Bukti Ketua Menteri UltraKiasu Pembohong!

Penang Republic Sosialis: Demo Bantahan Penyelewengan Tanah

Filed Under ( , , ) by pisau




Hari ini menyaksikan demo bantahan yang disertai lebih 300 orang pemuda BN terdiri daripada Umno,Gerakan,Mic & Mca di depan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Agak melucukan apabila Malaysiakini melaporkan hanya 100 orang, wartawan malaysiakini tak tau mengira atau cuba berbohong kepada rakyat Malaysia?klik sini


Demo yang disertai pelbagai kaum ini jelas membantah dan mempertikaikan tindakan Khalifah cina melaka LGE berbohong kepada rakyat membabitkan isu penukaran status daripada pajakan kepada pegangan kekal selama lamanya kepada sebidang tanah lot 408 untuk PDC Heritage Hotel Sdn Bhd (PHH) di tengah kawasan bandar .Seperti dilaporkan tanah yang ditukar status berhampiran E & O Hotel terlalu murah dengan harga RM45 kaki persegi berbanding dengan harga pasaran melebihi RM250 kaki persegi.Isu dakwaan ia tidak cekap mengendalikan beberapa masalah seperti Kampung Buah Pala, Rumah Hijau Mak Mandin dan juga projek kontroversi menebus guna tanah.

Lim Guan Eng telah berbohong didalam Dewan Rakyat ,Pisau cadangkan beliau harus dihadapkan ke Jawatankuasa hak dan kebebasan Dewan kerana menipu.

Berikutan penyelewengan itu, satu laporan Polis dibuat oleh saudara Aziaan bin Ariffin iaitu Bendahari Pemuda Umno Pulau Pinang



gambar:pemuda nibong tebal


Terlebih dahulu Lim Kit Siang anak beranak dan para chauvanist cina dengan lagak kurang ajar memijak gambar pemimpin melayu, ini baru dalam gambar,kat luar lagi teruk




Pisau kata " banyak lagi isu akan didedahkan"

Anwar Mior: I Was Sodomized

Filed Under ( ) by pisau






















Penerangan terperinci bagaimana Anwar melakukan liwat,di ratah oleh nafsu serakah peliwat tegar No 1 Malaysia, adakah seseorang itu sanggup membuat pengakuan yang melibatkan maruah diri di khalayak seluruh negara tanpa memikirkan natijahnya melekat seluruh keturunannya . Kononnya mangsa juga terlibat didalam konspirasi untuk menjatuhkan anwar,tetapi tidakkah anda sedar,maruah diri menjadi taruhan.



Pisau kata "PAS begitu sayangkan anwar hingga sanggup diliwat siang dan malam demi selera buas selingkohan politik haram mereka"


Pakatan Haprak:Bagaikan satu dosa apabila menyertai kursus BTN

Filed Under ( ) by pisau

Kenapa Kerajaan Selangor mengharamkan program BTN? Ini adalah amat jelas kerana mereka tidak mahu perihal & realiti kenegaraan yang sebenar didedahkan kepada peserta .Komen Peserta yang bukan melayu di malaysiakini begitu marahkan kepada BTN , ya kerana program BTN jelas tidak mengikuti aspirasi kehendak Pakatan Haprak yang mahukan samarata ,meritokrasi dan kononnya rasis.


Lim Chong Leong: The Pakatan Rakyat states should introduce anti-racism, equality and meritocracy programmes to build up our youngsters towards a global mentality to prepare them for a brighter, more competitive future. We urgently need to neutralise the negative impact of the BTN.
malaysiakini


Contoh komen diatas ada realiti kehendak chauvanist cina,apabila kita menceritakan perihal akan hak bumiputra maka di tuduh sebagai rasis,mereka mahukan meritokrasi. BTN dilihat sebagai batu penghalang kepada kaedah hasutan dan indoktrinasi oleh Pakatan Haprak.Maka mereka rasakan lebih relevan agar BTN diharamkan dan mudah untuk mereka mempromosikan sama rata dan secara otomatik hak keistimewaan orang melayu mudah di hapuskan.

Baca petikan artikel dibawah,penulis artikel menceritakan dengan baik apa yang berlaku semasa program BTN.

Module program ni tak susah. Folo je jadual program dengan baik. Peraturan pun tak susah. Boleh pakai handphone cuma jangan bunyi atau dijawab ketika program berlangsung. Tapi kalau nak gayut tak tidur malam kat dorm sikit pun tak dihairankan. Menjadikan aku hairan bila Pooh kata tak boleh guna handset. Selain itu, makanan juga enak. Menjadi lebih enak bila makan beramai-ramai bersama kawan baru. Dewan makan jadi hingar macam tebuan balik sarang. Tapi lepas tu senyap sekejap bila penghulu nak baca doa. Kemudian bising semula. selanjutnya sini


baca keratan di bawah,membuktikan peserta begitu menyokong program BTN,hanya yang chauvanist dan tidak ada semangat kenegaraan saja yang akan membantah.

sumber:waadat

Menurut beliau cara begitu memberi peluang peserta menulis apa sahaja yang terbuku di hati mereka tanpa rasa bimbang atau segan.

Mari kita lihat sama-sama.

1) Maklumat BTN tiada unsur bias


2) BTN membincangkan isu perkauman secara matang (rasanya ditulis oleh peserta bukan Melayu/bumiputra)


3) Program BTN perlu diteruskan


4) BTN mengingatkan tanggungjawab pada negara


BTN harus mantapkan modul dan silibus,kerapkan lagi kursus sebanyak mungkin.Persetankan kalau Kerajaan Selangor tidak mahukan BTN.Biar rakyat selangor diperkotak katik dan diperbodohkan oleh Pakatan Haprak.

1. Fungsi dan peranan Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri adalah untuk memupuk semangat patriotisme dan kenegaraan serta memberi latihan sikap berteraskan sistem nilai murni. Ini termasuk 8 nilai aspirasi 1malaysia iaitu Budaya Prestasi Tinggi, Budaya ILMU, Budaya ketepatan, Budaya INOVASI, Integriti, Ketabahan, kesetiaan dan Kebijaksanaan.
2. Peserta terdiri daripada semua lapisan rakyat 16 tahun dan ke atas, pemimpin masyarakat, warga institusi pendidikan, anggota perkhidmatan awam, siswa/siswi, NGO dan Swasta.

3. Moto BTN ialah "BERSAMA MENCIPTA KEGEMILANGAN", Telah menerima sijil ISO 9001 pada 4 Sept 2009 daripada SIRIM kerana kursus2 yang berkualiti, mempunyai perancangan, teratur dengan arahan tetap dan kaedah yang baik serta menepati piawaian.

4. BTN juga berperanan mempertingkatkan komitmen rakyat kepada wawasan negara yang berdaya maju dan hebat di persada dunia.

5. Silibus melibatkan latihan sikap berteraskan nilai2 murni bagi menjadi rakyat yang boleh menyumbang untuk pembangunan negara. Kaedah: Kursus 5hari 4malam atau 4hari 3malam atau seminar dengan pengalaman mempelajari, experimential learning, termasuk latihan jasmani dan kerohanian.

6. Ilmu dan maklumat yang disampaikan semuanya diperolehi berasakan fakta sejarah, fakta sahih & data yang diperolehi dari agensi berkaitan dan kumpulan pakar. Peserta juga diberi kebebasan untuk menyatakan pandangan, kritikan dan pendirian masing2.

7. BTN mendedahkan peserta dengan tajuk dasar negara, Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan dan Gagasan 1Malaysia. Ini termasuk aspek 1Malaysia iaitu perpaduan, penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial.

8. BTN tidak ada memburukkan mana-mana kaum kerana perkara2 yang disampaikan adalah berkaitan dengan perlembagaan negara juga konsep perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum. Kita menyeru kecemerlangan semua rakyat yang akhirnya akan menguntungkan negara.
selanjutnya sini



Pisau kata "pegi BTN menari poco poco pun kena haram ka?"

Nik Aziz Beri Kata Dua Kepada Najib Atau Beliau Arahkan Allah Musnahkan Najib

Filed Under ( ) by pisau


Jam 10 malam tadi saya menerima satu sms dari seorang rakan wartawan yang bertugas di Kota Bharu. Katanya semasa Nik Aziz menyampaikan Khutbah Hari Raya Idul Adha beliau hanya bercakap tentang wang royalti minyak yang sedang dituntut oleh kerajaan Kelantan sekarang.

Selepas selesai sembahyang Hari Raya Nik Aziz bercakap dengan wartawan. Semasa bercakap dengan wartawan Nik Aziz berkata minta Allah perbetulkan hati Najib, jika tidak minta Allah musnahkan Najib dan pengikut-pengikutnya. Masyaallah, makin lama makin teruk nampaknya.

selanjutnya sini RBF

Kata dua sudah diberikan kepada DS Najib,atau beliau akan mintak Allah musnahkan Najib,wah ayat macam Allah tu bawah kawalan Nik Aziz siap boleh mintak mintak pulak. Apa yang sudah tak kena dengan orang tua ni,Khutbah solat raya jadi pentas politik,memang tepat sebelum ini ramai mengatakan Nik Aziz ulama politik cukup kena kepada batang hidung orang tua ni.

Nik Aziz,nasihat pisau lebih baik cepat cepat berundur,makin hari makin melalut ucapan ucapan beliau,orang PAS sendiri malu nak mengaku orang tua tu tok guru mursid diaorang.






