Raja Drama

Posting Terkini

Kalimah Allah : Apa sebenarnya agenda Anwar ?

by pisau on 9.1.10


Anwar ketua perusuh
Anwar memulakan sejarah hidupnya dengan menjadi ketua demonstrasi jalanan semasa zaman pelajar 1970-a. Mengenal manusia dari latar belakang sejarahnya, jika kontras mungkin sedang menyusun strategi ?

Dari egroup AIDC

Di sini diserta tiga video yang diucapkan oleh Anwar Ibrahim menyentuh mengenai agama Kristian dan Kitab Injil di Malaysia. Ucapan Anwar di atas topik yang sama ini tidak konsisten di antara satu sama lain.

Video pertama diucapkan oleh Anwar pada tahun 1984 semasa Kursus Re-orientasi Pelajar Luar Negara. Ketika itu Anwar baru dua tahun menyertai UMNO dan dilantik Menteri Pertanian.



Anwar sebelum itu adalah Presiden ABIM dan meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Belia Islam itu pada tahun 1982 untuk sertai UMNO. Ucapan di program pelajar luar negara itu (1984) menunjukkan unsur-unsur ABIM masih menebal dalam dirinya.

Walaupun Anwar bergelar Menteri Pertanian, tetapi cara berpakaiannya masih membawa imej ABIM, bukan setakat berpakaian, tetapi unsur-unsur 'keAbiman' itu turut menebal di dalam ucapannya.

Dalam ucapannya, Anwar begitu prejudis terhadap gerakan Kristianisasi di Malaysia khususnya yang berlaku di Sabah dan Sarawak. Termasuk dalam elemen-elemen gerakan Kristianisasi ini adalah soal penterjemahan kitab Injil ke Bahasa Melayu.

Anwar menanam bibit kebencian peserta yang mendengar ucapannya kepada gerakan Kristinisasi dengan memberi contoh tindakan penjajah Stamford Raffles berusaha mengkristiankan orang-orang Melayu dengan mengupah Abdullah Munsyi menterjemahkan Kitab Injil ke Bahasa Melayu.

Kenapa langkah awal Raffles menyuruh Abdullah Munsyi terjemahkan Bible ke Bahasa Melayu, kenapa tidak kekalkan Bible dalam Bahasa Inggeris ? Itulah yang dikata Anwar sebagai usaha mengkristiankan Melayu oleh penjajah dengan menterjemahkan Kitab Injil ke Bahasa Melayu supaya orang Melayu akan terpengaruh apabila membaca kitab Bible dalam Bahasa Melayu itu.

Kata Anwar :

"... Dari segi rumpun Melayu .... kekuatan Bumiputera rapat dengan Islam, rapat, sejak awal tidak boleh nafikan. Penjajah bila bertapak target nya adalah mempastikan ada dikalangan orang2 Melayu dan Bumiputera menjadi orang Kristian supaya dengan cara ini mereka boleh split rank and file orang2 Melayu di Semenanjung dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak."

"Sebab itu penterjemahan kitab injil ke Bahasa Malaysia ialah langkah pertama yang Raffles mintak Abdullah Munshi lakukan: salah satu perkara pertama ialah terjemahkan kitab Injil kepada Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu pada masa itu .. Kerana mesti dapatkan sekolompok orang Melayu menjadi Kristian."


"Mereka gagal, tapi concentration dan effort di Sabah dan Sarawak terlalu kuat."

Itulah sikap Anwar ketika itu yang menebal dengan prejudis, prasangka dan sentiasa mencurigai gerakan Kristian yang dianggap sentiasa berusaha menkristiankan pihak lain yang diistilahkan sebagai 'gerakan Kristianisasi'.

Bahkan Anwar masih paranoid gerakan Kristinasasi ini didakwanya masih kuat dilakukan khususnya di Sabah dan Sarawak.

Tiada pihak lain yang paling lantang bercakap soal gerakan Kristianisasi ketika itu kecuali Anwar Ibrahim.

Sebab itu apabila Anwar mengadakan perbincangan tertutup dengan 200 paderi dan aktivis Kristian pada 2 Februari 2008 (beberapa minggu sebelum PRU 12) ada di kalangan paderi dan aktivis Kristian tidak begitu percaya dengan perubahan sikap Anwar Ibrahim yang telah berubah prinsip 360 darjah daripada prinsip asal yang dipegang sebelum ini.

AnwarCrishmasBktNanas
Anwar Ibrahim dan Ketua Biskop Kristian, Murphy Pakiam (dua dari kanan) pada 25 Disember 2007, di Rumah Terbuka Krismas anjuran Christian Federation of Malaysia di Bukit Nanas. Benda yang kecil, Anwar akan tiupkan nyalaan. Apabila semakin marak, disusun gerak langkah..Siapa untung dalam isu ini ?


