Raja Drama

Posting Terkini

Penang: Guan Eng Kerja Tipu Perbodohkan Rakyat Siang Malam

Filed Under ( , ) by pisau on 21.7.10

Sejak memerintah kerajaan Pulau Pinang, tidak ada satu pembangunan pun yang dilaksanakan oleh Khalifah sosialis ultra kiasu guan eng.

Retorik dan temberang beliau makin menjadi jadi, menyalahkan orang sudah menjadi kerja harian beliau,mengherdik penjawat awam bagaikan rutin semasa mesyuarat. Itulah kerja ultra kiasu sosialis yang menjadi Ketua Menteri Paling Celaka dalam sejarah Pulau Pinang.

Yang menariknya Guan Eng yang semua orang kenali sebagai buangan rakyat Melaka begitu disayangi oleh Khawarij PAS dan juak haprak dalam PKR. Apa saja tindakan beliau walaupun dengan jelas memperlekeh dan menganaiya orang melayu hanya dipandang sebelah mata.

Kerajaan Persekutuan memperuntukan RM7.6 billion dalam RMK 9 untuk kemudahan rakyat di Pulau Pinang.

Jumlah tersebut tidak termasuk projek-projek di bawah Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan, Projek Infrastruktur Awam dan Projek Infrastruktur Asas bernilai RM68.08 juta tahun lalu dan RM52.7 juta pada 2008.

Guan Eng mendabik dada kononnya dibawah pemerintahan beliau negeri begitu makmur dan bertambah maju ternyata hanyalah retorik dan berbohong secara terang terangan dalam masa yang sama mengelirukan rakyat.

Guan Eng kamu janganlah memperbodohkan rakyat Pulau Pinang,jangan ingat semua rakyat Pulau Pinang bangsat,buta hati dan bodoh sepertimana penyokong pakatan haprak,jangan hanya pandai memomokkan dengan cerita fantasi kemudian bercakap serupa tin kosong,bunyi kuat isi tak ada.

Puak pakatan di Pulau Pinang yang cukup dikenali penjilat tegar Guan Eng hanya pandai bersetuju dengan dakwaan ketua menteri paling celaka dalam sejarah negeri,dalam masa yang sama gagal melihat kemakmuran di negeri Pulau Pinang adalah hasil usaha kerajaan BN yang sudah dirancang pembangunan sejak 5 tahun lepas

2 tahun perintah negeri makmur? Sudahlah jangan bodohkan seluruh rakyat Pulau Pinang,Guan Eng hanya pandai bercakap dan berbohong, sudah lah berbohong kepada seluruh Umat Islam di Pulau Pinang, sekarang berbohong pula kepada seluruh rakyat berbilang kaum di Pulau Pinang.

Guan Eng kata pelaburan RM10billion adalah hasil air tangan beliau setelah memerintah Pulau Pinang? Sila beri bukti siapa yang melabur,sejak bila pelaburan itu dibuat,siapa yang memulakan rundingan pelaburan.

Realiti yang sebenar,sehingga sekarang jumlah pelaburan itu adalah hasil usaha kerajaan BN yang berjaya menarik pelabur masuk,Guan Eng hanya pandai mendabik dada dan berbohong kononnya ini adalah hasil usaha kerajaan pakatan haprak.

Terlalu banyak pembaziran wang kerajaan negeri dihabiskan Guan Eng dengan rombongan untuk misi perdagangan dan pelaburan.

Guan Eng kena buktikan berapa banyak MOU dan perjanjian yang dimeterai dengan pelabur semasa lawatan beliau di luar negara

Tahukah anda usaha berterusan menarik pelaburan dan mempromosi eksport negara sebenarnya dilakukan oleh agensi-agensi di bawah Kerajaan Persekutuan seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) serta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Guan Eng yang cukup gemar berbohong tidak pernah menyatakan kepada rakyat sebenarnya kerajaan BN terdahulu telah membelanjakan RM150juta untuk membangunkan kawasan perindustrian Bayan Lepas dan Seberang Perai

Guan Eng jangan hanya pandai beretorik dan berbohong kepada rakyat Pulau Pinang, sudahlah bangsat ini berbohong kepada Umat Islam, sekarang ini makin menjadi jadi bohong dan memperbodohkan rakyat Pulau Pinang.


Pulau Pinang hanya makmur dibawah kerajaan BN, yang nyata Guan Eng dan anjing anjing pakatan hanya pandai menyalak tetapi gagal langsung memberi bukti bersertakan fakta apa yang beliau makmurkan negeri Pulau Pinang.

Khalifah sosialis buangan rakyat Melaka ini sialan ini hanyalah liabiliti kepada negeri Pulau Pinang,makin hari makin ramai tertipu dengan temberang ala komunis yang membeli hati rakyat secara gampangan.


Pisau kata " guan eng kawtim dengan banyak orang,banyak jugak dia sapu,kroni & nepotisme kena jaga,CAT pala otak lu"

Comments:

5 Responses to “Penang: Guan Eng Kerja Tipu Perbodohkan Rakyat Siang Malam”

  1. hello pisau,dulu awaklah org yg kutuk org yg menggunakan bahasa kasar.tp la ni hang yg dok guna bahasa kasar ni.dah tu dok bubuh gambar yg tak senonoh.hang pikirlah.... ke dah kena terbalik bala kat hang dah.....dah memang kau ni pembangkang LGE.memang kerja kau ngutuk dia kan.bila masa kau nak sokong dia,aku faham........tp aku ni walau tak suka bn tp apa yg patut aku sokong aku sokong.bukan buta tuli je....

  2. Tuan,
    PAS dan kepinpinan dah menjadi DAYUS. Rakyat Islam P.Pinang kena bersatu dan tentang DAP habis habisan. Kepimpinan PAS bukan tak tahu perkara ini berlaku tapi kerana kepentingan dunia mereka diamkan sahaja. Moga Allah memberi petunjuk pada umat Islam di Pulau Pinang dan Malaysia. Insyaallah.

  3. aloo..ang ni nmpk mcm pncacai LGE je..mmg ptut pn pisau kata kt dia mcm tu dia dk tindas org mlayu kt cna,ANG TAU X?? yg ang p dk bela barua tu psai pe?.ang xsdq ka apa yg dk jd kt penang tu?apa jd kt org mlayu cna..kpd pisau truskn pndedahan!.brani krn benaq!.HDUP PISAU!.

  4. Woi anonymous 7:16.hang ni org mana,penang ka.baru hari ni ka hang nampak cina dok perkena melayu.dulu masa khosukun jd km tak perkena melayu ka.seingat aku melayu umno dok plokah sama hambat melayu penang keluaq dr penang untuk dpt habuan projek.jgn dok buat bengong la.masa tu hawat hang tak marah.pisau masa tu hang dok mana.sg 2,tanjung tokkong batu uban,hang tak dapat tengok ka.cuba chek kat kulim brapa ramai org penag yg lari dr penang.

  5. "CAT" tu malu malu kucing atau Alim -alim kucing perangai Kalifah DAP.

Popular Posts