Artikel membuktikan mengapa selama ini Pisau berkata PAS itu khawarij, untuk renungan pembaca blog ini.
Oleh Ibrahim Abu Bakar
Pemimpin parti Islam sering tuduh pemerintah berlaku zalim, menyeleweng
IMAM Abu Muzaffar al-Asfirayni (meninggal dunia 471 Hijrah) ada menulis mengenai Khawarij dalam kitabnya berjudul, al-Tabsir fi al-din wa-tamyiz al-firqah al-najiyah an al-firaq al-halikin (Pemerhatian pada agama dan perbezaan puak yang selamat daripada puak yang binasa).
Mengikut al-Asfirayni, kumpulan Khawarij berjumlah 20 puak. Mereka mempunyai tiga doktrin yang sama. Pertama, semua puak Khawarij menyangka bahawa Khalifah Ali bin Abi Talib, Khalifah Uthman al-Affan, mereka yang terbabit dalam Peperangan Unta, dua wakil dalam Majlis Tahkim dan sesiapa yang meredai dengan kedua-dua wakil itu adalah kafir.
Kedua, semua puak Khawarij menyangka bahawa setiap orang yang melakukan dosa daripada umat Nabi Muhammad SAW adalah kafir dan pelaku dosa itu kekal dalam neraka.
Ketiga, semua puak Khawarij mengharuskan atau membolehkan menentang imam yang zalim dengan senjata. (al-Asfirayni 1940: 26)
Muhammad Abu Zahrah menulis bahawa Khawarij sepakat atas prinsip atau doktrin berikut: Pertama, Khalifah mestilah dipilih secara bebas dan sahih oleh semua umat Islam dan khalifah itu kekal menjadi Khalifah selama mana dia menegakkan keadilan dan menegakkan syariah, menjauhi kesilapan dan penyelewengan. Jika khalifah menyeleweng, maka wajib dipecat, dijatuhkan atau dibunuh.
Kedua, khalifah tidak dikhususkan kepada Arab Quraisy dan terbuka kepada bukan Arab. Bahkan Arab bukan Quraisy lebih senang dipecat, dijatuhkan atau dibunuh jika dia menyeleweng kerana tiada suku yang mempertahankannya.
Ketiga, mentakfirkan (mengkafirkan) pelaku dosa dan tiada beza di antara dosa besar dan dosa kecil. Malah, silap dalam pemikiran dan tindakan adalah berdosa. Oleh itu Khawarij menghukum kafir kepada Khalifah Ali kerana membabitkan diri dalam Majlis Tahkim dengan mengirimkan wakilnya untuk berunding dengan wakil Muawiyah. Khawarij berpendirian silap atau salah dalam ijtihad membawa kepada keluar daripada agama Islam. Oleh itu mereka mengkafirkan Talhah dan Zubayr kerana bersama Aisyah dalam Peperangan Unta, tidak bersama Khalifah Ali. Beberapa ayat al-Quran dijadikan dalil oleh Khawarij untuk menyokong fahaman mereka dan tindakan mereka terhadap orang Islam dan sahabat Nabi yang ulung yang mereka kafirkan. (Abu Zahrah 1996: 63-64).
Doktrin Khawarij
Dokrin Khawarij yang menyamakan semua jenis dosa berbeza daripada ulama Islam lain. Khawarij tidak membahagikan dosa kepada dosa besar dan dosa kecil. Dosa besar ada yang membawa kepada kafir iaitu syirik yang jelas dengan perkataan dan perbuatan. Tidak semua dosa besar membawa pelakunya kepada hukum kafir.
Doktrin Khawarij menghukum beberapa sahabat utama Nabi Muhammad SAW sebagai kafir berbeza dan bertentangan dengan Hadis Nabi Muhammad SAW yang menjanjikan sahabat itu akan memasuki syurga tanpa hisab seperti Uthman dan Ali.
Dengan mengkafirkan kedua-dua sahabat ini, apakah hukum kafir Khawarij itu membatalkan hadis Nabi mengenai taraf dan status dua sahabat berkenaan? Hukuman kafir Khawarij kepada dua sahabat Nabi itu tidak benar atau tidak sah kerana bertentangan dengan hadis Nabi mengenai dua sahabat itu.
