Mengenal Parti PAS
Perjuangan parti PAS bukanlah untuk membentuk peribadi dan rumah tangga Muslim. Bahkan sasaran pemimpin PAS yang utama adalah untuk mengislamkan pentadbiran negara, melaksanakan hukum hudud dan takzir, yakni hukuman yang ada hubungan dengan negara semata-mata, pada hal Islam bermula daripada peribadi Muslim dan rumah tangga Muslim barulah negara Islam.
Pernah gendang “hukum hudud” dicanang habis-habisan sehingga mereka terlupa kepada soal-soal ibadah pemimpin dan ahli-ahlinya, kerohanian, akhlak, khidmat masyarakat dan kasih sayang sesama mereka dan juga sesama golongan Islam yang lain.
Mereka lupa kepada akhlak pemimpinnya yang suka memaki dan menghina orang lain, menuduh golongan yang tidak menyokong jemaah politik mereka sebagai kafir. Taghut dan menentang Islam.
Mereka sengaja melupakan ayat-ayat Allah yang telah menggaris lebih awal lagi; bahawa orang Islam tidak boleh menghina kumpulan atau individu lain, kerana mungkin kumpulan mereka lebih baik.
Mereka juga lupa kepada arahan Allah agar jangan memaki hamun walaupun kepada berhala yang disembah oleh orang-orang yang bukan Islam demi menjaga akhlak dan tutur kata penganut Islam dan juga hikmat-hikmat lain.
Jikalau kepada berhala yang jelas batil itu pun Allah melarang menggunakan perkataan yang tidak sopan terhadapnya, maka adakah boleh kita memaki hamun kepada sesama manusia, lebih-lebih lagi kepada manusia yang sama-sama berkiblat ke Kaabah serupa apa yang dilakukan oleh para pemimpin PAS?
Fatwa daripada pemimpin PAS
Sekiranya berlaku sesuatu isu yang tidak secocok dengan perasaan pemimpin PAS atau boleh menggugat parti mereka, maka fatwa atau hukum-hakam pun dilahirkan walaupun tidak mempunyai hujah atau nas yang qatee(tepat).
Dalam kontek ini kita dapati timbulnya fatwa yang berbeza-beza antara seorang pemimpin dengan pemimpin PAS yang lain. Yang malang lagi, kadang-kala fatwa itu berbentuk aqidah seperti kafir-mengkafir dan murtad walaupun terhadap ahli kiblat yang sama. Mana-mana individu atau jemaah lain yang menolak parti PAS sudah pasti mereka dicap sebagai kafir.
Padahal saidina Husin bin Ali bukan setakat menentang biasa terhadap kerajaan Yazid bin Muawiah, bahkan beliau mengumpul bala tentera bagi memerangi kerajaan Yazid yang pada akhirnya saidina Husin gugur dan menerima kekalahan teruk di tangan Yazid. Kenapakah PAS tidak menghukum kafir kepada saidina Husin, sedangkan kerajaan Yazid yang dilawan oleh saidina Husin adalah kerajaan Islam tetapi agak menyeleweng?
Kutipan Derma
Sebagaimana yang termaklum dalam PAS kutipan derma adalah dikira amalah biasa, penyokong-penyokong PAS sangat gemar menghulurkannya. Sifat seperti ini hampir-hampir sama pada zaman Rasulullah s.a.w. tetapi apa yang mendukacitakan derma-derma tersebut betulkah dipergunakan mengikut apa yang sepatutnya?
Sebagai contoh, di sini saya nyatakan antara derma-derma yang dipungut dan boleh dicurigai pelaksanaannya.
Contoh (1)
Derma jihad dalam Ijtimak(perhimpunan) PAS di Kok Lanas yang berpuluh-puluh ribu ringgit itu, dimanakah wang derma jihad PAS yang dipungut begitu banyak? Adakah dibentang penyatanya? Jawabnya tidak!
Contoh (2)
Wang Derma Pilihanraya Kecil Grik, saya telah melihat dengan mata saya sendiri bahawa orang yang diamanahkan untuk menyerah wang tersebut telah mempergunakan wang derma tersebut bagi membayar hutang peribadinya sendiri. Saya telah menanya beliau pada waktu itu, kenapakah dipergunakan wang derma daripada orang ramai untuk membayar hutang peribadi? Lantas beliau menjawab: “Apa salahnya! Saya sekarang adalah PAS, PAS adalah saya, tidak salah dipergunakan untuk saya kerana saya adalah PAS”.
