana pihak tanpa melalui sebarang tapisan.

maklumat palsu dimasukan kedalam wikipedia

Dalam artikel Malaysia Chronicle,penulisnya memberi gambaran buruk seolah nama Tun M sengaja dipadamkan,walhal dikesan didalam logs wikipedia mereka sendiri yang memasukkan maklumat palsu,cetak,buat artikel fitnah kemudian padam kembali. Seolah nama Tun M sengaja dibuang untuk mengelak dari pengetahuan umum.


Maklumat palsu dimasukkan.

Ref:  http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=41361%3Akes-nama-hilang-adakah-dr-m-bekas-pemimpin-kedua-terkaya-dengan-harta-%24-44-billion%3F&Itemid=2

Argument mereka berdasarkan yang berikut

ref : http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_heads_of_state_and_government_by_net_worth#cite_note-22

di sini diserta kan bukti bagai mana malaysia chronicle tidak membuat kaji selidik dan terus publish artikel berbau FITNAH di laman web nya mengenai Tun.

note: follow snapshot di atas akan nampak bukti bahawa
1. http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_heads_of_state_and_government_by_net_worth#cite_note-22  –  boleh di edit oleh sesapa juga
2. up loader asal (bertarikh :  yg memasukan nama Tun telah di BAN oleh wiki 13-4-2012 telah di BLOCKED access kerana abusive
3. sumber ref yg di gunakan untuk mengait kan nama Tun di wiki  “ref21”
 tiada credantial –>http://www.financetwitter.com/2011/02/marcos-mubarak-mahathir-whos-the-richest-man.html, < ------ Untuk pengetahuan anda,ini adalah teknik bagaimana melakukan pembohongan dengan menggunakan fakta palsu yang direka untuk justifikasi artikel fitnah mereka.Kaedah penipuan dan pembohongan ini dilakukan oleh haprak pakatan sejak sekian lama. Kepada penyokong kerajaan jangan terlepas pandang Wikipedia,laman ini sekarang dikuasai oleh haprak pakatan menukar fakta dan secara halus menyerang bangsa melayu,Islam dan negara. kredit : Zak Mj
Pisau kata “wikileaks kata Singapura dan Australia ada bukti Anwar main bontot…”

Bercuti Di Australia,Gua Eng Buat Apa Dengan Arunasalan?

in berita pisau/DAP/Pulau Pinang by
Sejak panas mengenai isu skandal  Ngeh dan Nga jutawan tanah Kelantan kita tak dengar langsung sebarang kenyataan daripada Lim Guan Eng..kemana perginya tokong kesayangan melayu pakatan ni..?

Hairan juga pada mulanya kemana pergi tokong kesayangan DAP ni..rupanya dia pergi makan angin.. Sebaik saja habis Kongres DAP di Pulau Pinang..tokong DAP bersama keluarganya terbang ke Australia bersama isterinya Betty,Marcus dan Clint.

Setelah lebih seminggu makan angin di Australia ,tokong DAP tiba di Lapangan Terbang menaiki pesawat Silk Air dari Singapura semalam..Pemergian Guan Eng bersama keluarga tidak menggunakan peruntukkan elaun makan angin Ketua Menteri RM50 ribu dari kerajaan negeri,sebaliknya ditanggung sepenuhnya oleh kroni beliau sendiri.

Apa yang menariknya kepulangan beliau dari Australia  turut terlihat kelibat Datuk  R Arunasalan di lapangan terbang semalam .Siapa Arunasalan? Untuk pengetahuan anda Arunasalan adalah pemilik Janar Textiles Sdn Bhd,Asia Pacific Events Promotion Sdn Bhd,KLE Higher Education Sdn Bhd,Rasa Sayang Marketing (South Afica) Pty Ltd dan Azurro Investments Limited.

Arunasalan dan juga seorang ahli perniagaan lain Jeyakumar Verathan sebelum ini pernah bermesyuarat bersama kerajaan negeri untuk mendapatkan tanah kerajaan negeri secara percuma .

Adakah Arunasalan menanggung sepenuhnya percutian ini? Apa kepentingan Arunasalan ? Perjanjian apa yang dibuat oleh Guan Eng dengan Arunasalan? Berapa banyak wang dijanjikan?Projek apa? 🙂

Kepada pembaca untuk mengenali Lim Guan Eng,DAP dan haprak pakatan,caranya untuk menutup kerja jahat dan rasis mereka ia ibarat pepatah arab “Dia pukul orang dia mengadu bahawa orang lain pukul dia, dia memaki orang, dia mengadu orang lain memaki dia”

Pisau kata ” this is just begining..Guan Eng .. i know what u did.. dont worylah..kita telus maaa…”

Kronologi Pendedahan Pemberian/Sedekah Tanah Melayu Kelantan Kepada DAP

in DAP/PAS by
Kenapa Nga Kor Ming haramjadah ini berani berbohong kepada rakyat?

