Pembohongan PAS,Tetak Tak Luka

Pembohongan PAS,Tetak Tak Luka

Merdeka!

Filed Under ( ) by pisau.net




Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 52

Happy Birthday Malaysia!

RM100j saham percuma

Filed Under ( , , ) by pisau.net

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Kerajaan hari ini mengumumkan peruntukan RM100 juta dalam bentuk saham amanah yang akan diberikan secara percuma kepada golongan miskin di kawasan bandar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peruntukan tersebut akan diagihkan selepas usaha mengenal pasti penerima yang layak selesai dijalankan.

‘‘Kita telah minta senarai mereka yang miskin di bandar, ada lebih kurang RM100 juta nilai saham amanah yang hendak kita beri secara percuma.


selanjutnya sini


Pisau tertarik dengan bantuan RM100juta yang akan disalurkan kepada golongan miskin di bandar dalam bentuk saham.Seharusnya bukan sahaja diberikan bantuan dalam bentuk saham,tetapi harus membantu bagaimana mereka harus keluar dari kemiskinan dan kerahkan semua agensi kerajaan agar menawarkan pelbagai skim dan geran masing masing dan mengambil langkah proaktif untuk membantu rakyat tanpa mengira kaum.Aspirasi ini harus diteruskan dan dikembangkan ke luar bandar agar matlamat menghapuskan miskin tegar terlaksana.

Tumpuan kepada miskin bandar kali ini juga harus diberikan perhatian kerana sebelum ini hanya miskin luar bandar yang banyak dibantu.Tekanan hidup dibandar cukup memeritkan jika tidak di bantu sewajarnya ,maka langkah dengan memberi bantuan ini diharap dapat membantu banyak golongan bandar yang ternyata kesempitan hidup akibat tekanan kos saraan yang tinggi.



Pisau kata "tolong jangan tak tolong,ramai orang susah kat luar sana"

Ada yang tanya Tok Guru…apa macam Syed Hussein dan Zaid Ibrahim ?

Filed Under ( , ) by pisau.net

Siapa yang mudah lupa? Datuk Nik Aziz Nik Mat,Dr Syed Hussein Ali atau Datuk Zaid Ibrahim?

Kalau bagi orang politik biasa kita memang boleh cincai kata…itu biasalah orang politik.Namun bagi status seorang ulama ia mungkin lain ceritanya.

Agendadaily kebelakangan ini menerima banyak panggilan telefon dari pembaca yang bertanya apakah Mursyidul Am PAS itu lupa apa yang pernah dikatanya tentang Presiden Rakyat Malaysia Dr Syed Hussein Ali yang kini Timbalan Presiden PKR.

Menjelang pilihanraya umum 2004 terdapat ura-ura pihak pembangkang nak letak Dr Syed Hussein bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu.

Namun ia tidak kesampaian.Nik Aziz berkeras menolaknya.Alasan beliau PRM ialah parti sosialis.Menurutya sosialis ialah adik kepada komunis.

Mereka hairan bagaimana Nik Aziz kini boleh terima PKR yang Timbalan Presidennya ‘ adik kepada komunis’.

Ini bila mana Menteri Besar Kelantan itu cop UMNO parti macam komunis yang jadi polimek sekarang.

Mengenai Zaid pula lebih sensasi.Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang juga bekas Ahli Parlimen BN Kota Bharu selama sepenggal pernah dicop oleh PAS sebagai kafir.

Waktu polimek tentang hukum Hudud dulu Zaid bukan saja telah mempertikaikan mengenainya tetapi pada tahun 2002 beliau mengemukakan saman di mahkamah kerana Kerajaan Kelantan kerana ingin melaksanakan Hukum Hudud.

Dr Syed Hussein dan Zaid mungkin tak lupa.Siapa tau mungkin Tok Guru yang lupa…-30/6/2009

sumber:agendadaily


Bukti masuk PAS boleh cuci dosa,kerja kotor pun boleh di bersihkan,komunis atau sosialis pun boleh jadi ok kalau jadi balaci tok guru


Pisau kata " PAS+PKR+DAP=Pendajal Politik"

UNSPIN: 13 kali Anwar cemas

Filed Under ( , ) by pisau.net

Oleh RAHSIA BESAR / CICERO

Riwayat politik (dan juga keharmonian rumahtangga) Anwar Ibrahim tamat pada 5hb Ogos 1997. Itulah tarikh Ummi Hafilda Ali menulis sepucuk surat 19 muka kepada YAB Perdana Menteri Dr Mahathir bin Mohamed yang membutirkan salah laku seks dan tabiat liwat Anwar Ibrahim.

Surat Ummi bukan surat layang sebab Ummi turunkan tanda tangan, alamat rumah dan nombor KP pada surat keramat itu. Walaupun Ummi dihina dengan berbagai jenis fitnah dan tuduhan, pada suatu hari kelak sejarah negara Malaysia pasti akan menghargai Ummi Hafilda bt Ali sebagai seorang wanita pejuang dan wira negara yang telah berani tampil ke depan untuk menyelamatkan negara kita. Ummi mengalami penghinaan ditahan dan diseksa Polis atas arahan Anwar Ibrahim.

Di sini Unspinners ingin rakamkan terima kasih dan salam sanjungan yang setinggi-tingginya kepada Ummi Hafilda bt Ali. Hidup Ummi.

Muka pertama surat Ummi Hafilda bt Ali adalah seperti berikut:

5 Ogos 1997

Yang Amat Berhormat

Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamed

Perdana Menteri Malaysia

Jabatan Perdana Menteri

Kuala Lumpur

YAB,

PERIHAL SALAH LAKU TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, saya Ummi Hafilda bt Ali ingin mengemukakan laporan khas mengenai perihal salah laku Timbalan Perdana Menteri.

YAB, laporan ini dibuat berdasarkan maklumat dan bukti yang telah kami perolehi sepanjang tempoh penyiasatan.

Ianya dibuat bersama dengan persetujuan kami kelima-lima beradik, ia itu Norlia bte Ali, Intan Dawini bte Ali, Mohd Azman bin Ali, Mohamed Azwan bin Ali dan Ummi Hafilda bte Ali.

Bersama-sama ini juga disertakan dengan lampiran khas mengenai maklumat lengkap sebagai pertimbangan untuk pihak YAB.

Segala perhatian, pertimbangan dan tindakan oleh YAB dalam menangani masalah ini sangatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Bagi kami YA adalah tokoh pemimpin terulung negara yang kami cukup kagumi dan hormati.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

tt

Sila perhatikan bahawa surat Ummi ini disokong oleh lima adik-beradik daripada keluarga Ali. Jadi Ummi bukan berkelakuan « tidak senonoh » seperti mana difitnah oleh Anwar Ibrahim. Lima orang adik-beradik keluarga Ali setuju dengan surat itu.

Ummi ada menyimpan salinan suratnya kepada Perdana Menteri dan menunjuk salinan itu kepada kawan-kawan serta sahabat karibnya. Surat Ummi menjadi berita panas dan salinan fotostat beranak dengan pantas.

Dalam sehari dua, Anwar Ibrahim mendapat tahu berkenaan surat Ummi dan menjadi panik, cemas dan keliru. Dia tak tahu apa nak buat.

Pihak Polis pun telah mendapat tahu perihal surat Ummi. Pada 8 Ogos 1997, IGP telah memanggil Dato Amir Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas (atau T/PCK) dan memberinya salinan surat itu serta mengarahkan SB menyiasat asal usul surat itu .

Pada 10hb Ogos 1997, Dato Amir Junus T/PCK telah berjumpa Dato Mohd Said Awang, Pengarah Cawangan Khas (PCK) di Subang Airport dan memberitahu PCK berkenaan surat Ummi. PCK mengarah Timbalannya untuk menyediakan laporan lengkap pada hari esoknya, jam 7.30 pagi 11hb Ogos 1997.

Esok hari, 11 Ogos 1997, T/PCK dan pegawainya telah memberi taklimat ikut jadual pada 7.30 pagi. Secara kebetulan, pada jam 9:00 pagi yang sama, Dato Mohd Said Awang PCK juga menghadhiri mesyuarat rasmi bersama Anwar Ibrahim di pejabat Timbalan Perdana Menteri. Setelah tamat mesyuarat Anwar Ibrahim telah berjumpa sebentar dengan Dato Mohd Said PCK dan meminta bantuan SB untuk memantau kandungan surat Ummi.

Surat layang sudah lama menjadi sebahagian daripada budaya politik negara, tetapi Anwar amat runsing tentang surat Ummi kerana Ummi berani menulis nama, alamat dan nombor kad pengenalannya. Ini bukan surat layang. Anwar rasa amat cemas. Malam itu 11hb Ogos 1997, Anwar runsing, tidak tenteram dan tidak lena tidur.

i. Kali pertama - 12 Ogos 1997, 10:00 pm – Anwar panggil PCK & T/PCK ke rumahnya

Pada hari esok, 12hb Ogos 1997, Anwar masih risau. Sebabnya sepanjang hari dia menunggu feedback daripada PCK tetapi PCK tidak telefon Anwar (maklumlah pegawai Kerajaan selalu lambat). Maka dia menyuruh ASP Zainal Aznam ADCnya memanggil PCK dan T/PCK ke rumahnya.

Aznam telah telefon T/PCK Dato Amir Junus dan suruh dia bersama PCK Dato Mohd Said Awang datang berjumpa Anwar di rumahnya pada 10:00pm. Inilah kali pertama kedua PCK dan T/PCK hadhir bersama di rumah Anwar Ibrahim di No. 47 Jalan Damansara. Pada perjumpaan ini, Anwar telah mengarahkan PCK dan T/PCK mengesan Ummi Hafilda. Pada malam ini pun, malam kedua, 12hb Ogos 1997 Anwar tidak dapat tidur lena, merasa lagi cemas dan juga tiada selera liwat sesiapa.

ii. Kali kedua 13 Ogos 1997 10:00 pm – Anwar panggil PCK & T/PCK ke rumahnya

Pada hari esoknya 13hb Ogos 1997, sekali lagi PCK Dato Mohd Said Awang masih tidak telefon Anwar dengan sebarang laporan terkini. Anwar tidak sedar bahawa PCK Dato Mohd Said Awang pun pintar orangnya. Polis hanya membuat laporan tugas kepada Attorney General dan Menteri Dalam Negeri dan bukan kepada Menteri Kewangan atau TPM.

