Raja Drama

Posting Terkini

Nizar Kemalangan Di Sebabkan Umno!

Filed Under ( ) by pisau on 7.1.10

Haprak Daily menyiarkan laporan mengenai Ds Nizar yang mengalami kemalangan,malah suara PAS bercabang ini jugak membayangkan kemalangan Nizar boleh diklasifikasikan sebagai perbuatan khianat dan turut menyalahkan Umno.

Cukup mudah haprak daily mengaitkan Umno hanya kerana kemalangan itu berlaku berhampiran bangunan Umno. Menurut haprak daily,kemalangan Ds Nizar dikaitkan dengan kemalangan maut yang dialami oleh Almarhum Dato’ Prof Zulkifli Mohammad dan isteri. Inilah contoh terbaru pembohongan,fitnah dan meremehkan minda rakyat. Apa saja yang berlaku disekeliling mereka akan disalahkan Umno.

Tindakan PAS membenarkan nama Allah digunakan oleh Herald Tribune yang membangkitkan kemarahan Umat Islam Malaysia,akhirnya mereka turut menyalahkan Umno. Rakyat Malaysia,lihatlah sifat bacul dan betapa kurang telurnya penganut parti PAS ini. Mereka hanya berani baling batu sembunyi tangan. Malah hanya berani sesama melayu dan islam,PAS akan cepat cepat tarik hand brake jika DAP berdehem,inilah contoh sifat bacul paling ketara yang ada pada parti yang kononnya mengaku kuat dengan unit militan dan pengganasnya.

Buat pembaca, Nizar kemalangan disebabkan mabuk klik sini


Pisau kata " bak kata abg haji,kalau nyamuk gigit pun pasai umno jugaklah!"

Comments:

15 Responses to “Nizar Kemalangan Di Sebabkan Umno!”

  1. Respon kepada kenyataan Blogger UMNO yang menyatakan kemalangan Nizar disebabkan UMNO

    Kenyataan saya berkenaan Iktibar daripada kemalangan YB Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24074:iktibar-daripada-kemalangan-nizar&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46
    Respon kepada moderator blog yang menyalahtafsir kenyataan saya
    1. www.pisau.net
    (http://www.pisau.net/2010/01/nizar-kemalangan-di-sebabkan-umno.html)

    2. Panglima Perang Cyber
    (http://penembak-tepat.blogspot.com/2010/01/edisi-hangat-kemalangan-nizar-dirancang.html)

    Dalam surat yang saya hantar kepada harakahdaily.net mengulas kemalangan YB Dato Seri Ir Mohammad Nizar yang berlaku pada 7 Januari 2009, tiada mana-mana prasa atau ayat yang mengaitkan kejadian ini dengan perbuatan khianat UMNO ataupun bermotifkan politik.
    Masyarakat mengetahui punca kejadian adalah disebabkan YB Dato Seri cuba mengelak daripada sebuah kereta Volvo yang datang dari arah bertentangan. Cuba kebetulan kejadian itu berlaku berhampiran Bangunan UMNO Perak dan Hotel Casuarina.
    Dalam hal ini, saya hanya mengulas daripada sudut peri-pentingnya menjaga keselamatan YB Dato Seri daripada sebarang ancaman, bahaya dan malapetaka. Dan tanggungjawab itu perlu dipikul secara amnya kepada Pakatan Rakyat Perak dan khususnya kepada kepimpinan PAS Negeri, Pusat Khidmat Masyarakat Dun Pasir Panjang dan Parlimen Bukit Gantang.
    Kecelakaan yang menimpa Prof Dato Zulkifli Mohamad juga diketahui mencetuskan polimek yang hebat ketika itu sehingga memaksa Almarhum Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan di Dewan Parlimen yang menafikan sebarang unsur khianat yang berlaku dalam kejadian itu.
    Disini sekali lagi saya tegaskan, saya menafikan sekeras-kerasnya yang menyatakan Kemalangan YB Dato Seri Ir Mohamad Nizar bermotifkan politik apatah lagi didalangi oleh UMNO

    Sekian, terima kasih.
    Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
    Mantan Setiausaha PAS Jalan Yadi Sungai Udang

  2. kepada pembaca blog pisau,saudara mohd ikhmal telah memberi penjelasan. menurut beliau surat kepada harakah sudah disalah tafsir oleh pisau.

    Anda sepatutnya mengubah ayat didalam surat tersebut daripada disalah tafsir oleh pembaca, anda jelas menimbulkan persepsi dan persoalan secara halus untuk membuat pembaca terpengaruh dengan ayat saudara.

    "
    Adakah ini suatu kebetulan?

    Dengan penghakiman kes pencabulan demokrasi Negeri Perak masih belum selesai, seharusnya peribadi Dato’ Seri dijaga rapi terutamanya dalam aspek keselamatan diri dan keluarga beliau. "

    cuba terangkan apa maksud ayat di atas? anda mengambarkan seolah olah nyawa Ds Nizar terancam? terancam dari siapa? apa yang perlu di takutkan?

    selepas mengeluarkan kenyataan di atas anda menulis " tanpa mengaitkan kemalangan dengan politik"

    ayat saudara seolah olah baling batu sembunyi tangan.

