Raja Drama

Posting Terkini

Lesen Besar Untuk Maki Hamun Sultan

Filed Under ( ) by pisau on 27.1.10

Berikutan kenyataan Menteri Penerangan Ds Rais Yatim ,kerajaan tidak akan mengambil tindakan setelah blogger PAS membuat permohonan maaf secara terbuka.

Justeru Pisau persoalkan apa dah jadi dengan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman penjara tiga hingga tujuh tahun.

Mereka bebas memaki hamun Institusi Raja,menyakiti dan menghina hati rakyat tetapi dilepaskan begitu sahaja selepas memohon maaf,mudah sungguh dimaafkan.Kenapa harus ada double standart dalam mengambil tindakan. Sebelum ini juga terdapat kes menghina raja,kejadian menghina Sultan Perak pada tahun lepas dan mereka yang menghina diambil tindakan:

Lima Didakwa Hina Sultan Perak
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Sistem perundangan negara Jumaat mencatat sejarah apabila lima lelaki didakwa di mahkamah kerana menghina Sultan Perak Sultan Azlan Shah mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Seorang daripada mereka mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur manakala empat lagi mengaku tidak bersalah masing-masing di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Butterworth dan Kota Kinabalu.- Bernama selanjutnya sini


Mudah bukan ,zaman sekarang kita boleh bebas maki hamun,caci maki tanpa batasan,kemudian dengan hanya memohon maaf,segala kesalahan akan terampun. Kebiadapan yang berlaku jelas berbekas di hati rakyat Johor. Sultan yang di sayangi dihina sebegitu rupa,bantahan dan kemarahan rakyat hanya dipandang enteng oleh Pak Menteri.



Adakah Ds Rais Yatim telah mengkaji kejadian menghina Almarhum Sultan Johor sebelum membuat kenyataan tersebut? Adakah beliau terlupa pernah ada kes sebelum ini dan pesalah telah dihadapkan ke makamah dan diambil tindakan.

Siasatan belum berakhir,tetapi pak menteri terlebih dahulu mengeluarkan kenyataan seolah olah blogger tersebut telah diampunkan.Adakah Ds Rais Yatim mengikuti jejak langkah seperti menteri celupar Nazri Aziz ?.Apa akan terjadi jika setelah siasatan dibuat boleh disabitkan kes, pesalah dihadapkan ke makhamah,siapa yang akan mendapat malu? yang pasti kerajaan akan dituduh sebagai flip flop.

Pisau tidak mahu kerajaan dibawah pimpinan Ds Najib dilihat flip flop sepertimana pimpinan yang lepas. Belajarlah dari kesilapan,jangan terlalu cepat membuat kenyataan, apa salahnya tangguh dulu dari memberi kenyataan ketika siasatan sedang berjalan.

Mengapa blogger PAS sahaja yang diambil tindakan,sedangkan ramai lagi yang dibuktikan menghina almarhum sultan tidak diambil tindakan?klik sini . Pihak berwajib harus menghukum mereka yang bebas mencaci hina Institusi Raja agar dijadikan teladan dan sempadan.Jangan dibiarkan terlepas dengan hanya sekadar memohon maaf .

Institusi Raja Berpelembagaan di caci hina dari hasil usaha doktrin pakatan haprak yang cukup jelas memperjuangkan kearah Republik Malaysia. Bibit bibit kearah itu sudah berputik sejak berakhirnya PRU12. Bertindaklah sebelum terlambat.


Pisau kata " Ds Rais Yatim hanya sesuai di Kem Kebudayaan"

Comments:

9 Responses to “Lesen Besar Untuk Maki Hamun Sultan”

  1. kerajaan sekarang dah lemah. apabila menteri yang lemah dan tidak mempunyai kepakaran memegang sesuatu jawatan, maka hancurlah negara.

    Lihat cara raja dahulukala, untuk jawatan keselamatan negara, diberi pada panglima yang garang, gagah berani.untuk pentadbiran, diberi pada orang yang bijaksana.

    pentadbiran UMNO dahulu juga dibarisi oleh orang orang yang hebat seperti Tun Ghafar baba,Tun Gazali shafie, Tan Sri Syed Jaafar Albar.

    Kerana keberanian merekalah UMNO masih wujud hingga sekarang.

    mungkin UMNO akan kalah pru 13 bukan sebab rakyat, tetapi sebab barisan menteri kabinet yang lemah.

  2. seriously aku harap mangkuk2 ni..dihadap kat tengku yem..suruh tengku yem lempang diorg ni kasi pusing..pastu arak satu johor..aku sure akan sumbang telur..sampah sarap n cat merah utk dilempar kat mangkuk2 nih..

    pd rais yatim plak..apa hal nak berlembut x tentu pasal..nanti jadi cam namawi tu.mmg berlembut tu bagus tapi mesti kena dgn tempatnya..

    dulu aku rasa sultan aku tu garang sgt..tapi skrg aku rasa alangkah bagusnya klau sultan hidup lagi..boleh dia libas pada komunis2 yg mempersoalkan kuasa melayu..n penggunaan kalimah Allah tu..huhu..Al-fatihah utk tuanku..

  3. suku sakat dia tak budak tu, tu yang malas nak ambil tindakan

  4. saya pown x paham!
    plz arr tegas sikit!!!
    aduka ni bukan takat hina sultan jer dia perkecilkan saidatina aisyah jugak ... adoilahh .. kalau camni blogger makin kurang ajar!

    uncle rais, g tgok ajl jerlah sesuai..

    :(

  5. Bab ni memang saya tak sokong Dr Rais.

    Mudah betul pelaku salah lepas diri. Buat lepas tu minta maaf, habis cerita!

    Lepas ni senang le. Maki carut-carut dalam blog lepas tu minta maaf. Lepas tu buat lagi, dan minta maaf... wahhhh...tak perlu le buat undang-undang.

    Lepas ni pesalah rogol dan bunuh pun boleh buat ini sebagai 'precedent case'.

    Kenapa dia buat salah dalam lepas minta maaf, aku pun kena le dilepaskan sebab dah minta maaf!!

    Hehe...awas kerajaan! Hati rakyat johor kena jaga juga. Johor adalah simpanan tetap BN, jangan lupa!!

  6. SLM BRO..DLU PAK BAKAQ PUN DH KENE. KNP SI ADU'OTAK'KA TAK BLH DI AMBIL TINDAKAN YG SAMA? ISH3..

  7. dato rais ni lembeik tk sesuai jadi menteri bila ada rombokan gugurkan kalau minta maaf boleh lepas dari hukuman mudah lah undang 2 negara . kalau bunuh orang cakap sorry kalau bawa dan edar dadah berkilo2 cakap sorry lepas dari tali gantung. apa benda ni pemimipin umno kalau tk tegas dan berani letak jawatan jaga bini lagi baik

  8. klu lepas org yg menghina sultan ni dgn hanya meminta maaf, maka lepas ni akan byk lg perbuatan biadap yg akan berlaku dan semuanya akan selesai dgn hanya meminta maaf.
    aku pun tak paham knp ada menteri umno yg otak letak kat lutut.
    Dakwa aje dia biau jadi pengajaran pada org lain.
    Sultan adalah payung kepada org Melayu.

  9. setuju dengan pendapat saudara semua.

Popular Posts