Saya pun pada asalnya adalah penyokong kuat Pas, alhamdulilalah apabila saya membaca beberapa tulisan daripada bekas aktivis Pas seperti Ustaz Omar Khalid, Dato Nakhae, Ustaz Mustafa Taib, Haji Ghazali bekas Ketua Ulama Pas Terengganu, Profesor Hj Noor Idris, dan lain-lain lagi menyebabkan saya menginsafi keadaan. Di sini saya petik dari buku“Parti Islam antara Realiti dan Fantasi”:
KAYA SEBELUM BERJUANG & MISKIN SELEPAS BERJUANG
Kita dapati sesetengah pemimpin Parti Allah yang lampau merupakan individu yang kaya sebelum menyertai Parti Allah, tetapi setelah berjuang bersama Parti Allah mereka menjadi miskin.
Ini menepati sejarah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat seperti saidina Abu-Bakar saidina Othman, saidina Ab.Rahman bin ‘Auf dan sebagainya. Pemimpin-pemimpin tersebut sebelum menyertai Parti Allah mereka terdiri daripada tokoh-tokoh korporat dan para saudagar.
Tetapi setelah berjuang dalam Parti Allah mereka telah mengorbankan harta ke jalan Allah sehingga mereka menjadi miskin.
Parti Allah dinaungi oleh masyarakat sejagat. Puncanya ialah kerana perjuangan mereka membawa mesej sejagat. Sebab itu ia mampu mengembangkan Islam ke serata dunia, kadang-kadang tidak perlu melalui peperangan dan penaklukan fizikal.
Caranya ialah dengan menyebar dan menyatukan hati-hati insan dengan fitrah (tabiat semulajadi) kasih sayang sejagat dan juga aktiviti-aktiviti bercorak kebendaan dan kebenaran yang diperlukan oleh masyarakat serta sesuai dengan semua fitrah manusia.
Kekuatan Parti Allah tidak terletak kepada kekuatan kebendaan semata-mata, tetapi kepada kekuatan takwa. Oleh itu penekanan asas dalam pendidikan pendukungnya ialah iman dan takwa, ukhwah dan kasih sayang, pengorbabanan, syura dan takut kepada neraka.
Parti PAS
Di Malaysia, jamaah PAS telah menamakan partinya sebagai Parti Islam. Namun dari segi nama memang parti pas bernama Parti Islam, tetapi ciri-ciri yang sepatutnya terdapat pada sesebuah Parti Islam yang sebenar itu tidak ada pada parti PAS, sebab itu ia tidak layak dianggap dianggap sebagai Parti Islam yang hakiki.
Sesungguhnya dasar, teknik, kaedah, sifat, pendekatan, matlamat dan lain-lainnya, terlalu berbeza jikalau dibandingkan dengan Parti Allah yang sebenar pada zaman dulu dengan parti politik PAS sekarang.
Parti Islam bukan terletak kepada nama semata-mata, bahkan turut tertakluk kepada ciri-cirinya. Kalau namanya sahaja Islam sedangkan dasar, uslub, teknik dan pendekatan perjuangannya tidak Islamik, maka ia bukan Parti Islam.
Oleh itu kita jangan mudah keliru dengan label Islam yang dipakai, sebaliknya lihatlah pada dasar, amalan dan praktikal harian pemimpin serta anggota-anggota parti berkenaan.
Sejak akhir-akhir ini PAS berani mendakwa yang ia adalah Parti Islam tulen. Golongan yang berani mendakwa sedemikian ialah terdiri daripada para ulama’ dan pemimpin PAS kini. Pada peringkat awal penubuhan PAS dulu, mereka hanya mengatakan bahawa Parti PAS adalah parti orang-orang Islam sahaja (Persatuan Islam), padahal minda dan syakhsiah(jatidiri) peribadi pemimpin-pemimpin PAS serta ahli-ahlinya yang pertama dulu adalah lebih baik jikalau dibandingkan dengan akhlak dan budi bicara pemimpin dan penyokong PAS sekarang.
