


Seperti biasa Guan Eng yang sentiasa dengan retorikal politik populis sentiasa akan bermain dengan angka angka bombastik yang membuatkan rakyat yang tidak berfikir terpesona .
Sentiasa mahu menang dan tidak akan tunduk kepada orang lain,atau bahasa paling popular ultra kiasu itulah sifat Guan Eng.Dalam pentadbirannya semuanya cuba ditunjukkan dengan penuh kehebatan.
Dalam ucapan beliau semasa MAJLIS ANGKAT SUMPAH PEMANGKU YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI30 NOVEMBER 2010 (SELASA), JAM 9.00 PAGI DI DEWAN KENANGA, MPSP sebentar tadi ketua menteri khalifah sosialis kesayangan khawarij PAS sekali lagi meremehkan minda rakyat.
Teks ucapan Ketua menteri paling celaka dalam sejarah kerajaan negeri Pulau Pinang:-
6. Prestasi kewangan baik adalah disebabkan prinsip CAT, tender terbuka dan konsep perbelanjaan berhemah membolehkan lebihan pendapatan dicapai dan adalah diharapkan MPSP dapat mengekalkan prestasi kewangannya seperti tahun lalu.
7. Dari segi aliran keluar dana, sehingga 30 September tahun ini, perbelanjaan yang telah dibuat oleh Majlis adalah berjumlah RM88.72 juta. Perbelanjaan ini terdiri daripada bayaran emolumen sebanyak RM34.86 juta, belanja mengurus RM53.84 juta dan belanja pembangunan sebanyak RM0.02 juta. Secara perbandingan perbelanjaan Majlis menurun sebanyak RM4.49 juta berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Pada tempoh yang sama tahun lalu perbelanjaan Majlis adalah sebanyak RM93.22 juta.
Berdasarkan teks ucapan beliau ternyata berdasarkan prinsip amalan akuan kerajaan,bererti kerajaan tempatan dibawah kepimpinan Guan Eng adalah PEMALAS dan tidak mengembalikan pembayaran cukai rakyat kepada pembangunan awam.
Guan Eng mengurus akaun bagaikan sebuah perniagaan, hanya mengira untung dan rugi,masuk banyak keluar sikit.Prinsip akaun sebegini hanya layak diamalkan oleh syarikat yang mementingkan keuntungan bukannya kerajaan tempatan atau pun kerajaan negeri.
Adalah tidak mengejutkan apabila seluruh Pulau Pinang dilihat tidak terurus.Lanskap tidak terjaga.Jalan tidak diturap,Lampu jalan tidak dipasang,Sampah tidak dikutip.Persekitaran bandar amat kotor dipenuhi dengan sampah sarap.
Belanja pembangunan sebanyak RM0.02 juta bererti mereka hanya membelanjakan RM20ribu untuk pembangunan? Masuk akal ke tidak ? RM20ribu cukup sekadar buat satu pondok hentian bas.

