Dakwaan tanpa bukti akhirnya SUARA KEADILAN pohon maaf
Filed Under ( berita pisau ) by pisau on 31.3.10
FITNAH... Keratan akhbar Suara Keadilan bertarikh 29.12.2009 sehingga 5.1.2010, suatu Artikel yang bertajuk, 'Zamry disyaki Pengganas - Gagal Masuk Ke Amerika Syarikat' ternyata palsu sekali gus membuktikan Suara Keadilan hanyalah bertaraf sampah.
Akhirnya terbukti siapa benar, siapa salah. Tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memfailkan saman RM100 juta terhadap lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) - Suara Keadilan - menyebabkan akhbar nyamuk yang terkenal dengan pembohongan itu kepanasan dan mengelabah gila.
Ini terbukti dalam edisi terbaru keluaran 30 Mac - 6 April 2010, Suara Keadilan mengemukakan permohonan maaf ke atas Zambry kerana memfitnah Menteri Besar Perak itu yang dikaitkan dengan pengganas. Sekali gus Suara Keadilan mengakui sumber akhbar mereka tidak berwibawa.
Dalam edisi Suara Keadilan bertarikh 29.12.2009 sehingga 5.1.2010, suatu Artikel yang bertajuk, 'Zamry disyaki Pengganas - Gagal Masuk Ke Amerika Syarikat' ("Artikel tersebut") telah dicetak dan diedarkan di Malaysia. Di dalam artikel tersebut, pernyataan- pernyataan yang berikut telah dibuat:
"Menteri Besar Barian Nasional (BN) Perak, Zambry Abd. Kadir dikatakan dihalang memasuki Amerika Syarikat tiga minggu yang lalu kerana nama beliau dikaitkan dengan senarai pengganas yang dikenal pasti oleh negara tersebut."
"Menurut sumber yang rapat dengan pejabat Menteri Besar Perak, sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco, pihak imigresen menahan Zambry daripada memasuki negara itu apabila nama beliau tersenarai dalam pangkalan data pengganas".
"Sumber tersebut memberitahu Suara Keadilan, keadaan ini menimbulkan kecurigaan pada pihak keselamatan dan Zambry gagal meleraikan syak wasangka pengawai AS berkenaan."
"Zambry tidak ada pilihan kecuali menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia."
"Beliau sepatutnya mengetuai delegasi Perak untuk mempromosi peluang pelaburan dan perdagangan tetapi diarah pulang dan tidak ada perwakilan Perak untuk misi itu." ("Pernyataan-pernyataan tersebut").
Kami, Lembaga Pengarang Suara Keadilan, dengan ini secara sepenuhnya menarik balik kesemua tuduhan-tuduhan dan dakwaan bahawa penghantaran dan penglibatan keganasan yang disyaki, yang telah dibuat di bawah artikel tersebut terhadap aksara, reputasi, kedudukan dan perbuatan Datuk Seri Dr. Zambry bin Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Negeri Perak.
Penyataan-penyataan tersebut tidaklah disokong oleh sebarang sumber yang berwibawa dan adalah oleh itu, tidak benar dan salah.
Justeru, kami mengakui tidak mempunyai asas di dalam pernyataan tersebut.
Kami ingin mengambil kesempatan ini menarik balik sepenuhnya artikel tersebut dan kesemua tuduhan-tuduhan dan dakwaan-dakwaan terhadap Datuk Seri Dr. Zambry bin Abd. Kadir serta melahirkan kekesalan kami atas penerbitan artikel tersebut.
Kami juga dengan ikhlasnya meminta maaf kepada Datuk Seri Dr. Zambry bin Abd Kadir atas keaiban dan kesulitan yang diakibatkan oleh penerbitan artikel tersebut.
malaysia-instinct
AIDC
Popular Posts
-
Dahulunya Anwar jaguh dimata penduduk bandar,golongan ini yang celik IT dan lebih up to date tentang isu semasa sentiasa tahu apa yang berla...