Pisau kata "Nik Aziz ,berhenti dari politik lagi bagus,umur dah senja tu,perbanyakkan taubat lah"

Gempar! Kenapa Tian Chua Dedahkan Najib Bersama Altantuya

Filed Under ( ) by pisau

Lihat foto dibawah,inilah perihal yang sebenar,rupanya ada rahsia besar yang disorokkan oleh Anwar dan Tian Chua. Rupanya merekalah yang terlibat dan pernah bersama Altantuya,Foto ini dikatakan yang asal dan telah diubah meletakkan gambar najib dan razak baginda .Rupanya ada udang disebalik mee.Arnold Dubus telah menceritakan hal yang sebenar bahawa yang benar benar terlibat adalah anuwar dan tian chua.Gambar dibawah menceritakan segala galanya




Psst! satu malaya kena tipu macam gambaq ni lah, keh keh keh,abih tok nenek,mak bapak sampai ke cucu percaya najib dgn razak pi ngeteh dengan tuya.pakat tanggung dosa sorang sikit

Yb gigit tian chua promote satu malaya kata dia ada gambar. apa kata anda pi promote gambar di atas,gamaknya orang nak percaya tak? kalau tak percaya yang hangpa pi percaya gambar najib ,razak dan tuya pejadah. cuba pi adjust kelapa otak tu sikit,cuci sikit kotor sangat dah dengan fitnah anuwar berahi,tian chua n bala.









pisau kata "jeff hang memang terer lah.keh keh keh"

Drama Nur Kasih Bertukar Jadi Drama Dont Kasih

Filed Under ( ) by pisau

Alahai,Nik Aziz mungkin terlupa,tuhan bayar cash ,takda credit lagi,ditambah akhir zaman ni.
Telatah Nik Aziz jelas membuat orang orang PAS naik muak,kalau orang PAS sendiri naik meluat tambah orang luar dari PAS,lagi bertambah meluat.

Tak sedarkah,mursyi'dol' am ni makin lama makin tak releven,kenyataan demi kenyataan yang cukup jelas meremehkan minda rakyat.Jari telunjuk yang sering menunding orang itu kroni ,orang itu nepotisme dan orang itu rasuah,rupanya 4 jari lagi menunjukkan kepada diri sendiri.Bagaikan dimakbulkan doanya,tuhan mendedahkan aib diri sendiri hingga diberi penghinaan secukup cukupnya.

Untuk menaiki gunung yang tinggi,harus lalui jalan dan denai yang berliku,ranjau berduri ditempuhi,luka dan calar bagaikan makanan untuk sampai kepuncak,Apabila berada di puncak bagaikan terlupa pabila pandangan hanya menampakan awan dan langit,kedudukannya yang tinggi tinggi,angin bertiup mendinginkan empunya badan ,empuk dah selesa diatas sana membuatkan terlupa ranjau yang pernah dilalui .Lagi tinggi diangkat lagi banyak di uji,ujian pada seorang yang digelar muryid ini cukup jelas di pertontonkan buat dijadikan teladan, punyai sikap ujub,sombong,bongkak dan akuan diri yang menebal.Tidak ada sideknya,tidak ada amanahnya,tabligh ntah kemana dan tidak ada fathonahnya.

Allah turunkan dari tahta dengan penuh penghinaan,aib di buka demi menyedarkan dirinya dan para pentaksub serta pemuja.


pisau kata " tak penah aku tengok drama begini punya hebat,nik aziz nak jadi serupa drama queen anuwar berahi ka"

[anwaribrahimdotcom] Hujah gugur kes liwat peguam Anwar sangat lemah

Filed Under ( ) by pisau

Artikel menarik yang patut dibaca semua..

Sebaik sahaja selesai penghujahan pihak peguambela Anwar dan pasukan pendakwa dari pagi hingga ke petang untuk menggugurkan kes, Anwar keluar dari bilik mahkamah dengan perasaan tidak gembira. Begitu juga dengan Wan Azizah, nampak riak kerisauan di kedua-dua wajah pasangan suami isteri itu.

Ini berbeza dengan kehadiran Anwar-Azizah semasa perbicaraan mendapatkan dokumen, Anwar keluar dengan penuh keyakinan dan bersemangat ketika memberikan kenyataan media di luar mahkamah.

Kenapa Anwar sudah kerisauan ? Adakah Anwar dan Azizah mendengar sendiri hujah-hujah pasukan peguamnya dan hujah-hujah balas pasukan pendakwa ?


Hujah peguam Anwar separuh masak

Peguam Anwar yang diketuai oleh Sivarasa Rasiah berhujah semasa memohon kes digugurkan dengan dua fakta utama iaitu pertama laporan doktor didakwa membuktikan tiada kesan penetrasi, iaitu kesan objek tumpul Anwar ke dalam lubang dubur Saiful. Peguam Anwar berhujah menggunakan laporan doktor Pusrawi dan doktor Hospital Kuala Lumpur.

Kedua, peguam Anwar mempertikaikan 'campur tangan' peguam negara, Abdul Ghani Patail yang didakwa berniat jahat mahu menghukum Anwar dalam tuduhan meliwat. Klik di sini

Selain dua hujah ini, tiada lagi hujah-hujah lain yang lebih konkrit. Peguam Anwar tidak menggunakan hujah alibi (saksi yang boleh mengesahkan Anwar tiada di tempat kejadian pada tarikh dan masa didakwa).

Kenapa Anwar tidak menggunakan hujah alibi, sedangkan sebelum ini Anwar, Nurul Izzah, termasuk peguamnya Edmund Bon menggunakan hujah ini sebagai hujah utama.

Peguam Edmund Bon semasa berhujah memohon semua dokumen daripada pihak pendakwa mengaku mereka mempunyai alibi, yang membuktikan Anwar tidak ada di tempat kejadian. Sebab itu mereka memerlukan semua dokumen untuk membandingkan hujah alibi dengan hujah-hujah pihak pendakwa. Klik di sini

Tetapi peliknya, hari ini ketika kemuncak permohonan Anwar untuk menggugurkan kes, peguam Anwar tidak pun memasukkan hujah alibi di dalam penghujahan mereka.

Kenapa peguam Anwar tidak menggunakan hujah alibi sebagai hujah paling utama ? Kenapa peguam Anwar hanya berhujah dengan hujah laporan doktor dan peguam negara ?

Maksudnya apa ? Maksudnya jika Anwar tidak menggunakan hujah alibi, bermakna secara langsung Anwar tidak dapat menafikan pada tarikh (26 Jun 2008), tempat (Unit 11-5-1 Desa Damansara Kondominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur) dan masa (antara 3.01 petang dan 4.30 petang), Anwar dan Saiful berada di tempat kejadian. Anwar dan barisan peguamnya tidak dapat menyangkal hujah ini.

Ingat kes ini, berlaku dalam masa selang dua hari. Anwar didakwa meliwat Saiful pada 26 Jun 2008, dan Saiful pula membuat laporan polis pada 28 Jun 2008. Bermakna sama ada Saiful atau Anwar pada masa itu masih ingat kejadian itu satu persatu, kalau tidak masakan Anwar terkincit-kincit lari ke kedutaan asing sebaik sahaja, bekas pembantu peribadinya membuat laporan polis.

Sampai sekarang rakyat Malaysia masih tertanya-tanya, kenapa Anwar melarikan diri ke kedutaan asing sebaik sahaja laporan polis dibuat ? Anwar takut kepada siapa dan kerana apa ?

Hanya orang yang bersalah sahaja merasakan dirinya ketakutan, tetapi kalau orang tidak bersalah, tiada ketakutan pun bermain di mindanya. Berani kerana benar, takut kerana salah!

Hujah Pertama : Laporan Doktor

Sivarasa berhujah hari ini; "Berdasarkan laporan perubatan oleh pegawai perubatan dari Pusrawi yang mula-mula sekali memeriksa pengadu, dinyatakan bahawa dubur itu tidak berdarah, tidak cedera, tidak bernanah dan ia adalah bersih, kering serta kelihatan normal, katanya, sambil menambah perkara itu turut disokong oleh laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur yang menyatakan bahawa penetrasi tidak berlaku"

Hujah Hospital Pusrawi adalah hujah yang amat lemah. Dr Novandri Hassan Basri,dari Pulau Pinang mematahkan hujah ini dari sudut pandangan doktor. Pertama doktor Hospital Pusrawi hanya doktor biasa dan tidak pakar dalam bidang liwat. Doktor itu tidak membuat diagnosis yang tepat dan mencadangkan Saiful ke hospital kerajaan untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih terperinci dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Kedua menurut Dr Novandri, jika doktor Pusrawi hanya doktor biasa, bekerja di hospital swasta, sepatutnya cukup dengan hanya mendapatkan informasi daripada pesakit dan tidak meneruskan diagnosis di luar daripada kepakarannya. Doktor tersebut sepatutnya telah faham yang beliau tidak berkelayakan untuk meneruskan sebarang pemeriksaan fizikal terutamanya di bahagian-bahagian badan yang paling disyaki seperti dubur (anal).Klik di sini

Perkara yang sama turut diperkukuhkan dengan hujah daripada Pengarah Besar Hospital Pusrawi, Wan Mahmod Wan Yaakub mengesahkan doktor yang memeriksa Saiful hanyalah doktor biasa yang bertugas di bahagian kecemasan dan kemalangan dan bukannya doktor pakar serta pemeriksaan dilakukannya tidak berkaitan dengan liwat.



