Penang Maulidur Rasul: YB Malik Kassim Punca Pembatalan Perarakan Maulidur Rasul
Filed Under ( Pulau Pinang ) by pisau on 14.2.10
Haprak Daily lidah bercabang rasmi PAS cuba mengajar supaya tidak melakukan fitnah,walhal artikel yang disiarkan ternyata mereka sendiri yang membuat fitnah,menyiarkan artikel yang menghasut dan berbohong kepada umat islam terutama di negeri Pulau Pinang.
Haprak Daily-Sofi Wahab
Terbaru seperti yang dilaporkan Harakah, mereka menuduh kerajaan Pulau Pinang membatalkan program Sambutan Maulidur Rasul sedangkan program tersebut sejak awal-awal lagi dimasukkan dalam calendar program kerajaan negeri. Mengapa begitu bebal media dan tuannya menuduh dan memfitnah. Sedangkan rakyat tahu dan sedar bahawa program tersebut sudah pasti diadakan.
Saya berpendapat tujuan mereka memuatkan berita itu adalah untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri. Jadi selepas jika kerajaan negeri mengadakan program sambutan itu sudah media dan tuannya itu akan mendakwa sambutan itu diadakan semula selepas mendapat bantahan Umno/BN. Begitulah taktik mereka
Ternyata artikel yang berniat jahat ini adalah satu cubaan untuk menutup kesilapan YB Malik Kasim dan Lim Guan Eng.
Pihak PAS sedaya upaya cuba untuk menghalalkan cara,demi untuk menutup pekung yang terdedah kepada Umat Islam dinegara ini.
Melalui artikel tersebut ternyata Haprak Daily tidak membuat penyelidikan dan siasatan,siapakah dalang disebalik pembatalan perarakan maulidur rasul di Pulau Pinang,sebaliknya terus menuduh media massa membuat fitnah. Kenyataan ini bersifat dangkal dan jumud
Mereka jelas berbohong rujuk aturcara majlis sambutan,tidak ada perarakan malah majlis berakhir pada pukul 11.30pagi. Tidak ada langsung dinyatakan sambutan akan diadakan selama 3 hari,dalam jadual aturcara tidak dinyatakan adanya perarakan,malah Pisau merujuk dengan beberapa penjawat awam yang terlibat dengan perarakan,mereka menyatakan memang perarakan dibatalkan berdasarkan surat pekeliling dan tidak wujud sambutan akan diadakan selama 3 hari.Malah mereka tidak menerima surat pekeliling sepertimana yang didakwa oleh Malik Kasim.
Adakah untuk menutup malu atas tindakan membatalkan perarakan maulidur rasul?,Lim Guan Eng & Malik Kasim mengarahkan JAIPP mengeluarkan jadual baru bertarikh 12/2/2010,walhal sebelum ini didalam laman web JAIPP hanya menyatakan cuma majlis perhimpunan sahaja akan berlangsung,kemudiannya mereka telah mengarahkan mengubah jadual di laman web JAIPP kepada majlis perhimpunan dan perarakan,Setelah itu barulah mereka mengeluarkan kenyataan secara bersama sepertimana yang disiarkan oleh Malaysian Insider?
Adakah ini salah satu taktik Damage Control dan cubaan mengubah persepsi untuk mendiversikan tuduhan tersebut untuk menjadikan yang menuduh kelihatan membuat fitnah? selanjutnya sini
Menurut sumber yang terlibat didalam majlis mesyuarat, Yb Malik Kassim sendiri yang membuat keputusan untuk membatalkan perarakan,katanya bertujuan transformasi dan perhimpunan ummah diganti daripada membuat perarakan sambutan maulidul rasul.

Namun apabila isu ini tersebar mendapat perhatian dan bantahan umat Islam dan disiarkan media massa,dengan secara secara tergesa gesa beliau telah memberi arahan supaya menukar aturcara majlis perhimpunan dan menambahkan kepada 3 hari untuk menyambut sambutan maulidul rasul.