Khawarij berasakan mereka lebih alim, lebih warak dan takwa berbanding dengan Khalifah Ali dan Khalifah Uthman, sedangkan dua khalifah itu diterima sebagai menantu oleh Nabi Muhammad SAW. Kalau baginda menerima mereka berdua sebagai menantu, tidakkah itu menandakan kealiman, kewarakan, ketakwaan dan perjuangan mereka yang sangat tinggi kepada Nabi Muhammad dan Islam yang baginda sebarkan?
Khawarij menuduh Khalifah Ali dan Khalifah Uthman menyeleweng dan pemerintah yang menyeleweng mesti ditentang dengan memecat atau membunuhnya. Khawarij telah membunuh Khalifah Ali atas tuduhan bahawa Khalifah Ali menyeleweng dalam berdepan dengan Muawiyah yang menentangnya dalam Peperangan Siffin.
Khawarij juga menuduh Khalifah Ali menyeleweng dalam Peperangan Unta kerana beliau tidak membenarkan tenteranya menangkap dan menawan tawanan perang Aisyah, janda Nabi Muhammad SAW. Ini diketahui Khalifah Ali dalam perdebatan dengan Khawarij di Harura. Antara isunya, Khawarij menuduh Khalifah Ali gagal menghukum Aisyah yang menentang beliau dengan hukum Islam iaitu membunuh Aisyah atau menawannya menjadi tawanan perang kerana menentang Khalifah Ali dalam Peperangan Unta. Khalifah Ali memberikan penjelasan bahawa hadis Nabi Muhammad SAW melarang lelaki Muslim mengahwini janda Rasulullah SAW yang masih hidup selepas kewafatan baginda kerana isteri Rasulullah adalah ibu kepada lelaki dan perempuan Muslim. Khalifah Ali berhujah, untuk mengahwini janda Nabi Muhammad SAW diharamkan, apakah layak atau sesuai janda Nabi Muhammad ditawan dan dijadikan tawanan perang? Apakah wanita yang dilarang dikahwini sesuai ditawan atau dihukum mati?
Khalifah Ali memahami Hadis Nabi Muhammad supaya menghormati isteri-isterinya sekalipun selepas kewafatan baginda. Dengan fahaman sedemikian, Khalifah Ali mengarahkan tenteranya dalam Peperangan Unta tidak menawan Aisyah dan menghantar Aisyah pulang dengan selamat untuk tinggal dan hidup di Makkah sehingga ke akhir hayat Aisyah. Khawarij berkeras menyalahkan Khalifah Ali dalam kes membebaskan Aisyah, janda Nabi Muhammad yang menentangnya dalam Peperangan Unta.
Khawarij sentiasa menuduh pemerintah atau pemimpin umat Islam zaman mereka sebagai pemerintah yang zalim dan menyeleweng daripada hukum Islam dan keadilan Islam dan Khawarij menentang pemerintah umat Islam dengan melakukan peperangan, pemberontakan atau secara tindakan pasukan pembunuh sejak zaman Khalifah Ali hingga ke zaman pemerintahan Bani Umaiyah.
Dalam konteks Malaysia pada zaman ini (dari 1963 hingga 2009), Pas mungkin boleh disamakan dengan Khawarij kerana pemimpin parti itu kerap menuduh pemerintah Malaysia berlaku zalim, menyeleweng, pecah amanah dan pelbagai lagi dalam ceramah, penerbitan mereka dalam bentuk buku, kaset dan dalam penerbitannya, Harakah.
Pada setiap pilihan raya negeri atau Parlimen yang mana calon Pas menang, maka Pas menegaskan kemenangannya kerana rakyat menyokong Pas. Tetapi jika calonnya kalah, Pas tidak dapat menerima kekalahan itu sebagai tiada sokongan rakyat kepadanya. Malah, kerap kali Pas memberikan sebab penyelewengan dalam pilihan raya yang dilakukan oleh Umno, Barisan Nasional (BN) dan agensi kerajaan yang lain, termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menyebabkan calon Pas kalah.