Hujah Sivarasa mereka mempunyai bukti sokongan daripada Hospital kerajaan (HKL) juga boleh dipertikaikan. Bagaimana barisan peguam Anwar mempunyai semua salinan laporan doktor HKL, jika permohonan mereka untuk mendapatkan salinan itu tidak diizinkan oleh pihak mahkamah ?

Adakah barisan peguam Anwar 'mencuri' dokumen sulit dari hospital kerajaan, sebagaimana yang mereka lakukan ke atas hospital swasta ?

Sebarang bukti dan dokumen pesakit adalah sulit dan tidak boleh didedahkan kepada umum, tanpa keizinan daripada pesakit, itulah amalan dan etika kedoktoran yang diamalkan di hospital kerajaan. Jadi dari mana peguam Anwar mendapat bukti sokongan itu yang didakwa dari hospital kerajaan ?

Kalau hanya bergantung kepada cebisan salinan yang dibekalkan oleh pihak pendakwa kepada pihak peguambela Anwar, adakah itu cukup kuat untuk Anwar berhujah, sedangkan pasukan pendakwa mempunyai laporan terperinci yang belum didedahkan kepada umum ?

Sebab itu, pasukan pendakwa berhujah, masuk bicara dahulu, pasukan pendakwa akan memberi kesemua dokumen-dokumen dari hospital kerajaan dan cabar di mahkamah adakah relevan atau tidak ? Kenapa Anwar dan pasukan pendakwanya takut memasuki fasa itu (dibicarakan) ?

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan hari ini membuat kesimpulan bahawa laporan DNA oleh ahli kimia, terdapat spesimen DNA campuran daripada dua lelaki di tempat kejadian, yang menyokong dakwaan Mohd Saiful bahawa dia benar-benar diliwat oleh Anwar.

Tiada kesan penetrasi, bukan bererti tidak diliwat, kerana Anwar boleh menggunakan pelincir (KY Jelly) semasa melakukan aktiviti sodomi itu sehingga tidak meninggalkan kesan. Tetapi bagaimana dengan kesan air mani Anwar yang terdapat di dalam lubang dubur Saiful hasil daripada ujian DNA, hospital kerajaan ?

Hujah kedua : Kes Peguam Negara, Abd. Ghani Patail

Sebenarnya hujah ini paling lemah dan bukan hujah pun. Sepatutnya peguam Anwar tidak memasukkan hujah ini dalam rumusan hujah utama mereka.

Kes Peguam Negara, Abd. Ghani Patail sebenarnya telah dibahaskan sebelum ini, semasa keputusan untuk memindahkan kes liwat dari Mahkamah Seksyen ke Mahkamah Tinggi. Pada 5 Mac 2009, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah berkata sijil pemindahan kes yang dikeluarkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail adalah sah, dan menolak bantahan yang dibangkitkan oleh peguam pembela. Klik di sini dan di sini

Keputusan Hakim Mohamad Zabidin Md Diah itu tidak begitu disenangi oleh Anwar, kemudian dia merayu di Mahkamah Rayuan. Pada 2 Julai 2009, tiga hakim yang bersidang mendengar rayuan Anwar juga menolak permohonan Anwar.

Keputusan sebulat suara itu dimuktamadkan oleh panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Abdull Hamid Embong. Beliau bersidang bersama Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Hakim Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.

Ketika mengumumkan keputusan itu, Mahkamah Rayuan memberi jaminan bahawa kuasa Eksekutif termasuk Perdana Menteri tidak berhak mencampuri urusan pendakwaan kes jenayah di negara ini kerana tindakan itu melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri selaku Ketua Eksekutif bukan merupakan autoriti yang layak berbuat demikian kerana Perkara 145(3) dan Perkara 145(3A) Perlembagaan Persekutuan hanya memberi kuasa kepada pendakwa raya untuk bertindak terhadap pendakwaan jenayah.

Mahkamah Rayuan turut berpendapat, pendakwa raya yang juga Peguam Negara hanya perlu menjawab dalam perkara berkaitan pentadbiran kepada Perdana Menteri bukannya mengenai urusan pendakwaan.Klik di sini

Jadi di manakah relevankan peguam Anwar menggunakan hujah 'peguam negara' sedangkan perkara itu telah diputuskan oleh dua mahkamah iaitu Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang melibatkan empat hakim yang sebulat suara menolak hujah tersebut ?

Sebab itu, peguam-peguam veteran (termasuk Raja Aziz Addruse, 73, Karpal Singh,69, Datuk Param Cumaraswamy, 68, dan Datuk CV Prabakharan 65) enggan membawa usul ini di mahkamah kerana mereka sudah tahu kelemahan hujah tersebut. Sebab itu juga Sulaiman Abdullah, bekas ketua pasukan peguambela Anwar, yang arif dalam kes liwat Anwar 1998, juga turut menarik diri daripada kes ini, kerana tidak mahu ikut telunjuk Anwar, mengarahkan perkara-perkara yang tidak masuk akal dan tidak berlandaskan fakta.

Sebab itu, Anwar hanya menggunakan peguam junior yang tidak berpengalaman dalam kes liwat 1998 untuk mengetuai barisan peguam bela Anwar hari ini. Sivarasa Rasiah adalah peguam junior yang tidak setanding dengan Karpal Singh, dia hanya 'peguam politik' yang berhujah mengikut kemahuan Anwar, mengikut resipi politik.

Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR; Lateffa Koya, Ketua Penerangan PKR dan Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR. Akhirnya hujah-hujah mereka diselubungi dengan hujah-hujah politik, bukannya fakta mahkamah. Akhirnya, Anwar bakal kecundang sekali lagi seperti tahun 1998. Sulaiman Abdullah sudah nampak perkara ini, sebab itu dia tarik diri awal-awal...



Oleh Cyber1Trooper, AIDCclub

[anwaribrahimdotcom] Anwar pupet Yahudi, sokong Annapolis Summit

Filed Under ( , ) by pisau

Setelah Anwar menandatangani 'two state solution' yakni mengiktiraf Negara Israel yang sah anjuran ICG, di Vancouver, Kanada, pada Mac 2007, [klik sini dan di sini] sekali lagi Anwar menandatangani surat sokongan Annapolis Summit kepada Presiden Bush, pada 10 Oktober 2007.Klik di sini

Bermakna dua kali Anwar menandatangani surat sokongan penubuhan negara Israel yang sah.

Pertama melalui mesyuarat ICG yang bermesyuarat di Vancouver, Kanada pada Mac 2007 dan kedua melalui surat sokongan kepada Presiden Bush yang diusahakan oleh tiga badan pemikir Amerika (ICG, USMEP & New American Foundation) pada 10 Oktober 2007.

'Two state solution' anjuran ICG

Dalam tandatangan pertama Anwar bersama 23 ahli mesyuarat ICG yang lain bersetuju dengan konsep yang kononnya two state solution. Iktiraf Negara Israel yang sah dan iktiraf negara Palestin yang sah. Tetapi masalahnya di Palestin, ICG mengiktiraf Mahmoud Abbas sebagai Presiden Palestin, sedangkan majoriti muslim di sana mengetahui Mahmoud Abbas adalah pro Amerika Syarikat yang digelar sebagai proksi Israel.

Sebab itu dapat disimpulkan two state solution penjanjian yang berat sebelah dan menguntungkan Israel. Pertama, Israel mendapat status sebuah negara yang sah, kedua; Israel mendapat pengiktirafan hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam yang lain (seperti yang dicadangkan oleh ICG) dan ketiga Israel berjaya menabalkan presiden boneka di Palestin, seandainya cadangan ICG diterima oleh penduduk Palestin.

Jadi dapat disimpulkan, walaupun pada namanya nampak molek 'two state solution' (solusi dua negara), tetapi yang membina kerangka itu adalah terdiri dari kumpulan zionis Amerika, yang berselindung di sebalik topeng ICG, terdiri daripada Morton Abramowitz, Stephen Solarz dan Zbigniew Brzezinski, sampai kiamat pun mereka tetap membawa agenda kemenangan mutlak kepada Israel.

Nampak molek pada pemukaan, tetapi tersiratnya bahaya yang amat besar kepada seluruh umat Islam.

Apatah lagi, badan ICG merupakan alat Yahudi Amerika yang disponsor oleh agen Yahudi Rothschild bernama George Soros.

Seperti Anwar, sentiasa berceritakan yang molek-molek berkenaan ICG [klik di sini], tetapi di sebalik yang molek-molek itu sebenarnya Anwar diremote oleh Yahudi Amerika untuk menjadi 'spy' dan musuh dalam selimut negara-negara Islam.

Bukti penglibatan Anwar dalam menyokong agenda 'two state solution' anjuran ICG didedahkan sendiri oleh laman web ICG, bertarikh 26 Mac 2007. Bukti klik di sini


'Annapolis Summit' anjuran Presiden Bush

Seterusnya Anwar sekali lagi menyatakan komitmen yang sama dalam menandatangani surat sokongan kepada Presiden Bush, pada 10 Oktober 2007 untuk menyokong 'two state solution' yang kemudiannya dikenali sebagai Annapolis Summit.