Pisau amat kritis mengenai akan hak dan kepentingan pribumi dan bumiputra yang semakin diserang dari semua arah. Banyak artikel Pisau menekankan peri pentingnya kesedaran tentang perpaduan dan kekuatan ekonomi orang melayu. Sila rujuk Siri Melayu Rasis:klik sini
Serangan terhadap ketuanan melayu oleh aparat aparat pakatan bukanlah baru,semua orang tahu sejak pasca PRU12 mereka sudah memainkan isu ini.Ramai yang terperangkap didalam sentimen perkauman ini hingga mencetuskan pelbagai polemik.
Adalah tidak menjadi masaalah buat jalangan politik untuk melakukan apa saja hatta mengadai hak bangsa sendiri,contohnya seperti gambar diatas.Keluarga Puaka bahagia memperlekehkan bangsa sendiri semata mata mahu mendapatkan kuasa dan agar Anwar menjadi PM.
Dalam teks ucapan Wan Azizah beliau berkata harus bakul sampahkan 'ketuanan melayu' manakala Azmin Ali pula mengistiharkan perang terhadap 'ketuanan melayu'.Pelbagai pihak memberi reaksi yang marahkan dengan kenyataan mereka.Hingga mencetuskan kemurkaan Sultan Selangor.
Pisau berharap agar pemimpin dan ahli ahli Umno jangan terperangkap dalam tusukankan jarum halus yang dimainkan oleh para strategis dan operatif PKR.Mereka sememangnya sedar jika sesiapa yang menyerang ketuanan melayu bermakna parti terasnya melayu seperti Umno dan Perkasa pasti akan bingkas bangun untuk mempertahankannya.
Sentimen ini ibarat gergaji 2 mata,mereka menyerang sentimen ketuanan melayu kemudian berdasarkan reaksi dan bantahan Umno akan dijadikan asas untuk menyatakan kepada kaum Cina dan India bahawa Umno adalah sebuah parti yang rasis dan perkauman.
PKR dan pakatan menyedari,sokongan orang melayu sudah begitu menurun dan amat kritikal pada masa sekarang,maka sokongan kaum Cina dan India amat diperlukan pada saat ini. Kita harus sedar,dalam masa mereka menyerang ketuanan melayu semasa kongres PKR berlangsung Anwar pula memainkan peranan membuat tawaran kepada DAP agar Lim Kit Siang akan diberikan jawatan sebagai TPM.Berita ini disiarkan didalam akhbar akhbar berbahasa cina.Adakah ini satu kebetulan?
Mereka menyedari adalah mustahil untuk membuang hak keistimewaan orang melayu yang termaktub didalam perlembagaan.Kesemua ini hanyalah skrip garapan Anwar untuk memanipulasi sentimen perkauman yang sudah dibakar sejak pasca PRU 12.
Serangan terhadap ketuanan melayu dan tawaran kepada Kit Siang adalah tindakan serampang 2 mata.Mereka menunggu reaksi para pemimpin Umno untuk menyerang.Jika kalangan pemimpin Umno tidak mendengar nasihat presiden parti.Maka Umno pasti akan terjerat.
Kita harus sedar nasihat Datuk Seri Najib ketika perhimpunan agung Umno baru baru ini,bahawa perlembagaan 153 , 152 dan hak hak kepentingan orang melayu terpahat kukuh didalam perlembagaan.Adalah mustahil untuk diubah begitu saja.Pisau menasihatkan agar kita jangan terperangkap dalam permainan persepsi dan serangan yang pasti akan menyebabkan kemusnahan secara total aspirasi 1Malaysia yang sedang diusahakan oleh Datuk Seri Najib.
Mereka sedaya upaya mahu menunjukan kepada bukan melayu bahawa Umno sebuah parti yang rasis.Isu perkauman menjadi resepi penting buat pakatan untuk memenangi pilihanraya.Sebelum Anwar dibebaskan sentimen perkauman amat kurang.Tetapi sebaik saja penipu besar ini bebas,sentimen perkauman dilihat berleluasa.
Secara tiba tiba Umno dilihat sebagai parti yang rasis,walhal lebih 50 tahun negara merdeka rakyat hidup aman dan damai tanpa ada sikap prejudis dan syak wasangka.
Soal Wan Azizah mahu membakul sampahkan ketuanan melayu sebenarnya ibarat meludah kelangit,beliau dan Anwar adalah kalangan eletis Umno pada satu ketika dahulu.Azmin turut berada didalam golongan ini.
Lim Guan Eng yang kerap kali menuduh Umno yang menyebabkan 52billion pegangan saham bumiputra hilang di pasaran saham ,sebenarnya membuka pekung Anwar.Hampri 2/3 saham saham tersebut dipegang oleh kroni kroni Anwar sendiri.Saham saham ini diberikan ketika Anwar menjadi menteri kewangan dan TPM.Maka adalah tidak mengejutkan jika sekarang ini Guan Eng sendiri mendiamkan diri apabila ditegur oleh Anwar agar jangan memainkan isu ini.
Jangan lupa Anwar adalah Raja Drama sepertimana Video Klip dibawah
Manakala khawarij PAS,harus melupakan hasrat untuk menjadi juara kepada bangsa melayu,persengkokolan dan selingkohan haram bersama PKR dan DAP jelas memperlihatkan sikap sebenar bahawa melayu didalam fahaman pakatan tidak harus dipertahankan!!
Pisau kata " Usaha Anwar mudah,pecah dan perintah."
Mana Hatta Wahari Presiden NUJ? Tak ada pula membuat komen? Bila wartawan Malaysian Insider menceroboh tahu pula dia membela.
PETALING JAYA: Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ), Hata Wahari menyangkal tuduhan Perkasa bahawa beliau merupakan penyokong parti pembangkang.
Presiden yang baru dilantik itu berkata pada Rabu, kenyataan ahli majlis tertinggi, Mohd Zahid Md Arip adalah ‘tidak logik’ dan ‘tidak relevan’.
Hata memberi respon terhadap tuduhan Mohd Zahid bahawa beliau pro-Pakatan Rakyat, menurut laporan Utusan Malaysia, Selasa.
“Kenyataan Mohd Zahid, yang menggambarkan saya sebagai condong ke arah pembangkang, jelas menunjukkan bahawa Perkasa memihak kepada parti politik dan parti itu adalah Barisan Nasional,” katanya dalam satu kenyataan.
“Nasihat saya kepada Perkasa adalah menjaga ahli-ahlinya, melaksanakan tugas dan tanggung jawab seperti dimandatkan oleh ahli dan juga berlaku adil,” kata Hata.
Hata juga berkata, NUJ merupakan organisasi bebas dan tidak menyokong mana-mana parti politik.
Sebaliknya, ia memperjuangkan etika kewartawanan bagi memastikan para wartawan mampu menjalankan tugas secara profesional tanpa berat sebelah, sekali gus memastikan laporan tepat dan telus.
“Sebagai presiden NUJ, saya menegakkan prinsip tersebut, di samping memperjuangkan lebih dari sekadar kewartawanan beretika.
“Perjuangan saya adalah untuk melihat akhbar di negara ini bebas daripada cengkaman tuan politik, sama ada Barisan, Pakatan Rakyat atau pemimpin politik lain.”
Beliau menambah, media seharusnya menjadi milik masyarakat agar ia mampu benar-benar berkhidmat untuk mereka.
Sumber : mStar Online
Semua orang tahu,pada masa sekarang ini ayat ayat quran sudah kerap kali dipermainkan malah disalah tafsir oleh bukan Islam. Kita harus berterima kasih kepada Nik Aziz kerena beliau memberi lesen besar buat bukan Islam mempermainkan ayat quran dan di jadikan modal politik.PETALING JAYA 28 Nov. - Ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) beragama Islam sanggup membenarkan seorang perwakilan bukan Islam menghina kesucian al-Quran apabila tafsir yang digunakan tunggang-langgang dan terkeluar daripada konteks sebenar.
Perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), K. Subramaniam ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh hari ini membaca tafsir daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran.
Tafsiran yang dibaca oleh Subramaniam berbunyi:
"Firman Allah dalam kitab al-Quran surah Ali-Imran yang berbunyi begini, sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun."
Sebaliknya, tafsir sebenar daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran berbunyi seperti berikut:
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka.
Lebih menyedihkan, apabila selesai membaca tafsir ayat tersebut, Subramaniam bertanya kepada semua perwakilan sama ada tafsiran yang dibacanya itu betul atau tidak, lalu semua perwakilan menjawab betul.-Utusan
Pisau kata " dewan sivik ,kongres PKR pun dah jadi kaabah"
Surah an-Nisa` ayat 140: Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka.

Laki bini sama,masuk bakul angkat sendiri.Puak PKR meleleh air mata bila dengar Anwar adalah anugerah tuhan untuk mereka. Isk.. Kesiannyer! hehe

