Raja Drama

Posting Terkini

Surat rasmi – Cara minta kawin lagi

Filed Under ( ) by pisau on 30.1.10


Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.
Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.
31 Mac 2010
Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin
melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini
kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan,
eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi
satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang
merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau
tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama
kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan
di isi di masa akan datang.
3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama
saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis,
terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye
rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya
dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan
kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia
menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup
kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi
seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta
besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan
puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah
kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.
5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini
kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang
dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan
iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya
akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah
waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku
Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu
saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan
bukan?
6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima
kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya
ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita
ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan
senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas
kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi,
pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan
pihak puan untuk melakukannya.
7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah
senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita
kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama
dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah
jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja
bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan
di laksanakan oleh saya sepenuhnya.
8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat
mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat
melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian, Terima Kasih.
“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”
Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki

JAWAPAN BALAS :

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.
Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.
01. April 2010
PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat pihak
tuan bertarikh 31 Mac 2010.
2. Dengan ini saya menolak permohonan pihak tuan untuk menambah carta
organinsasi yang baru saya perolehi setelah tiga tahun. Memandangkan
keadaan semasa dan ekonomi yang tidak memberangsangkan ini pihak tuan
adalah dinasihatkan supaya tidak membuat “window shopping” di akhir
tahun..
3. Pihak tuan juga digalakkan “mengukur baju di badan sendiri” dan
“melihat cermin muka sendiri’ akan diri tuan sebelum menilai saya. Pihak
saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah
bunyi-bunyian atau serangan terhadap “pihak ketiga” yang bukan termasuk
dalam senarai keperluan seperti yang disyaratkan pada perkahwinan
pertama pihak tuan.
4. Bagi masalah kerja lebih masa dan pantauan pihak tuan, untuk
maklumat pihak tuan saya tidak pernah menuntut elaun kerja lebih masa
atau pun bonus di akhir tetapi memandangkan komited saya terhadap
organisasi saya ingin menjadi yang terbaik dan terhebat. Oleh itu alasan
pihak tuan adalah tidak wajar dan tidak boleh diterima sama sekali.
5. Sehubungan dengan itu, sekiranya pihak tuan ingin mengemukakan
rayuan terhadap permohonan ini pihak tuan haruslah mempertimbangkan
tindakan mahkamah dan dengan senyuman manis pihak tuan haruslah
melepaskan segalanya harta dari hujung rambut sampai ke hujung kaki dan
dari langit sampai kebumi segala harta pihak tuan hendaklah diletakkan
atas nama saya.
Sekian, terima kasih.
“BERKORBAN DEMI ALLAH BUKAN NAFSU SEMATA”
“BERKHIDMAT UNTUK KELUARGA”
Yang Benar,
Isteri bin Perempuan.
sk. Pak Mertuaku
Mak Mertuaku
Abang dan kakak iparku
P/s :- Layan layan :)


sumber omaq

Comments:

9 Responses to “Surat rasmi – Cara minta kawin lagi”

  1. Surat isteri perkara 5 tu yang suami tak tahan, kecut perut!

    Kalau dah tinggal sehelai sepinggang sapa yang nak!

  2. POLIGAMI MASA KINI 2010
    ---------------------------------
    Mengikut HUKUM SYARAK,rukun2 NIKAH iaitu LELAKI,PEREMPUAN,Jurunikah, WALI(atau Wali Hakim)dan 2 orang Saksi.Cuma yg tak diikut adalah HUKUM NEGERI,yg banyak merumitkan dari memudahkah,saperti:

    1)Menghadiri kursus nikah,
    2)Jurunikah mesti bertauliah,
    3)Isteri pertama mesti SETUJU atau dapat PERINTAH MAHKAMAH SYARIAH,
    sekiranya isteri pertama tk setuju
    4)Isi borang2 yang ditandatangani
    ketua kg,atau JKKK atau ADUN dsb,
    5)DiJohor,mesti jalani permeriksaan HIV,yg mahal....

    Selain dari kehendak JABATAN UGAMA
    ISLAM NEGERI yang berbeza2,calun berkahwin kena ikut ADAT ADAT budaya orang Melayu,Minang,Jawa, pantai timur dsb..ini tak termasuk
    CAMPURTANGAN "puak puak NGO" saperti "SISTERS-in-ISLAM",women LIB,dan sebagainya,yg kadangkala bercanggah dengan HUKUM SYARAK saperti polisi"One man one wife"
    dari puak2 wanita yang KECEWA..!!!

