Berita telus dan seimbang..

Monthly archive

May 2012

Masa Kelas BM Patut Dipendekkan: Sikap Rasis Dong Zong

in berita pisau/DAP by


Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat agung tahunan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) yang ke-61 sekali lagi menunjukkan sikap kiasu mereka. Selama ini, organisasi ini telah menuntut segala permintaan yang tidak munasabah, tidak praktikal dan juga perkara yang tidak mungkin boleh dilakukan oleh kerajaan semata-mata untuk memenuhi semangat perkauman mereka.

Mereka menjelaskan bahawa mereka tidak akan berhenti sehingga tuntutan mereka dipenuhi sepenuhnya. Toleransi dan persefahaman, ataupun rasa hormat seakan-akan tidak wujud dalam kamus mereka. Patriotik, pembinaan negara, praktikal dan juga jawapan yang diberikan oleh kerajaan tidak akan didengari oleh mereka.

Dan kita hanya boleh menggelengkan kepala apabila mereka kini tidak puas hati tentang tempoh kelas pelajaran Bahasa Malaysia (BM) bagi pelajar darjah 4-6 di sekolah-sekolah rendah Cina. Pada masa ini, mata pelajaran BM mengambil masa 6 slot bagi jadual waktu dan akan ditingkatkan kepada 9 slot pada tahun 2014.

Dong Zong sudah tentu akan menentang cadangan ini, dan mendakwa bahawa ianya terlalu banyak. Terlalu banyak daripada apa? Terlalu banyak Malaysia? Adakah mereka takut bahawa anak-anak mereka akan menjadi rakyat Malaysia sejati?

Pihak Kementerian semestinya mempunyai sebab-sebab tertentu dalam membuat cadangan untuk peningkatan slot BM di sekolah-sekolah Cina, dan ia tidak sukar bagi kita untuk mencari sebab-sebabnya.

Cuba anda bertanya kepada orang ramai tentang soalan-soalan seperti berapa kali mereka perlu ulang soalan mereka setiap kali mereka kepada pekerja Cina di salun rambut, hanya kerana pekerja tersebut tidak mahir berbahasa melayu, dan juga Bahasa Inggeris.

Dan penulis masih ingat akan pengalaman penulis menemani rakan ke showroom kereta dan jurujual Cina tersebut tidak dapat memberikan kami maklumat yang cukup terhadap kereta tersebut dan juga prosedur pembelian hanya kerana dia tidak menguasai BM dan Inggeris!
Itulah gambaran yang penulis ingin sampaikan tentang orang Cina di Malaysia.

Berani mereka mengangkat diri mereka sebagai rakyat Malaysia dan juga mahu mendapat hak Bumiputera!

Dan Dong Zong masih lagi berdegil dan tidak mahu ada sebarang pertalian dengan Malaysia. Guru Cina, Sekolah Cina, Bahasa Cina, Cina sini, Cina sana. Rasis hardcore.

Negara China pun sedar bahawa mereka perlu bekerjasama dengan negara-negara dan bangsa-bangsa lain untuk memperluaskan perniagaan mereka. Walaupun negara tersebut telah berjaya ‘menawan’ dunia, mereka kini masih lagi bermasalah.

Percaya atau tidak, syarikat-syarikat di China mungkin berjaya meraih keuntungan yang banyak daripada perniagaan di seluruh dunia. Namun, mereka mungkin boleh mendapatkan lebih jika mereka mengamalkan sikap keterbukaan dalam pembelajaran bahasa-bahasa lain dan budaya luar. Orang-orang Cina tidak boleh menerima perkara ini, tetapi terdapat hebat tawaran banyak yang hilang kerana masalah bahasa.

Penghantaran yang salah, arahan salah, terjemahan salah, tafsiran yang salah adalah sesuatu yang agak besar.

Sebagai rakyat Malaysia, kita mempunyai peluang untuk menyaksikan sendiri sikap kiasu orang Cina. Masalah yang timbul dari sikap ‘kiasu’ atau sombong adalah anda lebih cenderung untuk hilang dari dunia realiti dan akhirnya akan menjadi rugi.

Dong Zong mungkin rasakan bahawa orang Cina kini cukup kuat dan tidak perlu orang lain untuk membuat keuntungan, tetapi mereka lupa bahawa mereka tidak akan kehilangan apa-apa tetapi boleh mendapatkan lebih banyak keuntungan jika mereka bercampur dengan masyarakat. Sebagai contoh, rakan penulis yang ingin membeli kereta sebentar tadi akhirnya membeli kereta di syarikat Bumiputera kerana kecewa dengan sikap jurual Cina dari syarikat yang sebelumnya.

Kesimpulannya, Dong Zong perlu memilih samada mereka mahu kekal dengan kepercayaan mereka terhadap China atau mula bercampur dengan budaya Malaysia. Dalam erti kata lain, Dong Zong tidak mempunyai pilihan tetapi untuk menjadi kurang Cina dan lebih Malaysia, atau berhenti berjuang untuk mendapatkan hak sama rata, atau lebih baik lagi, melepaskan kerakyatan mereka

Nizar Tak Bersalah Persoal Sultan Johor Sebab Berlaku Di Malaysia!

in berita pisau by


Di negara Malaysia,Pakatan haprak bebas menghina raja raja melayu. Malah ada yang berani persoalkan institusi raja berpelembagaan.

Karpal,Guan Eng dan ramai lagi pemimpin pakatan tidak pernah lupa dalam menghina institusi raja raja melayu.

Kes yang terkini,Nizar telah menghina sultan Johor apabila tuanku menang dalam bidaan membeli plat kereta WWW 1.

Apa yang Nizar buat? Beliau hanya sekadar menamakan Sultan Johor sebagai “mana mana pihak” sebagai permohonan maaf..pada anggapan beliau Sultan Johor jangan terlalu mengharapkan kemaafan daripada beliau walaupun selepas dihina dan diperlekehkan.

Bezanya di Thailand apabila menghina raja..

Hina monarki Thai, editor dipenjara

Seorang editor sebuah laman web berita hari ini didapati bersalah kerana menghina sistem beraja Thailand, namun hukuman penjara ke atasnya ditangguhkan, satu hukuman ringan terhadap kes berprofil tinggi yang memperbaharui perbahasan ke atas undang-undang penapisan diraja yang ketat.

Hakim Nittaya Yaensri memberitahu Mahkamah Jenayah Bangkok bahawa beberapa artikel yang disiarkan di laman web berita Prachatai telah menyinggung perasaan keluarga diraja dan editor tersebut, Chiranuch Premchaiporn tidak menghormati arahan mahkamah yang mengarahkannya mengeluarkan artikel itu dengan segera.

Hakim kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan ke atas Chiranuch kerana melanggar Akta Jenayah Komputer, namun menangguhkan hukuman itu untuk satu tahun kerana editor berkenaan mengaku bersalah atas kesalahannya. – REUTERS

Pisau kata ” haprak pakatan bercita cita mahukan sebuah negara Republik”

Isu Jirat Cina di Rizab Melayu: Azizan Pekak, Buta Atau Pura-pura Tuli?

in PAS by


Isu pembinaan jirat Cina komersial di Tanah Rizab Melayu, Karangan, Kulim sudah berlanjutan sejak 2007. Memang mudah bagi Dato’ Seri Azizan, selaku Menteri Besar menyalahkan kerajaan terdahulu dalam kes ini.

Tetapi Azizan harus sedar bahawa, kerana marahkan kerajaan terdahululah maka rakyat telah bertindak menukar kerajaan di mana Azizan berpeluang menjadi Menteri Besar sekarang. Harapan rakyat agar Azizan boleh berbuat sesuatu – memperbetulkan yang silap dan menambahbaikkan apa yang sedia baik.

Namun, harapan kini bertukar menjadi kemarahan. Azizan bukan sahaja tidak boleh memperbetulkan apa-apa tetapi menambahkanlagi kesilapan dan merosakkan apa yang sedia baik.Negeri Kedah kini berada dalam keadaan ‘koma’ dan semakin merosot setiap hari.

Tidak cukup dengan pembalakan mega yang menghancurkan sistem perairan dan menjejaskan ekologi yang mana habis balak-balak yang masih ‘halus’ dibedal oleh kontraktor-kontraktor yang tidak bertanggungjawab. Suatu ketika Azizan menjawab beliau tidak punya kuasa menghentikan semua itu kerana ia ‘salah kerajaan terdahulu’. Kemudiannya, kontrak yang lama diperbaharui dan Azizan hanya pura-pura tuli konon tidak tahu menahu mengenainya.

Begitu juga dengan Kulim Hi-Tech Park, yang suatu masa dahulu dibanggakan sebagai ‘Silicon Valley’ Malaysia kini muram, tiada pelaburan baru melainkan warga pengurusan Kulim Hi-Tech Park yang baru sahaja yang meriah keluar negara tanpa had. Ada Azizan kisah? Tidak, kerana kemungkinan besar beliau tidak tahu menahu apa-apa.

Sikap yang sama diambil oleh Azizan dalam menangani masalah jirat cina di rizab melayu ini iaitu tidak berbuat apa-apa.

Tapak tanah yang menjadi kontroversi ini terbahagi kepada 3 lot tanah dan dua daripadanya yang berkeluasan 8 hektar masih berstatus Tanah Rizab Melayu manakala satu lagi pula yang berkeluasan 76 hektar dijual kepada orang Cina pada 1926 iaitu sebelum Akta Tanah 1933 diwartakan. Tanah ini sehingga kini masih berstatus Tanah Rizab Melayu. Kawasan inilah yang akan dijadikan jirat Cina komersial di mana pembinaan sedang rancak dijalankan.

Penduduk-penduduk di sini telah memacakkan papan tanda membantah pembinaan jirat Cina itu. Perhimpunan aman juga dibuat untuk merayu keprihatinan Menteri Besar untuk menyelesaikan masalah ini. Mereka mengharapkan agar kerajaan negeri boleh menggantikan kawasan lain kepada pihak terbabit dan mungkin juga memberikan pampasan sewajarnya untuk menyelesaikan masalah ini. Sebarang bentuk penyelesaian adalah dialu-alukan dengan mengambil kira kepentingan 16,000 penduduk Melayu di kawasan tersebut.

Sebagai mewakili parti yang menggunakan nama Islam, sikap membisu Azizan dalam perkara ini amatlah mengecewakan. Isu jirat Cina di kawasan kediaman Melayu bukan isu kecil, apatah lagi di atas Tanah Rizab Melayu. Isu ini melibatkan sensitiviti agama dan budaya serta mampu mencetuskan ketegangan kaum.

Keengganan Azizan mengambil isu ini secara serius amat mengecewakan rakyat Kedah.

Mereka tertanya-tanya, kenapakah Azizan tidak mampu memainkan peranan yang sepatutnya untuk mencari jalan terbaik – mungkin dengan meminta kerjasama DAP untuk merasionalkan perkara ini dengan pihak pemaju projek tersebut. Atau mungkinkah benar Azizan kecut perut bila berhadapan dengan isu yang membabitkan kaum Cina? Apakah sudah menjadi ‘prinsip’ PAS untuk mengalah setiap kali berkonfrontasi dalam perkara yang membabitkan kaum Cina?

Apapun, ini adalah pengajaran kepada rakyat Kedah agar tidak tertipu oleh PAS yang membawa imej Islam, negara kebajikan dan mewakili Melayu.PAS bukan tidak ingin membela Melayu, tetapi PAS tidak berani dan tidak tahu caranya

Derma Untuk Lebuhraya Ke Syurga

in PAS by


Baru saja disergah oleh Majlis Fatwa Masjidil Haram berkenaan fatwa sesat yang menjanjikan syurga kepada pengundi, hari ini Nik Aziz sekali lagi menjanjikan pahala pula kepada manusia yang menderma untuk pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai bernilai RM1.8 billion sepanjang 73km.

