Raja Drama

Posting Terkini

Penang:Guan Eng Bohong & Perbodohkan Umat Islam Penang,Nak Diam Lagi ?

Filed Under ( ) by pisau on 14.7.10


Tiap kali pilihanraya kecil, pasti kita akan mendengar bantuan di salurkan kepada sekolah sekolah Cina,yang terbaru ketika prk Hulu Selangor dan Sibu.

Walau pun kita tahu mereka mereka ini tetap tidak akan mengundi BN,tetapi atas dasar 1Malaysia Ds Najib tetap dengan pendirian memberikan bantuan.

Pisau tidak pertikaikan bantuan yang diberikan oleh Ds Najib,tetapi disini kita boleh melihat kejujuran dan sejauh mana keikhlasan mereka untuk menyokong kerajaan,walaupun sebanyak mana bantuan diberikan,tetapi tidak langsung diterjemahkan kepada undi yang menyokong kerajaan.

Bijaknya golongan ini untuk bermuka muka dengan BN, kesempatan diambil dengan sebaik mungkin. Malah yang terbaru MCA turut mencadangkan agar kerajaan memberikan bantuan 1billion kepada SJKC dalam RMK10.

Apa perlunya kerajaan memberikan bantuan kepada mereka,walhal sekolah disediakan secara percuma oleh kerajaan sejak dulu lagi,mengapa harus diasingkan dari bercampur dari kaum lain.

MCA ,Gerakan dan DAP senada dalam mempertahankan SJKC, didalam kerajaan BN,Gerakan dan MCA menuntut puluhan juta untuk diberikan bantuan kepada SJKC, Dalam Kerajaan negeri Pulau Pinang,DAP berpeluang untuk menabur dan memberikan bantuan yang banyak kepada SJKC .

SJKC di Pulau Pinang yang menerima bantuan adalah :-

1.Penang Chinese Girl Private School - RM400 ribu

2.Phor Tay High School -RM840ribu

3.Han Chiang Associated School-RM120 ribu

4.Sekolah Menangah Chung Ling - RM120ribu

5.SJKC Sin Ya- RM50ribu

Jumlah RM1,530juta



Kerajaan Sosialis dalam kempen prk di Sibu ,mengedarkan risalah kononnya mereka membantu sekolah agama rakyat di Pulau Pinang dengan peruntukkan 4.2juta, walhal jumlah yang sebenar hanyalah 1.3juta. Mereka begitu berselera untuk berbohong hinggakan ramai orang melayu tertipu.

Anda bandingkan peruntukan yang diberikan kepada Sekolah Menengah Agama , Sekolah Rendah Agama Rakyat dan juga Maahad Tahfiz yang beroperasi di Pulau Pinang dengan pengagihan seperti berikut :

BIL NAMA SEKOLAH JUMLAH (RM)
1. Madrasah Manabiul Ulum RM 197,000
2. Madrasah Al-Irsyad Al-Asyraf Al-Wataniah RM 159,000
3. Madrasah Al-Aminiah RM 183,500
4. Sek. Men. Islam Ad Diniah RM 166,275
5. Sek. Men. Arab Tahfiz (SMART) RM120,000
6. Sek. Men. Othmaniah RM 90,000
7. Institut Pengajian Ar-Razi RM 70,000
8. SABK Khairiah Islamiah RM 23,000
9. SABK Al-Masriyah RM 30,000
10. SABK Wan Jah RM 13,000
11. SABK Faqiyah Daimiah RM 22,000
12. SABK Al Ahmadiah Al-Ijtimaiyyah RM 25,000
13. SABK Daeratul Maarifil Wataniah I RM 35,000
14. SABK Daeratul Maarifil Wataniah II RM 19,000
15. SABK Al-Mashoor Islami RM 25,000
16. SABK SMATI RM 22,000
17. SABK Al-Imam An Nawawi RM 3,000
18. Sek. Menengah Al-Itqan RM 96,275
19. Sek. Ren. Islam Bahrul Ulum RM 45,000
JUMLAH RM1,344,050

Bandingkan , 5 SJKC menerima 1.5 juta,19 SAR menerima 1.3juta, siapa lebih cerdik dan siapa lebih bodoh dalam hal ini?

Guan Eng mendabik dada kononnya telah menaikkan peruntukan dari 1.5juta kepada 1.75juta jika benar sekali pun peruntukan itu,purata yang diterima oleh 19 SAR hanyalah 90ribu setiap sekolah berbanding 5 SJKC menerima tidak kurang dari 300ribu setiap sekolah.

Kata Guan Eng sebelum ini peruntukan dipotong oleh kerajaan negeri BN , tahukan anda sebelum ini dengan dana Hadhari ,Kem Pelajaran dan ICU diberikan kepada SAR di Pulau Pinang di beri peruntukan lebih puluhan juta tidak termasuk elaun kepada guru?Ini tidak termasuk didalam SABK yang diberi peruntukan sebanyak 200juta.

