Bukti Ketua Menteri UltraKiasu Pembohong!

Wali Selipar Dah Eksiden,Nizar Pun Nak Eksiden Jugak!

Filed Under ( ) by pisau

Pisau mendapat berita kemalangan Ds Nizar Jamaludin di Ipoh tadi pada pukul 10 pagi, Alhamdulilah beliau selamat hanya diberi rawatan pesakit luar di Hospital Besar Ipoh.Beliau dikatakan cuba mengelak sebuah kereta yang keluar dari simpang sehingga mengakibatkan kereta beliau terbalik.

Sebelum ini wali selipar turut terlibat kemalangan klik: sini dan di rempuh klik: sini

Pisau sifatkan kemalangan ini hanyalah kerja tuhan,namun jika kita perhatikan satu demi satu bala menimpa juak PAS,Doa diturunkan bala kepada Ds Najib dan Umno jelas di balas bala kepada mereka sendiri. PAS dilanda bala satu demi satu. Wali Selipar juga tidak terlepas daripada hukuman Allah,dengan bermulanya kes tajaan menunaikan Haji ,muntah darah,terdedahnya kerajaan almenantuya Ariffahmi sehinggalah kes sebuah kereta terjatuh di KB Mall.

Malah aib pemimpin PAS hampir hampir didedahkan oleh Blogger Skrew Kuat,namun atas dasar menghormati pemimpin itu,blogger skrew kuat menukar fikiran untuk tidak mendedahkan skandal seks yang menimpa pimpinan tertinggi PAS.

Yang terbaru kes pengunaan nama Allah, PAS begitu senonim sebelum ini mengkafirkan Umno,mengkafirkan saudara seagama yang tidak menyokong mereka. Tetapi yang terbaru,Tim Mursyidul Am PAS sendiri mengkufurkan mereka. Allah pertontonkan sikap mereka yang munafik,Apabila terkena batang hidung sendiri,mereka mengeluarkan dalil dan ayat quran menyatakan adalah haram mengkafirkan saudara seagama. Jadi selama ini membuktikan mereka telah lama membuat kerja haram yang dilaknati oleh Allah.

Sebelum ini timbulnya gesaan agar perpaduan antara Umno dan PAS demi bangsa melayu dan Islam,namun di tolak mentah mentah oleh kaum puak liberal PAS,malah Umno di hina dan caci kononya tidak setaraf berdiri bersama PAS yang digambarkan cukup mulia.Perpaduan di tolak antara PAS dan UMNO. Tetapi atas kuasa tuhan, PAS juga kehilangan perpaduan di kalangan mereka sendiri. PAS sendiri berpecah kepada 2 fraksi, yang menyokong ulamak dan yang liberal yang begitu menyayangi Anwar Ibrahim.

Nik Aziz terpaksa menjilat kembali kahak beliau,dahulunya beliau sendiri menyokong pengunaan nama Allah,Khalid Samad dan erdorgan juga begitu mahukan kristian mengunakan nama Allah. Atas kuasa Allah, rakyat di pertontonkan betapa munafiknya Nik Aziz apabila secara tiba tiba menukar kenyataan melarang pengunaan nama Allah,Malah Allah telah hitamkan hati Khalid Samad yang tetap pertahankan agar nama Allah digunakan oleh Kristian Herald Tribune.



Pisau kata " mereka terlupa ada yang lebih maha berkuasa memerhatikan kerja kotor mereka"

Comments:

2 Responses to “Wali Selipar Dah Eksiden,Nizar Pun Nak Eksiden Jugak!”

  1. Benar apa pisau katakan. Malah saya sendiri sudah meluat dengan ANWAR SI BERHALA HIDUP dan Khalid Samad si penyembahnya. Sudah lama saya perkatakan bahawa PAS ini adalah SERIGALA JADIAN kerana mempunyai kemahiran dalam berubah-rubah bentuk.

  2. Nak mintak tarik kes kt SPRM ke? Kes dia dan keluarga dah melambak-lambak.
    Jumpa dan runding pasai islam tapi dibelakang cerita pasai SPRM.