    Jika anda ingin membuat saranan kepada PAS Perak,lebih baik menulis secara berterus terang tanpa berkias kias dan mengelirukan semua pihak.Atau arahkan saja harakah tarik balik surat saudara yang kononnya telah menyebabkan disalah tafsir.

  3. to Ikhmal.....

    Adakah ini suatu kebetulan?
    Terangkan maksud soalan ini dalam harakah daily..

    ko dah buat satu artikel yang berbentuk soalah? so orang umno ada jawapan dia sendiri dan orang pas ada jawapan dia sendiri dan ko pun dah bg jawapan sendiri...apa kebangang lar penulis cam ko ni...

    duk buat kecoh kek sini pi balik lar oit...

  4. Ape jadah dengan ayat 'Adakah ini satu kebetulan?'..kemalangan berlaku depan bangunan'UMNO'. What are you trying to imply?????. Go to hell la Ikhmal.Jangan bermain dengan api kalau tak mampu padam.Terlajak perahu boleh diundur terlajak tulis buruk padahnya.Artikel saudara telah menimbulkan syak wasangka.

  5. buat mohd ikmal bin mohd iskandar al putar belit al poyo al lebai malang.anda sekali lagi bijak memanipulasi penggunaan media.bijak.kenyataan yg anda buat bagaikan sesumpah al juburi...jgn lah memperbodohkan rakyat yg sememamgnya mcm pandai sgt(terutama puak PR)..menyalahtafsir konon..sebijik mcm nik ajis ketua lebai malang.

  6. ikhmal ..aku baca surat hang pun berasa sangsi..ayat tu timbulkan persoalan. lain kali jangan berbelit..hang buat orang ramai pikiaq macam macam..

    apa apa pun pisau dah teguq..tarik saja surat tu dari harakah

  7. Nizar jadi Engineer pun pasal UMNO jugak.

  8. Ini semua berlaku kerana doa yang mustajab dari TGNA!
    Ingat dulu, semasa Tun Dr Mahathir telah dilabelkan sebagai maha Firaun oleh PAS :
    maka berduyun2lah orang2 PAS telah ke stadium2 dan tempat2 lapang utk sembahyang hajat mendoakan supaya Tun di laknatkan oleh Allah.
    Tapi apa yg telah berlaku?
    Allahyarham Ustaz Fadhil Noor yang telah meninggal dgn mengejut kerana serangan jantung.
    Tun Dr Mahathir masih sihat sampai sekarang.
    PAS Melayu mudah lupa!

  9. Fuhh!!!!!1 Mantan setiausaha? hahahahaha pangkat pangkat!

  10. DAH TAKDIR ALLAH MACAM TU DIA KEMALANGAN.MKN DISEBABKAN DOSANYA,ITU KITA TAKYAH SOALLAH.
    TAKYA NAK SALAHKAN ORG LAIN PULAK,SIKIT2 UMNO BUAT.UMNOLAH KONONNYA YG RANCANG.
    TAPI AKU BENCI SANGAT SI NIZAR NI,
    ELOKLAH DIA KEMALANGAN BIAR SEDAR SIKIT.MATI DISEBALIK TABIRJE.NASIB BAIK TAK MATI.KALAU TIDAK DISURUHNYA PULAK ADAKAN INKUES OLEH PENYOKONG TAKSUB PAS DAN PKR

    http://tinyurl.com/KELAB-JUTAWAN

  11. ELOKLAH DIA DAPAT MUSIBAH SIKIT.
    BIAR SEDAR,JGN ASYIK NAK REBUT KUASA JE.DIA JATUH PUN KERANA TAKDIR TUHAN DIA ACCIDENT PUN KERANA TAKDIR JUGA.TAK PAYAHLAH NAK KAITKAN DGN ORG DAN TUDUH ORANG LAIN PULAK.

    http://tinyurl.com/KELAB-JUTAWAN

  12. KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG,

    DI SINI INGIN SAYA MENEGASKAN TENTANG PERKARA DAN APA YANG SEBENARNYA TERJADI PADA DATO SERI NIZAR HINGGA MENYEBABKAN KEMALANGAN NGERI.

    APA YANG INGIN SAYA UTARAKAN DISINI ADALAH HASIL SIASATAN SECARA BEBAS.

    1) DATO SERI BARU BALIK BAGI CERAMAH DI GEREJA, MAKA BALA DATANG MENIMPA BELIAU

    2) BELIAU MEMANDU DALAM KEADAAN CUAI, TERLALU LAJU DAN MABUK.

    MABUK ????

    TAK MUSTAHIL !!!!

    MABUK KUASA !!!

    - MELAYU ATAS PAGAR -

  13. Muahahaha!

    Si Nizar tu kena 'tulah' sebab derhaka dengan Raja Nazrin sebenar nyer tuh :)

    Seperti dijangka, apa jer yg jadi, semua BN punya "Salah" kan? Tu orang panggil pikir guna kepala lutut, bukan kepala otak!

    Byk sgt tgk cerita fiksyen diaorg ni, simple accident pun boleh kait konspirasi berbelit-belit.

  14. Lepas ni ceramah tambah merapu2 sbb otak dah bergegar kereta tebalik...baru sikit je tu kena 'tiup' dengan Malaikat..

  15. Sha -Lps ni ceramah makin merapu sbb otak dah mereng bergegar kereta terbalik..baru sikit kena 'tiup' dengan malaikat tu

Popular Posts