Lim Guan Eng memperlihatkan sikap yang langsung tidak mencerminkan keperibadian seorang pemimpin dan ketua menteri,sikap beliau yang begitu angkuh,rasis,chauvanist dan ultra kiasu hingga sanggup berbohong kepada rakyat.
Pembohongan beliau mengenai dakwaan SDO Nik Ali membuat fitnah tidak berhenti disitu saja,malah beliau turut mengugut akan menyaman pihak Utusan dan Nik Ali.
Guan Eng bertindak bagaikan samseng dan mengugut orang lain walhal semata mata untuk menutup pembohongan beliau,dalam masa yang sama beliau turut mengarahkan DAPSY agar mengeluarkan kenyataan demi mempertahankan beliau.
Lihatlah,bagaimana DAPSY diperbodoh dan dipergunakan oleh pengerusi parti mereka sendiri,inilah sikap mereka yang menyokong pembohong membuta tuli hinggakan menurut apa yang diperintah oleh khalifah sosialis mereka.Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang pada 23 Julai 2010 (Jumaat) di Georgetown, Pulau Pinang.
Nik Ali Sanggup Bercakap Bohong!Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang Nik Ali Mat Yunus bercakap bohong dengan mendakwa bahawa Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya ketika majlis pelancaran projek Keretapi Bukit Bendera dengan menuduh tidak disediakan tempat duduk untuknya.
Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang mengecam seorang pegawai kanan bagi Kerajaan Persekutuan sanggup menabur fitnah dengan membuat sangkaan buruk terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang dan mencabar Nik Ali supaya menunjukkan bukti-bukti bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri pernah bercakap demikian.
Sehingga kini, Ketua Menteri Pulau Pinang tidak pernah membuat sebarang komen terhadap perkara tersebut yang telah dibangkitkan oleh Nik Ali. Tidak pernah terlantas dalam fikiran Ketua Menteri untuk mengeluarkan kata-kata kesat walaupun diberi layanan yang kurang sewajarnya oleh Pejabat Pembangunan Negeri.
Jelasnya, Nik Ali merupakan seorang Little Napoleon yang kurang ajar yang sanggup berperang dengan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dan tindakannya telah direstui oleh Ketua Setiausaha Negara dan pemimpin-pemimpin UMNO, temasuk Timbalan Perdana Menteri yang mendakwa bahawa Nik Ali tidak membuat sesuatu yang salah.
Adakah ini bermaksud bahawa Nik Ali, termasuk kakitangan-kakitangan awam yang lain turut boleh mengkritik atau berperang dengan Menteri-Menteri UMNO atau Barisan Nasional, termasuk Ketua Menteri atau Menteri Besar bagi negeri-negeri yang diterajui oleh Barisan Nasional?
Kakitangan awam perlu bersikap profesional dan berkecuali walaupun perlunya berkhidmat di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Tindakan-tindakan tegas termasuk penggantungan jawatan perlu dilakukan terhadap Nik Ali yang sanggup bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin UMNO untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.
Tidak dapat dinafikan bahawa Nik Ali telah membelakangkan sikap profesional dan berkecuali yang terpakai ke atas kakitangan-kakitangan awam. Barisan Nasional pastinya akan menerima padahnya ekoran kakitangan-kakitangan awam yang lain turut memberontak jikalau tiada tindakan tegas diambil terhadap Nik Ali dengan serta-merta.
DAPSY akan terus memberi sokongan yang padu terhadap Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Ketua Menteri supaya tidak perlu akur terhadap seorang kakitangan awam yang bersikap biadap, tidak berkompeten langsung serta sanggup bercakap bohong untuk menjaga kepentingan UMNO/Barisan Nasional dan seterusnya membelakangkan slogan kosong 1Malaysia - “ Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,”!
NG WEI AIK
Untuk pengetahuan anda,Malaysiakini diarahkan memadam rakaman video yang menyiarkan cercaan Guan Eng terhadap Nik Ali. Malaysiakini sememangnya portal rasis yang sering kali putar belit dan terlalu banyak berbohong kepada rakyat.
Inilah sikap pengecut,baling batu sembunyi tangan, berikut kenyataan pembohong beliau di Haprak Daily dan Malaysiakini untuk menyaman Utusan
Hari ini jam 12tghhari Pisau akan mendedahkan video sebagai bukti Lim Guan Eng pembohong besar,pembelit dan amat angkuh.
Jangan lupa saksikan bangsat ini berbohong di blog Pisau jam 12tghhari nanti.

Pisau kata " Hari ini dengan rasminya Guan Eng menjadi biawak kapor"
Popular Posts
-
Dahulunya Anwar jaguh dimata penduduk bandar,golongan ini yang celik IT dan lebih up to date tentang isu semasa sentiasa tahu apa yang berla...
-
Berlaku satu kes di Lembah Pantai apabila satu program meraikan Tahun Baru Cina di Brickfield mendapat sambutan yang hambar.Kehadiran pada m...
-
Saifudin yang terkenal dengan kerja putar belit dan membuat provokasi sudah kehabisan modal.Kita pernah dengar bagaimana para penyokong paka...
-
Umno bahagian Wall Street disahkan terlibat membuat fitnah terhadap Anwar.Menurut sumber Azmin, beliau telah mendapat maklumat bahawa Umno ...
-
Bayangkan selepas ini jika berlakunya tangkapan terhadap pasangan yang berzina atau yang sedang membuat maksiat.Penguatkuasa agama yang men...
-
Debat diantara Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng mendedahkan belang sebenar apa yang dicita citakan oleh DAP didalam politik negara ini. Kerata...
-
MP Balik Pulau,YB Yusmadi sekarang ini sudah dilihat sebagai bebanan dan tidak popular buat pakatan rakyat . Yusmadi yang terkenal dengan ...
-
Anwar menipu ramai orang,bukan saja ahli parlimen pakatan malah seluruh penyokong pakatan terpalit dengan kencing raja pembohong. Road Put...
-
Seperti yang dilaporkan oleh Utusan,walau pun cubaan untuk sabotaj program ceramah mengenai akidah ini,namun kehadiran lebih 15,000 hadir me...





Post a Comment