Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah mengumumkan ketetapan kerajaan BN agar guru boleh menceburi politik menimbulkan pelbagai reaksi yang bercampur baur.
Yang terlebih reaksi adalah dari golongan haprak PAS,Mahfuz mencabar kononnya hanya guru yang menyokong BN saja yang diberikan kebenaran, Prof Aziz Bari dalam masa yang sama turut mempersoalkan ketetapan ini.
"Prinsip kekecualian (neutrality) kakitangan perkhidmatan awam telahpun dihakis, patut diperkasakan selepas 50 tahun (merdeka), bukannya dihakis.
Hakikat yang sebenar, PAS bagaikan mendapat bonus jika kerajaan membenarkan guru bergiat didalam politik,kerana guru berkiblatkan pembangkang lebih ramai daripada yang pro kerajaan.
Semua orang tahu prinsip kekecualian dalam perkhidmatan guru sebenarnya lebih condong kepada pembangkang,mereka ini lebih banyak bermuka muka.
Teman rapat Pisau seorang guru turut melahirkan kebimbangan,menurut beliau sekarang ini guru dilarang berpolitik pun mereka sudah berpuak puak di sekolah kerana berbeza pandangan politik ,apatah lagi jika dibenarkan aktif
Bagaikan mengantuk disorong bantal,kebenaran ini amat dinanti nantikan guru yang pro pembangkang.
Berbalik kepada bantahan daripada pihak PAS, sebenarnya mereka ini bermuka muka,walhal amat bersyukur kerana apa yang dinantikan selama ini tercapai.
Keterbukaan yang ditetapkan oleh kerajaan amat amat diragui,adakah ini salah satu grand design menghancurkan kerajaan BN dari dalam?
Kesimpulannya,dasar ini amat merbahaya kepada rakyat,bayangkan jika guru boleh berpolitik,terutamanya daripada PAS,sudah pasti mereka mereka ini akan menyemai politik benci dan fitnah kepada pelajar pelajar. Anak anak kita disekolah diasuh agar terpalit sama dengan kekotoran politik.
Justeru,pada pendapat Pisau,jika mana mana guru yang teringin sangat nak berpolitik,adalah lebih baik saja berhenti kerja,dan bergiatlah didalam politik sepenuh masa,percayalah gelaran cikgu takkan hilang pada diri anda jika berhenti dari profesion guru.
Usah dibazirkan wang cukai rakyat untuk membayar gaji guru yang mahu bergiat berpolitik.Adalah lebih baik bayar gaji yang lebih kepada guru yang benar benar memberi komitmen dan komited yang bersungguh sungguh mendidik anak anak kita .
Pisau kata
" cikgu tak payah kalut dengan politik,kalau nak sangat berpolitik berhenti kerja lah"
Related Posts : berita pisau
Kan senang kita tau siapa cikgu PAS/dap/pkr/umno banyak boleh buat jka tau siapa mereka. Inilah BONUS untuk Kerajaan sebenarnya. Kat sabah serawak banyak cigu kosong.
Salam Bro..
90% cikgu-cikgu SK Tanah Liat, BM semua pembangakang, termasuklah GUru Besar!
Aku setuju dgn pendapat Pisau, malah aku pun mempunyai pandangan yang sama terhadap idea BANGANG dari org yang mengaku BIJAK ni...
eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan
kali ni aku rasa pisau mmg pro umno...bro, patutnye ko lebih neutral...hak nak mengundi atau pro siape tu hak diorg dan kita semua...mungkin btol apa yg ko ckp diorg ni pro pas...maybe gak diorg ni sbnrnye xsuke umno je, tp xdela smpi sokong pembangkang...mostly yg jd atas pagar ni sbb diorg menyampah ngan umno yg byk sgt buat taik, dh klh PRu before ni pon xsedar2 lagi...bajet power n popular lg...nak sokong pembangkang mmg xdela sbb pembangkang pon haprak dan rmi yg dlm keadilan tu sumenye geng2 umno gak dulu2 tu tp sbb xdpt jawatan so lari masok keadilan, yg masok pas pon ada la sket2 atas alasan pas parti melayu jugak wpon sebenarnya masok pas sbb diorg rasa diorg ulamamak...