    KITA sepatutnya melihat dari segi
    keCANTIKAN hukum ALLAH SWT mengenai POLIGAMI...bukan hanya kepada persepsi NEGATIF yang berlaku dari KESILAPAN MANUSIA
    untuk diperkotak katek kan HUKUM
    HUKUM ALLAH SWT,mengenai POLIGAMI!

    CARA MENAMBAH PENDUDUK MELAYU:
    ----------------------------------
    LAGIpun,cuba kita pikir kalau 3/4 jumlah LELAKI MELAYU diMalaysia diBENARkan KAHWIN lebih dari SATU olih kuam Wanita MELAYU/ISLAM..??
    MIM skrg ada 60% kali 28juta =16.8Juta...ini bermakna,kalu dibahagi
    5 orang(dalam satu keluarga),para
    LELAKI MIM ada 16.8/5=3.36juta orang....kalau jumlah 75%x3.36=2.52
    juta.BAYANGKAN,2.52juta lelaki bolih kahwin 3..(mcm cerita MADU 3,P.Ramlee),ada 2.52x2=5.04juta keluarga EXTRA....kalikan 5 orang anak satu keluarga,Voila..!!!MIM bolih bertambah 5.04x5=25.2juta org...!!!jadi jumlah BESAR bilangan MIM ialah 16.8 + 25.2=42Juta orang MIM.kalau dijumlahkan 42+(28-16.8)=42+11.2=53.2 penduduk
    so,42/53.2=79% nisbah MIM dari jumlah penduduk Malaysia,NO PROBLEM pada PRU PRU akan datang!
    INILAH SATU CARA NYA NAK TAMBAH BILANGAN MIM,dlm tahun2 mendatang!!amacam??? SETUJU TAK?? ...........
    JADI,para2 Isteri,demi Negara yg dicintai,jangan lah banyak songeh..
    BAGI LALUAN tapi KAWAL MASA DEPAN.!

  3. Perkara 5,yg "kerabu j" risaukan sebenarnya bukanlah HUKUM SYARAK!!!
    Perkara harta sepencarian yg 50% di dakwa dalam tuntutan CERAI fasakh oleh para isteri adalah mengikut cara BARAT...!!!!
    Ini mungkin hukum olih golongan ISLAM LIBERAL saperti SIS-in-ISLAM!

    MACAM mana pulak dalam tuntutan harta,para isteri nak minta 1/2..??
    Sedangkan kalau si-suami mati,si isteri hanya dapat 1/6 dari harta suami,mengikut hukum FARAID..????

    PELIK tetapi BENAR...???

  4. kalau dah gian sangat nak kawin lagi,kawin saja la.. kalau duit cukup, tenaga cukup soal kebenaran
    kemudian kira, jnji kawin kan..? kan..

  5. Aiii...Marah nampaknya Airman..!!
    Ingatkan Aiman tak KISAH...??

    Isu nya ialah,sama ada para isteri nak para suami terjebak kekancah MAKSIAT,dan dia juga akan terlibat
    kerana keENGGANan memberikan laluan
    dan kelulusan bagi si-suami berpoligami...Orang lelaki ni selagi ditahan, selagi itulah hasratnya membara.Dan kalau memang sudah takdir,kenapa perlu ditahan2
    atau dibangkang.Redha saja lah....

  6. CORETAN SEORANG SUAMI INGIN BERPOLIGAMI :
    -----------------------------------
    Kalau berdoa, solat hajat, semuanya telah diusahakan tapi tiba-tiba saya kawin juga, tu maknanya memang sudah ada ketentuan ALLAH S.W.T. terhadap saya. Qada' dan Qadar telah ditetapkan sebegitu. Dari segi mental, isteri saya telah cukup bersedia..barangkali itu tanggapan saya..baik dan taat macamana pun dia, saya amat faham tidak ada isteri yang bersedia untuk bermadu..jauh di dalam sudut hati saya pun tak sampai hati juga..tetapi saya ada hujah saya tersendiri tentang poligami ini. Jika kita boleh terjebak dalam maksiat..adalah lebih baik berkahwin saja.. Jika saya terjebak ke arah maksiat, payah untuk saya berpatah balik. Bayangkan umur 43 tahun tapi masih lagi terlibat dalam dunia malam..ada perempuan simpanan..buat hal-hal yang terlarang..apa nak jadi?..mati bila-bila masa dari sekarang..entahkan esok entahkan lusa saya boleh meninggalkan dunia ini..