Bukti penglibatan Anwar dalam menandatangani surat sokongan Annapolis Summit didedahkan oleh Steve Clemons, dari New America Foundation yang turut sama terlibat dalam kempen tandatangan tersebut.

Bukti pembabitan nama Anwar yang didedahkan oleh Steve Clemons, klik di sini dan di sini dan di sini dan di sini dan di sini

Kalau satu bukti, mungkin kita boleh beranggapan Steve Clemons tersilap memasukkan nama Anwar, tetapi bagaimana kalau lima bukti ?

Adakah Steve Clemons kenal Anwar ?

Pada tahun 2003, Steve Clemons telah menulis berkenaan Anwar Ibrahim dalam jurnal JPRI (Japan Policy Research Institute). Dalam tulisan itu, Clemons telah mendakwa Anwar Ibrahim membayar satu badan lobi Amerika yang korup iaitu APPC (Asia Pasific Policy Center) yang dimiliki oleh Doughlas Paal.

Tujuan Anwar membayar badan pelobi Amerika yang korup itu adalah untuk menaikkan namanya di kaca mata pentadbir-pentadbir Amerika Syarikat.

Tulis Clemons;

"Apabila Presiden George H.W. Bush bersara, Douglas Paal mengasaskan kumpulan pemikirnya sendiri, yang dinamakan Asia Pacific Policy Center (APPC)....APPC juga menganjurkan beberapa siri lawatan ahli Kongres, khususnya Senat Amerika Syarikat ke Malaysia. Sesetengah pihak mendakwa bahawa dana penajaan ini datang daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang pada ketika itu adalah Anwar Ibrahim, yang dianggap sebagai pengganti kepada Perdana Menteri Mahathir". Klik di sini

Steve Clemons bukan calang-calang orang. Dia merupakan penulis dan pemikir yang terlibat dalam banyak badan pemikir Amerika Syarikat, antaranya termasuk Nixon Center , Economic Strategy Institute, New America Foundation, dan Japan Policy Research Institute.

Bermakna kenyataan yang ditulis oleh Steve Clemons berkenaan dengan tandatangan sokongan Anwar terhadap Annapolis Summit dianggap bertanggungjawab dan berwibawa.

Menurut Clemons, seramai 82 orang yang menandatangani surat sokongan itu dan Anwar Ibrahim adalah salah seorang daripada mereka itu. Surat ini dihantar kepada Presiden Bush pada 10 Oktober 2007;

1. Tandatangan sokongan ini diketuai oleh 8 orang kepala-kepala Yahudi yang terlibat secara aktif dalam dalam tiga badan pemikir Yahudi Amerika Syarikat iaitu CFR (Council on Foreign Relations), ICG (International Crisis Group) dan USMEP (The U.S./Middle East Project). Lapan orang tersebut adalah Zbigniew Brzezinski, Lee H. Hamilton, Carla Hills,

Nancy Kassebaum-Baker, Thomas R. Pickering, Brent Scowcroft, Theodore C. Sorensen dan Paul Volcker.


2. Kemudian disusuli dengan tandatangan dari 74 aktivis masyarakat mewakili ICG, USMEP, New America Foundation, J Street dan individu-individu yang pro Israel. Anwar Ibrahim salah seorang daripada 74 aktivis itu yang mewakili CFR, ICG dan The Brookings Institution.


3. Daripada 82 orang itu, hanya 5 orang beragama Islam, manakala 77 lagi bukan Islam. Kebanyakan mereka adalah keturunan Yahudi yang amat bersimpati dengan Israel.


4. Daripada 5 wakil yang beragama Islam, tiada seorang pun wakil dari Hamas. Kesemua wakil Islam itu adalah tali barut Amerika Syarikat yang terlibat aktif dalam ICG atau USMEP yang kedua-dua badan pemikir itu disponsor oleh Yahudi Amerika. ICG disponsor oleh George Soros, manakala USMEP disponsor oleh Rockefeller. Mereka adalah Anwar Ibrahim (ICG), Fouad Alghanim (USMEP), Fouad Makhzoumi (USMEP), Ayo Obe (ICG) dan Adnan Abu Odeh (ICG)


5. Steve Clemons, juga merupakan salah seorang daripada 82 penandatangan sokongan tersebut. Beliau mewakili Felo Kanan dan Pengarah, Senior Fellow & Director, New America Foundation/American Strategy Program


6. Majoriti daripada mereka adalah ahli CFR, terlibat dalam CIA, badan risikan/keselamatan , badan pemikir dan yayasan demokrasi Amerika Syarikat. Misalnya; John Edward McLaughlin (Bekas Timbalan Pengarah CIA di bawah Presiden Bush), Paul R. Pillar (Bekas Aktivis CIA di Vietnam), Frank Wisner, (Bekas Ketua Pengarah CIA), Harriet Babbitt, (Bekas Timbalan Pentadbiran USAID), Leon Fuerth,(Bekas Penasihat Keselamatan Negara kepada Naib Presiden Al Gore), Rita E. Hauser, (Bekas Penasihat Perisikan Luar Negara Presiden Bush), Samuel M. Hoskinson (Bekas Naib Pengerusi Majlis Perisikan Negara Presiden Bush), Lawrence Korb (Penasihat Kanan kepada Pusat Maklumat Pertahanan), Flynt Leverett (Bekas Penganalisis Kanan, Agensi Perisikan Pusat), Stephen J. Solarz (Bekas Pengarah NED/IRI) dan lain-lain lagi.


7. Di antara mereka terdapat bekas menteri Israel, duta Amerika ke Israel dan pemegang yayasan Israel seperti; Shlomo Ben-Ami (Bekas Menteri Luar Israel), Thomas R. Pickering (Bekas Duta Amerika Ke Israel), Edward Djerejian (Bekas Duta A.S. ke Israel), Peter Edelman (Presiden New Israel Fund) dan Daniel Levy (Bekas penasihat Menteri Kehakiman Israel, Yossi Beilin).


8. Juga di antara mereka, terdapat tokoh-tokoh yang pernah terlibat dalam rundingan 'Camp David Accords' (rundingan antara Anwar Sadat dengan Perdana Menteri Israel), anjuran Presiden Certer seperti Zbigniew Brzezinski.


9. Tokoh kontroversi yang dikaitkan dengan pencetus idea Islam Liberal bernama Harvey Cox juga salah seorang penandatangan sokongan tersebut. Harvey Cox adalah Profesor Pengajian Teologi Hollis, di Universiti Harvard. Berkahwin dengan wanita Yahudi dan dianggap sebagai Pencetus 'Kristian Liberal', di dalam bukunya yang bertajuk 'The Secular City'. Menurut Pusat Kajian Islam Indonesia, Nurcholish Madjid membawa pemikiran Islam Liberal ke Indonesia berdasarkan buku 'The Secular City' karangan Harvey Cox ini. Klik di sini


Apabila Presiden Bush melaksanakan Annapolis Summit di Maryland, Amerika Syarikat pada 27 November 2007, ternyata cadangan ICG/CFR untuk mengaplikasikan 'two state solution' telah diterima pakai.

Presiden Bush tidak menjemput wakil Hamas dalam rundingan ini, sebaliknya menjemput Mahmoud Abbas, yang sebelum ini sering disebut-sebut sebagai proksi Amerika Syarikat (sebagai wakil Palestin) berunding dengan Ehud Olmert (ketika itu Perdana Menteri Israel).

Dalam rundingan itu, Presiden Bush mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah dan Mahmoud Abbas sebagai Presiden Palestin yang berdaulat.

Namun begitu rundingan ini gagal kerana ditentang oleh majoriti muslim di Palestin dan negara-negara Islam termasuk Iran.

AIDC

Anwar, ICG terlibat dalam operasi CIA ?

Filed Under ( ) by pisau

Anwar Ibrahim terlibat aktif dalam ICG (International Crisis Group). Tetapi siapakah pengasas ICG dan benarkah operasi ICG adalah warisan operasi CIA ?

Dua tulang belakang pengasas ICG adalah
Zbigniew Brzezinski dan Morton I Abramowitz. Siapakah mereka ? Benarkah mereka merupakan pegawai CIA yang pernah terlibat dalam pelbagai krisis untuk kepentingan Amerika Syarikat ?

Brzezinski dan Abramowitz kedua-dua berbangsa Yahudi. Bekas pentadbir Amerika Syarikat semasa zaman Presiden Carter dan Reagan.

Pada tahun 1970-an, polisi luar Amerika Syarikat dipengaruhi oleh
'The Bernard Lewis Plan', idea dari Profesor Emeritus Bernard Lewis yang mengkaji Timur Tengah dan Empayar Uthmaniyah di Universiti Princeton, Amerika Syarikat.

Bernard Lewis adalah profesor pemikir Yahudi yang kemudiannya dikenali sebagai neoconservative.

The Bernard Lewis Plan berasaskan idea 'Arc of Crisis' (Lengkok Krisis), iaitu memperalatkan golongan radikal Islam untuk menentang komunis dengan matlamat untuk menjatuhkan Empayar
Rusia. Kaedah ini diaplikasikan di Afganistan, apabila CIA memberi bantuan senjata besar-besaran kepada kumpulan Mujahidin untuk menentang tentera Rusia. Klik di sini

Morton I. Abramowitz, seorang pegawai CIA yang terlibat dalam operasi membantu kumpulan pemberontakan mujahideen
Afghanistan dan Albania Kosovo. Pada tahun 1986, Abramowitz dilantik sebagai Penolong Setiausaha Negara untuk perisikan dan penyelidikan (bertanggungjawab menjaga CIA) dalam pentadbiran Reagan, khusus untuk membantu penghantaran senjata-senjata Stinger. Klik di sini

Pada tahun 1980-an, CIA telah membekalkan hampir 1,500 -2000 senjata Stingers kepada
Mujahideen di Afghanistan semasa 'Operation Cyclone', perang pihak pemberontak Muslim melawan Rusia di Afghanistan.