Persamaan Pas dan Khawarij ialah ketika Pas menyertai BN ketika di bawah kepemimpinan Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri kedua Malaysia dan Pas dipimpin Datuk Mohd Asri Muda. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika itu menjadi Ketua Dewan Ulama Pas. Apakah hukum atau dalil daripada hadis dan al-Quran yang Pas gunakan untuk melegitimasikan Pas menyertai BN pada waktu itu? Sekarang ini apabila isu kerajaan perpaduan dihebahkan sebagai jalan menyelesai masalah Muslim di Malaysia, Pas sangat kuat menentang dan Nik Aziz mengepalai kumpulan penentang dalam Pas terhadap idea kerajaan perpaduan berkenaan. Malah, ada laporan dalam media massa yang melaporkan Nik Aziz meminta Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa meletak jawatan dan masuk Umno kalau mahu memperjuangkan isu kerajaan perpaduan.
Kes Pas menyertai BN pada awal 1970-an dan kemudian pemimpin Pas hari ini bermusuh dengan Umno dan BN tetapi berbaik dengan DAP dan PKR. Apakah hukum atau dalil daripada hadis dan al-Quran yang Pas gunakan untuk melegitimasikan parti itu bersama DAP dan PKR, tetapi tidak boleh bersama Umno dan BN?
Politik tetap politik dan kepentingan serta strategi politik Pas menentukan tindakan parti itu sama ada untuk bersama Umno dan BN pada awal 1970-an dan bersama DAP dan PKR pada awal 2000.-beritaharianonline
Pisau kata "sama dan serupa"
Popular Posts
-
Dahulunya Anwar jaguh dimata penduduk bandar,golongan ini yang celik IT dan lebih up to date tentang isu semasa sentiasa tahu apa yang berla...
-
Berlaku satu kes di Lembah Pantai apabila satu program meraikan Tahun Baru Cina di Brickfield mendapat sambutan yang hambar.Kehadiran pada m...
-
Saifudin yang terkenal dengan kerja putar belit dan membuat provokasi sudah kehabisan modal.Kita pernah dengar bagaimana para penyokong paka...
-
Umno bahagian Wall Street disahkan terlibat membuat fitnah terhadap Anwar.Menurut sumber Azmin, beliau telah mendapat maklumat bahawa Umno ...
-
Bayangkan selepas ini jika berlakunya tangkapan terhadap pasangan yang berzina atau yang sedang membuat maksiat.Penguatkuasa agama yang men...
-
Debat diantara Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng mendedahkan belang sebenar apa yang dicita citakan oleh DAP didalam politik negara ini. Kerata...
-
MP Balik Pulau,YB Yusmadi sekarang ini sudah dilihat sebagai bebanan dan tidak popular buat pakatan rakyat . Yusmadi yang terkenal dengan ...
-
Anwar menipu ramai orang,bukan saja ahli parlimen pakatan malah seluruh penyokong pakatan terpalit dengan kencing raja pembohong. Road Put...
-
Seperti yang dilaporkan oleh Utusan,walau pun cubaan untuk sabotaj program ceramah mengenai akidah ini,namun kehadiran lebih 15,000 hadir me...




Salam,
1 Sesalah-salah golongn Khawarij hanya trbatas pada bbrapa pndangan politk trtentu yg sangat ekstrim trhadap golongan yg tdak mreka stujui.
2 Namun, dlm brnegara & brhukum
[undang2], mreka tdak prnah mnolak sstem Khalifah yg menerapkan [melaksnakn] syariat lslam scara kaffah [total]; tidak pernah mncipta sstem & mndukung ideologi slain ideologi lslam spt Demokrasi-Kapitalis, Sosialisme-lslam, sekular-liberal atu isme2 lain yg bukan drp lslam bagi mengatur kehidupan individu, masyarakat & negara. Bahkan mreka pmbela sstem lslam [Khilafah & syariat] yg trlalu ekstrim.
3 Bandingkan pula mreka dgn golongan Muslim yg fobia, & bahkan menolak utk berhukum dgn hukum2 syara' Allah [syariat] sbagai ad-deen bagi yg mngatur urusan & sstem brgenara & brpemrintahan, namun tetap mati-matian mengaku ahli sunnah wal jama'ah.
