Bukti Ketua Menteri UltraKiasu Pembohong!

Panas :SPRM Cawangan PAS Lindungi Nik Aziz

Filed Under ( , , ) by pisau

SPRM Pro PAS : Siasatan Kes Nik Aziz Terbengkalai


YAB. Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan, Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat boleh selesa duduk bergoyang kaki apabila mendapat simpati daripada Pegawai Tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Kelantan.

Sumber dalaman SPRM Kelantan sendiri mengakui kepada Suara Rakyat bahawa Nik Aziz sepatutnya sudah didakwa berkaitan dengan dua pertuduhan yang dibuat terhadapnya. Tuduhan tersebut ialah,

(i) Menerima Rasuah dengan meminta tajaan Haji untuk dia dan keluarganya daripada seorang lelaki bernama Nudin Bin Awang yang berkepentingan.
(ii) Melanggar akta SPRM bila melantik menantunya Abdul Ariffahmi Bin Abdul Rahman di sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Kedua-dua pertuduhan itu sudah cukup untuk membuat Menteri Besar Kelantan dari Parti PAS itu merengkok di dalam penjara.

Sumber dalaman SPRM Kelantan juga mengakui bahawa segala maklumat dan bukti yang diserahkan kepada SPRM Kelantan telah dibocorkan kepada seorang Ahli Parlimen PAS dari Kelantan. Ahli Parlimen tersebut juga dinasihatkan oleh seorang Pegawai Tinggi SPRM Kelantan supaya menasihatkan Tuan Guru untuk memadamkan segera segala bahan-bahan bukti bagi menyelamatkan Tuan Guru Nik Aziz.

Skandal terkini di dalam SPRM Kelantan turut menyebabkan SPRM Kelantan tidak membuka kertas siasatan terhadap Nik Aziz.

Suara Rakyat juga dimaklumkan bahawa keengganan Pegawai Tinggi SPRM menyiasat kes Nik Aziz adalah kerana bukti-bukti dan keterangan yang dikutip daripada saksi dan pemberi maklumat adalah cukup kuat dan pasti ‘melekat’ jika di dakwa.

Sebaliknya, SPRM Kelantan hanya membuka profailing terhadap kes tersebut dan bukannya kertas siasatan.

Sumber SPRM Kelantan juga mendakwa disebabkan keengganan SPRM Kelantan menyiasat kes Nik Aziz ini, Pengarah SPRM Kelantan, Mohd Jaafar Bin Hussin telah ditukar. Namun SPRM Kelantan masih tidak bebas dari Pegawai-Pegawai yang Pro PAS.

Kerana kecewa dengan kegagalan SPRM mendakwa Nik Aziz, Suara Rakyat telah diberikan beberapa bahan bukti penting yang ada di dalam simpanan SPRM Kelantan untuk didedahkan kepada umum.

Sebagai permulaannya, Suara Rakyat akan dedahkan minit mesyuarat asal yang bertulis tangan. Minit mesyuarat ini telah diambil SPRM daripada Pegawai Kanan PMBK yang telah dipanggil memberi keterangan oleh Pasukan Penyiasat SPRM. Kesahihan apa yang tertulis di dalam minit mesyuarat ini pula telah disahkan oleh salah seorang Ahli Lembaga PMBK yang turut dipanggil memberi keterangan.

Ada dua hal utama yang paling penting daripada bahan bukti ini iaitu,

(i) Ia membatalkan minit mesyuarat rasmi yang diserahkan kepada SPRM oleh Setiausaha PMBK yang kononnya menyatakan perlantikan bukan dibuat oleh Nik Aziz dan Nik Aziz tidak terbabit di dalam perlantikan tersebut.
(ii) Ia membuktikan bahawa Nik Aziz dan Barisan Exconya termasuk Penasihat Undang-Undang Negeri telah menipu dan mengubah minit mesyuarat dengan secara sepakat bagi menyelamatkan Nik Aziz.
Perkara kedua diatas juga adalah kesalahan besar kerana ia menunjukkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan telah cuba mencemari siasatan SPRM dengan mengubah bahan bukti.

Pada mukasurat terakhir minit yang bertulis tangan ini menunjukkan mesyuarat tamat jam 12 tengahari. Selepas tamat mesyuarat, MB membuat pengumuman ‘upgrade jawatan COO ke CEO dengan elaun ikut skim dan bermula 1 Syawal 1430H’.


Apa yang sebenarnya berlaku ialah MB selaku Pengerusi PMBK hanya membuat pengumuman setelah tamatnya mesyuarat Ahli Lembaga PMBK yang ke 3 tahun 2009 pada 29 September 2009.

Maka dakwaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bahawa kesalahan terletak pada Penasihat Undang-Undang Negeri yang hadir dalam mesyuarat itu adalah satu fitnah. Pengumuman dibuat diluar mesyuarat dan bukan di dalam mesyuarat. Maka apabila Penasihat Undang-Undang Negeri mendiamkan dirinya maka bukan satu kesalahan bagi dirinya.