Menurut laporan Berita Harian, Nik Aziz juga mengakui turut menyumbang RM5,000 bagi pihak arwah ibu dan ayahnya sebagai bayaran pahala kepada mereka. Nik Aziz berkata demikian selepas majlis pecah tanah pakej Satu lebuh raya itu antara Machang-Kuala Krai yang membabitkan laluan sepanjang 43 km.

Nik Aziz dengan itu menyeru rakyat untuk menderma bagi memastikan lebuh raya ini siap sepenuhnya. Derma itu pasti akan digantikan dengan ganjaran pahala, katanya.

Menarik sekali! Cuma kita ada sedikit kemusykilan:

Adakah jumlah sumbangan menentukan jumlah ganjaran pahala? Atau adakah semua yang menderma akan menerima jumlah pahala yang sama tanpa mengira jumlahnya? Dan bolehkah kita menebus dosa dengan menderma kepada pembinaan lebuh raya ini atau menggunakan sistem kontra iaitu, satu jenis dosa untuk beberapa ringgit derma?

Bagaimana pula jika ada yang menderma dengan wang haram? Apakah mereka juga mendapat pahala? Jika orang bukan Islam yang menderma, apakah mereka akan dikecualikan dari api neraka atau sekadar diringankan siksaan?

Bagaimana pula dengan orang yang telah mengundi PAS yang telah dijamin syurganya oleh Nik Aziz? Apakah dengan menderma lagi kepada lebuh raya ini maka mereka akan berpeluang untuk mendapat syurga yang lebih tinggi?

Kita perlukan sedikit butiran lanjut mengenai perkara ini kerana ramai lagi umat Islam yang tidak mengundi PAS dan mereka ini semua pasti ingin tahu lebih lanjut kalau-kalau derma ini akan membantu memberatkan timbangan pahala ketika dihisab nanti.

Lebuh Raya Rakyat ini juga dikatakan bakal menyediakan laluan khas untuk binatang seperti gajah dan harimau yang dikatakan melalui kawasan itu. Tidak pula dikhabarkan sama ada laluan khas untuk makhluk-makhluk lain seperti jin atau bunian juga disediakan dan diasingkan jantina, bagi menepati sifat sebuah lebuh raya ke syurga.

Apa yang kurang menarik ialah, walaupun lebuh raya ini bersifat ‘saham akhirat’, ini tidak bermakna yang lebuh raya ini akan beroperasi tanpa tol. Sebelum ini Husam Musa telah membuat kenyataan bahawa “Mungkin akan ada tol nanti tapi kadarnya lebih murah dan berbeza mengikut musim.”

Nampaknya, walaupun Pakatan Rakyat menjanjikan lebuhraya tanpa tol di Malaysia tetapi Kelantan sebagai Serambi Mekah, sekali lagi mengatasi negeri-negeri lain dalam soal ini di mana tol dihalalkan di sana.

Maka terfikir juga kita, mungkinkah bayaran tol bagi lebuhraya ini juga akan mendapat ganjaran pahala? Jika ya, bolehkah Nik Aziz memanjangkan pemberian pahala itu untuk pembayar tol di lebuh raya negeri-negeri lain?

Kita boleh ketawa geli hati dan menggeleng-gelengkan kepala dengan kesesatan yang dibawa Nik Aziz, tetapi penulis tetap tertanya-tanya berapa ramai pula yang akan tersesat dengan mempercayai bahawa Nik Aziz benar-benar mampu menjanjikan pahala kepada manusia, terutamanya manusia yang menderma dengan niat inginkan pahala dan bukan kerana ingin membantu mereka yang memerlukan.

Sepatutnya, sebelum menyeru rakyat menderma untuk membina lebuhraya lebih baik Nik Aziz memungut derma untuk membina masjid yang sudah dijanjikan pahalanya oleh Allah S.W.T. Bukan rakyat tidak tahu bahawa kerajaan PAS Kelantan hanya mampu membina satu masjid sahaja sepanjang dua dekad pemerintahan. Masjid-masjid lain semuanya dibina oleh kerajaan pusat.

Hakikatnya, meminta derma dari rakyat merupakan satu kenyataan rasmi bahawa PAS telah GAGAL TOTAL.

PAS gagal menjana kewangan negeri dan akibatnya gagal menyediakan kemudahan asas kepada rakyat, gagal membuka peluang pekerjaan, gagal menaikkan taraf hidup rakyat dan kini PAS tidak malu ingin menagih derma dari rakyat pula.

Rata-rata rakyat Kelantan hidup dalam kemiskinan dan Islam telah mengingatkan bahawa kemiskinan menghampirkan kita kepada kekufuran. Justeru, bagaimana hendak ke syurga jika miskin dan tak mampu menderma untuk pembinaan lebuhraya? Bagaimana hendak ke syurga jika kufur? Apakah hanya dengan mengundi PAS?

Inikah yang Nik Aziz cuba sampaikan sebenarnya iaitu kempen ‘Undilah PAS’ sempena pilihanraya yang semakin hampir?

Apapun, apa yang kita nampak ialah Nik Aziz sebenarnya cuba memungut derma untuk menampung dana pilihanraya, bukannya untuk projek lebuh raya

Dokumen Sulit Rasuah Anwar Azmin Di Dedahkan!

in Pakatan Rakyat by

AIDCNews – 29/05/12 – Satu kenyataan daripada pengawai penyiasat BPR didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin (RPK) di dalam lamannya hari ini menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung memberi arahan kepada Ketua Pengarah BPR Datuk Shafee Yahaya supaya menutup kes rasuah Azmin Ali.

Siasatan kes itu berlaku pada tahun 1995, di mana ketika itu Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Azmin Ali adalah Setiausaha Sulitnya.

Kenyataan pegawai BPR yang asal :

Saya adalah seorang bekas pegawai kanan BPR yang terlibat di dalam penyiasatan kes terhadap Azmin Ali dan isterinya Shamsidar pada tahun 1995.

Saya rasa terpanggil untuk mendedahkan bagaimana ‘corrupt’ seorang bernama Anwar Ibrahim dan Azmin Ali di mana kedua-duanya kaya raya dan malah cerita Shamsidar merupakan gundik Anwar pada saya bukanlah suatu yang mengejutkan kerana telah lama perkara ini berlaku.

Hanya orang yang pekak, buta dan tuli sahaja yang sengaja mengatakan segala cerita ‘corrupt’ dan juga skandal sex mereka sebagai suatu cerita rekaan atau konspirasi.

Disini saya hendak menunjukkan contoh bagaimana seorang Ketua Pengarah BPR ketika itu, iaitu Datuk Shafee Yahaya kononnya seorang yang baik, berintegriti, pernah mendedahkan kononnya Dr Mahatir menengkingnya dalam kes Hassan Abul (Pesgawai BNM) dan kemudian buat buku pula yan menunjukkan bagaimana baiknya dia.

Tapi dalam diam dan ramai orang BPR tahu dia telah menghentikan siasatan kes Azmin Ali setelah mendapat arahan Anwar. Kalau Datuk Shafee betul-betul bersih saya tabiklah. Tapi nak saya bongkarkan ke kisah Datuk sebelum Datuk jadi KP BPR? Maka Datuk Shafee tolonglah jangan nak komen apa-apa selepas pendedahan ini.Kronologi KesSiasatan kes ini bermula daripada satu maklumat (yang di tandakan sebagai Lampiran A).

Pemberi maklumat menyatakan dengan jelas pemilikan harta Azmin Ali yang ketika itu 1995 hanyalah Setiausaha Sulit (SUS) Anwar yang bergaji lebih kurang RM2400/=. Kalau sekarang beliau hanyalah gred 41 sahaja di dalam Perkhidmatan Awam. Ekoran daripada itu, satu repot polis telah dibuat bagi membolehkan BPR menjalankan siasatan (lihat Salinan Repot yang ditandakan sebagai Lampiran B). Repot yang dibuat adalah bertarikh 24.5.1995.

Ekoran itu, satu minit ringkas dikemukakan oleh Allahyarham Basri bin Idris sepertimana Lapiran C berkembar. Ia menunjukkan pemilikan harta Azmin sejak 1991 – 1995, antara lain memiliki sebuah BMW 325i, Proton Wira 1.6 Xli, Proton Satria 1.6 Xli. Proton Perdana 2.0 SE, 1000 saha,m Hicom, sebuah rumah No. 23, Jalan 1/4D Bukit Mas, Taman Melawati seluas 8500 sqft. Hebatkan? BPR siasat ke?

Atas arahan Datuk Shafee (lihat minit no. 2), pegawai penyiasat diarahkan supaya tidak memohon Notis Pengisytiharan Harta yang sepatutnya di keluarkan di bawah seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 1961 kepada Azmin Ali. Tuan-tuan semua tahu, kalau dalam keadaan biasa, bukan setakat Notis, tetapi Azmin sudah tentu akan ditahan untuk siasatan BPR.

Knowing how BPR’s style of work. Besar atau tidak pangkatnya Azmin yang hanya gred biasa dalam perkhidmatan awam ketika itu, Pengarah Siasatan diarah oleh Datuk Shafee supaya berjumpa sendiri Azmin di pejabat TPM (siapa lagi kalu bukan Anwar Ibrahim) dan meminta Azmin mengemukakan pengisytiharan secara sukarela.Now, what is the legal implication when Azmin voluntarily declare his asset?

Meaaning to say he is not bound for any criminal prosecution under Prevention Corruption Act and Penal Code if the Public Prosecutor satisfy as to how Azmin having an unexplain excessive property.Diketika itu, kami yang terlibat di dalam penyiasatan merasakan amat pelik dan juga frustrated dengan arahan yang dikeluarkan oleh Datuk Shafee.

Namun saya amat merasakan bagaimana Arwah Basri Idris meneruskan usahanya bagi memperoleh Notis Pengisytiharan Harta itu (limat minit No. 2 bertarikh 20/6/1995) bagi membolehkan siasatan diteruskan untuk memeriksa pengaliran wang dalam akaun-akaun Azmin Ali (quoted as YDS at para 6 of the minutes).

Usaha mendapatkan Notis Berjaya dan lihat Minit-Minit bil 4 – 9 dan Kertas Siasatan dirujuk kepada Datuk Shafee pada 8 Mei 1996.

Rujuk m init 10, lihat bagaimana Datuk Shafee mahu kes ini dirujuk kepada TPM dengan minitnya bertarikh 9/5/1995. Apakah integrity BPR ketika itu di bawah pimpinan beliau yang mana Datuk Shafee sering menekankan integrity di kalangan kami.

Akhirnya lihatlah minit bil 15, Kertas Siasatan dikemukakan kepada Datuk Shafee bertarikh 12/9/1996 oleh Dato’ Mohd Zawawi Nordin, Timbalan Ketua Pengarah BPR ketika itu.

Beliau secara jelas memberitahu harta Azmin adalah diluar kemampuannya.Dramatiknya selepas itu, Kertas Siasatan ini terpendam atau dipendam macam jeruk oleh Datuk Shafee atas arahan Anwar Ibrahim.

Sehinggalah pada 23/9/1997 (setahun lebih), tiba-tiba Datuk Shafee has violated a law when personally instructed this investigation to be closed.

Minit beliau berbunyi (rujuk minit 16) “Telah maklumkan kepada YAB TP” dan beliau menulis “KUS”. Perkataan KUS bermakna Kemas Untuk Simpan. Ia adalah terminology yang digunakan oleh BPR dan Polis apabila suatu siasatan itu telah siap dan tiada tindakan lanjut.Perbuatan Datuk Shafee ini melanggar undang-undang jenayah di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan juga Perlembagaan Persekutuan kerana beliau tiada hak untuk mengarah suatu siasatan dihentikan melainkan arahan Pendakwaraya.

Namun oleh kerana terlalu taksub kepada Anwar Ibrahin he has betray his own agency dan terutamanya Rakyat Malaysia.Di bawah ini tuan-tuan bolehlah tatapiu pengisytihatan harta secara sukarela Azmin Ali dan di dalam fail siasatan BPR bernombor 15/5/1995 Datuk Shafee telah hilangkan Notis Pengisytiharan Harta dan juga pengisytiharan harta Azmin Ali.