Mengapa Guan Eng membangkitkan isu ini? Ini semua adalah bertujuan untuk menutup helah beliau yang memberi kontrak runding terus kepada syarikat kroni DAP salah satunya PICC yang mencecah RM50 juta.:klik sini
Ingatlah kata kata ini "Half the truth is often a whole lie" , Lim Guan Eng seperti biasa yang semua orang tahu tidak akan pernah bercakap benar. Berbohong dan sentiasa mahu membuat kenyataan populis hanyalah mahu menyedapkan hati gerembolan khawarij PAS dan PKR dan menutup korupsi yang beliau sendiri lakukan .
Kenyataan beliau di Haprak Daily lidah bercabang khawarij PAS seolah olah kerajaan di bawah khalifah chauvanist sosialis ini begitu terbuka,cekap,telus,akauntabiliti. Kononnya di bawah sistem tender terbuka beliau mengambarkan kontraktor melayu tidak lemah dan dayus apabila memperolehi tender bukan melalui kabel politik.
Dalam hal ini Pisau melihat bagaimana Guan Eng mempermainkan kontraktor melayu dan dalam masa yang sama cuba memperbodohkan melayu secara keseluruhannya .
Seperti biasa Guan Eng pandai bermain dengan angka angka bombastik dengan 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu.Tetapi adakah beliau menyatakan jumlah keseluruhan NILAI kontrak daripada 70% tersebut?Adakah ini amalan CAT?
Guan Eng cuba meremehkan minda rakyat kononnya 70% kontraktor melayu yang berjaya dalam bidaan adalah satu jumlah yang besar.Walhal nilai kontrak amat rendah berbanding kontrak runding terus dan tender yang dimenangi oleh syarikat kroni DAP.
70% yang dimenangi oleh kontraktor bumiputra hanyalah kontrak kontrak dibawah RM200 ribu secara purata nilai kontrak RM10ribu hingga 30ribu berbanding di MPPP,MPSP, PDC dan PBA kontrak runding terus yang diberikan kepada kontraktor dan konsultan kroni DAP yang dilantik tidak melalui proses tender terbuka. Paling ketara adalah kontrak runding terus PICC bernilai 50juta.Tiada proses penilaian atau pun kajian fisibiliti dijalankan.:klik sini adakah ini amalan CAT?
Ada juga tender terbuka dari kerajaan negeri di pindahkan ke PDC ini kerana didalam tender board kerajaan negeri Guan Eng tiada kuasa untuk menentukkan kontraktor pilihannya.Oleh itu kontrak kontrak yang dipindahkan ke PDC di pengerusikan oleh Guan Eng dalam tender board untuk menetapkan kontraktor kroni DAP .Adakah ini amalan CAT?
Salah satu contoh kontrak runding terus adalah projek menurap jalan di Jalan Raja Uda yang mencecah jutaan ringgit(parlimen Bagan) diberikan secara runding terus kepada syarikat kroni DAP.Runding terus kontrak ubah suai bilik ketua menteri.Adakah ini amalan CAT?
Kontrak yang diberikan kepada kontraktor melayu mencecah 70% tetapi nilainya rendah berbanding jumlah kontrak yang tak sampai 10% kepada kroni DAP tetapi nilai puluhan juta daripada kontrak yang diterima oleh kontraktor melayu.Adakah ini amalan CAT?
Sememangnya kontraktor melayu tidak lembik cuma diperbodohkan dan ditipu oleh Khalifah sosialis kesayangan khawarij PAS.
Pisau kata "dengar cerita DAP dapat komisen berjuta ringgit ambil tanah melayu di Balik Pulau "
PKR delegate compares party’s meet to Mecca
PETALING JAYA,
Nov 28 — PKR Negri Sembilan delegate Ibrahim Yusoff today condemned party members who demonstrated outside its national congress yesterday, before likening the ongoing event to the holy Muslim pilgrimage to Mecca.
“Those that demonstrated outside at the national congress are like Muslims that went all the way to Mecca to demonstrate in front of the Kaaba,” he said
during debate on the president’s policy speech.
Yesterday, a group of fewer than 50 supporters led by KS Kottapon held a demonstration outside the Petaling Jaya Civic Centre, which ended after it was blocked by party officials.-Malaysian Insider

Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ibrahim hari ini menyatakan bahawa Allah telah memilih suaminya, Anwar Ibrahim, untuk memimpin Malaysia menuju masa depan yang lebih baik, dan tidak ada orang lain yang boleh melebihi kekuatan kepemimpinannya.
Menurutnya lagi bahawa Anwar bukan orang biasa malah beliau lebih dari luar biasa.Sebenarnya Pisau mengakui Anwar memang luar biasa dari sifat tabii manusia yang normal. Masakan tidak lelaki tua ini lebih mengilai stor kunyit anak muda yang jambu daripada wanita.
Kurniaan Allah katanya?Sebenarnya perkataan paling sesuai Anwar hanyalah jelmaan DAJAL untuk memperlihatkan keburukan yang ada di dalam pakatan.Selama ini rakyat sudah terbiasa dengan BN.
Segala kebaikan mereka tidak nampak,maka Allah memberi satu contoh untuk dijadikan perbezaan.Yang buruk,pembohong,manipulatif dan kaki fitnah adalah dari pakatan ,barulah mereka sedar selama ini BN adalah yang terbaik.
Anwar berkali kali berbohong diseluruh negara mengenai 16 September,Tapi atas kehendak tuhan Perak jatuh kembali ke tangan BN adakan ini dikatakan kurniaan Allah kepada pakatan?
Anwar lebih berselera mengadai agama daripada mempertahankan agama.Beliau lebih berbohong bukan saja kepada orang luar malah paling utama beliau berani berbohong kepada penyokongnya sendiri.
Cadangan menetapkan kedudukan Anwar sebagai ketua umum PKR adalah salah satu langkah untuk mengelakkan daripad Anwar bertanding didalam parti PKR. Keputusan ini serupa dengan kedudukan wali selipar sebagai mursidul am PAS.
Suara kuasa presiden tidak releven berbanding ketua umum atau pun mursidul am. Inilah yang dikatakan kepimpinan autokratik dan diktaktor.
Ini baru cakap kurniaan tuhan,Pisau rasakan satu hari nanti Anwar pula dikatakan jelmaan tuhan oleh penyokong penyokongnya.
Pisau kata " Anwar sudah disamakan sebagai mursidul am PKR keh keh keh"
Media arus perdana dikatakan sebagai jahat dan memutar belitkan fakta oleh Saifudin Nasution Setiausaha Agung PKR mengenai polemik pemilihan parti PKR
Masakan tidak sebenarnya pemilihan PKR baik baik saja,tidak ada pun pergaduhan seperti gambar dan video dibawah.Semuanya hanyalah lakonan semata mata oleh puak UMNO ,keh keh keh
"Kasi Hantam itu worang!" ' Dey panggil Itu Sivaji The Anwar " " Dey Jangan Main Sama Saya Tau,Saya Sivaji Anwar Punya Orang"
Ahli PKR Dalam Hati Ada Taman, Menangis meraung kerana bergaduh sesama mereka,laonan ahli 'UMNO' jugak hehehe
Video video ini adalah sebahagian yang tersebar di blog blog,kepada siapa Saifudin mahu berbohong?
Gambar yang disiarkan oleh AgendaDaily

Adakah gambar dan video diatas dikatakan sebagai putar belit media?
Sebenarnya semua ini salah satu cara untuk menutup kebocoran kapal PKR yang makin lama makin hampir kepada karam.Keluarnya 1300 ahli PKR Cabang Hulu Selangor turut memberi kesan besar ketika kongress parti yang sedang berlangsung ketika ini.
Patutlah khawarij PAS sudah mula berbunyi merekalah yang berhak untuk menjadikan Hj Hadi sebagai ketua pembangkang. Nampak gaya sudah ada perebutan untuk menjadi ketua pembangkan apabila melihat PKR semakin lemah manakala Anwar pula bakal menjadi penghuni di Sri Sg Buloh tidak lama lagi.
Pisau kata " puak pakatan tengah syok sendiri kata Umno nak karam,tak sedar kapal sendiri dah separuh tenggelam"

