Raja Drama

Posting Terkini

Penang Republic Sosialis: PULAU PINANG DALAM BAHAYA , IA AKAN TERLEPAS MACAM SINGAPURA

Filed Under ( ) by pisau on 5.12.09

Para pemimpin utama negara ini terutama yang terdiri dari bangsa Melayu hendaklah menumpukan perhatian serta merta kepada negeri kita Pulau Pinang ,salah sebuah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu asalnya dan kini dalam Persekutuan Malaysia.
Mari kita segera melupakan kegilaan para pemimpin DAP, Keadilan dan PAS, kerana mereka kini sedang membuat lakonan untuk menarik perhatian Kerajaan Barisan Nasional terutamanya para pemimpin UMNO untuk mengaburi mata semua orang ; sedangkan pada masa yang sama mereka kini bertungkus lumus untuk menghapuskan kuasa Melayu di negeri Pulau Pinang buat selama-lamanya.
DAP Pulau Pinang kini memulakan usaha ‘rezoning’ atau mengezon semula atau membuat garis persempadanan semula semua penempatan penduduk Pulau Pinang. Rancangan di sebalik itu ialah menjadikan semua kawasan majoriti pengundi Melayu berpecah menjadi secil-kecil dan tidak ada suara majoriti di semua tempat.

Untuk ini orang Melayu akan dipindahkan dalam bentuk kumpulan –kumpulan kecil dan diletakkan ketengah-tengah kawasan pengundi Cina . Manakala para pengundi Cina pula dalam bentuk kumpulan yang besar dipindahkan kekawasan penduduk Orang Melayu untuk menjadikan bilangan mereka melebihi bilangan penduduk Melayu. Cara ini bila pilihanraya nanti semua calon DAP dan pakatan mereka akan menang mudah.
Cara inilah yang telah dibuat oleh Lee Kuan Yew di Singapura sebaik saja dia keluarkan dirinya dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 lalu.

Kembali ke Pulau Pinang, rancangan Lim Guan Eng adalah 100% mengikut jejak Lee Kuan Yew. Saya mempunyai bukti , bahawa Lim Guan Eng hampir setiap minggu terbang ke Singapura mengadap Sifu atau guru besarnya bagaimana hendak menghapuskan kuasa politik Melayu di Pulau Pinang.
Lim Guan Eng pernah terkeluar cakap kepada orang-orangnya di Pulau Pinang mengenai apa yang dituturkan oleh Lee Kuan Yew kepadanya semasa mengadap Sifu Agungnya di Singapura itu.Katanya Lee Kuan Yew berkata kepadanya..” You don’t worry I’ll teach you step by step”…ertinya ,jangan bimbang saya akan ajar kamu selangkah demi selangkah (bagaimana hendak menghancurkan pengaruh dan politik kaum Melayu di Pulau Pinang).selanjutnya sini

Petikan dari artikel Datuk Hj. Che Yazid bin Hj. Che Seman menceritakan grand design yang sedang berlaku di Pulau Pinang,malah cukup banyak bukti bukti yang sedang berlaku di negeri ini.Pisau mengharapkan melayu Pulau Pinang agar bangkit dan sedar apa yang sebenarnya yang diinginkan oleh Khalifah cina melaka ini.

Salah satu contoh terdekat,Yb Malik dari PKR akan menjadi mangsa apabila kesan rezoning berlaku di kawasannya sendiri, justifikasi untuk menolak YB Malik selepas ini kerana jumlah pengundi orang melayu kurang daripada pengundi cina,maka yang layak hanya mereka yang berbangsa cina menjadi calon wakil rakyat.

Satu lagi bukti, DAP sedang menjalankan gerak kerja untuk menghapuskan kuasa orang melayu di pulau sebelum PRU13 semata mata untuk tidak rela kalah.Pemimpin Melayu Pakatan Haprak yang ada hanyalah sekadar boneka,Banyak rumah kos rendah dan kos sederhana rendah sedang dirancang pembinaan disebelah tanah besar.Pisau cadangkan kerajaan pusat seperti SPNB supaya membina banyak rumah mampu milik di sebelah pulau dan pastikan 80% adalah milik melayu dan dikenakan syarat tidak boleh dijual.Jika tidak melayu hanya tinggal nama di Pulau Pinang.