Beberapa ahli majlis mesyuarat turut menjadi saksi dan menyatakan YB Malik Kassim jelas berbohong dengan kenyataan beliau di Malaysia Insider dengan cuba untuk menutup kesilapan beliau,tidak ada keputusan didalam mesyuarat sebelum ini untuk mengadakan perarakan sebaliknya Malik Kasim yang membatalkan perarakan, malah yang menjadi mangsa keadaan adalah Dato' Hj Yusoff bin Wazir Tim Setiausaha Kerajaan Negeri telah dikambing hitamkan demi menutup pembohongan Yb Malik Kasim dan Lim Guan Eng.
Jangan cuba baling batu sembunyi tangan, Ingat batu yang dibaling ramai blogger nampak dan BAKAL mendapat malu besar selepas ini!
Pisau kata " Wali selipar batalkan perarakan maulidur rasul semata mata untuk menghalalkan tindakan Lim Guan Eng dan Malik Kasim"
Popular Posts
-
Dahulunya Anwar jaguh dimata penduduk bandar,golongan ini yang celik IT dan lebih up to date tentang isu semasa sentiasa tahu apa yang berla...
-
Berlaku satu kes di Lembah Pantai apabila satu program meraikan Tahun Baru Cina di Brickfield mendapat sambutan yang hambar.Kehadiran pada m...
-
Saifudin yang terkenal dengan kerja putar belit dan membuat provokasi sudah kehabisan modal.Kita pernah dengar bagaimana para penyokong paka...
-
Umno bahagian Wall Street disahkan terlibat membuat fitnah terhadap Anwar.Menurut sumber Azmin, beliau telah mendapat maklumat bahawa Umno ...
-
Bayangkan selepas ini jika berlakunya tangkapan terhadap pasangan yang berzina atau yang sedang membuat maksiat.Penguatkuasa agama yang men...
-
Debat diantara Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng mendedahkan belang sebenar apa yang dicita citakan oleh DAP didalam politik negara ini. Kerata...
-
MP Balik Pulau,YB Yusmadi sekarang ini sudah dilihat sebagai bebanan dan tidak popular buat pakatan rakyat . Yusmadi yang terkenal dengan ...
-
Anwar menipu ramai orang,bukan saja ahli parlimen pakatan malah seluruh penyokong pakatan terpalit dengan kencing raja pembohong. Road Put...
-
Seperti yang dilaporkan oleh Utusan,walau pun cubaan untuk sabotaj program ceramah mengenai akidah ini,namun kehadiran lebih 15,000 hadir me...





Haprak Daily ni semua wartawan dia mana ada kelulusan??? Kalau ada pun. lulusan selipar jepun.
amboi hebatnya kamu.ko rasa dh lepas azab kubur ke
Oooi Makhluk asing apa hang sibuk-sibuk .....biag pi depa nak buat perarakan tak buat ka .....apa penting sangat perarakan tu....kalau nak ingat Rasulullah ikut ajaran Rasul dan taat perintah Allah....kalau dah perarakan tak ikut cara rasul nak buat apa...Hangpa ni memang minat nak jadi ahli neraka...tak takut ka?
racistnya blog niiii!!!
Nik Aziz kata tiada perarakan maulud di Kelantan, tiada fadhilat katanya... kalau nawaitunya nak menyelamatkan Guan Eng, aku rasa nik aziz patut bersaralah.... aku benci nengok
sy x suke politik malaysia... kotor! pemimpin bertindak bukan atas dasar keihklasan hati dan utk kebajikan rakyat. tapi lebih kepada wang ringgit. lompat parti kerana wang... ahli politik yg licik pandai memutarbelitkan isu m'gunakan kuasa media yg mereka ada. semua kerana wang... ada wang korang berkuasa. igtla wahai pemimpin haprak! "kullukum ra'in wa kullukum mas'ulun an rak'yati" tak tahu ke balasan utk pemimpin x bertanggungjwb? tak takut ke? teruk! makin lame makin teruk... bak kata orang "kecik2 xnk mati... dh besar menyusahkan orang..."
