Bukti Ketua Menteri UltraKiasu Pembohong!

Tampar Guru:Ibu Bapa Mengajar Anak Menjadi Biadap Dan Kurang Ajar

Filed Under ( ) by pisau

Zaman sudah berubah,dahulunya kita di bangku sekolah cukup takut kepada guru,takut bukan kerana guru itu jahat,tetapi takut kerana guru cukup dihormati,hinggakan murid murid tidak terasa hati jika dimarahi atau dirotan oleh guru,paling teruk pun selepas dirotan akan merungut kerana menahan kesakitan,selepas itu kembali menegur guru yang merotan tadi seolah olah tiada apa apa yang berlaku.Walaupun berbekas dek kerana dirotan,namun tidak berbekas dihati atau mendendami guru,kerana anak anak sudah dididik supaya menghormati guru,malah ibu bapa ketika itu beranggapan  telah menyerahkan tanggung jawab mendidik anak mereka maka guru berhak merotan demi kebaikan dan mendisplinkan anak anak.

Cara mendidik anak anak pada masa sekarang jauh berbeza,Ibu Bapa zaman sekarang mengajar anak supaya tidak menghormati guru atau lebih tepat lagi tidak mengajar anak anak supaya menghormati orang yang lebih tua.

Harian Metro

Insiden itu dilaporkan berpunca daripada tindakan pelajar terbabit bersama dua rakannya memasuki sebuah kelas yang sedang diajar oleh guru wanita berkenaan di mana didapati ketiga-tiga pelajar ini tanpa menghormati guru berkenaan dan mempedulikan pelajar lain, membuat bising sebelum guru terbabit mengarahkan mereka keluar dari kelasnya.

Guru terbabit menampar pipi seorang pelajar berkenaan apabila mereka tidak mengendahkan arahan itu dan akibatnya seorang pelajar terbabit membalas balik tamparan guru itu. Malah lebih menakutkan apabila dilaporkan seorang daripada pelajar itu cuba bertindak lebih ganas dengan membaling kerusi plastik ke arah guru berkenaan.

Dalam insiden terbaru pula, dilaporkan seorang guru lelaki berusia 28 tahun ditampar ibu seorang pelajar yang marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan guru menampar anak wanita itu di sebuah sekolah menengah di Perlis.

Kejadian dilaporkan berpunca daripada masalah disiplin membabitkan pelajar lelaki tingkatan satu dari sekolah berkenaan. Walaupun pihak sekolah cuba menjernihkan semula keadaan dengan mendamaikan kedua-dua pihak namun wanita berkenaan masih tidak puas hati bertindak menampar guru terbabit di hadapan pengetua dan guru lain.

Pisau cukup bersyukur ,kerana dengan rotan,penampar dan cubitan di perut oleh guru telah mendisplinkan diri agar lebih tekun belajar,menjadi lebih berhemah dan rajin,walaupun seperti remaja lain,agak nakal,namun soal pelajaran tidak diabaikan ,balik saja dari sekolah dah kelam kabut buat homework ,takut tak siap nanti esok kena rotan atau didenda lari 10 pusingan dipadang sekolah. Secara tak langsung telah mendidik Pisau lebih berdisplin dan tekun belajar. Kalau kena rotan di sekolah,balik rumah kalau report kat mak bapak,comfirm kena makan penampar atau kena double rotan, sebabnya kalau hang baik dengar cakap guru hang takkan kena rotan atau kena denda.Hah itulah didikan ibu bapa dulu cukup berbeza.

Pisau tidak terkejut jika berlakunya kes kejadian anak tidak menghormati ibu bapa,kes anak meninggalkan ibu atau bapa ditepi jalan,ini kerana sikap ibu bapa sendiri yang terlalu protective tak bertempat.Akhirnya yang rosak adalah anak itu sendiri.

Kementerian Pelajaran harus menguatkuasakan undang undang,jika ibu bapa terlibat mencampuri urusan guru di sekolah harus diambil tindakan undang undang,malah jika anak terlalu kurang ajar dan menyerang guru,ibu bapa mereka harus dihukum,kerana tidak pandai mendidik anak menjadi kurang ajar dan tidak bermoral.

Harus diingat,didikan agama juga harus diterapkan agar tatasusila ,berakhlak mulia dan bermoral anak anak dapat dibentuk sejak dari kecil.

Apa apa pun,semuanya bermula dari rumah,elok didalam rumah tu,elok lah anak anak.


Pisau kata " anak kurang ajaq,mak bapak lagi tak boleh diajaq"

Comments:

9 Responses to “Tampar Guru:Ibu Bapa Mengajar Anak Menjadi Biadap Dan Kurang Ajar”

  1. Kes anak saya macam mana?

    Guru ini tak pernah ajar anak saya, tiba2 masuk dalam darjah, arahkan anak saya Batalkan Puasa (kejadian pada bulan Puasa), dan arah menyapu seluruh bilik darjah dengan tiba2. Harap maklum Guru ini Agama HINDU..