Jadi Anwar tiada pilihan kecuali memanggil PCK dan T/PCK pergi ke kediamannya sekali lagi. PCK dan T/PCK tiba di rumah Anwar pada jam 10 malam, 13hb Ogos 1997. Mereka berjumpa dalam bilik ‘library’ di rumah Anwar.

Kedua PCK dan T/PCK memberitahu Anwar bahawa IGP telah mendapat salinan surat Ummi daripada Dato Seri Megat Junid. Kemudian mereka melaporkan kepada Anwar bahawa SB masih belum dapat mengesan Ummi.

Anwar telah menggesa PCK dan T/PCK kerahkan tenaga SB untuk mengesan Ummi dan Azizan dengan secepat mungkin. Pada waktu itu juga, ia itu sekitar jam 11 malam, 13hb Ogos 1997 di rumahnya di 47 Jalan Damansara, Anwar Ibrahim telah mengarahkan PCK dan T/PCK untuk ‘menggempar’ Ummi dan Azizan atas surat yang ditulis Ummi. Maksud Anwar ialah SB perlu tangkap dan menakutkan kedua Ummi dan Azizan.

Ini menjadi dua malam berturut-turut di mana Anwar telah memanggil Pengarah Cawangan Khas dan Timbalannya pergi ke rumahnya. Malam itu pun Anwar runsing dan tiada selera liwat sesiapa pun.

iii. Kali ketiga 15 Ogos 1997 2 :00 pm – Anwar panggil PCK & T/PCK ke rumahnya

Dua hari kemudian, pada 15hb Ogos 1997, PCK dan T/PCK telah bermesyuarat dengan pegawai SB. SB masih tidak boleh kesan Ummi. SB juga dapat tahu berkenaan sebuah surat layang baru ‘Talqin terbuka untuk Anwar Ibrahim ‘ yang telah tersebar. Surat ‘Talqin..’ ini merujuk juga kandungan surat Ummi.

Semua ini menjadikan Anwar lagi cemas. Surat Ummi hanya beranak secara fotostat di Kuala Lumpur. Tetapi surat layang ‘Talqin terbuka..’ pula di sebarkan secara luas. Anwar panik. Dan sudah dua hari PCK dan T/PCK tidak laporkan apa pun kepada Anwar. Ummi dan Azizan masih tidak dapat dikesan oleh SB. Anwat tak boleh tidur.

Jadi sekali lagi Anwar suruh ADCnya ASP Zainal Aznam panggil PCK dan T/PCK ke rumahnya di Jalan Damansara. Kali ini awal pagi lagi Anwar suruh ASP Zainal telefon PCK. Anwar panik. Jadi PCK dan T/PCK pergi ke rumah Anwar jam 2:00 pm.

Dan Anwar sudah dapat salinan surat layang ‘Talqin terbuka..’ dalam tangannya. Itulah yang cemaskan Anwar. Anwar suruh PCK dan T/PCK menyiasat siapa yang sebarkan surat layang itu.

Di sini PCK Dato Mohd Said Awang gostan sikit. Dia (dan juga T/PCK) menasihati Anwar untuk membuat laporan Polis (Police report). Anwar pula jawab dia tak mahu buat laporan Polis sebab dia TAK MAHU KES DI SIASAT OLEH CID ! Itulah Anwar yang sebenarnya – dia takut akan pecah tembelang.

Tetapi setelah dipujuk, Anwar setuju membuat laporan Polis dan menyuruh ADCnya ASP Zainal Aznam membuat laporan Polis di pejabat PCK Dato Mohd Said Awang. Malam ini pun, 15hb Ogos 1997 Anwar tak dapat tidur.

iv. Kali ke-empat 16 Ogos 1997 10:00 pm – Anwar panggil PCK & T/PCK ke rumahnya

Esok harinya 16hb Ogos 1997, Anwar resah, risau, cemas dan runsing semua sekali. Sudah empat hari berlalu tetapi SB masih belum dapat kesan Ummi Hafilda. Anwar panggil lagi PCK dan T/PCK ke rumahnya. Kedua PCK dan T/PCK telah tiba dirumah Anwar pada 10:00 malam. Anwar terpaksa mengulangi arahannya kepada SB – cari Ummi Hafilda dengan secepat mungkin.

v. Kali ke-lima 17 Ogos 1997 11:00 pm malam – Anwar telefon T/PCK

Akhir nya pada 17hb Ogos 1997, SB dapat kesan Ummi Hafilda dan Azizan berada di rumah Dr Restina di Bangsar. Pasukan Polis CID di kerah untuk pergi ke rumah Dr Restina dan menahan Ummi dan Azizan. Ummi di tahan tepat pada jam 11:00 malam di Bangsar.

Sebelum itu pada jam 8:00 malam 17 Ogos 1997, PCK Dato Mohd Said Awang dan T/PCK Dato Amir Junus dipanggil oleh IGP ke rumahnya. IGP sudah terima panggilan daripada Dr Restina yang mengatakan ada pasukan Polis kepung rumahnya. Oleh kerana Dr Restina tidak mahu membuka pintu dan gate, proses menahan Ummi Hafilda telah memakan masa dua jam, ia itu sehingga pukul 11 malam.

Hampir setiap minit daripada pukul 9:00 malam hingga pukul 11:00 malam, Anwar mendapat laporan (kemungkinan besar daripada ADCnya ASP Zainal Aznam) tentang kedudukan Ummi dan Azizan di rumah Dr Restina. Maka apabila Polis menahan Ummi pada 11:00 malam, Anwar dapat tahu secara instant. Anwar terus telefon T/PCK Dato Amir Junus yang berada di rumah IGP itu, bersama PCK Dato Mohd Said Awang. Setelah bercakap dengan T/PCK, Anwar minta bercakap dengan IGP. Anwar suruh IGP mengarahkan PCK dan T/PCK pergi ke rumahnya dengan segera. Maka PCK dan T/PCK bergegas ke rumah Anwar.

vi. Kali ke-enam 18 Ogos 1997 12:30 a.m. – Anwar panggil PCK & T/PCK ke rumahnya

Maka untuk kali kelima (ia itu antara 12 Ogos dan 18 Ogos) PCK dan T/PCK tiba di rumah Anwar di Jalan Damansara pada 12:30 pagi, 18hb Ogos 1997 untuk melaporkan gerak geri SB mengesan dan menahan Ummi Hafilda Ali.

Anwar arahkan SB supaya memaksa Ummi dan Azizan menarik balik pengakuan mereka secara bertulis dalam tempoh 24 jam sahaja. Anwar mengulangi bahawa Ummi dan Azizan JANGAN DIHADAPKAN KE MAHKAMAH ! ! DIA TIDAK MAHU SEBARANG PUBLISITI.

Malam itu juga Anwar tidak dapat tidur lena.

vii. Kali ke-TUJUH 18 Ogos 1997 12:00 P.M. (tengah hari). – Anwar panggil PCK & T/PCK ke rumahnya

Pada pukul 12:00 pm tengah hari, 18 Ogos 1997 Anwar sekali lagi panggil PCK dan T/PCK datang ke rumahnya. Anwar tanya tentang interrogation SB terhadap Ummi dan Azizan. PCK dan T/PCK berkata interrogation berjalan lancer dan Ummi sudah sedia menarik balik tuduhan nya. Anwar mengarahkan PCK dan T/PCK supaya Ummi dipaksa menulis pengakuan yang di tujukan kepada YAB Perdana Menteri.

viii. Kali ke - lapan 18 Ogos 1997 11:45 malam. – Anwar mengarahkan Azizan Abu Bakar dibawa ke rumahnya. PCK & T/PCK juga dipanggil sekali.

PCK dan T/PCK telah menunjukkan kepada Anwar pengakuan bertulis Ummi dan Azizan yang menarik balik tuduhan mereka terhadap salah laku seks dan liwat Anwar.

ix. Kali ke-sembilan 20 Ogos 1997 10:00 malam – Anwar panggil PCK & T/PCK ke rumahnya.

Setelah Ummi dan Azizan diseksa dan di paksa membuat pengakuan bertulis, Anwar mengarahkan PCK Dato Mohd Said Awang membuat laporan kepada YAB Perdana Menteri (termasuk lampiran pengakuan Ummi dan Azizan). PCK telah serahkan laporan tentang pengakuan Ummi dan Azizan kepada YAB Perdana Menteri pada 20 Ogos 1997.

Pada malam itu 10:00 pm 20 Ogos 1997, PCK dan T/PCK telah pergi ke rumah Anwar untuk melaporkan bahawa laporan pengakuan Ummi dan Azizan telah pun diserahkan kepada YAB Perdana Menteri.

x. Kali ke-sepuluh 27 Ogos 1997 10:00 malam – Anwar panggil PCK & T/PCK ke rumahnya.

Tetapi YAB Perdana Menteri tidak buat apa pun atau berkata apa pun tentang surat pengakuan Ummi dan Azizan. Dr Mahathir sibuk dengan perasmian kilang besi dan keluli, perasmian lebuhraya baru, perasmian airport baru, perasmian universiti baru, menentang dasar Yahudi di Palestin, menentang kuasa dunia Amerika Syarikat dsbnya.

Dr Mahathir tidak ada masa nak ambil tahu tentang kes Anwar main belakang orang atau Anwar main dengan bini orang.

Jadi Anwar menjadi risau sekali lagi. Tujuh hari kemudian pada 27 Ogos 1997, jam 10:00 malam, sekali lagi Anwar panggil balik PCK dan T/PCK ke rumahnya.

Inilah kali ke sepuluh Anwar memanggil kedua pegawai Polis itu ke rumahnya.

