Raja Drama

Posting Terkini

Isu Nama Allah: Menghalalkan Agenda IFC

Filed Under ( ) by pisau on 13.1.10

Polemik pengunaan nama Allah oleh Herald Tribune mencetuskan bantahan umat Islam besar besaran di seluruh negara. Dalam artikel Pisau sebelum ini menceritakan grand design Anwar Ibrahim bersama sekumpulan thin tank beliau untuk menghancurkan dominasi BN di Sabah & Sarawak : klik sini dan kesinambungan road map grand design beliau adalah mempopularkan Islam yang lebih Liberal dan memperkenalkan pluralisme.

Perancangan rapi yang digarap sebegitu rupa,menimbulkan isu sensitif nama Allah adalah untuk menghalalkan justifikasi intipati perjuangan mereka dengan berlakunya kejadian membakar dan menyerang rumah ibadat penganut kristian,sikh dan surau. Jika difikirkan secara lojik,adakah kejadian melontar molotov koktail berlaku secara kebetulan sehari sebelum demo bantahan pengunaan nama Allah oleh Herald Tribune? Tiba tiba dalam masa beberapa jam,seorang pemimpin PKR mengeluarkan kenyataan menghentam dan menuduh parti pemerintah terlibat dalam isu membakar gereja. Menurut maklumat,Anwar mengeluarkan kenyataan selepas bertemu dua tokoh media tempatan, Datuk Nazri Abdullah dan Datuk Kalimullah Hassan(Malaysian Insider).

Anwar dan Zaid Ibrahim secara terang menyalahkan UMNO dalam insiden pembakaran gereja serta isu penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Katholik (Herald-The Catholic Weekly) dan ia disambut di portal berita seperti Malaysian Insider dan Malaysiakini


Namun yang menjadi persoalan ,adakah Umno turut sama terlibat dalam serangan gereja di Sarawak?Walhal Umno tidak wujud di Sarawak. Serangan oleh agen provokator dijalankan secara sistematik agar menimbulkan keresahan dan ketidak tenteraman kepada masyarakat.Malah lebih bertujuan membangkitkan kemarahan kepada Umno dan BN.

Siapakah yang akan beroleh keuntungan jika penganut agama kristian menterjermahkan undi protes apabila berlakunya pilihanraya di Sarawak nanti?

Bantahan dan desakan antara 2 pihak antara umat Islam dan Kristian,adalah diperangkap oleh percaturan politik Anwar Ibrahim bersama parti pakatan rakyat.Apabila berlakunya pertembungan antara agama yang dirancang maka menghalalkan dan menrelevankan IFC (Inter Faith Commision) yang sebelum ini mendapat bantahan oleh NGO NGO Islam .

HAPUSKAN KEISTIMEWAAN ISLAM DI MALAYSIA - IFC

Gambar di atas adalah peristiwa bagaimana pejuang-pejuang Melayu Islam menggempur Dewan di Ibu Pejabat Majlis Peguam Council di mana tempat berlangsungnya Forum "Memeluk Islam' anjuran Majlis Peguam pada 11 Ogos 2008 yang lalu. Kelihatan bersongkok dan berbaju kemeja putih di atas, YB Sdr Zulkifli Nordin ( Ahli Parlime Kulim Bandar Baru - PKR ) yang turut membantah Majlis Peguam di atas penganjuran forum ini. Akhirnya YB Zulkifli Nordin telah diberi surat tunjuk sebab oleh PKR kerana menentang Majlis Peguam. MAJLIS PEGUAM INILAH YANG MENJADI DALANG KEPADA PENUBUHAN IFC..!
sumber:abu nawas.

Apabila berlakunya serangan terancang kepada gereja , kalangan pemimpin pakatan telah mendesak agar di tubuhkan IFC kononnya amat diperlukan dan relevan pada masa sekarang.

"kita mengecam sikap 'double standards' yang diamalkan oleh kementerian dalam negeri yang tidak menghalang demonstrasi membantah keputusan Mahkamah Tinggi (mengenai isu Allah)," katanya dalam satu sidang akhbar di luar kompleks makamah Kuching.

Mereka yang menyokong keputusan tersebut, menggesa kerajaan supaya menghentikan tindakan seumpama itu yang boleh dianggap menekan bidang kehakiman.

