Baru dapat sms "GMI belanja RM1.2 juta, kempen saat terakhir untuk tarik ahli keluar lawan Pewaris dan Perkasa.
dari minaq jinggo
Pihak GMI sekarang ini nampak begitu terdesak sehingga sanggup membelanjakan wang dengan jumlah yang banyak,semata mata mahu membuat kacau di Ibu Negara esok hari.
Khabarnya wang itu di salurkan oleh pihak tertentu agar tugas memporak perandakan negara berhasil.
Siapakah mereka ini?Dari mana datangnya wang yang begitu besar jumlahnya?
pisau kata "masihkah anda ingat,bagaimana dan dari mana wang di salurkan untuk PR"
artikel yang harus anda baca : klik sini
Siapa bilang ISA tahanan tanpa bicara,:Anda tahukah apa yang anda bantah?
Filed Under ( ISA ) by pisau
AMAT mengejutkan apabila kajian rambang yang dilakukan oleh Biro Undang-undang Tindakan Siswa Bersatu Universiti Kebangsaan Malaysia (TSB) pada 2001 ke atas 100 orang mahasiswa UKM yang menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menunjukkan kesemua mereka tidak pernah melihat, memegang dan menyelak sehelai demi sehelai Akta 82 tersebut yang keseluruhannya mengandungi 85 Seksyen, 4 Bahagian, 12 Bab dan 3 Jadual.
Saya tidak menyalahkan mereka dan ratusan ribu lagi rakyat Malaysia yang menentang ISA ini kerana jelas mereka menentang akta tersebut semata-mata kerana emosi dan sentimen. Membaca helaian demi helaian akta Parlimen juga bukanlah hobi yang menyeronokkan. Sebab itulah wujud jawatan peguam yang di bayar oleh anak guamnya supaya membaca dan memahami akta Parlimen mengikut selera pembayar upah professional peguam tersebut.
Daripada satu sudut, jelas juga kepada kita bahawa kempen pakatan pembangkang dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah berjaya meresap masuk ke dalam pemikiran kesemua ribuan penentang dengan momokan “ISA Zalim” dan “ISA Tahanan Tanpa Bicara”.
Pemikiran songsang ini melewati empat generasi kerana selalunya, bayi-bayi yang masih menyusu badan juga diusung menyertai demonstrasi anti ISA.
Tahniah juga kepada GMI kerana tanpa perlu berkempen menggunakan modal yang besar dan tanpa perlu ayat panjang berjela, beribu-ribu orang rakyat marhaen bersedia turun ke jalan raya menentang suatu akta yang mereka sendiri tak tahu hujung pangkalnya.
Jika tiada aral melintang, akan berlaku pertembungan unik dua kelompok penunjuk perasaan “pro dan anti” ISA pada 1 Ogos ini. Genap 37 tahun selepas kali terakhir semakan semula ISA dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional.
Demonstrasi 1 Ogos ini tidak sewajarnya berlaku. Penentangan terhadap ISA jika hanya bersandarkan alasan “Zalim dan Tanpa Bicara” sahaja tidak berbaloi dengan kerosakan harta benda yang bakal berlaku.
Ramai orang yang emosi menentang ISA. Hujah emosi juga boleh digunakan untuk menerangkan bahawa ISA perlu dipertahankan. Namun kali ini, dengan setitis ilmu dari lautan perundangan yang saya pelajari, saya akan berhujah dengan fakta.
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Akta 82) diluluskan oleh Parlimen pada 1960 dan disemak semula pada 1 Ogos 1972. ISA telah dipinda beberapa kali bermula dari 1962 dan kali terakhir dipinda pada 24 Ogos 1989.
Sebagai pengenalan kepada kononnya “Akta Zalim” ini, di muka surat 9 akta tersebut di nyatakan:
“Suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi keselamatan dalam negeri Malaysia, tahanan pencegahan, pencegahan subversif, penghapusan keganasan terancang terhadap orang dan harta di dalam kawasan tertentu di Malaysia, dan mengenai perkara yang bersampingan dengannya.”
[Semenanjung Malaysia-1 Ogos 1960, Akta 18 tahun 1960; Sabah, Sarawak - 16 September 1963, L.N. 232/1963]
BAHAWASANYA tindakan telah diambil dan tindakan selanjutnya diancam oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia:
(1) Untuk menyebabkan, dan untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan, keganasan terancang terhadap orang dan harta; dan
(2) Untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, kerajaan Malaysia yang sah yang ditubuhkan menurut undang-undang;
DAN BAHAWASANYA tindakan yang diambil dan ancaman yang dibuat itu memudaratkan keselamatan Malaysia;
DAN BAHAWASANYA Parlimen berpendapat perlu dihentikan atau dicegah tindakan itu;
Oleh hal yang demikian MENURUT Perkara 149 Perlembagaan MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya
Perkara 149 Perlembagaan menyatakan bahawa:
PART XI - KUASA KHAS MENENTANG PERBUATAN SUBVERSIF, KEGANASAN TERANCANG, DAN PERBUATAN DAN JENAYAH YANG MEMUDARATKAN ORANG AWAM DAN KUASA DARURAT
Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.
(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan:
(a) Untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau
(b) Untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana kerajaan di dalam Persekutuan; atau
(c) Untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau
(d) Untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undangundang; atau
(e) Yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau
(f) Yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya,
Maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5, 9, 10 atau 13, atau walaupun, jika tidak kerana Perkara ini, peruntukan itu akan terkeluar daripada kuasa perundangan Parlimen; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi Rang Undang-Undang untuk sesuatu akta yang sedemikian atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu Rang Undang-Undang yang sedemikian.
(2) Sesuatu undang-undang yang mengandungi sebutan seperti yang disebut dalam Fasal (1), 163 jika tidak terlebih dahulu dimansuhkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen yang mengungkaikan undang-undang itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelum itu menurut kuasa undang-undang itu atau tanpa menjejaskan kuasa Parlimen untuk membuat suatu undang-undang baru di bawah Perkara ini.
Jelas kepada kita bahawa Perlembagaan Persekutuan selaku Undang-undang tertinggi Negara menghalalkan Parlimen meluluskan Akta Keselamatan Dalam Negeri, melebihi hak-hak asasi individu seperti yang terkandung dalam Fasal 5 hingga 13 Perlembagaan Persekutuan.
Adakah benar tuduhan yang menyatakan bahawa Perdana Menteri boleh sesuka hati menahan sesiapa sahaja musuh politik beliau menggunakan akta ini?
Sebenarnya, bukanlah Perdana Menteri yang mula-mula mencadangkan “sipolan atau sipolan” ditahan di bawah ISA. Kenyataan ini ada benarnya kerana Perdana Menteri mempunyai jadual harian yang ketat dengan acara rasmi kerajaan. Kita sering membaca biografi bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia yang tidak mempunyai masa yang cukup waima bersama keluarga sendiri. Di mana lagi masa 24 jam sehari mahu diperuntukkan oleh Perdana Menteri untuk menyiasat dan membuat risikan keselamatan sendiri.
Sebenarnya, ada pihak lain yang memang tugas bergajinya untuk menyiasat dan merisik berkaitan dengan hal ehwal keselamatan dalam negeri iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sememangnya, salah satu tugas utama anggota polis adalah menangkap penjenayah. Jelas bahawa kuasa polis menangkap penjenayah boleh berlaku dengan menggunakan Kanun Prosedur Jenayah (CPC), Kanun Keseksaan (PC) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
CPC dan PC prosedur tangkapan adalah sama. Secara gambaran asasnya, di bawah CPC dan PC, anggota polis meronda dan melihat seseorang di hadapan bank dalam keadaan “mencurigakan”. Percaya dengan naluri kepolisannya, maka polis itu akan mendekati suspek. Suspek kemudian memecut laju. Polis tersebut mengejar dan berlaku adegan tembak-menembak. Kereta suspek terbabas lalu polis menahan suspek.
Dalam masa 24 jam yang pertama, suspek boleh ditahan di dalam lokap polis untuk membantu siasatan. Selepas 24 jam, polis tidak lagi berhak menahan suspek tanpa izin tahanan reman daripada majistret.
Kebenaran tahanan reman ke atas suspek boleh diberikan oleh majistret kepada polis untuk tempoh maksimum 14 hari bagi menyambung soal siasat jika 24 jam yang pertama, polis gagal melengkapkan siasatan. Selepas tempoh maksimum 14 hari, suspek akan dituduh di mahkamah selepas polis mendapat izin untuk mendakwa daripada Peguam Negara atau suspek akan dibebaskan jika tiada izin mendakwa daripada Peguam Negara.
Di atas adalah gambaran situasi tahanan reman di bawah CPC dan PC. Terdapat banyak persamaan dan sedikit perbezaan apabila polis menahan seseorang di bawah ISA. Perbezaan hanyalah dari sudut tempoh masa tahanan, proses soal siasat dan watak-watak yang terlibat dengan proses siasatan sahaja. Kuasa polis untuk menahan seseorang di bawah ISA di nyatakan dalam seksyen 73 iaitu:
Kuasa untuk menahan orang yang disyaki
73.
(1) Mana-mana pegawai polis boleh tanpa waran menangkap, dan menahan sementara menunggu penyiasatan, mana-mana orang yang berkenaan dengannya dia mempunyai sebab untuk mempercayai
(a) Bahawa ada alasan yang akan mewajarkan penahanannya di bawah seksyen 8; dan
(b) Bahawa dia telah bertindak atau hampir bertindak atau mungkin bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya.
(2) Mana-mana pegawai polis boleh tanpa waran menangkap dan menahan sementara menunggu penyiasatan, mana-mana orang yang selepas disoal oleh pegawai itu gagal untuk memuaskan hati pegawai itu tentang identitinya atau tentang maksud yang baginya dia berada di tempat dia ditemui dan yang disyaki oleh pegawai itu telah bertindak atau hampir bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagian di dalamnya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya.