Anwar mengarah PCK dan T/PCK mendapatkan satu lagi pengakuan bertulis daripada Ummi dan Azizan. Kali ini pengakuan bertulis mereka mesti di tujukan kepada umum dan bukan kepada YAB Perdana Menteri sahaja. Dan Anwar mahukan pengakuan bertulis yang kedua ini di isikan ke dalam sampul surat dan di hantar ke pejabat dia pula (Pejabat Timbalan Perdana Menteri) melalui Pos Malaysia. Inilah kebodohan Anwar yang paling ketara. Apabila kes salahguna kuasa Anwar ini di bawa bicara, pihak pendakwa dapat mengesan setiap langkah bodoh Anwar menyalahgunakan kuasa nya.

xi. Kali ke-sebelas 28 Ogos 1997 11:00 malam – T/PCK telefon Anwar

Jadi Polis terpaksa mencari Ummi dan Azizan sekali lagi. Azizan di bawa ke Kelab Golf PDRM Titiwangsa pada jam 8:30 malam, 28 Ogos 1997. Setelah selesai mendapat pengakuan Azizan untuk kali kedua, T/PCK Dato Amir Junus telah telefon Anwar pada jam 11:00 malam dan membacakan isi pengakuan Azizan.

Anwar berasa tidak puas hati dengan surat Azizan dan mengarahkan T/PCK untuk membuat beberapa perubahan. Anwar mahukan perkataan ‘menafikan’ di masukkan pada satu tempat. Kemudian Azizan telah di paksa sekali lagi untuk menulis semula pengakuannya - mengikut arahan Anwar.

xii. Kali ke-dua belas 29 Ogos 1997 4:00 petang – T/PCK telefon Anwar

Ummi pula di bawa oleh SB ke Hotel Pan Pacific (Bilik 1426) pada jam 10:20 pagi, 29 Ogos 1997 untuk deraan sesi kedua. Ini adalah salah guna kuasa yang jelas. Ummi tidak mahu mengaku kalah dan terpaksa di ancam oleh SB dengan berbagai jenis ancaman dan ugutan. Akhir sekali Ummi yang hanya wanita muda dan berseorangan menangis, layu, kuyup dan mengalah kepada ancaman SB. Maka Ummi pun bersetuju membuat pengakuan bertulis untuk kali kedua.

Dan sekali lagi apabila selesai menulis, pengakuan Ummi di hantar kepada T/PCK (yang sedang menunggu di lokasi lain). T/PCK telah telefon Anwar dan bacakan pengakuan Ummi. Sekali lagi Anwar telah mengarahkan supaya beberapa perubahan dibuat. Ummi terpaksa menulis semula surat pengakuan itu mengikut kehendak Anwar.

Jelas bahawa pada Round Kedua ini, surat itu bukan pengakuan Ummi dan Azizan tetapi adalah pengakuan yang di tulis oleh Anwar Ibrahim yang terpaksa di terima dan di tanda tangani oleh Ummi dan Azizan.

xiii. Kali ke-tiga belas 29 Ogos 1997 petang – Anwar panggil PCK & T/PCK ke rumahnya.

Setelah Ummi membuat pengakuan yang kedua itu, SB telah diarah Anwar masukkan surat pengakuan itu dalam sampul, melekatkan setem dan “matikan” setem di Pejabat Pos dan kemudian menghantar surat itu secara peribadi ke rumahnya. Oleh itu PCK dan T/PCK telah membawa surat pengakuan Ummi dan Azizan (yang kedua) dan pergi berjumpa Anwar di rumahnya.

Hanya sesudah PCK dan T/PCK menyerahkan pengakuan kedua Ummi dan Azizan kepada nya maka Anwar boleh tidur lena sekali lagi. Malam itu belangga pun pecah juga.

Kesimpulan

Kesimpulannya selama 17 hari, daripada 12hb Ogos 1997 hingga 29 Ogos 1997, Anwar Ibrahim telah begitu panic dan cemas akibat surat Ummi Hafilda Ali yang memecahkan tembelang busuk Anwar.

Pada 18hb Ogos 1997 sahaja, Anwar telah panggil PCK Dato Mohd Said Awang dan T/PCK Dato Amir Junus datang ke rumahnya sebanyak TIGA KALI ia itu pada jam 12:30 pagi, 12:00 tengah hari dan 11:45 malam. (Ummi dan Azizan ditahan SB sejak malam sebelumnya ia itu 17hb Ogos).

Seperti pengarah filem seram “horror movie”, selama 17 hari Anwar memberi arahan kepada SB untuk mengesan dan menahan Ummi dan Azizan. Kemudian Anwar suruh SB membuli dan “gempar” Ummi dan Azizan dan memaksa mereka berdua membuat pengakuan bertulis untuk menafikan tuduhan mereka bahawa Anwar terlibat dalam seks luar nikah dengan bini orang dan liwat dengan lelaki lain.

Atas kesalahan menyalahgunakan kuasa ini Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atas Anwar Ibrahim.

Akan bersambung lagi.....



sumber:unspin


Pisau kata "aku berpeluang bersama Umi selama beberapa hari ketika hebohnya kes anwar, 1997 semuanya diceritakan,fakta diatas adalah benar"

Jalil Rohaizat : Episod Tunding Jari & kambing hitam di Permatang Pasir

Filed Under ( , , , ) by pisau.net





GEORGE TOWN: Permatang Pauh Umno division chief Datuk Abdul Jalil Abdul Majid said the Barisan Nasional candidate for Permatang Pasir Rohaizat Othman should have been honest with party leaders about his background and the issues surrounding his candidacy.

"If he had informed me (about all this), I would have objected to his candidacy ... instead, he chose to keep the truth to himself. "He was not honest and has put Umno and the BN in a bad light." Jalil said the division should, therefore, not be blamed for the Barisan Nasional's defeat in the Permatang Pasir state by-election on Tuesday.


In this regard, the division would also review Rohaizat's position as the Permatang Pauh division secretary, he said.Jalil also pointed out that Rohaizat's candidacy was not decided by the division leaders.




nst




Sudah banyak saya menulis tentang Rohaizat iaitu pada 19hb Ogos 2009 dan 21hb Ogos 2009.
Disebalik sokongan yang saya beri kepada Rohaizat dalam tulisan saya, sebenarnya ada usaha dari 15hb Ogos 2009 lagi supaya Rohaizat tidak dijadikan calon BN di Permatang Pasir kerana sudah tahu isu yang ada disekelilingnya.

Pada 15hb Ogos 2009 YAB TPM Tan Sri Muhyudin berada di Kuantan untuk merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar secara berkelompok. Pagi itu saya menerima message melalui Facebook dari Cucu Tok Selampit sebegini
"DSN, nak minta tolong. Saya check calon kita pernah kena denda dengan Bar council seperti berikut:Order under Section 103D LPA 1976 Rohaizat bin Othman - 7 March 2008 (Struck Off) Saya tidak faham maksudnya dana apa maksud struck off. Harap Dato' tolong jelaskan. Saya pasti perkara ini akan dimainkan oleh pembangkang. Kita kena prepare dulu. Linknya di sini :http://www.malaysianbar.org.my/disciplinary_orders/_disciplinary_orders_january_march_2008.html"
Saya panjangkan makluman itu kepada YAB MB Pahang yang berada bersama dengan YAB TPM dengan harapan supaya calon lain dicari untuk gantikan Rohaizat. Malangnya, apabila maklumat dari saya itu diterima, TPM meminta pandangan dari Lawyer UMNO
. Lawyer Umno mengambil pendekatan yang sangat jauh lari dari sasaran apabila menasihatkan bahawa Rohaizat layak bertanding dan pencalonannya tidak akan ditolak oleh SPR walaupun ada tindakan disiplin oleh Majlis Peguam. Begitulah keadaannya apabila Lawyer Umno "cannot see the woods from the trees!"

Rohaizat tetap dicalonkan dan memang betul pencalonannya tidak ditolak. Mula dari hari pertama kempen sehinggalah ke hari akhir, Pas terus bawa isu Rohaizat "struck off" oleh Bar Council atas kesalahan seleweng duit pelanggan.

Pada 20hb Ogos 2009 jam lebih kurang 11.55 malam, saya dapat panggilan telefon dari rakan sejawat yang berkhidmat dengan TPM, mengatakan Rohaizat baru sahaja selesai berucap di Pentas Pemuda menafikan dia ada isteri kedua. Rakan itu minta tengok rekod di Mahkamah Syariah Pekan Pahang kerana sebenarnya Rohaizat telah daftarkan perkahwinan kedua itu di Pekan Pahang! Apakan daya saya di waktu tengah malam itu? Satu lagi non-disclosure dilakukan oleh Rohaizat! Kenapa Rohaizat suka besembunyi? Rayuan tentang hukuman Majlis Peguam yang telah dibuat ke Mahkamah Tinggi Penang pun disembunyikan. Isteri kedua pun disembunyikan. Mungkin dia takut B1N1 ! Tapi dalam PRK, B1N1 tidak penting! Minta maaf sahaja lah kalau susah sangat untuk minta izin!

Nah...kedua-dua isu itu dimainkan oleh Pas dan tiada lagi dalam sejarah PRK sejak 10 tahun saya menjadi Setiausaha Politik, BN terpaksa menyelesaikan isu peribadi calon sehingga tiada masa untuk bincang atau selesaikan isu di kawasan pilihanraya itu.

Siapa kah yang silap dan siapakah yang harus "hara-kiri?" Kita semua tahu dan orang yang mati-mati hendakkan Rohaizat terus bertanding sebagai calon sepatutnya selepas ini tidak lagi menjadi pemimpin kita. Mereka patutnya sudah mati akibat harikiri! Tidak terkecuali Lawyer Umno dan Pengerusi Umno Pulau Pinang! "Don't kill the messenger!" kalau UMNO mahu terus mahu hidup lama lagi !..

sumber:datuk shamsudin nawawi



Komen Pisau:

Sebenarnya Pisau tidak mahu membuat komen,tetapi memandangkan Datuk Jalil memilih media tanpa berfikir panjang dan untuk mengkambing hitamkan calon,maka inilah masa yang sesuai teguran patut dibuat.

Sejak dari awal lagi sebelum pilihanraya, perkara ini harus di perhalusi, buat Datuk Abdul Jalil,seharusnya bukan Rohaizat di persalahkan,tetapi kamu harus dipertanggungjawabkan dan seluruh bahagian Permatang Pauh. Kerana kamu dan 4 orang lagi puncanya Umno berpecah ,ini termasuk Ustaz firdaus,Cikgu Zaidi,Arif Shah dan Ahmad Saad. Kamu berlima bersama penyokong masing masing tak sedar diri,sepatutnya kamu semua letak jawatan atau pun undur diri dari politik,dan berikan kepada muka baru.Tidak ada faedah nya berpuak puak,setiap kali berlakunya pilihanraya di Permatang pauh,isu yang sama pasti akan berlaku,pasti ada antara kamu akan memboikot jika calon bukan dikalangan kamu atau orang suruhan kamu .

