Berita telus dan seimbang..

Monthly archive

September 2011

Kecederaan Parah Punca Kematian Noramfaizul.- Al fatihah.

in berita pisau by

Inilah gambar saat akhir sebelum Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor menghembuskan nafas terakhir. Terasa sedih apabila melihat keadaan beliau dalam masa yang sama saat ini kaum puak khawarij PAS dan haprak pakatan sudah mula mempolitikkan kematian Allahyarham .

Dikhabarkan anggota misi kemanusian Malaysia akan tidak di TUDM Subang jam 9 pagi esok Ahad. YAB PM Ds Najib Tun Razak bersama isteri akan menyambut ketibaan mereka.Seluruh rakyat Malaysia dijemput hadir untuk menyambut kepulangan mereka sebagai tanda memberi penghormatan terakhir kepada jenazah sahabat kita yang terkorban di sana.





Sekali lagi ,marilah sama sama kita hadiahkan Al-fatihah,moga arwah Noramfaizul dicucuri rahmat Allah SWT.


NORAMFAIZUL MOHD. NOR

Untuk menghormati Allahyarham ,Gambar Jenazah tidak disiarkan

Jenazah jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, yang maut akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Somalia, dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang dekat sini, esok.

Naib Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Rahman Rahim, yang mewakili keluarga arwah, berkata jenazah akan dikebumikan sebelum Zohor, bergantung kepada keadaan.

Beliau berkata, sejurus tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, jenazah akan dimandi, dikapan dan disolatkan di Masjid TUDM sebelum dibawa pulang ke rumah keluarga arwah di Taman Serdang Raya.



Rahman memberitahu permberita jenazah kemudiannya akan dibawa ke Masjid Al-Islah berhampiran rumah ibu bapa Allahyarham untuk disolatkan.

Jenazah dibawa pulang ke Malaysia pada Sabtu menaiki pesawat C-130 TUDM bersama anggota misi lain, dan dijangka tiba di Pangkalan TUDM kira-kira 9 pagi Ahad.

“Segala urusan daripada segi pengangkutan disediakan oleh pihak kami (Kelab Putera 1Malaysia) kepada kaum keluarga arwah, bermula di Subang sehingga disemadikan,” kata Rahman.

Noramfaizul, 39, meninggalkan isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua anak lelaki; Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3.



Kejadian 5.40 petang waktu tempatan (pukul 10.40 waktu Malaysia), menyaksikan kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki Noramfaizul dan petugas media Malaysia lain, ditembak ketika mereka dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera kerajaan Somalia.

Allahyarham Noramfaizul adalah sebahagian daripada 55 anggota sukarelawan yang mengikuti Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia untuk membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia.-Bernama

Pisau kata ” puak khawarij hanya tau menyalak, yang berkorban ke Somalia dipersalahkan pulak,depa komunis apa depa tau”




Mat Sabu Lambung,Karpal Libas

in PAS by

Mat Sabu lambung,Karpal libas. Itulah permainan haprak pakatan.Anda boleh percayakah Karpal suruh Mat Sabu tarik balik kenyataan tu,Mana Kit Siang?Mana Guan Eng?Mana Teresa Kok? Mana pemimpin DAP lain yang vokal dalam semua ini? Diam? Kenapa?

Semua orang tahu Nik Aziz sendiri pernah kata sosialis adik kepada komunis di Kota Bharu pada PRU 2004,sekarang siapa yang jilat lendir sendiri?

Seluruh angkatan khawarij sedang terkial kial menghalalkan kenyataan komunis Mat Sabu.Anda boleh baca di blog dan portal berita mereka. Apa saja yang lintas depan mata semuanya dihalalkan asal dapat menyelamatkan maruah Mat Sabu dan Komunis.

Di kampung kampung semasa beraya menjadi tugas anda menceritakan betapa bobroknya khawarij menghalalkan cara.

Jangan lupa khawarij PAS sendiri berasa terancam apabila proses kebebasan beragama terancam apabila GDMU memurtadkan orang dihalang oleh JAIS dan Hassan Ali.

Khawarij PAS bukan parti Islam, Islam bukan begitu akhlak dan pegangannya.Buat yang tak masuk PAS,jangan risau tak luak dan kurang Islam anda jika tak sertai parti khawarij tu.

Pisau kata ” korang nak biar je ker khawarij angkat komunis pejuang kemerdekaan?”

Jurukamera BernamaTV terbunuh ditembak di Somalia

in berita pisau by

Jurukamera BernamaTV terbunuh ditembak di Somalia


NORAMFAIZUL MOHD. NOR


KUALA LUMPUR 3 Sept. – Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, maut akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia, petang semalam waktu tempatan.