Idris Ahmad berkata umat Islam terbela dibawah DAP Pulau Pinang,sebenarnya bukan terbela tapi tercela.

Sekarang ini apa yang PAS dan Melayu PKR mahu pertahankan kerajaan rasis chauvanist ini?Adakah anda percaya dengan angka angka yang diberikan oleh Guan Eng untuk mengaburi pemberian bantuan yang diberikan kepada kaum cina, di mana CAT dan konsep sama rata yang dilaungkan oleh Guan Eng?

Jika benar benar mengamalkan ketelusan,mengapa Guan Eng tidak mengumumkan pemberian bantuan kepada SJKC, sebaliknya beliau membeli undi dengan memperbodohkan golongan ugamawan Islam dengan sejumlah peruntukan kerajaan negeri yang nyata penjilat tegar sosialis DAP,PAS dan PKR dibodohkan secara beramai ramai.

1.5 juta yang didedahkan Pisau hanyalah sebahagian peruntukan yang sudah diberi kepada SJKC,ini tidak termasuk jutaan ringgit kepada tokong tokong,klan,kongsi dan sumbangan kepada upacara keagamaan.

Senarai peruntukan adalah sebahagian daripada puluhan juta yang ditabur oleh Guan Eng dan kerajaan DAP kepada kaum cina,ada yang dibuat secara sulit malah Adun Adun DAP lebih banyak menghabiskan wang peruntukan kepada tokong tokong dan kongsi berbanding untuk membantu rakyat setempat.

DAP begitu prihatin terhadap bangsa mereka, kaum cina didahulukan,malah Guan Eng yang semua orang tahu cukup rasis, berbohong kepada rakyat kononnya peruntukan 24juta disalurkan kepada umat Islam.Walhal peruntukan yang sebenar hanya 11 juta setelah ditolak wang pengurusan dan perolehan berjumlah 13 juta.Begitulah melayu pakatan haprak dilembukan oleh Guan Eng.

Perkara yang sama turut berlaku di Selangor dan di Perak selama 11bulan,mereka berlumba lumba untuk menghabiskan peruntukan ditabur secepat mungkin,hinggakan kantung duit kerajaan negeri habis .



Pisau kata " Ada isu besar bakal meletup"

Comments:

18 Responses to “Penang:Guan Eng Bohong & Perbodohkan Umat Islam Penang,Nak Diam Lagi ?”

  1. Idris Ahmad tu sama tarafnya cam Dr. Lalok. Bengong dan samdol...!!!

    Orang melayu pulau pinang, sudahkan anda tersedar? sudahkan anda bergerak? Langkah pejuang bermula SEKARANG!!!

  2. syabas Pisau !! Pendedahan pembohongan guan eng yg terang2 kpd umat islam ...

  3. Pisau...

    Penang dah ada wifi free laa.. orang penang tak payah beli broadband dah.. hahaha.. kami tak payah dah subscribe streamyx ke.. apa ke.. pegi mana2 dapat guna wifi.. lawak pulau pinang...

  4. azie,
    penang wifi atau PenangNet di lancarkan oleh Koh Tsu Koon pada 2007.

    Kerajaan BN yang lancar,DAP bohong pada rakyat ,ramai tertipu dalam isu ni.

    kalam timur,
    idris ahmad memang penjilat tegar DAP.

    pejuang bangsa,
    memang terang sangat2 dah.

