Raja Drama

Posting Terkini

Penang: Guan Eng Harus Mengaku Berbohong dan Memohon Maaf

Filed Under ( ) by pisau on 18.2.10




Polemik isu pembatalan perarakan maulidur rasul telah mencetuskan bantahan besar besaran oleh umat Islam Pulau Pinang. Walau pun disertakan dengan bukti Lim Guan Eng dan Malik Kasim tetap tidak mengaku mereka telah berbohong kepada umat islam dan rakyat Pulau Pinang.:klik sini

Isu perarakan Pisau anggap sudah berakhir apabila dua ekor gampangan ini membenarkan semula perarakan maulidur rasul,tetapi mereka berdua harus mengakui kesilapan dengan membuat fitnah dan berbohong kepada rakyat.

Terlajak cakap dan terlajak bohong dan fitnah akan tetap diteruskan oleh Khalifah sosialis cina melaka kesayangan PAS ini,walaupun beliau sendiri berasakan tersepit namun atas sifat ultra kiasu dan tidak mahu mengalah beliau tetap mempertahankan fakta palsu,malah turut sama membuat fitnah dengan menyerang pihak Utusan dan Umno.


Bukan itu sahaja,mereka turut membuat fitnah semasa ceramah kononnya pihak Umno sengaja mahu membuat kacau dan memainkan sentimen perkauman.

Paling menarik,Lim Guan Eng dengan lagak bacul dan pengecut enggan bertanggungjawab berkenaan isu ini sebaliknya menghempuk masaalah ini kesemuanya keatas YB Malik Kasim,kemudian Malik Kasim pula menghempuk kerja kotor beliau kepada Dato Haji Muhammad Yusuf Wazir untuk dikambing hitamkan.

Jika Guan Eng enggan bertanggungjawab dalam isu ini,Guan Eng seharusnya awal awal lagi tidak akan mengeluarkan kenyataan berbohong dan memfitnah Utusan dan UMNO. Inilah yang dikatakan Pisau sebelum ini, Pulau Pinang punyai ketua menteri paling celaka dan haprak dalam sejarah negeri.



Dimanakah yang dikatakan "CEKAP", "Akauntabiliti" dan "Telus"? Jika isu sebegini tidak dapat diurus dengan baik,tong sampahkan saja CAT yang menjadi kebanggaan pakatan haprak.




Pisau kata " kalau dah kata fitnah,awat tak saman?! "

Comments:

10 Responses to “Penang: Guan Eng Harus Mengaku Berbohong dan Memohon Maaf”

  1. En. Pisau.

    Hebat gambar tu. Print banyak2 jual pada orang Pas boleh buat duit bro!

    DAP yg saya tau dan kenal. sejak zaman tok kadok lagi keje dia berbohong je. DAP tak tau malu. Bila salah tak mengaku, buat dek je. Mahfuz berguru dgn dia. Naib Presiden Pas ni memang ada bakat dlm bidang ni. Saya yakin dia akan menjadi murid yg baik dibawah TG.Guan Eng.

  2. UMNO lagi bohong...

    Maulidur Rasul: Tiada perarakan di Johor, Pahang, Perlis

    Johor, Pahang dan Perlis tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, umumnya kerana ia tidak dituntut oleh Islam.

    Di Pahang, negeri itu hanya akan mengadakan satu ceramah di auditorium RTM Kuantan, tanpa perarakan besar seperti yang diadakan beberapa tahun lalu, kata pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman.

    "Kita tidak buat perarakan, tapi sambutan dalam bentuk ceramah sahaja. Seingat saya kita cuma pernah adakan perarakan sekali saja pada tahun 2008, yang lain lebih banyak kita adakan ceramah," kata Abdul Manan ketika dihubungi.

    Jelasnya, keputusan untuk tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini diambil setelah mengambil kira keselesaan orang ramai yang akan hadir dan tidak melibatkan hukum ke atas penganjuran perarakan.

    "Kita tidak anjurkan perarakan tahun ini bukan sebab hukum tetapi kerana mengutamakan keselesaan orang ramai yang akan hadir kerana ia dibuat waktu malam.

    "Kita takut nanti akan hujan, dan perlu juga ambil kira masalah kesesakan," katanya dan menjelaskan belum ada lagi fatwa yang dikeluarkan berhubung penganjuran perarakan seperti itu.

    "(Pahang) belum ada lagi fatwa yang katakan tidak boleh (buat perarakan), pandangan ini juga belum diutarakan lagi. Kalau ada (ulama) yang kata tidak boleh, ia perlu dibawa ke dalam Majlis Fatwa Kebangsaan," tambahnya.