Sebenarnya 'Operation Cyclone' dimulakan sejak zaman Presiden Carter lagi. Idea itu dihasilkan oleh Brzezinski, penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat. Klik di sini

'Operation Cyclone' adalah singkatan kepada
Pusat Agensi Perisikan Amerika Syarikat yang dijalankan oleh CIA secara 'covert' (tersembunyi) . Operasi ini bercorak bantuan ketenteraan (senjata) khusus membantu kumpulan Mujahidin di Afghanistan, melawan Russia, pada tahun 1979-1989. Untuk menjayakan operasi ini, CIA telah membelanjakan $20–30 million setiap tahun pada 1980 dan meningkat kepada $630 million setiap tahun pada tahun 1987.

Operasi CIA yang bertujuan memusnahkan elemen komunisme di Afghanistan ini telah mendapat kerjasama ISI (Pakistani Inter-Services Intelligence) , badan perisikan utama Presiden
Muhamad Zia-Ul-Haq (Presiden Pakistan). Dana CIA disalurkan kepada ISI Pakistan dan diseterusnya disalurkan kepada kumpulan Mujahidin Afganistan, pimpinan Osama ben Laden dan Gulbuddin Hekmatyar.

Bermakna 'Operation Cyclone' adalah operasi CIA-Brzezinski membantu kumpulan Mujahidin-Osama Ben Laden. Klik di sini



Foto Brzezinski (kiri) dengan Osama Ben Laden(kanan)


Wikipedia 'Operation Cyclone' melaporkan Gulbuddin Hekmatyar, sahabat rapat Osama Ben Laden menyuarakan rasa ketidakpuasan hatinya dengan polisi CIA yang menyalurkan dana melalui Pakistan yang menyebabkan agihan dana itu tidak dibahagikan secara adil. Presiden Pakistan, Zia Ul Haq memberi amaran kepada kepada Hekmatyar agar berhenti daripada mengkritik dan terus berkerjasama sekiranya mahu tentera Rusia dikalahkan. Klik di sini

Operasi CIA ini diteruskan lagi semasa zaman Presiden Reagan dan ketika ini Morton I. Abramowitz pula memainkan peranan yang pernah dimainkan Brzezinski.

Adakah semua ini berkait dengan Anwar Ibrahim ?

Ketika peperangan tentera Mujahidin menentang Rusia pada tahun 1979, Anwar masih lagi menjadi Presiden ABIM.

Jika anda berpeluang membaca buku riwayat hidup Anwar Ibrahim (
Anwar Ibrahim, Cekal dan Tabah, arenabuku sdn. bhd 1984) yang ditulis oleh penulis Barat, J. Victor Morais anda akan lebih memahami perkaitan ini.

J Victor Morais menulis;

Dalam bulan Januari 1980, ABIM (Anwar, Presiden ABIM) telah mengadakan suatu perhimpunan di Masjid Kampung Baru membantah pencerobohan tentera-tentera Soviet ke atas umat Islam di negara Afghanistan. Seramai kira-kira 4,000 orang telah hadir di perhimpunan itu di mana satu keputusan diambil untuk menghantar satu utusan ke kedutaan Rusia untuk menyampaikan surat bantahan.

Anwar hantar memorandum di kedutaan Rusia by you.
Anwar menghantar memorandum di kedutaan Rusia pada tahun 1980


Keesokan harinya serombongan lima orang diketuai oleh Anwar telah menghantar surat bantahan kepada Duta Rusia itu, Dr BT Koulik. Ketika itu juga lebih kurang seratus orang ahli ABIM telah mengadakan tunjuk perasaan siap dengan spanduk-spanduk. Satu daripadanya dalam Bahasa Melayu bertulis. "Soviet, kamu tidak perlu di sini"

Tidak lama selepas itu, Anwar telah mengunjungi sempadan Afghanistan untuk mendapatkan penerangan selanjutnya dan menyerahkan $50,000 kepada pemberontak Afghan. Setibanya kembali ke Malaysia pada 26 Februari 1980, beliau telah memberitahu bahawa kerajaan Rusia telah memulakan pengunduran tentera Muslimnya dari Afghanistan.

Anwar menambah bahawa beliau telah menemui dua orang pemimpin nasionalis Afghanistan di sempadan. Mereka ialah Gulbuddin Hekmatyar dan Prof. Burhanuddin Rabani.

Beliau berkata tentera nasionalis itu yakin yang mereka boleh berjuang bersendirian tetapi mereka menyambut baik sokongan yang lebih konkrit yang berupa senjata dan wang.

"Apa yang diperlukan oleh pemberontak- pemberontak ini sekarang adalah senjata-senjata" , Kata Anwar Ibrahim [J. Victor Morais, Anwar Ibrahim, Cekal dan Tabah,halaman 17-19]

Persoalan :

1. Dari mana Anwar mendapat dana sebanyak $ 50,000 yang disumbangkan kepada pemberontak- pemberontak Afghan ?

2. Bukankah dua Mujahidin yang ditemui oleh Anwar iaitu
Gulbuddin Hekmatyar dan Prof. Burhanuddin Rabani juga merupakan rangkaian Osama Ben Laden yang dibantu oleh CIA melalui Brzezinski dan Abramowit ?

3. Sama ada kebetulan atau perancangan, Anwar telah menerima
"Medal Ulama Iqbal 100 tahun" daripada Presiden Pakistan, Zia Ul-Haq. Presiden Zia Ul Haq merupakan tali barut CIA, sebagai orang perantaraan penyaluran dana Amerika ke Afghanistan, manakala Iqbal (Muhamad Iqbal) pula merupakan tokoh Islam Liberal, Pakistan. Klik di sini

AIDC

Penang Republic Sosialis:Raya Haji, Melayu Penang Di Lembukan Lagi,RM75 ribu untuk sekolah tahfiz,RM10juta untuk sekolah cina!

Filed Under ( , ) by pisau

Sebelum ini melayu diperbodohkan apabila Khalifah Cina Melaka memperbodohkan orang melayu,wajib mendapatkan bantuan di tokong :klik sini


Kali ini Pisau ingin mendedahkan bagaimana melayu Pulau Pinang sekali lagi dilembukan lagi,buat Adun pemimpin pakatan haprak Dr Mansoor,Salleh Man,Malik Itik dan beberapa orang lagi tahniah Pisau ucapkan kerana anda berjaya membuat Pulau Pinang sebagai negeri penternak kerana berjaya menghasilkan lembu lembu melayu teramai di Malaysia.



Kenapa Pisau mengelarkan melayu melayu ini lembu, Ya,ini kerana mereka cukup mudah ditarik hidung dan bodohnya mengalahkan lembu.Cukup mudah di perbodohkan oleh seorang cina import dari melaka.




Lembu lembu melayu di perbodohkan sekali lagi di Pulau Pinang, Kali ini Khalifah cina melaka Lim Guan Eng memperbodohkan bini sundalnya PAS kerana hanya menyalurkan bantuan sebanyak RM 75 ribu kepada sekolah tahfiz quran. Dengan hanya bantuan RM75 ribu,barangkali sudah cukup buat PAS mengankat khalifah cina melaka ini ke darjat yang lebih tinggi.



Nilai lembu melayu hanya RM75ribu, bezanya jauh bukan kepalang terhadap bantuan sekolah cina apabila Khalifah Cina Melaka menyalurkan sebanyak RM10juta.



Masihkah anda ingat apabila DAP menglembukan Nizar di Perak,perkara yang sama juga berlaku,di selangor juga berlaku,kini Khalifah cina melaka mengikut jejak langkah untuk memperbodohkan lembu melayu di pulau pinang.Pisau telah katakan,Khalifah Sosialis Cina Melaka ini makin hari makin menunjukkan belang,grand agenda mengsingaporekan penang in progress.




Pisau akan mendedahkan sedikit demi sedikit agar melayu Pulau Pinang sedar, jangan mudah di perbodohkan oleh Ketua menteri import Khalifah sosialis cina melaka ini.



Pisau kata "Jadilah seorang melayu yang berotak manusia,jangan dibiarkan otak anda ibarat lembu."



Usaha Golongan Chauvanist & Buta Sejarah Menghalalkan Dosa Chin Peng

Filed Under ( , ) by pisau

Chin PengImage via Wikipedia

Sejak kebelakangan ini,sudah jelas memang ada usaha membawa pulang Chin Peng.Pelbagai cara dan taktik digunakan. Mereka mereka yang di sebelah sana,PAS,DAP & PKR tanpa mengenal penat dan lelah mahukan kepulangan ketua komunis malaya ini. (pemimpin pakatan haprak berjumpa chin ping :klik sini)

Usaha mereka bukan sahaja menyemai doktrin kononnya perjuangan komunis sebagai nasionalis,malah Nik Aziz sendiri mengelarkan Chin Peng seorang nasionalis kemerdekaan.Sejarah dan fakta diubah, malah mereka ini menunjukkan komunis adalah lebih baik daripada Umno,MCA & MIC .