Jawapannya cukup senang, kerana ramai balaci-balaci Pas sayangkan pemimpin haramjadah ini, bagi mereka 10,526 ekar adalah sedikit. Jika rejim cina DAP menang lagi di Perak, bukan 10,000 ekar tetapi 40,000 ekar akan menjadi hakmilik cina DAP sedangkan balaci Pas hanya layak baring atas jalan sahaja.


Kronologi pendedahan pemberian(sedekah) tanah oleh kerajaan berkebajikan Pas kepada  DAP Perak.

17.12.2012 – Pendedahan oleh sebuah blog mengenai pemberian/sedekah tanah seluas 10,526 ekar kepada Ngeh dan Nga beserta dokumen.


18.12.2012 – Adun Pengkalan Baru YB Dato Hj. Hamdi Abu Bakar  menyindir Nga Kor Ming mengenai penyelewengan bekalan baju kepada MBI dan diselit bersama dengan sindiran pemilikan tanah. Nga Kor Ming menafikan kemudian memberi amaran kepada YB Dato Hamdi bahawa beliau akan menyamannya. 


YB Dato Hamidah Osman menambah bahawa Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham memang dapat tanah seluas 10,526 ekar. sekali lagi Nga menafi dan mencabar YB Dato Hamidah menunjukkan dokumen berkaitan.


19.12.2012 – Adun Tanjong Malim YB Dato Khusairi sekali lagi dalam sidang Dun menunjukkan dokumen, surat peguam pengambilalihan syarikat dan saham dalam syarikat upayapadu sdn. Bhd. semasa perbahasan. Nga Kor Ming memperkecilkan YB Dato Khusairi kononnya tidak tahu itu sebenarnya perjanjian jualbeli.


YB Dato Hamidah kemudiannya menunjukkan surat pemilikan saham yang diperolehi daripada carian dari SSM. Berlaku pertengkaran sengit dalam Dewan.


20.12.2012 – Sekali lagi dalam sidang Dun Perak, semasa menjawab soalan, YB Dato Hamidah Osman telah mendedahkan bahawa Ngeh Koo Ham Adun Cina DAP Sitiawan mempunyai pegangan secara peribadi 49% saham dalam Upayapadu Sdn. Bhd dan 51% lagi saham dimiliki oleh Syarikat Efektif Kirana Sdn. Bhd. 


Menurut carian yang telah dibuat oleh YB Dato Hamidah di SSM mendapati saham dalam syarikat Efektif Kirana Sdn. Bhd. 99% dimiliki oleh Ngeh Koo Ham dan 1% lagi dimiliki oleh individu Melayu yang tidak dikenalai dipercayai balaci daripada PAS. 


20.12.2012 – pada jam 3.30 petang lokasi di kantin Dewan Undangan Negeri Perak Nga Kor Ming telah mengugut YB Dato Hamidah dengan berkata “You dedah (revealed) you watch out I will go after you’’.


21.12.2012 – YB Dato Hamidah membuat laporan polis terhadap Nga Kor Ming di atas ugutan yang boleh membahayakan diri dan Keluarganya.


22.12.2012 – Nga Kor Ming menafikan bahawa dia mengugut YB Dato Hamidah dan balaci Pas percaya bulat-bulat penafian sikafir harbi ini.


23.12.2012 – YB Dato Hamidah sekali lagi membuat kenyataan bahawa ugutan yang dilemparkan oleh Nga Kor Ming haramjadah adalah benar dan terdapat dua orang saksi yang mendengar ugutan Nga itu.


Ada balaci Pas cuba menafikan tetapi sayang kerana semua dokumen berkaitan pemberian/sedekah tanah rakyat Kelantan telah didedahkan dan masih ada lagi dokumen yang belum didedahkan.


Diharap rakyat Kelantan bangkit daripada tidur selama 23 tahun bersama menteri besar PAS. Kalau tak percaya rakyat Kelantan boleh pergi ke pejabat Tanah dan Galian Gua Musang dan buat carian dimana lokasi tanah yang dipajak selama 50 tahun kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd. yang dimiliki sepenuhnya oleh Nga dan Ngeh.
sumber:SgRapat

Pasaran Harta Pulau Pinang dijangka kukuh

in DAP by


GEORGE TOWN 17 Dis. – Pasaran harta di Pulau Pinang mungkin melihat pertumbuhan kukuh antara lima dan 10 peratus tahun depan, kata Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia (REHDA), Pulau Pinang.