4 Di dlm dokrtin ahlus sunnah wal jamaah tidk prnah ada badan yg dnamakan parlimen, tidak prnah wujud pilihan raya prwakilan utk memilih ADUN & MP yg diberi kuasa utk mmbuat undang2; tdak prnah ada sistem triad politika [dewan pmbuat undang2/ dewan legislatif, administratif & judikatif scara trasing2] krana dlm lslm hukum distanbat mlalui ijtihad olh para mjtahid & dilaksanakan scara praktis di dlm pmrintahan.
5 Ssungguhnya, golongan Muslim yg mnolak sstem hukum syariat, yg fobia dgn sstem & ideologi lslam, sbaliknya mndukung sstem & ideologi Sekular, baik demokrasi atu sosislisme/komunisme atu kombinasi isme2 ciptaan kufar yg mmang dlahirkn utk mngncurkan idologi lslm, tidak layak dgn senang2 begitu saja mangaku dirinya ahlus snunah wal jamaah, krana jika dkaji dari segi brhukum & sstem ktatnegaraan, mreka lebih khawarij drp Khawarij yg mreka hina2kan itu.
Wallahu a'lam.
Luper nak bgtau nama...
just kenali saya sebagai Anak Arus. =)
Salam,
Maaf keluar topik, sebab saya tak tahu nak menghubungi Pisau.net selain dari leave comment.
Saya nak ceritakan kisah benar tentang sifat sebenar tauke Cina di Tanah Melayu ini. Kenapa kita lihat anak Cina muda-muda dah boleh pakai Honda. Macam mana walau tak meniaga mereka ni kelihatan lebih senang dari kita orang Melayu.
Saya ada kawan berbangsa Cina dari Sabah (kacukan bumiputera Sabah dan Cina). Namanya Alex. Satu hari dia minta tolong dari saya untuk menghantarnya ke Restauran Cina di Yong Peng untuk interview. Orang melayu memang murah hati nak menolong, ye tak?
So, lepas habis interview tu, saya tanya Alex, berapa tauke tu offer? Tauke tu offer kerja penolong pengurus restoran dengan gaji RM3000++, plus elaun kereta, rumah and makan free kat restauran tu. Ternganga jugak saya, sebab si Alex ni punya sijil pun banyak fail. Camana boleh gaji semewah tu? Saya yang lulusan degree pun starting takkan dapat macam tu, siap dengan macam2 kelebihan lagi.
So, Alex ni terangkan pada saya, orang Cina memang macam tu. Gaji orang melayu memang jauh lebih rendah dari orang cina. Walaupun education kita lebih tinggi atau lebih rajin etc. Sebab, orang cina semenanjung ni memang menyampah kat bangsa Melayu. Saya pandang si Alex ni, sebab dia pun cina jugak. Dia terangkan, walaupun dia Cina, tapi dia benci kaum dia. Hurm, lantaklah. Apa yang penting dari cerita saya ni, sebenarnya orang Cina yang rasis. Dengan merendahkan gaji orang Melayu, mereka makin kaya, dan makin berkuasa. Inilah percaturan yang diharapkan orang Melayu kita nampak.
ALOO BEWAK GOMOL PEJUANG MELAYU....
HANG MASUK LA BEBERAPA RAMAI STATEMEN2 DAGHI PIMPINAN PAS, KAWAJIPAN MELAKSANAKAN HUDUD TAKLEH
HANG PERTIKAIKAN, APA LAGI KALU NAK CERCA MACAM MAHDIAQ. KALU HANG
KATA TAK WAJIB, MISTI AKIDAH HANG GHUSAK BINASA. BULIH LA AKU PANGGIL HANG SEBAGAI KAPIAQ GOMO.
KECUALI KALU HANG BULIH GABUIH SUMA
AYAT2 BERHUBUNG KEWAJIPAN LAKSANAKAN HUDUD TU.
MEH NAK HABAQ.......
KENYATAAN DEMI KENYATAAN YANG KELUAQ DARI MULUT PIMPINAN PAS, BUKAN BERERTI NIK AZIK, HJ HADI,MAT DAUD IRAQI, NIZAR DAN LEIN
TOLAK HUDUD SEBAGAIMANA PUAK BEWAK PARTI JAMBAN.STATEMEN2 DEPA BUAT SABIK KEPERLUAN DARI SEGI MASA KAWAN DAN SETRU POLITIK PADA MASA KINI LEBIH KOMPLEKS. BERANI KA HANG WAT KENYATAAN DEPA IAITU PIMPINAN PAS TOLAK HUDUD?