    Ramai saya jumpa dikalangan kawan-kawan yang mampu untuk berkahwin lebih dari satu, tapi tidak mahu buat begitu kerana nak jaga keluarga..nak jaga hati isteri..biarlah ada perempuan simpanan atau habiskan waktu di pusat-pusat hiburan semata-mata tak nak nikah..malangnya terlalu ramai yang berfikiran begitu. Tak berani untuk mengambil risiko di dunia tapi berani mengambil risiko di akhirat!. Terlalu nak jaga hati keluarga dan isteri sangat sampai sanggup buat maksiat. Jangan la kita berfikir begitu..ALLAH S.W.T. yang cipta kita ni, ALLAH S.W.T. yang benarkan kita ni kahwin 4..maknanya apa? Maknanya ALLAH S.W.T. tahu akan sifat lelaki dan tahu akan sifat wanita. DIA yang menjadikan kita. Maksud saya disini..jika kita boleh terjebak ke arah maksiat, adalah jauh lebih baik jika kita bernikah..tentang masalah itu adalah lumrah!. Mana ada di dalam dunia ini yang tidak ada masalah?. Ada kawan saya kata kat saya.."buat apa cari masalah berkahwin, baik kita simpan atau enjoy je..takda masalah..takda tanggungjawap.. kalau perempuan tu buat hal, kita tinggalkan aje tapi kalau dah nikah tak boleh gitu..nanti pening"..

    Ini sebenarnya golongan yang tidak percaya pada hari pengadilan di Padang Mashyar. Masalah kat dunia ni besar mana la sangat..setakat isteri marah, malu kat bapa mentua, malu kat anak-anak? Itu semua boleh kita selesaikan lagi..tapi bagaimana kat akhirat nanti? Macamana kita nak selesai..sedangkan disana ada hari pembalasan, pengadilan..takut masalah di dunia kita lupa..namun masalah di Akhirat bersifat tetap dan selama-lamanya. Dunia ini paling lama 80 tahun aje..jadi saya selalu tanamkan dalam hati jika saya berkahwin lagi, niat saya semata-mata kerana ALLAH S.W.T., kerana saya takut kepadaNya. Jika kita niat kerana ALLAH, maka jalannya ialah bernikah dan bukan duduk di pusat hiburan atau simpan perempuan. Kalau niat kita takut pada isteri dan masyarakat, maka kita pasti akan terjebak dengan simpan perempuan, gro akan jadi tempat kita mengadu dan bermanja.

    Tetapi jika kita takut dengan ALLAH S.W.T., tempat kita mengadu dan bermanja adalah di riba isteri-isteri..walaupun saya belum berkahwin dua, tapi cukup la saya lalui zaman muda saya..sekarang saya nak kahwin, siapa jodoh saya hanya ALLAH S.W.T. je yang tahu..jika tak juga kahwin maknanya itu adalah ketentuan saya..nasib saya ler..dan nasib isteri saya baik la agaknya..tapi di mana calon isteri kedua saya, Allahualam..biarlah masa yang menentukan hajat dan niat dah ada..kemampuan saya Insyallah ada..akhirnya saya teringat pada satu petua kawan saya yang berkahwin lebih dari satu..katanya "MOHON MAAF ADALAH LEBIH MUDAH DARI MINTA IZIN"..itulah petuanya..minta izin payah nak dapat, tapi jika dah menikah isteri tau, minta maaf aje ler nampaknya.

    Isteri yang baik dan beriman Insyallah akan maafkan..kepada isteri saya, jika ditakdirkan kahwin lagi, bukanlah bermaksud gagal menjadi isteri Abg,tidak cukup baik..isteriku ada segala-galanya..cuma Abg tak nak buat maksiat dan iman Abg lemah hanya kerana ALLAH S.W.T. semata-mata. Kelemahan Abg hanya ALLAH, Malaikat dan Abg saje yang tahu..alasan lain tak ada.