Salam Megat,
Cuba bandingkan dengan kupasan dari blog-blog pembangkang...mereka hanya membuat andian tanpa bukti berbanding dengan bloggers pro UMNO/BN yang menyiarkan surat-surat sahih...hmm12hb baru keluar surat untku cover...
Depa kata surat-surat sebelum tu tidak muktamad dan tiada arahan yang jelas...
Akukah yang buta atau depa yang kelam?
hahaha... bau hancing makin kuat di kalangan org2 PAS yang dikencingkan oleh parti mereka sendiri. PAS bukan memperjuangkan ISLAM, depa hanya menggunakan ISLAM!!
PAS memang HAMPAS!!! sokonglah depa lagi.. hahaha
jika berkata benar apaditakutkan pada azab kubur?
tak lama lagi azan kat penang pun tak boleh macam singapura...yang akan lulkuskan ialah wali selipar....pkr dan pas penjahanam melayu islam
detguaq,
surat tu dimuktamadkan oleh YB Malik Kassim,dia yang buat keputusan semasa mesyuarat.
To:I Hate U...auww said...
Aku tak penah tgk ko pun aku da benci....ni la melayu paling bodoh..
Assalamualaikum...
Sabar semua. Mengapa isu ini hendak disensasikan? Sambutan maulud nabi ni, menurut agama kita ni wajib ke? Mcm puasa zakat dan haji semua? Maulud nabi in the first place ni Nabi suruh ke? Kalau tak buat tu berdosa ke?
Yang kedua, kalau nak buat sambutan Maulud Nabi boleh. Tapi bab perarakan tu wwajib ke smpi nak buat demonstrasi dan mcm2 lagi?
Saya tak menyebelahi mana2 pihak tapi saya lihat korang semua ni mcm 'kartun'. Baik pihak BN atau PR.
Rujuk balik agama kita. Please lah pegi belajar balik.
Terima kasih beri ruang.
persoalan utama ialah bukan mengenai sama ada perarakan mempunyai fadilat atau tidak. Sesiapa pun boleh menghuraikan dalil serta hujah mengatakan perarakan bukan wajib atau tiada fadilat. Itu boleh diterima.
Persoalannya ialah, kenapa tiba2 perarakan ini mahu dibatalkan? Apa yang tidak kena dengan perarakan itu? Melihat kepada isu-isu agama dan kepentingan orang Melayu di Pulau Pinang, umat Islam tertanya2 mengapa isu2 yang menyentuh soal Islam solah-olah sering saja cuba diketepikan?
Bagaimana, kalau perarakan thaipusam atau perarakan perayaan bulan hantu dibatalkan, maka pastinya ia juga akan dipersoalkan malah akan menimbulkan kemarahan kaum berkenaan.
Kita juga masih ingat bagaimana keceluparan pemimpin DAP yang menyifatkan syariah Islam sebagai ekstremis. Ini semua menimbulkan persepsi seolah2 apa juga yang menyentuh agama Islam, semuanya tidak kena, semuanya tidak betul. KENAPA??
kelentong byk la malik n guan eng tu..haprak...surat camtu sapa pun blh buat..mana p letter head suk ka...kerajaan negeri ka...manaaa..??ni malik hang tok sah mai duk kelentong la...dr dulu buat kerja sampai lani atas kertas ja..hg ingta rakyat ni bodo ka??letter head pun xda..surat perkeliling apa?????jgn nk mai tipu rakyat laa.....rakyat la ni tak bodo...wahai.pengikut2 PKR sedaq la kediri la ni PKR duk tipu hampa....ala...surat perkeliling camtu budak sek rendah pun boleh buat.....