Raja Drama

Posting Terkini

LGE DAP:Rakyat Penang Kena Putaq

Filed Under ( , ) by pisau on 19.12.09

PULAU PINANG 18 Dis — Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menjelaskan bahawa rebat bil air yang diberikan kepada golongan miskin di negeri itu pada tahun ini, tidak akan dipanjangkan ke tahun depan.

Beliau berkata rebat bil air yang berjumlah RM17 juta itu diberikan pada tahun ini bagi membantu golongan miskin berikutan kenaikan harga minyak.

"Kita dah beritahu dulu bahawa rebat bil air itu diberikan sekali sahaja untuk membantu meringankan beban golongan miskin,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kalendar Perdagangan Pulau Pinang 2010 di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai persoalan yang dibangkitkan Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim mengenai rebat bil air berjumlah RM17 juta yang tidak dimasukkan dalam Bajet Pulau Pinang 2010 ketika dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.

Azhar dilaporkan berkata tahun lepas kerajaan negeri berjanji akan memberi kepada kira-kira 170,000 keluarga di negeri ini rebat bil air sebanyak RM100 dengan empat kali rebat atau RM25 untuk setiap bil.

Lim berkata Azhar sepatutnya faham bahawa rebat itu diberikan hanya sekali iaitu pada tahun ini.

"Mengapa kita nak bentang dalam bajet 2010 sedangkan rebat itu diberikan untuk tahun 2009,” katanya.

BERNAMA


Khalifah cina melaka kesayangan PAS sekali lagi putaq,habis semua rakyat penang kena kelentong,takkan lah setahun belanja RM17juta bantu rakyat miskin boleh rugikan kerajaan negeri? Duit peninggalan semasa pemerintahan kerajaan BN hampir RM1billion,kutipan cukai berpuluh juta,kutipan cukai arak & hiburan pun berjuta juta, setakat RM17 juta tak luak pun duit kerajaan negeri,interest bulanan wang tunai kerajaan negeri yang disimpan dalam FD pun dah berjuta ringgit,untuk makluman kadar keuntungan wang FD kerajaan negeri di bank bank tempatan mencecah jutaan ringgit setiap bulan,.

Berpada pada lah kalau nak berbohong & perbodohkan rakyat.Penang bukan macam Kedah atau Kelantan negeri yang miskin,Penang negeri yang cukup kaya dengan aset dan tunai cukup banyak.

Rakyat penang ibaratkan sudah kena jual dengan saksi 25 daaa.. bukan sekali diperbodohkan oleh tuan chip cina melaka ni, dah berkali kali diperbodohkan.




Pisau kata " sudah sudah lah diperbodohkan,PRU13 kena bijak pilih,jangan buat kesilapan kali kedua"

Comments:

2 Responses to “LGE DAP:Rakyat Penang Kena Putaq”

  1. Saya tidak terkejut langsung dengan kenyataan LGE Ketua Sosialis Demokrat itu kerana saya sudah menjangkakan bahawa bagi Ketua Sosialis itu rakyat Pulau Pinang hanya miskin selama setahun sahaja dan akan jadi miskin semula selama setahun selepas PRU13 nanti. Ini kerana rata-rata rakyat tersebut dari 1 kaum yg amat dihinakan oleh Ketua Sosialis Demokrat tersebut. Lagipun sudah tentu perbendahraan Parti Sosialis Demokrat sudah kering dan perlu di tambah bagi membolehkan Parti Sosialis Demokrat ini tersu memperjuangkan hak samarata dan samarasa serta meritokrasi mengikut acuan mereka yakni "BANTU RAKYAT UNTUK MENGHABISKAN PERBENDAHARAAN NEGERI SUPAYA MANA-MANA PARTI YG MENANG NANTI DALAM PRU13 TIDAK ADA DUIT UNTUK BANTU RAKYAT SELAMA SETAHUN SEPERTI MEREKA BUAT."

    Saya yakin dan percaya bahawa Parti Sosialis Demokrat ini sudah dapat menghidu bahawa mereka akan kalah dalam PRU13 dan terpaksa berdikari lagi selama 50 tahun akan datang dan ini memerlukan perbelanjaan yang banyak. Oleh itu, segala perbendaharaan negeri akan digunakan semaksima mungkin untuk memperkasakan mereka di kemudian hari.

    Saya juga yakin bahawa akan adanya pelaburan-pelaburan untuk 'Roll-Over" program di luar negara terutama di Hong Kong dan negara yg mengamalkan dasar kewangan pesisir pantai.