Pengerusinya, Datuk Jerry Chan Fook Sing, berkata pasaran ini akan didorong oleh aktiviti perniagaan berterusan dan aliran pelaburan asing ke negeri itu.
Beliau berkata, pasaran harta di Pulau Pinang akan kekal rancak dengan permintaan yang melonjak untuk rumah berikutan pekerjaan yang lebih banyak ekoran pelaburan asing serta populasi yang meningkat.

“Ramalan populasi bagi Pulau Pinang adalah dua juta menjelang 2020, oleh itu lebih banyak rumah diperlukan. Kira-kira 12,000 rumah dijangka dibina setiap tahun sehingga 2020,” kata Chan kepada satu sidang media di sini hari ini.

Chan berkata, urus niaga harta di Pulau Pinang pada 2013 mungkin merosot dengan belian berhati-hati menjelang pilihan raya umum ke-13.
“Bagaimanapun, harga tidak mungkin merosot berikutan peningkatan kos tanah dan bahan binaan,” katanya.

Chan berkata, permintaan harta akan kekal rancak dengan kadar faedah kekal rendah walaupun Bank Negara Malaysia telah mengetatkan syarat pinjaman perumahan. — BERNAMA

Akibat Terjahan,Kanak Kanak Ini Hilang..

in PAS by
Semenjak isu amanat Hj Hadi mengkafirkan umat Islam yang tidak menyokong PAS,beliau langsung tidak memberi sebarang kenyataan,diam membisu.Apa yang cuma dapat kita dengar hanyalah para pengikut dan pemimpin PAS yang mempertahankan amanat tersebut.

Malah Nik Aziz mursidol khawarij lebih hebat menyerang dengan menghukum pihak yang tidak menyokong perjuangan PAS adalah melakukan kemungkaran.

Sudah 7 hari Hadi hilang.. Unspinner cuba mengesan Hadi dari hari ke sehari namun gagal..3 orang isteri Hadi juga tertanya tanya kemana abang haji mereka menghilang.

Ada sesiapa yang tahu kemana pergi budak ini?

Hadi menghilangkan diri seperti Ayah Pin kerana mengelak untuk menerima surat dari pihak Mufti Kelantan..

 Surat mufti berikut:



Isi Kandungan Surat2 ini seperti berikut :- 

Pada masa akhir-akhir ini terdapat beberapa golongan umat islam yg telah mengeluarkan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat mengenai masalah agama yang sangat mengelirukan serta membawa kepada perbahasan dikalangan umat islam khasnya diNegeri Kelantan.

Diantara masalah yang telah dikeluarkan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ialah seperti berikut :-

1).   Tidak sah sembahyang dibelakang imam orang Barisan
        (UMNO- Barisan Nasional)

2).   Haram dimakan daging binatang sembelihan orang  
       Barisan (UMNO- Barisan Nasional) kerana tidak sah
       sembelihannya.

3).  Terfasakh nikah diantara suami isteri orang Barisan
      (UMNO- Barisan Nasional) dengan orang bukan Barisan 
      (UMNO- Barisan Nasional).

4).  Tidak sah akad nikah oleh iman dari golongan Barisan 
       (UMNO- Barisan Nasional).

5).  Kena diperbarui nikah yang diaqadkan oleh imam dari
      Barisan (UMNO- Barisan Nasional).

6).  Tidak boleh ditanam mayat orang Barisan  
      (UMNO- Barisan Nasional) diperkuburan Islam.

7).  Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) mati tidak
       boleh disembahyangkan keatasnya kerana murtad dan
       mereka juga tidak boleh sembahyangkan keatas mayat 
       orang Pas.

8).  Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) tak payah
      sembahyang,puasa,naik haji kerana tidak diterima oleh 
      tuhan amalan itu daripada mereka.

Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan dan Pejabat Mufti Kerajaan Kelantan telah menerima banyak surat yang telah dihantar oleh orang ramai mengenai masalah fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat ini dan banyak menerima laporan mengenai kedudukan masyarakat islam dinegeri ini dari pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang disebarkan itu.

Oleh kerana kesan daripada pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ini sangat besar bahayanya kepada perpaduan umat islam maka jemaah ulama’ telah mengadakan suatu mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Sohibul Al’Fadhilah Dato’ Mufti Kerajaan Kelantan dan dihadiri oleh semua jamaah ulama’ yang terdiri dari :-

1).  Yang Berbahagia Dato’ Haji Ismail Bin Haji Yusoff – 
       Timb.Mufti Kerajaan Kelantan.