Pengisytiharan harta secara secara sukarela Azmin Ali dapat tuan-tuan baca daripada Fakta kes pegawai Penyiasat yang saya tandakan Lampiran D. Jangan tuan-tuan buta, cek-cek yang masuk dalam akaun Shamsidar sahaja ketika itu sudah melampaui RM7 juta lebih.

Seorang sururumah tangga amat kaya dan dikayakan oleh Anwar.Sebab itu apabila Anuar Shaari memberi dokumen-dokumen pemilikan saham Shamsidar dan Azmin untuk siasatan lanjut, apakah ,masyarakat buta? Saya dapat download dokumen-dokumen itu melalui website dan silalah baca sendiri.

Orang seperti Datuk Shafee telah merendahkan martabat BPR dan lihat peyamun yang diselamatkannya ketika itu menjadi penderhaka kepada Negara. Banyak kerosakan telah dilakukannya. I need not to explain more about this.

Hanya orang yang buta, pekak dan tuli akan jadi bahalol dunia seperti Datuk Shafee.Kes ini melibatkan satu siasatan oleh BPR ke atas Azmin Ali Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar dan isteri Azmin, Shamsida (hanyalah seorang surirumah) pada tahun1995.

Siasatan dibuat ke atas Azmin kerana dikatakan mempunyai harta peribadi yang banyak hasil daripada perlakuan rasuah yang dilakukan semasa memegang jawatan Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar pada waktu tersebut. Ketika Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia.

Berdasarkan maklumat dan repot polis yang diterima, satu Kertas Siasatan telah dibuka bernombor BPR/KS: Semasa siasatan dibuat mendapati gaji Azmin hanya RM2,442.00 sebulan tetapi mampu untuk membeli 2 buah rumah iaitu rumah pertama:double storey banglow di Setapak harga RM284,118 dengan deposit sebanyak RM14,181 dan bayaran bulanan sebanyak RM3,376.75.

Manakala rumah kedua:rumah berkembar di Taman Melawati harga RM210,000 dengan deposit sebanyak RM60,000 dan bayaran bulanan sebanyak RM1,110.35. Jika dicampurkan kedua bayaran bulanan ialah sebanyak lebih kurang RM4,500.00. Ini sahaja dan menunjukkan hutang Azmin melebihi sekali ganda gaji bulanan beliau. Di mana Azmin mendapat wang tambahan untuk menampung bayaran hutang ini??

Bukan itu saja, tak mungkin semua gaji Azmin di gunakan untuk membayar hutang rumah?? Bukankah ini sahaja dah mencukupi menunjukkan Azmin mempunyai pendapatan yang lain. Itu tidak diambil kira lagi dimana Azmin mendapat wang untuk membayar wang deposit rumah-rumah tersebut.Siasatan yang dijalankan oleh BPR juga membuktikan Azmin memiliki 2 buah kenderaan iaitu BMW no plat BBN 3 berharga RM160,529.85.81 dimana bayaran deposit sebanyak RM120,529 dan bayaran bulanan pula sebanyak RM875 sebulan.

Kereta kedua pula Proton Perdana no plat WDU 64 berharga RM80,767.81 dengan ansuran bulanan sebanyak RM700. Jika kita lihat komitmen bulanan bagi kedua kereta ini ialah lebih kurang RM1,700. RM1,700 pada ketika itu nilai yang besar. Mana tak nya klu dilihat gaji setiausaha sulit TPM pun pada masa tu baru RM2 ribu lebih.Saham yang dimilik oleh Azmin dan isterinya juga umpama seorang bisness man.

Cuba kita lihat bagaimana isteri seorang penjawat awam mempunyai saham di dalam pasaran saham dengan nilai keseluruhan melebihi setengah juta. Itu tak termasuk baki-baki didalam akaun bank yang pernah satu ketika mencecah RM300 ribu lebih. Cuba lihat keadaan yang saya nyatakan di atas. Adakah kita mempercayai penjawat awam boleh hidup dengan sedemikian??

Tetapi perkara yang paling membingungkan saya apabila BPR menutup kes ini? Sedangkan memang jelas Azmin dan isterinya mempunyai harta yangberlebihan yang tidak setimpal dengan pendapatannya.

MENGAPA SIASATAN BPR DIHENTIKAN? SIAPA YANG MEMPUNYAI KUASA UNTUK MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI?? ADAKAH ORANG YANG MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI BERSENGKOKOL DENGAN AZMIN ATAUPUN TAKUT KEPADA PEMIMPIN PADA MASA TERSEBUT

Untuk makluman, pada waktu itu Ketu Pengarah BPR adalah Dato Shafee Yahya. Dengan nyata skali KP BPR telah membuat satu keputusan yang tak relevan bilamana menghentikan siasatan ini. Apa sebenarnya yang berlaku? Jika kita tunjukkan perkara ini kepada budak sekolah pun mereka dapat menilai bahawa tak mungkin dengan gaji RM 2 ribu legih sebulan mampu mempunyai gaya hidup mewah seperti Azmin.

TEETAPI kenapa Dato Shafee menghentikan siasatan ini? ADAKAH kerana bersengkongkol? Favouritism? Mengikut telunjuk pemimpin seperti Kerbau dicucuk hidung?

Ataupun sama dah NYANYUK????????Kite cube renung-renungkan kembali berkaitan dengan perkara ini dan lihatlah lampiran-lampiran yang diupload bersama. Ingatlah hidup ini hanya perjalanan yang sementara sahaja. Jangan ingat kita terlepas untuk selama-lamanya. seterusnya







Pencapaian Terbaik Bersih 3.0,Ibadah Haji Bakal Terjejas.

in PAS by


Kejayaan paling manis pernah dicapai oleh haprak pakatan apabila berjaya menakluki Makkah & Madinah. Atas inisiatif yang baik lagi suci khawarij PAS berjaya membawa agenda Ambiga,Anwar dan Lim Guan Eng hingga didepan Kaabah.

Hasilnya jika kerajaan Arab Saudi mengurangkan kuota jemaah haji,mereka yang terlepas peluang bolehlah berjimat cermat memandangkan perjuangan RAKYAT haprak pakatan sudah pasti sebahagian daripada jihad dan murni…

Pakcik makcik dan bakal jemaah Haji yang bersusah payah mengumpul wang untuk menunaikan Haji sudah pasti akan mendapat habuan hasil daripada kebijaksanaan para pejuang fisabillah PAS yang diketuai sendiri oleh Nik Abduh B Nik Aziz.

Manakala Nasharudin Tantawi yang melancarkan Bersih 3.0 Makkah Madinah juga sudah pasti menyambut baik hasrat kerajaan Saudi kerana dengan mengadakan himpunan sebegitu boleh dijadikan sebagai alasan untuk mengugut umat Islam dan rakyat secara keseluruhan agar tunduk dan patuh kepada kehendak Bersih 3.0 atau bakal menerima padah!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghubungi Raja Arab Saudi, Raja Abdullah dalam masa terdekat berhubung kedudukan dan permohonan kuota jemaah haji dari negara ini yang dibimbangi terjejas ekoran isu perhimpunan Berhih 3.0.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, isu tersebut perlu diselesaikan segera kerana kerajaan tidak mahu di saat akhir nanti berlaku kejadian yang tidak diingini.

“Jika berlaku sesuatu tindakan dari Arab Saudi, akan berlaku masalah pula kerana semua persiapan menunaikan haji tahun ini seperti sewa kapal terbang, hotel dan melantik syarikat yang membekalkan makanan kepada jemaah sudah selesai sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muzakarah Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan di Malaysia kali kelapan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.

Sebelum ini, Arab Saudi menghantar nota kepada Wisma Putra melahirkan rasa kecewa dengan tindakan perhimpunan sekumpulan rakyat Malaysia di Mekah dan Madinah pada 26 April lepas.

Isu kuota haji timbul kerana kerajaan Arab Saudi sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau menggantung jemaah haji dan umrah dari negara ini berikutan kejadian itu.

Menurut Jamil Khir, walaupun kerajaan Arab Saudi belum memberikan sebarang reaksi tetapi pihaknya ada meminta penjelasan mengenai isu perhimpunan haram tersebut.

“Rakyat di Syria, Mesir, Tunisia, Libya, Yemen, juga ada masalah, malah lebih besar daripada negara kita tetapi mengapa perlu diterjemahkan kepada demonstrasi di Madinah dan Mekah,” katanya.-Utusan

Pisau kata ” Bersih 3.0 Nik Aziz kata halal”

What Would PAS’s Members Do If PAS’s Leaders Are Proven Wrong?

in PAS by

If UMNO stated that the fatwas that was brought by PAS saying that ‘vote for PAS, one would go to heaven’, PAS would accuse UMNO of being jealous, stupid and probably kafir.

Thus, we would like to ask PAS’s members, is Masjidil Haram’s Fatwa Council member, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi is jealous, stupid and kafir for saying that fatwas that are brought by PAS is stupid? The statement was made by him in an interview with Mingguan Malaysia yesterday.

The response of PAS’s leaders regarding the statement made by Dr. Sulaiman could just be that ‘UMNO had given wrong information about PAS to Sheikh Dr. Sulaiman that he somehow misunderstood the fatwas.”

PAS’s straight members would probably say the same to defend themselves. Other members who would have probably think before they say anything, would deny the fact that their leaders made such fatwa and they might say that UMNO was exaggerating.

What is certain, PAS’s leaders and members would do just about anything to tell themselves that they are right, although it is clear that they have taken the wrong path. Ego and pride would stop them from realizing their mistakes.

Sh. Dr. Sulaiman’s statement is very welcomed here in Malaysia because it seems that Muslims in Malaysia are fighting against each other because of some issues and confusion. But, the efforts in bringing them back to the right path would not be easy. All because Muslims here think that they are right even though they are heading at the wrong direction in faith, all because of their hate against the government.

Back then, Malaysian Muslims would be told by PAS to hate the government for not implementing Islamic law, which was seen as something that is kafir, but now PAS still plant their rage against the government although they had terminate the fight to build an Islamic nation when they started working alongside DAP and PKR.

It gets even sadder when PAS is not dominant in Pakatan Rakyat. Instead, they are merely followers of DAP and PKR. Whether they realize this or not, PAS is actually helping pluralist PKR and Christian Evangelist DAP to set their power in Malaysia in total through politics.

This may be hard to swallow but PAS has gone way far to the wrong direction, too far, too deep, since the 70s, and it is getting worse for the society. And in this matter, perhaps the government suffered a little out of it for not banning PAS since it was established.

Back then, PAS’s slip was covered by the extreme and Muslim fanatics’ image, but now it gets more clear as they are seen following the liberals who puts human rights in front of religion. From there, their leaders had to come up with contradicting statements to justify their position in the coalition.

Even though they are clearly wrong when they come up with a fatwa saying ‘vote for PAS, heaven will be yours’ has been around for a long time, Muslims in PAS probably want easy entrance to the paradise.

Heaven is something big, a blessing to men only for those who had done good deeds to everyone and the mother nature. Heaven is for those who is grateful for everything they have. It is not made based on laws made by men. Heaven and hell are decided by Allah S.W.T. And for that, that is why we hear stories of how a prostitute gets to go to heaven for feeding a dog and how a scholar ended up in hell because of pride.

We cannot understand how PAS members who act as if they put religion first could understand the basic things in Islam (heaven and hell) when one simply choose to go to either one of those places.

Sh. Dr. Sulaiman is not an UMNO member, not a politician and he does not represent the Egyptian government ot any other Arab nations. He is a man that speaks on the capacity of Muslim scholars who is responsible for the truth for the betterment of Muslims.

So, it is up to PAS members to either follow their leaders or to take the advice from Sh. Dr. Sulaiman to get back to reality

Komisyen Scorpene : Pembangkang Bermaharajalela Menipu Rakyat

in Pakatan Rakyat by

Isu scorpene ditimbulkan oleh pembangkang ‘di saat-saat akhir’ sebelum pengunduran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai senjata terakhir untuk memastikan Dato’ Seri Najib tidak akan ditabalkan sebagai pengganti beliau. Setelah gagal mengubah takdir di mana Dato’ Seri Najib telah dilantik sebagai Perdana Menteri, isu ini diteruskan oleh pembangkang dengan harapan dapat memendekkan tempoh pemerintahan beliau.