Pisau katakan kenapa kerajaan pusat harus campur tangan dalam program perumahan yang dicadangkan ini kerana Pejabat Perumahan Negeri akan ditukar kepada Syarikat Perumahan Negeri dimana pengerusinya adalah berbangsa cina.Maka selepas ini permohonan untuk mendapatkan rumah kos rendah dan rumah kos rendah sederhana perlu mendapatkan sokongan dari YB YB dari DAP. Implikasinya mereka akan mengawal segala permohonan,jadi melayu akhirnya tidak akan mendapat apa apa .Pegawai kerajaan tidak mampu berbuat apa apa mereka hanya mampu menurut perintah.Segala polisi dan arahan untuk Pejabat Perumahan Negeri adalah datang dari kerajaan negeri yang kita sedia maklum dibawah kawalan sepenuhnya khalifah cina melaka Lim Guan Eng.


Rayuan Pisau kepada kerajaan pusat, berilah perhatian secara serius dakwaan ini. Perkara ini benar benar berlaku.Buat rakyat Pulau Pinang,bangkitlah,Pisau mohon dengan rendah diri agar bangkit dan bantah tentang polisi ini.




Pisau kata " bangkitlah,tolak perbezaan politik,kita hampir kepada tidak ada apa apa lagi di pulau pinang"

Comments:

9 Responses to “Penang Republic Sosialis: PULAU PINANG DALAM BAHAYA , IA AKAN TERLEPAS MACAM SINGAPURA”

  1. SLM BRO..TERINGAT PLAK PEWARIS KG GLAM KT S'PORE TU YG TERPAKSA LARI SB CUBA NAK PERTAHANKAN SATU2NYA TANAH WARISAN KESULTANAN MELAYU KT S'PORE TU. ADOIYAIII JGN MENYESAL KEMUDIAN HARI SUDAA..JAHANAM PUNYE KOMUNIS!! HARKK PTUIHH!

  2. Saya usulkan di sini beberapa cara dan kaedah:-

    1. Menghantar MEMORANDUM BANTAHAN KEPADA MAJLIS TANAH NEGARA.

    2. Menghantar MEMEORANDUM BANTAHAN kepada SURUHANJAYA PILIHANRAYA.

    3. Menghantar MEMORANDUM BANTAHAN kpd KEPALA CINA SOSIALIS P.PINANG.

    4. Membuat ceramah dan seminar terbuka di Pulau Pinang.

    5. Membuat undian secara online di Facebook.

    6. Meminta agar kakitangan kerajaan Negeri TIDAK MEMATUHI SEBARANG ARAHAN KEPALA CINA SOSIALIS.

    7. Bangkit dan bersemuka dgn YB-YB Cina Sosialis P.Pinang.

    8. Memasang sepanduk bantahan secara besar-besaran.

    9. Melakukan TINDAKAN SIVIL TIDAK MEMATUHI SEBARANG ARAHAN KEPALA CINA SOSIALIS DENGAN MENUTUP PEJABAT-PEJABAT NEGERI SEHINGGA KEPALA CINA SOSIALIS MELATAK JAWATAN.

    10. Memulakan TINDAKAN PROSIDINGH SIVIL TERHADAP KEPALA CINA SOSIALIS DENGAN MEMOHON INJUKSI, WRIT MANDAMUS ( PERINTAH MAHKAMAH MENGHALANG DAN MEMBATALKAN SEBARANG PERINTAH KEPALA CINA SOSIALIS).