  7. salam aduka pendekar
    saya tak marah pun, malah kalau saya mampu dari segi zahir dan batin for sure saya akan kawin lagi
    tak peduli la apa women lib atau pun sister in islam nak kata, yg penting nya kita mengikut hukum islam....tapi sya tapi..kecian juga kat bini saya, kalau saya kawin lagi, tinggal dia sorang bila saya pi rumah no.2...kah..kahh

  8. mmmzzzz...amboiii..amboiii...gairah nya korang...kawin le kalu nak kawin...org laki mmg ego, nak tunjuk terror..aku tabik korang kawin ramai kalu korang kawin dgn perempuan2 x keje...ni tak, seme bini2 ade kerjaya...senang korang x sakit pala tiap bulan...sbb korang tumpang senang...lepas tu nk tunjuk terror korang gagah...poooorah, kalu setakat ketuk ketampi x sampai 10 minit dah 'finished ' mmmzzz...buat aniaya isteri2 korang jee......
    huhuhuhu...

  9. Two more RMAF jet engines 'lost'


    HOME
    NEWS
    WORLD
    OPINION
    SPORTS
    HOTLINE/MAIL
    LIFE
    MAIL MOTOR
    CLASSIFIEDS
    CONTACT US
    you are here : home | | two more rmaf jet engines 'lost'
    Two more RMAF jet engines 'lost'
    MARHALIM ABAS
    Tuesday, February 2nd, 2010 13:33:00
    PETALING JAYA: Two more fighter jet engines were "lost" by the Royal Malaysian Air Force (RMAF) in 2007, apart from the two F5 engines that were stolen from its Sungai Besi air base.

    The other two engines "lost" belonged to a newly-delivered Sukhoi Su-30MKM Multi Role Combat Aircraft (MRCA). The aircraft suffered "foreign object damage" (FOD), as it goes in air force lingo, after its engines sucked in stones and other objects as it landed in June 2007.

    Sources said the two NPO Saturn AL-31FP engines were scrapped after suffering "catastrophic damage" when the brand-new Sukhoi jet landed on the runway at the Gong Kedak air base in Kelantan.

    However, RMAF chief Datuk Seri Rodzali Daud told The Malay Mail at Parliament recently that the engines were not scrapped but sent for repair.

    He declined to elaborate, but did say that FOD was a normal occurrence in fighter jet operations. If the engines could be repaired, they would have been sent back to the Russian manufacturer, NPO Saturn.

    Although the Sukhoi planes were equipped with titanium mesh doors that swing down over the air intake to protect the engines from FOD, the feature only worked during take-off and slow taxiing, not during landing.

    Local defence industry sources who confirmed that the damaged engines were "lost" said it was difficult to estimate the cost of a brand new AL-31FP engine. The Sukhois cost the country RM155 million each and the government purchased 18 Su-30MKM from Russia in May 2003 at a cost of RM3.42 billion.

    The Malay Mail learnt that the aircraft in the FOD incident was not grounded for long as the RMAF, as with other air forces, had procured spare engines for its Sukhoi fleet.

    The sources said the Sukhoi was one of five fighter jets delivered in batches from May 2007.

    These were transported from Russia to the Subang airbase in Antonov An-124 transport planes and re-assembled for trials before being handed over to the RMAF.

    It is learnt that the damaged Sukhoi jet was flown by a Sukhoi Design Bureau test crew when the incident occurred, and that RMAF had initially demanded that the Russian company replaces the two engines.

    However, Sukhoi refused on grounds that the test crew was only following the orders of RMAF officials to land at the Gong Kedak air base. The runway had been cleared for other RMAF aircraft such as the Hercules C-130 but at that point, the Sukhois had yet to be given the greenlight to land.

    The Gong Kedak base had undergone massive re-development to host the new MRCA squadron.

    More than RM200 million was spent to re-develop the air base, which now boasts an extended runway and new facilities, including hardened aircraft shelters for the Sukhoi squadron.

    Although the incident was a clear violation of RMAF standing orders, no one has been hauled up over the loss of the two engines.

    The Sukhoi made its public debut in the country at the 2007 Merdeka Day parade and the jets also took part in the Langkawi International Maritime and Aerospace show in December that year.

    patut dihukum tembak jerrr....

Popular Posts