Memang semua orang berhak mendabik dada mengatakan partinya benar dan mengikut Rasulullah. Tetapi kebenaran adalah milik Allah, pengukur yang sebenar ialah Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.
Bertolak dari sini marilah sama-sama kita mengkaji tentang kenapakah parti PAS ditubuhkan? Selepas itu kita mengkaji pula cara-cara perjalanannya, adakah ia sesuai dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya?
Sesungguhnya penubuhan Parti PAS tidak lebih daripada sebuah organisasi serpihan UMNO. Ia sekadar merupakan sebuah organisasi segelintir bangsa Melayu yang kecewa dengan organisasi bangsa Melayu yang lain.
Apa yang jelas ialah, organisasi parti PAS telah menerima perjuangan berdasarkan sistem demokrasi. Tindak-tanduknya juga jauh menyimpang daripada menghayati dan mencontohi sirah Rasulullah atau mengikut ijma’ fi’li (perbuatan para sahabat Nabi s.a.w..).
Untuk itu marilah kita bersama-sama mengkaji satu persatu secara ilmiah demi menentukan adakah Parti PAS benar-benar berjuang mengikut landasan dan menepati ciri-ciri Jemaah Islam tulen.
bersambung pt 2
Pisau kata "matlamat menghalalkan cara"
Popular Posts
-
Dahulunya Anwar jaguh dimata penduduk bandar,golongan ini yang celik IT dan lebih up to date tentang isu semasa sentiasa tahu apa yang berla...
-
Berlaku satu kes di Lembah Pantai apabila satu program meraikan Tahun Baru Cina di Brickfield mendapat sambutan yang hambar.Kehadiran pada m...
-
Seperti yang dilaporkan oleh Utusan,walau pun cubaan untuk sabotaj program ceramah mengenai akidah ini,namun kehadiran lebih 15,000 hadir me...
-
Selepas PKR mahukan pembelaan terhadap penghina rasullulah,kini PAS pula tampil kedepan untuk membela Hamza Kashgari. Kepala Komunis PAS,Ma...
-
Ucapan YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali, ADUN Gombak Setia, Selangor pada Jumaat 10 Februari 2012, di Padang Bolasepak, Kg Pengkalan Pegoh, Sung...
-
Umno bahagian Wall Street disahkan terlibat membuat fitnah terhadap Anwar.Menurut sumber Azmin, beliau telah mendapat maklumat bahawa Umno ...
-
Satu gerakan massa akan dilancarkan oleh pakatan untuk membantah secara besar besaran kerana Ketua Penerangan Umno,Datuk Ahmad Maslan telah ...
-
Sebentar tadi pihak NGO PAJIM telah mengadakan bantahan terhadap kebiada...
-
Bagaimana tanah yang nilainya RM10billion hanya dijual kepada Ivory Sdn Bhd dengan hanya nilai 1.1billion sahaja.Itu pun pembayaran cuma ak...
-
Selepas bermesyuarat baru baru ini,dikhabarkan pimpinan PAS pusat amat gusar tentang sambutan terhadap siri ceramah Dr Hasan Ali. PAS seka...




tuan pisau bila akan keluarkan part 2?
Parti Islam - dgn dasar Quran + Hadis satu2nya di M'sia...
maka dijemput rakan2 bantu Pas..
yg keluar Pas ada hal2 yg diputuskan pimpinan.. mungkin kekecewaan tsbt menyebabkan isu ini diterbitkan..
apa jg nak dibahaskan akh, ciri2 x lgkp sbg parti islam?
yg keluar pas x ramai mana.. yg mati dlm pas ramai.. tok2 guru.. golongan profesional pon mati dalam pas ramai..
saya ingat artikel tuan, memburukkan keadaan..