    11. Tindakan prosiding sivil itu hendaklah di buat atas alasan dan hujah bahawa:-

    a. Kepala Cina Sosialis telah ultra-vires dlm kuasa-kuasa nya dan bertindak dengan sewenang-wenangnya.

    b. Melanggar hak-hak isitimewa Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia.

    c. Tindakan Kepala Cina Sosialis itu melanggar dan bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia dan tidak sah serta terbatal.

    d. Bahawa tindakan rezoning yg dilakukan oleh kepala Cina sosialis itu adalah di buat dengan niat jahat dan curang serta memprejudiskan hak-hak pengundi yg bukan penyokong parti sosialisnya.

    e. Mendapatkan perintah injuksi terhadap DUN dan ahli DUN parti Cina sosialis itu drp terus menerus mengurangkan hak-hak isitmewa orang Melayu dan drp melakukan sebarang tindakan yg boleh menjejaskan kepentingan dan perlindungan hak-hak istimewa Melayu di dalam Perlembagaan.

    Inilah pula masa untuk kita mengukuhkan Hak-hak isitmewa Melayu yg termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia !

    Ayoh Pisau ! anda boleh mengerakkan jentera-jentera ini terhadap Kepala Cina sosialis Pulau Pinang itu !

  3. salam
    selepas ini akan berlaku perpindahan beramai2 kaum cina ke penang, melayu terus terpinggir. apakah PAS gembira dengan situasi ini ?

  4. jeff,
    ramai lagi yang tak sedar bro.

    semaremas,

    cadangan yang baik ,terima kasih, pisau perlukan sokongan dari semua pihak,harap ada pihak tampil untuk realisasikan cadangan saudara.

  5. dr1221,

    sudah dan sedang berlaku, penang my 2nd home di promosi sejak dulu lagi, cina taiwan,indon,singapura dan hongkong ramai yang dah beli rumah di penang

  6. Salam Pisau,

    saya dari dulu sudah menjangka perkara ini pasti akan terjadi terhadap negeri Pulau Pinang.

    orang Melayu disana nasib mereka tidak ubah sama yang diterima orang Melayu Singapura iaitu tanah asal orang Melayu juga.

    jadi berkenaan dengan Pulau Pinang adakah kerajaan yang dipimpin oleh UMNO sedar akan perkara ini ? kita tunggu dan lihat.

    apa yang berlaku keatas Datuk Ahmad Ismail dahulu bukanlah bermakna ianya telah berakhir apabila beliau digantung keahliannya dari UMNO.

    ...dan apa yang berlaku ke atas ketua pembangkang di Pulau Pinang sebanyak dua kali iaitu dihalau keluar dari dalam DUN adalah kesinambungan yang akan berterusan sehinggalah orang Melayu mula menunjukkan sifat mengalah kepada DAP anak didik PAP.

    ...tida mustahil Pulau Pinang juga akan menerima nasib sebagaimana Singapura.

  7. Terimakasih Pisau.

    Kalau boleh kita mulakannya dahulu. Tidak perlu tunggu pihak-pihak. Ini kan nasib bangsa kita. Kitalah yg harus bangkit dahulu.

    Tambahan kepada usul:-

    1. Mengumpul bilangan jemaah melebihi 40 orang dan membaca Yassin 41 kali terhadap KEPALA CINA SOSIALIS DAN PARTI NYA DAN PARA AHLINYA KESEMUANYA DAN SETIAP SATU DAN TERHADAP MEREKA YG MENYOKONG MEREKA SUPAYA MEREKA MENERIMA BALA BENCANA dan menjadi ORANG YG HINA DAN TIDAK UPAYA MELAKUKAN APA JUA.

  8. Bila sebut Penang, jgn ingat Pulau Pinang saja,jgn lupa tanah besar.
    Besar kawasan tu,bersempadan pulak dgn Perak........patut depa marah sangat Perak terlepas......

  9. MohdSelatan.

    Jaham PAS yang bersekongkoi dengan DAP dan jahanam Anwar yang menghianati bangsanya.

    Hidup Malaysia, tegak Melayu dibawah naungan UMNO. Singkir elemen korap dalam UMNO.

Popular Posts