Raja Drama

Posting Terkini

PAS Perak Arahkan Allah Ambil Tindakan Terhadap Mohsin

Filed Under ( ) by pisau on 4.3.10

Ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari untuk mengosongkan kerusinya ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri) berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan.

“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.-portal rasis


'Ahli Parlimen Bagan Serai bakal dikenakan tindakan oleh Allah jika tidak meletak jawatan, berikutan pesuruhjaya PAS mengeluarkan arahan kepada Allah agar menurunkan bala.'

Lebih kurang macam tu la samseng PAS mengugut,kononnya mereka ini mampu melakukan apa saja dengan melakukan solat hajat seolah olah mengugut dengan mengunakan hukum Allah jika kemahuan mereka tidak dituruti.

Inilah sikap mereka hasil asuhan wali selipar yang sebelum ini turut sama mendoakan turun bala dan pecah perut.


Pisau kata " Ingat Allah & Islam harta mak bapak hang ka?? "

Comments:

13 Responses to “PAS Perak Arahkan Allah Ambil Tindakan Terhadap Mohsin”

  1. adoih...tu yg susah kalau dah pegang tiket ke syurga, habis org lain didoakan bala shj.

  2. Sudah lama PAS mengarahkan ALLAH SWT utk berbuat mengikut kehendak PAS. Dari isu kafir mengkafir hinggalah kepada lompat parti. Jangan hairanlah. Kita harus ingat mungkin ALLAH PAS ni tak sama spt tafsiran kita, pada PAS Allah ni mcm Allah org kristian yg mereka sokong tu.

  3. Mengerjakan solat selain dari "kerana Allah" boleh menyebabkan murtad. Pastinya mereka yang mendabik dada mengaku lebih Islam dari orang lain tahu akan perkara ini...

  4. KITA ORANG ISLAM TAK PAYAH NAK MARAH KAN KAT PAS.SEBAB "ALLAH' YANG PAS NAWAITU KAN TU MASA NAK SOLAT TU BUKAN ALLAH ISLAM TAPI "ALLAH "KHALID SAMAD.MEREKA NI TAK INSAF2..DAH BANYAK SOLAT HAJAT DI BUAT TAK SATU PUN MENYEBELAHI MEREKA.KATA ISLAM TAPI TAK PERCAYA QADA N QADAR KETENTUAN ALLAH.

  5. Astaghfirullah....
    Allah pun boleh depa nak arahkan ikut telunjuk depa ka..
    Adoiii.. betullah dunia dah alkhir zaman.. Banyak2 beristifarlah dan berdoa agar Allah tidak menurunkan bala kepada kita semua..

  6. sabda baginda: ``Celakalah bagi umatku (akibat) daripada (perbuatan) ulama-us su'.'' (Riwayat al-Hakim). Sabdanya lagi ``Seburuk-buruk sesuatu daripada yang paling buruk ialah ulama yang buruk dan sebaik-baik sesuatu daripada yang paling baik ialah ulama yang baik.'' (Riwayat Ad-Darimi). Masyarakat akan musnah dan rosak apabila ulama-us su' ini dijadikan imam untuk diikuti serta dipercayai. Oleh itu, masyarakat awam harus mengetahui perbezaan antara ulama-us su' dengan ulama yang mewarisi ilmu para nabi.

    Mu`az bin Jabal ada berpesan ``Hendaklah kamu berhati-hati dan takut terhadap tergelincirnya seorang alim kerana kedudukannya yang agung di sisi orang ramai. Kemudian orang ramai itu ikut sama tergelincir dengannya.'' (korang agak2 siapa ye .. lu pikir le sendiri)

  7. Mohsin tu ahli PAS ke? Jangan campur hal dalaman parti lain. Agaknya PAS ingat mereka pakar solat hajat kot.
    Ini dah masuk bab politik ugut. Macam tak siuman je.

  8. salam,

    heh jgn buat main dgn PAS, nnt korang pecah perut pulak.

  9. kpd pnganut2 PAS tu, ada doa yg lebih baik dari doa minta diturunkn bala. doa minta bala tu ajaran Tuan Guru Lim Guan Eng ker?
    antara doa pilihan yg rasanya lebih elok:-
    1. doakanla jika tindkn Mohsin tu salah (kerana Allah Maha Tahu -bukan tuan guru kesayangan pas)mintalah spy ALLAH bg hidayah dan petunjuk.
    2. jika tindkn Mohsin tu betul (hanya ALLAH taala juga yg Maha Tahu-bukan tuan guru kesayangan pas) mintalah agar pintu hidayahNya juga dibukakan untuk org2 PAS yg tersesat.

    jgn minta bala! ilmu kita ni amat cetek. kalau kemaru juga nak bala Allah, ini lebih adil:-
    jika mohsin salah, turun bala ke atasnya. jika mohsin betul, turun bala ke atas diri sendiri (org2 PAS).
    tapi konfom, org pas takut doa sedemikian yg bersifat lebih adil.

    ps: apa pun jua, jgnlah minta bala. minta hidayah lebih baik.

    -wau

  10. emmm jaga2 semua yang kat sini nanti semua pecah perut kena sembahyang hajat dek PAS. Emmmm ulama yang kata tu...jaga sikit... lu pikir la seniri... dia ingat main-main solat hajat ni...

  11. confirm sampai mati aku tak akan sokong dan masuk PAS. Apa kejadahnya manusia2 jenis ni.Aku ni bukanlah kuat agama, tetapi hukum hakam aku tak lupa.Bila dah sampai ketahap ni aku jadi takut,gementar.

    Syukur Alhamdulillah kepada Allah s.w.t kerana aku masih bebas dari PAS. Syukran..syukran..syukran...

  12. Kepada wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rosak yang keluar atau dikeluarkan, saya ucapkan syabas dan tahniah! Tuan-tuan semua adalah perwira agama (Islam), bangsa (Melayu) dan negara (Malaysia). Saya dan ramai ahli keluarga dan rakan-rakan saya yg dulu undi PR pada 2008 dah tak sabar-sabar menunggu Pilihanraya ke 13 untuk menghantar PAS, PKR dan DAP ke neraka jahannam..

  13. saya sebagai umat manusia yg beragama islam dan tidak terpengaruh dgn mana2 parti politik di malaysia menyeru semua umat islam yg waras agar memohon doa kepada allah supaya melaysia tidak diturunkan bala seperti mana yg berlaku di Haiti, Chile dan lain2 tempat didunia. Jika berterusan memohon bala.. maka menjadi kerisauan bagi saya bala yg dipohon menjadi kenyataan kepada semua rakyat yg berada di atas tanah keramat ini. mohon semua imam di masjid2 memohon doa tersebut pada setiap waktu solat.

Popular Posts