Datuk Jalil ,kamu sudah lama memegang jawatan di Umno Bahagian,tiada satu pun kebaikan yang kamu bawa,melainkan perpecahan yang tidak berpenghujung.Dan jangan cuba kambing hitamkan Rohaizad atas kegagalan kamu sebagai seorang pemimpin bahagian.

Datuk Jalil,kenapa tidak mengusulkan agar kamu sendiri meletak jawatan apabila gagal menang di Dun penanti?Banyak sebab kamu kalah kalau nak disenaraikan.


Buat ketua Pemuda,sedar sedarlah sama, Cikgu Zaidi juga puncanya perpecahan,tiada istiqamah didalam perjuangan, jangan hanya beretorik yang tak kemana,pemuda permatang pauh lumpuh dan tiada semangat, sepatutnya taburlah semangat bersatu padu jangan hanya kerana ketua pemuda tidak terpilih kamu semua buat kerja sambil lewa dan anak anak muda di anak tirikan.
Ada ketua pemuda cawangan didalam bahagian Pmtg Pauh tidak keluar langsung,katanya buat apa keluar bantu berkempen kerana tidak berkepentingan kerana calon bukan wakil pemuda.

Prihatinlah kepada budak budak pemuda umno,jagalah mereka yang masih memberi sokongan,janganlah layan mereka seperti barua,mereka sanggup berembun,basah kuyup ,berjaga dan ambil cuti semata mata mahu berjuang.


Pisau cadangkan agar Umno Pusat membubarkan Bahagian Permatang Pauh atau pun mengambil alih pentadbirannya, mereka yang tidak mampu dan merosakkan parti dari dalam harus keluar ataupun di pecat.Runtuhkan saja bangunan bahagian permatang pauh,bina yang baru,selagi berdirinya bangunan itu,selagi itu lah terpalit sejarah kotornya anwar ibrahim dan betapa tidak cekapnya pimpinan yang ada sekarang.

Sepatutnya Umno berkemampuan untuk menang di Permatang Pasir, tetapi hanya kerana perangai segelintir pemimpin di peringkat bahagian,peluang untuk menang terlepas.Kempen PAS hanya menyerang peribadi calon,langsung tidak menyentuh apa yang boleh PAS buat untuk Permatang Pasir.Peluang ini tidak diambil dengan baik oleh Umno .Sedangkan PAS bertanding diambang krisis dan tidak mendapat bantuan daripada pkr dan dap.

Kenapa ahli Umno sendiri tidak keluar mengundi ,dikhabarkan hampir 5oo ahli umno tidak keluar mengundi,adakah ini satu protes?Protes kepada siapa?Jika keseluruhan pengundi putih dan kelabu keluar pasti umno mampu menawan permatang pasir,tetapi malangnya jentera kali ini bukan buat kerja untuk menang,tetapi buat kerja untuk kalah.

Kenapa setiap kali pilihanraya baru kelam kabut mencari data pengundi? sejak tahun lepas sudah berapa kali pilihanraya? mana data pengundi? mana profiling pengundi? masih gunakan yang lama?Kenapa baru tibanya pilihanraya permatang pasir soal pengundi hantu baru timbul? Itu tandanya tak buat kerja

Buat Ahli Umno Permatang Pauh, jika anda lebih sayangkan parti dari individu,baik anda cadangkan agar mereka yang membuat onar di bahagian ditendang keluar atau desak agar letak jawatan.

Berubahlah atau diubah atau rebah!



Buat pengerusi perhubungan negeri Ds Zahid,inilah realiti politik pulau pinang dan permatang pauh terutamanya. Anda harus ambil tindakan yang tegas dan buat rombakan drastik jika mahukan kemenangan.

Selagi kamu semua berpecah belah,lebih baik jangan bertanding apabila adanya pilihanraya.

BUANG MASA!BUANG DUIT!

DAN BUAT PAKATAN HARAM DI PERMATANG PAUH,ANDA MEMANG LAYAK MENANG ATAS SEMANGAT RAJIN FITNAH & SEMANGAT BERSATU PADU ANDA!

Kata orang PAS,Umno dah nak mampus, ini bukti dia. kalau tak sedar sedar jugak, memang PRU13 UMNO boleh mampus.!

Ini ubat dia,pahit bukan!

JANGAN SOKONG MEMBAWA REBAH!PADAH AKIBATNYA.KALAU TAK BETUL HARUS DITEGUR!

Kalau rasa kecewa dengan UMNO lebih baik tegur ,tapi mahukah mereka ini dengar?

dont kill the messenger!



Pisau kata " Permatang Pauh jadi menatang pauh,tak guna buat post mortem,mayat yang selalu kena post mortem pun hancur jadinya, "

Titik tolak berlakunya bantahan penduduk seksyen 23 shah alam

Filed Under ( , ) by pisau.net


"Dokumen yang mengesahkan pembabitan Rodziah dan Khalid Samad mengenai pembinaan kuil di seksyen 23 Shah Alam, sebelum ini mereka tidak mahu mengaku yang merekalah meluluskan pembinaan kuil ."

Sebelum ini ,penduduk seksyen 23 telah membuat bantahan secara bertulis dan cuba berunding,namun tidak di endahkan oleh 2 orang wakil rakyat .Malah mereka tidak mengakui menurunkan tandatangan dan berbohong kepada masyarakat yang mereka terbabit.

Setelah dokumen diatas didedahkan oleh blog GAP (rujuk dokumen lengkap sini) keadaan masih tidak berubah dan akhirnya menterjemahkan bantahan yang berlaku kelmarin selepas solat jumaat di hadapan bangunan SUK.

Sekarang kita harus ingat isu pembabitan dua adun ini adalah isu sebenar, soal kepala lembu dipijak oleh wakil penduduk pada dasarnya di ertikan sebagai hadiah kepada kerajaan negeri, kepada Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan Rodziah.


Dan kenyataan terkini oleh Yb Khalid Samad menyifatkan penduduk Seksyen 23 "BODOH" kerana membantah.

Adakah wajar masyarakat Islam yang membantah pembinaan kuil yang berhampiran masjid di gelar bodoh oleh Yb Khalid yang beragama Islam?

Malah bantahan yang disertai oleh masyarakat pelbagai latar belakang fahaman politik juga di selar oleh blog blog pro pakatan haram. Di manakah kewajarannya ?

Hari ini kita memperkatakan soal hak penduduk Islam di seksyen 23,tetapi di selar oleh ramai pemimpin kerajaan dan di kutuk oleh penyokong melayu islam PAS & PKR, yang menyatakan mengugat perpaduan kaum?

Adakah mereka tidak terfikir dahulunya kuil yang di bina di atas tanah haram,dirobohkan oleh pihak PBT,dan kerajaan dituduh oleh pertubuhan haram hindraf sebagai penghapusan kebebasan beragama dan penghapusan etnik.

Melayu dan Islam ditekan,tetapi siapa yang mahu memberi pembelaan? Jauh sekali daripada pemimpin seperti Khalid Samad atau pun Rodziah.Mereka ini kononnya pembela rakyat dan salah seorang darinya datang dari parti yang konon tunjangnya adalah Islam.

Inilah jadinya, apabila kita memperkatakan akan hak kita,akan dituduh rasis! perkauman! tetapi jika bangsa lain memperkatakan akan hak mereka atau mengkritik agama kita,tidak seorang pun melayu melayu haprak membantah malah menyokong membabi buta.

Sekarang ini yang nampak jahatnya adalah mereka yang memijak kepala lembu dan dituduh menghina agama kaum india,tetapi masyarakat dibutakan oleh isu sebenarnya 2 orang YB yang meluluskan pembinaan kuil di kawasan melayu.

Jika bantahan sebegini di anggap sebagai ancaman perpaduan kaum,maka sudah sampai masanya mereka yang sebelum ini mencela Islam dan menghiris perasaan orang melayu juga harus diambil tindakan.


PAS & PKR ! Ya kamu menyangah dan menuduh si pelaku bantahan adalah orang umno.tetapi kenapa terlalu dangkal dan singkatnya pemikiran kamu , yang membantah adalah dikalangan kamu juga.

Malah dikeluarkan beberapa potong ayat quran untuk tujuan mengutuk perlakuan tersebut yang kononnya menghina agama lain.Seronok tak terhingga puak Pakatan Haram, kononnya bakal mendapat sokongan dan undi dari kaum lain kerana sekelompok umat islam melayu membantah hak mereka diabaikan.


Mereka yang mencela dan menyangah perlakuan pendemo di shah alam adalah pengecut dan bacul. Buat PAS,buang saja nama ISLAM dari perjuangan kamu,sememangnya ini adalah bukti nyata kamu tidak mampu berbuat apa apa demi masyarakat Islam.



Janganlah kita terlalu memberi ,mengalah dan bersifat tidak apa pada masa yang sama menghiris hati orang orang Islam

Adakah lembu menjadi hak kaum india sahaja? Bagaimana pula syamsul ketua AMK yang mengusung lembu ke pejabat SPRM?bagaimana pula kepala lembu menjadi lambang parti politik?

*update info dari rakan media

"Banyak sangat oarng menghentam orang Melayu yang buat protes semalam, tapi bottom line issue dia orang tak faham. Orang seksyen 19 dah berdepan dengan masaalah samseng keling yang menggunakan kuil seksyen 19 sebagai markas mereka sejak berpuluh tahun.... Pantang tegur samseng2 ni akan mengganas. Kuil seksyen 23 bukan kuil baru, ianya perpindahan kuil seksyen 19 kesana. Komiti dan tok sami semua orang yang sama.Orang seksyen 23 dah faham sangat dengan masaalah yang dihadapi penduduk seksyen 19. Mereka gusar masaalah dengan samseng keling ini akan dibawa pindah kekawasan mereka pula. Kuil sebagai tempat ibadat tidak menjadi masaalah bagi mereka. Tapi masaalah sosial yang dibawa mereka itu lah yang menjadi isu. Siapa lagi yang mempunyai fakta sial kongsi disini. Jangan beremosi tapi berilmiah please."


isu seksyen 23 di utusan:klik sini

Pisau kata " Tolak ansur dan hormat menghormati atas semangat 1Malaysia "

Malam Dengan Bulan Yang Sama

Filed Under ( ) by pisau.net



Malam Dengan Bulan Yang Sama


Saya paparkan di sini satu komen yang bernas daripada seorang pembaca blog saya yang bernama Shamsul Anuar. Dan saya fikir sangat baik untuk sama-sama kita renungkan. Kepada saudara Shamsul Anuar, terima kasih komen saudara.