benda mcm ni bro, lu kena open sket...jgn tunjuk sgt lu tu pro umno...
p/s : kadang2 org mcm ni la yg buat aku menyampah ngan umno, rasa umno cam bagus je, pembangkang sume xbtol...tp gua tabik sama lu la pisau sbb lu mmg super racist sbb aku pon racist gak...sbb tu aku mmg minat gila baca blog lu bro
hahahha...kalu tak bagi lagi bonus tahun ini jangan kata aku sorang pangkah pembangkang..semua satu sekolah satu ppd satu jabatan negeri tetap akan pangkah pembangkang...senang cerita kerajaan yang tak dapat memberi lagi bonus kepada kaki tangan maknanya dia tidak mampu memakmurkan negara.so..aper lagi tukar jer kerajaan..
ikhlas dari..
cikgu sains sm st martin tambunan sabah
cikgu cikgi & sistem pendidikan negara kita
betul bro..tak dibenar pun ramai yang minat politiking sesat hampeh
KITA KURANG SETUJU KALAU BENARKAN GURU BERPOLITIKING.
ada pro dan contra mengenai kebenaran berpolitik ini ..tetapo hakikatnya Cikgu skrg ini byk sokong PAS hatta pensyarah di iPT pun ..
mungkin Najib - Muhyiddin telah pasang strategi baik utk UMNO yang kita tak oleh fikirkan dgn membenarkan guru berpolitik .
Malah tidak mustahil guru2 yg totok sokong PAS ini berubah kembali kpd kerajaan kesan drpd tindakan ini .
Guru totok sokong PAS berlambak terutama di negeri dan kawasan pembangkang .. di Prmtg Pauh sendiri ..sek keb bkt indera muda 80 % sokong PAS dan PKR ..nasib baik la Guru Besarnya tak terikut ..
Alahai kamu ni semua, cakap tak serupa dalam kepala. Sebelum ni pun ramai guru diangkut untuk dengar ceramah UMNO. Bukan guru saja, dengan pelajar2 sekali. Sekolah pula dijadikan pusat ceramah UMNO.
geli aku dgn si jelitawan01(uwekkk),dah keje gomen byk songeh,gaji punyala beso,elaun macam2 byk cerita,ko ni takde pendirian,kalo ko ada pendirian ko dah lama sokong pembangkang walaupun ko tak dapat apa2 dr mereka,lagi bagus aku ngan pekerja swata lain walaupun tak dapat kemudahan macam ko,tapi tau mana yg betul ngan tak betul,kalo cikgu macam ko la,sah ramai anak murid kantoi,kerja tak jujur,cehhh hakptuihhh
bazirkan duit rakyat,nak sangat berpolitik berhenti saja jadi guru ,kalau sibuk sangat dari politik nanti tak boleh teruskah tugas hakiki pulak.
To Jelitawan01..
Tahniah cikgu kerana pemikiran sangat cetek dan dangkal yang berpaksikan kepada materialistik untuk menyokong sesuatu... Semoga kalau jadilah pembangkang naik memerintah, bolehlah cikgu mengharapkan untuk menerima bonus 3 bulan sekali..
Sekadar bertanya, jenis apakah cikgu ini yang ikhlas mengajar memajukan bumiputera di smk st. martin yg majoritinya mungkin berbangsa dusun atau cikgu yang sampai waktu mengajar cuma mengajar dan sampai waktu pulang ke rumah hujung bulan terima gaji..
au ko nopo asanangan do karajaan baino, tumingkod.. mikianu karaja hilod pembangkang.. pakamalu ko no tulun tokou..
Eddie
itulah cikgu.....
dulu tahun 60an, 70an malas mengajar sebab gaji kecik. pelajaran murid tak meningkat. kemudian kerajaan bagi gaji naik, diorang beli kereta. petang-petang cuci kereta, bersiar-siar, pelajaran murid di takuk lama. keputusannya sama: bagi kelebihan apapun jawapannya sama:
kenapa rambut gugur? sebab susah hati.
kenapa susah hati: sebab rambut gugur!!!!!