Kemelut pemilihan parti PKR makin meruncing,sebenarnya kapal yang bocor atau pun bakal karam bukanlah Umno.Tetapi PKR dan Pakatan rakyat.Yb Idham Lim ternyata cuba menyembunyikan kepincangan yang ada didalam pakatan rakyat manakala para pemimpin pakatan kelihatan masih dalam sindrom penafian.
Pisau melihat situasi ini bakal menyaksikan PKR berkubur dan pakatan rakyat yang berkahwin tanpa ikatan yang sah pasti akan bercerai.PAS sudah berani bersuara apabila melihat kelemahan PKR didalam Pakatan,apabila ada insiden di Kelantan sebelum PRK Galas ,Hj Hadi dan pemimpin kanan PAS mempertikaikan peranan DAP didalam pakatan.
Kemelut didalam PKR telah menyebabkan beribu ahli keluar daripada parti. Zaid Ibrahim sudah merancang untuk menubuhkan parti baru yang dikhabarkan akan ditubuhkan awal 2011. Manakala ahli ahli lain yang tidak berpuas hati ada juga bakal menubuhkan NGO NGO yang hanya tertumpu untuk membantu rakyat.
Banyak NGO ditubuhkan oleh bekas PKR contohnya Kebajikan Insan Mulia (PKIM), yang ditubuhkan oleh bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Aminah Abdullah atau pun Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang ditubuhkan oleh Azwanddin Hamzah dan ada pula bergerak sebagai aktivis politik.
Maklumat terbaru seorang pemimpin muda PKR yang terkenal turut akan keluar daripada parti bersama ribuan pengikutnya.Beliau turut akan menubuhkan NGO.
Pisau melihat selepas ini,apabila karamnya PKR bakal tertubuhnya banyak NGO NGO yang disertai oleh bekas ahli ahli mereka. Adakah mereka ini condong kearah menentang PKR atau pun hanya tertumpu kepada kerja kerja kebajikan?
Agak menarik apabila NGO NGO ini sudah pasti akan mendapatkan bantuan kewangan daripada kerajaan untuk berkhidmat kepada rakyat. Pisau dapat merasakan dalam masa mereka berkhidmat dan membantu kepada rakyat.Sudah pasti mereka akan menghancurkan PKR yang mengkhianati perjuangan mereka.
PKR karam,Pakatan hancur. Allah memperlihatkan kepada kita rakyat Malaysia betapa perjuangan yang salah pasti menemui kegagalan. Insyaallah.
Pisau kata " dah bertemu pemimpin muda PKR,beliau dah bersuara nak keluar parti bersama penyokongnya,agaknya bila?"
Betapa beratnya tugas pemimpin dan betapa besarnya amanah terpaksa dipikul menyebabkan Rasulullah tidak menyukai umat yang meminta-minta untuk menjadi pemimpin kerana beranggapan orang berkenaan sebagai terlalu yakin dan mempunyai maksud yang tersirat. Sekiranya Rasulullah membenarkan situasi perebutan kuasa ini berlaku di dalam Islam, sudah pasti akan timbul banyak penyelewengan, rasuah dan perpecahan di kalangan manusia.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Demi Allah kami tidak akan melantik pengendali tugas ini kepada seorang yang meminta-minta atau berusaha mendapatkannya." Sebab itulah Islam lebih cenderung melantik seseorang pemimpin mengikut kemampuan sebenar atau diistilahkan sebagai 'memberi hak kepada yang berhak'.
oleh massa
Pisau kata " ada pemimpin PKR akan keluar parti"
"Kelantan dengan dasar 'Membangun Bersama Islam', melangkah ke hadapan, melangkaui sempadan bangsa, yang ditiup pihak tertentu, berjaya menganjurkan Ekspo Cheng Ho yang julung kali diadakan di rantau ini.Bijak pilih pemimpin "Alhamdulillah, di tengah seruan perkauman yang hebat, ditiup politik bangsa yang melampau, kita bangkit menerobos sempadan dengan mengenengahkan Islam sebgai dasar berpolitik," katanya. Nik Aziz berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup Ekspo Cheng Ho 2010 di Kelantan Trade Centre, di Kota Bharu, semalam. Menurutnya, dengan penganjuran itu juga, rakyat di negara ini diharap bijak memilih pemimpin dan tidak memilik mereka yang berjuang atas dasar bangsa. Perjuangan atas nama bangsa katanya, hanya menyubur semangat permusuhan yang tidak akan berkesudahan. "Kalau memilih tempat mandi, yang pertama teluk, kedua pantai. "Kalau memilih pemimpin negeri, pertama elok, kedua pandai,” katanya berpantun disambut tepukan hadirin. Beliau juga turut mengkagumi sikap Cheng Ho yang hanya menjalankan perniagaan dan tidak menjajah kawasan yang dikunjunginya. "Cheng Ho, dia tak jajah negara yang dia pergi, dia tak kaut harta, dia tak kacau orang, dia hanya berniaga. "Ini mungkin sebab kefahaman Islam yang ada pada dia," katanya lagi.
Ucapan Wali Selipar semasa ekspo Cheng Ho ibarat pukul anak sindir menantu, Apa yang dimaksudkan oleh Nik Aziz,nak cari pemimpin haruslah seperti Husam Musa atau pun Takiyudin.
Manakala untuk memilih menantu lebih molek yang serupa Ariffahmi. Ketiga tiga mereka iin memiliki ciri ciri yang dimaksudkan oleh Nik Aziz. Kaut berjuta juta hasil balak negeri dan gadai tanah kepada Singapura,si menantu pula sapu bersih projek berjuta juta.
Wali selipar yang terkenal dengan 'zuhud' nya pernah dikaitkan dengan menempah kek mewah yang berharga ribuan ringgit . Inilah yag dikata ibarat meludah kelangit. Dituduhnya orang lain walhal diri sendiri pun sekupang tak boleh pakai.
Sebenarnya Kelantan membangun bersama Isle PAS, Isle yang mengamalkan politik pecah belah,mengamalkan kafir mengkafir.
Nik Aziz agaknya nyanyok,sejak PRU12 pakatan rakyatlah yang meniup api perkauman,menyerang keharmonian sesama kaum. Malah si tua kutuk ini juga yang memperlekehkan bangsa melayu.
Mujahid Rawa dan gerembolannya harus faham,wali selipar tidak akan sama sekali menyokong politik perkauman terutamanya membela kaum Melayu. Yang menjadi keutamaan bagi beliau adalah membela untung nasib dan jatuh bangun DAP.
Adalah membuang masa buat khawarij PAS mahu membela bangsa melayu,kerana parti 'perkauman' seperti Umno lah sejak dulu konsisten memperjuangkan bangsa agama dan negara.
Ingatlah parti Umnolah yang memperjuangkan gaji minimun RM900 untuk golongan pekerja bawahan.Bermula tahun depan pekerja golongan berpendapatan rendah yang 90% adalah melayu akan terbela nasib mereka. Khawarij PAS apa yang mereka buat? Ya mereka lebih berselera untuk berselingkoh bersama DAP yang semua orang tahu begitu anti dan mempergunakan Islam untuk meraihkan sokongan.
Pisau kata "Ekspo Cheng Ho lebih kurang macam bukak kedai di Rantau Panjang,banyak barang siam je"
KUALA LUMPUR, 26 Nov — Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia(GAMIS) memberi kata dua kepada Saudara Norhisyam Mohamad dari Alor Star, Kedah sama ada mahu memohon maaf dan menarik balik cerita fitnah terhadap GAMIS atau berdepan dengan tindakan perundangan ekoran kenyataannya semalam.
“GAMIS menuntut Norhisyam menarik balik fitnah yang diciptanya itu dan memohon maaf dalam masa tiga hari,” kata Ketua Penerangan GAMIS pusat Mohd Yusof Hadhari dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Yusof berkata sekiranya Norhisyam enggan menarik balik fitnah itu, GAMIS akan mengarahkan semua organisasi GAMIS negeri dan mahasiswa Islam untuk membuat laporan polis dan seterusnya akan mengemukakan saman kepada beliau.
Dalam kenyataannya di ruangan Varsiti, akhbar Berita Harian bertarikh 25 nov, Norhisyam menyatakan GAMIS menggunakan ‘Islam’ untuk mempengaruhi dan memperbodohkan segolongan mahasiswa memperjudikan masa depan mahasiswa hanya untuk menjayakan agenda politik sesat PAS.
Mohd Yusof menambah kenyataan Norhisyam itu adalah satu fitnah yang besar dan cuba memberikan gambaran buruk berkenaan GAMIS kepada mahasiswa dan rakyat keseluruhannya.
Tuduhan bahawa GAMIS ialah gerakan mahasiswa pendokong PAS nombor satu juga kata Mohd Yusof, sengaja direka bagi menunjukan bahawa GAMIS ini di pandang serong oleh beberapa pihak.
“Kenyataan beliau itu jelas sengaja dicipta bagi mencemarkan imej dan nama baik GAMIS sebagai sebuah peneraju gerakan mahasiswa Islam. Norhisyam juga menyatakan PAS membawa politik sesat, mungkin PAS juga perlu menjawabnya.” ujarnya-Haprak Daily


