Bukti Ketua Menteri UltraKiasu Pembohong!

KAPAL SELAM TIDAK BOLEH MENYELAM

Filed Under ( , ) by pisau


NOTA PENULIS : BERIKUT MERUPAKAN BERITA DARI BERNAMA YANG MELAPORKAN KEROSAKKAN BERPUNCA DARI MASALAH TEKNIKAL YANG BERLAKU PADA 17 JAN 2010 DAN PIHAK KEMENTERIAN PERTAHANAN TIDAK MENYEMBUNYIKAN CERITA INI LANGSUNG.


SEDANGKAN ADA AHLI POLITIK YANG MENYEBARKAN TOHMAHAN PADA OKTOBER 2009 BAHAWA KAPAL SELAM INI MEMANG LANGSUNG TIDAK BOLEH MENYELAM DAN PIHAK KERAJAAN DIDAKWA MENYEMBUNYIKAN FAKTA ITU.klik sini


MASALAH TEKNIKAL PASTI AKAN BERLAKU KERANA IA TIDAK SEMPURNA HASIL DARI KERJA TANGAN MANUSIA.

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Panglima Tentera Laut Jen Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan terdapat kerosakan teknikal pada kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam.

Beliau berkata kerosakan mekanikal itu dikesan pada 17 Jan lepas ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah.

"Kerosakan itu melibatkan bahagian yang menyalurkan tekanan air keluar masuk yang menyebabkan kapal itu gagal untuk dilancarkan ke bawah permukaan air," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Anggota Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) di sini Khamis.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris Rabu yang melaporkan kapal selam pertama negara itu gagal menyelam berikutan masalah teknikal yang dialami sejak tiga bulan lepas.

Abdul Aziz berkata berikutan kerosakan itu,kapal selam yang tiba secara rasmi di perairan negara pada 3 Sept tahun lepas dinasihat untuk tidak menyelam kerana dikhuatiri membahayakan.

"Kerosakkan itu hanyalah kerosakan kecil dan kini sedang dibaik pulih oleh kontraktor yang dilantik, alat gantinya sudah diperoleh dan kerja menyelenggara sedang dilakukan," katanya.

Abdul Aziz berkata KD Tunku Abdul Rahman turut mengalami kerosakan sebelum Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima) akhir tahun lepas yang melibatkan kerosakan kecil di bahagian sistem penyejuk air laut.

"Kerosakan yang dialami tidak mengganggu sistem utama kapal selam itu, bagaimanapun kami tetap memandang serius perkara itu," katanya.

Beliau berkata kontraktor yang dilantik memberi jaminan ia akan pulih minggu depan dan sebaik selesai, kapal itu akan memulakan latihan ujian perairan tropika pada 18 Feb ini.

KD Rahman atau Scorpene merupakan kapal selam jenis tempur konvensional yang berkemampuan membawa 10 torpedo dan 30 pemusnah periuk api itu, mampu beroperasi mengawasi perairan negara pada kedalaman 100 hingga 200 meter.

Antara kelengkapan Scorpene ialah enam tiub peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak iaitu peluru berpandu anti kapal permukaan dan torpedo anti kapal selam.

nota penulis : Nak repair kapal bukan macam nak baiki enjin kereta. Berbulan lamanya kapal selam Malaysia dibuat ujian selaman sebelum ini tetapi itu di negara luar. Masuk bulan Feb, belum sampai enam bulan kapal selam berada di laut tropika. Kapal selam Singapura, Australia dari kelas Collins sendiri mengalami pelbagai masalah.


Yakinlah pada diri sendiri...anak-anak muda kita dalam angkatan laut mampu mengatasi masalah ini. Lagipun Scorpene ini buatan orang puteh, kalau kapal selam ini dibuat oleh tangan anak-anak Malaysia, Insya Allah, susah nak jumpa defect. Yakinlah, satu hari nanti orang puteh akan beli kapal-kapal yang dihasilkan oleh anak tempatan negara ini.

Comments:

14 Responses to “KAPAL SELAM TIDAK BOLEH MENYELAM”

  1. http://belia4btanjung.blogspot.com/

  2. Zahid ni pisau dua mata. Pendedahan demi pendedahan di buat untuk kenakan Najib

    Berhati hati dengan ular ini!

  3. Kereta toyota pun ada masalah, honda pun ada masalah, semua ni buatan manusia. Ingat tak dulu kapal angkasa NASA yang meletup tu? Dibina oleh negara Uncle Sam pun ada masalah hingga meletup sewaktu pelancaran. Buatan manusia mana ada yang sempurna kecuali buatan atau ciptaan Allah s.w.t.
    Tapi bagi PR hanya mereka sahaja yang sempurna orang lain semuanya teruk.

  4. kereta proton pun banyak masalah, inikan pula nak bina kapal selam..takut aku nak naik hehehe. takut tengelam tak timbul timbul dah hehehe

  5. zahid hamidi nak naik cepat atu bersempati dengan anwar . jangan lupa sejarah beliau dengan anwar. baru pegang menteri pertahanan abis rahsia pertahanan keluar baik pda pembangkang atua umum. apa punya menteri ni. t najib tukarkan dia ke menteri wanita atu di jabatan perdana menteri.