Manakala wartawan TV3 Aji Saregar Mazlan cedera ringan di bahu kanan terkena serpihan peluru, menurut wartawan Astro Awani Tan Su Lin yang membuat liputan langsung di Astro malam ini.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 5.40 petang waktu tempatan (Malaysia lima jam lebih awal dari Somalia) semasa mereka seramai enam orang sedang menaiki pacuan empat roda dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera kerajaan Somalia.

“Tiba-tiba saya terdengar dua bunyi kuat dari sebelah kanan dan ada bau asap. Saya tidak menyangka kenderaan kami terkena tembakan apabila menoleh kebelakang, Aji dalam kesakitan dan Faizul dalam keadaan pucat,” katanya.

Sementara itu, wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata tembakan peluru sesat utu mengenai bahu Noramfaizul dan menembusi paru-parunya, dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 6.10 petang waktu tempatan.

Noramfaizul meninggalkan seorang isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua orang anak lelaki Mohd. Irfan, 8, dan Mohd. Naufal, 3.

Sementara itu, Norazrina, yang sedang dalam perjalanan balik dari Johor ke rumah mertuanya di Serdang Raya dekat sini, melahirkan rasa terkejut dan sedih dengan pemergian Allahyarham.

Norazrina berkata, sebelum suaminya berlepas ke Somalia, Allahyarham telah berpesan supaya menjaga diri dan anak mereka dengan baik.

“Dia turut berpesan dia pergi kerana berkhidmat untuk negara, dan jangan bimbang dengan keselamatan dirinya,” kata eksekutif perhubungan awam sebuah agensi kerajaan di sini.

Dalam pada itu, Tan berkata, mereka pulang ke tempat penginapan untuk berkemas kerana dijangka pulang ke Malaysia pada pukul 5.30 pagi waktu tempatan esok.

Beliau berkata, ketua misi Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang juga Presiden Kelab Putera 1Malaysia, sedang berbincang dengan pihak pengurusan untuk membawa balik jenazah Allahyarham bersama rombongan misi esok.

Misi tersebut berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur dalam misi membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia. – Bernama

Pisau kata ” Al-fatihah”

MB Kedah Bakal Di Singkirkan.Arahan DAP?

in PAS by

Mengenai cerita Ostat Zizan diberi tekanan untuk letak jawatan sebenarnya ini cerita lama. Memandangkan ia kembali panas Pisau berasakan sudah pasti ia adalah mainan PAS Pusat untuk menjatuhkan beliau.

Salah satu sebabnya kerana Ostat Zizan dikatakan tidak mahu tunduk kepada DAP.Malah beliau satu satunya Menteri Besar yang tidak menyokong perhimpunan haram Bersih.Ini membangkitkan kemarahan DAP ,menurut sumber , DAP telah banyak kali menekan PAS Pusat agar menukarkan MB Kedah kepada orang lain yang lebih mesra DAP.

Semenjak Ostat Zizan dikatakan kurang sihat mereka mengambil peluang sebagai alasan untuk menjatuhkan beliau, sekarang ini setelah melihat Ostat Zizan yang baru keuar daripada IJN maka peluang ini harus diambil sebaik mungkin.

PAS Pusat sudah pun mempunyai 2 nama sebagai calon pengganti beliau.Salah seorangnya baru baru ini yang Pisau dedahkan kes mengenai ngentot bini orang:klik sini .

Walau apa pun,tekanan yang diberikan kepada Ostat Zizan oleh Hj Hadi tak lebih kepada arahan DAP yang mahu melihat Malaysian Malaysia terlaksana.

The Star memetik Azizan, yang juga adalah pesuruhjaya PAS Kedah berkata ada usaha yang mahukan beliau berundur.

“Mereka beritahu saya, kami mahu awak berehat. Kami mahu gunakan tenaga dan kemahiran awak kemudian hari nanti. Saya ok, tetapi ada orang yang tidak mahu saya berada di sana lagi, ada yang mahu saya mati,” kata Azizan yang dipetik akhbar itu.

Menurut The Star yang memetik sumber PAS Kedah, parti itu sedang menyiapkan laporan mengenai kesihatan menteri besar dan Abdul Hadi akan diberikan taklimat semasa melawat negeri itu.

Laporan yang sama kemudiannya akan disampaikan ke pihak Istana hujung minggu ini.

Abdul Hadi dikatakan akan diiringi oleh orang kanannya dalam lawatan ke Kedah ini, iaitu setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Menurut The Star lagi, adalah difahamkan Abdul Hadi membuat panggilan telefon kepada menteri besar Kedah itu pada Rabu lalu untuk mengucapkannya Selamat Hari Raya. Beliau kemudiannya mencadangkan Azizan, 67, supaya berehat secukupnya dan membiarkan pemangku menteri besar mengambil alih tugasnya.