Menang walaupun satu undi adalah menang. Ada beberapa perkara yang saya nampak disini. 1) Kedua dua PAS dan UMNO mempunyai pengundi setia. Pengundi Cina dan India nampaknya kearah PAS. Bukan sebab suka PAS sangat tetapi PAS tidak sepert UMNO, bukan teras dalam PR. Sekiranya ( dijauhkan Allah swt) BN tumbang, maka kuasa politik Melayu akan berakhir. Ini kerana PAS tidak akan jadi teras PR. 2)UMNO tidak teliti pada pemilihan calon. Walaupun saya rasa tidak adil menuding Rohaizat pasal tduhan isteri 2, saya sedar ianya digunakan secara efektif oileh PAS. 3) Sikap Melayu yang sanggup terima walaupun sampah kalau disulami oleh ayat-ayat Kuran . Ini adalah perkara pelik dalam masyarakat Melayu. Tahu dan sedar perkara itu salah tetapi kerana nak puaskan hati, sanggup terima perkara salah.


Perkara salah ialah seperti suka mendengar fitnah walaupun berbuih mulut cakap 'Fitnah lebih dahsyat daripada membunuh". 4) "Double standard mentality". Tak apa PAS ada cacat cela sebab membawa 'perkataan Islam". Jadi kalau isteri 2 atau 3 dan rumah tangga tunggang langgang tak apa. Tak apa juga memaki hamun sesama Islam seperti selalu Mohd Sabu buat. Fitnah ( berita yang tak sahih dan disampaikan pula oleh fasik seperti RPK) diterima bulat-bulat walupun tahu itu dosa besar. Yang penting mesti serban dan tudung labuh. Lepas itu buang masa berjam-jam dengar ceramah ( pesta fitnah) mengenai Datin Rosmah atau Najib.


Dan masyarakat Melayu suka memilih apa yang mahu didengar. Apa yang sesuai dengan naluri politik kita, kita terima bulat-bulkat. Yang tak kita setuju walaupun benar kita tolak. Jadi Saiful yang sudi bersumpah laknat kitra tolak. anwar yang takut bersumpah kita terima. Apa yang UMNO buat sentiasa dipandang serong. UMNO turun padang dituduh berlakon. Tak turun padang dituduh sombong. UMNO mempertahankan hak Melayu dituduh mahu menakutkan melayu untuk menyokongnya. UMNO kritik Melayu dituduh tidak membela Melayu. Ketua bahagian UMNO kaya( sebab juga berniga) habis dituduh rasuah. Pemimpin PAS naik kereta mewah tiada siapa bising. Rumah pemimpin UMNO harga jutaan ringgit disebarkan sebagai terima rasuah walaupun beliau siap tunjuk resit.


Rumah jutaan ringgit Pemimpin PAS tiada siapa bising. 5) Budaya bermusuh PAS sesama Islam. Begitu kasar dan tiada ruang tolak ansur untuk UMNO. Saya nampak budaya Melayu suka duduk berjam-jam di kantin( tak buat kerja) tapi mengutuk kerajaan yang membayar gaji mereka . Tidak sedarkah yang mereka makan gaji buta( ambil gaji kerja tak jalan). Pemimpin PAS langsung tak mahu berbaik sangka dengan UMNO. NIk aziz mengungkit perkara yang berlaku 30 tahun lalu . Begitu tinggi dendam walaupun orang yang dimarahinya semua sudah meninggal dunia. 6) Taksub.


Otak dicuci supaya tak mahu percaya langsung Utusan Malaysia atau RTM. Harakah yang giat menyebarkan fitnah dijunjung tinggi-tinggi. 7) Bila berkuasa Hadi sebut hudud hanya 0000.1% dari Islam. Maknanya bukan perkara teras. Bila dah tak berkuasa tuduh UMNO tak mahu Islam. Menjerit-jerit dan berusaha melemahkan kuasa politik Melayu dengan sikap suka berarak dijalan raya. Mana-mana kerajaan akan bertindak dalam hal ini. Bila polis bertegas, dituduh polis zalim. Dan yang paling nyata, saya nampak ramai anak muda Melayu rasa hebat bila dah masuk universiti dan balik dari luar negeri. Kononnya dah pandai. Jadi secara lantang mereka berusaha jatuhkan UMNO. Kononnya terlalu zalim.


Mereka lupa yang UMNO banyak kebaikan. Mereka masih mentah dalam kehidupan. Mereka tidak tahu yang ramai orang( seperti DAP) menyokong PAS bukan ikhlas. Mereka mentah dalam percaturan politik kerana mereka masih muda. mereka tidak bodoh. Mereka hanya muda dan tiada pengalaman. Mereka menerima bulkat-bulat sokongan DAP tanpa sedar yang jika UMNO tumbang, bukan PAS yang naik. Apa pun kelemahan UMNO (sebagai satu parti ditubuhkan oleh manusia) , saya berdoa ianya kekal memerintah Malaysia.


Mungkin saudara tidak sedar jika tumbangnya UMNO bukan bermakna PAS akan memerintah. UMNO ialah teras dalam BN. Dari 139 kerusi, UMNO mempunyai 79 kerusi. Maknanya ianya memang dominan dalam BN. Apa erti teras. Maknanya segala keputusan mesti dapat kebenaran UMNO. Apakah PAS teras dalam PR. Tidak. Apa saja yang PAS nak buat terpaksa minta kebenaran DAP. ITu hakikatnya. Di Perak, Nizar tak lebih dari boneka. Itu adalah kebenaran. Tak tumbuh tak melata. Tak sungguh orang tak kata. Jadi Kg Baru Cina diberi grant 999 tahun. 1000 ekar diperuntukkan pada SekolaH Cina. Hal ini tak terjadi dizaman UMNO memerintah.


Di selangor, taraf Islam dah sama dengan ugama lain. Kalau ada masjid, mesti ada kuil dan tokong. Masa UMNO memerintah, perkara macam ini tak terjadi. Yang DiPertua Perbandaran tak boleh lagi runtuhkan kuil haram . Jika runtuhkan kuil haram , mereka akan digantung perkhidmatan . Pada 1998, Mohd sabu memaki hamun anwar Ibrahim dan mencabar Dr mahathir memecat beliau kerana liwat. Karpal singh juga dalam konvensyen DAP 1998 cakap ada bukti Anwar ialah homoseks.


Jujurkah Mohamad Sabu dalam hal ini. Jujurkah PAS dalam hal ini. Jika mereka pun percaya itu sikap Anwar, kenapa sanggup berkerjasama dengan Anwar. Saya bukan ahli UMNO. Saya juga kritik UMNO. UMNO pun ada silap juga. Tapi saya rasa ia tak sehipokrit PAS. Penting sangatkah kisah ( kalau betul) Rohaizat beristeri dua. Bukankah kisah hidup pemimpin PAS juga 'Panas" dengan kisah nikah di Thailand. Bukankah isteri pemimpin PAS juga meminta cerai dan tuntutan jutaan ringgit.


Bukankah juga Muslimat PAS menangis mempertahankan ADUN Bukit Lanjan yang jelas buat perkara tak baik .Jadi pentingkah menceritakan hal orang beristeri dua. Kerana Allah atau kerana politik. Inikah Islam yang kita nak tegakkan? Siapa yang fanatik? Siapa yang sanggup "berperang" menjatuhkan saudara seugama dan sanggup berbaik dengan musuh Islam sendiri untuk kepentingan politik. Siapa yang sentiasa berburuk sangka? Siapa yang jadikan orang fasik seperti Raja Petra sebagai rujukan utama? Jujurkah kita semua ? Jujurkah PAS bila menerima Anwar walaupun Mohd sabu memaki hamun anwar 11 tahun lalu. Dan soalan ini sentiasa membuatkan semua orang PAS merah muka. Tidak pernahkah terdetik dihati PAS kenapa Anwar tidak mahu bersumpah walaupun dicabar? Persoalan ini akan nampak begitu mudah jika kita jujur pada diri sendiri. Semoga bulan Ramadhan ini akan mendorong kita melihat kebenaran.


Ulasan saya : Satu sahaja kesimpulan yang boleh saya katakan di sini. Hakikatnya ramai dalam kalangan orang Melayu yang berpolitik dengan tidak ikhlas. Baik PAS mahu pun UMNO. Ini adalah masalah sikap orang Melayu-Islam, dan bukan masalah UMNO atau pun PAS. Kebanyakan orang Melayu jarang jujur dan ikhlas dalam perbuatan mereka. Kita banyak berpura-pura dan berlakon, banyak cakap tak serupa bikin. Akhirnya yang rugi Islam dan bangsa Melayu itu sendiri. Orang lain mengambil kesempatan terhadap sikap kita itu sendiri. DAP tahu PAS tidak ikhlas bekerjasama dengan mereka, sebab itulah DAP sedaya upaya menggunakan PAS untuk mencapai kehendak politik mereka. Begitu juga dengan Anwar Ibrahim, PAS dan DAP tahu Anwar bukanlah begitu jujur untuk menegakkan keadilan dan kebenaran yang selama ini dilaungkannya. Anwar hanya mahu menjadi PM semata-mata. Malah, semasa Anwar menjadi TPM, para pemimpin DAP dan PAS jugalah yang membongkarkan tingkah-laku dan skandal seks Anwar. Tetapi sekarang semua orang tutup mata dan tidak jujur kepada diri sendiri. Lantaran itu, bangsa lain mengambil kesempatan atas sikap ketidakjujuran sekilan ramai pemimpin-pemimpin politik Melayu di negara ini. Hakikatnya, baik UMNO dan PAS kita sebenarnya bukan mencari kebenaran, sebaliknya kita hanya mencari kuasa semata-mata. Inilah ketidakjujuran yang paling besar kita lakukan terhadap agama dan bangsa kita sendiri. dan akhirnya siapakah yang rugi?


sumber :
azlishukri



Pisau kata " bulan siang malam tu PAS Totok"

Sudah Terlalu Ramai Manusia Yang Bernama OTHMAN WOK Di Malaysia,Siapa Othman Wok?