    Saya menjangkakan bahawa emas akan di beli di luar negara kemudian di jual semula bagi mendapatkan matawang euro kemudian dilaburkan semula di dalam akaun-akaun pelaburan yang dilindungi oleh undang-undang kewangan global.

    Ada juga kemungkinan wang-wang daripada perbendaharaan negeri akan dipergunakan dalam bentuk pelaburan berisiko tinggi tapi dalam pulangan yang lumayan.

    Paling ketara adalah pelaburan-pelaburan dalam bentuk pembelian bon-bon kerajaan luar negara, pembelian saham-saham dalam syarikat gergasi asing dan dalam FOREX. Ini kemudiannya akan di abwa masuk secara tidak ketara dalam bentuk pelaburan asing melalui syarikat-syarikat gergasi ini di kemudian hari.

    Syarikat-syarikat gergasi mungkin di pilih dari negara-negara eropah dan China. Ada kemungkinan juga dari negara-negara di Amerika Selatan.

    Selain dari itu, ada kemungkinan pelaburan dalam syarikat-syarikat milik negara luar dalam bidang petroleum dan bio-teknologi.

    Tidak ketara jika sudah ada syarikat-syarikat yang telah di lantik oleh kerajaan Sosialis Demokrat ini di luar negara melalui proksi.

    Kemungkinan juga syarikat-syarikat dari Singapura digunakan sebagai syarikat hadapan untuk membuat pelaburan. Apa yang penting bagi mereka ialah MEMAKSIMAKAN PELUANG YG ADA INI SELAMA 5 TAHUN untuk menghabiskan perbendaharaan negeri untuk kepentingan mereka di masa hadapan.

    Tidak sukar untuk membawa keluar wang ke luar negara dan kemudian di simpan dalam bentuk pelaburan dan di bawa masuk kembali melalui pelaburan asing.

  2. Assalamualaikum wbt.

    Saya tertarik dengan penulisan di blog LENGGONG VALLEY DI BAWAH TAJUK " OF BIGOTS AND CRIMINAL DNA IN CULTURE" yang mengutarakan 1 masalah umum berkaitan dengan masyarakat Cina yang bermastautin di luar negara China yakni budaya KONGSI GELAP.

    Amat mudah untuk mengaitkan budaya Kongsi Gelap ini dengan masyarakat Cina. Rata-rata BandarCina di seluruh dunia mempunyai masalah ini, malah Hong Kong merupakan paksi kepada kumpulan-kumpulan Kongsi Gelap ( boleh di lihat dalam filem-filem terbitan Hong Kong ).

    Jenis jenayah yang dilakukan oleh kongsi gelap ini merupakan jenayah-jenayah berat dan amat kejam.Malah unsur merasuah pegawai-pegawai kerajaan merupakan kegiatan utama kongsi gelap bagi memastikan penerusan kumpulan kongsi gelap.

    Amat wajar sekali di dalam NKRA, kerajaan mengutamakan penghapusan rasuah dan menangani masalah jenayah.Namun begitu satu tindakan rombakan perubahan kesedaran sivik di dalam masyarakat Cina WAJIB dimulakan oleh masyarakat Cina sendiri.

    Saya teringat pengalaman sendiri di mana seorang kenalan Cina telah mengadu masalah 1 urusniaganya di ganggu oleh kongsi gelap.

    Sememangnya bukan semua masyarakat Cina terlibat di dalam kegiatan kongsi gelap tetapi masalah budaya gelap ini mencemarkan masyarakat Cina sendiri.

    Permasalahan kegiatan Ah Loong haram yang melampau dan kegiatan-kegiatan jenayah terancang seperti skandal seks, pelacuran, keganasan dan mencetuskan huru-hara selalu berkait rapat dengan kongsi gelap.

    Di merata dunia, masalah kongsi gelap ini menimbulkan suasana tidak selamat dan menganggu gugat kententeraman awam sesebuah perbandaran, contohnya di Australia sehingga pihak kerajaan Australia di tuduh sebagai rasis kerana kebencian mereka terhadap kongsi gelap ini.

    Di akhir penulisan di dalam blog tersebut diajukan satu pertanyaan kepada para pembaca yang cukup menarik , saya ringkaskan di sini dalam susunan ayat saya , BAYANGKAN, DENGAN STIGMA BUDAYA GELAP SEDEMIKIAN ADA DI DALAM SUDUT-SUDUT TERTENTU DALAM BUDAYA MASYARAKAT, APA TERJADI JIKA MEREKA MEMPEROLEH KUASA POLITIK?

    Jawapannya sudah tentu anda tahu dengan berfikir secara rasional dan bijak.

Popular Posts