(3) Mana-mana orang yang ditangkap di bawah seksyen ini boleh ditahan selama tempoh tidak melebihi enam puluh hari tanpa suatu perintah tahanan dibuat berkenaan dengannya di bawah seksyen 8:
Dengan syarat bahawa:
(a) Dia tidak boleh ditahan lebih daripada dua puluh empat jam kecuali dengan kebenaran seorang pegawai polis yang berpangkat atau yang berpangkat lebih tinggi daripada Inspektor;
(b) dia tidak boleh ditahan lebih daripada empat puluh lapan jam kecuali dengan kebenaran seorang pegawai polis yang berpangkat atau berpangkat lebih tinggi daripada Penolong Penguasa; dan
(c) dia tidak boleh ditahan lebih daripada tiga puluh hari melainkan jika seorang pegawai polis yang berpangkat atau yang berpangkat lebih tinggi daripada Timbalan Penguasa telah melaporkan hal keadaan penangkapan dan penahanan itu kepada Ketua Polis atau kepada seorang pegawai polis yang ditetapkan oleh Ketua Polis bagi maksud itu, yang dengan serta-merta hendaklah melaporkan perkara yang sama kepada Menteri.
(4)-(5) (Dipotong oleh Akta A61).
(6) Kuasa yang diberikan kepada seorang pegawai polis oleh subseksyen (1) dan (2) boleh dijalankan oleh mana-mana anggota angkatan keselamatan, mana-mana orang yang melaksanakan tugas sebagai pengawal atau jaga di dalam suatu tempat terkawal dan oleh mana-mana orang lain yang pada amnya diberi kuasa bagi maksud itu oleh seorang Ketua Pegawai Polis.
(7) Mana-mana orang yang ditahan di bawah kuasa yang diberikan oleh seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai berada dalam jagaan yang sah, dan boleh ditahan di mana-mana penjara, atau di mana-mana balai polis, atau di mana-mana tempat lain yang serupa yang dibenarkan secara am atau khas oleh Menteri.
Hanya selepas 48 jam seseorang itu di tahan polis kerana "disyaki oleh polis" sebagai seorang yang boleh "mengancam keselamatan negara", barulah maklumat berkenaan penahanan tersebut di laporkan kepada menteri bertanggungjawab oleh Ketua Polis yang bertanggungjawab.
Jelas kepada kita bahawa Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan polis menangkap sesiapa di bawah ISA. Sekiranya di buktikan wujud arahan Perdana Menteri kepada polis untuk menangkap musuh politiknya di bawah ISA, ternyata Perdana Menteri berkenaan telah melakukan kesalahan penyalahgunaan kuasa yang amat serius.
Kes duluan yang boleh dijadikan panduan yang keputusannya di kekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2003 adalah kes Dato Seri Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu yang didapati bersalah di bawah Ordinan Darurat kerana memberi arahan kepada polis supaya mengugut saksi kes liwatnya adalah satu contoh arahan yang tidak boleh diberi oleh mana-mana menteri atau Perdana Menteri Malaysia kepada polis.
Seseorang yang ditahan untuk proses soal siasat oleh polis mengikut ISA di atas boleh ditahan untuk membantu siasatan untuk tempoh maksimum 60 hari. Hanya selepas tempoh maksimum berkenaan, hasil siasatan polis akan dipersembahkan kepada menteri dan terpulanglah pula kepada menteri berkenaan sama ada untuk terus menahan suspek pengancam keselamatan negara itu atau tidak.
Beza watak dalam CPC dan ISA adalah majistret atau pegawai polis, Peguam Negara atau menteri dan perbezaan masa maksimum tahanan sama ada 14 hari atau 60 hari. Proses yang lain adalah sama.
Kita lihat peruntukan Seksyen 8 ISA yang memberikan kuasa kepada menteri untuk mengizinkan polis menahan seseorang di bawah ISA selama tempoh maksimum 2 tahun yang menyatakan bahawa:
Kuasa untuk memerintahkan penahanan atau sekatan orang
8 (1) Jika Menteri berpuas hati bahawa penahanan mana-mana orang perlu dengan tujuan untuk mencegahnya daripada bertindak dengan apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya, menteri boleh membuat suatu perintah (kemudian daripada ini disebut perintah tahanan) yang mengarahkan supaya orang itu ditahan bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi dua tahun.
CATATAN: Lihat Nota Pesuruhjaya di muka surat 83.
Nota Pesuruhjaya di muka surat 83 menyatakan bahawa:
Nota Pesuruhjaya
PENGESAHAN PERINTAH TAHANAN DAN PENAHANAN DAN INDEMNITI
“5. (1) Jika sesuatu perintah tahanan telah dibuat di bawah sub seksyen 8(1) Akta ibu terhadap mana-mana orang semasa tempoh antara tarikh mula berkuat kuasanya akta ibu dan tarikh mula berkuat kuasanya akta ini (kemudian daripada ini disebut "tempoh peralihan"), maka perintah tahanan itu dan penahanan yang dibuat menurutnya semasa tempoh peralihan itu, dan penerusannya selepas itu, jika ada, adalah dengan ini diisytiharkan sebagai sah dan menurut undang-undang, dan hendaklah disifatkan sebagai, dan sentiasa dan pada setiap masa menjadi sah dan menurut undang-undang, walaupun pada bila-bila masa semasa jangka masa perintah tahanan itu dia telah ditahan di mana-mana tempat selain tempat tahanan yang disebut dalam sub seksyen 8(3) Akta ibu, atau terus ditahan di tempat yang dia telah ditahan di bawah seksyen 73 Akta ibu selepas tempoh maksimum yang diperuntukkan baginya di bawah subseksyen 73(3) Akta ibu tamat, atau telah berada dalam perjalanan dalam jagaan polis atau dalam apa-apa jagaan lain ke tempat tahanan seperti yang disebut terdahulu, atau terdapat apa-apa kelengahan dalam menyampaikan perintah tahanan itu kepadanya, atau perintah tahanan itu telah disampaikan kepadanya di mana-mana tempat selain tempat tahanan itu, atau terdapat apa-apa kecacatan yang berhubungan dengan penyampaian perintah tahanan itu kepadanya.
Menteri Dalam Negeri menurut Seksyen 8 secara perundangannya memiliki dua jenis kuasa iaitu kuasa mengeluarkan Perintah Tahanan dan Perintah Sekatan. Seiring dengan istilahnya, satu perintah menghalalkan penahanan manakala satu perintah lagi mengharamkan penahanan, semata-mata menyekat sahaja. Di atas adalah peruntukan berkenaan Perintah Tahanan manakala Seksyen 8(5) menjelaskan pula tentang Perintah Sekatan iaitu :-
(5) Jika menteri berpuas hati bahawa bagi mana-mana maksud yang disebut dalam sub sekyen (1) perlu supaya pengawalan dan pengawasan diadakan ke atas mana-mana orang atau supaya sekatan dan syarat dikenakan ke atas orang itu berkenaan dengan aktiviti, kebebasan bergerak atau tempat kediaman atau pekerjaannya, tetapi bahawa bagi maksud itu tidak perlu untuk menahannya, menteri boleh membuat suatu perintah (kemudian daripada ini disebut "perintah sekatan") yang mengenakan ke atas orang itu semua atau mana-mana sekatan dan syarat yang berikut:
(a) Bagi mengenakan ke atas orang itu apa-apa sekatan yang dinyatakan dalam perintah itu berkenaan dengan aktivitinya dan tempat kediaman dan pekerjaannya;
(b) Bagi melarangkan daripada berada di luar rumah antara apa-apa waktu yang dinyatakan dalam perintah itu kecuali di bawah kuasa suatu permit bertulis yang diberikan oleh mana-mana pihak berkuasa atau orang yang dinyatakan sedemikian;
(c) Bagi menghendakinya memberitahu pergerakannya mengikut apa-apa cara pada bila-bila masa dan kepada mana-mana pihak berkuasa atau orang yang dinyatakan dalam perintah itu;
(d) Bagi melarangnya daripada berucap di perjumpaan awam atau daripada memegang jawatan dalam, atau mengambil bahagian dalam aktiviti atau bertindak sebagai penasihat kepada, mana-mana organisasi atau persatuan atau daripada mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti politik; dan
(e) Bagi melarangnya daripada membuat perjalanan di luar sempadan Malaysia atau mana-mana bahagiannya yang dinyatakan dalam perintah itu kecuali mengikut kebenaran yang diberikan kepadanya oleh mana-mana pihak berkuasa atau orang yang dinyatakan dalam perintah itu.
Hasil daripada gabungan frasa perundangan yang memeningkan kepala pembaca seperti ayat-ayat di atas bermaksud Perdana Menteri tidaklah berkuasa menahan musuh politik beliau secara semberono kerana yang sebenarnya berkuasa membuat perintah penahanan adalah Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Keselamatan Dalam Negeri.
Hanya jika Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, maka barulah benar sebahagian tuduhan rambang berkenaan. Itupun selepas beliau menandatangani Perintah Tahanan tersebut atas kapasiti beliau sebagai Menteri Dalam Negeri dan bukannya sebagai Perdana Menteri. Jika berlaku salah disignasi jawatan ketika menandatangani Perintah Tahanan berkenaan maka akan menjadi satu sebab teknikal mengapa Perintah Tahanan tersebut menjadi tidak sah.
Adakah benar tuduhan yang menyatakan bahawa Menteri boleh menahan seseorang di bawah ISA selama mana yang Menteri itu suka?
Juga satu kenyataan yang tidak tepat. Menurut Seksyen 13 ISA yang menyatakan bahawa:
Kajian semula
13. *(1) Tiap-tiap perintah atau arahan yang dibuat atau diberikan oleh Menteri di bawah subseksyen 8(1), (5) atau (7) atau di bawah seksyen 10 hendaklah, selagi ia masih berkuat kuasa, dikaji semula tidak kurang daripada sekali dalam tiap-tiap enam bulan oleh suatu Lembaga Penasihat:
Dengan syarat bahawa dalam hal sesuatu perintah tahanan yang terhadapnya representasi telah dibuat, kajian semula yang pertama, sama ada mengenai sesuatu perintah tahanan yang dibuat di bawah sub seksyen 8(1) atau mengenai sesuatu perintah tahanan yang dilanjutkan di bawah sub seksyen 8(7) yang baginya proviso kepada sub seksyen yang akhir disebut itu terpakai, hendaklah diadakan tidak lewat daripada enam bulan selepas selesainya pendengaran representasi itu oleh Lembaga Penasihat yang kepadanya representasi itu telah dibuat.