Malah ada juga pemimpin dari BN,seperti pengerusi Gerakan ada menyarankan agar Chin Peng dibenarkan pulang :klik sini

Yang terbaru di akhbar The Star menceritakan akan keuzuran Chin Peng klik sini ,artikel tersebut benar benar satu cubaan menagih simpati daripada rakyat.
Mereka menyemai fahaman kepada golongan muda dengan menidakkan perjuangan & pengorbanan pejuang pejuang kemerdekaan dengan mengankat perjuangan PKM lah yang menyebabkan negara mencapai kemerdekaan.

Usaha dangkal dan meremehkan minda rakyat jelas membuatkan ramai dikalangan yang buta sejarah benar benar percaya akan fakta dan sejarah yang diubah demi Chin Peng.

Tidakkah anda sedar Chin Peng sendiri menolak untuk menyerah diri,malah mereka mahukan diberi keistimewaan agar dapat terus releven didalam kancah politik tanah melayu ketika itu,setelah gagal,galang gantinya maka tertubuhlah parti DAP/PAP demi mencapai hasrat perjuangan komunis malaya.

petikan dari blog IMMSA


PETIKAN SURAT DARIPADA CHEN PING PADA TANGGAL 12OCTOBER 1957
Surat Chen Ping yang bertaip di dalam bahasa Melayu yang di hantar kepada Tunku Abdul Rahman itu adalah seperti diatas:

JAWAPAN TUNKU ABDUL RAHMAN

Tunku Abdul Rahman telah menjawab surat tersebut dengan menyuruh Parti Komunis Melaya(PKM) menyerah diri tanpa syarat.Syraat yang ditetapkan oleh Chen Ping yang di tolak oleh Tunku ketika iaitu SUPAYA KERAJAAN PERSEKUTUAN MENGIKTIRAF PARTI KOMUNIS.



PETIKAN LAGI SURAT BALAS DARIPADA CHEN PING PADA TANGGAL 9DISEMBER 1957
Pada kali ini,Chen Ping telah menunjukkan sikap yang keras dan sombong iaitu:

Tanggal 9 Disember 1957
Yang Berhormat Perdana Menteri
Persekutuan Tanah Melayu

Dengan hormatnya saya maklumkan bahawa saya bersedia mengutus saudara Rashid Maidin dan saudara ChenTian sebagai wakil pihak kami untuk mengadakan rundingan pendahuluan dengan wakil pihak Tunku.
Seperti yang saya sebutkan dalam surat saya tanggal 12 October,1957 bahawa rundingan pendahuluan ini adalah bermaksud melicinkan tercapainya persetujuan yang adil dan menasabah dalam perundingan kita bagi menamatkan peperangan dan melaksanakan keamanan di dalam tanahair kita ini maka jelaslah ini lansung tidak kena mengena dengan apa yang disebut penyerahan diri itu.
Umum mengetahui bahawa tujuan perjuangan bersenjata yang dilancarkan oleh Parti kami itu adalah untuk mengusir kaum colonial dan untuk memperjuangkan kemerdekaan Malaya maka tidaklah bermaksud menganggap kerajan Persekutuan yang dipilih dengan pihak kami lansung tidak terdapat persoalan menyerah diri.
Kerajaan Perikatan pun telah berjanji kepada rakyat hendak menamatkan darurat,maka Kerajaan Perikatan patutlah ikhlas menamatkan peperangan sebagaimana Parti kami patut mencapai persetujuan yang adil dan menasabah dengan pihak kami bersendikan prinsip penghentian perang dengan tidak bersyarat malah bukanlah mengeluarkan omongan-omongan menyerah diri yang tidak berpatutan.
Mengeluarkan omongan-omongan menyerah diri yang lansung tidak berpatutan itu sama sekali tidak beralasan.Ini semata-mata menunjukkan ketidak keikhlasan bagi menamatkan peperangan dan bagi mencapai persetujuan yang adil dan menasabah dengan pihak kami maka silalah aturkan haribulan dan tempatnya supaya wakil pihak kami dapat menghadiri rundingan pendahuluan itu.
Sekian wassalam.
Yang Benar

Chen Ping
Setiausaha Agung
Parti Komunis Malaya

Jawapan Tunku mudah iaitu beliau tidak akan berunding lagi dan memberi tempoh sehingga 30April 1958 untuk menyerah diri.Jika tidak perang akan dilancarkan terhadap mereka kerana tujuan PKM MINTA DIIKTIRAF ADALAH UNTUK MENYEBARKAN FAHAMAN KOMUNIS DIKALANGAN RAKYAT PADA MASA TERSEBUT.
Bagaimana pun komunis tetap komunis juga.Chen Ping masih berdegil di atas kehendaknya yang asal iaitu mereka tidak akan meletak senjata selagi mereka tidak diiktiraf atas alasan Tunku telah menjalankan hubungan luar Negara dengan Negara-negara luar termasuk Negara-negara komunis. KEHENDAK Chen Ping itu ini seolah-olah dia yang menetukan dasar luar kerajaan negeri.Tetapi Tunku tetap bertegas dan tidak bertolak ansur iaitu serah diri atau menerima “pukulan”.


Apa yang PAS mahukan? sudah sudahlah berbohong kepada rakyat,hanya kerana bencikan UMNO sehinggakan menghalalkan darah para pejuang dan perajurit demi Komunis?Bencinya pada Umno sehingga sanggup menukarkan fakta sejarah,sanggup berselingkoh bersama DAP demi mahu menjahanamkan UMNO.Malah cukup memalukan orang melayu sendiri berganding bahu bersama bangsa lain mahu menjatuhkan bangsa melayu. bijak atau bodoh?anda sendiri tafsirkan.

Jelas kaitan perjuangan berbentuk sosialis dan komunis cukup terbukti apabila pakatan haprak mula memainkan sentimen "Kuasa Rakyat" ,"Suara Rakyat Keramat","People Power" & " Ketuanan Rakyat" jelas mencerminkan doktrin komunisme & sosialis, PKR & PAS terikut dengan rentak DAP,bagaikan ditunggang dan ditarik hidung,mereka mereka ini dipergunakan secukup cukupnya untuk menghalalkan cara demi matlamat DAP mencapai sebuah negara republik.



Pisau kata " PAS makin celaru,Komunis dihalalkan demi kesumatnya pada UMNO"

Di sebalik kisah saham Shamshida Taharin

Filed Under ( ) by pisau

SahamAzmin4


Oleh AIDC

Apabila bekas Setiausaha Sulit (SUS) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan , Anuar Shaari membuat laporan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman pada 17 November lalu, jam 11.45 pagi ramai orang tertanya-tanya apakah isi kandungannya. Apakah benar signifikan dokumen-dokumen itu dengan Azmin Ali, Shamsidar Taharin dan Anwar Ibrahim, sehinggakan Anwar terpaksa melabel Anuar sebagai 'diupah' dan Azmin pula melabel sebagai 'pengemis politik'.

Memahami karektor Anwar dan Azmin, apabila mereka memulakan perlabelan ke atas seseorang, bermakna mereka tiada hujah untuk menjawabnya, kecuali menggunakan kaedah 'character assassination' (pembunuhan watak) dengan label-label jahat seperti itu.

Teknik yang sama pernah digunakan oleh Anwar dan Azmin ketika berhadapan dengan Dr Mahathir dengan menggelarkan bekas Perdana Menteri Malaysia itu sebagai 'Maha Firaun', 'Maha Zalim' dan sebagainya.

Bermakna apabila Anwar dan Azmin melabelkan Anuar Shaari sebagai 'diupah' dan 'pengemis politik', bermakna laporan polis yang dibuat oleh bekas pekerjanya itu ada asas yang kuat, sama seperti dakwaan Dr Mahathir yang mengatakan Anwar seorang yang tidak bermoral pada tahun 1998. Dakwaan Dr Mahathir terbukti benar, apabila Hakim Datuk S. Augustine Paul pada 14 April 1999 menjatuhi hukuman penjara enam tahun atas empat tuduhan pindaan rasuah kerana menyalah guna kuasa di bawah Seksyen 2(1) Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.. Klik di sini

Penggunaan kaedah 'character assassination' merupakan kaedah terdesak yang membayangkan orang yang dituduh itu berada dalam bayangan ketakutan.

Pada 17 November lalu, Anuar Shaari berkata, "Saya ingin cari kebenaran... Saya rasa penyokong-penyokong Azmin Ali, Wan Azizah dan Anwar juga ingin mencari kebenaran... Lebih-lebih lagi Wan Azizah juga ingin tahu, kenapa kebanyakan daripada saham tersebut atas nama Shamshida"

Anuar Shaari bukan 'budak upahan' seperti yang cuba digambarkan oleh Anwar. Dia mempunyai jati dirinya sendiri. Kalau Anuar, tidak hebat, kenapa Anwar perlu mengambil Anuar bekerja dengannya sebagai Setiausaha Sulit di Kementerian Kewangan satu ketika dulu.

Kalau Anuar tidak mempunyai jati diri, kenapa Wan Azizah memilih Anuar sebagai Setiausaha Politiknya ketika Anwar berada di penjara Sungai Buloh ? Kalau Anuar tidak mempunyai intergriti dan harga diri yang tinggi, kenapa Anwar memilih Anuar Shaari sebagai Ketua Bahagian PKR di Permatang Pauh, satu tempat yang menjadi base kepada Anwar Ibrahim ?