2).  Al’Fahdil Tuan Hj Abd Aziz bin Hj.Abu Bakar – 
      Pondok Terusan,Pasir Tumbuh.

3).  Al’Fahdil Tuan Hj Abul Ghani bin Awang Chik –  
      Pondok Kubang Bemban,Pasir Mas.

4).  Al’Fahdil Tuan Hj Mohamad bin Hj Yusoff- 
      383 Jalan Atas Banggol.Kota Baru.

5).  Al’Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj Ismail – 
       Maahad Muhammadi,Kota Baru.

6).  Al’Fahdil Tuan Hj Abdullah bin Hj.Abd Rahman – 
       Pondok Lubuk Tapah,Pasir Mas.

7).  Al’Fahdil Tuan Hj Hasbullah bin Hj. Mohd Hassan – 
       Iman Besat Masjid Muhammadi.

8).  Al’Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj.Idris – 
      Penolong Pengarah Yayasan Sekolah Agama Kelantan   
      (JASA) Lundang,Kota Baru.


Mesyuarat khas itu telah membahaskan perkara-perkara yang tersebut diperenggan 2 diatas serta juga ceramah-ceramah yang disalin ke dalam kaset-kaset atau pita rakaman berhubung dengan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat tersebut itu dan mengambil keputusan bahawa:-

“SETELAH MEMBAHAS MENGENAI PERKARA-PERKARA TERSEBUT DENGAN BERALASAN KEPADA KITAB-KITAB TAFSIR DAN KITAB-KITAB TAUHID KARANGAN ULAMA’ YANG MUKTABAR,MAKA DENGAN SEBULAT SUARA JAMAAH ULAMA’ MEMBUAT KEPUTUSAN BAHAWA KELAPAN-LAPAN PERKARA YANG TERSEBUT ADALAH TIDAK BENAR DAN BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM,SERTA SANGAT MENDATANGKAN BAHAYA TERHADAP AQIDAH ISLAMIAH DAN PERPADUAN ORANG-ORANG ISLAM”

Oleh yang demikian Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan memberi nasihat kepada orang ramai supaya jangan terkeliru dengan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa  yang menyeleweng serta menyesatkan umat islam yang dibuat oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawap.

Sekian dan diharap mendapat perhatian semua lapisan umat islam dinegeri ini.

(Dato’ Hj Wan Mohamed bin Yusuf )
 b/p Yang Dipertua.

Di Pejabat Agama Islam Kelantan,Kota Baru,Pada 15 Jamadil Akhir 1401.

KREDIT JAWABER6 & Unspinner

Pisau kata “dia lari ke kerajaan langit kot..”

Amanat Hj Hadi Adalah Putar Belit Umno !

in PAS by
Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam jurucakap gereja evengelist sekarang ini sibuk nak mempertahankan Hj Hadi. 

Khalid dakwa amanat Hj Hadi dikatakan diputar belit dan Umno dipersalahkan. Agak agaklah kalau nak pertahankan Hadi,tak bodohkah namanya ..

Khalid jangan anggap umat Islam dinegara ini sebodoh dan tuli sepertimana para penyokong pakatan. Dulu Khalid tuduh umat Islam Malaysia paranoid mengenai kes murtad DUMC ,Kemudian dia sokong Nurul Izzah mengenai melayu murtad. Nah sekarang di kata kafirkan penyokong Umno tak wujud..

Umat Islam di Malaysia ada akal,telinga mereka berkeadaan baik dan masih mampu mendengar dan hampir kesemuanya mampu untuk membaca dengan baik. Justeru janganlah anggap umat Islam bodoh bodoh belaka..

Ini rakaman amanat Hj Hadi…

Cubaan Khalid perbodohkan umat Islam..

Petikan ucapan Datuk Seri Hadi Awang yang dinamakan sebagai ‘Amanat Haji Hadi’ tidak pernah sama sekali mengkafirkan mana-mana ahli-ahli Umno, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Sebaliknya, Khalid berkata, dakwaan bahawa Hadi mengkafirkan orang Umno menerusi ‘amanat’ itu adalah “putar-belit media Umno” semata-mata.

“Ia (amanat itu) sebenarnya petikan ucapan Ustaz Hadi yang dinamakan ‘amanat’ oleh orang yang menyokong PAS dan dijual sebagai poster oleh penyokong atau ahli PAS,” kata Khalid.

Beliau kemudian membacakan sedutan penuh amanat tersebut yang dibuat Hadi pada satu ceramah umum di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

“Jadi, di mana yang dikatakan Ustaz Hadi menyatakan Umno kafir.

“Inilah yang dikatakan putar belit media Umno,” katanya dalam sidang media di pusat khidmat beliau di Shah Alam semalam.