(2) Lembaga Penasihat hendaklah, apabila selesai tiap-tiap kajian semula di bawah sub seksyen (1), dengan serta-merta menyerahkan kepada Menteri suatu laporan bertulis mengenai tiap-tiap kajian semula itu, dan boleh membuat dalamnya apa-apa syor yang difikirkannya patut.
*CATATAN: Sub seksyen ini telah dimasukkan oleh Akta A61 dan mula berkuat kuasa pada 01-09-1972 dan sebelum tarikh itu peruntukan berikut yang dimasukkan oleh Ordinan No. 4 tahun 1969 (P.U. (A) 186/1969) terpakai:
"(1) Tiap-tiap perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah perenggan 8(1)(a) boleh, selagi ia berkuat kuasa, dikaji semula dari semasa ke semasa oleh suatu Lembaga Penasihat mengikut budi bicara Pengerusinya".
Seksyen 13 ISA ini menjelaskan kepada kita bahawa Menteri hanya berkuasa membenarkan tahanan untuk tempoh maksimum 2 tahun yang pertama. Tempoh yang asalnya di "arahkan" oleh Menteri itu pun bukan bersifat "mutlak" kerana Pengerusi Lembaga Penasihat yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agung boleh mengenepikan tempoh maksimum tersebut mengikut budi bicara beliau. Kelihatan Pengerusi Lembaga Penasihat mempunyai kuasa yang lebih besar daripada menteri.
Bagaimanakah prosedur siasatan Lembaga Penasihat ISA ini?
Seksyen 14,15 dan 16 ISA menceritakan bahawa:
Kuasa untuk memanggil saksi
14. Tiap-tiap Lembaga Penasihat hendaklah, bagi maksud akta ini tertakluk kepada Seksyen 16, mempunyai segala kuasa mahkamah bagi memanggil dan memeriksa saksi, mengendalikan sumpah atau ikrar, dan bagi memaksa dokumen dikemukakan.
Anggota Lembaga Penasihat disifatkan sebagai pekhidmat awam 15. Tiap-tiap anggota sesuatu Lembaga Penasihat hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574], dan hendaklah mempunyai, jika apa-apa tindakan atau guaman dibawa terhadapnya bagi apa-apa tindakan yang dilakukan atau yang ditinggalkan daripada dilakukan dalam pelaksanaan tugasnya di bawah Bab ini, perlindungan dan keistimewaan yang sama sebagaimana yang diberikan oleh undangundang kepada seorang Hakim dalam pelaksanaan jawatannya.
Pendedahan maklumat
16. Tiada apa-apa jua dalam Bab ini atau dalam mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya boleh menghendaki Menteri atau mana-mana anggota Lembaga Penasihat atau mana-mana pekhidmat awam untuk mendedahkan fakta atau mengemukakan dokumen yang difikirkannya sebagai bertentangan dengan kepentingan negara jika didedahkan atau dikemukakan.
Adakah benar tuduhan yang menyatakan "ISA tahanan tanpa bicara?"
Tuduhan ini amatlah tidak bertanggungjawab. Mungkin pemfitnah membuat tuduhan tersebut bersandarkan kepada satu-satunya peruntukan berikut :-
Nota Pesuruhjaya
PENGESAHAN PERINTAH TAHANAN DAN PENAHANAN DAN INDEMNITI
Akta Keselamatan Dalam Negeri (Pindaan) 1988, [Akta A705] melalui seksyen 5 telah meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (kemudian daripada ini disebut "Akta ibu") yang hendaklah dibaca bersama peruntukan baru yang berikut mulai dari 15 Julai 1988:
(2) Tiada tindakan, guaman, pendakwaan, atau apa-apa jua pun prosiding undang-undang lain daripada apa-apa perihalan atau dalam apa-apa bentuk, boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan di mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan selepas mula berkuat kuasanya akta ini, atau, jika dibawa atau dimulakan sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini, terus dikekalkan, bagi atau disebabkan oleh, atau berkenaan dengan, apa-apa jua yang dilakukan dengan sahnya berhubung dengan perintah tahanan atau penahanan yang diisytiharkan sebagai sah dan menurut undang-undang di bawah sub seksyen (1), kecuali bahawa peruntukan sub seksyen ini tidaklah terpakai bagi apa-apa prosiding undang-undang sedemikian yang telah selesai dan keputusan muktamad mahkamah telah diberikan berkenaan dengannya sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini atau bagi apa-apa rayuan berkenaan dengan keputusan muktamad itu."
Sedangkan pemfitnah berkenaan membutakan mata mentulikan telinga terhadap
6 lagi seksyen dalam ISA yang membuka ruang seluas-luasnya untuk seseorang itu mencabar keputusan Menteri .
6 seksyen tersebut adalah Seksyen 79 dan 80 ISA yang menyatakan bahawa :-
Bidang kuasa mahkamah
79. Tanpa menjejaskan bidang kuasa Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini, selain suatu kesalahan yang boleh dihukum mati, dan untuk menjatuhkan apa-apa hukuman yang ditetapkan baginya tidak melebihi denda sebanyak lima ribu ringgit atau lima tahun penjara atau kedua-duanya.
Sekatan ke atas pendakwaan
80. Sesuatu pendakwaan bagi apa-apa kesalahan terhadap Akta ini yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tujuh tahun atau tidak boleh dimulakan kecuali dengan keizinan Pendakwa Raya:
Dengan syarat bahawa, tertakluk kepada undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan tatacara jenayah
(a) seseorang yang dipertuduhkan dengan suatu kesalahan sedemikian boleh ditangkap, atau suatu waran penangkapannya boleh dikeluarkan dan dilaksanakan, dan mana-mana orang sedemikian boleh direman dalam jagaan atau atas jaminan, walaupun keizinan Pendakwa Raya mengenai permulaan pendakwaan bagi kesalahan itu belum lagi diperoleh, tetapi kes itu tidak boleh didakwa selanjutnya sehingga keizinan itu diperoleh; dan
(b) jika seseorang dibawa ke hadapan suatu mahkamah di bawah seksyen ini sebelum Pendakwa Raya memberikan keizinannya kepada pendakwaan itu, pertuduhan itu hendaklah dijelaskan kepadanya tetapi dia tidak boleh dipanggil untuk membuat pli dan peruntukan undang-undang itu hendaklah diubahsuaikan dengan sewajarnya.
Sekyen 8B ISA pula menyatakan bahawa:
Kajian semula kehakiman tindakan atau keputusan Yang di-Pertuan Agong dan Menteri
8B. (1) Tidaklah boleh diadakan apa-apa kajian semula kehakiman di dalam mana-mana mahkamah, dan tiada mahkamah boleh mempunyai atau menjalankan apa-apa bidang kuasa berkenaan dengan, apa-apa tindakan yang dilakukan atau keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atau Menteri pada menjalankan kuasa budi bicara mereka mengikut Akta ini, kecuali mengenai apa-apa persoalan tentang pematuhan apa-apa kehendak tatacara dalam Akta ini yang mentadbir tindakan atau keputusan itu.
(2) Kecualian mengenai apa-apa persoalan tentang pematuhan apa-apa kehendak tatacara dalam sub seksyen (1) tidaklah terpakai jika alasan seperti yang diperihalkan dalam seksyen 8A.
Apakah pula maksud "kajian semula kehakiman”?
Seksyen 8C selanjutnya menyatakan bahawa:
Tafsiran "kajian semula kehakiman"
8C. Dalam Akta ini, "kajian semula kehakiman" termasuklah prosiding yang dimulakan dengan cara:
(a) Permohonan untuk mendapatkan mana-mana perintah prerogatif mandamus, larangan dan certiorari;
(b) Permohonan untuk mendapatkan deklarasi atau injunksi;
(c) Writ habeas corpus; dan
(d) Apa-apa guaman lain, tindakan atau prosiding undang-undang lain yang berhubungan dengan atau berbangkit daripada apa-apa tindakan yang dilakukan atau keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atau Menteri mengikut Akta ini.
Mengapakah tiba-tiba tertulis kuasa Yang di-Pertuan Agong selain kuasa Menteri dalam kedua-dua seksyen di atas? Bukankah di canangkan se-Malaya bahawa semata-mata Perdana Menteri yang berkuasa penuh? Ternyata fitnah telah tersebar luas.
Seorang yang di tahan di bawah Sekyen 8 ISA boleh mempertikaikan perintah tahanan oleh Menteri tersebut kepada sebuah Lembaga Penasihat yang di lantik oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 151(2) Perlembagaan Persekutuan.
Anda mula terkejut? Seksyen 11 dan 12 ISA selanjutnya menyatakan bahawa:
Representasi terhadap perintah tahanan
11. (1) Suatu salinan tiap-tiap perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah sub seksyen 8(1) hendaklah dengan seberapa segera yang boleh selepas dibuat disampaikan kepada orang yang dimaksudkan olehnya, dan tiap-tiap orang itu berhak untuk membuat representasi terhadap perintah itu kepada Lembaga Penasihat.
(2) Bagi maksud membolehkan seseorang untuk membuat representasi di bawah sub seksyen (1) dia hendaklah, pada masa perintah itu disampaikan kepadanya:
(a) Diberitahu mengenai haknya untuk membuat representasi kepada Lembaga Penasihat di bawah subseksyen (1); dan
(b) Diberikan oleh Menteri suatu pernyataan bertulis-
(i) Mengenai alasan yang atasnya perintah itu dibuat;
(ii) Mengenai pernyataan fakta yang atasnya perintah itu diasaskan; dan
(iii) Mengenai apa-apa butir lain, jika ada, yang pada pendapat Menteri mungkin semunasabahnya dikehendaki olehnya supaya dapat dia membuat representasi terhadap perintah itu kepada Lembaga Penasihat.
(3) Yang di-Pertuan Agong boleh membuat kaedah tentang cara bagaimana representasi boleh dibuat di bawah seksyen ini dan bagi mengawal selia tatacara Lembaga Penasihat.
Laporan Lembaga Penasihat
12. (1) Bilamana mana-mana orang telah membuat apa-apa representasi di bawah subseksyen 11(1) kepada suatu Lembaga Penasihat, Lembaga Penasihat itu hendaklah, dalam tempoh tiga bulan dari tarikh rayuan itu diterima olehnya, atau dalam apa-apa tempoh selanjutnya yang dibenarkan oleh Yang di-Pertuan Agong, menimbangkan representasi itu dan membuat syor mengenainya kepada Yang di-Pertuan Agong.