Seperti yang diketahui, pembangkang menggunakan berbagai-bagai jenis penyamaran untuk menyerang BN, antaranya Majlis Peguam, Suhakam, Himpunan Hijau, Suaram dan macam-macam lagi yang semuanya bersikap memusuhi kerajaan.

Dalam kes scorpene ini, pembangkang telah menggunakan Suaram untuk melancarkan serangan awal bagi pihak mereka. Sebagai permulaan, Suaram telah memfailkan aduan terhadap DCNS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia di mahkamah Perancis kerana ‘mengesyaki’ kegiatan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam tersebut. Isu ini dikatakan berkait rapat dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu, seorang model Mongolia yang kemudiannya cuba digambarkan sebagai mempunyai hubungan sulit dengan Perdana Menteri.

Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel dilaporkan berkata, “kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.”

Seperti yang disebut tadi, kita cukup maklum bahawa Suaram sebenarnya bertindak bagi pihak pembangkang yang ingin menjatuhkan Dato’ Seri Najib dengan apa jua cara.

Tetapi, apa yang dilakukan oleh mereka kali ini adalah tersangat keterlaluan iaitu memfitnah Perdana Menteri terlibat dalam pembunuhan dan membawa perbincangan berkenaan kos pertahanan negara kepada dunia.

Kos pertahanan negara adalah sesuatu yang sulit di mana segala butirannya tidak boleh dibentangkan secara terperinci. Setiap kerajaan di dunia perlu menyembunyikan beberapa fakta sebagai strategi keselamatan dan pertahanan negara masing-masing. Jika soal pertahanan dibentangkan secara terbuka, ia mampu mendedahkan negara kepada bahaya.

Apa yang tidak pernah disembunyikan oleh kerajaan ialah, kontrak perolehan kapal selam scorpene secara keseluruhannya adalah bernilai EURO 1.084 billion.

Dari jumlah itu, EURO 969.15 juta dibayar kepada DCNS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) sebagai kos perolehan dua kapal selam Scorpene, pakej Integrated Logistics Suppport (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam.

Bakinya, iaitu EURO 114.96 juta dibayar secara berperingkat dalam tempoh enam tahun kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai kos perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan projek Kapal Selam TLDM di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol serta pelatih-pelatih kapal selam di Brest, Perancis.

Semua ini tertulis secara terperinci dalam kontrak yang ditandatangani pada 5 Jun 2002.

Merujuk kembali kepada aduan yang dibuat oleh Suaram seperti yang dipetik di atas, iaitu “kes ini spesifik kepada pemberian komisyen EURO 114 juta yang diberikan kepada syarikat Perimekar”; justeru, berdasarkan fakta ini, persoalan yang timbul ialah, jika EURO 114 juta itu adalah komisyen, maka apakah ini bermakna Perimekar telah memberi perkhidmatan koordinasi dan sokongan secara percuma? Ini kerana, dokumentasi transaksi jelas menunjukkan bayaran yang terlibat kepada Perimekar hanyalah EURO 114.96 juta sahaja dan tiada lebihan.

Secara dasarnya, Perimekar bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan berikut:

– menyediakan kediaman lengkap bagi 27 keluarga pegawai di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.

– Menyediakan pejabat urusan dan kediaman lengkap bagi krew kapaal TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggara pengkalan di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.

– Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO50 sehari setiap seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua.

– Membiayai kos penerbangan pergi-balik setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia setiap empat bulan sekali.

– Syarikat ini juga bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat yang berpotensi untuk menyertai program offset.

– Membantu kontraktor utama berhubung prosedur kerajaan dalam perlaksaan kontrak.

– Menyelaras latihan antara krew, kontraktor dan kerajaan.

– Menyediakan laporan koordinasi dan lain-lain lagi.

Maka, sekali lagi kita ingin bertanya, jika benar EURO 114 juta tersebut adalah komisyen semata-mata, bagaimana Perimekar menanggung semua kos perkhidmatan di atas?

Hakikatnya, bayaran EURO 114 juta itu bukanlah komisyen tetapi bayaran untuk perkhidmatan yang disediakan oleh Perimekar. Ia adalah bayaran yang telus, nyata dan wajar dan tiada apa yang pelik dalam urusniaga ini.

Yang pelik hanyalah tuduhan Suaram dan pembangkang yang tidak berasas sama sekali.

Kesungguhan pihak ini untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib sehingga sanggup mengupah penulis yang punya sejarah sakit mental, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) untuk mereka-reka cerita mengenai penglibatan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya yang konon berkait rapat dengan pembelian kapal selam untuk negara, mula menimbulkan persoalan. Dari cakap-cakap kedai kopi kini terbau syak wasangka mengenai apakah pembangkang ada kena-mengena dengan pembunuhan tersebut?

Dengan RPK sudah pun mengakui yang dia hanya mereka-reka cerita sepatutnya sudah cukup untuk membuktikan bahawa bahagian lain dalam ceritanya, seperti isu scorpene ini juga adalah rekaan juga.

Oleh itu, kita mengalu-alukan siasatan pihak Perancis atau mana-mana pihak juga untuk terus membongkar isu scorpene ini. Tidak mustahil kita akan menemui sesuatu yang lebih lagi dari sekadar cerita rekaan pembangkang…

Majlis Fatwa Masjidil Haram Buat Kerja Gila?

in PAS by

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram sengaja mencari pasal dengan PAS Malaysia,masakan tidak..majlis fatwa ini sewenang wenangnya mengistiharkan Nik Aziz nyanyok,jahil ,bodoh dan paling dahsyat adalah berada didalam kesesatan.

Shiekh Dr Sulaiman Saloomi sengaja menghentam Nik Aziz sedangkan wali keramat ini adalah pemegang syurga buat jutaan para pengikutnya.

Pisau tahu tindakan Shiekh Dr Sulaiman lebih kepada berlandaskan sentimen pro Umno yang semborono? Para penganut PAS sudah pasti bersetuju dengan Pisau bahawa Shiekh ini telah dibayar oleh Umno untuk menjatuhkan Nik Aziz.

Mana mungkin kencing Nik Aziz hamis sedangkan beliau adalah orang orang suci dan ahli syurga..

Justeru Pisau berharap PAS mengistiharkan perang terhadap Majlis Fatwa Masjidil Haram kerana secara jelas menghina junjungan besar wali keramat Nik Aziz.

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi (gambar) menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Menurut Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang berakal, lebih-lebih lagi dari seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan serta perbuatan.

Jelas beliau, syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah bukan kepada mana-mana pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik.

”Antara amalan ketaatan kepada Allah dan penolakan daripada apa yang telah dilarang ialah menolak kepuakan dan menjauhi kepartian. Tidak ada dalil al-Quran dan Sunah untuk melibatkan diri dengan kepartian atau menjadikannya jalan kepada perkara baik dan betul.

”Bahkan ia adalah bidaah dari Barat (iaitu kepartian). Ia tidak wujud pada umat Islam dalam kurun terawal (zaman Rasulullah SAW, para sahabat dan at-tabiin),” katanya dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia yang disiarkan hari ini.

Sulaiman yang kemudiannya ditanya tentang seruan pemimpin parti tertentu terhadap kepelbagaian agama dan mengatakan semua agama adalah sama berkata, pendapat itu adalah kufur dan golongan yang berpegang dengan pendapat sedemikian di zaman silam ialah Ikhwan Safa.

Mereka ini katanya, terdiri di kalangan Syiah Batiniyah yang muncul di abad ketiga Hijrah serta telah dihukum kafir oleh semua ulama Hanafi, Shafie, Maliki dan Hambali kerana berkata secara literal bahawa : ”Pandangan kami mencakupi semua mazhab dan agama kami mencakupi semua agama.”

”Pendapat itu adalah suatu kekufuran kerana agama yang sebenarnya di sisi Allah ialah Islam sahaja dan tiada agama lain yang setanding dengannya. Pada zaman moden ini lahir doktrin Freemason yang menyeru supaya mengingkari semua agama atau menyeru kepada penyatuan semua agama dalam satu mazhab.

”Ini adalah perbuatan murtad dan keluar dari agama Allah,” tegas beliau.

Mengenai usaha menumbangkan kerajaan sedia ada di negara ini serta menyeru supaya diadakan demonstrasi jalanan, katanya, usaha itu bukanlah jalan kedamaian.

”Agama rasmi Malaysia adalah Islam dan syiar Islam (di negara ini) adalah nyata. Maka adalah menjadi kewajipan untuk nasihat menasihati dan membuat perdamaian. Ini adalah Manhaj (Prinsip Dasar) Nabi Muhammad SAW.

”Manakala demonstrasi jalanan adalah meniru perbuatan Barat yang jauh lebih banyak mendatangkan kerosakan dan kemudaratan ke atas umat Islam daripada kebaikan yang diharapkan,” jelasnya.

Sementara itu, Sulaiman ketika memberi reaksi terhadap kaedah kafir mengkafir yang digunakan oleh sesetengah orang Islam dan ahli politik untuk memancing undi berkata, ia tidak dibenarkan terutama jika digunakan terhadap seorang muslim yang masih lagi mengamalkan amalan Islam yang zahir serta masih mengucap dua kalimah syahadah.

Katanya, sesiapa yang menggunakan pendekatan itu terhadap umat Islam maka tuduhan tersebut akan kembali kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan Rasulullah SAW yang bermaksud : ”Sesiapa yang berkata kepada saudara Islamnya ‘Wahai Kafir’ tuduhan itu akan kembali kepadanya.”

”Adalah menjadi suatu kewajipan ke atas setiap muslim untuk berbaik sangka dengan saudara seIslam dan bergaul dengan cara yang baik,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan seseorang muslim tidak dibenarkan untuk bersepakat dengan mana-mana orang bukan Islam dalam apa jua keadaan sekalipun untuk menentang saudara seagama.

Kata beliau, sejarah dengan jelas telah membuktikan minoriti bukan Islam tidak akan mengundi untuk parti Islam melainkan jika parti Islam itu berkompromi sesuatu dari agama dan perbuatan tersebut boleh mendatangkan bahaya besar kepada umat Islam.

Pisau kata ” Sah tok shiekh ni Umno bayaq kan?”

Wall Street Journal : Sepatutnya Anwar Mengaku Bersalah..

in PKR by

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Pelbagai pandangan diberi melalui media dan ruang siber selepas penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan Ketua PKR Cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin, didakwa di mahkamah baru-baru ini atas tuduhan melanggar undang-undang ketika demonstrasi jalanan Bersih 3.0 di sini 28 April lepas.

Ketiga-tiga mereka juga dikenakan pertuduhan menghasut Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder dan Farhan Ibrahim supaya membuka sekatan di sekeliling Dataran Merdeka di Jalan Raja di sini, yang dilarang dimasuki peserta perhimpunan, pada hari sama.

Kesemua mereka mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan itu.

Mereka merupakan individu pertama yang didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman (PAA), yang berkuatkuasa mulai tahun ini.

The Wall Street Journal (WSJ), akhbar harian kewangan antarabangsa yang amat berpengaruh, menyiarkan pendapatnya yang mengatakan Anwar patut mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu sekiranya beliau percaya perubahan yang dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak memadai.

Rencana berkenaan bertajuk ‘Malaysian People’s Court, Anwar’s civil disobedience and the next election’, berpendapat cara lebih jelas untuk menyakinkan orang ramai bahawa PPA merupakan undang-undang yang tidak adil ialah dengan mengaku bersalah dan membayar denda menjelang berlangsungnya pilihan raya umum.

Rencana berkenaan, yang disiar dalam ruangan “Review and Outlook Asia” pada Khamis, berkata dengan mengambil kira segala ranjau dan duri yang dilalui Anwar sebelum ini, termasuk dua kali menghadapi pertuduhan berkaitan liwat dan dua kali juga dibebaskan, “Mungkin ada orang yang membuat tanggapan bahawa ini satu lagi pendakwaan yang bersifat politik”.