Jadi tidak perlu Anwar dan Azmin memperlekehkan kredibiliti Anuar, sedangkan Anuar juga tahu luar dalam siapakah Anwar, Azmin dan Wan Azizah, baik semasa berada di Kementerian Kewangan, mahupun semasa berada di dalam PKR.

Ketika menjadi Setiausaha Politik kepada Wan Azizah dan Ketua Bahagian Permatang Pauh, Wan Azizah sendiri merungut, mengeluh dan tidak berpuas hati dengan Azmin Ali dan Shamshida Taharin. Dalam kes pemenjaraan Anwar, Wan Azizah menyalahkan seratus peratus kepada faktor Azmin sekeluarga.

Memang di depan orang ramai, di depan penyokongnya Wan Azizah , Azmin dan Shamsidar berlakon, kononnya mereka 'rapat' tetapi di hadapan Setiausaha Politiknya (Anuar Shaari), Wan Azizah meluahkan segala-galanya tentang kebenciannya kepada Azmin dan Shamshida.

Siapa yang lebih mengenali sifat Wan Azizah, kalau bukan Anuar, Setiausaha Politiknya ?

"Saham-saham atas nama Shamshida, jumlahnya cukup besar, jutaan ringgit, sebab itu kita minta perkara ini disiasat dengan setelus-telusnya" , kata Anuar Shaari ketika diminta mengulas hubungan misteri Anwar dengan Shamshida.

"Saya mengaitkan (dokumen ini dengan) Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dokumen itu bertarikh 1992-1994 semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dan ketika itu juga Azmin Ali menjadi Setiausaha Sulit Anwar," kata Anuar lagi.

Ketika itu Azmin Ali adalah pegawai kerajaan yang berstatus sebagai Setiausaha Sulit Anwar dan Shamshida Tahrin pula adalah isteri Azmin. Persoalannya berapa gaji pegawai kerajaan berstatus Setiausaha Sulit hinggakan pasangan suami isteri itu mampu membeli saham bernilai puluhan juta ringgit ?

Dari mana Azmin dan Shamshida memperolehi duit-duit 'sampingan' sedangkan gaji hakiki seorang pegawai kerajaan seperti Azmin sekitar RM3,000 sebulan ?

Azmin bukan peniaga besar dan bukan ahli korporat, tetapi dia adalah seorang pegawai kerajaan yang menjaga Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan dan pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Jadi dari mana Azmin dan Shamsida memperolehi sumber kewangan yang luar biasa itu yang mengalahkan tokoh korporat ternama yang terlibat dalam dunia urus niaga sepenuh masa ? Di sini bermulanya titik persoalan ?

Di sini bermulanya persoalan apakah wujud hubungan misteri di antara Anwar, Azmin dan Shamshida yang menggunakan pengaruh Menteri Kewangan sekitar tahun 1992-1998 untuk memperkayakan diri sendiri ?

Dari mana Shamshida Taharin dapat wang jutaan ringgit ?

Berikut disertakan tiga keping dokumen pembelian saham kepunyaan Shamshida Taharin yang melabur di Multi Purpose, EHS dan Kemayan Oil Palm Berhad.

Ketiga-tiga dokumen Shamshida menggunakan alamat di No 13, Jalan H-1, Fasa 5, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Di Multi Purpose, Shamshida telah mendapat keuntungan sebanyak RM21,731.00 (setelah ditolak kos perkhidmatan broker TA Securities Sdn Bhd) daripada membeli sebanyak 10,000 lot saham dengan harga RM2.17 sen untuk satu lot.

SahamShamshida1

Di EHS, Shamsida telah mendapat keuntungan sebanyak RM280,000 (setelah ditolak kos perkhidmatan broker Rashid Hussain Securities Sdn Bhd) daripada membeli sebanyak 100,000 lot saham bernilai RM2.80 sen satu lot.

SahamShamida2

Di Kemayan Oil Palm Berhad, Shamshida memasukkan keuntungan sebanyak RM250,003.00 ke dalam akaunnya hasil daripada keutungan pembelian saham tersebut.

SahamShamsida1

Ini merupakan beberapa contoh dokumen daripada berjuta-juta saham yang dibelinya.

Persoalannya dari mana Shamsida memperolehi sumber kewangan untuk pembelian saham-saham di syarikat-syarikat gergasi yang tersenarai di BSKL ?

Misalnya Syarikat Multi Purpose atau Multi Purpose Holding Berhad (MPHB) adalah syarikat gergasi yang tersenarai di BSKL sejak dari tahun 1982. Syarikat ini menjalankan perniagaan seperti perjudian dan hiburan, perkhidmatan kewangan, perhotelan, saham dan hartanah & pembangunan.

Salah satu bank di bawah kawalan MPHB adalah Phileo Allied Bank (Malaysia) Berhad dan syarikat perjudian yang dikawalnya adalah Magnum Corporation Berhad. Kondomium Tivoli Villa, Bangsar adalah salah satu projek pembangunan dan hartanah milik MPHB.

Apakah semua ini berkaitan dengan Anwar ?

Menurut Emily Kao Chung Meng (Pengurus Pengurusan Harta Bandaraya Development Berhad ) semasa memberi keterangan di Mahkamah Tinggi berkenaan dengan kes salah laku Anwar Ibrahim (1998) mengakui bahawa kondominium Tivoli Villa adalah milik MPHB.

Dua unit kondo telah diberikan kepada Datuk Lim Thian Kiat (TK Lim), Pengarah Urusan MPHB.

Kondo Tivoli Villa menjadi topik utama dalam perbicaraan mahkamah yang mengaitkan hubungan seksual di antara Anwar Ibrahim dan Shamshida Taharin melalui perantara Dato Nallakarupan, Pengarah Magnum Corporation, salah satu syarikat kerjasama dengan syarikat MPHB.

Kedua-dua unit kondo itu telah diberikan oleh Datuk TK Lim kepada Dato Nalla sebagai 'tempat' untuk melayan hiburan tetamu VVIP. Klik di sini

Menurut pengakuan berkanun Datuk Abdul Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Anwar telah mengarahkan proksinya bernama Tong Kooi Ong, CEO Phileo Allied Bank, untuk mengambil Shamshida Taharin, bekerja di Phileo Allied Bank di Jalan Tun Razak.

Kata Abdul Murad: ''Adalah diketahui dengan meluas bahawa Shamsidar dibayar gaji yang tinggi dan disediakan dengan sebuah kereta dan pemandu dan pada kebanyakan masa dia tidak perlu pergi bekerja.'' Klik di sini

Menurut Zulkifli Sulaiman, Pengurus Besar di Phileo Allied Bank : "Saya amat mengenali Shamshida Taharin. Semasa di Phileo, dia hanya berjawatan Executive Corporate Affairs, di Ibu Pejabat phileo Allied Bank dan juga merangkap Pengarah Syarikat Phileo Pregrine, broker saham kepunyaan Tong Kooi Ong"

"Saya mengetahui bahawa Shamshida adalah proxy untuk Anwar dan juga untuk suami sahnya, Azmin Ali"

"Pendapatannya di Phileo Allied Bank adalah RM5000-00, tetapi dia mendapat benefit lain dari Phileo Pregrine dan anak-anak syarikat Phileo yang lain, jadi keseluruhan pendapatannya berjumlah RM25,000-00 tak termasuk kereta audi dan pemandu serta fringe benefit saperti entertainment expense"

"Kami di Phileo ketika itu tahu tentang connection Shamshida dengan Anwar, malah dia jarang ada di office dan she reported direct to Tong. Shamshida have direct access to Anwar"

Perhatikan kenyataan Zulkifli Sulaiman (seperti yang dibold di atas) "untuk suami sahnya, Azmin Ali". Mendalam kata-kata itu. Bermakna terdapat suami tidak sah Shamshida? Klik di sini

Datuk TK Lim meletak jawatan sebagai Pengarah Urusan MPHB pada 28 Jun 1999, apabila kes Anwar dan Shamshida dibicarakan di mahkamah.

Dato Nalla yang menjadi 'rakan sepermainan tenis' Anwar pula dipenjarakan kerana didapati bersalah memiliki peluru tanpa lesen.

Jadi apabila dikaitkan dengan laporan polis Anuar Shaari pada 17 November lalu dengan hubung kait kekayaan Shamshida yang luar biasa itu, nama Anwar Ibrahim juga turut terpalit.

Dalam sidang media itu, wartawan turut bertanyakan Anuar adakah dokumen itu berkaitan dengan akuan bersumpah RM3 billion Datuk Abdul Murad Khalid pada tahun 1999, Anuar meminta pihak polis menyiasatnya dengan lebih terperinci untuk menentukan kebenarannya.

"Saya tidak berniat menghukum, tetapi mungkin ada asasnya, kerana jumlah ini cukup besar dan selari dengan apa yang diperkatakan. " Katanya.


AIDC

Tamil Sri Lanka DiDahulukan: Anwar Lagak Ibarat Rajnikant

Filed Under ( ) by pisau

Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim anno...

Hebat,kali ini sesumpah sanggup bertempik berkerat rotan demi kaum India Sri Lanka bersama pakar curi ayat quran ustaz Gobala di parlimen.