(2) Apabila menimbangkan syor Lembaga Penasihat di bawah seksyen ini, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi Menteri apa-apa arahan, jika ada, yang difikirkannya patut mengenai perintah yang dibuat oleh Menteri itu; dan tiap-tiap keputusan Yang di- Pertuan Agong mengenainya, tertakluk kepada seksyen 13, muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.
Keenam-enam seksyen di atas seharusnya mengubah terus persepsi kita terhadap momokan pihak-pihak tertentu yang mereka sendiri keliru dengan tuntutan perjuangan mereka. Jelas kepada kita bahawa kuasa Lembaga Penasihat dan Baginda Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong melalui kedua-dua seksyen di atas rupanya "Puasnya hati Baginda" adalah jauh lebih penting daripada "Puasnya hati" seorang Menteri Dalam Negeri.
Seperkara yang menarik untuk anda tahu iaitu tahukah anda bahawa anda boleh menjadi "jutawan segera" jika anda menang kes di mahkamah kerana di tahan di bawah ISA? Pada 18 Oktober 2007, seorang bekas tahanan ISA daripada parti PAS bernama Malik Hussin telah di perintahkan oleh YA Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur agar kerajaan Malaysia membayar gantirugi sebanyak RM 2.5 juta kepada beliau atas alasan penahanan beliau di bawah Seksyen 8 ISA oleh Menteri telah di buat secara salah di sisi undang-undang dan berniat jahat "mala fide". Aktivis PAS telah menjadi jutawan kerana menang bicara terhadap "Akta Tanpa Bicara". Pelik kan?
Selain daripada mencabar keputusan Menteri yang "telah puas hatinya" itu, seseorang tahanan ISA juga boleh menjadikan aspek prosedur penahanan polis untuk tempoh tahanan 48 jam yang pertama sahaja, sama ada manual (Standard Operation Prosedur) penahanan telah di patuhi sebaiknya atau tidak. Alasan teknikal seperti ini amat popular dihujahkan oleh peguam yang tiada modal sangat untuk mencabar dari aspek "Perintah Tahanan oleh Menteri". Selain daripada seksyen 73 ISA yang telah dihuraikan pada bahagian awal penulisan ini terdapat 3 lagi seksyen yang menerangkan tentang prosedur penahanan :-
Penggunaan senjata maut dalam melaksanakan penangkapan
74. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain maka sahlah bagi mana-mana pegawai polis untuk:
(a) Melaksanakan penangkapan mana-mana orang yang boleh ditahan di bawah mana-mana perintah yang dibuat di bawah seksyen 8;
(b) Melaksanakan penangkapan mana-mana orang yang boleh ditangkap dan ditahan di bawah subseksyen 73(1) atau (2);
(c) Melaksanakan penangkapan mana-mana orang yang dia mempunyai, dalam segala hal keadaan hal itu, alasan yang munasabah bagi mengesyaki telah melakukan suatu kesalahan terhadap akta ini atau terhadap mana-mana peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa ini dinyatakan dalam Jadual Pertama;
(d) Mengatasi tentangan yang menggunakan kekerasan yang diberikan oleh mana-mana orang yang hendak ditangkap itu; atau
(e) Mengelakkan pelarian daripada tangkapan atau penyelamatan mana-mana orang yang ditangkap sebagaimana yang disebut terdahulu, menggunakan apa-apa kekerasan yang semunasabahnya perlu, dalam hal keadaan hal itu, dan kekerasan itu boleh meliputi penggunaan senjata maut.
(2) Tiap-tiap orang yang ditangkap kerana apa-apa kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin selepas penangkapannya diberikan amaran dengan jelasnya mengenai kemungkinan dia ditembak jika dia berusaha untuk melarikan diri daripada jagaan.
(3) Kuasa yang diberikan kepada seorang pegawai polis oleh subseksyen (1) boleh dijalankan oleh mana-mana anggota angkatan keselamatan, dan oleh mana-mana orang yang melaksanakan tugas pengawal atau jaga di dalam sesuatu tempat terkawal, dan oleh mana-mana orang lain yang diberi kuasa secara am bagi maksud itu oleh Ketua Pegawai Polis.
(4) Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh mengurangkan hak pertahanan persendirian yang terkandung dalam seksyen 96 hingga 106 Kanun Keseksaan.
Penerimaan pernyataan sebagai keterangan
75. (1) Jika mana-mana orang dipertuduh dengan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini atau terhadap mana-mana undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, apa-apa pernyataan, sama ada pernyataan itu terjumlah kepada suatu pengakuan atau tidak atau secara lisan atau bertulis, yang dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sama ada dalam perjalanan suatu penyiasatan polis atau tidak dan sama ada atau tidak keseluruhan atau sebahagiannya adalah jawapan kepada soalan, oleh orang itu kepada atau dalam pendengaran mana-mana pegawai polis yang berpangkat atau berpangkat lebih tinggi daripada Inspektor dan sama ada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh mana-mana pegawai polis lain atau mana-mana orang lain yang berkenaan atau tidak, dalam penangkapan itu, walau apa pun apa-apa yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, boleh diterima sebagai keterangan di perbicaraannya dan, jika orang itu menawarkan dirinya sebagai seorang saksi, apa-apa pernyataan sedemikian boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya:
Dengan syarat bahawa:
(a) Tiada pernyataan sedemikian boleh diterima atau digunakan sebagaimana yang disebut terdahulu:
(i) Jika ternyata pada mahkamah bahawa pernyataan itu dibuat oleh sebab apa-apa dorongan, ugutan atau janji yang berkenaan dengan pertuduhan terhadap orang itu, yang datangnya daripada seseorang yang berkuasa dan, pada pendapat mahkamah mencukupi, untuk memberi orang itu alasan yang didapati munasabah oleh orang itu untuk menganggap bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau dia boleh mengelakkan apa-apa durjana keduniaan berkaitan dengan prosiding terhadapnya; atau
(ii) Dalam hal sesuatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas dia ditangkap, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa dia telah diberikan amaran dengan perkataan yang berikut yang bermaksud sedemikian:
“Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberi amaran kepada kamu bahawa kamu tidak diwajibkan untuk menyatakan apa-apa atau menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa yang kamu nyatakan sama ada sebagai menjawab sesuatu soalan atau tidak, boleh diberikan sebagai keterangan"; dan
(b) Suatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang sebelum ada masa untuk memberi amaran kepadanya tidaklah boleh menjadi tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata kerana dia tidak diberikan amaran jika dia diberikan amaran dengan seberapa segera yang mungkin.
(2) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, seseorang yang dituduh melakukan suatu kesalahan yang baginya subseksyen (1) terpakai tidaklah terikat untuk menjawab apa-apa soalan yang berhubungan dengan hal itu selepas apa-apa amaran sebagaimana yang disebut terdahulu telah diberikan kepadanya.
(3) Seksyen ini hendaklah terpakai berhubung dengan manamana orang yang dibicarakan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, sama ada atau tidak prosiding terhadap orang itu telah dimulakan dan sama ada atau tidak pernyataan yang berkaitan telah dibuat sebelum permulaan kuat kuasa itu.
Publisiti perintah
81. (1) Apabila apa-apa perintah atau peraturan dibuat atau arahan atau suruhan diberikan di bawah Akta ini, Menteri atau pihak berkuasa yang lain yang membuat perintah atau peraturan itu atau memberikan arahan atau suruhan itu hendaklah menyebabkan notis mengenai kuat kuasanya diberikan dengan seberapa segera yang mungkin dengan apa-apa cara yang difikirkannya perlu bagi membawanya kepada pengetahuan semua orang yang pada pendapatnya patut tahu mengenainya, dan perintah, peraturan, arahan atau suruhan itu hendaklah mempunyai kuat kuasa sebaik sahaja notis yang disebut terdahulu telah diberikan, tanpa disiarkan dalam Warta.
(2) Tanpa menjejaskan apa-apa peruntukan khas yang terkandung dalam Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, suatu notis yang hendaklah disampaikan kepada mana-mana orang bagi maksud mana-mana seksyen boleh disampaikan dengan meninggalkannya, atau dengan menghantarnya melalui pos dalam suatu surat yang dialamat kepada orang itu, di tempat kediaman atau tempat perniagaannya yang akhir atau biasa.
(3) Mana-mana perintah atau peraturan yang dibuat atau apa-apa arahan atau suruhan yang diberikan di bawah Akta ini boleh pada bila-bila masa semasa penerusannya dikensel oleh orang yang diberikan kuasa untuk membuat perintah atau peraturan itu atau untuk memberikan arahan atau suruhan itu, tetapi tanpa menyentuh kesahannya sebelum itu atau apa-apa jua yang dilakukan di bawahnya atau kepada kuasa orang itu untuk membuat suatu perintah atau peraturan baru atau untuk memberikan suatu arahan atau suruhan baru di bawah peruntukan itu.
Kepada anda yang biasa mengikuti perbicaraan di mahkamah, anda mungkin biasa melihat, hanya kerana sedikit ketidakpatuhan elemen kepada perkataan "dan", "atau", "hendaklah", "bolehlah" dan sebagainya yang di ulang beberapa kali dalam susunan ayat-ayat dalam mana-mana Akta Parlimen pun, hal sekecil itu pun boleh menyebabkan seorang peguam berhujah tanpa henti selama 2 minggu dan kes ditangguhkan selama 6 bulan semata-mata untuk menunjukkan bahawa anak guamnya teraniaya.
Siapa pula Ahli Lembaga Penasihat?
Lembaga Penasihat di tubuhkan di bawah Fasal 151(2) Perlembagaan Persekutuan iaitu :-
(2) Sesuatu lembaga penasihat yang ditubuhkan bagi maksud Perkara ini hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi, yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan yang menjadi atau pernah menjadi atau yang layak menjadi, hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi, atau yang pernah menjadi seorang hakim Mahkamah Besar sebelum Hari Malaysia, dan dua orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Jadi jelas kepada kita bahawa bukan calang-calang individu yang layak menganggotai Lembaga Penasihat ini dan kuasa mereka jika tidak pun sama adalah melebihi kuasa Menteri Dalam Negeri. Ahli Lembaga ini juga bukanlah "orang politik" . Oleh itu tindakan mereka haruslah di buat tanpa rasa takut dan pilih kasih demi memikul amanah Allah di muka bumi ini.