Tegasnya lagi, ucapan Hadi itu pada hakikatnya menggariskan prinsip-prinsip perjuangan PAS yang menentang Umno kerana mereka mempunyai wawasan berbeza yang tidak sama dengan kehendak hati ahli-ahli PAS.

“Dengan itu, tidak boleh dikatakan kita kata Umno kafir,” katanya.

Tambahnya lagi, budaya kafir- mengkafir yang didakwa Umno diamalkan PAS sebenarnya adalah dakyah yang direka-reka oleh Umno sendiri.

“Budaya kafir-mengkafir bukan daripada PAS, tetapi Umno yang kata PAS kata Umno kafir,” tegasnya.-sumber

Pisau kata ” orang yang sama pertahankan gereja DUMC yang murtadkan umat Islam..”

DAP Better Settle Isu Nga-Ngeh: Anwar

in Pakatan Rakyat by
Gelagat Anwar– Anwar pun naik risau dengan isu yang melibtkan pemimpin DAP di Kelantan. Dalam pada Anwar dok sembang merata, kata Kerajaan PAS di Kelantan  adalah yang paling JUJUR, BERSIH, TIDAK KORUP, MAKSUM dan HEBAT –  rupa-rupanya ada juga kes orang DAP makan tanah di Kelantan.

Anwar sangat kecewa kerana beberapa proposal perniagaan yang dibawa oleh usahawan PKR di Kelantan – khususnya melibatkan pembangunan hartanah,  pembalakan, industri kecil dan sederhana di TOLAK bulat-bulat oleh  Kerajaan Negeri dengan pelbagai alasan. Tiba-tiba, rupa-rupanya ada deal lain yang telah berjaya dibuat oleh DAP.

Akhir-akhir ini, walaupun Anwar nampak senang hati dengan hubungan  PKR-DAP-PAS, tapi ianya tidak sama sekali mengenepikan kerisauan Anwar  bahawa ada isu-isu kecil yang akan merosakkan hubungan sesama mereka.

Dalam isu kerusi sebagai misal, Anwar sendiri maklum bahawa DAP memang  mampu menang di 3 kerusi Parlimen tambahan dan 10 kerusi DUN. Tapi isu  sekarang bukan soal mampu menang atau tidak. PKR mesti jadi taikor dalam Pakatan Rakyat. Kalau DAP tambah lagi 3 kerusi Parlimen dan 10 DUN –  PKR tak akan jadi TAIKOR. Sifir ini tak boleh diterima Anwar.

Mesej Anwar mudah sahaja. Apapun yang ingin dikatakan Guan Eng – DAP sudah tertinggal BAS. Sudah terlambat.

Dengan banyaknya isu KORUPSI yang dihadapi oleh DAP pada ketika ini, Anwar yakin DAP akan senyap.

Tak Rela Lacurkan Isteri,Calon PAS PRU13 Tarik Diri

in berita pisau/PAS by
Baru beberapa bulan menyertai PAS,Bekas Pengarah JSJ Bukit Aman berasa menyesal. Penyesalan beliau kerana dipaksa melakukan bia’ah talak tiga untuk menjadi calon PRU13.

Sebelum ini PAS Larut membantah kerana Fauzi Shaari baru saja menyertai PAS,kemudian tak sampai 2 bulan namanya sudah tersenarai untuk menjadi calon parlimen PRU13 nanti.Nah sekarang PAS Larut YDP dan Ketua Pemudanya boleh lah melacurkan isteri untuk mengambil tempat Fauzi..

Kalau saya tahu begini keadaan PAS taubat saya tidak akan menyertainya. Masuk PAS umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak 3 jika saya tinggalkan PAS”

Kita semua tahu Nik Aziz dan Hj Hadi pernah menafikan mengenai kewujudan sumpah bia’ah talak tiga ini

Kenyataan Nik Aziz Nik Mat November 2009,
Menteri besar Kelantan berkata isu itu (Baiah Cerai Talak 3) sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu di kalangan orang Islam sendiri yang dengki terhadap perjuangan PAS yang mula diterima oleh masyarakat umum. 

“Sebenarnya PAS ini telah didengki oleh orang Islam sendiri, oleh kerana parti ini berkembang akhir-akhir ini maka golongan sekular ini berusaha juga dan mencari juga jalan yang boleh menggugat kedudukan PAS. 

“Di Kelantan, isu bai’ah ini tak timbul langsung,” katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini, mengulas isu yang ditimbulkan oleh anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad baru-baru ini.

Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang,

“Tak payah (siasatan), tidak ada (bai’ah), benda tu tidak ada, ia sudah selesai, sudah habis,” jawabnya ringkas ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen. 