Contoh (3)
Setahu saya lebih kurang 10 hari sebelum tahanan ISA (Operasi Lalang) PAS dibebaskan daripada Kem Tahanan Kemunting, satu kutipan derma secara besar-besaran dianjurkan di Dewan Zulkifli bangunan PAS Kota Bharu Kelantan, apa yang saya tahu wang yang berpuluh-puluh ribu itu tidak diberi kepada yang berhak menerimanya termasuklah saya. Sehingga sekarang derma khas tersebut tidak dapat saya dan tahanan-tahanan ISA lain menerimanya.
Contoh (4)
Pada suatu ketika (lebih kurang 10 tahun dulu) dalam PAS telah ditubuhkan satu institusi kewangan yang dinamakan “Darul-Mal” berjuta-juta wang terkumpul, seluruh penyokong PAS dikerah agar menyumbangkan sebanyak mungkin di dalam tabungan tersebut, ada di antara ahli atau penyokong PAS yang telah menjual tanah, menjual barang-barang yang berharga dan mengambil segala wang yang ada di bank-bank lain untuk dimasukkan ke dalam akaun simpanan Darul-Mal. Apakah yang terjadi sekarang? Sesungguhnya wang tersebut telah hilang dan mati tanpa berkubur. Suatu tindakan undang-undang kepada pelaku sehingga kini belum ada kedengaran.
Inilah cara pemimpin PAS memimpin parti, dan inilah puak yang akan memerintah Malaysia secara Islam sekiranya parti PAS menang. Sewaktu berceramah atau mengajar/kuliah pemimpin PAS mengajar bukan main lagi, mereka mengajak kita melakukan keadilan, dan mestilah mengikut cara Nabi s.a.w. yang akan memotong tangan anak baginda Fatimah sekiranya mencuri, tetapi belum pun memerintah negara hanya sekadar memerintah parti atau memerintah sebuah negeri Kelantan sahaja sudah tidak mahu menjalankan keadilan sekurang-kurangnya menyeret mereka yang bersalah ke muka pengadilan mahkamah bagi melambangkan keadilan buat sementara waktu sebelum berjumpa mahkamah Allah. Tindakan seperti ini tentu boleh menolong menyedarkan orang PAS lain daripada melakukannya.
Contoh (5)
Di Kampung Jabi, Besut Terengganu, pemimpin PAS membuat pakatan bagi pelaksanaan perkampungan Islam, seluruh penyokong PAS diajak agar memenuhi rancangan ini. Penyokong-penyokong PAS menerimanya dengan suatu hakikat pengajaran Islam yang baik dan mereka pun mengikislah harta masing-masing bagi menyokong rancangan tersebut. Pemimpin PAS telah menjual tanah yang dipecahkan lot secara persendirian kepada ahli-ahli atau penyokong PAS, apakah yang terjadi sekarang? Rancangan tersebut nampaknya terbengkalai.
Derma Daripada Pemimpin PAS
Sebagai perkara makruf, hanya penyokong-penyokong PAS sahaja yang berlumba-lumba menghulurkan derma, manakala kebanyakan pemimpin PAS kedekut untuk menderma, derma tetap seperti sumbangan bulanan kerana menjadi ahli dewan atau sewaktu mereka menerima persaraan pun masih ada yang celaru. Perbuatan yang seperti ini adalah bercanggah dengan pemimpin parti Allah pada zaman Rasulullah s.a.w. dulu.
Ukhuwah sesama ahli
Antara perkara yang tidak digemari oleh pemimpin PAS ialah: menghadiri kuliah-kuliah agama, melawat para pesakit, menolong orang-orang susah dan sebagainya.
Mereka menghadirkan diri di majlis-majlis tersebut apabila ada sesuatu yang terpaksa, atau kerana menjaga kepentingan politik pilihan raya, atau menjaga hati pemimpin yang lebih atas. Kebanynyakan yang hadir di majlis kuliah agama ialah hanya para penyokong PAS yang berpegang teguh dengan fatwa pemimpin PAS sahaja.
part 1:klik siniPisau kata "tunggu part 3 & 4"
Popular Posts
-
Dahulunya Anwar jaguh dimata penduduk bandar,golongan ini yang celik IT dan lebih up to date tentang isu semasa sentiasa tahu apa yang berla...
-
Berlaku satu kes di Lembah Pantai apabila satu program meraikan Tahun Baru Cina di Brickfield mendapat sambutan yang hambar.Kehadiran pada m...
-
Seperti yang dilaporkan oleh Utusan,walau pun cubaan untuk sabotaj program ceramah mengenai akidah ini,namun kehadiran lebih 15,000 hadir me...