Bermula dengan siri pertama ini, Suara Rakyat akan dedahkan lebih banyak bukti-bukti yang berada di tangan SPRM yang jelas menunjukkan ada pihak dalam SPRM tahu bahawa Kerajaan PAS Kelantan dan Menteri Besarnya boleh dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan-kesalahan salah guna kuasa dan rasuah.

Ini termasuklah bukti-bukti berkaitan tajaan Haji oleh Nudin Awang yang kemudiannya sekali lagi Kerajaan PAS Kelantan mencemari bahan bukti atas nasihat pihak di SPRM. Kali ini ialah dengan menukar nama Nudin Awang sebagai pembayar tajaan itu kepada nama Encik Nazman yang bekerja di Urusetia Penerangan Negeri Kelantan.

Hanya satu yang Suara Rakyat inginkan, iaitu Keadilan Untuk Malaysia. Selamatkan Malaysia dari rasuh yang semakin berleluasa tidak kira siapa yang melakukannya.




sumber:suararakyat



Pisau sangkakan wali selipar punyai kuasa keramat apabila mampu mengelak dikenakan tindakan oleh SPRM,rupanya wali selipar tidaklah sehebat mana,apabila dilindungi oleh tangan ghaib supaya tidak diambil tindakan.

Barangkali juak PAS sangkakan SPRM tidak ada kes untuk mendakwa wali selipar tetapi pekung ini sudah terbuka. Nampak gaya SPRM bagi muka pada wali selipar, katanya SPRM terlalu melindungi ahli politik taraf jerung dalam UMNO dan tidak mengambil tindakan rupanya SPRM 'bersikap adil dan saksama' kerana tidak mengambil tindakan terhadap wali selipar iaitu dari PAS.

Sebelum ini Pisau juga turut mendapat maklumat,mengapa wali selipar tidak pergi menunaikan haji sponsor,rupanya beliau dinasihati oleh SPRM cawangan PAS agar tidak pergi untuk mengelakkan diambil tindakan.

Doa wali selipar dimakbulkan tuhan buat kesekelian kali, Allah pertontonkan kepada kita betapa mereka yang selalu mendoakan keburukan dan kemusnahan orang lain akan dibayar cash untuk dijadikan iktibar.

Comments:

9 Responses to “Panas :SPRM Cawangan PAS Lindungi Nik Aziz”

  1. Di bayar cash didunia tak pe.. terlepas di akhirat.. tapi kalau bayar di akhirat.. lagilah haru..

  2. Jadi semua penyokong PR sekarang faham? Mengapa Saiful jumpa Najib.

    Risaukan musang berbulu ayam dalam kerajaan yang akan menggagalkan dia mendapat keadilan.

    Sama juga kalau Najib yang liwat dia tentu dia cari Anwar,N.ajis atau Karpal. Alasannya sama.

    Ni satu dari contohnya.

  3. Woi ahli2 PAS,
    Macam mana nak jawab ini semua?
    Oh ya, ini semua adalah konspirasi dpd UMNO yg berniat jahat.
    Tak apa, hukuman akan sampai di PRU13 nanti!

  4. Si Rosmah dapat 600 000 plak macamana Bro...

    Diaorang ader berannn ka nak pi siasat...

    Terketaq teloq mamat SPRM tu...

  5. Kalau la TGNA masuk jail, sure dia boleh berdakwah kpd banduan2 disana.So dia boleh janjikan kepada banduan2 tu syurga kalau dia undi hamPAS

  6. anon

    apasal ko bodoh nak mampus,rosmah tu kalau dia nak buat tak payah susah susah pakai cash,pakai platinum card unlimited pun dah cukup apahal nak pakai cash

    sapa2 pun boleh letak nama,sekarang kalau letak nama nik aziz atau anwar pun boleh lepas tu dakwa amacam?

  7. Si mangkuk amok rupa setuju yang si Rosmah memang jenis tu rupanya...

    bagus sungguh rosmah dapat duit puluh2 ribu2...si amuk mangkuk nie hayun teloq ke hulu ke hiliaq

  8. tak po kalo oghe pas ambik duit tu namonye dermo..oghe buke pas rasuah..sapo sapo ye baghi dermo leh ikut n.ajis masok syurgo.

    N.AJIS ghoyak: CILAKO NGOH DEMO KOREK ABIH DALAM KAIN KAWE. CILAKO,CILAKO,BETO BETO CILAKO

  9. mengapa xde perdebatan secara bersemuka...sape yang betol akan kita tau bila berdebat secara terbuka..wat siaran lansung d TV...dunia dah nak kiamat..benang basah jugak yang nak di tegakkan..