Filed Under ( , ) by pisau.net


Othman Wok dilahirkan pada 8 Oktober 1924 di Singapura adalah bekas Menteri Sosial dan ahli parlimen PAP yang mewakili Kawasan Pasir Panjang antara tahun 1963 dan 1977. Di awal kerjaya nya dia adalah seorang tokoh wartawan Bahasa Melayu, kemudian dia menjadi timbalan editor akhbar berbahasa melayu, Utusan Melayu Singapura.

Dia ni menyertai PAP selepas beberapa sahaja penubuhannya pada tahun 1954 ketika itu beliau percaya pada hak samarata dan dasar multi-perkauman dan anti kepada raja-raja melayu (macam ape yang PKR perjuangkan sekarang ini .ketika itu dia banyak membantu melalui penulisan mengenai penubuhan negara multi-perkauman d
an hak samarata dan dasar anit raja-raja melayu di dalam akhbar Petir sebuah suratkhabar berbahasa melayu keluaran Parti PAP, lebih kurang sama macam harakah jugak la. Selepas itu dia dipilih menjadi sebagai salah seorang ahli dewan editorial buletin Petir dan dalam masa yang sama juga seorang lagi pemimpin tertinggi PAP iaitu Ahmad Ibrahim menjemput dia untuk menjadi ketua cawangan PAP Geylang Serai / Tampines pada tahun 1959.

Othman Wok adalah seorang penyokong kuat Lee Kuan Yew dan dia lah orangnya yang kerap kali menentang perlaksanaan Hak-hak Keistimewaan orang melayu dan setiap kali dia berceramah, setiap kali itu juga dia mengatakan yang hak-hak keistemewaan orang melayu dan raja-raja melayu ini hanya retorik dan mainan Tunku dan sebenarnya Tunku ada agenda lain, iaitu untuk merampas tanah orang melayu di singapura. dia juga mendakwa rusuhan kaum yang terjadi pada Julai 1964 telah di plan oleh UMNO dan Tunku lah dalangnya. dia amat gembira tentang berita tentang pemisahan Singapura daripada Malaysia. dan ada juga yang mengatakan yang dia ni lah yang menulis skrip temuramah BBC dengan kuan yew sewaktu malam berpisahnya singapura dari malaysia, yang mana ketika itu kuan yew menangis tersedu-sedu kononnya terlalu sedih dengan terkeluarnya singapura dari malaysia, padahal itu semua skrip yang dikarang oleh othman wok hanya semata-mata untuk orang melayu berasa simpati dengan kuan yew dan membenci Tunku. Sehingga sekarang ini dia masih di anggap sebagai pengkhianat melayu oleh kebanyakan orang melayu singapura, kerana hasutan dia lah, Lee Kuan Yew mengharamkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS aka UMNO Singapura) salah satu sayap UMNO di Singapura. dia bersama-sama dengan berberapa pemimpin sayap melayu dam PAP antaranya Ishak Rahim, Rahmat kenap, Ariff Suradi, Buang Omar Junid, Mahmud Awang dan Yaacob Mohamed turun ke kampun-kampung melayu menghasut orang melayu supaya membenci UMNO dan Tunku. Pada tahun 1959, dia bertanding menjadi calon untuk PAP di kawasan Majlis Bandaran bagi kawasan Kampung Kembangan berlawan dengan calon UMNO, dia tewas dalam pertandingan itu, akibat terlalu bengang dengan kekalahan itu dia menuduh yang UMNO yang mengugut pengundi di situ supaya tidak mengundi dia, apabila penduduk kampung mengetahui tentang cerita tu maka seluruh penduduk di situ berkumpul di hadapan pejabat dia di Tampines dan menghalau dia keluar dari pejabat dia dan memaki hamun dia sebagai pengkhianat bangsa melayu. dan dia sekali lagi bertanding di parlimen pasir panjang dan kali ini dia menang atas bantuan dan sokongan dana dari kuan yew.

Selepas singapura berpisah dari malaysia pada tahun 1963, dia telah dilantik oleh kuan yew sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial. satu jawatan menteri yang tidak mempunyi apa-apa fungsi kerana kuan yew telah melantik seorang cina untuk menjaga hal ehwal sosial dan cina ini di letakkan di bawah jabatan perdana menteri. selepas 14 tahun dia menjadi menteri goyang kaki maka pada 1978 dia pun tidak lagi menjadi menteri kabinet kuan yew.


Sekarang ini dia menjadi salah seorang penulis cerita seram yang paling top di singapura. Sesungguhnya manusia yang bernama othman wok ni adalah seorang pengkhianat bangsa melayu yang terhebat dalam sejarah melayu moden, cara jalan cerita othman wok ini seakan sama dengan jalan cerita yang berlaku sekarang ini di negara kita. takkan kita orang melayu di sini ingin jadi seperti orang melayu di singapura, ibarat melukut di tepi gantang, merempat di bumi sendiri. jangan sampai petualang melayu seperti othman wok ni ada dan hidup membiak di dalam negara k
ita.



sumber:darulehsan



Pisau kata " Manusia seperti othman wok,mungkin seperti anda yang membaca artikel ini,mungkin saudara anda,mungkin ahli keluarga anda,mungkin jiran anda,mungkin sahabat handai anda,mungkin tok guru anda,mungkin mursyid anda,mungkin orang yang anda sokong seperti othman wok, mungkin kamu tidak sedar salahnya politik seperti PAS & PKR bakal menghancurkan negara"

SEJAUH MANAKAH KEADILAN/KETELUSAN POLISI PEMBERIAN GERAN TANAH '999' TAHUN KERAJAAN PAKATAN DAP/PKR/PAS DI PERAK?

Filed Under ( , ) by pisau.net

FAKTA !!!


SEJAUH MANAKAH KEADILAN/KETELUSAN POLISI PEMBERIAN GERAN TANAH '999' TAHUN KERAJAAN PAKATAN DAP/PKR/PAS DI PERAK?

Kampung Baru - 55,233

Kampung Tersusun - 73,703



128,936 geran tanah
________________________


Melayu = 27.66% (35,663 geran)

Cina = 57.49% (74,125 geran)

India = 14.85% (19,146 geran)
________________________

>>> Justeru itu, dimanakah yang dikatakan kesamarataan, keterbukaan dan keadilan untuk semua yang diwar-warkan oleh pakatan pembangkang ini??

Sumber : Blog Datuk Mohd Hafarizam Bin Harun ( Penasihat Undang-Undang UMNO Malaysia )


PAS dan Nizar harus jawap,di manakah keadilan dan samarata yang di war warkan kepada rakyat dan penyokong sendiri. Adakah mereka berbohong kepada rakyat dan penyokong sendiri?


Pisau kata " bohong & fitnah kerja pakatan haram"

Bantahan Pembinaan Kuil Di Kawasan 100% Melayu Shah Alam

Filed Under ( , ) by pisau.net

Pisau mendapat email daripada rakyat prihatin,mengajak penduduk shah alam dan seluruh umat Islam tidak kira dari fahaman politik mana pun agar turun memberi sokongan bantahan terhadap pembinaan kuil di kawasan 100% orang islam dan jaraknya tidak sampai 200 meter dari masjid.


Perjumpaan bersama para penduduk seksyen 23 dan pihak media malam ini (Selasa, 25 Ogos 2009), jam 9.30malam untuk membincangkan tentang perkara di atas bertempat di Surau Al-Jannah, Seksyen 23.

Suatu demonstrasi aman akan dilakukan selepas solat Jumaat pada hari Jumaat ini di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ke Bangunan SUK Selangor.

Pada asalnya, sebuah kuil akan didirikan di seksyen 19 Shah Alam yang kemudiannya bertukar ke Seksyen 23 yang majoriti penduduknya adalah orang-orang Melayu.

YB Khalid Samad, YB Rodziah Ismail dan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim bertindak mendiamkan diri dan membutakan mata atas isu ini. Mengapa? Mungkinkah mereka adalah dalang-dalang disebalik isu ini?

Bukankah kuil ini lebih sesuai ditempatkan di Seksyen 22 yang merupakan kawasan perindustrian yang jauh daripada penempatan umum? Mengapa pihak pemerintahan tertinggi negeri tidah berbuat demikian?

Diharapkan rakan-rakan media dan bloggers dapat sama-sama membantu menyuarakan ketidakpuashatian penduduk Seksyen 23 agar isu ini dapat diselesaikan segera.

Dikepilkan bersama salinan surat dari Gabungan Badan NGO Malaysia.

Sekian, harap maklum. Terima kasih.

Kartika :Jangan halang makhamah syariah menjalankan hukuman

Filed Under ( , ) by pisau.net

Sebagai seorang Islam, saya tertanya-tanya wajah Islam bagaimanakah yang Malaysia mahukan? Negara Islam, Islam madani, Islam hadhari atau Islam 'hududi'?

Apapun jenamanya, tentu yang kita mahukan adalah Islam yang adil, rahmah, berihsan, penyayang, mesra kepada orang perempuan, prihatin terhadap orang yang kurang bernasib baik dan Islam yang sentiasa bersangka baik pada manusia.

Akan tetapi, cara mahkamah syariah di Malaysia menangani kes Kartika Sari Dewi Shukarno (foto) tidak mencerminkan Islam yang kita impikan itu.

Tambah malang lagi apabila ada orang Islam dan pemimpin-pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam bersorak gembira dengan hukuman keras yang dijatuhkan terhadap model sambilan itu.

Selama ini, ulama dan pemimpin Islam begitu petah dan rancak sekali bila berbicara tentang keadilan dalam Islam.

Namun, apabila timbul masalah sebenar dalam masyarakat, nampaknya ramai yang kelam-kabut dan teraba-raba mencari sinar keadilan itu.
sumber komentar dari SIS:malaysiakini

Pisau menyokong agar hukuman diteruskan,namun kebelakangan ini hukuman terhadap Kartika mendapat perhatian umum lebih lebih lagi dari NGO-NGO dan juga Shahrizat.Pisau berharap Menteri seperti Shahrizat tidak mengeluarkan kenyataan yang memprotes tentang hukuman tersebut.

