Raja Drama

Posting Terkini

Zahrain bersama 2 MP PKR Keluar Parti Esok?

by pisau on 12.2.10

SMS tergempar - 1.09 am

Friday, 12 February 2010 www.umno-reform2.com menerima satu SMS - Bayan Baru MP Zahrain Mohd Hashim akan mengumumkan keluar dari PKR bersama-sama 2 MP dan 30 penyokong beliau esok jam 11.00 am di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur. Zahrain yang baru-baru ini menjadi tumpuan apabila mengkritik tegas kepimpinan Lim Guan Eng.
Sama ada ini benar atau tidak jangkaan bahawa Zahrain akan meninggalkan PKR sudah kuat kedengaran. Adakah ini menunjukkan bahawa pergelutan dan konflik dalam Pakatan Rakyat semakin memuncak?

Adakah ini menunjukkan bahawa selama ini Pakatan Rakyat gagal di bentuk pada satu idealisme yang sama?

Umum mengatakan bahawa Pakatan Rakyat - gabungan antara PAS, PKR dan DAP tidak akan berjaya atas kelainan idealisme perjuangan. Adakah konflik ini dapat membuktikan bahawa kemelut dalam PAKATAN RAKYAT semakin membesar.

Kita nantikan sejauh mana berita ini benar?


sumber - umno-reform

Comments:

3 Responses to “Zahrain bersama 2 MP PKR Keluar Parti Esok?”

  1. Mungkin MELAYU ini telah sedar bahawa selama ini DIA mendokong cita2 dan impian satu BANGSA yang yang akhirnya menghancurkan bangsa melayu. Mungkin DIA telah nampak yang bangsa MELAYU diperalatkan untuk kepentingan satu pihak atau DIA telah sedar bahawa perjuangannya dilandasan yang salah. KITA SAMA2 DENGAR PENJELASANNYA

  2. Baguslah kalau melayu-mmelayu pulau pinang dah semakin sedar

  3. Mungkin benar seperti yg digembar gemburkan. Ahli ahli dari kawasan YB ada yg sudah mengetahui tetapi tidak pula mengetahui bila akan berlaku.

    Kalau tidak sepakat dalam sesuatu isu maka inilah yang bakal berlaku. Yang menjadi mangsa adalah orang Melayu itu sendiri. Ada dikalangan ahli PKR mau pun PAS terlalu taksub umpama mereka ini bukan ahli PKR/PAs tetapi wakili satu Parti DAP. Kalau pemimpin melayu mereka menegur salah seorang "kaum keluarga" mereka kerana ketidakadilan atau menindas sepatutnya mereka cuba menyelami atau menyiasat perkara tersebut bukan dengan sewenang wenangnya menolak pemimpin yg menegur walhal pemimpin yg menegur itu untuk kaum melayu untuk kebaikan melayu.

    Sama jugak YB Nizar, dek kerana terlalu lama berada didalam "pelukan" serta "genggaman" DAP beliau telah banyak memalukan diri sendiri serta PAS serta ada dikalangan pemimpin PAS merasakan Nizar sudah menjadi wakil DAP dari PAS. PAs boleh berganding bahu bersama pemimpin UMNO memajukan Perak demi rakyat, kerana sudah byk rakyat kawasan PR ni tidak mendapat apa yang sepatutnya kerana asyik byk berpolitik serta menhabiskan wang "rakyat" untuk berceramah serta membayar duit peguam yg semuanya peguam pembangkang...nampak disini, siapa buat duit sebenarnya...

Popular Posts