"Investment in Pg up by RM300m in aug 2010 n at No 3 in M'sia last year No 4. Need 20k professionals technicians n operators now.40k also can"

Tahniah kepada FELDA kerana mendapat penghargaan daripada kerajaan Laos,Felda turut mendapat jemputan oleh kerajaan Laos untuk membuka ladang di sana.
Kejayaan Felda mengeluarkan rakyat daripada arus kemiskinan terus mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila ditawarkan bekerjasama untuk membuat penerokaan tanah di negara Laos.
Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Yusof Noor berkata, Presiden Laos Choummaly Sayasone menyatakan rasa kagum terhadap keberkesanan Felda dan berhasrat bekerjasama bagi membangunkan tanah di Laos ketika melakukan lawatan ke Wisma Felda.
"Presiden Laos telah menyatakan senang hatinya setelah mendapat maklumat tentang Felda dan beliau sangat teruja dengan kejayaan Felda sejak dari awal penubuhannya sehingga kini hinggakan menyatakan keinginan beliau untuk bertukar pengalaman dan kepakaran antara pegawai dari negara itu dengan Felda mengenai pembangunan tanah.
"Beliau berminat untuk mengambil pengalaman Felda menghadapi kesulitan di peringkat awal (penubuhan) iaitu pada 10 tahun pertama dan bagaimana Felda berjaya melepasi period kesulitan itu," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan delegasi Laos di pejabatnya di Kuala Lumpur.
Mohd Yusof berkata pelawaan tersebut tepat pada masanya kerana Felda kini melihat potensi untuk memperluaskan perladangan getah berdasarkan permintaan dan harga yang tinggi terhadap barangan komoditi itu.
Katanya setakat ini Felda hanya mempunyai 10 peratus tanah yang ditanam getah berbanding 90 peratus penanaman kelapa sawit di lebih 800,000 hektar tanah yang diusahakan di 317 Rancangan Tanah Felda di seluruh negara.
Menurutnya sebagai permulaan kerjasama, Felda akan menghantar pegawai teknikal ke Laos bagi mengkaji potensi terutamanya daripada aspek kesesuaian tanah khususnya penanaman getah sejurus kepulangan Presiden Choummaly ke negaranya.
Beliau berkata peruntukan bagi penerokaan di Laos tidak menjadi masalah kerana Felda memiliki aset kira-kira RM17 bilion sekiranya didapati sesuatu pelaburan itu mampu membawa kebaikan kepada Felda.
Terdahulu, Mohd Yusof serta pihak pengurusan Felda menerima kunjungan Presiden Laos yang tiba di perkarangan Wisma Felda dengan diiringi tujuh menteri Kabinet dan pegawai kanan pentadbirannya.
Rombongan itu kemudiannya diberi taklimat ringkas mengenai pembangunan Felda oleh Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli Abdul Wahab selain dibawa melawat ke balai sejarah Felda dan kedai produk usahawan Felda di bangunan tersebut selama dua jam.
Choummaly dan rombongannya berada di Malaysia sempena lawatan rasmi selama dua hari bermula semalam.
--Bernama
Hari ini digemparkan dengan pengantungan banner banner yang membantah yang tertulis 'Kami Tak Nak Wang Judi' dan 'Kami Pemuda Membantah Kerajaan Negeri Lulus 96 lesen Judi, Lesen Permis Rumah Urut 1,367. Hiburan Awam' di sekitar negeri.
Menurut sumber,berlaku perpecahan dikalangan penyokong dan ahli PAS mengenai sokongan pesuruhjaya negeri Salleh Man terhadap Lim Guan Eng mengenai 2 isu ini. Manakala di satu pihak lagi membantah dan tidak bersetuju langkah Guan Eng berbohong mengenai isu menerima sumbangan wang unsur judi:klik sini dan lesen rumah urut dan arak :klik sini.
Amat ketara sekali apabila Tim Pesuruhjaya PAS Negeri Roshidi Husin pernah menyarankan agar memecat Ustaz Hafiz Nordin mantan Ketua Pemuda PAS Negeri dan beberapa ahli PAS kerana membantah tindakan PAS menyokong DAP menzalimi orang melayu dan berbohong kepada rakyat.:klik sini
Dikhabarkan 2 kelompok didalam PAS saling bercakaran kerana di satu belah pihak begitu kuat menyokong khalifah sosialis kesayangan wali selipar,manakala di satu pihak lagi tidak berpuas hati dengan tindakan khalifah mereka.
Terdapat banner terpapar tiga wajah pemimpin Dewan Pemuda PAS negeri iaitu Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Yusni Mat Piah, timbalannya, Helmi Harun dan naibnya, Ustaz Zakaria Hamzah.
Pisau melihat ini adalah satu usaha didalam PAS yang menentang kepimpinan negeri yang tunduk kepada kemahuan DAP. Salleh Man dilihat terlalu berlembut dan dikatakan tidak mampu membawa suara orang melayu dan Islam Pulau Pinang. Manakala Tim Pesuruhjaya Negeri Roshidi Husin pula dikatakan mahu menjatuhkan Salleh Man atas bantuan Mujahid Rawa.Dikhabarkan ada kaitan diantara salah satu kumpulan yang menentang pimpinan PAS negeri dengan tersebarnya banner di seluruh negeri.
Amat terang lagi nyata ada usaha dikalangan pimpinan PAS cuba menjatuhkan satu sama lain kerana sebelum ini Pisau ada mendedahkan sms mengenai pergaduhan diantara Salleh Man dan timbalannya Roshidi Husin.(Pergaduhan diantara Salleh Man dan Roshidi :klik sini )
Buat ahli PAS negeri Pulau Pinang,sudah pasti dapat menghidu siapa yang menentang Salleh Man yang semua orang tahu menjadi tunggangan DAP. Alhamdulilah tidak semua ahli PAS yang menyokong perjuangan parti mereka yang semua orang tahu sudah menjadi hamba dan tunggangan kerajaan DAP.
Pisau kata " la ni guan eng bohong pun depa kata takpa"