“Bagaimanapun, kes ini berbeza. Anwar bertindak melanggar tuntutan sivil dan kini beliau perlu menanggung padahnya.

“Keputusan sebenar akan datang daripada peti undi pada pilihan raya umum akan datang, yang dijangka diadakan lewat tahun ini, apabila pengundi akan memutuskan sama ada perubahan politik yang dilaksana Najib berjalan pada kadar yang sewajarnya, atau Anwar bertindak betul dengan mendesak perubahan dilaksana dengan lebih pantas”.

Akhbar itu seterusnya menulis, “Jika Anwar ingin melanggar tuntutan sivil, beliau tidak boleh berpura-pura tidak bersalah, pada waktu yang sama.”

WSJ berkata walaupun Najib patut diberi pujian kerana melakukan perubahan, pembangkang juga mempunyai alasan kukuh untuk mengkritiknya sebagai tidak memadai.

“Persoalan sebenar ialah sama ada masyarakat Malaysia lebih memerlukan perubahan pada kadar lebih pantas atau taktik konfrontasi yang dianjur pembangkang,” kata rencana itu. – BERNAMA

Wartawan Hentam Guan Eng & DAP

in DAP by
Freedom of Information yg diamal oleh Lim Guan Eng & DAP Penang

Ini adalah salah satu komen wartawan dari puluhan kertas yang menampal di dinding Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

video rakaman ni adalah contoh Guan Eng praktikkan kebebasan media…

Pisau kata “lepas ni kita tunggu pendedahan si rainbow kena main dengan guan eng”

#HBN2012 Gambar Semasa Perasmian PM.

in belia by

Ratusan ribu berkumpul serentak disekitar pentas utama semasa ucapan perasmian Hari Sejta Belia oleh PM .

Pisau agak bersimpati dengan blog haprak pakatan apabila mereka cuba spin kononnya perasmian PM tak mendapat sambutan.

Seluruh dunia saksikan lintas langsung yang disiarkan oleh RTM ,tapi apa boleh buat S.O.P haprak pakatan wajib menipu untuk burukkan aktiviti belia negara. Burukkan kempen Sejuta Belia dengan harapan kononnya program kerajaan Barisan Nasional UMNO diboikot ,buktinya didepan mata orang muda benar benar menyokong aspirasi kerajaan!

























Pisau kata ” meriah beb!”

in berita pisau by

Himpunan jutaan belia kali ini benar benar terasa semangat kebersamaan pelbagai lapisan masyarakat,agama dan kaum.

Keunikan Malaysia memang sukar ditandingi oleh mana mana negara didunia apabila rakyat pelbagai kaum bersama sama berkumpul dan memeriahkan sambutan Karnival Himpunan Sejuta Belia . Berkumpulnya golongan muda pelbagai kaum dan agama sekarang ini di Putrajaya adalah cerminan apa itu Malaysia sejak dari dulu hinggalah dimasa hadapan.

Vanue Little India dan Taman Kebudayaan Pemuda Cina dikunjungi oleh seluruh masyarakat pelbagai kaum.Malah Vanue yang mempamerkan produk dan kebudayaan orang asli juga mendapat sambutan hangat.

Sebelum Perdana Menteri berucap dihadapan ratusan ribu belia semasa perasmian dipentas utama. Nyanyian Negaraku dan lagu hari belia dapat kita saksikan seluruh belia berdiri hormat dan menyanyikan lagu kebangsaan.Beriringan menjulang bendera negara sambil bersorak 1Malaysia benar benar menaikkan semangat kebangsaan.

Dari yang bersekolah rendah hinggalah ke pelajar IPTA dan IPTS bersama sama tanpa ada sikap prejudis dan dicemari emosi politik . Kementerian Belia dan Sukan berjaya mengumpul jutaan belia dalam memberi makna erti keharmonian,jujur dan keikhlasan kebersamaan pelbagai bangsa dalam memacu negara kearah lebih baik dari hari ini.

BERSIH 3.0 : Fasa Kedua Kejatuhan Anwar

in berita pisau by

AIDC – Sama ada disedari atau tidak, Anwar Ibrahim kini sedang menuju ke fasa kedua kejatuhannya, di mana dalam fasa pertama dulu, Ketua Umum PKR dibuktikan dengan fakta statistik yang menunjukkan beliau telah jatuh merudum popularitinya.

Fasa pertama kejatuhan Anwar bermula selepas Oktober 2008 yang berpunca dari kegagalan beliau menunaikan janjinya sendiri untuk membentuk kerajaan baru dan menjadi Perdana Menteri (PM) pada 16 September 2008.

Kenyataan ini bukan bersifat andaian semata-mata, tetapi dengan sokongan fakta hasil kajian penyelidikan daripada Prof Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM.

Hasil kajian itu merumuskan populariti Anwar mula merudum sejak Oktober 2008, di mana sebelum itu, iaitu di antara April 2008 hingga 15 September 2008, Anwar telah membuat satu ‘janji besar’ kepada seluruh rakyat Malaysia iaitu beliau akan menjadi PM pada 16 September 2008.

Anwar telah letak tarikh spesifik, bila beliau akan jadi PM. Itulah janjinya. Itulah turning pointnya.

Fakta ini disokong oleh kenyataan YB Datuk Zulkifli Noordin yang merumuskan faktor pengerakan keluar aktivis PKR, termasuk dirinya sendiri, Tan Tee Beng, Datuk Zahrain dan lain-lain berpunca dari pembohongan Anwar menunaikan janji 16 September 2008.

Fasa Kedua Kejatuhan Anwar

BERSIH 3.0 dianggap anti-klimak, di mana peranan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali mula dipertikaikan di kalangan aktivis-aktivis BERSIH sendiri.

“Pembangkang, Keadilan tidak sepatutnya mengambil bahagian dalam perhimpunan ini, ianya telah dihijack,”kata Benji Lim, salah seorang penyokong BERSIH yang tidak berpuas hati dengan penglibatan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali dalam perhimpunan BERSIH, 28 April.

Benji Lim, seorang aktivis pembikin filem mahu mendengar sendiri jawapan Anwar tentang penglibatannya ketika sidang media di ibu pejabat PKR, 30 April.

Ketika timbul soalan berkaitan dengan ‘bahasa isyarat tangan’ yang disifatkan ramai pihak sebagai bahasa isyarat supaya peserta BERSIH rempuh-masuk ke Dataran Merdeka, Anwar dan Azmin menafikannya.

Ketika itu Benji Lim mula bersuara dan meluahkan kekesalan yang terbuku di hatinya.

“Apa maksud anda (Anwar) bahawa anda tidak menghasut peserta ? Saya berada di sana. Ketika penghalang (ke Dataran Merdeka) dibuka, ia seperti rempuhan. Rakyat boleh terbunuh apabila mereka cuba untuk menyeberang ke Dataran Merdeka dan anda membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh orang ramai”, kata Lim.

Anwar cuba memenangkan Lim dengan berkata ini adalah sidang media untuk para wartawan dan dia akan diberi layanan berasingan selepas ini.

“Tidak, saya mempunyai hak untuk tahu, kenapa anda mendakwa PKR tidak menghasut peserta. Saya juga adalah seorang warganegara”, kata Lim yang cuba ditenteramkan oleh staf PKR lain.

Big Fan Meragui

Kenyataan Benji Lim disokong oleh big fan‘ Anwar, Ahmad Ali Karim yang menulis di laman peribadinya, ahmadalikarim.wordpress.com.

Anwar Ibrahim memeluk Ahmad Ali dalam satu program pada 23 Mei 2010

“Apakah Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar seorang yang baik dan pemimpin yang baik?

“Mengapa Azmin tidak memberitahu lelaki India supaya berhenti membuka penghadang rintangan ke Dataran Merdeka?

“Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menggunakan megafon untuk memerintahkan Peserta BERSIH supaya tidak memasuki Dataran Merdeka apabila beliau tahu penghadang rintangan telah dibuka ?

“Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim melarian diri ?

“Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membantu atau melindungi peserta Bersih 3,0 apabila mereka berada dalam bahaya?

“Adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap benar atau beliau berbohong apabila beliau menafikan memberi isyarat kepada Azmin untuk membiarkan lelaki India membuka penghadang rintangan ke Dataran Merdeka ?,” itu soalan-soalan yang dikemukakan Ahmad Ali yang berumur 9 tahun.

Selalunya sentuhan deria kanak-kanak berumur 9 tahun seperti Ahmad Ali berpihak kepada kebenaran.

Kata orang, kanak-kanak tidak mungkin berkata bohong dan deria kanak-kanak amat sensitif untuk membezakan antara baik dan tidak baik.

Bahkan tiga orang lagi adik beradiknya, Aiman amani, Aeshah Adlina dan Anisah Afifah turut menyokong pandangan Ahmad itu.

BERSIH berjaya ?

Seorang lagi penyokong BERSIH, Lydiawati Osman menyalahkan Anwar dan Azmin sebagai ‘pengacau’ yang menghasut peserta supaya merempuh ke Dataran Merdeka, meskipun Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga memberi arahan supaya peserta bersurai.

“Saya berasa tertipu berarak untuk Bersih dan untuk Ambiga,”kata Lydiawati ketika meluahkan kekecewaan Anwar merampas perhimpunan tersebut untuk kepentingan politik peribadinya.

“Pengorbanan saya untuk menghadapi sebarang kemudaratan tubuh badan, bukannya murah untuk dibeli dengan propaganda pembangkang.

“Saya tidak akan berarak lagi jika Anwar dan pengacau-pengacaunya dibenarkan untuk mengambil alih apa yang sepatutnya dimiliki oleh masyarakat sivil.

“Kami telah mencipta kesedaran ini, kami berjuang untuk ini, kami telah ditangkap dan merasa tidak selesa untuk ini tetapi akhirnya Anwar dan pengikutnya telah mengutip ‘kejayaan’ dari Bersih 3.0.

“Anwar dan Pakatan Rakyat tidak demokrasi dalam mengutip ‘keuntungan’ daripada ini,” luahnya.

Menurutnya, jika tanpa penglibatan Anwar dan para pengikutnya, sudah pasti BERSIH 3.0 berakhir dengan aman dan damai.

Saat Kejatuhan Anwar

Lim Chee Wei

“Huru-hara dan detik mula pengakhiran untuk Anwar,” kata Lim Chee Wei, Presiden Majlis Peguam.

Kenapa Lim Chee Wei yang sebelum ini dilihat sebagai antara penyokong utama Ketua Umum PKR berpendapat BERSIH 3.0 sebagai detik permulaan era kejatuhan Anwar ?

Puncanya, huru-hara dan keganasan yang berlaku semasa perhimpunan BERSIH 3.0 yang bermula dari bahasa isyarat tangan yang disifatkan arahan untuk merempuh ke Dataran Merdeka.

Menurutnya, tindakan Azmin itu merupakan paku terakhir dalam keranda politik mentornya, Anwar Ibrahim.

“Orang ramai melihat Anwar hilang kawalan dan menghantar askar-askar pengacaunya untuk memusnahkan segala-galanya,” katanya sambil menambah bahawa Anwar Ibrahim tidak mungkin dapat merealisasikan cita-cita menjadi PM, ekoran tindakannya yang desprado dan terdesak sudah dikesan oleh rakyat jelata dalam perhimpunan BERSIH 3.0.

Menurutnya, peserta-peserta BERSIH yang memecahkan kereta peronda polis tidak akan terdorong untuk melakukan perbuatan itu, jika tidak dihasut dan individu yang menghasutnya adalah Anwar Ibrahim.

“Anwar tahu jika mereka melakukan huru-hara di jalanan, polis akan bertindak. Hanya dengan itu, kawan-kawannya dalam media asing akan mendapat banyak liputan menarik tentang huru-hara lagi di negara majoriti Muslim yang lain”

Katanya, sebagai seorang berbangsa Cina, beliau melihat sejak dari tahun 2008, inilah saat Anwar tidak sesuai untuk menjadi PM kerana tidak menepati ciri-ciri pemimpin demokrasi.