    Saya diberitahu anak incidence ini, saya menegur anak, mungkin ada dia buat silap kut. Esok dia jumpa guru ini untuk bertanya apa sebenar kesalahan, dihumban kata2 HINA kepada anak saya dengan alasan "I got learn psychology, I look at your face already know you are arrogant, insincere, ..." Apake hal Cikgu Pariah ni membebel sekadar muka anak kita dia sesenang arah suruh BUKAK puasa?

    Esok saya sendiri tulis surat untuk mendapat penjelasan, dia taknak terima surat "I don't have time to entertain parents"..

    Pisau, anak saya nak ambik periksa dalam 2hari, tak lalu makan dan tak dapat tiduk..Maklumlah, very sensitive kalau tak dibuat salah di MAKI HAMUN dan ARAH BATALKAN PUASA..

    Binatang macam nih nak diberi gaji suruh mendidik anak2 kita ker?

    IBU

  2. salam..
    i2 kes lain ar Ibu..yg pisau cite ni kes lain lak..kena paham ckit ape yg pisau cuba nak sampaikan..

    tindakan ibu mmg betul pada keadaannya.mungkin pisau pun setuju ngan cara Ibu...

    Harap paham le ape yg pisau cuba cite..hehehe

  3. Saya cadangkan agar murid tersebut diasingkan dan dibiarkan sahaja. Pihak sekolah biarkan saja . Tak payah nak ambil tahu lagi. Orang macam ini tak perlu lagi diajar untuk menjadi manusia berguna kerana telah dirosakkan oleh ibu bapa sendiri. Biarkan mak bapak dia yang ajar.

  4. [....sebabnya kalau hang baik dengar cakap guru hang takkan kena rotan atau kena denda.Hah itulah didikan ibu bapa dulu cukup berbeza.]

    Aku amat bersyukur kerana ibu bapa aku dulu sedemikian dan kini aku sangat merindukan ibu bapa /penjaga yang masih berfikiran demikian.

    -wau

  5. kes ibu, saya cadangkan berjumpa terus dengan pihak pengurusan sekolah(pengetua/guru besar) minta penjelasan. bincang baik2. kalau penjelasan tak dapat diterima, lapor kat pej pendidikan.kalau masih tak da apa2, saman saja guru tu.

  6. Aku pernah lihat seorang bapa datang kesekolah (Sek. Menengah) dan marah2 Pengetua dengan suara tinggi, diantara kata2 yang aku ingat," SAYA TAULAH AJARK ANAK SAYA,".

    Kesnya bukan apa ..pihak Sekolah ada hantar surat kepada bapa tersebut mengenai disiplin anaknya yang telah masuk tahap melampau.

    Aku pula bersama 2orang lagi pergi Sekolah kerana menghantar 7 orang murid yang kami tangkap dalam hutan berhampiran Sekolah dipercayai sedang menghisap rokok dan melihat gambar lucah..

    Lepas peristiwa itu kami tak peduli lagi, nak tunggang langgang macam mana pun lantaklah, kerana ternyata Ibubapa lagi kurang ajar, bagaimana anak tak ikut...

  7. Aku bershukur kerana Arwah Bapa aku dulu orang kuat disiplin dan garang, Pasal Sekolah dan guru dia tak pernah kompromi dengan aku.

    Bagi Bapa kalau ada tindakan guru sama ada Rotan atau denda adalah semua bermula daripada kesalahan anak2nya.

    Kata Bapa Cikgu bukan orang gila sengaja nak Rotan dan denda murid2 tak tentu pasal. yang lebeh kecut lagi Bapa ada warning, kalau Cikgu bagi satu Rotan dia akan tambah dua Rotan.

    Sekarang aku menggunakan resepi yang Bapa tinggalkan, Alhamdulillah anak2 aku seramai 8 orang tiada masaalah dengan guru dan hampir semuanya berjaya dalam pelajaran.

  8. Mengenai Kes Ibu,
    Maaf kalau dianggap masuk campur, Satelah membaca apa yang tertulis maka adalah disyorkan agar Ibu sendiri pergi berjumpa dengan Pengetua Sekolah berkenaan untuk mengetahui cerita sebenar mengenai anak Ibu.

    Kita tidak boleh menelan bulat2 akan cerita anak2 kita, kadang2 mereka melakukan kesalahan, dan untuk menutup kesalahan ini mereka mengadakan cerita yang bukan2.

    Pendek kta apa yang berlaku keatas anak Ibu mesti ada sebab2 pada permulaan nya, siasat betul2, pasti akan jumpa jawapan nya yang sebenar.

    Kadang2 teringat cerita ANAKKU SAZALI....

  9. Aku bershukur kerana Arwah Bapa aku dulu orang kuat disiplin dan garang, Pasal Sekolah dan guru dia tak pernah kompromi dengan aku.

    Bagi Bapa kalau ada tindakan guru sama ada Rotan atau denda adalah semua bermula daripada kesalahan anak2nya.

    Kata Bapa Cikgu bukan orang gila sengaja nak Rotan dan denda murid2 tak tentu pasal. yang lebeh kecut lagi Bapa ada warning, kalau Cikgu bagi satu Rotan dia akan tambah dua Rotan.

    Sekarang aku menggunakan resepi yang Bapa tinggalkan, Alhamdulillah anak2 aku seramai 8 orang tiada masaalah dengan guru dan hampir semuanya berjaya dalam pelajaran.