-
Berlaku satu kes di Lembah Pantai apabila satu program meraikan Tahun Baru Cina di Brickfield mendapat sambutan yang hambar.Kehadiran pada m...
-
Saifudin yang terkenal dengan kerja putar belit dan membuat provokasi sudah kehabisan modal.Kita pernah dengar bagaimana para penyokong paka...
-
Umno bahagian Wall Street disahkan terlibat membuat fitnah terhadap Anwar.Menurut sumber Azmin, beliau telah mendapat maklumat bahawa Umno ...
-
Bayangkan selepas ini jika berlakunya tangkapan terhadap pasangan yang berzina atau yang sedang membuat maksiat.Penguatkuasa agama yang men...
-
Debat diantara Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng mendedahkan belang sebenar apa yang dicita citakan oleh DAP didalam politik negara ini. Kerata...
-
MP Balik Pulau,YB Yusmadi sekarang ini sudah dilihat sebagai bebanan dan tidak popular buat pakatan rakyat . Yusmadi yang terkenal dengan ...
-
Anwar menipu ramai orang,bukan saja ahli parlimen pakatan malah seluruh penyokong pakatan terpalit dengan kencing raja pembohong. Road Put...
-
Seperti yang dilaporkan oleh Utusan,walau pun cubaan untuk sabotaj program ceramah mengenai akidah ini,namun kehadiran lebih 15,000 hadir me...




Diharap MB Perak Dato Dr. Zambry janagan tarik balik sama yang telah dibuat ke atas akhbar celaka tersebut.. sekali dah gengam biar jadi arang.. dah suruh tarik taknak bila dah saman baru mengaku.. so kerana akbar celaka tu dah mengaku maka Dato MB perak akan menang bicara saman dapat 100 juta.. boleh buat kebajikan untuk rakyat perak.
Dengan erti kata lain minta tarik balik saman itu?
Dato MB Perak,
suruh mereka bayar saja la gantirugi baru maafkan.
Wassalam
- Hantu Siber -
alah, ni bukan tarik balik ikhlas. ni tarik balik sebab dah kena saman RM100 mil. depa tau depa takdak basis to argue their case. Ngok punya paper. yup, i agree with anon 9.18 - teach them a lesson - mintak gantirugi dulu then maafkan. dasar mulut takpi skolaH punya orang..
kama
saman tetap saman biar tutup akbar celaka tu....klu tak saman nanti buat lagi...
Kenapa nak minta maaf. awat dah kecut ka.. kata duit berlanar. Takat nak bayar RM100M sekali bersin dah bolih bayar atau bila mahkamah kata kena bayar hampa kelentong lah sikit kan banyak hampa simpan peguam kaki kelentong, bagi tau saja pulus kami dilarikan olih orang BN, baki yang kami ada hanyalah sehelai seluar dalam bewarna hitam....ha..ha
Salam,
Surat khabar semut tapi nak carry cerita gajah..sekali gajah ketis dah nak minta maaf..duit tak banyak nak bayar saman jadi minta maaf aje lah..Kawan rasa lebih baik saman lepas tu duit tu buat jalan-jalan kat pendalaman..biar senang sedara kita kat sana tu
Betul tu, saman tetap saman!
Kita mesti ajar mereka, kalau tidak mereka akan buat lagi!
Salam,
teruskan saman...jgn biarkan permainan kotor berterusan,,saman tetap saman..
ni soal maruah yb..
jangan kasi muka , saman tetap saman.
100 juta boleh buat kebajikan utk rakyat.
kalau budak kecik, tu gula-gula sebagai sogokan...dorang ingat, MB perak bodoh sangat macam suku sakat barua PAKATAN, sama tetap saman..
biar pada masa depan, kalau nak tulis, gunakan otak manusia, bukan otak LEMBU...1 company akhbar tu bodoh...makan duit haram, hasil fitnah pemimpin...makin laris paper tu, makin banyaklah saham akhirat nanti...
bagi aku, HARAKAH pun sama...cari rezeki haram hasil fitnah orang...solat tonggang tonggek, ape pun tak dapat...
salam,
saman jgn tak saman. biar terlungkup suratkhabar celako tu.
bayangkan klu tukar rupiah indon.
lumayan sekali pak menteri!