Cadangan pindaan ISA
Hanya undang-undang tuhan yang sempurna. Undang-undang ciptaan manusia tetap memiliki kelemahan. Namun sesuai dengan kepimpinan YAB Dato Seri Najib yang kelihatan mahu meminda ISA, saya mengemukakan beberapa cadangan berikut :-
1. Mungkin kita dapat mengesan satu frasa yang di gunakan dalam seksyen 8 ISA yang mungkin kelihatan agak "diktator" dan "gila kuasa" iaitu frasa "Jika Menteri berpuas hati…". Dicadangkan sedikit pindaan terhadap frasa ayat tersebut kepada "Jika Menteri, selepas meneliti laporan siasatan polis...”. Mungkin struktur baru ayat ini boleh mengelakkan seseorang berdosa kerana memfitnah.
2. Kuasa polis untuk menahan suspek pengganas selama tempoh maksimum 60 hari wajar di pinda kepada 30 hari sahaja.
3. Penahanan suspek pengganas melebihi 48 jam menurut seksyen 73(3)(b) ISA dengan kebenaran Pegawai Polis berpangkat lebih tinggi dari Penolong Penguasa wajar di pinda kepada "dengan kebenaran Majistret" demi untuk mengelakkan salahguna kuasa di pihak polis.
4. Seksyen 5(2) Nota Pesuruhjaya yang di baca bersama seksyen 8 (1) ISA yang di jadikan satu-satunya hujah "tanpa bicara" wajar dimansuhkan atas alasan "kerana mengelirukan" .
5. Seksyen 16 ISA yang tidak mewajibkan Menteri atau Lembaga Penasihat daripada mendedahkan fakta yang difikirkan bertentangan dengan kepentingan Negara memerlukan sedikit pindaan. Pendedahan tersebut perlu dijadikan mandatori dan maklumat berkenaan perlu juga di kawal oleh Akta Rahsia Rasmi.
Kesimpulan
Saya berharap agar tulisan ini dapat membuka pintu hati manusia agar berfikiran rasional dalam tindakan. Fikirkan semula, sama ada berbaloi atau tidak anda turun ke jalan raya pada 1 Ogos 2009 nanti?. Adakah betul persepsi negatif anda terhadap ISA? Adakah anda dihukumkan wajib untuk hanya mempercayai kata-kata retorik segolongan ahli politik yang sedang rakus berkehendakkan kuasa? Adakah anda percaya bulat-bulat pidato berapi seorang yang kempunan menjadi Perdana Menteri? Adakah anda percaya kepada hujah-hujah ratusan barisan peguam yang menentang ISA kerana mereka ini tidak lebih umpama askar upahan professional yang dibayar secara "cash or kind"?
Sedarkah anda bahawa dengan tindakan anda menentang ISA, anda bermaksud menentang kuasa Yang Di Pertuan Agong kerana Baginda lebih berkuasa daripada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn, Menteri Dalam Negeri. Ingat, polis yang menangkap, Menteri yang mengeluarkan Perintah Tahanan manakala Baginda Yang di-Pertuan Agong yang berkuasa membebaskan tahanan Kemunting lebih awal dari masanya.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dilaporkan telah menyeru kepada kumpulan Penentang ISA agar jangan berdemonstrasi pada 1 Ogos nanti. Jika demonstrasi diteruskan, maka Ibrahim yang telah dua kali ditahan ISA akan turut turun ke jalan raya menyokong ISA. Kata dua daripada Presiden Perkasa ini perlu di beri perhatian. Jika GMI membatalkan hasrat mereka, kumpulan Tok Him juga akan membatalkan hasrat berdemonstrasi pada hari yang sama.
Sememangnya boleh di hujah dari kaca mata hak asasi manusia, sejuta rakyat untuk berhimpun. Namun hak sejuta rakyat tersebut tidak akan melebihi hak asasi seorang anak kecil untuk bermain-main di taman KLCC selepas seminggu ibu dan bapanya sibuk bekerja.
MOHD KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ ialah Presiden Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM). Beliau boleh dihubungi melalui emel: azamaziznco@gmail.com
Pisau kata " lain kali baca dulu apa tu ISA,jangan tau bantah tak tentu hala,orang yang bantah sendiri pun tak tau apa yang depa bantah"
Disini TGNA meletakkan perbezaan antara PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan dan UMNO-BN dan Kerajaan Pusat. Ini masalah orang politik. Kalau UMNO, PAS kata parti komunis sebab tolak Islam dengan menjadikan agama suku politik suku.
Tapi dalam isu 2 kerajaan ni, TGNA meletakkan kerajaan Pusat suku dan UMNO suku. Orang yang zalim sepertimana yang PAS kata kepada UMNO juga merupakan orang yang sama menerajui Kerajaan Pusat.
Soal siapa yang beri lesen judi kepada Genting, puak PAS kata puak UMNO bagi. Bagi lagu mana..bagi melalui lesen yang dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat. Jadi macam mana kita nak bagi hukum keatas perkara ni.
Kerajaan Kelantan jangan arap la nak duit dari Kerajaan Pusat sebab sumber duit kerajaan Pusat sudah bercampur aduk dengan urusan halal haram.
Macamana dengan orang kerja dengan Bank yang mengamalkan urusan riba. Islam kata haram. Tapi ramai orang Islam kerja dengan Bank. Apa kata PAS ?
Wajib menutup aurat bagi kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan. Wajib menutup aurat kerana hukum Islam. Tetapi kenapa setakat kakitangan kerajaan negeri sahaja. Macamana kakitangan Kerajaan Pusat yang berkerja di Kelantan ?
Bukan apa..jangan konfiuskan rakyat dengan hukum limited. Ada perbezaan dalam mengenakan hukum sedangkan Islam adil untuk semua.
Kawe banyak kali dah dok bagitahu, kenapa Poster Tengku Anis nampak aurat dibenarkan diKelantan sedangkan poster iklan lain diwajibkan tutup aurat..? Kenapa double standard.
Betul la kata Tok Guru dalam ceramah dia yang Allah wujudkan neraka untuk orang yang sembahyang. Sebab orang sembahyang ni tak pernah tinggal sembahyang tapi duduk dalam munafik.
Sebab tu kalau kita nak bercakap, kita kena ingat dan lapik dengan kebenaran bukan main sedap ikut mulut. Dalam TGNA duk ceramah pasal orang tolak Islam nio sahkan nak buat menantu, nak wat kira sikit pun takleh dah..
Hok kawe hairan, ada ADUN PAS berbesan dengan ADUN UMNO. Sah ke nikah anak puak ni.
Kalau nak buat cara Islam buat dengan cara berpadanan, jangan duk tunjuk agah dengan duk label orang tak tentu hala. Buat setakat hok mana boleh buat.
Kalau ikut dengan cara bercakap, berceramah tu, kawe rasa KFC, McDonald tak patut ada di Kelantan. Fikirlah sendiri
sumber:perjalanan hidup
Pisau kata " orang PAS sendiri pun tak setuju dengan tok guru,macam mana tu? "
ADUN PAS JUTAWAN, MUTAAH RM3JUTA
Filed Under ( Kelantan, PAS, United Malays National Organisation ) by pisau

Bayangkan kita melihat kesusahan yang dialami oleh adik SPM20A, Nik Nur Madhihah yang hanya makan kepala ikan kering dan sebiji telur yang dibahagi dengan adik-adik lain setiap hari. Begitu juga saudara-mara dan jiran-jiran Madhihah, hidup di rumah beralaskan atas daun kelapa atau zink yang berlubang menunggu sahabat hujan dan panas setiap saat. Susahkan, adakah itu berpunca daripada wang Petronas atau kegagalan pentadbiran PAS membawa reformasi ekonomi pada rakyatnya sejak sekian lama? Kita salahkan takdir aje, senang cerita. Sama juga kita salahkan Allah sebab suruh kita jadi orang miskin.
Menurut sumber itu lagi, Wan mengambil tender balak dan setiap tender itu dia akan memperoleh komisen yang agak lumayan. Tok Guru tak kisah sebab itu komisen bukannya rasuah. Kalau dalam UMNO, komisen pun dikatakan rasuah. Misalnya 10-25 peratus daripada keseluruhan hasil yang ditenderkan.
Wah! hebat juga tuntutan nafkah Siti Aishah dari Kemboja. Sudahlah kahwin import kat luar negeri dengan Wan sebab takut kena ‘mangkuk terbang’ dari bini sulung, senang-senang orang Kemboja dapat kerakyatan pula tu. Bukan itu saja, bahkan seluruh ahli keluarga Siti Aishah pun kini menunggu menjadi warga Malaysia. Selepas menjadi warga Malaysia, mereka semua mahu hidup kaya di Kelantan dengan senang- lenang. Tak perlu bawa lori pasir atau membawa lori balak sebaliknya hidup bagai cendawan atas kekayaan Wan. Orang Kelantan yang berkurun dari keturunan Melayu atau Siam hidup merempat di negeri sendiri.
Kerja siang malam. Aishah yang datang ke Kelantan yang dihiasi permata. Siti Nurhaliza pun kena menyanyi siang dan malam hendak hidup sesenang dia miliki kini. Kata Aishah, dia menuntut wang sebanyak itu untuk menyara dua orang anaknya. Agaknya anak Aishah makan daging unta setiap hari sebab hendak habiskan RM3 juta tu kira banyak. agaknya Aishah dan anaknya makan RM450 sehari.
sumber:mysrimuara
Pisau kata " Macam mana pula pesurhjaya PAS Perak,sebelum PRU12 dia seorang bangkrap,sekarang selesai bangkrap,kereta mewah pun mampu pakai,kaya tak sampai setahun"

Nantikan Keruntuhan Kerajaan PR Selangor!Gempur habis habisan, Jahanam PR bakal di sepak keluar dari SUK.Ramai yang menantikan saat mereka di terajang keluar.Banjingan bakal di ajar supaya tidak kurang ajar kepada Islam & Melayu.