Terence Netto (penulis Malaysiakini) yang turut serta dalam perjumpaan itu melaporkan ada di kalangan peserta yang menemplak program Islamisasi yang dilakukan Anwar bermula dari tahun 1982, sehingga meminggirkan kelompok Kristian. Bukan setakat dipinggirkan, tetapi Anwar menekan kelompok Kristian sehingga terdapat dakwaan Anwar mengarahkan JPM agar memberi perhatian kepada 'gerakan Kristianisasi' dan Anwar semasa menjadi Menteri Pendidikan mengarahkan pihak sekolah Kristian menurunkan salib-salib di Sekolah Kristian.Klik di sini

Tetapi semua dakwaan-dakwaan yang dibangkitkan oleh aktivis Kristian itu dinafikan secara total oleh Anwar. Dia tidak mengaku melakukan arahan untuk membendung gerakan Kristianisasi dan mempromote Islamisasi di dalam kerajaan.

Untuk membuktikan keikhlasan Anwar bersama kumpulan Kristian, dalam pertemuan tertutup itu, dia membawa bersama dua aktivis PKR yang sangat dekat dengan gerakan Kristian itu Tian Chua dan Dr Xavier Jeyakumar.

Tian Chua walaupun bernama seorang Cina, tetapi semua tindak tanduknya lebih menjurus kepada gerakan Kristian kerana sebahagian besar pengalamannya terlibat dalam gerakan NGO yang ditaja oleh Kristian Antarabangsa. Antaranya, dia pernah sebagai koordinator SUARAM (1991), The Asian Monitor Resource Centre (AMRC), Asia Pasific Workers Solidarity Link (APWSL) dan sebagainya.

Begitu juga dengan Dr Xavier Jeyakumar. Selain dikenali sebagai aktivis Kristian, dia juga merupakan bekas Presiden Rotary Club of Klang, satu organisasi yang berkaitan dengan gerakan freemason di seluruh dunia.

Kenapa sekarang Anwar pula perjuangkan kalimah Allah kepada Kristian ?

Video kedua pula diucapkan Anwar di Ipoh, Perak pada tahun 2009. Dalam ceramah PKR yang majoritinya masyarakat bukan Islam itu (Cina Kristian?), Anwar pula menjadi pembela pemberian 'kalimah Allah' kepada Kristian.



Fokus Anwar kepada hujah-hujahnya untuk memberikan 'kalimah Allah' kepada Kristian dianggap sebagai kempen besar-besaran Anwar dan PKR untuk melobi pemberian kalimah tersebut.

Kempen besar-besaran Anwar bermula pada 5 September 2009, ketika itu, Anwar sudah tahu sentimen masyarakat Kristian yang telah memfailkan di mahkamah tuntutan mereka untuk mendapatkan hak menggunakan nama Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald-The Catholic Weekly.

Anwar menghabiskan masa serta memfokuskan tentang isu Kalimah Allah di Ipoh tentulah mempunyai motif tersendiri kerana Anwar sudah tahu bahawa isu itu pernah menjadi perdebatan hangat di parlimen sejak Mac 2009. Klik di sini

Bermakna Anwar sedar tentang senerio tersebut, apabila hujah-hujah kumpulan Erdogan PAS dipatahkan oleh ustaz Taib Azamuddien dari kumpulan ulama PAS pada Mac 2009, Anwar hidupkan kembali isu tersebut pada September 2009, di Ipoh.

Walaupun Taib Azamuddin telah mematahkan hujah-hujah Anwar (yang diwakili oleh kumpulan Erdogan PAS), Anwar masih lagi mengungkit hujah lama yang telah dijawab sebelum ini iaitu berdasarkan fakta sejarah penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat Kristian di Timur Tengah dan Indonesia.

Hujah kedua Anwar seperti yang pernah diucapkan pada tahun 1984 dulu iaitu terjemahan Bible oleh Abdullah Munshi menggunakan kalimah Allah, bukannya god atau lord. Anwar mempersoalkan kenapa Majlis Fatwa tidak mempertikaikan penukaran kalimah Lord kepada Allah ketika mula-mula dibuat oleh Abdullah Munsyi itu? (Fakta sebenar-ketika itu zaman pemerintahan British dan majlis Fatwa masih belum wujud lagi).

Walaupun Anwar sendiri tahu, hujahnya tidak kukuh, tetapi motifnya barangkali bukan untuk berhujah, tetapi untuk tujuan lain. Sepatutnya kalau benar-benar Anwar ingin berhujah sepatutnya dia berdepan dengan kumpulan ulama PAS, bukannya dengan masyarkat bukan Islam.