Di samping itu, mereka juga menggesa supaya ditubuhkan majlis antara agama dan mengadakan dialog antara agama . :rujuk portal anti islam & rasis

The recent spate of unprecedented church attacks has prompted Pakatan Rakyat ideologue Datuk Zaid Ibrahim to push for a state inter-faith advisory council, to discuss touchy religious issues without resorting to the courts or the government’s executive powers for solutions.:m2day


Perjuangan untuk menubuhkan IFC mahu dihalalkan dengan kerja terancang serangan gereja dan tuntutan nama Allah oleh Herald Tribune.

Penubuhan IFC adalah menjadi satu ancaman kepada Umat Islam di Malaysia.

ANCAMAN PENUBUHAN IFC DI MALAYSIA

Apa itu IFC(Inter Faith Commission)

IFC berasal dari IRC( Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama(cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama.

IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara.

Matlamat Penubuhan IFC

IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak kepada orang bukan Islam.

Ancaman Daripada 14 Tuntutan IFC Terhadap Umat Islam

1.

Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.(kes siti hasnah vanggarama klik sini )


2.


Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.


3.

Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.


4.

Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam


5.



Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.


6.

Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.


7.


Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..


8.


Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
(
Pada 9 Jun 2008, kerajaan campuran Pakatan Rakyat ( PR ) negeri Selangor yang terdiri daripada PKR,DAP dan Pas telah membuat pengumuman untuk menghapuskan peraturan menghadkan rumah ibadat bukan Islam boleh dibina dengan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi di negeri itu. Keputusan ini diumumkan oleh Dr. Xavier Jayakumar (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Naib Presiden PKR) bersama Ronnie Liu (Pengerusi Tetap Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Negeri, Exco DAP Pusat)selanjutnya sini


9.

Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.


10.

Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.


11.

Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.


12.


Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.


13.


Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.


14.

Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.


Ancaman Utama IFC terhadap Islam

1.

Membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam.


2.

Menjadikan undang-undang Allah pertu tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejaskan aqidah.


3.
Orang-orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan.


4.
Orang-orang Islam bebas untuk murtad.


5.
IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang.



Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W., kita haruslah menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Tiada satu pun agama di dunia ini yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Penubuhan IFC pastinya akan menimbulkan ketegangan antara agama yang bakal menggugat keselamatan negara.


IFC ( Interfaith Commission ) iaitu satu gerakan anti-Islam yang di dalangi oleh beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat antaranya adalah Sivarasa a/l Rasiah ( Naib Presiden PKR ), Tian Chua ( Ketua Penerangan PKR ), Ronnie Liu ( Setiausaha Hal Ehwal Pertubuhan Badan Bukan DAP Pusat ), Elizabert Wong Keat Peng ( Ketua Penerangan Wanita PKR ) dan juga NGO-NGO yang lain. Malah mendapat endorsement Anwar Ibrahim,Nik Aziz,Khalid Samad,Malik Imtiaz,golongan erdorgan PAS dan termasuklah penyokong melayu Islam PAS dan PKR.

PAS juga turut terpalit apabila menyokong penubuhan IFC ini ,buktinya semasa konvensyen PR ,
PAS menerima intipati perjuangan Pakatan Rakyat agar mengadakan perbincangan antara agama selaras dengan kehendak IFC yang di dokong oleh DAP dan PKR.PAS kononnya mahu dilihat lebih terbuka .Jika anda perhatikan tindak tanduk PAS kebelakangan ini,jelas mencerminkan mereka begitu lebih liberal malah langsung tidak membantah pengunaan nama Allah oleh Herald Tribune.



Pisau kata " kerja terancang ini cukup licik,harap umat Islam buka mata lihat hapraknya pakatan rakyat"

Comments:

2 Responses to “Isu Nama Allah: Menghalalkan Agenda IFC”

  1. SLM BRO..MMG SAH MEREKA ADALAH DALANG KEJADIAN TEMPOHARI. SKRG NI CUBA BERSELINDUNG DI SEBALIK MAJLIS PEGUAM. SNANG NAK KAVER UP. MINTAK CEPAT2 POLIS SELESAIKAN KES NI

  2. Salam bro, sila baca ulasan padat dalam http://ninitalk.wordpress.com. Hakim Bee Lian Lau bukan shaja kurang arif dalam Perlembagaan dan Undang-undang tapi memang bias...sebab beliau sendiri mengajar kelas Bible!!

Popular Posts