Abdul Hadi berkata, perkara itu hanya dibangkitkan oleh media dan bukannya anggota PAS.

Benarlah sepertimana blog Pisau pernah dedahkan bahawa memang wujud skim bohsiakan isteri jika mahu menjadi calon PAS .

Sebenarnya apalah sangat dengan bia’ah talak tiga tu.. Allah,agama dan quran dilacur dan dipolitikan apalah sangat dengan isteri sendiri…
Video ini bukti Nik Aziz dan Hadi berbohong.. Oh..rupanya Mursidol Am khawarij ini mengajar pengikutnya cakap bohong..sebab tu berani bohong kes balak dan tanah…
 

Pisau kata ” Isle PAS mengajar bagaimana nak melacurkan institusi keluarga..”

Kantoi Bohong,Akhirnya Ngeh Nga Mengaku,Tapi Kenapa Tuduh PAS Tikam Belakang?

in berita pisau/PAS by
Pisau hairan kenapa Nik Aziz dan Kerajaan Negeri Kelantan bersilat berkuntau menafikan pemberian tanah tersebut kepada 2 beradik Ngeh Nga. Bukankah tanah tersebut dianugerahkan kepada  YIK(Yayasan Islam Kelantan) salah satu agensi kerajaan negeri yang mengadakan usahasama dengan Upayapadu Sdn Bhd. 
Ngeh dan Nga punyai pegangan saham syarikat Upayapadu Sdn Bhd yang mengadakan usahasama dengan kerajaan negeri Kelantan. Adakah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Nik Aziz tidak tahu menahu mengenai pindah milik ke tangan Ngeh dan Nga?

Setiausaha Akhbar Menteri Besar  memaklumkan pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012 di mana ekoran pertukaran tersebut, pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta.

Tukar hak milik tanpa melalui proses tender terbuka dan telus? YIK adalah salah satu agensi kerajaan negeri,apa keistimewaan Upayapadu yang syarikat lain tidak ada ?
Kenapa Guan Eng mendiamkan diri apabila membabitkan Ngeh dan Nga:Dr MiM persoalkan kenapa klik sini

IPOH – Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mengaku beliau dan sepupunya, Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri itu, melabur dalam syarikat Upaya Padu Sdn Bhd yang mendapat projek pembalakan di Kelantan.

ADUN Sitiawan dan Ahli Parlimen Beruas itu berkata, mereka menyertai perniagaan berkenaan selepas diajak oleh anak guam mereka untuk melabur. 

“Kami adalah sebahagian daripada pelabur dan semua transaksi diketahui oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Saya sudah tulis surat kepada LHDN,” katanya pada sidang media di sini semalam. 

Beliau mengulas dakwaan blog Pisau.net sebelum ini yang mendakwa mereka melalui Upaya Padu diberi tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang, Kelantan sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Kelmarin, EXCO Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman, berkata carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengesahkan Koo Ham dan Kor Ming adalah dua daripada enam ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.-Bharian





Pisau kata ” tanah milik yayasan Islam,tapi Ngeh dan Nga yang dapat… orang melayu PAS yang lain tak mampu nak buat kah projek ni hingga terpaksa bagi kat ngeh dan nga? Persoalan yang belum terjawap..kenapa Ngeh tuduh PAS tikam belakang?”

Mantan Presiden Gerakan Meninggal Dunia. Takziah.

in berita pisau/BN by

PETALING JAYA: Former Gerakan president Tun Dr Lim Keng Yaik passed away at his home in Tropicana here at 4.45pm on Saturday. He was 73.

The medical doctor-turned-politician became the Gerakan president in 1980.

Dr Lim began his political career in 1968 by joining the MCA. He subsequently contested in the Pekan Baru state seat in Perak in 1969 on an Alliance ticket, but lost.

In 1971, he became the chairman of Perak MCA but was expelled in 1973. In the same year, he joined Gerakan.

Dr Lim became the Ulu Kinta Gerakan division head the next year and moved up to become Perak Gerakan chief in 1974. In 1976, he became the party’s deputy president. In July 1978, Lim resigned as senator and contested in the general elections and won the Jalong state seat in Perak.

In 1986, he contested and won the Beruas Parliament seat with a handsome margin and had held the seat until the 2004 elections when he retired from politics.

Dr Lim first joined the Cabinet when he was made Minister with Special Functions dealing with New Villages and Emergency work in 1972.

He held many ministerial positions with the last being the Energy, Water and Communications portfolio in 2004.

On Sept 2, 2005, at the Gerakan annual national delegates conference dinner, Dr Lim announced that he would be retiring as party leader on April 8, 2007, which was also his 68th birthday.