Pujian hendaklah diberikan kepada PM kerana menyerahkan kepada makhamah untuk menjalankan perintah dan hukuman,Ini bermakna Ds Najib bersetuju dengan langkah menyebat pesalah syariah.

Komentar di atas melambangkan siapa sebenar SIS,yang sering kali mengeluarkan kenyataan yang agak liberal dan seringkali kearah Islam yang lebih terbuka,Jika makhamah sudah mengeluarkan arahan,jalankan saja hukuman tanpa dolak dalik,Jika ini sebagai percubaan salah satu daripada hukum hudud,teruskan saja agar kita dapat melihat bagaimana masyarakat Islam dan majmuk di Malaysia menerima hukuman sedemikian.

Pisau menyokong langkah yang diambil oleh makhamah yang menjatuhkan hukuman sebat, malah lebih elok jika hukuman sebegini di jalankan di seluruh negara.Agar dapat memberi pengajaran kepada Umat Islam agar lebih taat kepada ajaran ugama dan menghormati undang undang syariah.



Pisau kata " patut dah lama jalankan hukuman sebat,jangan tangguh"

MCA BN : Dr Chua Di Pecat.

Filed Under ( , , , ) by pisau.net


Tengah malam tadi dikejutkan dengan pemecatan Timbalan Presiden MCA Dr Chua Soi Lek oleh jawatankuasa displin MCA yang bermesyuarat beberapa jam. Sebelum ini Pisau dapat rasakan perkara ini tetap akan berlaku.

Cakap cakap politik menyatakan Dr Chua menjadi ancaman besar kepada Ong Tee Kiat selaku presiden parti dan mereka telah mengambil alasan masaalah moral tidak dapat di terima oleh ahli MCA,maka perlunya dia di pecat.

Malah ada cakap cakap yang mengatakan Dr Chua mendapat favor daripada PM & TPM sehingga menimbulkan perasaan kurang senang Ong Tee Kiat,maka dengan memecat Dr Chua memberi insyarat agar tidak campur tangan didalam parti MCA.

Pisau tidak percaya akan perihalnya cakap cakap politik yang sudah menjadi khabar angin yang membuatkan perasaan cemas ahli ahli MCA terutamanya,Dr Chua sebelum ini juga telah meletak jawatan sebagai menteri dan jawatan didalam parti,dan bertanding semula sehingga meraih sokongan menterjermah kepada jawatanyanya sekarang,sokongan ahli MCA kepadanya walaupun terlibat dengan skandal seks tetap mendapat kepercayaan daripada sokongan akar umbi kerena rekod perkhidmatan sebagai menteri dan didalam parti cukup baik. Di sini kita dapat melihat kekuatan Dr Chua sendiri. Itu lah yang benar benar mengugat team Ong Tee Keat.

Pisau masih teringat selepas PRU12 ,Dr Chua bertemu dengan Anwar Ibrahim 2 kali di sebuah hotel di Kuala Lumpur,berlakunya rundingan ketika itu. Adakah ini adalah salah satu punca Ong Tee Keat memecat Dr Chua.

Sebelum ini Dr Chua juga mengeluarkan kenyataan kenyataan yang gayanya lebih kearah PKR atau pun DAP. Sistem 2 parti dan sebagainya.Kenyataan berani oleh Dr Chua melambangkan beliau tidak takut sekiranya apa apa yang terjadi disebelah sana sanggup menerimanya bila bila masa.Adakah pada waktu itu Dr Chua dapat merasakan peluang beliau didalam parti MCA tidak lama,maka perlu beliau membuat rundingan bersama Anwar Ibrahim.

Pisau dapat rasakan Dr Chua bersama beberapa ribu penyokongnya akan menyeberang ke sebelah sana untuk menyertai bersama seorang lagi Chua.

Adakah dua Chua ini sudah mempunyai perancangan untuk mengerakkan satu lagi gelombang yang bakal meruntuhkan MCA. Adakah Ong bersedia menghadapi detik bubarnya bahagian dan cawangan MCA dan mereka menyeberang ke sebelah sana.

Atau adakah Gerakan akan mengambil peluang menawarkan kedudukan kepada Dr Chua.Atau pun Dr Chua boleh menyertai PAS yang kuat mempromosi PAS for all dan untuk mencuci segala dosa dosa yang lepas sepertimana YB Eli.


Kita akan menyaksikan satu lagi pergolakan politik peringkat tertinggi dalam minggu ini.

"grand design in action"


Pisau kata "selamat berpuasa "

Nizar KKKv2: Gempar !Nik Aziz Nik Mat Mati!

Filed Under ( ) by pisau.net

Nik Abdul Aziz Nik Mat antara tiga terbunuh dalam nahas jalan raya


KUANTAN: Seorang pekerja kilang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kakak dan anak saudaranya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori penghantaran cepat di Kilometer 15, Jalan Bentong-Raub, dekat Lurah Bilut, hari ini.

Nik Abdul Aziz, 27, dari Bandar Baru Bangi, Selangor, kakaknya, Nik Hasmah, 29, dan anak Nik Hasmah, Mohd Adib Daniel Amizan, 5, meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas pada jam 2.20 pagi tadi.

Yang cedera parah ialah seorang lagi kakak Nik Abdul Aziz, Nik Nab Nik Mat, 45, dan anaknya, Adibah Mohd Fikri, 12, murid Sekolah Rendah Jalan Cochrane, Kuala Lumpur yang dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.


sumber:bharian



Menurut sumber,berita ini sudah tersebar,dan ramai penyokong PAS berguling dan menghantuk kepala meratapi kematian Nik Aziz Nik Mat,namun setelah menyedari yang mati adalah orang lain,mereka kembali bersemangat untuk memaki hamun kepada yang menyampaikan berita ini.

Pisau sendiri terkejut ,kerana pada mula nya menyangkakan Mursyid maksum PAS ini sudah meninggal,tetapi Allah masih panjangkan umurnya agar beliau lebih banyak berkesempatan bertaubat dan bermuhasabah tentang dirinya yang terlalu banyak membuat kesilapan.


Pisau kata " nasib baik dia tak mati,kalau tak pilihanraya lagi nampak gayanya"

N11 Permatang Pasir: Tahniah Kepada Calon PAS

Filed Under ( , , , ) by pisau.net

Petang tadi sudah selesai pembuangan undi, dan keputusan telah kita dapat,Calon PAS berjaya memenangi pilihanraya kecil permatang pasir. PAS walau pun berkempen cara paling kotor dengan memburukkan calon lawan masih berjaya memenangi hati rakyat.

Adakah ini indikasi mereka lebih selesa dengan cara kempen kotor sedemikian?Adakah perbuatan menghina dan memporak peranda kan rumahtangga calon lawan sebagai satu yang boleh diterima?

Barangkali selepas ini sesiapa saja boleh melakukan hal yang sama,apatah lagi sebuah parti yang kononnya namanya islam "tulen" mempromosikan akhlak kurang ajar dan sanggup bersusah payah melakukan apa saja untuk menjatuhkan calon demi kuasa politik.

Buat Rohaizad ,pisau berharap anda teruskan perjuangan dan banyakkan bersabar.Kepada calon PAS akhirnya anda berjaya dalam percubaan kali ke 7 untuk menjadi wakil rakyat telah berjaya.

Pisau perhatikan ada indikasi penolakan penyokong PAS kepada pemimpin seperti Anwar & Khalifah Guan Eng,kerana ada banner yang ditutup muka mereka berdua di permatang pasir.Adakah ini tanda protes kepada pengadai bangsa dan penghina islam.

PAS Pulau Pinang barangkali pendekatannya agak berbeza dari PAS negeri lain ,Pisau berharap mereka harus lebih vokal dalam memperjuangkan hak orang melayu dan islam di pulau pinang ,dan jangan hanya menjadi pak turut yang hanya menurut kata tuannya yang kafir harbi.

Kempen kali ini juga menyaksikan acara maki hamun dan membaling batu di pagi pilihanraya pada bulan puasa antara PAS dan UMNO.

Pisau berada di setiap pusat membuang undi,dan dalam perhatian pisau amat menyedihkan. apabila di sebelah sana dan sebelah sini (kedua dua nya berpuasa) bergaduh hingga ada yang tercedera.Seorang pemuda pisau sempat bertemu lengan tangan nya terbelah akibat dibaling batu oleh seorang penyokong PAS yang agak berumur.

Buat pemimpin PAS,tahniah lah Pisau ucapkan kerana anda menyemai perasaan politik benci kepada sesama saudara seagama .

Pisau kata "bulan saja puasa ,orangnya?"

Nizar KKKv2: Selepas ini ada lagi pilihanraya!

by pisau.net

Rakyat mungkin terkejut,tetapi ini lah yang harus di terima,sosio politik negara menjadi kacau dan porak peranda. Selepas prk Permatang pasir, anda bakal menyaksikan satu lagi pilihanraya. Tidak jauh dari sini,jika kabar angin ini benar, maka rakyat sekali lagi akan terpaksa membuang undi untuk memilih calon yang baru.

Ada juga yang menyatakan di pantai timur,namun khabar berita yang pisau dapat dari vvip ini boleh menjadi kenyataan.

Pisau sudah mendapat maklumat sejak dari kelmarin, namun kita tunggu saja pengumumannya nanti.


Pisau kata " lepas raya kita raya,lepas raya kita raya"

N11 Permatang Pasir: Allah Bayar Cash Pada Pengfitnah

Filed Under ( , , ) by pisau.net


4.00pm : Sebuah motor telah merempuh kereta ketua pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hj Hasan Tantawi. Insiden ini berlaku betul2 dihadapan Kg Cross Street.

Penunggang tersebut cedera dan di bawa pergi untuk dirawat.