-
Selepas PKR mahukan pembelaan terhadap penghina rasullulah,kini PAS pula tampil kedepan untuk membela Hamza Kashgari. Kepala Komunis PAS,Ma...
-
Ucapan YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali, ADUN Gombak Setia, Selangor pada Jumaat 10 Februari 2012, di Padang Bolasepak, Kg Pengkalan Pegoh, Sung...
-
Umno bahagian Wall Street disahkan terlibat membuat fitnah terhadap Anwar.Menurut sumber Azmin, beliau telah mendapat maklumat bahawa Umno ...
-
Satu gerakan massa akan dilancarkan oleh pakatan untuk membantah secara besar besaran kerana Ketua Penerangan Umno,Datuk Ahmad Maslan telah ...
-
Sebentar tadi pihak NGO PAJIM telah mengadakan bantahan terhadap kebiada...
-
Bagaimana tanah yang nilainya RM10billion hanya dijual kepada Ivory Sdn Bhd dengan hanya nilai 1.1billion sahaja.Itu pun pembayaran cuma ak...
-
Selepas bermesyuarat baru baru ini,dikhabarkan pimpinan PAS pusat amat gusar tentang sambutan terhadap siri ceramah Dr Hasan Ali. PAS seka...




Kalau PAS betul nak hukum Islam, mereka mesti bersatu dengan UMNO, parti Melayu Islam terbesar di Malaysia.
Kalau nak tunggu lepas PRU akan datang pun boleh, tapi mereka HARAM tak boleh sokong seorang barua yahudi seperti Anwar Ibrahim menjadi PM.
Itu dia masalah PAS sekarang, menyembah Anwar dan DAP, taksub sangat kat Pakatan. Mereka jangan lupa, perbuatan mereka tak akan membawa ke hukum hudud, "LANGKAH MAYAT SAYA DULU", kata Karpal Singh.
Jadi macam mana ni PAS? Apa agenda kamu sebenarnya?
Wang Derma Pilihanraya Kecil Grik, saya telah melihat dengan mata saya sendiri bahawa orang yang diamanahkan untuk menyerah wang tersebut telah mempergunakan wang derma tersebut bagi membayar hutang peribadinya sendiri. Saya telah menanya beliau pada waktu itu, kenapakah dipergunakan
Bila masa pulak ada pilihanraya kecil kat gerik?
Kalaupun nak menipu biar le patut padan.
Semalam, aku fikir, nak tiru tampal kerr blogspot aku. Hari ini,, selepas melari mata aku melintang post Tuan Pisau.. aku rasa malas pulak, entah, agaknya aku dah letih dengan kebodohan PAS ni.
UMNO dan PAS tak bodoh. Yang BODOH nya adalah orang-orang yang tak dapat bezakan antara DASAR dan kepimpinan.
Tiga perkara yang wajib dilakukan oleh kerajaan Najib-Rosmah untuk menyelamat harta kekayaan dan kuasa mereka daripada dirampas kembali oleh kuasa orang ramai.
Tiga perkara ini bukan terlalu susah untuk difikirkan. Malah ianya tidak memerlukan bantuan penasihat zionis APCO untuk memunculkan perancangan. Kita sendiri boleh memikirkan tiga pekara ini tanpa memerlukan ijazah PPE dari Oxford. Tahap jaguh kampung dan gedebe politik seperti Ibrahim Ali pun sedar hal ini. Pisau bangang ni lagilah.
Tiga pekara ini ialah:
1. Anwar Ibrahim mesti di ketepikan;
2. Parti PAS wajib dipisahkan dari Pakatan Rakyat; dan
3. Propaganda untuk menghuru-harakan Parti Keadilan Rakyat wajib diperbesarkan macam yang Pisau buat sekarang.
Betul tak pisau?
pisau tumpul,
tak payah meroyan la bhai
pengisian yang bagus dari blog saudara,terima kasih daun keladi.
PAS? Setahu aku Plaza Alam Sentral. Ada ke PAS ni?
org gerik,
Respon dari ahmad b daud kepada kata-kata orang Pas dalam PISAU yang tidak percaya kepada buku berjodol; “Antara Realiti & Fantasi” sebagaiamana yang saya tulis di atas, saya maklumkan bahawa Pilihanraya Kecil dalam DUN KENERING dalam parlimen GRIK telah berlaku dalam tahun 1982 antara calon Pas yang bernama Hj Arif ketua Dewan Ulama Pas berlawan dengan calon Umno bernama Johan bin Lah Hamat Telefonnya kini bernombor: 017-5439109 dan calon Umno yang menang.
* pisau menghargai respon saudara ahmad diruangan komentar blog kickdafella.