KALU HANG KATA KARPAL SIGH, LIM KIT SIANG DAN LEIN2 PIMPINAN DAP TOLAK HUDUD..... AKU PON KATA LAGU TU. CUMA AKU NAK TAMBAH SIKIT....
KARPAL SIGH, LIM KIT SIANG DAN SUMA PIMPINAN PARTI JAMBAN TERMASUK BEWAK GOMO TOLAK HUDUD....
APA MACAM BETUI KA LAGU TU?
SEJAK PAS DIASASKAN TAUN 61, PARTI ITU KESERANGAN, PATUT LA NIK AZIK WAT KENYATAAN LAGU TU. UNTUK NAK KEROYOK GERGASI UMENO TAKLEH PAS NAK LAWAN SORANG2 SABIK AMENO ADA SEDARA DEPA MIC DAN MCA. MASA TU PUAK2 BEWAK DOK UGUT MCA DAN MIC KALU PAIH MENANG DEPA AKAN SUNATKAN
PUAK2 CINA NGAN KELING. BUKAN BEWAK2 NI NAK MBERI PAHAM ISLAM KAT CINA NGAN KELING TU.
NAK KEROYOT PARTI BEWAK KE TAHAP AYAM KENA KONGKET KAT BEGHOK.....
TERPAKSA LA PAS BERKONGSI TENAGA NGAN DAP SUPAYA AMENO DAN BN AKAN LUMPUH SELUMPUH2NYA SEROPA NGAN BATANG PELIAQ DIGHENDAM AYAQ BATU.
SABIK TU STATEMEN2 PIMPINAN PAS SEMAKIN LEMBUT...... TAPI INGAT...
HUDUD TETAP PERINTAH ALLAH, DAN SENTIASA SUBUQ DALAM PALA OTAK OGHANG2 PAIH.
NAK HABAQ KAT BEWAK GOMO DALAM BAHSA YANG BULIH HANG PAHAM.....
KALU NAK KAIL IKAN HARUAN YANG BESAQ...... KITA BULIH SANGKUT UMPAN KATAK. NAK MAMPUIHKAN AMENO BULIH KAWAN DAP.
LEPAIH UMENO DAH HANCUQ JADI TAIIIIIIIIIIIIIKKK.....LEBIH SENANG UNTUK MELAKSANAKAN LANGKAH SETERUSNYA, SEBAB PENGHALAN HUDUD ADALAH AMENO. KITA BULIH TERANGKAN KEBIKAN HUDUD KAT CINA, PUJUK DEPA HATTA KALU ADA PELUANG BULIH PAKSA DEPA LAKSANAKAN HUDUD. LAGI PON CINA DAN KELING BULIH IDUP NGAN UNDENG LORD RIED..... BUKAN UNDENG2
AGAMA DEPA. APA SALAHNYA DEPA BERNAUNG PULAK DI BAWAH UNDENG ISLAM.
* UNTUK BEWAK2 YANG NAK JAWAB, JAWAB BETUI2..... BACA PERABIH DULU.
he he he
gurau ngan puak2 bewak sambil memberi nasihat yang berguna
PANDANGAN DAN NASIHAT LORD REID MEMANG BAGUS. CUMA KALAU BOLEH SAYA MINTA, GUNALAH BAHASA YANG BAIK DAN SOPAN. PIHAK LAWAN MACAM PISAU AKAN LEBIH TERBUKA UNTUK TERIMA PANDANGAN LORD REID.
aku pelik jugak, bahasa apa si Lord Reid ni pakai?
Tuan,
Lord reid tu kan anak murid Nik Aziz, mereka bersahabat dengan syaitannnnnn. Itu lah bahasanya.
Tok soh dok heran loh...
lord reid yang bangangs, statement hang tu menampakkan yg hang ni mengamalkan 'tujuan menghalalkan cara'. Apakah pas lebih percaya DAP daripada Islam untuk menang?
ps: matlamat tidak menghalakan perbuatan. perjuangan pas sendiri tidak mengamalkan Islamic ethics secara menyeluruh. itu sebab jadi khawarij. MASIH LAGI BANGANGS?