Salam,
Harap Dato Seri Zambry jangan tarik balik saman akhbar ini. Berita fitnah ini telah sampai kepada orang2 kampung. Depa percaya bagai nak mampus.
Kalau akhbar ni tarik balik artikel ni pun, depa tak akan bagi tau balik orang kampung kata depa dah buat silap.
Damage has been done.
Teruskan saman dan biar depa jadi bankrup langsung. Senang hati.
-Art-
Lawan tetap lawan, liwat tetap liwat, tangguh tetap tangguh, saman tetap saman, harap Dato Zambry mesti berani ajar cukop2 pengkianat2, keparat2 dan pokemon2. Ketua mereka Dajjal harami IFUT BABI harus di beri pelajaran ccukop? Dgn Kak Jijah dan ahlul2 bahalul, serta Nik Najis wali terompah dan pemimpin2 terencat akal Parti ajarn Songsang beliau senang saja memperbodoh bodohkan. Harap Dato Zambry berani teruskan demi hak dan maruah anak2 bangsa. Saman jangan tak saman.
Salam,
Saman terus... jgn tarik handbreak...
Ajar sikit akhbar dokongan liwat..
Time-time macam ni, aku rasa elok kita tiru Lee Kuan Yew, saman sampai bangkrap,,,,,,, baru padan muka depa... Ibarat kata Tuan director Ahmad Nesfu, kecik2 tak nak mampos, besar2 menyusahkan orang sahaja..
Kalau YB Zambry taknak saman, boleh tak kita sebagai pembaca ambil alih dan saman?
Kita share duit tu nanti, hmmm bagi aku RM10juta cukup.
Apa kata pisau?
Bota
Dato' MB Perak;
Jangan tarik saman tuduhan itu bukan perkara main-main dan remeh temeh. Tuduhan liar dan amat menjijikkan. Biar jadi pengajaran yg secukupnya kpd akhbar pemfitnah ini. Tarik balik jangan sekali wahai Dato' MB Perak.
Lihat dan linkkan dgn blog sdr http://suarasatuduaumno.blogspot.com
BUKAN SAJA AKHBAR SAMPAH..MALAH LEBIH BAIK BAGI KAT APEK-APEK DAP UTK CALIT TAIK DEPA LEPAS BERAK...
EH! EH! kenapa kumpulan mangkok ayon diam je. Dulu melalak dan menyalak, ketawa berdekah2 dan percaya habis. Kita kata fitnah dia orang kata benar. Memang kaki buat fitnah.
Nak jadi akhbar hebat konon. Keje lain takde asyik tabur fitnah. Salah Umno lagi ke? Macam mana perangai bos begitulah peel surat akhbarnya. ADIL DENGAN FITNAH.
Oi Suara Keadilan. Bagai nak gila aku balon BN pasal cerita kau rupa2 fitnah. Celaka punya suara puaka. Mana aku nak letak muka aku huh! Bodoh punya media. Hidup2 kau tipu peminat kau. Mulai hari ini aku ludah kau sampai bila2. Khaaak Puiii.
aku sebagai orang Singapura rasa, korang mesti guna taktik kotor Lee Kuan Yew, semua suratkhabar yang tertulis salah kena saman.
Di Singapura, pasal mahkamah tu kan anjing Lee, jadi pemerintah tak pernah kalah
Kenakan Suara Keadilan, jangan tak saman. Kalau dapat 10 juta ringgit pun, poket diorang koyak jugak. Perlulah si Anwar ni mintak Soros duit lagi, kah kah kah, semakin pencacai lah si Cifut ni jadi