“Saya dengan ini menulis, inilah detik mula pengakhira kerjaya politik Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu pada 28 April 2012,” tegasnya.

Sindrom Penafian

The Wall Street Journal (WSJ), berpendapat Anwar sepatut mengaku bersalah terhadap pertuduhan melanggar undang-undang ketika demonstrasi jalanan Bersih 3.0, 28 April lepas, sekiranya beliau percaya perubahan yang dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak memadai.

Pada kejadian tersebut, Anwar, Azmin dan Ketua PKR Cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin dikenakan pertuduhan menghasut Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder dan Farhan Ibrahim supaya membuka sekatan di sekeliling Dataran Merdeka yang dilarang dimasuki peserta perhimpunan.

Menurut WSJ dalam rencananya bertajuk “‘Malaysian People’s Court, Anwar’s civil disobedience and the next election” berpendapat cara lebih kukuh untuk menyakinkan orang ramai bahawa undang-undang yang tidak adil adalah dengan mengaku bersalah dan membayar denda menjelang berlangsungnya pilihan raya umum.

Jika Anwar terus mengamalkan sindrom penafian dan menuduh pendakwaan bermotif motif ia akan meletakkan kes ini dengan kes pertuduhan liwat yang pernah dilaluinya.

“Bagaimanapun, kes ini berbeza. Anwar bertindak melanggar tuntutan sivil dan kini beliau perlu menanggung padahnya.

“Jika Anwar ingin melanggar tuntutan sivil, beliau tidak boleh berpura-pura tidak bersalah, pada waktu yang sama,” tulisnya.

Jika Anwar menang sekalipun di mahkamah dalam kes tersebut, bermakna beliau tidak mahu bertanggungjawab di atas insiden rempuhan di Dataran Merdeka pada 28 April dan meletakkan seratus-peratus kesalahannya kepada rakyat untuk melepaskan tengkuknya.

Dan inikah teladan pemimpin baik yang diwar-warkan oleh para pengikutnya sebagai bakal PM ?.

Kes ini sama seperti pada hari kejadian, di mana selepas beliau didakwa memberi arahan dan para peserta mula masuk untuk ‘bertempur’ dengan polis, Anwar mula menghilangkan diri.

Sekiranya Anwar mengaku salah dan memohon maaf, sekurang-kurang dapat meredakan kekecewaan individu-individu seperti Benji Lim, Ahmad Ali, Lydiawati Osman, Lim Chee Wei dan ramai lagi yang pro-BERSIH.

Sekaligus membuktikan Anwar Ibrahim masih lagi lelaki Melayu-Islam yang budiman sepertimana yang pernah disebut oleh bekas sahabat lamanya, Ustaz Ismail Mina.

Di kalangan blogger-blogger pro-pembangkang seperti ktemoc dan CT Ali sudah membahaskan tentang liabiliti hubungan akrab Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.

Malah, blogger Amenoworld merupakan antara individu yang menyalahkan Anwar dan Azmin dalam kejadiam melanggar perintah mahkamah memasuki Dataran Merdeka, 28 April itu.

Berikut kronologi foto-foto bahasa isyarat Azmin, Anwar yang bukan lagi menjadi rahsia umum.

Minit 00:01 – Kelihatan Anwar sedang memalingkan muka ke arah Azmin, ketika Chegu Bard sedang berucap. Anwar duduk di atas sebuah trak pikap, dihadapan Bank CIMB Masjid Jamek



Minit 00 : 06 – Kelihatan Anwar mula beri isyarat tangan kepada Azmin

Bermula minit 00 : 08 – Kelihatan tangan Anwar merewang-rewang di atas kepala seorang lelaki berbaju oren seorang aktivis PAS, Mazlan Aliman yang menunjukkan isyarat tangan berbentuk arahan kepada Azmin



Bermula minit 00 : 14 – Rakaman dari sisi Azmin pula. Azmin dikatakan berdiri di atas kereta supaya dapat melihat isyarat-isyarat Anwar. Turut kelihatan adalah orang kanannya, R Thangam yang juga dapat melihat isyarat-isyarat Anwar

Azmin berpaling kepada Thangam yang sedang menunjukkan ibu jari ke arah penghadang Dataran Merdeka

Thangam mengesahkan arahan Anwar itu daripada Azmin

Azmin menganguk-angukkan kepala sebagai mengesahkannya

Seorang lelaki lagi yang turut berada di samping Azmin tunjuk isyarat ibu jari yang mungkin membawa maksud ‘OK’ kepada Chegu Bard

Cuba dengar secara teliti apa yang diucapkan oleh Chegu Bard sebagai orang yang memegang loud speaker ketika itu..

Kedengaran suara..’masuk..masuk..masuk’ ketika Azmin mula turun dari tempat tinggi

Mulai minit 00 : 30, Thangam mula buka penghadang Dataran Merdeka

Para peserta mula masuk ke Dataran Merdeka…

sumber:AIDC

Pakatan Berjaya Kumpul Jutaan Belia Di Shah Alam!

in belia by
beliaselangor1xx


MALU BESAR…itu kata-kata yang paling afdal untuk memulakan kisah ini.Nawaitunya nampak macam nak ‘lawan tetap lawan’ dengan Himpunan Jutaan Belia yang sedang berlangsung dengan meriah dan jayanya di Putrajaya.

Majlisnya, Himpunan dan Konvensyen Belia Selangor 2012.Tarikhnya Sabtu.Lokasinya Komplek Belia dan Sukan Selangor Seksyen 7 Shah Alam.

Himpunan sehari ini dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor menerusi pejabat Exco Belia.

Kalangan wartawan yang ditugaskan membuat liputan himpunan itu terpinga-pinga melihat keadaan dan suasananya.

Lengang dan sepi dari pagi hingga ke petang.

beliaselangor2xx

Mengikut jadual sepatutnnya Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi Selangor akan beri ucaptama dan tetamu kehormat lain adalah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Namun tunggu punya tunggu, tidak ada siapapun hadir.

Sebab apa… mudah saja, tak dapat sambutan LANGSUNG. Suasananya paling memalukan bagi sesiapa saja yang berada di situ.

Ini jauh beza dengan kemeriahan di Himpunan Jutaan Belia diPutrajaya, yang berlangsung dari 23 hingga 27 Mei. Ada lebih 500 program, 22 pentas dan ratusan acara, dengan kehadiran belia dari seluruh negara.

Tinjauan Agendadaily di Komplek Belia dan Sukan Shah Alam jam 3.00 petang dapati yang ada hanya petugas sahaja.

Program forum yang melibatkan ‘ikon belia PR’ aktivis mahasiswa ,Adam Adli tidak ada pengunjung kecuali petugas dan unit amal yang duduk tidak sampai 20 orang.

beliaselangor5xx

Ratusan kerusi kosong, bukan dalam dewan sahaja, di luar dewan.

Suasana lebih menyayat hati kepada peniaga-peniaga, tak ada orang datang.

Dalam erti kata lain, rugi besar.

Difahamkan pada sebelah pagi, program yang seharusnya bermula pada awal pagi, terpaksa ditunda kerana KETIADAAN PESERTA.

Jumlah yang hadir jam 10:24 pagi, tidak sampai pun 100 orang. Walaupun Pesuruhjaya PAS, Dr. Rani Osman dan Exco Adat Resam Melayu, Dr. Ahmad Yunus bin Hairi telah sampai awal dan mundar-mandir melihat jumlah peserta yang berapa kerat sahaja.

Walaupun majlis dijadualkan seawal jam 9:00 pagi, namum sehingga 10:24 pagi, majlis tetap tidak bermula.

beliaselangor6xx

Kalau dilihat kepada persediaan, memang gempak habis,ada empat kaunter pendaftaran mengikut kategori iaitu NGO, Orang Awam,Mahasiswa dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT), telah disediakan.

Manakala jika bilangan kerusi-kerusi yang diatur, diambil kira,sepatutnya kehadiran peserta adalah paling kurang 1,000 orang . 50 meja akan untuk 500 orang dan 2 skrin putih besar turut disediakan.

Berdasarkan aturcara, Anwar hadir pada majlis tersebut pada pukul 9:00 pagi.

Pada ketika Exco PAS Selangor Dr. Yunus Hairi berucap jam 10:15 pagi, Anwar Ibrahim masih belum nampak kelibat dan batang hidungnya. Kehadiran pula tidak sampai 100 orang.

Penganjur turut menayangkan video debat PTPTN antara Khairy Jamaluddin dan Rafizi Ramli pada 23 Mei 2012 lalu.

Tayangan terpaksa dibuat sementara menunggu kehadiran lebih ramai hadirin.

Lebih malangnya, pada ketika itulah lebih kurang 40 orang belia dari Kedah bertindak keluar dari dewan kerana mendakwa tertipu dengan program berkenaan.

Mereka telah dijanjikan untuk dibawa ke Program Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya, sebaliknya mereka dibawa ke Program Himpunan dan Konvensyen Belia Negeri Selangor 2012.

Exco PKR Selangor Yaakob Sapari, yang mewakili Menteri Besar Selangor ketika berucap akhirnya mengesahkan Anwar tidak dapat hadir kerana terlibat dengan program lain kononnya.

Keseluruhan program berkenaan tidak mendapat sambutan ekoran kehadiran yang sangat tidak memuaskan iaitu tidak sampai 150 orang.

beliaselangor8xx

Walaupun penganjur membuat hebahan awal dengan memasang kain-kain rentang dan membuat penyebaran SMS kepada seramai 33,000 orang belia di Selangor, namun usaha tersebut masih gagal menarik kehadiran golongan belia ke majlis berkenaan.

Terdengar ada kalangan yang hadir berbisik ini satu pengajaran kepada kerajaan Selangor pimpinan PKR, jangan nak dakwa ‘RAKYAT’ sentiasa menyokong mereka.

Kalau bandingkan antara kehadiran di Shah Alam dan Putrajaya, bos-bos pembangkang di Selangor jenuh kena cari lubang cacing untuk sorok muka.- OLEH HELME HANAFI/AgendaDaily – 26/5/2012

PM dan MB Di Halau Keluar Masjid!?

in Pakatan Rakyat by

Ahli jawatankuasa Masjid Taman Sri Pulai Perdana bertindak menghalau “Anugerah Tuhan” Ds Anwar Omega yang gila nak jadi PM dan Salahudin Ayub calon MB pakatan kerana mahu berceramah politik didalam masjid.

Anwar dan Salahudin cabut lari kemaluan kerana kehadiran mereka tidak diterima dek kerana hanya dialukan jika mahu beribadat bukan berpolitik secara gampangan.

Pisau kata “dia selalu kata rakyat sok0ng dia..betullah tu..sampai kena halau..hehe”

Belia Hari Ini Pewaris Negara Kita

in belia by


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan berjanji akan menyajikan dan menyerahkan kepada belia sebuah negara yang lebih baik daripada hari ini untuk diwarisi oleh golongan itu. Justeru itu, Perdana menteri berkata apa yang dilaksanakan oleh kerajaan menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan agenda transformasi nasional adalah demi menyediakan sebuah negara yang hebat dari segala hebat.

“Saya dah anggota Kabinet berhimpun atas pentas ini…tidak ada apa yang lain melainkan di atas bahu kami…kami melihat muka belia hari ini pewaris negara kita, apa yang nak kita lakukan dengan ETP,dengan agenda transformasi nasional, tidak lain dan tidak bukan kami nak menyerah sebuah negara Malaysia yang lebih baik daripada hari ini,

“Sebuah negara yang lebih berjaya dan hebat,sebuah negara yang berjaya dari segala sudut, kita akan jadi Malaysia negara maju dan juga sebagai Negara 1Malaysia…InsyaAllah,” katanya semasa berucap sempena sambutan Hari Belia Negara di sini,hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor serta barisan menteri Kabinet. Dalam ucapan pelancaran Hari Belia itu, Najib berkata semua rakyat Malaysia perlu bersatu padu bagi melonjakkan negara sebagai negara yang hebat dan berjaya.