N11 Permatang pasir : Awek Awek Pisau Sedang Berjasa

by pisau.net

Nizar KKKv2:Lintas Langsung Dari Permatang Pasir

by pisau.net

Lintas Langsung Permatang Pasir

Dun11-permatangpasir.blogspot.com


Pisau membuat liputan bersama rakan rakan blogger di
blog dun11-permatangpasir.blogspot


N11 Permatang Pasir: Pengundi Hantu PAS & Pakatan haram

by pisau.net


N11 Permatang Pasir: Peluang lebih baik berbanding Manek urai

Filed Under ( , , , , ) by pisau.net

N11 Permatang Pasir: PAS Cari Alasan Bodoh Lagi

Filed Under ( , , , , ) by pisau.net

PAS kali ini sedang cuba sedaya upaya mahu meruntuhkan masjid ,menghancurkan rumahtangga Rohaizad. Jika benar pun Rohaizad tidak mengaku berkahwin dua, apa salahnya dia tidak mengaku di khalayak demi menjaga isteri pertamanya. PAS bersungguh sungguh mahu mendedahkan umpama Rohaizad telah melakukan satu jenayah besar yang mampu mengugat keselamatan negara.

Kerja setan PAS dengan bersungguh sungguh mahu meruntuhkan rumahtangga Rohaizad di harap menemui kegagalan. Moga Allah panjangkan jodoh Rohaizad. Jangan hanya kerana kerja setan PAS yang celaka ibarat yahudi lapar todi meruntuhkan rumahtangga.

Ini lah kerja Parti yang memperjuangan Islam "Tulen" meruntuhkan rumahtangga orang. Rakyat Permatang Pasir sedang memerhatikan gelagat paria & dajal politik beraksi. Moga Allah membuka hati mereka agar menjauhi juak aparat sesat PAS ini.


Jika berjumpa ular dengan orang pas ,wajib anda hentam orang pas, orang pas lagi kotor hatinya dan merbahaya daripada ular. bisa nya mampu mensesatkan akidah ,memporak peranda masyarakat ,memecah belah keluarga dan meruntuhkan rumahtangga.

AWAS PAS MAMPU MENYESATKAN ANDA!
PAS MEMBAWA PADAH!

N11 Permatang Pasir: Kemana pergi pengakuan Yusri terhadap Rohaizad tidak bersalah

by pisau.net

Sudah lebih 24 Jam berita tersebar kenyataan saudara Yusri rakan kongsi Rohaizad berkenaan Calon Bn tidak bersalah langsung tidak disiarkan oleh portal berita malaysiakini. Kita semua sedia maklum portal berita malaysiakini memang hanya tertarik berita yang mensensasikan dan menaikkan rating pakatan haram.

Berita yang tidak membawa politikal mileage kepada pakatan haram tidak disiarkan,tambah ketika saat akhir esok pembuangan undi . Mereka tidak menyiarkan kerana takut rakyat permatang pasir tahu dengan pengakuan yang dibuat oleh Yusri bahawa beliau telah di guna oleh PAS untuk menyebarkan fitnah dan merosakkan imej calon.

Permatang Pasir menyaksikan kempen paling kotor oleh PAS dengan menyerang calon UMNO,hal peribadi calon di bogelkan tanpa mengira aib walaupun rohaizad tidak bersalah.

Kita juga dapat melihat taktik kotor dengan menyerang Rohaizad sehingga sanggup mempertikaikan kesahihan status perkahwinan Rohaizad, kalau beliau tidak mahu mendedahkan dia kahwin dua kah kahwin 4 kah,apa PAS sibuk sangat ,hingga sanggup susah payah nak bawa turun mertua rohaizad.

Namun taktik kotor dan kurang ajar PAS bakal memakan diri, ini di akui sendiri oleh teman Pisau seorang pimpinan tinggi PAS Pusat. Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata binasa badan.

Tidak ada permohonan maaf oleh mereka,langsung tidak rasa bersalah dan berdosa.perbuatan mereka mencerminkan sifat kurang ajar dan pendajal politik.


Pisau kata " Diam tak berlawan bukan bererti takut, kali ini mereka bakal bertemu buku dengan ruas"

N11 Permatang Pasir: Untuk Renungan

Filed Under ( , , ) by pisau.net




N11 Permatang Pasir: Rohaizad Tidak Bersalah:Yusri

Filed Under ( , , , ) by pisau.net




Lihat video ini pengakuan rakan kongsi rohaizad,ternyata PAS dan PKR telah mengunakan beliau untuk tujuan memburukkan calon BN. Harap Masyarakat Permatang Pasir sedar dengan muslihat dan tipu daya PAS.

PAS sudah kehabisan modal mereka tidak ada isu yang mampu menarik perhatian rakyat,tiap kali ceramah hanyalah ibarat siaran rakaman,perkara dan hal yang sama di ulang ulang.

Rakyat dah jemu,dah tak mau parti busuk PAS .Moga puak jahat ini jatuh dan di tolak rakyat dari politik negara.

N11 Permatang Pasir : Pilihanposa Matang Pasiaq

Filed Under ( , , ) by pisau.net


Patut lah selamba jer PAS maki & fitnah dibulan posa,rupanya ada unit amal pembersih dosa PAS.

N11 Permatang Pasir: Hantu Pakatan Rakyat

Filed Under ( , , , ) by pisau.net



Sangka ku dibulan ramadhan tiada hantu dan syaitan, namun meleset belaka mengikut laporan di atas rupanya hantu dan syaitan pakatan haram akan keluar mengundi 25hb nanti. Patut lah dulu pilihanraya parlimen anwar ibrahim menang besar,rupanya mendapat khidmat hantu untuk menangkan calon.

Pandai pandai la nanti pemuda umno buat kerja


Pisau kata " Hantu & syaitan tak ada di bulan puasa,tapi tinggal pakatan gantikan "

N11 Permatang Pasir: Orang Melaka Lebih Kenal Siapa Lim Guan Eng

Filed Under ( , , , ) by pisau.net



Pulau Pinang,dalam ramai ramai YB anak tempatan,tapi cina melaka yang korup jugak kamu pilih. Sudah tak ada anak Pulau Pinang yang layak kah untuk jadi Ketua Menteri?

Dalam video tu kalau MCA tak mintak duit nelayan,memang songlap lah duit orang susah,banyak lagi isu Lim Guan Eng yang orang Pulau Pinang suka hati sangat angkat dia jadi Khalifah Umar



Pisau kata " DAP PKR PAS sekor pun tak boleh pakai,orang luar jugak yang jadi Ketua menteri"

N11 Permatang Pasir: Anwar perbodohkan PAS dan rakyat Permatang Pasir

Filed Under ( , , , ) by pisau.net

Pisau baru pulang dari ceramah anwar di tanah liat malam tadi, jelas beliau sekali lagi memperbodohkan PAS dan rakyat Permatang Pasir. Agak lucu apabila dia menipu orang ramai dengan menyatakan mendapat persetujuan daripada Khalifah Umar Lim Guan Eng akan memberi jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Anwar kenapa kamu bodoh sangat sama seperti penyokong PAS & PKR, tahukah jawatan itu hanya dapat di beri atas lantikan DYMDPM AGUNG. Siapa Lim Guan Eng? Ingat dia hebat sangat sesuka hati dapat memberi jawatan tu? Anwar nak samakan Lim Guan Eng setaraf Agung? Kenapa bodoh bingai sangat Anwar Ibrahim.

Kenapa tidak menjanjikan jawatan exco didalam kerajaan negeri ?Kenapa tidak sanggup mengorbankan kerusi exco DAP? Jangan hanya beretorik kosong memperbodoh penyokong Pakatan Haram yang sedia bodoh!

Rakyat Permatang Pasir,jangan diperbodohkan oleh Anwar dan aparat aparat nya,mereka ini hanya pandai berbohong dan memberi janji palsu.Mereka sanggup membuat apa saja hingga sanggup menjanjikan syurga dan mengkafirkan orang lain.



Pisau kata " Anwar Drama Queen In Action"

N11 Permatang Pasir: Kenali Calon BN,Mangsa cacian PAS

Filed Under ( , , , , ) by pisau.net

Amanat Sesat Hj Hadi yang menyesatkan ahli PAS

Filed Under ( , , , ) by pisau.net


AMANAT TUAN GURU HAJI ABDUL HADI

Saudara-saudara sekalian, pergilah ikut menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO, kita menentang BARISAN NASIONAL, kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajahan. Mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah.

Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara! Perjuangan kita adalah JIHAD! Ucapan kita adalah JIHAD! Derma kita adalah JIHAD! Dan kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah MATI SYAHID! Mati kita adalah MATI ISLAM!

Kita tidak payah masuk Yahudi. Kita tidak payah masuk Kristian. Kita tidak payah masuk Hindu. Kita tidak payah masuk Buddha. Tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku, agama suku

.


Inilah amanat yang menyesatkan seluruh penyokong PAS,yang berani mengkafirkan saudara seagama,mengkafirkan ibu atau ayah sendiri,solat 2 imam dan macam macam lagi.

Kerana amanat inilah berlaku nya peristiwa memali ,dan puak PAS menyatakan yang mati ketika peristiwa memali adalah syahid,namun majlis fatwa telah mengistiharkan mereka yang mati bukan syahid.

Segalanya di angkat menjadi jihad,jika menderma pun dianggap jihad.

Kenapa mereka tidak membangkitkan tabung derma mangsa Memali?kemana perginya wang wang itu? adakah mereka makan duit derma orang ramai seperti mana berlaku di masjid jamek permatang pasir.?

Inilah dia apabila matlamat menghalalkan cara, apa saja dihalalkan untuk mencapai cita cita politik dan kuasa. semua nya menjadi halal,malah darah saudara sendiri jugak dihalalkan.

Kerana amanat ini lah orang melayu berpecah belah,kerana amanat dajal ini lah negara menjadi SAUDARA SEAGAMA DIKAFIRKAN DAN KAFIR HARBI DI ANGKAT MENJADI SAUDARA,Hj Hadi sudah melakukan dosa yang amat besar.

Maka segala yang berlaku harus Hj hadi dipertanggungjawabkan. Belia harus bertanggungjawab dan menarik balik amanat sesat ini.


Pisau terfikir,kenapa kerajaan tidak mengambil tindakan terhadapt amanat yang sedemikian,kenapa tidak ada pembersihan sepertimana berlaku terhadap AlArqam.Amanat yang bahaya sebegini harus di tarik balik.

ramai yang termakan dengan hasutan ini,mereka menganggap dengan menyertai perjuangan PAS adalah sebahagian daripada jihad.mencerca,fitnah dan menghina saudara seagama jugak dibolehkan.



Pisau kata " PAS ternyata sesat dan menyesatkan"