PKR & DAP Nantikan saat kemusnahan anda,maklumat berharga bakal didedahkan.Terima kasih kepada YB X dari PR kerena prihatin terhadap Islam & hak orang melayu
Amaran dari GAP :Klik sini
Pisau kata " Aku dah kata,saat ini bakal tiba"
Mufti Perak Di Gelar Pelacur,Nah Rakyat Perak Hadiah PR Kepada Anda
Filed Under ( harusani, Perak, Tok Guru Nik Aziz ) by pisau
Source : http://www.malaysiawaves.com/2009/07/harussani-ulama-yang-melacurkan-diri.html
Harussani. Ulama yang Melacurkan Diri untuk UMNO
Kalau ada ulama yang boleh dikategorikan sebagai pelacur, namanya ialah Harussani Zakaria. Beliau adalah "pelacur" kelas atas untuk UMNO.
Kalau kita baca tulisan2 ulama2 muhaqiqin yang terdahulu, tiada perkara yang baik yang diungkap mereka bagi menerangkan kedudukan ulama2 yang menjual maruah dan agama mereka demi kepentingan pribadi mereka. Ulama seperti Harussani ini adalah antara ulama2 yang dikeji oleh ulama2 muhaqqiqin yang terdahulu.
Harussani ini TIDAK LAYAK MEMBUAT FATWA kerana beliau tiada ilmu untuk membuat fatwa. Beliau tidak pernah belajar dan menyambung pelajaran beliau untuk melayakkan diri beliau membuat fatwa.
Siapa Harussani Berbandin Tok Guru Nik Aziz
Juak2 UMNO mencuba untuk menaikkan taraf Harussani kononnya lebih tinggi dari Tok Guru NIk Aziz.
Padahal Harussani ni, pegi Universiti pun tak pernah. Berbanding Tok Guru Nik Aziz yang mendapat MA dari Al Azhar.
Harussani, cakap Arab pun tak boleh. Tok Guru Nik Aziz, bukan setakat fasih bahasa Arab, tapi fasih bahasa Urdu dan beberapa bahasa lain
Jadi, berhentilah menaikkan taraf Harussani. Harussani adalah pembohong dan penipu.
sumber dari:Aku313
Pisau kata " Apa kata anda"
RBF :SURAT DARIPADA SEORANG CINA KEPADA KHALID IBRAHIM
Filed Under ( Democratic Action Party, PR, selangor, Teresa Kok ) by pisau
Cina sendiri pun tak percaya Si Teresa Kok makanan anjing tu.
Cina sendiri pun tak percayakan DAP.
Cina sendiri pun percaya Exco Selangor terlibat dengan kongsi gelap.
Cina sendiri akui DAP samseng.
Habis tu kita melayu ni nak jadi bodoh lagi ke dok sokong DAP laknat tu ?
sumber:rbf
Pisau kata " melayu bodoh takkan sedar bila diperbodohkan,katanya mengaji tinggi pandai fikir,tapi tak guna jugak,kalau hati dah hitam"
Tanggal 1 Ogos ,akan diadakan demo besar besaran anti ISA,gerombolan yang anti & pro ISA akan berkumpul .
Pisau menyokong pelaksanaan ISA,malah menantikan kajian akta ISA oleh kerajaan.Ingatkah anda ketika DS Najib memegang jawatan PM,perkara yang pertama sekali beliau lakukan adalah membebaskan tahanan ISA malah mengeluarkan kenyataan agar mengkaji dan memperhalusi akta ISA.
Pandangan & cadangan oleh PM pada ketika itu ada yang menyambut baik dan ada yang memandang secara sinis. Kajian akta ISA sedang dijalankan,Apakah yang pihak GMI mahu buktikan?
Sedangkan DS Najib sendiri yang mengambil inisiatif untuk mengkaji akta ISA tanpa ada tekanan dari mana mana pihak dan baru sekarang mereka mahu membuat demo.
Pisau berani katakan yang akan turun lebih ramai ke demo 1 ogos nanti ada melayu, yang menuntutnya ada kalangan melayu. Jika tuntutan rakyat malaysia seharusnya yang menyertai demo pastinya berbilang bangsa.
Melayu sanggup turun,ambil cuti dan menghabiskan wang hanya semata mata menyahut hasutan oleh pemimpin PR yang berkepentingan halwa politik mereka,tidak ada lebih dari itu,Yang bakal turun menyokong ISA juga adalah melayu.
Tetapi dimanakah bangsa lain? Oh Ya,sudah pasti hanya menjadi penonton berita pukul 8 nanti atau pun hanya menjenguk ke luar tingkap memerhatikan melayu melayu bodoh berdemo bertentang sesama sendiri.
Masihkah anda ingat ,melayu melayu yang tidor atas jalan mempertahankan kerajaan DAP semasa krisis Perak?ketika itu yang lebih sudu dari kuah adalah melayu,mana bangsa lain yang kononnya Kesepakatan RAKYAT? tidak ada,yang ada hanya mereka yang haprak menyangah Sultan,dimana bangsa lain? tidak ada?mana cina?mana india?
Sebelum ini Pisau ada jugak membuat artikel agar menyeru agar turun berdemo,tetapi apabila terfikirkan akan natijahnya,lebih banyak buruk daripada baik. Apa sebenarnya yang ingin dibuktikan ?
Tidak terfikirkah kebarangkalian sesuatu yang buruk akan berlaku? Pisau agak risau jikalau ada pihak yang ingin menanguk di air yang keruh mengambil peluang melagakan sesama melayu.Kebarangkalian kecelakaan seperti berlaku di Iran juga ada benarnya.Mungkin pihak luar akan mengambil peluang keemasan ini untuk membuat kacau dan onar.
Pisau kata " Aku tetap akan turun,nak tengok apa akan terjadi"
Peruntukan RM 7 bilion, pinjaman mudah RM600 juta...apa yang Nik Aziz kata disekat
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan apakah peruntukan RM7 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan pinjaman mudah sebanyak RM600 juta kepada Kelantan bagi projek bekalan air bersih membuktikan kerajaan Pusat menganiaya negeri terbabit.
Menurut beliau, dakwaan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa kerajaan Pusat menyekat bantuan kepada Kelantan adalah tidak berasas dan tidak sepatutnya dibangkitkan.
"Tidak benar. Dakwaan itu tidak berbangkit. Apa yang menjadi hak (kerajaan Kelantan) di bawah undang-undang dan Perlembagaan, kita tak pernah abaikan. Bukan saja Kelantan malah semua negeri dari segi geran peruntukan termasuk soal pembangunan terutama membina sekolah dan infrastruktur.
"Kalau hendak diikutkan, kalau kita tidak salurkan RM600 juta untuk pembekalan air bersih, orang Kelantan akan minum air kotor. Itu adalah bantuan Kerajaan Pusat dalam bentuk pinjaman mudah. Jadi soal kerajaan negeri tidak dibantu atau telah dianiaya tidak berbangkit," katanya seperti dilaporkan kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Dialog Perkongsian Pintar di Uganda.
Beliau mengulas dakwaan bahawa Kerajaan Pusat menyekat bantuan kepada negeri itu dan menyifatkan ia sebagai melanggar peruntukan Perlembagaan.
Menurut Muhyiddin, dakwaan Nik Aziz tersebut tidak berasas kerana sejak sekian lama kerajaan Pusat tidak pernah menganiaya mana-mana negeri dan tetap menyalurkan bantuan serta peruntukan seperti diperuntukkan dalam perlembagaan. – 28/7/2009
sumber:agendadaily
Apa yang Nik Aziz cuba nak sampaikan kepada rakyat?pembohongan atau pun keterlupaan,atau menunjukkan nilai nilai nyanyok terpuji?
Cubalah sekali cakap benda yang baik sangka kepada kerajaan pusat,kenapa mengadu domba mengatakan orang yang membantu itu tidak membantu langsung. "Federalisme" telah menjalankan tanggungjawab,tetapi kerajaan negeri sendiri tidak menjalankan tanggungjawab,Pi mai pi mai tang tu jugak,Kelantan susah salahkan kerajaan & Umno
Pisau kata " Dah terlupa banyak dah Nik Aziz,takwil dengan nafsu amarah,inilah jadinya"
Aduhai tok guru, apa yang kau pancing atas pentas tu?
Pisau kata " Tak dapat pancing undi,dapat pancing angin pun jadi lah"
Salam semua,
Untuk pengetahuan semua surau tersebut telah ditutup beberapa tahun yang lepas kerana dipolitikkan penggunaannya. Di fahamkan PAS telah menggunakan surau tersebut sebagai tempat ceramah serta memburuk2kan kerajaan BN ketika itu.
Lantas, MAIS telah menutup surau berkenaan sebelum keadaan lebih buruk lagi berlaku. Di samping itu juga surau berkenaan begitu hampir dengan Masjid Bandar Sultan Suleiman, maka seeloknya masjid di dahulukan berbanding dengan surau.
Setelah beberapa tahun surau tersebut terbiar, maka pihak pengurusan KAFA menjadikan surau tersebut sebagai kelas KAFA memandangkan kelas KAFA di Masjid Bandar Sultan Suleiman tidak dapat menampung jumlah murid yang saban tahun semakin bertambah.
Perjalanan kelas-kelas KAFA ini berjalan dengan lancar yang mana murid-muridnya adalah terdiri dari kalangan anak-anak penyokong UMNO, PAS mahupun PKR sendiri. Tiada masalah hingga kekecohan berlaku semalam - 27/07/09.
Menurut sumber, pengerusi baru surau tersebut yang dahulunya telah gagal memimpin persatuan penduduk disitu dan kini cuba melakukan perkara yang sama untuk memimpin surau. kepimpinan beliau ini rata-rata ditolak oleh pendududk tempatan memandangkan trek rekod beliau sebelum ini amat buruk sekali.
Alasan beliau tidak membenarkan sama sekali kelas KAFA diadakan di surau tersebut adalah untuk kegunaan jemaah amat tidak boleh diterima memandangkan bukan setiap masa surau itu digunakan oleh jemaah-jemaah disitu.
Ini adalah kerana rata-rata ahli kariah surau tersebut bekerja siang disamping terdapat 2 lagi surau yang berdekatan di samping Masjid yang tersergam indah yang tidak sampai 2 minit memandu atau bermotorsikal.