“InsyaAllah kita akan menunaikan dengan bersungguh-sungguh, kita akan bersemangat bekerja siang dan malam, kita akan sajikan negara Malaysia yang lebih baik daripada hari ini untuk dimiliki dan diwarisi saudara saudari,” katanya.

Beliau turut mengajak para belia untuk merenung sejenak apakah kejayaan yang dimiliki negara sehingga kini dan pembangunan yang dinikmati di Putrajaya sehingga mampu menjadi sebuah lokasi menghimpunkan jutaan belia.

“Ia adalah kerana lebih kurang 55 tahun lalu, orang-orang muda yang sebaya dengan saudara-saudari pada ketika itu menjadi pengundi telah mengambil keputusan dan membuat pilihan tepat lagi bijak.

“Mereka memilih sebuah kerajaan dan kerajaan yang telah dipilih itu Berjaya memimpin negara kita, melakukan perubahan demi perubahan, selama tempoh menjangkau 55 tahun,” katanya.

Perdana Menteri berkata bukan dalam sekali pilihan raya tetapi 12 kali, generasi belia dan mereka yang lebih dewasa telah memberi kepercayaan kepada kerajaan yang sama dan kerajaan sama itulah yang membuktikan kemampuan untuk membawa perubahan demi perubahan.

Disebabkan itu, pada hari ini, katanya kerajaan yakin dengan tema ‘Jadikan Hari Esok Lebih Baik Daripada Hari Ini’, kerana sudah 55 tahun janji ditepati dan selama tempoh itu juga pelbagai perubahan hebat berlaku.

“Para belia yang berhimpun hari ini akan menjadikan pihak yang ada di luar boleh berasa yakin bahawa di bawah pimpinan kerajaan yang ada hari ini, esok akan lebih baik daripada hari ini,” katanya. Antara intan dan kaca, Najib berharap belia mengetahui siapa yang boleh menjamin sebuah negara yang maju dan berjaya.

“Suara belia adalah suara keramat justeru belia perlu bangun serta tunjukkan bahawa saudara-saudari semua adalah golongan bijak memilih,” katanya.

sgb

in Berita Utama by

Sepanjang Himpunan Sejuta Belia 2012 mendedahkan akan akan hala tuju dan kemajuan belia secara keseluruhannya dinegara kita. Dari pembangunan sukan,hiburan,perniagaan hinggalah kepada akademik telah banyak berubah dalam masa yang amat singkat.

Penglibatan belia didalam bidang sukan seperti motor supercross atau sukan dijalanan seperti skate board telah membawa nama negara hingga ke peringkat antarabangsa.Dahulunya suka sebegini dianggap tidak ada masa depan tidak seperti sukan sukan yang lain. Golongan Belia membawa bendera negara hingga ke sukan X Games peringkat antarabangsa.Ada yang berjaya merangkul pingat emas dan membuat penampilan yang memberangsangkan.

Didalam industri hiburan penglibatan golongan belia bukan saja menjadi artis atau selebriti,malah belia dinegara ini terlibat di pelbagai bidang dibelakang tabir contohnya menjadi jurutera bunyi,jurureka graphic hingga ke Hollywood. Salah satunya produk yang harus dibanggakan oleh rakyat Malaysia apabila sekumpulan graphic designer & 3D Animator menjadi tulang belakang didalam penghasilan filem box office Iron Man.

Didalam perniagaan,sekarang ini ramai golongan belia dididik menjadi usahawan dan menjadi ahli perniagaan. Ada yang mampu menjadi peladang,penternak yang berjaya. Ada yang menghasilkan produk produk makanan dan industri pembuatan hingga memasarkan ke seluruh dunia.Kejayaan sebegini bukan datang sendiri sebaliknya atas inisiatif kerajaan dalam pembangunan usahawan yang berterusan.

Sistem pembelajaran dinegara kita adalah diantara yang terbaik didunia. Golongan belia yang berjaya mencapai peringkat akademik tertinggi hingga melayakkan mereka menjadi antara saintis terbaik didunia yang berjaya memenangi puluhan anugerah diseluruh dunia. Penghasilan vaksin hinggalah kepada kit pengesan DNA Khinzir.Sumbangan golongan belia didalam bidang akademik bukan sedikit malah menjadi panduan daripada negara negera Islam dari seluruh dunia.

Kesemua ini dihimpunkan dan dipamerkan di Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya. Apa yang dicapai oleh golongan belia sekarang ini bukan datang bergolek,tetapi atas hasil usaha yang gigih dan ingin maju membawa perubahan lebih baik pada masa hadapan telah memacu negara yang berekonomi mampan.

#HBN2012 JPJ Gagal Tangkap Mat Motor Di Putrajaya!

in belia by

Semalam sebaik saja mendarat dari menaiki belon panas,rasanya malam tu dah tak ada benda lain yang boleh terbang di Putrajaya.

Sangkaan ku meleset belaka,rupanya ada motor terbang..kat Malaysia mat rempit sekadar jadi superman atas motor paling hebat pun terbang atas jalan jer..tapi kali ni di Himpunan Sejuta Belia,4 orang rempit dari Jepun dibawa khas oleh penganjur mempamerkan aksi berani mati..Tunggang motorcross sambil mempamerkan aksi akrobatik yang pasti buat korang kecut perut..

Bersorak budak budak kat bawah tu tengok jepun terbang dengan motor..4 orang rempit Jepun tu sebenarnya adalah jaguh supercross dunia dan juara Supercross Jepun.Pelbagai aksi yang perhatikan kalau ramai budak rempit tempatan belajar terbang macam ni..alamat lepas ni budak Jepun tu tak boleh cari makan lah..







Pisau kata ” layan tengok aksi free style diaorang nih..”

Did Lim Guan Eng ‘Harrass’ Ng Paik Kheng?

in Pulau Pinang by


Ng Paik Kheng may be unknown to others. She is not a film star nor even an athlete. But there is something about her that will make her popular – even though it is not exactly celebrity popular.

It was foretold that Ng Paik Kheng was involved in a forbidden relationship with someone. Writer do not know who that person is but the relationship had annoyed ADUN Kota Laksamana from DAP, Betty Chew that she decided to ‘harrass’ the woman. Rumor said that the harassment somehow involved physical violence as well.

This issue has become one of the hot topics between DAP’s inner circle who are close with Betty Chew.In the beginning, we are not that interested with Betty Chew’s issue with this woman. But somehow, the relationship involves a politician. We all know that politicians are just as same as celebrities where their privacy are owned by rakyat because rakyat are the ones who gave the the power.And when physical violence is involved, obviously rakyat would need to know on what is really happening out there.

That is one matter, another thing is when we receive information saying that DAP’s propaganda team is tried their best to deny the existence of that woman. It was so bad that writer was informed that the picture and name of this Paik Kheng was changed to avoid people from knowing her real identity.

But we are good too. We have the real picture and name of that particular woman.
But somehow their effort has brought us to yet another question. They must be hiding something big. Because the last time they did such a thing was when one of Penang’s Chief Minister’s children were connected with an attempt to grope a female student’s breast in Penang.

In a way, DAP’s propaganda team would not be that hardworking is the case was not that serious and that it could affect the party.

Thus, writer think that it is wise Betty Chew come up with a press conference to explain this matter to the public. Is it true that she ‘harrased’ the woman in question? Because if that really happened, DAP would be in deep trouble, considering that they are proud with the concept of accountability and integrity.

No one can be above the law. Betty Chew should know about that. If Paik Kheng really broke the law, she should lodge a report to the police so that actions can be taken. Writer feels that most DAP members would advise her about the law, that is, if she understands it.

Unless, Paik Kheng’s actions had nothing to do with the law but it was more towards personal issue?

Whatever it is, we are not interested to talk about this issue from the angle of sensation, even though, it would really be interesting to follow the updates. All we know is, this law breaking actions were committed by a person who makes the law. Today it might be state law, perhaps in the future, parliament? This matter is not impossible, the fact that it happened in DAP, because the party is only controlled by a few leaders from their own families, then and now.

What would happen is the person who makes the law ends up breaking it?

#HBN2012 Pisau Di Awangan Beb!

in belia by

Sebentar tadi terasa diawangan hehe,Pisau dah biasa naik kapal terbang kali ni naik belon terbang pulak.

Belon yang ditempah khas dari UK ni harganya setengah juta beb,diperbuat daripada kain nylon.Yang menariknya Pisau tengah rancak berbual dengan jurumudi belon tak terasa yang kami dah di udara.Tenang je kat atas tu…layan beb..

Korang yang teringin nak naik belon panas jom turun ke Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya.Lokasinya bersebelahan vanue Bee Ant Blues dan vanue Motorcross.





Gambar dari udara tak berapa jelas..rugi naik malam malam ni…!

Pisau kata ” TuneTalk buat promosi sekali naik belon RM20 jer untuk 2 orang..ok la tu..murah!”

Kouta Haji Terjejas,Pencapaian Terbaik Bersih 3.0!

in Demo KL by


Kerajaan sedang melakukan beberapa langkah proaktif bagi memastikan jumlah kuota haji untuk jemaah Malaysia tahun ini tidak terjejas ekoran perhimpunan haram yang diadakan di Mekah dan Madinah pada 26 April lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ramai jemaah telah menyatakan kebimbangan sama ada mereka masih berpeluang menunaikan haji pada tahun ini atau tidak ekoran insiden yang telah mengundang perhatian serius daripada kerajaan Arab Saudi.

Kerajaan Arab Saudi dilaporkan sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau menggantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia berikutan insiden perhimpunan haram itu.

Sebagai langkah awal, Jamil Khir berkata, beliau akan memohon bantuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Arab Saudi agar dapat menyelesaikan kebimbangan mengenai kuota haji.

“Saya minta Perdana Menteri untuk bantu kita campur tangan menghubungi Raja Abdullah dan kerajaan Arab Saudi supaya kuota haji tahun ini akan dapat sebagaimana yang kita harapkan kerana persiapan semua kita sudah buat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Duta Arab Saudi ke Malaysia Fahad Al Rashid di Bangunan Tabung Haji di sini hari ini. – BERNAMA

Pisau kata ” inilah padahnya berimankan Amibiga Anwar Azmin”

Demo Ganas Di Komtar Hingga Bakar Membakar!

in Pulau Pinang by

Sebentar tadi jam 3 petang Perkasa mengadakan demonstrasi bantahan dihadapan Maybank Komtar.Seramai 50 orang terdiri daripada ahli Perkasa,PAJIM berkumpul menyatakan bantahan.

Pihak Perkasa dan juga PAJIM telah berkelakuan ganas hingga membakar sebanyak 10 helai baju Bersih 3.0 sebagai tanda benci kepada Bersih 3.0 yang dikatakan berniat jahat dan rakyat tertekan dibawah kerajaan regim DAP Pulau Pinang.

Tapi itulah yang haprak pakatan tuduh pelbagai penghinaan kepada Perkasa,seganas ganas diaorang takde pula cederakan orang atau hancurkan kereta polis.Ganas sekadar bakor baju jek..

Pisau kata ” abis la perkasa nanti kena tuduh ganas hehe…”

#HBN2012 Occupy Di Putrajaya?

in belia by

Ini perkhemahan yang halal tanpa perlu melanggar undang undang ,anak anak ini memberi contoh yang baik kepada haprak pakatan terutamanya mahasewel yang gila berkhemah di Dataran Merdeka.

Korang bayangkan budak budak ni lebih berakal daripada mahasewel yang menggila membuat perkhemahan didataran merdeka sambil membuat maksiat dan perkara tak berfaedah.

Jambori pengakap di Himpunan Sejuta Belia Putrajaya berjaya mengumpulkan lebih 3 ribu pengakap dari seluruh negara. Dari sekolah rendah hinggalah kepada pelajar IPTA dan IPTS.
Perkhemahan pengakap ini bersebelahan Masjid Sultan Mizan atau dikenali sebagai Masjid Besi.