Namun, menurut sumber akhbar itu, Azizan tidak menerima baik cadangan berkenaan dan cuba membantah.

Sumber itu juga berkata peralihan dipercayai akan berlangsung bulan depan supaya keputusan penting kerajaan negeri tidak ditangguhkan.

Pisau kata ” takpa kita tunggu saja la apa depa nak buat dekat Ostat Zizan”

Khawarij: Komunis Harus Di Iktiraf Pejuang Kemerdekaan.

in PAS by



Yang di idamkan oleh DAP sudah tercapai,bagai mengantuk disorongkan bantal.Khawarij PAS sudah menjadi alat untuk memuaskan nafsu politik gampangan Malaysian Malaysia.

Sebolehnya fakta dan sejarah mahu diubah.Hinggakan kemerdekaan negara yang diperjuangkan oleh Umno dan perikatan turut dipertikaikan.Ini semua untuk mengangkat puak haluan kiri yang beridiologi komunis.

Sebab asebab semuanya atas nama Umno mahu diluputkan dalam sejarah negara.Inilah yang dikatakan oleh Nik Aziz hatta dengan syaitan pun mereka sanggup bersekongkol asalkan hasrat selingkohan bersama DAP dapat dihalalkan didepan mata rakyat.

Khawarij PAS mahukan komunis turut sama diberi pengiktirafan semasa sambutan kemerdekaan ? Khawarij PAS sebenarnya meroyan kerana pada ketika sebelum kemerdekaan puak mereka tidak wujud lagi yang ada hanyalah nasionalis seperti Umno yang memperjuangkan hak bangsa agama dan tanah air.

Nama Umno terpahat didalam sejarah itulah faktanya,fakta itu mahu ditong sampahkan , asalkan dapat memadamkan nama Umno didalam lipatan sejarah.Begitulah hapraknya khawarij PAS.

Idris Ahmad yang sebenarnya hanya mencukupkan KPI sebagai anjing DAP,salakannya sekadar untuk mengutip elaun sebagai anjing suruhan sekurang kurangnya dapatlah nanti pengiktirafan daripada chauvanis ultra kiasu DAP.

Halal untuk kita hancurkan khawarij PAS agen kepada murtad dan komunis!

Pisau kata ” depa nak tutup isu murtad,main isu komunis.Kita jangan lupa … ingat khawarij ingat murtad”

Hadi Samakan Komunis Dengan Rasullulah

in PAS by

Bab nak menghalalkan sesuatu yang haram kita serah kat khawarij PAS, Dek kerena nak mempertahankan Mat Sabu dengan komunis presiden khawarij dah mula bukak langkah taichi menghalalkan cara.

Nabi pun dianggap pengkhianat

MARANG, 29 Ogos: Dunia hari ini akan menghukum bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengkhianat kepada bangsa dan tanahair, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Ini, katanya kerana Nabi s.a.w. menyerang bangsa dan tanahairnya sendiri di Mekah dan kaum Arab yang dipimpin oleh bapa mertuanya, Abu Suffian.
“Tidak, tidak sekali-kali kerana bangsanya menganut ajaran jahiliah, ajaran syaitan dengan meninggalkan syariat Allah SWT,” tegasnya semasa berkhutbah Idulfitri di Masjid Rusila, hari ini.
Pada ketika itu, jelasnya di bahagian timur Semenanjung Tanah Arab dijajah oleh Parsi dan baratnya oleh Rom.


“Mekah dibebaskan, Mekah dimerdekakan. Dimerdekakan daripada siapa? Dimerdekakan daripada jahiliah, bukan jahiliah Parsi, bukan jahiliah Inggeris, jahiliah Perancis, jahiliah Cina dan India. Mekah dibebaskan dari jahiliah Arab, sebangsa dengan Nabi s.a.w.,” jelasnya di hadapan lebih 3,000 jemaah.
Katanya, Mekah dijajah oleh jahiliah Arab, dengan itu Nabi s.a.w. memimpin para sahabat untuk membebaskan Mekah daripada jahiliah bangsanya sendiri.-Haramkah

Apa kena mengena rasullulah berperang dengan kafir dengan perjuangan komunis?Adakah komunis memperjuangkan agama Islam? Adakah komunis mempertahankan bangsa dan tanahair?

Adakah komunis berperang menentang melayu kafir jahilliah? Inilah taraf presiden khawarij,kita dah nampak bagaimana timbalan khawarij bermulut longkang berotakkan kepala lutut.Sekarang presidennya pula lebih komunis daripada komunis pula.

Murtad pun dah halal,sekarang komunis pun dah jadi perjuangan fisabillilah….

Pisau kata “khawarij bernabikan Chin Peng kah?”


Hit Counter provided by Curio cabinets
Pergi ke Atas