Penang International Convention Centre (PICC) isu ini dibangkitkan pada Desember 09 apabila menelan belanja RM50juta dan keseluruhan kosnya ditanggung oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang(MPPP).Projek yang mendapat bantahan ramai pihak berbilang kaum dan NGO namun ia tetap dilaksanakan oleh Guan Eng.

Harakah akhbar rasmi lidah bercabang PAS tidak akan memohon maaf atas pembohongan dan fitnah yang dibuat keatas YB Farid Adun Pulau Betong.

Harakah atau lebih mesra dengan nama Haprak Daily bagaikan Quran politik gampangan khawarij PAS,apa yang disiarkan akan dipercayai bulat bulat dan di anggap bagaikan wahyu untuk dijadikan nas nas habuan berhujah pembohongan sesama mereka.
Tidak sama sekali! Harakah telah memanipulasikan cerita. Dato Ahmad ibni hajar, Dato Sharifah Aminah, Sharudin Jasa, Sham ada dimajlis yg sama. Mereka boleh terangkan yg sebenarnya. Saya katakan bahawa ada pemimpin yg alpa dan cuai .
Kenyataan yg sama saya gunakan dlm ucapan dlm perhimpunan agong UMNO. Diawal ucapan saya, saya kata kehadiran saya adalah untuk mendengar dan mencari penyelesaian dan bukannya mencari salah siapa.
PAS spin kata saya suruh tutup buku. Saya kata kena 'stop blaming game' mereka kata pemimpin umno yg tidak amanah.

Video ini mengesahkan DAP sebagai abang besar didalam pakatan,DAP mengawal dan mengarahkan semua penyokong pakatan cina walaupun mereka berada didalam PKR untuk menentukan siapa yang patut di sokong semasa PRU13 nanti.
YB Teo Nie Ching dari DAP telah mengarahkan agar pengundi cina dari Kuala Lumpur dan Selangor jangan memberi undi kepada Azmin Ali atau pun Syed Hussien Ali kerana tidak menurut arahan daripada DAP semasa PRU13 nanti.
Transkrip ucapan Teo Nie Ching-
"Orang macam Azmin Ali,Syed Hussien Ali,diaorang kata hendaklah menjaga kroni,Hari ini saya hendak memberitahu kamu, Dia orang ini dipilih oleh rakyat,Jika mereka terus menyatakan hal hal tersebut. Hanya saya seorang mengetuk mereka tidak cukup.
Jikalau mereka terus menyatakan hujah hujah ini,saya ingin menyuruhkan semua rakan rakan sini,rakan rakan di Kuala Lumpur dan Selangor,Jangan mengundi kepada mereka.
Biarkan mereka kalah!! "

Pelancaran Jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Komtar pada 21 Nov 2010 ternyata memperlihatkan khawarij PAS dan melayu PKR telah berikrar dan beriktikad untuk tetap menjadi tunggangan dan suruhan untuk mengekalkan kuasa kerajaan DAP.
Usaha untuk mempertahankan abang besar pakatan yang cukup dikenali ramai dengan chauvanist dan rasis membuktikan kalangan juak juak haprak melayu terutamanya khawarij PAS dan PKR tidak rela melihat kerajaan yang rasis seperti Guan Eng kalah didalam pilihanraya.
Matlamat khawarij PAS hanya satu,mereka berharap agar status mereka sebagai habuan selingkohan politik gampangan DAP dapat dikekalkan.Selera khawarij PAS terhadap DAP bukan boleh dibuat main main.Mereka begitu komited untuk menjaga kerukunan rumah tangga yang dibina semasa pasca PRU12.
Persediaan jentera pilihanraya sebenarnya lebih kepada menjadi alat Guan Eng membuat propaganda dengan taktik populis yang sering kali mainkan oleh ketua menteri paling celaka dalam sejarah kerajaan negeri.
Jentera jentera ini Pisau sifatkan sebagai agen penyelamat survival politik DAP.Ini kerana jika Guan Eng sendiri nyatakan tidak akan membubarkan DUN walaupun kerajaan pusat mengistiharkan PRU13 justeru apa perlunya mereka ini mempersiapkan jentera pilihanraya.
Pisau melihat ini adalah satu usaha pakatan untuk membuat persediaan agar dapat mengekalkan kuasa DAP di Pulau Pinang. Dengan harapan agenda memperolehi autonomi akan terlaksana satu hari nanti.
Pisau kata " PAS sayang sangat kekasih hatinya si DAP"