3 sayap pengakap bergabung yang terdiri daripada pengakap darat,laut dan udara.










Pisau kata ” terkenang di masa lalu…aku pun penah merasa juga jambori ni masa sekolah dulu..:-)”

China Press: Ambiga Is Like A Scrap Metal Thief

in berita pisau by


It’s funny how Ambiga Sreevanesan is now actually getting more and more annoyed as she has to face with series of peaceful assemblies in front of her house. She and her supporters definitely never really saw this coming from rakyat.

Bottom line is, Ambiga still would not admit that those who ran their business in front of her house are among rakyat and she tried to accuse that the government or UMNO is behind all this. It is not true. Who is behind the assembly is not the issue.

The issue here is that if it is true that they are UMNO members, they are also Malaysians who have the rights to express their feelings to those who had caused loss to their businesses back in April 28.

Now it is proven that Ambiga and BERSIH’s fight is just a hypocrite where their rights are only made for the sake of Ambiga and Pakatan Rakyat. Any rakyat who do not support them do not have the rights to do the same thing as they did.

What is more interesting is when a few friends of Ambiga and those who sympathize her tried to help by giving arguments to deny rakyat’s rights to assemble in front of her house.

Few of them include A.Samad Said who asks rakyat not to harass Ambiga. Ambiga’s supporters in the cyber world also tried their best to mock the assembly, hoping that it would demotivate those vendors.

The same thing went with a Chinese newspaper, China Press where they stated that such vengeance is simply idiotic.

Yes, having a grudge may be idiotic, and BERSIH 3.0’s actions in breaking the law and rioting may not be idiotic, but it was an evil deed and it can be described as worse than being idiotic.

Because of BERSIH, the image of this country was torn apart, most local business suffered losses, and the government had to pay for the damage on public properties. All because of Ambiga.

China Press tried to argue that Ambiga should not be responsible to pay back all the losses that those vendors had suffered. Their excuse, the destruction that was caused during BERSIH 3.0 was due to government’s negligence and incompetence.

So, the government is the one who should compensate them instead, not Ambiga. They added, their business space and their profit were given by the government via taxpayers’ money. Somehow we can sense the racial discrimination in the statement. Do China Press want to indiscreetly tell everyone that majority of those vendors are Malays and taxpayers are Chinese vendors?

It got funnier when China Press stated that those vendors should have been able to make more profit during BERSIH 3.0 if they are wise enough to see their chances.

Thus, why did BERSIH 3.0 choose to march around business areas that are owned by the Malays and Indians and avoid marching around Chinese business space? Is it because the Chinese had known that such assembly would cost them huge lost and that they had taken early measures to ensure that their businesses are free from any risk?

The example that they gave was that if someone fell in a drain because the cover was stolen, the government is the one who is supposed to pay for the medical cost of the victim, not the thief.

Perhaps China Press fail to realize that taxes that are paid by rakyat is used for the development of the country, not to provide compensation to clean up for those who had broken the law and created chaos. Those taxes are used to produce rakyat who would contribute to the country, not thieves, terrorists, traitor or a rebel such as Ambiga.

For that, China Press, if the drain-cover thief is caught, the thief is the one who would be ordered by the court to provide compensation to the victim.
Besides, is China Press trying to relate Ambiga with the scrap metal thief?
In the case of BERSIH 3.0, we know who the criminal is and the criminal is obviously from the legal industry, the former President of Bar Council.

She was given the chance to form as assembly in a stadium where security and peace would be a guarantee. She was also informed of restricted area that the assembly cannot go to.

But, Ambiga chose to reject the safe zone and took the risk to form a march in the streets. Due to that, BERSIH supporters then began to break the law by breaking into the restricted area. All because of Ambiga’s headstrong decision, which then led to destruction of public properties and injuries of many.

Like it or not, Ambiga should hold the responsibility for what her supporters had done, as a leader with principal, attentive and integrity. It is quite embarrassing for a person who had received a few human rights awards from the West to not take any responsibility or even face the consequences of her own doing.

Does she know that as a good leader, she and her followers should hold the responsibility in each things that they had done? If she is not aware of this, then China Press might be right when they relate her to a drain-cover thief!

#HBN2012 Gempar! Lagi Demo Bersih Di Putrajaya!

in belia by

Negara menjadi porak peranda dengan keganasan puak pengganas Bersih,harta benda awam dirosakkan,ada yang tercedera ,menggangu warga kota dan ibu kota menjadi kotor.

Perbuatan Bersih tidak berhenti disitu saja,kali ini ada lagi puak yang berani turun di Putrajaya semasa Himpunan Sejuta Belia.

Semalam Pisau terserempak sekumpulan puak ini berkumpul dalam kumpulan yang kecil,kali ini mereka berbaju putih bersih dan plastik sampah berwarna kuning.

Kumpulan Bersih ini menjadikan plastik Kuning sebagai beg sampah untuk mengutip segala macam jenis sampah demi menjaga kebersihan Putrajaya bandar pusat pentadbiran negara kita.

Ironinya kumpulan ini membuat pembersihan menggunakan plastik sampah berwarna kuning berbanding puak pengganas Bersih yang dikepalai oleh Anwar Ambiga Azmin.

Demo mana lebih baik?
Bersih 3.0




Atau Demo yang ini?




#HBN2012 Eksklusif: 2 Gadis Bertumbuk Semasa Himpunan Belia!

in belia by

2 gadis bertumbuk berebut blogger Media Permatang Pauh atau nama manjanya MPP,sungguh sungguh bertumbuk sampai ada yang dipijak dan dipukul dengan kayu.

Sebenarnya ini adalah demo seni mempertahankan diri daripada Jabatan Pertahanan Awam atau dikenali JPAM.

Demo ini disertai oleh lebih 30 orang anggota lelaki dan wanita. Semasa Bersih 3.0 JPAM hanya membantu memberi pertolongan cemas kepada perusuh dan pengganas pakatan,rupanya anggota ni dilatih untuk bertempur.

Nasib baik geng JPAM tak mengamuk kalau tak pasti geng perusuh & penjahat Bersih kena belasah.

Jom tengok diaorang bertumbuk…




Pisau kata ” MPP memang ramai peminat.”

#HBN2012 Ada Golongan Belia Kecewa!

in belia by

Hari ini sehari suntuk Pisau berada disekitar Himpunan Sejuta Belia,kawasan himpunan ni punya la besar..memang patut dinobatkan di antara karnival 10 terbesar didunia.Dari pagi hinggalah ke petang berjalan sampai kepala lutut pun longaq..

Walaupun hari ni hari bekerja,tapi sambutan amat menggalakkan setiap venue dipenuhi dengan pengunjung. Beribu khemah dengan bermacam macam jenis pameran dan juga aktiviti untuk belia.

Lepas penat berjalan singgah kejap di gerai minum,sambil lepak tu ada 3 orang anak muda yang nampak keletihan,bila ditegur rupanya mereka ini dari Sungai Petani,sanggup berkongsi kereta datang dari jauh,malangnya mereka merungut kecewa kerana kawasan ini terlalu besar dan tak sempat untuk sehari berjalan diseluruh vanue.

Kurang kurang 2 hari baru semua vanue baru boleh habis nih rungut anak muda..peringatan kat korang..nak turun sini stamina kena kuat beb..hehe kawasan dan vanue terlalu banyak..rugi kalau tak turun sini..

Ini adalah sebahagian gambar yang Pisau sempat ambil untuk tatapan korang..

Meh pakat cuba rumpai laut

Jalan sesak disepanjang precint 2

Pavilion Kementerian Pengajian Tinggi

Penuh Sesak dipavilion pengajian tinggi

Demo mendandan rambut dan makeup oleh pelajar politeknik
Sesi demo dan tunjuk ajar cara bersolek
Jom teka perkataan tersembunyi anjuran Kementerian Pelancongan.






Tarian kuda kepang dari Johor.

Pavilion Negeri negeri diserbu oleh pengunjung.
woo gerai K-Pop..ramai juga yang serbu..

Pisau kata “nanti aku update gambar lagi”

Penganjur Bersih 3.0 Cedera.

in berita pisau by

Ambiga dan Anwar hari ini disahkan berdarah hidung akibat pihak peniaga melancarkan Bersih 4.0 dengan sasaran untuk menarik sejuta penyokong.

Ironinya Bersih 3.o yang kotor itu merosakkan harta benda awam dan mengganggu warga kota,Manakala bersih 4.0 pula menawarkan 2 buah kereta mewah.

Bodoh sangatlah Bersih 3.0 tu,sudahlah kena tipu dengan Ambiga Anwar,kena tembak ayaq dengan gas,balik rumah sakit badan .

Lepas ni meh join bersih 4.0,mana lah tau tuah korang yang dah insaf ni boleh dapat kereta mewah nih…

Warga kota mengharapkan keamanan dan ketenteraman,manakala para peniaga mengharapkan perniagaan mereka tidak diganggu oleh pengganas dan teroris pakatan. Moralnya keamanan dan ketenteraman jauh lebih mahal daripada harga kereta yang ditawarkan.

Penganjur Bersih 4.0 menawarkan hadiah dua buah kereta mewah bernilai kira-kira RM2 juta melalui kempen ‘Bersih 4.0 Cintakan Keamanan’.

Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur, Datuk Jamal Md. Yunus berkata, sebuah Lamborghini Gallardo dan BMW 530 bakal menjadi hadiah cabutan bertuah di laman peminat Facebook Bersih 4.0 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

“Kita tawarkan sebuah kereta BMW bernilai RM220,000 untuk seorang pemenang bertuah apabila laman ini mencecah 150,000 pengikut.

“Kemuncak hadiah adalah sebuah Lamborghini yang akan dicabut sebagai hadiah utama apabila pengikut mencapai sejuta orang,” katanya kepada pemberita di Restoran Sekinchan di sini hari ini.

Jamal berkata, hadiah akan ditawarkan kepada pengguna Facebook yang berbelanja di mana-mana Restoran Sekinchan dengan mengemukakan bukti pembelian di laman berkenaan.

Beliau yang juga pemilik rangkaian restoran itu berkata, hadiah tersebut disediakan sebagai usaha memupuk dan mendapatkan sokongan warga Kuala Lumpur untuk menjadikan bandar raya itu bebas daripada perhimpunan haram dan rusuhan.

“Kita akan buka sebuah laman pengikut Bersih 4.0 di Facebook dan menyeru orang ramai supaya menyertai kempen ‘Cintakan Keamanan’ sebagai bantahan kepada Bersih yang satu lagi.

“Melalui usaha ini, kita berharap Bersih 4.0 akan menjadi penutup kepada perhimpunan Bersih yang menjadikan Kuala Lumpur huru-hara,” katanya.

Sementara itu, Jamal memberitahu, pihaknya akan meneruskan perhimpunan peniaga dan penjaja di kediaman Pengerusi Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga walaupun pihaknya tidak mendapat kebenaran daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail.

“Pasar malam di Jalan Setiakasih 1 akan diteruskan sebagai protes terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap kerugian para peniaga dan penjaja pada hari perhimpunan Bersih.

“Kami golongan peniaga dan penjaja yang tidak tahu undang-undang akan berniaga walaupun petak niaga yang dicat sebelum ini sudah dipadam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,” katanya.

Jamal turut menangkis tohmahan yang mengaitkan pihaknya sebagai alat kepada parti-parti tertentu.

“Apa yang kita lakukan bukan untuk bermusuh dengan mana-mana pihak kerana kami bebas daripada pengaruh parti politik.

“Ini adalah tindakan susulan kerana pada Bersih 1.0 ramai yang masih bersabar, Bersih 2.0 mereka mula marah dan baru-baru ini Bersih 3.0 ramai yang hilang sabar,” katanya.

Jamal berkata, pasar malam yang akan diadakan pada Khamis dan Jumaat ini turut mendapat sokongan daripada 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan penduduk.-Utusan

Pisau kata “Awat saman Ambiga sikit sangat…lain kali saman biaq sampai cirit”

1 2 3 5

Hit Counter provided by Curio cabinets
Pergi ke Atas