  6. Kalau kapal menyelam yang sepatutnya menyelam tak boleh menyelam, saya rasa masih ok lagi. Sebab ada juga kapal yang sepatutnya timbul, tetapi tidak boleh timbul.

    Penyelesaiannya kena lah "think out of the box !" Kena kreatif sikit. Untuk menjadi kreatif, kena elak makan belacan dan kurangkan santan.

  7. Benar kata MR.Knife. Hal persenjataan ketenteraan gi cerita kt luar buat apa. Bila musuh tahu kita lemah senang dia serang. Kalau nak betul2 telus pegi siar kt surat khabar segala classified information yg ada . Lori rosak bolehlah cerita. Kementerian Pertahanan ni takde ke prosedur kerahsiaan negara. Perkara rahsia besar tidak dikawal.Tak tahu nak gred yg mana rahsia ygmana tidak.
    Bahagian Intelligen buat apa?

    Menteri pun tido je. Bila jaga sibuk pasal politik.

    Patutlah senang je negara luar 'masuk' ambil maklumat.

    Kalau aku jadi PM naya budak Z aku kejekan.

  8. shah, laaaa.... dulu pisau.net kata story aku dalam suara keadiulan salah. story tipu laaa... now, kan dah betul. scorpene tak boleh menyelam. sekurang-kurangnya di teluk sepanggar. itu fucktanya.

    sekarang sapa penipu? suara keadilan atau pisau.net

    - fazalah pitt

  9. fazalah pitt,

    cuba baca sekali lagi artikel dari kawan saudara shah dan bandingkan artikel yang saudara buat di suara keadilan.

    http://www.pisau.net/2009/11/suara-keadilan-kencing-berlarikapal.html

    saudara sendiri tidak tahu fakta,hanya hentam kromo,walhal kenyataan saifudin pada masa itu kapal selam tidak boleh menyelam pada sesetengah tempat.

    sekarang ni tak boleh menyelam pasal kerosakan teknikal.

    2 isu yang berbeza,

    satu kenyataan bodoh dari saifudin dan saudara memperbodohkan dan menipu rakyat.

    satu lagi isu terbaru berdasarkan fakta sememangnya pada masa sekarang tidak boleh menyelam disebabkan kerosakan teknikal.

    mengaku sajalah saudara tau hentam tak ada fakta, berbohong kemudian,sekarang terjadi itu pun disebabkan hal yang lain,itu pun secara kebetulan,jelas setakat ini sajakah nilai seorang penulis suara keadilan.sekarang siapa yang penipu?

  10. Sedarlah semua rakyat Malaysia, inilah dia hasil dari kerja pemimpin Umno BN.Beli kapai selam yg tak leh selam. La ni rakyat dok tengah pikiaq selamat ka KAPAL SELAMat kita?

  11. Ya Allah selamatkan lah KAPAL SELAMat kita. duit taxpayer tu tak kan rakyat tak sedar lagi kut.

  12. salam smue...
    saya merupakan lulusan naval architecture ingin menerangkan sedikit perihal kapal yg xdpt menyelam...
    saya akan menerangkan dalam bahasa pasar bg memudahkan pembaca memahaminya.
    faktor utama..
    1. dasar permukaan dibawah air
    2. density sea water yg berbeza2 mempengaruhi sesebuah kapal
    3. pasang surut air
    4. undang2 maritim yg menkehendakkan sesebuah kapal diiringi bg tujuan keselamatan
    5. weather condition
    6. draft kapal yg berbeza(contoh terusan suez-sila search sendiri)
    ini hanyalah sedikit ulasan bg org yg berfikiran sempit a.k.a haprak suka mengkritik

    kerosakan sesebuah kapal adalah biasa.ini kerana xsemua buatan tangan perfect..
    beli kereta BMW pon boleh rosak..
    kalo xpercaya try beli kapal baru g lenjan mane2 sungai or laut...
    tgk terbalik ker x....

  13. aku mls nk komen apa2..di malaysia ni sbnrnya klu nk beli aset pertahanan juz nk dpt komisen je..so insafla pemimpin yg korupsi kerana anda akn disoal di akhirat nanti..sudah2 la wat keja hina tu..jgn ingat rakyat bodoh..

  14. ssh la kalo rkyat sme mcm 'fas'..kate bli snjata utk komisen..mn blh main tduh2 bro..org skrng ckp berdsarkn bukti..bdoh la ko..percy dgn fitnah geng2 perosak neg cm anwar..lgpon kne la bli utk mntapkn perthanan neg..ko tau ke hukum pertahankn neg ape..sunat ke..wajib ke..harus ke..dhla PR yg bdoh tu mintak wt tender terbuka utk bli kapal selam..bodoh..
    kalo wt tender terbuka malaysia jd satu2nya neg yg wt cmtu..mn leh dedahkn spesifikasi kapal sme kt luar..bdoh tol PR ni..