Nuar Berahi tidak perlukan mereka mereka yang idealis dan terlalu bijak disekelilingnya,ini untuk mengelakkan beliau nampak bodoh dari kalangan mereka,oleh itu beliau berasakan lebih baik mengambil bengap dan dungu menjadi orang kanannya,mereka pasti akan melakukan apa saja walau berbohong sekali pun semata mata mahu menampak diri mereka bijak apabila disamping Nuar Berahi.
Soalan untuk pelajar sains politik IPTA dan IPTS.
1. Mengapa Lim Guan Eng menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kemelut politik yang ditimbulkan oleh Kapal Singh pada Ahad lalu?
A. Yakin bapanya akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.
B. Mahu melantik bapanya menjadi Pengerusi menggantikan Kapal Singh.
C. DSAI adalah satu-satu pemimpin Melayu yang akan membela DAP.
D. DAP tidak sokong lompat-melompat tetapi beliau dan bapanya yakin melompat ini menguntungkan DAP.
E. Tidak sebulu dengan Kapal Singh.
F. Mahu terus memimpin Pulau Pinang dan tidak mahu anak Kapal Singh menjadi Ketua Menteri yang baru.
G. Anak Kapal Singh kini semakin meningkat naik dan mungkin akan menenggelamkan kerjaya politiknya.
H. Kapal Singh mempunyai dua anak yang bergiat dalam politik. Beliau takut nanti dua lawan satu, maka menang dua. Oleh itu kenalah sokong DSAI.
I. Kapal Singh tidak sokong hudud. Tetapi DAP kena "buat-buat" sokong kerana ini akan menguntungkan parti itu untuk mendapat undi Melayu.
J. Semua jawapan di atas adalah betul.
sumber Duniatiger
Pisau kata " sebenarnya Guan Eng bukan suka sangat pondan tua,itu saja talian hayat yang dia ada habuan untuk dapat sokongan melayu haprak"

Seperti yang dijangka jika sebarang pendedahan yang dibuat mengenai penyelewengan wang tabung Memali pasti akan dihalang dan cuba disembunyikan oleh khawarij PAS.
Pemuda Pas larang jual buku Memali
BALING 22 Nov. - Penulis buku Mohd Sabu Air Mata di Bumi Memali kesal dengan sikap pemimpin Pas yang melarang ahlinya membeli buku tersebut ketika majlis memperingati 25 tahun Memali diadakan di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, buku yang banyak mendedahkan penyelewengan Tabung Memali itu oleh pihak tertentu dalam Pas telah dihalang dan disekat daripada dijual kepada orang ramai pada majlis berkenaan.
Penulis buku itu, CN Al-Afghani atau nama sebenarnya, Zainon Ismail berkata, tindakan penganjur majlis iaitu Dewan Pemuda Pas Pusat melarang orang ramai membeli buku berkenaan membuktikan mereka sebenarnya takut dengan pendedahan penyelewengan yang dilakukan oleh pihak tertentu dalam Pas itu daripada terbongkar.
"Saya kecewa dengan halangan pihak berkenaan untuk mengedarkan buku ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.
Hadir sama anak Ibrahim Libya, Mohd. Irsyad Zamani Ibrahim, 28, dan beberapa ahli Pas.
Majlis memperingati 25 tahun Memali itu diadakan selama tiga hari yang berakhir semalam dan majlis penutupnya disempurnakan oleh Mohd. Sabu.
Tabung tersebut dilancarkan oleh Pas selepas peristiwa berdarah Memali pada November 1985 yang menyaksikan 14 orang awam dan empat anggota polis terbunuh ketika operasi menahan guru agama, Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya dilakukan oleh pihak berkuasa atas dakwaan terbabit dengan kegiatan ekstremis.
Tambah Zainon, halangan penjualan buku itu menunjukkan sikap tidak adil kepimpinan Pas terhadap kebebasan bersuara dan mahu melindungi salah laku pemimpin yang berkenaan.
''Jika penyelewengan itu dilakukan oleh pemimpin UMNO atau Barisan Nasional (BN), mereka akan menelanjangi habis-habisan tetapi jika dilakukan oleh pemimpin Pas sendiri, mereka akan cuba menutup dan menganggapnya fitnah.-Utusan
PAS yang semua orang tahu akan menghalalkan segala perbuatan pemimpin mereka walau mencuri sekali pun. Ini kerana Isle Khawarij PAS amat berbeza daripada agama Islam yang rakyat Malaysia amalkan, Isle PAS menghalalkan curi duit dan menghalalkan makan hasil yang haram.
Justeru adalah tidak mengejutkan jika mereka mencuri wang tabung Memali,kerana amalan ini dilakukan sejak turun temurun hinggalah sekarang dipraktikkan oleh kalangan ahli ahli mereka. Contohnya Pisau pernah dedahkan mengenai wang derma masjid di Permatang Pasir di curi untuk kepentingan mereka PAS :klik sini
Ini belum dikira dengan Ariffahmi menantu kesayangan wali selipar,Takiyudin atau pun Husam.Mereka ini semua tidak perlu risau kerana sudah difatwakan HALAL untuk buat apa saja.
Meraikan sempena 25 tahun Memali sebenarnya adalah cara khawarij PAS meraikan ulang tahun hasil rompakan wang tabung Memali untuk kepentingan pemimpin mereka .
Menyambut ulang tahun yang ke 25 menandakan kejayaan memperbodohkan seluruh totok khawarij PAS kononnya perjuangan mereka adalah jihad fisabillilah dan demi Isle.
Realitinya totok khawarij PAS berjihad dan beriktikad untuk menjadi jalangan politik hakiki habuan tunggangan dan selingkohan politik gampangan DAP.
Pisau kata " ni mesti kerja UMNO balun duit tabung Memali kan,hehehe"