  5. 6. Negara kita Malaysia hanya mempunyai sebuah platform atau parti [ UMNO ] yang berjuang untuk menegakkan dan mendaulatkan AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU, NEGARA ISLAM . Objektif perjuangannya adalah untuk menegakkan keadilan , kesejahteraan dan kedamaian sebagaimana ia menjadi sebahagian dari nilai Islam yang diperjuangkan . Tanpa saya menafikan kebaikan orang lain , saya menyeru kepada seluruh ummat melayu dalam negara ini , marilah kita bersama dan bersatu dengan perjuangan Islam [ Tali Allah ] ini sebagai platform yang kukuh dan diredhai oleh Allah swt . Ingatlah Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah Ayat 258 :
    Tiada paksaan untuk menganut agama Islam , kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran Islam dari kesesatan . Oleh itu , sesiapa yang mengkufurkan [tidak percayakan] thaghut dan ia beriman pula kepada Allah swt , maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh dengan simpulan tali Allah yang kukuh yang tidak akan putus . dan ingatlah , Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui .
    7. Perjuangan ummat melayu yang tidak berasaskan Islam hanya akan menjerumuskan mereka ke lembah maksiat dan mungkar . Melanggar perintah Allah swt lalu terperangkap dalam penyelewengan , penyalahgunaan kuasa serta penindasan ke atas golongan yang lemah . Lantaran mereka tidak mempunyai pertimbangan dosa dan pahala , mereka senantiasa dijurang kemurkaan Allah swt. Tanpa segan silu dan rasa bersalah , mereka melakukan rasuah , berjudi , minum arak , mendedahkan aurat , bergaul bebas , berzina , menggelapkan wang , peras ugut dan 1001 kefasadan .
    8. Persoalannya kenapa susah sangat kita orang melayu untuk kembali kepada Islam ? apakah kerena kita meletakkan ideologi yang dicipta oleh manusia itu lebih tinggi dari wahyu Allah swt ? lalu sayang untuk meninggalkan ideologi tersebut ? Jika semua pihak ikhlas dan jujur mahu mencari masa depan yang baik untuk ummat melayu , agar melayu menjadi hebat , mulia dan terpandang maka satu - satu jalan yang ada dihadapan kita hari ini ialah Islam .
    9. Hari ini , ada orang pertikaikan kemana hilangnya kuasa politik orang melayu ? bagaimana nasib orang melayu yang kian terpinggir di kampung - kampung dan desa ? kenapa melayu mesti bercakaran sesama sendiri ? apakah selamanya mereka tidak boleh bersatu ? . Menjawab kepada semua persoalan itu , saya gesa kepada seluruh pemimpin - pemimpin melayu khasnya supaya kembali kepada ajaran dan amalan Islam , agama yang dianuti oleh mereka dan agama yang mempunyai Tuhan yang satu , Kitab yang satu , Nabi yang satu , Kiblat yang satu .
    10. Apabila ummat melayu bersatu diatas premis yang kukuh ini iaitu Islam , maka perpaduan itu menjadikan mereka kuat dan utuh . Mereka akan miliki kuasa politik . Nasib mereka akan terbela dengan amalan kebajikan dan takaaful yang disyariatkan oleh Islam . Mereka akan menjadi mulia dengan kemulian akhlak Islam yang menghiasi diri mereka . Mereka akan bersatu dan berdamai dengan plan ukhuwwah serta toleransi yang disyariatkan oleh Islam . Ertinya Islam menjadikan melayu hebat dan mulia

  6. MARILAH BERSATU DENGAN TALI ALLAH
    1. Secara umumnya , melayu adalah bangsa yang menganut ajaran Islam . Islam pula adalah ajaran yang mengajar supaya seluruh ummatnya bersatu padu dan jangan berpecah belah . Antaranya apa yang difirmankan oleh Allah swt di dalam surah Aali Imran ayat 103 - 105 .
    dan berpegang teguhlah kamu dengan Tali Allah [ Islam ] dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah swt kepada kamu ketika kamu bermusuh - musuhan lalu Allah menyatukan diantara hati kamu [ sehingga kamu bersatu dengan nikmat Islam ] , maka jadilah kamu dengan nikmat Allah swt itu bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di jurang api neraka lalu Allah menyelamatkan kamu dari neraka itu . Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat - ayat keteranganNya supaya kamu mendapat petunjukNya .
    dan hendaklah ada diantara kamu satu golongan yang mengajak ke arah kebaikan , menegakkan yang makruf [ syariat ] dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kejayaan .
    dan janganlah kamu menjadi seperti orang - orang yang berpecah belah dan berselisih setelah datang kepada mereka keterangan - keterangan yang jelas nyata. mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar .
    2. Mengambil iktibar dari ayat di atas , kita sewajarnya insaf bahawa Allah menyuruh kita berpegang teguh dan bersatu padu dengan Tali Allah [ Islam ] yang kukuh dan utuh . Tanpanya ummat akan binasa . Justeru itu saya tidak nampak sebab kenapa orang melayu yang rata - ratanya beragama Islam tidak boleh bersatu di atas nama Islam .
    3. Orang melayu mesti kembali kepada agama Islam dengan segala syariat dan syiarnya . Tinggallah faham nasionalis [ perkauman ] dan berhijrahlah jasad , pemikiran dan aqidah [ keyakinan ] kepada Islam agama yang dianuti bersama . Islamlah yang menjadikan kita mulia dan hebat . Tanpa Islam maka apalah ertinya melayu . Aslim Taslam [ Islamlah nescaya kamu selamat ]
    4. Perpaduan yang dibina diatas premis material , perkauman yang sempit dan pengaruh serta kuasa adalah perpaduan yang rapuh dan tidak mendapat restu Allah swt tuhan yang mencipta kita . Ambillah premis Islam sebagai asas perpaduan yang dicari agar kita kukuh , hebat dan berdaulat serta Allah swt meredhai kita . Harta dan kuasa tidak boleh menyatukan manusia sebaliknya hati manusia hanya boleh diikat dengan Islam . Lihat bagaimana penegasan Allah swt di dalam firmanNya [ surah al Anfaal. Ayat 64 ] :
    dan dialah yang menyatupadukan diantara hati - hati mereka . Kalaulah engkau belanjakan segala harta benda yang ada di bumi , nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan diantara hati mereka . akan tetapi Allah swt telah menyatukan padukan diantara hati mereka. Sesungguhnya Allah Maha kuasa lagi Maha bijaksana .
    5. Islam tidak pernah menghalang kita berbangga dengan bangsa dan bahasa kita malah Nabi saw juga sangat menyintai bangsa dan bahasanya , namun apa yang penting ialah bangsa dan bahasa itu ditegakkan di atas nilai Islam yang suci sebagai agama yang diturunkan oleh Allah dan Islam menjadi platform perjuangannya .