Lim retired from his Cabinet post shortly before the 2008 general election – The Star

Pisau kata ” Takziah kepada keluarga mendiang”

Nga Kor Ming Ugut Dato Hamidah: Laporan Polis dibuat di Balai Polis Kg. Rapat

in berita pisau/BN by


Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Hamidah berjanji akan terus mendedahkan penyelewengan parti-parti pembangkang di negeri ini sekalipun beliau berdepan dengan pelbagai risiko yang mengancam keselamatan diri dan keluarganya.


Hamidah berkata, sudah tiba masanya beliau mendedahkan penyelewengan yang dibuat pembangkang supaya rakyat tidak terus terpedaya dengan imej pembangkang yang kononnya suci, sifar rasuah, sifar kroni dan baik-baik belaka.


Beliau juga berkata, ugutan yang dibuat Adun Pantai Remis Nga Kor Ming terhadapnya rentetan pendedahan mengenai isu tanah dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Perak kelmarin tidak sama sekali mematahkan semangatnya untuk terus membongkar penyelewengan pihak pembangkang.

“Saya tidak akan patah semangat untuk terus membuat pembongkaran ini kerana rakyat perlu tahu apa yang mereka lakukan selama ini.

“Ini kerana pembangkang meletakkan diri mereka seolah-olah begitu suci, baik tetapi hakikat sebenarnya mereka itu lebih teruk daripada apa yang mereka gambarkan kepada BN,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming di Balai Polis Kampung Rapat, Ipoh pagi tadi.


Menurut Hamidah, beliau melihat Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham semakin tertekan apabila pendedahan berhubung isu Upaya Padu Plantation Sdn Bhd yang melibatkan kawasan tanah seluas 10,526 ekar di Relai Mukim Chiku, Gua Musang, Kelantan. 

“Malah maklum balas yang saya terima dikalangan Adun mereka menyuarakan sendiri kepada saya ketidak puashati mereka terhadap apa yang berlaku,’’ ujarnya.

Hamidah juga menjelaskan dia membuat laporan polis hari ini adalah untuk mendapatkan perlindungan bagi menjaga keselamatan diri dan keluarganya apabila diugut sebegitu rupa.

“Mungkin kerana tertekan mereka ini akan melakukan sesuatu terhadap saya dan juga keluarga saya maka saya membuat laporan polis untuk mendapatkan perlindungan polis,’’ katanya.

 

Dato’ Hamidah Osman membuat laporan polis terhadap Adun Pantai Remis, Nga Ko Ming kerana membuat satu ugutan yang disifatkan sebagai mengancam diri dan keluarganya.

Menurut Hamidah, pada 20 Disember jam 3.30 petang semasa dia berada di Dewan Makan Dewan Undangan Negeri, Nga Kor Ming telah datang kemejanya lalu menuding jari dengan berkata “You dedah (revealed) you watch out I will go after you’’.

Beliau menganggap kata-kata Nga Kor Ming itu bentuk ugutan dan percaya Adun Pantai Remis itu akan membuat sesuatu yang buruk terhadap dirinya dan juga keluarganya.

Semasa sidang Dewan kelmarin, Adun Slim, Dato’ Ahmad Khushairi Abdul Talib dan Dato’ Hamidah membuat pendedahan berdasarkan carian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Upaya Padu Plantation Sdn Bhd dimiliki hampir 100 peratus oleh Ngeh Koo Ham.

Hamidah ketika mencelah perbahasan Khusairi mendedahkan daripada dokumen yang diperolehi Upaya Padu yang mempunyai tanah 10,526 ekar dimiliki oleh Efektif Kirana Sdn Bhd dan Ngeh Koo Ham.

Efektif Kirana memegang saham 51 peratus bernilai RM16 juta dan Ngeh Ko Ham 40 peratus bernilai RM15 juta.

 

Dalam Efektif Kirana pula Ngeh Koo Ham memegang saham 99%, oleh itu syarikat Upayapadu Sdn. Bhd. sebenarnya kepunyaan Ngeh Koo Ham.- SungaiRapat

Melayu DAP dan PAS Pulau Pinang Tuntut PKR Serahkan Kembali Hak Mereka.

in Pakatan Rakyat by
Sekarang Melayu DAP dah buka mulut,mereka tuntut kembali kawasan yang PKR bertanding.Kita nampak seperti episod balas dendam gara gara gelaran Cocky Arogant Tokong yang diberikan oleh Mansor kepada Guan Eng.