Selepas mengetahui perkara ini menjadi polemik besar di Parlimen pada Mac, Anwar berusaha meniupkan isu ini menjadi lebih panjang dengan memperjuangkan kalimah Allah semasa pilihanraya di Lubuk Antu & Batang Ai, Sarawak pada April 2009.Lihat video ketiga



Anwar, satu-satu tokoh Islam yang berani memperjuangkan isu tersebut di depan khalayak bukan Islam. Tiada tokoh lain yang bersuara lantang selain Anwar. Masyarakat Kristian Sarawak tidak membangkitkan isu tersebut, tetapi Anwar yang membangkitkan serta memperjuangkannya.

Dan tepat seperti ramalan, apabila Anwar mengheret serta memanjangkan isu ini di merata tempat maka pada 31 Disember 2009, Isu ini benar-benar mencetuskan 'malapetaka negara' apabila Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan membenarkan permohonan tersebut dengan berkata, Gereja Katolik selaku pemohon mempunyai hak untuk berbuat demikian di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Gereja Katolik dibenarkan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald - The Catholic Weekly setelah Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa setiap individu mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah.

Penganut Islam yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah itu, mula bangkit menyuarakan bantahan mereka. Suasana menjadi kecoh dan mengheret kepada ketegangan antara agama.

Persoalannya, adakah ini yang Anwar mahu, ketika dia sengaja memanjangkan isu ini pada April dan September tahun lalu ? Adakah Anwar mahu suasana negara kucar kacir, ketegangan kaum dan agama sentiasa mencurigai antara satu sama lain ?

Seperti dijangkakan Anwar bersetuju dengan keputusan Mahkamah itu dan untuk tidak menampakkan peranan yang telah dimainkan sebelum ini, dia mengeluarkan kenyataan menyokong keputusan mahkamah itu menggunakan kenyataan media Dr Mohd Nur Manuty, selaku Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan (semua) Agama (BIPPA), PKR. Klik di sini

Kesimpulannya, pada tahun 1984, Anwar juga yang menanam racun-racun kebencian kepada masyarakat Kristian dengan mengatakan terdapat grand design kristianisasi besar-besaran Kristian bermula dari penjajah dengan mengubah Abdullah Munsyi menterjemah kitab Injil ke Bahasa Melayu.

Dan pada tahun 2009, Anwar juga yang berusaha memanjangkan polemik dengan mencaturkan Erdogan membangkitkan isu ini di parlimen serta memanjangkan lagi di ceramah-ceramahnya, walaupun aktivis Kristian tidak mengadakan kempen secara terbuka. Anwar berusaha menjadi hero kepada aktivis Kristian, walaupun mereka tidaklah seagresif sepertimana yang dilakukan Anwar.

Kalau dulu, Anwar juga agresif mengatakan terjemahan Bible ke bahasa Melayu merupakan projek mengkristian Melayu secara besar-besaran, sekarang Anwar memperjuangkan kalimah Allah kepada Kristian, apa pula motifnya ?

Sebenarnya Anwar juga ada agenda tersembunyi dalam hal ini. Dulu memperalatkan aktivis Islam dan hampir separuh aktivis Islam terpedaya dengan kata-katanya. Sekarang ini pula, Adakah Anwar akan lakukan perkara yang sama seperti mana yang pernah dilakukan ke atas aktivis Islam satu ketika dulu ?

Semuanya hanya dalam diri Anwar..


Anda ingin membaca artikel-artikel lain, sila daftar di egroup AIDC. Klik di sini


Artikel lain berkaitan


1. Anwar : Di Sebalik tabir IIIT (
International Institute of Islamic Thought)

2. Mentor Anwar seorang homoseksual

3. Dua Wajah Anwar : ABIM di Malaysia, IIIT di Amerika Syarikat

4.
Anwar, ICG terlibat dalam operasi CIA ?

Comments:

2 Responses to “Kalimah Allah : Apa sebenarnya agenda Anwar ?”

  1. Artikel yg bagus.Kepada Anuwar bertaubatlah selagi masih ada masa!!

  2. Sejak awal lagi aku dah mencurigai Anwar ini dan mengsyakki bahawa ANWAR lah yang menjadi PAK DALANG kepada semua ini bagi memfitnah dan menggulingkan kerajaan BN dan memperlekehkan UMNO & PAS serta memberi impak ke PKR kemudian dia akan tukar arah lagi dengan memperlekehkan PKR dan DAP, MCA & MIC seterusnya dia akan masuk UMNO dengan spin lagi isu-isu perkauman , hak-hak isitmewa Melayu serta agama. Anwar sedar dan tahu bahawa majoriti rakyat masih MELAYU -ISLAM dan rakyat beragama Islam.

    Anwar sedang memperjuangkan nasibnya sendiri untuk menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA. Dia akan melakukan apa saja demi cita-citanya dan dendam peribadinya.

    HATI-HATI RAKYAT MALAYSIA DENGAN PERMAINAN SI DAJJAL SEBELUM DAJJAL INI.

Popular Posts