Raja Drama

Posting Terkini

PENDEDAHAN MENGENAI SALAH LAKU CALON PAS PADA HARI PENAMAAN CALON PRU 12

Filed Under ( , ) by pisau on 15.2.10

Seperti yang dijanjikan malam tadi hari ini saya akan mendedahkan sedikit mengenai salah laku seorang calon Pas Perak yang sepatutnya dibatalkan penamaan calon.

Tetapi dengan bantuan rangkaian Pas maka dia lepas dan boleh bertanding. Mungkin juga dengan istilah orang kita beliau lepas dari halangan tersebut.

TM tidak akan menyebut nama beliau buat sementara waktu. Kita tengok apa reaksi mereka. Jika Pegawai Daerah selaku Pengarah Pilihanraya Daerah terlibat sama dalam isu ini beliau juga patut diambil tindakan.

Apa yang kita sedia maklum, jika seseorang kakitangan Kerajaan Persekutuan atau Negeri yang ingin bertanding sebagai wakil rakyat hendaklah meletakkan jawatan terlebih dahulu sebelum hari penamaan calon.

Ramai kakitangan kerajaan dari pihak Barisan Nasional telah melakukannya dengan penuh tertib dalam soal ini.

Apakah muslihat sebenar calon ini yang tidak meletakkan semua jawatan yang disandangnya. Adakah dia takut pencalonannya ditolak dan beliau boleh kembali bekerja dengan majikannya?

Jika berlaku penipuan fakta dan dokumen dalam borang penamaan calon, beliau boleh didakwa walaupun tempoh bantahan calon tamat pada jam 12.00 tengah hari. Satu laporan polis boleh dibuat selepas itu.

Berikut adalah maklumat yang diperolehi;


  1. Pada pagi penamaan calon, beliau tersedar yang dia tak buat surat letak jawatan sebagai guru KAFA, Naib Kadhi dan Imam.
  2. Semasa itu ada penyokong BN sedar hal itu dan mahu membuat bantahan semasa sesi bantahan namun diketahui oleh penyokong beliau
  3. Calon gelisah dan dilihat menghubungi seseorang melalui telefon.
  4. Pegawai agama Bagan Serai ketika itu-Hasnizam (tak pasti ejaan ) telah membantu menyiapkan surat dan dipercayai telah back dated
  5. Calon dapat menunjukkan bukti pada hal sebenarnya surat itu disiapkan pada pagi hari penamaan calon iaitu hari Ahad.
  6. Hari Ahad, pada logiknya pejabat kerajaan tutup kecuali negeri-negeri lain seperti Kedah dll.
  7. Beliau sendiri telah bercerita hal ini kepada seorang penyokong BN (tidak tahu bahawa individu tersebut penyokong BN) bahawa beliau tidak tahu tentang keperluan meletakkan jawatan apabila bertanding dlm PRU
  8. Beliau juga secara tidak sedar pernah mendedahkan tentang baaiah jatuh talak jika keluar meninggalkan parti di dalam ceramah sewaktu PRK P59 lalu.

Comments:

6 Responses to “PENDEDAHAN MENGENAI SALAH LAKU CALON PAS PADA HARI PENAMAAN CALON PRU 12”

  1. kepada pnyokong2 pas jgn la korang ingat bagus bila korang pakai kopiah dan berjanggut...tapi hati sama mcm DAPig.....bertaubat lah bro2 pas...pakai la kopiah dan bela lah janggut tapi korang tukar la idealogi tu demi islam yg benar...

  2. SPR kena siasat hingga ke lubang cacing. Jgn ambil mudah aje...

  3. Ni sama lah macam kes Rafidah Aziz,
    lupa nak sign borang salinan pencalunan,atau kes Korup di-Sabah dan yg terakhir kes Si-putih di Kedah,terang2 boleh diadakan Pilihan Raya kecil tapi.......?????

    Jadi,kalau "Pisau",tak ada bukti kukuh,hang boleh kena SAMAN,tau?
    ibarat pisau tercucuk diri sendiri
    nanti.....luka berdarah..!!!!

  4. ameno

    saman lah,saya tidak ada masaalah,kalau itu yang dimahukan dipersilakan.

  5. AMENO CHACHA MARBA.

    tersilap sains perkara biasa, lepas semak borang kalau ada tertinggal boleh sains lah. tapi ustaz Pas ni sengaja nak menipu. dan pelik sebab ada pegawai pejabat agama yang besekongkol boleh buat surat dengan back dated...tu la penipuan nama nya

  6. skrng mereka dah terlalu sesak sngt smpai apa pun yg meraka buat dah tak kira benda tu brdosa @ tak blh dikatakan memang bangsat betul sampai masjid pun jadi mangsa tapi mereka sendiri tahu masjid tu tempat ibadat tmpt kita smbah tuhan yg satu tempat yg tak ada pegangan politik tp mereka dah kotorkan masjid dngan agenda diaorng

Popular Posts