Kebanyakan penduduk melihat pembukaan semula surau berkenaan tidak lebih hanya sekadar wayang oleh segelintir ahli-ahli PAS yang kini menguasai Masjid Bandar Sultan Suleiman memandangkan tabungan Masjid berkenaan mencecah RM230,000.00
Dengan sejumlah wang yang begitu besar, ada kemungkinan terdapat AJK-AJK Masjid yang gelap mata samada untuk diri sendiri mahupun untuk kepentingan parti PAS.
Tunggu dan lihat saje ni..
komen dari :Duduk Atas Pagar Botol
sila rujuk artikel sebelum ini : klik sini

Pisau memerhatikan gelagat sebahagian pemimpin baik dari Umno atau pun dari PAS, mereka seolah olah mengharapkan perpaduan,namun selagi Tok Guru hidup,jangan berharap untuk bersatu, atau pun tidak mungkin akan berlaku,kerana legasi tok guru anti perpaduan mungkin sudah berakar didalam pemikiran orang orang PAS.
Ya mereka mereka ini begitu Islamik. Umno kurang Islamik nya, Umno tidak tulen Islam nya,mereka saja yang memperjuangkan Islam.
Pisau rasakan slogan memperjuangkan atas dasar agama cukup berkesan, mereka yang ntah tercari cari panduan hidup,mengangap PAS sebagai salah satu cabang tariq allah. Mereka ini jauh tersasar,menyamakan memperjuangkan Islam melalui PAS adalah jalan jihad yang wajib di ikuti.Ada yang baru berjinak jinak nak "mengenal" terus mengangkat Tok Guru sebagai "mursyid"
Umno usah bermimpi untuk perpaduan, Orang melayu lebih selesa berpecah belah, bak kata Azmin di penanti dulu, "Melayu lebih rela di perintah oleh cina" asalkan bukan umno.
Apa yang hebat sangat dengan perpaduan melayu? cuba anda jawab? adakah PAS terlalu hebat?hingga kenyataan kenyataan angkuh & menghina UMNO seolah mereka ini ibarat anak dara yang mahu di pancing duda.Umno sudah sudah lah,dah orang tak mau jangan terhegeh hegeh,ramai lagi di luar tu selain dari PAS.Yang penting buat kerja cari ahli baru & peny0kong baru.
Buat pembaca,PAS ibarat bohsia, ya barangkali nampak suci ,tetapi ntah daranya di ragut oleh sang DAP atau pun PKR kita tidak pasti.Sebab PAS lebih suka sumbang mahram bersama DAP & PKR.Ntah perkahwinan tanpa "sijil" ini sah atau tidak,yang pasti cinta hakiki sundalan politic animal sanggup melakukan apa saja.
Pisau kata " Melayu kalau bergaduh lupa nak tarik hand brake"
Menjelang empat hari lagi demonstrasi besar berhubung Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA), kumpulan penyokong akta itu menukar masa berhimpun mereka dari jam 11 kepada jam 2 petang – serentak dengan perhimpunan kumpulan anti-ISA.
Pewaris tukar masa: Puak pro dan anti-ISA berhimpun serentak
Timbalan Presiden II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun memberitahu Malaysiakini, pertukaran rancangan itu diputuskan dalam mesyuarat kumpulan itu tengah hari semalam di ibu negara.Mesyuarat 12 NGO Melayu itu bertujuan membincangkan persediaan rapi mereka menjelang perhimpunan besar Sabtu ini.
Ditanya sebab perubahan jadual itu, Rahimuddin hanya berkata: “Ia melibatkan hal-hal teknikal. (perhimpunan pada) pukul 11 itu terlalu awal.”
Bagaimanapun, tambahnya, perancangan lain kumpulan itu, termasuk tempat berhimpun dan rancangan bergabung di Dataran Merdeka dan seterusnya menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, tidak berubah.
Pertukaran masa berhimpun itu hampir mengesahkan pertembungan penyokong kumpulan itu dan penunjuk perasaan yang dipimpin Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) dan pakatan pembangkang.
selanjutnya sini
Pisau menyeru kepada mereka yang menyokong Kerajaan & BN agar turun,buktikan anda bukan boleh diperkotak katik kan,mereka mahu bebas tanpa ISA ,menandakan bebas memperlakukan apa saja.Jangan beri lesen besar kepada puak puak haprak ini.
Pemuda Umno harus turun ,Pisau menyeru Ketua Pemuda Umno agar turun juga,jangan terikut rentak pembangkang, Ya ada masanya kita perlu rasional,dan ada masanya kita juga perlu tunjukkan kita ini ADA.Jangan cuba kurang ajar kepada kerajaan.
Pisau percaya yang Anti ISA ini bukan mahu sangat berdemonstrasi soal ISA,tetapi hanya taktik diversi isu politik Anwar & korupsi pembangkang.
Pisau akan bersama anda 1 Ogos ini,blogger boleh turun,kenapa anda tidak boleh?
Pisau kata "Pemuda Umno jom turun"
Kesucian PR Selangor Di Noda Konspirasi Jahat BN
Filed Under ( Barisan Nasional, Democratic Action Party, selangor, Teresa Kok ) by pisau
Dalam sidang akhbar bersama lebih 10 ADUN DAP, PAS dan PKR petang ini, Ng mendakwa, konspirasi BN bermula dengan penangkapan exco Selangor, Teresa Kok bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), September tahun lalu.
Isu lembu korban
Tangkapan ADUN Kinrara dan ahli parlimen Seputeh itu didakwa berhubung isu penggunaan pembesar suara bagi kegunaan azan di sebuah masjid di Bandar Kinrara, Puchong.
selanjutnya sini
Pemimpin pemimpin lagak suci tanpa dosa ini menyelar BN apabila mereka kononya di serang secara sistematik tanpa henti. Kesalahan & kesilapan mereka di hempuk keatas BN , kenyataan ala kanak kanak tabika jelas memperbodohkan rakyat yang sedia bodoh menyokong PR Selangor,Ya barangkali ada yang akan mempercayai apa saja yang disuapkan oleh mereka.
Katakanlah satu hari nanti seorang pemimpin PR di tangkap dan di jatuhkan hukum,walaupun dia ternyata bersalah yang pasti,mereka mereka ini telah menjadi hakim dan membuka makhamah sendiri,mengadakan ceramah ceramah menyatakan mangsa tidak bersalah.Pisau percaya parti ini pasti mendapat sambutan dari setiap penjenayah,kerana hak mereka pasti akan terbela,masakan tidak seorang pencuri kereta diangkat sebagai hero oleh mereka sehingga wang rakyat di habiskan sebanyak 10ribu kepada penjenayah ini.
Yang pastinya setiap penjenayah bakal di bela dengan laungan suruhanjaya & ceramah oleh kerajaan "suci" PR.
Apa apa pun boleh halal asalkan kena pada kehendak mereka, Lesen besar membuat salah oleh mereka ini amat dialu alukan. Rakyat memerhatikan gelagat jelek mereka.
Tipu lah sebanyak mungkin
Pisau kata " Konspirasi ? lembu?azan?gagap?anwar?rasuah? buat salah boleh dihempuk atas kepala orang lain"
Selangor :Syabas,PR Berjaya!Murid murid KAFA di Sepak Keluar,Ada Jemaah Nak Guna Surau
Filed Under ( PR, selangor ) by pisau
Disekat masuk kelas surau
Oleh ABDUL YAZID ALIAS dan SHAHARANI SAIBI
murid-murid Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Integrasi Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang terpaksa belajar di padang perhimpunan sekolah di Klang, semalam.
KLANG 27 Julai - Seramai 58 murid- murid Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Integrasi Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang di sini terpaksa belajar di bawah matahari terik apabila disekat daripada memasuki kelas di surau berhampiran kawasan itu pagi ini. Keadaan itu berlaku apabila jawatankuasa penduduk kawasan tersebut mengarahkan agar Surau Assaudin tempat mereka belajar dikosongkan atas alasan mahu mengaktifkan kembali jemaah di situ.
selanjutnya sini
Mana lebih penting?kepentingan politik atau pengajian agama untuk anak anak?
Politik lebih penting lah,apahal budak budak nak mengaji, Kemaruk sangat nak berjemaah kah sampai terpaksa halau budak budak ngaji quran?
Dalam Islam mengajar kita supaya bertimbang rasa & bersabar, tetapi kaum PR kononnya Islam ini langsung tidak ada rasionalnya,Ya barangkali selepas ini akan keluar di dada akhbar penafian itu ini,kononya difitnah oleh BN.
Sudah lupakah anda peristiwa anak anak di halang mengunakan dewan sebagai tadika Kemas,di Balik Pulau,Penang. Peristiwa kali ini berulang lagi. Oh terlupa Pisau,Selangor negeri PR.Negeri Darul Banjingan,negeri yang mengangkat penjenayah sebagai hero.Hal keling penjenayah boleh dibela,hal rumah urut juga dibela,hal pusat karaoke juga dibela.
KAFA? apa tu kafa?kedai kasut? jawatankuasa haprak ,yang berkuasa ibarat kera mendapat bunga,mahu tunjuk kuasa.Kanak kanak yang menjadi mangsa
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini memberitahu, penggunaan wang dana Baitulmal itu akan membolehkan kerajaan negeri membiayai projek lain termasuk kos membina infrastruktur seperti jambatan baru.
selanjutnya sini
Anda juga jangan terlupa untuk membayar zakat,wang zakat anda juga bakal digunakan oleh kerajaan Selangor,pentadbiran untuk membayar gaji pembuat gereja paling besar di Asia & pembenci Azan,Wang zakat anda juga untuk di bayar gaji kepada mereka yang melarang kuil kuil di tanah haram tidak dirobohkan.Wang Zakat anda jugak digunakan untuk membayar gaji bapak pembangunan rumah urut darul banjingan.
Sekalung Tahniah sekali lagi untuk rakyat Selangor kerana berjaya memberi PR berkuasa,PRU13 beri lagi undi kepada PR.Jangan lupa kali ini angkat Teresa Kok jadi MB.
Kerajaan Selangor lebih teruk dari Perak,baca sini
Pisau kata "Siapa lagi hebat?Selangor atau Perak?"
