Raja Drama

Posting Terkini

Pemuda Umno Prihatin:Rakyat Didahulukan.

Filed Under ( , ) by pisau on 2.12.09

Pemuda UMNO bantu bawa pulang mangsa penipuan dadah

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Sudah hampir lapan bulan seorang kakak merindui adik lelakinya yang ditahan oleh pihak berkuasa di Buenos Aires, Argentina.

Sepanjang tempoh itu hati P. Neelambigai, 52, tidak pernah tenteram kerana adiknya turut menghidap penyakit mental.

Semuanya berlaku setelah adiknya, P. Jaya Kumar, 38, terpedaya dengan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa, menyebabkan dia ditahan polis Argentina pada Jun lalu, selepas meninggalkan keluarganya sejak April.

Hari ini, derita Neelambigai mungkin akan berakhir apabila Pergerakan Pemuda UMNO melalui Biro Aduan Komunitinya akan berusaha membawa pulang Jaya Kumar ke negara ini, tidak lama lagi. selanjutnya sini



Pisau ucapkan tahniah kepada Biru Aduan Komuniti PPUM kerana begitu prihatin terhadap nasib rakyat,apa yang dapat kita lihat melalui kes seperti ini,rakyat begitu perlukan perhatian dan pembelaan,Pemuda Umno harus banggun dan bergerak dari semua peringkat, kumpulan aktivis kemasyarakatan Pemuda Umno tempatan harus lebih aktif ,dekatkan diri dengan masyarakat, bantu yang memerlukan. Rasai lah denyut nadi rakyat, hulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Ke prihatinan Pemuda juga dapat kita lihat berkenan isu parkir kereta di Putrajaya yang dikenakan bayaran.

Pemuda Umno Putrajaya diwakili oleh Exco Pemuda Umno Malaysia saudara Tun Faisal dan Hishamudin Yahya bersama Gerakan Bertindak Warga Muda Prihatin Putrajaya (GEMPUR),membuat bantahan berkenaan Sistem Parkir Berbayar yang akan membebankan rakyat dan pengundi Kawasan Parlimen Putrajaya :klik sini






Pisau kata " kerja kerja kerja kerja"

Popular Posts