BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
LANGKAH kerajaan untuk memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dijangka akan menguntungkan pengguna dari segi kadar cukai.
Selaku pengguna akhir, kadar cukai baru tersebut dijangka 4 peratus berbanding dengan cukai perkhidmatan 5 peratus dan cukai jualan 10 peratus sekarang.
Model GST yang kini diteliti itu secara nyata memberi perhatian kepada kepentingan sebahagian besar penduduk terutama mereka yang berpendapatan rendah.
Hal itu terbukti apabila jaminan kerajaan bahawa barangan dan perkhidmatan asas tertentu termasuk bahan makanan, penggunaan domestik bekalan air dan elektrik, kediaman, pendidikan serta khidmat kesihatan tidak akan tertakluk kepada GST.
Selain memberi lebih manfaat kepada pengguna, GST yang telahpun dipraktikkan dengan jayanya oleh lebih 140 negara dijangka menjadikan struktur cukai negara lebih kompetitif di rantau ini.
Awang difahamkan, pelaksanaan GST di negara ini kelak bakal membolehkan sektor perniagaan tempatan dan pengeksport menikmati penjimatan. Kerajaan pula dijangka mengutip RM1 juta hasil tambahan setahun selepas tahun pertama pelaksanaan GST kelak.
Awang – Lega.
komen pisau:Harap langkah kerajaan memperkenalkan GST tidak membebankan rakyat dan perolehan kerajaan meningkat.
Popular Posts
-
Dahulunya Anwar jaguh dimata penduduk bandar,golongan ini yang celik IT dan lebih up to date tentang isu semasa sentiasa tahu apa yang berla...
-
Berlaku satu kes di Lembah Pantai apabila satu program meraikan Tahun Baru Cina di Brickfield mendapat sambutan yang hambar.Kehadiran pada m...
-
Seperti yang dilaporkan oleh Utusan,walau pun cubaan untuk sabotaj program ceramah mengenai akidah ini,namun kehadiran lebih 15,000 hadir me...
-
Selepas PKR mahukan pembelaan terhadap penghina rasullulah,kini PAS pula tampil kedepan untuk membela Hamza Kashgari. Kepala Komunis PAS,Ma...
-
Ucapan YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali, ADUN Gombak Setia, Selangor pada Jumaat 10 Februari 2012, di Padang Bolasepak, Kg Pengkalan Pegoh, Sung...
-
Umno bahagian Wall Street disahkan terlibat membuat fitnah terhadap Anwar.Menurut sumber Azmin, beliau telah mendapat maklumat bahawa Umno ...
-
Satu gerakan massa akan dilancarkan oleh pakatan untuk membantah secara besar besaran kerana Ketua Penerangan Umno,Datuk Ahmad Maslan telah ...
-
Sebentar tadi pihak NGO PAJIM telah mengadakan bantahan terhadap kebiada...
-
Bagaimana tanah yang nilainya RM10billion hanya dijual kepada Ivory Sdn Bhd dengan hanya nilai 1.1billion sahaja.Itu pun pembayaran cuma ak...
-
Selepas bermesyuarat baru baru ini,dikhabarkan pimpinan PAS pusat amat gusar tentang sambutan terhadap siri ceramah Dr Hasan Ali. PAS seka...




Post a Comment