  7. Pisau

    Sorry laa mungkin susunan ayat saya tu silap. Yang saya maksudkan, LGE buat lawak bila dia kata Penang sekarang wifi free.. negeri pertama.. mereka yang buat... mana ada wifi tu pun.. kita masih kena subscribe utk dptkan internet.

    Apa yang dimulakan oleh pemerintah lama.. diambil alih. tapi still hampeh... nama nak.. kerja tidak. Semua tak menjadi.. glamour ajer tau... belanja perabis,

  8. orang melayu pulau pinang tolaklah DAP celaka tu ke sg sokong kembali UMNO kalau tidak nasib hang cam tulah selamanye...

  9. syabas pisau!!.andalah pejuang sejati!!!.sedih mlihat bngsaku dprbodohkn..kpd pisau,truskn pndedahan..jgn tkt..kami ttap mnyokong anda!

  10. waa.. ini macam pas sudah kena tipu sama itu kalipah woo

  11. meluat tengok apek tu pakai kupiah duduk tersimpuh kat tikar sembahyang....sungguh menghinakan.

  12. secara halus... mereka dah mula pecahkan kawasan undi melayu...

    melayu mudah dimabukkan.. setakat wifi free...dah bangga... yang selama ni bagi keturunan melayu belajar pandai pandai sampai boleh ramai yang boleh jadi ketua syarikat swasta... tak boleh nak bangga?

  13. Salah satu sebab pulau pinang di tangan DAP. kalu di teliti.. Orang UMNO yang dulu yang jadi wakil rakyat ke DO ke.. isteri mereka tak nak masuk kampung, dan tak nak pun berkenal dengan penduduk kampung... lebih rela duduk KL. inilah realitinya...

  14. bagi aku, DAP ni macam kontraktor yg pergi cat rumah org. dari luar rumah nampak cantik dan warna-warni, tp dalam masa yg sama, barang2 dan isi rumah sudah dikebas oleh tukang2 cat mrk. takut2 saja, anak bini pun kena kebas dalam rumah sendiri...
    Jagala rumah kamu dengan sebaik2nya wahai orang Melayu. jgn dok alpa dgn kecantikan cat yg nilainya tidak seberapa berbanding apa yg telah mrk perolehi...

    -wau

  15. hangpa ni kecoh bila dah tak dak kuasa.dulu ada kuasa tak kecoh pun.puak gerakan dok perbodoh org melayu jugak.dulu umno ramai tp yg jd ketua cina jugak hawat tak kecoh..la ni cina ramai depa jd ketua nak buat mcm mana.jgn jd penghasutlah pisau.aku pun kalau boleh nak melayu jd pemerintah tp apa boleh buat.depa pun rakyat malaysia jugak.Puak mana yg jd pemerintah masa nak stuju datuk nenek depa jd rakyat negara ni dulu,kalaau bukan umno(ikut aku nak je disumpah)terimalah hakikat..tiap kaum smestinya nak jaga kaum masing2.tp biarlah seimbang.kalau kata nak jaga islam dah lama dah umno bleh buat krana umno ada kuasa.jgn tunggu dah tak dak kuasa baru nak berkokok...dah tak guna...ke nak kena kata macam mana...takkan hak tu pun tak tau....tp kalau tak tau yg tu bolehlah nak kata bebalpun.....sedarlahhhhhhhhhhhhhhhh wahai umno.jgn jd lemb,sapi jugak dapat nama.

  16. BN lagi teruk...
    satu habuk pun tak bagi kat sekolah agama rakyat....... tu pun dok kecoh.... macam pelaq

  17. bagus PAS, dedahkan, biar orang sesat seperti Mahfuz, Khalid Samad dan Husam Musa yang terus memuji 'khalifah' sesat ni yang species nya sama dengan Ayah Pin kantoi!

    Anak Melayu terus dibodohkan, tak sedar lagi ke orang Melayu? Bila orang UMNO dan PAS nak bersatu? JANGAN JADI BODOH!

  18. masa GERAKAN memerintah Panang Melayu MISKIN...bila DAP ambil alih Penang melayu FAKIR....

Popular Posts