SEMUA ORG DH CHOP PAS = PARTI AJARAN SESAT. ITU PUN DH CUKUP BUKTI! HUHUHU
mgkin yusfelda lpa datok asri muda mati dlm umno....datuk mat nasir mati dlm BERJASA
mgkin yusfelda lpa datok asri muda mati dlm umno....datuk mat nasir mati dlm BERJASA
jefry,apakah umno tidak sesat.menghalang hudud,meluluskan lesen judi dan arak.inikah dinamakan parti pejuan islam.mana ada negeri bawah pas yg meluluskan lesen.yg ada lg judi adalah krn leseen pusat bg.tak tau nak kata apa ah puak mu ni.kalau dah karat nak benda tak baik tu nak jugak.mana ulamak umno nak larang kerajaan hentikan benda tak baik ni dan suruh jalankan benda baik.suruh laksana hukum islam.mesti puak mu kata kita negara majmuk.kepala hotak hang.kan umno ada kuasa,kenapa tak nak laksana.pas aku gerenti akan sokong kalau nak laksana hudud.tenggok pas dah sokong perlaksanaan gerabak berasingan utk wanita.benda tu bagus.umno gerenti tak berani nak henti lesen judi sebab tauke judi ni lah dok bg duit pd depaa.betui ke dak.hang jawab pisau n jeffri.
Wahai sahabat sahabat ku, demi ALLAH sesugguhnya umat manusia di akhir zaman akan sesat lagi menyesatkan. Cuba tenangkan fikiran dan lapangkan dada. Kita bercakap mengikut panduan islam bukan ikut ucapan syaitan yang direjam.Marilah kita bersatu walau dalam UMNO ke dalam PAS ke kita cari penyelesaiannya, bukan sesama kita bertelagah. Nak cari pemimpin carilah yang berakhlak. Panduan dalam islam dah dinyatakan buat apa kita nak rungsing. Kalau kita rasa benda ni tak betul kita perbetulkan dengan cara islam. Bukannya kita senang-senang menuduh sesiapa saja dengan mengikut perasaan yang mudah dikawal oleh syaitan. Sekiranya kita rasa perlu menegur tegurlah sesama kita. Apa yang kerajaan tak betul kita betulkan ikut saluran. Kalau tak jalan jugak kita panjangkan kita punya saluran dan disertakan dengan bukti. Rujukan Al'Quran tidak akan ada sesiapa yang berani melawannya kecuali kafir je yang berani menentang.
Bagi pendapat saya kita tak boleh nak hentikan lesen-lesen judi ke arak ke sebab kita negara yang berbilang agama, melainkan negara kita semuanya beragama islam. Lagi pun kalau nak diikutkan bab judi dan lain-lain lagi yang salah disisi islam kita sendiri mau pikir la, jaga anak-anak kita elok-elok, beri pendidikan agama dan pelajaran yang secukupnya, bukan kita ajar anak-anak kita sentiasa menyalahkan orang lain dan kita saja yang sentiasa betul. Dalam islam pun ada bab perpaduan hidup dalam mayarakat berbilang.
saya nk mati dlm islam... tak nak dlm umno atau pas... itu semua hanyalah parti politik ciptaan manusia..
Mengamalkan undang-undang Islam adalah salah satu ciri yang perlu ada dalam negara Islam seperti Malaysia. Soal sesuatu undang-undang tidak boleh digunapakai kerana berbilang kaum sepatutnya tak timbul kerana semua penduduk telah berikrar dan bersetuju untuk menjadi penduduk Malaysia. Sekali Malaysia melaksanakan undang-undang Islam, semua akan tertakluk kepada undang-undang Islam. Cuba memandu di sebelah kiri jalanraya di New York dan jika hendak disaman cakap kami orang Malaysia bukan orang Amerika.
Berbalik kepada pakatan PAS & UMNO. Ini adalah pakatan dua parti. Apa yang kita perlukan adalah "PAKATAN ISLAM" tak kira apa parti atau bangsa.