    Di Johor pula, sambutan tahun ini dijangka tetap meriah walau diadakan tanpa perarakan, kata pengarah Jabatan Agama Islam Johor A Rahman Jaffar.

    Katanya, sambutan kali ini akan berlangsung sepanjang bulan dengan aktiviti yang dijadualkan di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dan juga di masjid-masjid jamek di setiap daerah.

    Program di masjid negeri yang akan dihadiri Sultan Johor itu antaranya akan meliputi titah sultan, ceramah dan majlis berzanji.

    "Dahulu kita pernah buat perarakan tapi sekarang tidak ada lagi, lagipun acara perarakan ini tidak dituntut oleh Islam" katanya.

    Tambahnya, beberapa kumpulan tetap memohon supaya diadakan perarakan tahun ini, namun cadangan itu ditolak oleh Majlis Agama Islam Johor.

    Juga difahamkan, negeri itu tidak pernah mengeluarkan apa-apa fatwa berkaitan penganjuran perarakan bagi menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

    "Kita fokuskan kepada aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong membersihkan masjid dan juga kawasan kubur. Kalau tidak, kita bersihkan kubur waktu hari raya sahaja.

    "Kalau perarakan pun cuma sekali saja, lepas itu habis. Kalau kita buat aktiviti kemasyarakatan kita boleh buat secara berterusan," katanya lagi.

    Sementara itu, Perlis juga tidak akan mengadakan perarakan bagi sambutan kali ini, seperti juga tahun-tahun sebelumnya.

    Ini disahkan oleh exco agama Islam negeri Jefri Othman yang berkata, Perlis sememangnya tidak pernah menyambut Maulidur Rasul secara besar-besaran

    "Kita memang dari dulu lagi tidak sambut Maulidur Rasul secara besar-besaran seperti negeri lain," katanya.

  3. Sambutan Perarakan Maulud Nabi akan diadakan besar besaran di Pahang, Johor dan Perlis.....Kenapa di Pulau Pinang tidak ada perarakan....baca selanjutnya disini

  4. Negeri Johor (totok UMNO), Pahang dan Perlis pun tak buat perarakan Maulidur rasul. Parti jamban UMNO tak nak buat demo di 3 negeri UMNO tu juga ke? Apa punya double standard la. Rakyat tidak sebodoh seperti parti jamban UMNO sangkakan.

  5. tak faham bahasa ker? yg jd isu, knp tuan guru lim guan eng tu membohong?
    mula2 batalkan, pastu lepas kena tegur,adakan smula. TAPI TAK MAHU MENGAKU BOHONG!!!
    Kalau kerajaan negeri nak batalkan atau tidak itu hak kerajaan lah. nak batal walau stelah kena tegur, terserahlah. TAPI jangan lah tipu.!

  6. ek elehhhhhhhhhhh,isu lim guan eng bohong konon.yg muhyidin sebut dan utusan meloya sebut,LGE bohong ke PP tak adakan perarakan maulid.umno tahap gabang tara tu dah ah,tang korang fitnah la,bohong la.rasonya yg banyak dok kena saman kerana bohong dan fitnah ialah utusan meloya dengan berita hairan.awat tak demotrasi kat johor (negeri muhyidin,pahang negeri najib)tak buat jugak perakan maulid.tak terhakis ke keimanan org johor,pahang n perlis ni.umno demo ah.tang korang tak leh demo,menghuru-harakan negara,peniaga tak leh niaga,ganggu ketenteraman awam.pemuda umno buat tak pa.ni nak kata apo-baguih ka benggong.

    pikir lah weh puak umno.

    tengoklah double standartnya polis,pemerintah malaysia,kerajaan mcm ni kah dikatakan telus,baguih...

    jenis pikir...............ni

  7. penganut haprak PAS bolela Tuan Guru Lim Guan Eng bohong, sbb mrk tak cerdik terutamanya matematik.
    mengaku sj lah wahai tuan guru.

  8. saya sendiri terima memo dari SUKPP yg perarakkan maulidulrasul di batalkan kenapa depa tak nak mengaku pelik la itula dikatakan sombong bodo dia dah hantar ke semua pejabat kat p pinang ni tak nak mengaku nak saya buktikan ka tak ada masalah bila-bila masa

  9. kalau dah bohong tu ngaku sudah la apa nak kecoh..

  10. Jom orang UMENGOK kita pi perarakan Maulidur Rasul dan pengajian sirah Rasulullah..tambah2 blogger nie dan 2 3 orang mangkuk hayun yang marah sangat kat LGE tu...

    pie jangan tak pie..jangan dok pi JOM HEBOH pulak...

Popular Posts