Sehari dua ini heboh wujud rakaman Anwar memaki hamun PAS dan DAP seperti mana yang dibangkitkan oleh bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim.
Beliau mencabar Aminah Abdullah Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, agar mendedahkan rakaman tersebut.
Pisau sendiri pernah membaca transkrip rakaman tersebut seperti mana yang turut didedahkan oleh rakan blogger medan info.
Berikut adalah butiran mengenai rakaman yang dimaksudkan oleh Zamil Ibrahim.
Rakaman VCD pendek, memakan masa lima minit dua puluh saat [5;20;00]. Ianya berlaku jam 4.35 petang bertempat di Yayasan Aman, Penanti, Bukit Mertajam pada 8 Januari 2008, sewaktu berlangsungnya Mesyuarat Pembahagian Kerusi Barisan Alternatif [waktu itu belum menang besar, Pembangkang belum lagi menggunakan nama Pakatan Rakyat].Menurut sumber, beberapa orang saksi sanggup tampil ke depan untuk mengesahkan kejadian tersebut. Ada dari kalangan mereka masih memegang jawatan didalam PKR.
Dalam rakaman VCD ini, Anwar Ibrahim telah menghentam, mengutuk pemimpin dan konsep parti PAS dan DAP didepan pemimpin PKR. Begitu emosinya Anwar melabelkan DAP dan PAS sebagai TAMAK,,! BODOH…! SOMBONG…! Tindakan Anwar ini amat memeranjatkan ramai pemimpin PKR ketika itu kerana sebaik sahaja pemimpin DAP dan PAS hadir, Anwar terus berubah nada dan kata katanya semakin lemah lembut, terserlah “mainan wayang” serta lakonan Penasihat PKR itu…
“ Tempat pekan [bahasa utara maksudnya bandar] pun PAS sakan nak kacau..? tempat cantek semua depa nak ambek, tempat bodoh bagi kat kita..? depa saja yang cerdik..! dah dua kali kita bodoh, tak kan nak bodoh lagi kot..? “ [maksudnya dah 2 pilihanraya 1999 & 2004 PAS pilih kawasan yang elok] begitulah kata kata Anwar dalam loghat utara..
“ yang hangpa semua dok takut dengan PAS & DAP pasai apa..? Haa..! yang hangpa dok buat kerja serupa mintak sedekah pasai apa..?? Pi bincang laa..” tinggi suara Anwar ketika memarahi pemimpin PKR .
“ Rakyat tengok kita yang sebenaQnya kuat, bukan depa..!! Isu nasional semua kita, bukannya depa..!! “ tekan Anwar lagi.
“ Penang pun dah kalut kita nak kena bincang, DAP Sarawak pun dok kata depa kuat..” demikianlah diantara kata kata Anwar menempelak rakan rakannya dari DAP dan PAS sambil mengajar pemimpin PKR tidak menghormati mereka.
Terdapat beberapa lagi kata kata dan "body gesture & facial expression Anwar" dalam VCD tersebut membuktikan beliau tidak pernah jujur mahu bekerjasama dengan DAP & PAS, hanya sekadar mahu memperkudakan mereka untuk mencapai cita cita politikya sahaja..
Menurut pemilik VCD ini, kelakuan dan tingkah laku Anwar terus bertukar sebaik sahaja pemimpin pemimpin PAS muncul untuk mesyuarat tersebut. Memang bercabang sungguh lidah si Anwar ni, pandainya dia bermuka-muka!
" Mereka berjaya sampai ke depan pentas di mana pemforum dijadual bercakap. Bagaimanapun, ketika penganjur menjemput mereka turut berhujah, pelawaan itu ditolak." Malaysiakini
Pisau kata "malaysiakini seperti biasa akan berbohong dan cuba putar belit"
Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK) merupakan alternatif baru bagi menyalurkan aduan dan pendapat untuk warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sekiranya terdapat sebarang masalah, perkara dan isu yang membabitkan warga peneroka.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata penubuhan BAPAK yang merupakan biro di bawah Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) sangat dialu-alukan kerana ia boleh berfungsi untuk membantu menjelaskan dan menyelesaikan sesuatu isu itu dengan lebih cepat.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merestui penubuhan Bapak dan berharap ia memberikan faedah kepada semua warga Felda terutamanya menyelesaikan isu berbangkit atau dibangkitkan di kalangan warga Felda,' katanya dalam sidang media selepas merasmikan Bapak di Shah Alam hari ini.
Beliau berkata BAPAK dianggotai oleh 317 sukarelawan yang bersedia menerima aduan dan cadangan yang dikemukakan warga Felda tentang sesuatu isu dan berusaha menyelesaikan dalam tempoh paling minimum antara seminggu dan dua minggu hari bekerja.
Katanya BAPAK merupakan idea Pengerusi GWGF Tan Sri Rozali Ismail yang turut berbesar hati menaja segala perbelanjaan yang diperlukan oleh biro berkenaan.
Beliau berkata walaupun Felda mempunyai saluran aduannya sendiri, penubuhan BAPAK sangat relevan dalam menangani masalah lain yang dihadapi oleh warga peneroka seperti isu kebajikan dan pendidikan.
Katanya BAPAK yang beroperasi di Plaza SunwayMas di Seksyen 9 di Shah Alam, menerima aduan 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu melalui pelbagai kaedah termasuk faksimile, e-mel, SMS, portal atau talian bebas tol 1-800-88-4943.
Ahmad yang juga ketua penerangan Umno turut mencadangkan supaya GWGF menjadi anggota gabungan BN agar sama-sama dapat berjuang dan menjaga kebajikan serta masa depan warga peneroka.
Sementara itu, Rozali yang juga Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) berkata beliau akan menulis surat kepada Dewan Tertinggi BN agar GWGF menyertai anggota gabungan BN itu.
Perdana menteri semalam mengumumkan bahawa Mesyuarat Dewan Tertinggi BN bersetuju meminda perlembagaan termasuk membuka penyertaan untuk anggota bersekutu, anggota bergabung, Kelab Sahabat BN dan Kelab Rakan Muda BN.
--Bernama
Program Anti Isa yang pro kepada pakatan dianjurkan di Komtar Walk lebih kepada mempromosi fahaman haluan kiri yang condong kepada Komunis.
Sebab mereka anti kepada ISA cukup kuat kerana risalah dan banner yang dilekatkan di dinding menyiarkan perjuangan pro Komunis.Malah tindakan kerajaan pada zaman British melawan komunis turut di pertikaikan melalui risalah yang menyelar tindakan kerajaan yang mengasingkan penduduk berketurunan cina di penempatan kampung kampung baru.
Semua orang tahu pengwujudan kampung baru adalah satu perancangan untuk mengawal agar pihak Komunis pada ketika itu untuk memperolehi bantuan makanan ,perubatan dan kewangan daripada penyokong komunis yang tinggal di kampung kampung.
Dalam ucapan Mat Sabu dan Hishamudin Rais ternyata asas mereka kabur dalam memperjuangkan isu anti ISA,Dalam masa memperjuangkan anti ISA mereka ini memperjuangkan kominisme dan perjuangan yang subversif.
Undang undang ISA menjadi penghalang buat mereka yang berfahaman subversif,ISA menjadi penghalang kepada perjuangan DAP untuk menghasut rakyat.