Tujuan inkuiri diadakan mengikut Kanun Acara Jenayah ialah untuk menyiasat bila, di mana, dan selepas dalam cara di mati menemui kematiannya dan juga sama ada mana-mana orang terlibat secara jenayah yang menyebabkan kematian itu. Ini telah dijelaskan dalam keputusan kes Re Loh Kah Kheng (1990) 2 MLJ 126 Dzaiddin J (bekas Ketua Hakim Negara pada ketika itu),
"Adalah mesti diingat bahawa fungsi seorang majistret mengendalikan satu inkuiri mengikut Bab XXXII CPC ialah untuk menyiasat, bila, di mana, bagaimana dan selepas dalam cara si mati menemui kematiannya dan juga sama ada mana-mana orang secara jenayah terlibat dalam menyebabkan kematian itu (s 337). Definisi "Punca kematian" di bawah s 328 ialah untuk memasukkan dengan jelas bukan sahaja punca kematian seperti ditentukan oleh pemeriksaan atau pemeriksaan bedah siasat tubuh di mati, tetapi juga semua perkara yang perlu untuk membolehkan pendapat dibentuk mengenai cara si mati menemui kematiannya dan juga sama ada kematiannya berpunca akibat daripada mana-mana cara, atau telah dipercepatkan oleh sebarang tindakan tidak mengikut undang-undang atau berlaku akibat perbuatan orang lain.
Oleh yang demikian, majistret akan mengadakan inkuiri dengan memeriksa saksi-saksi yang telah bersumpah dan pada masa yang sama lazimnya mematuhi peraturan biasa mengenai keterangan, beliau mungkin menerima mana-mana keterangan yang beliau fikir sesuai, terutamanya keterangan dengar cakap. Tugasnya ialah untuk menentukan punca kematian dan beliau tidak terikat untuk mematuhi prosedur undang-undang mahkamah yang biasa."
Di bawah Seksyen 333 Kanun Acara Jenayah, seorang Majistret boleh mengenepikan inkuiri jika beliau berpuas hati dengan punca kematian tetapi dalam semua kes lain adalah mandatori bagi Majistret untuk mengadakan inkuiri; lebih-lebih lagi dalam kes-kes sebegini yang melibatkan kematian mengejut. Mengadakan inkuiri serupa oleh Suruhanjaya Diraja akan mewujudkan pertindihan.
Dalam kes Teoh Beng Hock, saya telah mengambil tindakan di bawah seksyen 339 (1) Kanun Acara Jenayah untuk mengarahkan Majistret mengadakan inkuiri bagi mengetahui punca dan keadaan yang ada kaitan dengan kematian Teoh Beng Hock dan Majistret wajib mengadakan inkuiri itu. Oleh itu, adalah jelas bahawa ia cara yang memadai dan venue yang sesuai yang disediakan oleh undang-undang bagi kes-kes sebegini.
Selain itu, Kerajaan telah memutuskan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja. Fungsi Suruhanjaya Diraja ini tidak harus dikelirukan dengan inkuiri di bawah Kanun Acara Jenayah. Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950, jelas merujuk kepada siasatan terhadap tatalaku dan pengurusan pegawai-pegawai dan jabatan-jabatan kerajaan atau bagi kebajikan awam.
Definisi kebajikan dalam The New Shorter Oxford English Dictionary ialah "kegembiraan, kesejahteraan, kesihatan baik atau kekayaan seseorang, masyarakat dll; kejayaan kemajuan, kemakmuran.". Oleh itu, ia tidak boleh diperluaskan untuk meliputi inkuiri bagi kematian sebegini, di mana inkuiri oleh Majistret di bawah Kanun Acara Jenayah adalah lebih sesuai dan disokong oleh undang-undang.
Setakat ini, misalnya Suruhanjaya Siasatan Diraja telah ditubuhkan, antara lain, berhubung tragedi-tragedi di Terminal Feri Pulau Pinang dan Bright Sparklers Fireworks. Rekod menunjukkan terma rujukan bagi kedua-dua tragedi meliputi perkara-perkara berkaitan dengan pentadbiran, pengurusan dan pematuhan terhadap prosedur dan standard keselamatan. Tragedi dan bencana itu telah menyebabkan banyak nyawa terkorban akibat kecuaian dan tidak mematuhi prosedur operasi oleh pihak berkuasa relevan. Tiada yang menyentuh mengenai punca kematian bagi satu orang.
Oleh yang demikian, dengan Kanun Acara Jenayah sebagai undang-undang yang spesifik yang mempunyai peruntukan bagi diadakan inkuiri kematian, dengan itu adalah sewajarnya bagi Mahkamah menentukan punca kematian dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Penubuhan Suruhanjaya Diraja adalah cara yang betul dan mengikut undang-undang bagi tujuan menyiasat aspek prosedur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam menjalankan penyiasatan.
Apa yang penting ialah kita mesti mematuhi Undang-undang negara. Demi keadilan, perlu diselesaikan bagi kepentingan bersama di pihak kerajaan dan awam. Inkuiri di bawah Kanun Acara Jenayah dibenarkan oleh undang-undang dan siasatan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 adalah mekanisme untuk mengetahui kebenaran secara adil dan saksama. Ia juga akan menyelesaikan sepenuhnya semua kebimbangan di pihak kerajaan dan orang ramai. Bernama
credit to bro ahmad.
Teoh Beng Hock:Selected documents containing list of projects for Sg Pelek constituency
Filed Under ( Teoh Beng Hock ) by pisau
Pisau kata "sebarkan maklumat ini. Kebenaran disebalik Kematian Mendiang Teoh Beng Hock"
Teoh Beng Hock is dead. Let not his death be forgotten and for nothing. The reason why Teoh died is because of the massive scale of corruption by the DAP since they took over the running of the Selangor state government in March 2008.
For the first time we have documents evidence, names, cheque nos, vouchers and projects which the MACC, the Police, the Royal Commission of Inquiry, the Magistrate Court Inquest, the NGOs, the DAP itself and any member of the public can verify themselves.
The DAP (not the PAS or PKR) has been stealing the rakyat's money in Selangor. They have been doing this without the knowledge of the other Pakatan partners like PKR and PAS. They have cheated not only the rakyat but also their own Pakatan partners from enjoying some of the stolen money.
This is actually not corruption. Corruption means you get money illegally from someone else. In the UMNO style, someone gets a project. Then they pay through a runner 10% or 20%, usually in cash inside a bag. Very simple and also quite smart.
But the DAP are quite stupid. They set up their own dummy companies, create fake invoice, fake projects and then take the money out. This is stealing, not corruption. But because they abuse their power it is also involving corruption. In the process they leave behind a very long trail of documents and evidence.
The late Teoh Beng Hock was involved in this scandal also but he was forced by Ean Yong and Ronnie Liu. He did not really like what was happening. To protect himself, Teoh made copies of all the false documents and dummy companies that was set up by the DAP. Teoh left behind a hard disk with someone which contains a stack of information detailing the corruption by the DAP in Selangor.
They followed a simple but silly method. Each Kawasan DUN (like Kajang, Teratai, Balakong) is given RM500,000 funds which the Pakatan ADUN can spend on projects. The DAP has been stealing this money - a little at a time. Few thousand ringgit at a time. But there are more than 300 small projects - Teoh gave us a long list.
The Selangor govt has said that they will tender every single project. This is their lying. In the list provided by Teoh, some people and some companies sapu many of the projects.
Among the biggest players are WONG CHUAN HOW (in the Kawasan DUN Sungai Pelek) under YB Ronnie Liu who was given 84 projects totalling over RM200,000 (Tarian Cina Persatuan Bahasa, Perayaan Persatuan Buddha Huan Chian Chuen, Kejohanan Bola Keranjang). Other names include Perniagaan Seri Makmur, Era Terbilang Enterprise, Era Gemilang Enterprise and many more. Teoh gave a full list. We have scanned some of the documents (from about 100 pages of documents)
How can one person get 84 different contracts?
The amounts are small but the method they use is very big. This is just in one year. Imagine if the DAP take over the federal govt? Here are some examples how DAP do it. The names and the projects are all real.
1. Rombongan Lawatan Penduduk 21/10/2008For Tahun 2008 (ADUN Sg Pelek) projects under YB Ronnie Liu list there are 172 projects.
WSK Enterprise paid RM1,800 by Selangor state govt using rakyat money as the contractor / coordinator. The money is paid out as follows:Invoiced by WSK Services: RM1,8002. WSK Services
Less 10% for DAP ADUN: 180
Net: RM1,620
Pay for 'Books': RM600 (this RM600 goes to DAP Malaysia)
Net: RM1,020
For Invoices / Stationery: 50
Balance RM 970 paid to Lee Sau Lan Public Bank cheque 254059 - cheque not clear)Invoiced amount: RM3,455.003. Hong Chae Enterprise
Less 10% DAP ADUN: RM345.00
Invoices: RM 50.00
To Lee Sau Lan: RM3,059.00Invoiced amount: RM 10,000.004. WSK Services
Less 5% DAP ADUN: RM500.00
Net: RM9,500.00
Cheque paid (no name given) 5,000.00
Net: RM4,500.00
DAP Serdang Aman: RM3,000.00
To DAP Fund: RM1,500.00Invoiced amount: RM 1,665.005. WSK Services
Less 10% DAP ADUN: RM166.50
Net: RM1,498.50
DAP Serdang Aman: RM379.15
To Hong Chae Enterprise: RM1,119.35
Pay to Teoh Beng Hock: RM112.00
Pay to DAP Fund: RM1,007.35Invoice amount: RM4,200.00
Less 10% DAP: RM420.00
Net: RM3,780.00
DAP Serdang Aman: RM3,754.76
Of this number, Items No. 89 to 172 (83 projects in Sg Pelek) have been awarded to Wong Chuan Chow worth RM216,950 in just one year. The list of projects given to Wong Chuan Chow have been scanned here*.
* The documents will be scanned and posted in next posting.
source:T4TBH
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_c.png?x-id=aff68054-db28-4d40-beed-6b5959333ec0)

![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_c.png?x-id=35bf9596-9c00-42b2-9469-5d13cd4b9ef9)
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_c.png?x-id=b4df4397-10d1-4795-9730-6757960fe9c0)

![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_c.png?x-id=ebed93a1-e81c-4475-abb0-9db25c2e4cfc)
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_c.png?x-id=86a83eb2-a14a-44fc-bede-82bc73407fab)

![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_c.png?x-id=ceb7adc2-2895-48dd-8cba-88be0bb3b35e)