Berdasarkan maklumat dalaman DAP Pulau Pinang,perancangan mereka untuk menguasai kerajaan negeri 100% dalam pembikinan. Sebab itulah 2-3 nama calon Melayu sudah disenarai pendek untuk dijadikan calon pilihanraya.

Ini adalah salah satu punca Mansor menghentam DAP dan Guan Eng kerana mereka mahu menguasai beberapa kawasan DUN.

PKR sekarang ini harus berdepan dengan PAS Pulau Pinang,Pisau pernah dedahkan PAS mendesak agar kerusi tradisi PAS bertanding di Parlimen Permatang Pauh,Dun Penanti ,Parlimen Bayan Baru pada setiap kali PRU agar dikembalikan kepada mereka.

Malah PAS Kawasan Permatang Pauh sudah memberi kata dua kepada PKR agar dikembalikan atau berdepan dengan pertandingan 3 penjuru.:klik sini

DAP dan PAS tuntut kembali kawasan mereka kerana memikirkan PKR langsung tidak boleh dipercayai. PKR Pulau Pinang bakal berdepan krisis kepercayaan diantara DAP dan PAS.Manakala DAP pula tidak mengharapkan PAS dan PKR.

SHAH ALAM: DAP Melayu Pulau Pinang menggesa PKR memulangkan semula sekurang-kurangnya tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah diberikan kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor yang ditemui Antarapos berkata ketiga-tiga kerusi yang diambil oleh PKR sebelum ini telah mengakibatkan DAP Melayu tidak meletakkan calon pada pilihan raya lalu.
Justeru kata beliau, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) merupakan masa yang paling sesuai untuk PKR membuktikan diplomasi yang ditunjukkan DAP Pulau Pinang sebelum ini dihargai.

“Sebelum wujudnya PKR, DAP Melayu Pulau Pinang telah wujud awal sebelum wujudnya PKR. DAP Melayu Pulau Pinang telah wujud (sejak tahun) 1994. Kita telah bertanding 13 kerusi (DUN) sehinggalah 2008 di mana kerusi-kerusi tersebut diserahkan untuk PKR bertanding.

“Itulah sebabnya mengapa tidak ada calon-calon Melayu dibariskan oleh DAP pada tahun 2008. Semua kerusi kita diserahkan kepada PKR dan sedikit untuk PAS.

“Daripada 13 kerusi yang diambil, apa salahnya kalau dipulangkan dua atau tiga kerusi..untuk agama, bangsa dan budaya Melayu.

“Sekarang waktunya, adakah jasa baik kita itu, kita punya diplomasi kepada PKR dan PAS itu dihargai?” katanya.

Tegas beliau, sekiranya PKR gagal berbuat demikian, ini akan menguatkan lagi dakwaan bahawa Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kepentingan peribadi serta tidak boleh bertolak ansur dengan rakan di dalam Pakatan Rakyat (Pakatan).

Tambahnya lagi, Anwar perlu bertolak ansur memandangkan sebelum ini DAP telah berbuat demikian berdasarkan semangat kerjasama yang dijalinkan dalam Pakatan Rakyat bersama-sama parti komponen lain.

“Sekiranya beliau (Anwar) tidak mahu memulangkan semula kerusi-kerusi tersebut, ia mencerminkan yang beliau mempunyai kepentingan peribadi..tak boleh..itu tidak boleh.

“Dia mesti berkompromi…kalau kita boleh berkompromi pada PRU13, salahkah jika kita minta semula dua atau tiga kerusi?” soal Zulkifli yang tewas pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP baru-baru ini pada Kongres ke-16 parti itu di Pulau Painang.

Namun begitu, Zulkifli berpendirian sinis terhadap sikap Anwar untuk bertolak ansur mengenai perkara itu memandangkan PKR kini dilihat cuba menonjolkan diri sebagai sebuah parti yang kuat dan mendapat sokongan padu daripada rakyat Malaysia.

“Saya kata dia (Anwar) tidak akan bertolak ansur..dia tidak akan beri ruang kepada DAP Melayu bertanding. Saya boleh kata. (Kalau) dia bagi ruang kepada DAP Melayu bertanding di Pulau Pinang, DAP Melayu akan menang banyak kerusi dan PKR akan tewas,” katanya.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semasa ucaptamanya pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16, yang menuntut PAS dan PKR supaya memberikan parti itu sekurang-kurangnya tiga kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN untuk PRU13.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata DAP patut diberikan kerusi tambahan sebagai ‘balasan’ di atas kesetiaannya kepada kerjasama dalam pakatan pembangkang.- AntaraPos

Pisau kata ” diatas pentas berlakon sampai sanggup cium molot”


Hit Counter provided by Curio cabinets
Pergi ke Atas