Mereka berdua bersungguh sungguh perjuangkan nasib kaum India Sri Lanka, nampak gaya kaum India Sri Lanka punyai suara di parlimen Malaysia.Hairan,tidak pula si Anwar dan Gobala perjuangkan nasib penduduk Kg Buah Pala dan golongan marhaen kaum India.

Haprak Daily
KUALA LUMPUR, 23 Nov: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mebidas sikap tidak endah kerajaan Malaysia dalam menangani isu konflik kaum di Sri Lanka yang membabitkan pembunuhan dan pelarian etnik Tamil.

Anwar menjelaskan bahawa beliau bukan mahu menjuarai atau membela kaum India tetapi isu tersebut berkaitan hak asasi manusia yang perlu diberi perhatian oleh Malaysia.
selanjutnya sini


Nampak gaya kaum India Sri Lanka lebih mendapat tempat dihati pemimpin haprak PKR ini sehingga sangup mendesak agar Timbalan Menteri Luar A.Kohilan Pillay agar meletak jawatan.
Perang mulut itu diturut serta oleh P.Ramasamy Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, untuk pengetahuan anda beliau adalah penyokong kuat LTTE :klik sini



Bukan hanya Haprak Daily saja menyiarkan berita ini,malah blog dan kelab anwar ibrahim juga menyiarkan aksi hero tamil ini kononnya menjuarai untung nasib kaum tamil Sri Lanka.

Ramai lagi kaum India di Malaysia ini perlukan bantuan,Kaum India di Malaysia tidak ada didalam hati Anwar kah?



Buat kaum India,inilah realiti sebenar,Anwar hanya pandai membuat janji itu ini,menjanjikan bintang dan bulan,apabila sudah tidak nampak keperluan untuk political milage,untung nasib kaum india ditong sampahkan.




Pisau kata " Anwar the chameleon in action,1Malaysia jadi saksi"

1Malaysia Tidor: Umno Tidak Ada Sense Of Urgency,Adakah DS Najib Berseorangan Dalam Hal Ini?

Filed Under ( ) by pisau

Pisau tidak banyak menulis kebelakangan ini, kekangan & tuntutan kerja cukup banyak. Namun Pisau tetap mengikuti perkembangan politik negara setiap hari . Banyak isu isu ibarat bola tanggung timbul sejak akhir akhir ini.

Saban hari para blogger menyerang tanpa henti setiap masa,siang dan malam.Pakatan Haprak jelas menanggung damage yang cukup besar,walaupun Anuwar Berahi mengistiharkan perang terhadap Ds Najib dengan pengakuan bersiri Bala,cukup mudah para sahabat blogger mematahkan serangan.

Sebelum ini,Perhimpunan Agung Khas kita menyaksikan ucapan berapi dan amanat Presiden,beliau menyeru agar semua ahli Umno agar bangkit ,buat kerja dan berubah atau diubah.Ramai menyahut seruan itu sambil bangun dan tepuk tangan kononnya cukup bersemangat untuk membawa aspirasi Presiden. Semasa persidangan Pisau hanya mampu memandang sinis dengan gelagat mereka mereka ini. Semangat di dalam dewan PWTC lain macam jadinya,namun apabila melangkah keluar dari PWTC pulang ke kampung halaman dan bahagian masing masing, ucapan amanat Presiden rupanya tercicir di pintu keluar dewan PWTC. Ada yang tercicir semangat itu ketika berjalan keluar didepan Hotel Sri Pacific,ada yang tercicir di The Mall, ada jugak yang tercicir di R & R Lebuhraya,setibanya dirumah, hati menjadi kosong,semangat kembali macam biasa.

Ada pula yang bawa balik semangat tapi terkontang kanting,tak tau hala tuju,macam mana nak buat dengan semangat yang ada tapi tidak ada direction dari bahagian.

Ada rungutan bahagian bahagian Umno kononnya tidak ada peruntukan untuk buat program peringkat bahagian dan cawangan,masaalah kewangan untuk merealisasikan gerak kerja. pokok pangkalnya semua soal duitlah. Orang Umno sekarang ini kalau tidak ada duit,comfirm kerja tak jalan, susah sangatkah orang orang Umno ni, persoalan ini bukan Pisau tujukan kepada akar umbi,tetapi kepada para pemimpin yang merasai laba & untungnya dari Umno sebagai pemerintah. Dahulunya orang masuk Umno,mesti terfikir,apa yang Umno dapat beri pada aku,aku masuk umno nak dapat kabel besar135Kv baru kuat,Nah sekarang sepatutnya bila dah Umno dah memberi,sudah tiba waktunya fikirkan apa yang dapat kamu beri kembali kepada Umno dan rakyat.

Mustahil lah kalau ketua bahagian atau ketua pemuda tak ada duit kan?? Masa bertanding harta berkoyan koyan sanggup di laburkan,bila dah menang cukup menghairankan lah kalau kata tidak ada duit?

Adakah duit hanya untuk dibelanjakan semata mata untuk membeli undi, Anda yang membeli pasti sudah tahu apa yang anda hajatkan, JAWATAN!. Ya jawatan itu bukan sebagai platform dapat kan projek pusat, eksyen dan tunjuk aku HEBAT! tetapi jawatan yang anda tender itu adalah tanggungjawab! maka sama sama la memberi kembali kepada parti, tidak salah bukan?

Para blogger bukan mintak apa pun,cuma merayu agar para pemimpin Umno agar bangun,sudah sudah lah dengan tidor tu,teguran ini hanya buat mereka yang tidor,untuk mereka yang gigih dan membuat kerja anda dijadikan teladan buat yang kaki berdengkor.

Buat pemimpin dan mereka yang gigih membuat kerja Pisau ucapkan tahniah! teruskan perjuangan agar gegaran perjuangan anda membantutkan lena yang kuat tidor!

Nizar !Kenapa kepala militan pas di biarkan lepas?

by pisau

Pisau masih menantikan tindakan pihak keselamatan untuk mengambil tindakan terhadap kepala pengganas Pas Nasharudin Tantawi

Sudah lebih sebulan prk bagan pinang.ramai yang tercedera dan mengalami kerosakan harta benda akibat tindakan kepala militan Pas Nasharudin Tantawi menghasut dan mengistiharkan jihad fisabililah menentang Umno di bagan pinang!

Kenapa langsung tidak di ambil tindakan?kenapa dibiarkan penganas penganas Pas berleluasa melakukan keganasan.

Percayalah selepas ini,jika berlakunya pilihanraya kecil di Kota Seputih pasti para pengganas dikepala ketua militan Nasharudin akan membuat kacau dan mengganas lagi.pasti ada yang tercedera dan mengalami kerosakan harta benda.pasti akan berlaku pembohongan besar besaran dan fitnah terhadap Umno

Seperti biasa Pas sudah pun menggerakkan jentera lebih awal,produksi kilang kilang fitnah ditingkatkan,barangkali akan ada upgrade produk fitnah pas selepas ini.Mereka sudah mengenal pasti produk fitnah yang di guna pakai semasa bagan pinang sudah ketinggalan zaman.Maka taktik dan jenis produk fitnah akan diperbaiki agar rakyat mudah terpedaya dengan omongan lacuran politik pas.

Bersedialah umno untuk menghadapi satu lagi peperangan menentang kebatilan pas.


Pisau kata "blogger bersiap sedia untuk berhadapan gerombolan pakatan haprak dan pengganas Pas"

Penang Republic Sosialis:Bukti Surat Jemputan Serah Bantuan Di Tokong,Melayu Penang DiLembukan

Filed Under ( , ) by pisau




sila klik gambar untuk imej yang lebih besar.

Tai Chi Khalifah Sosialis Cina Melaka,jelas tempang .Ini adalah keratan akhbar harian metro bertarikh 19 Nov 2009,menyiarkan bukti surat jemputan dan  aduan kepada Adun Teluk Air Tawar YB Datuk Jahara Hamid.

Hari ini juga,Khalifah sosialis cina melaka mengarahkan balacinya membuat laporan polis berkenaan sms yang kononnya berbaur hasutan. Sebelum itu beliau mengarahkan agar lokasi :klik sini menyampaikan bantuan diubah :klik sini





Pisau  persoalkan apa jenis hasutan yang di buat melalui sms tu? Adakah menyebarkan perihal orang melayu dilembu dan diperbodohkan dikatakan menghasut? Membuat hebahan tentang berita memperbodohkan orang orang melayu dikatakan hasutan? Wah! dahulunya kita berbicara soal bangsa melayu dikatakan RASIS! Sekarang ini mempersoalkan nasib bangsa sendiri yang diperbodohkan dituduh membuat hasutan? Hebat! Inilah permainan skrip Khalifah Sosialis Cina Melaka kekanda PAS.


Selepas ini jika kita menghebahkan orang orang melayu dianaiya atau diperlakukan tidak adil Ketua Menteri Sosialis ini akan mengarahkan agar ditangkap dan dihukum. Makin hebat dan semakin menunjukkan belang yang sebenar. 



Ini baru dikatakan Negeri  Republik Sosialis ala Singapore, bunga bunga kearah itu sudah kelihatan. Anda melayu melayu haprak yang menyokong gerembolan haprak adakah ini yang anda hajatkan?

Pisau menyeru agar bangkit dan tunjukkan kepada rakyat akan kebobrokan Kerajan Pakatan Haprak Sosialis Pulau Pinang.






Pisau kata "emailkan kepada pisaudotnet@gmail.com jika anda mahu berkongsi sebarang maklumat"