Raja Drama

Posting Terkini

Penang Republic Sosialis: Lompat Parti Besar besaran akan berlaku di Parlimen Pmtg Pauh

Filed Under ( ) by pisau on 8.1.10

Tumbang Penanti,Tumbang PKR ,Tumbanglah simbol pembohongan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.

Permatang Pauh ,kubu kuat manusia sesumpah Anwar Berahi bakal rebah.Momentum kebangkitan dan kesedaran penduduk di Parlimen Permatang Pauh amat mengejutkan dan diluar jangkaan.Pimpinan PKR & PAS Permatang Pauh melahirkan rasa gusar kerana sokongan semakin berkurangan dan beralih arah.

Semasa pilihanraya kecil untuk kerusi parlimen permatang pauh, kemenangan Anwar Ibrahim hanyalah semata mata atas undi bukan melayu, mengikut perkiraan undi ahli umno hanyalah 8 ribu orang namun calon BN YB Arif Shah berjaya mendapat undi lebih 15 ribu undi . Jika dilihat dari segi pengiraan undi mengikut pecahan DUN,ketika ini DUN Penanti dilihat amat kritikal,semasa prk penanti yang di menangi calon PKR Dr Mansor,peratusan hanyalah 46%,dari tinjuan yang dibuat berlaku boikot dan protes dikalangan pengundi dan penyokong pakatan sendiri.Maka jadilah Dr Mansor wakil rakyat 46%,lebih dari separuh tidak mengundi dan memprotes.

Makin lama makin terbuka pekung PKR dan PAS,rakyat di parlimen Permatang Pauh dan DUN Penanti khususnya telah menyedari pembohongan secara terang terangan.Sebelum ini mereka memenangi kerusi dun atas dasar berbohong kepada rakyat,kini tembelang mereka telah pecah,rakyat sudah tahu selama ini mereka tertipu akibat dakyah pembohongan dan fitnah yang dimainkan oleh pakatan haprak.

Penanti memperlihatkan kebangkitan yang amat mengejutkan,di kubu kuat PAS ,Guar Jering gerakan penanti bangkit telah merobohkan tembok kekuatan pakatan haprak, setakat ini lebih 250 orang terdiri dari penyokong PAS & PKR telah melompat parti,jika trend ini berterusan berdasarkan kesedaran yang ada,sokongan 46% kepada Dr Mansor akan mencecah bawah 10% apabila tibanya PRU 13, insyarat kebangkitan ini bakal menjadikan kerusi parlimen permatang pauh bagaikan telur di hujung tanduk. Kebangkitan kesedaran golongan muda juga diluar dugaan,rata rata dari mereka jugak melahirkan kekecewaan terhadap PKR. Dalam waktu terdekat ini pisau jangkakan golongan muda di Penanti akan kembali menyokong Umno dan BN.Yang pasti saluran 4 & 5 akan dikuasai oleh Umno di parlimen permatang pauh.

Ada cakap cakap dikalangan penyokong PKR sendiri melahirkan rasa kecewa dan berasa tertipu dengan Anwar Ibrahim,mereka cuma menantikan masa yang sesuai untuk berubah haluan.Kubang semang yang terkenal dengan keganasan pilihanraya sebelum ini bakal bertukar tuan.Yang pastinya bakal dipenuhi oleh penyokong BN dan UMNO pada masa hadapan.Dr Mansor bagaikan terkena sumpahan Penanti, Penanti memang tidak secocok dengan PKR,dahulunya Fairus terkena sumpahan,kini Dr Mansor sudah terkena sumpahan,Pisau sifatkan insiden di baling telur oleh penyokong PKR merupakan titik tolak sumpahan dan tulahan kepada Dr Mansor.

Nasihat Pisau, pindahkan saja Yayasan Aman keluar dari Penanti. Yang pasti rakyat Penanti tidak mahu simbol pembohongan besar besaran berada di bumi Penanti.


Pisau kata " jom tendang dr mansor keluaq dari penanti!"

Comments:

3 Responses to “Penang Republic Sosialis: Lompat Parti Besar besaran akan berlaku di Parlimen Pmtg Pauh”

  1. Mamat ni dah separuh gila...ingat menteri besar lagi he,he,he

  2. ANWAR = MAKHLUK PEROSAK

  3. Memang benar. Mansor hangat telor la ni. Semalam dia kata sapa nak keluar PKR keluarlah.Dia tak sedar atau buat-buat tak perasan satu penanti dah ada tinggalkan PKR masuk UMNO. Yang tinggal dua tiga tunggul lagi saja buat tanda kubur!...tiung mas

Popular Posts