Raja Drama

Posting Terkini

Kerajaan BN Hampir Tumbang ? Kemunculan saat akhir Datuk Jo patahkan gerakan 14 Disember

Filed Under ( , , ) by pisau on 16.12.09

Barangkali ramai yang masih tidak tahu pada malam Isnin 14/12/09 kerajaan BN hampir digulingkan dengan cara 'demokratik' oleh pakatan haprak.

Jika lebih setahun lalu, cubaan pakatan pembangkang melalui usaha pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk ‘menggulingkan’ kerajaan dibuat secara pujukan kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti gagal, usaha dan hasrat tersebut sebenarnya tidak pernah padam.

Cumanya kali ini ia dibuat melalui cara yang lebih demokratik iaitu dengan berusaha menggagalkan bajet yang telah dibentangkan oleh kerajaan. Mengikut amalan berparlimen, jika sesuatu bajet yang dibentangkan oleh kerajaan tidak diluluskan, ia bererti kerajaan yang sedia ada perlu meletakkan jawatan. Itulah aturan mainnya.

Perkara tersebut hampir menjadi kenyataan Isnin malam apabila perbahasan peringkat jawatankuasa untuk bajet setiap kementerian selesai dibahaskan. Terakhir bajet yang diperuntukkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Setelah selesai dibahas dan digulung oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia seperti amalan biasa akan meminta suara ahli yang bersetuju atau menolak.

Namun menyedari kehadiran Ahli Dewan Rakyat kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang selalu tidak penuh, Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng telah bangun dan meminta agar undi belah bahagian dibuat. Undi belah bahagian bermaksud setiap ahli yang ada di dalam Dewan Rakyat akan dikira undinya dan bukan sekadar laungan suara bersetuju atau tidak.

Timbul sedikit suasana panik di pihak BN bila cadangan undi belah bahagian diminta kerana jumlah Ahli Dewan Rakyat pembangkang kelihatan begitu ramai dan Anwar sendiri turut hadir sehingga lewat malam.

Setelah loceng panggilan dibunyikan selama dua minit, pengundian dijalankan yang menyaksikan keputusannya 64 suara menyokong bajet untuk KDN diluluskan manakala 63 menolak.


Menariknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir lewat malam bagi memastikan undi BN mengatasi undi pembangkang.

Setelah itu berlaku pertikaman lidah yang mempertikaikan keputusan undian tetapi Speaker berjaya menteteramkan keadaan.

Panik tidak terhenti setakat itu kerana setelah urusan perbahasan peringkat jawatankuasa selesai, Dewan Rakyat harus mengundi sekali lagi bagi bacaan kali ketiga untuk meluluskan keseluruahn bajet berkenaan.

Sekali lagi pihak pembangkang melalui Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M.Kulasegaran meminta agar undi belah bahagian dijalankan.

Dalam masa itu beberapa orang Ahli Dewan Rakyat sampai dan menjadikan 66 menyokong bajet 2010 diluluskan manakala yang menolak kekal 63 undi.

Menariknya drama lewat malam itu ialah mengenai masa depan kerajaan.

Berdasarkan amalan, jika bajet tidak diluluskan, dalam bahasa mudahnya, kerajaan sedia ada dianggap telah tumbang dan diganti dengan kerajaan baru. selanjutnya sini

agenda daily

Perancangan licik dari pihak pakatan haprak sudah jelas datangnya daripada Anwar Berahi yang akan mencuba segala yang mungkin untuk menjatuhkan kerajaan BN. Perihal perancangan menumbangkan kerajaan BN digagalkan oleh kehadiran oleh Datuk Johari Baharom pada saat akhir.

Kemunculan saat akhir Datuk Jo patahkan gerakan 14 Disember

Ada banyak cerita disebalik drama di bangunan Parlimen yang cukup mendebarkan Isnin malam dimana kerajaan nyaris ‘ terbalik’ dalam gerakan pembangkang untuk pintas Bajet 2010 yang boleh membawa implikasi politik dan ekonomi amat besar kepada negara.

Sepanjang hari Selasa – walaupun suasananya tenang-tenang saja di Parlimen – kekalutan yang terjadi sepanjang lebih tiga jam itu membuatkan ramai kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional termenung tepuk dahi memikirkan betapa mereka bernasib baik bajet itu akhirnya lulus dengan 66 undi menyokong dan 63 menolak – yakni beza cuma 3 undi sahaja.

Bayangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menghadiri satu majlis di Sekolah Chung Hwa di Jalan Ipoh,Kuala Lumpur terpaksa bergegas meninggalkannya untuk berkejar ke Parlimen setelah mendapat panggilan ‘ kecemasan’ tentang jumlah Ahli Parlimen pembangkang melebihi Ahli Parlimen BN dalam Dewan Rakyat.

Ribuan hadirin di majlis itu tercengang tanpa mengetahui apa puncanya.Ini lebih-lebih lagi melihat beberapa pemimpin MCA yang juga Ahli Parlimen turut menyertai beliau meninggalkan majlis tergesa-gesa.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berkejar ke Parlimen.

Bekas Menteri Kerjaraya yang juga Ahli Parlimen Sepang Datuk Mohd Zin Mohamed yang baru turun dari pesawat di KLIA sekembali dari luar negara tidak sempat pulang ke rumah.

Kebetulan sebaik saja menghidupkan telefon bimbitnya di lapangan terbang itu dan membaca SMS yang masuk meminta segera ke Parlimen,beliau tanpa memikir panjang terus mengarahkan pemandunya memecut ke bangunan Parlimen.selanjutnya sini


Sudah menjadi amalan,Ahli parlimen Bn dan pembangkang pulang selepas jam 5 ptg untuk menjalankan tugas masing masing,namun hal ini sudah dapat dihidu oleh pendajal & politik animal seperti anwar dan balacainya,mereka mengerahkan secara rahsia kesemua ahli parlimen diminta hadir pada tengah malam.Namun dapat dihidu oleh Datuk Zainal Abidin Rahim dan Ahli Parlimen Johor Bharu Datuk Shahrir Samad dan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Latif Ahmad.

Blog blog pakatan haprak jelas mengambarkan kekecewaan mereka apabila perancangan ini gagal. Contohnya Kerajaan perak tumbang kononnya cara tidak demokratik,jika kerajaan BN tumbang di parlimen baru baru ini adakah dikatakan dengan cara terhormat dan demokratik? Jika kena pada kehendak mereka,maka menjadi halal dan dibolehkan,jika tidak kena dan berlawanan dengan kehendak mereka dikatakan haram ,tidak boleh ,kejam dan kudeta.

Inilah cara politik harami Anwar & balacinya.Buat ahli parlimen BN ini adalah amaran dan peringatan kepada anda agar lebih berhati hati agar tidak jatuh dengan cara permainan politik paling mankaq oleh Anwar Mat King Leather.



Pisau kata " PM check siapa yang tak ambik berat dan buat kerja di parlimen,harap tendang ambik orang lain pulak untuk pru13"

Comments:

5 Responses to “Kerajaan BN Hampir Tumbang ? Kemunculan saat akhir Datuk Jo patahkan gerakan 14 Disember”

  1. Pisau Net... Bila terbaca saja cerita ini, rasanya macam nak berperang pulak,kerja pembangkang memang nak memusnahkan negara yang tercinta ini, tapi YB BN perlu sedar bahawa mereka sentiasa akan diserang hendap oleh komunis moden ini dengan apa cara sekalipun. Harapan Rakyat terletak dibahu mereka..Ingatlah selalu!!!

  2. Dan Najib pun harus sedar sebelum semuanya tumbang. Berundurlah Najib

  3. salam bro...
    nasib baik lah ada JO...fuh boleh panggil GI JO dah ni...

    heran banyak sangat ke MP yang ada tugas?

  4. halim,
    perang jangan tak perang

    gomo,
    GI JO hehe..memang padan pun nama tu untuk datuk jo

  5. pelik pulak rasa pemikiran generasi BERTAMADUN masa kini...

    saya bukan nak sebelahkan siapa- siapa...cuma melihat dari sudut rakyat biasa sahaja...

    anwar disalahkan sebab cuba memancing wakil rakyat melompat parti...ok itu memang silap dia...nyata dengan jelas....tapi dia tidak menawarkan apa- apa imbuhan...bukan seperti bn...itu hakikat...

    bilamana bajet 2010 hampit gagal...pun disalahkan pada anwar...

    apa logiknya ?

    bukannya anwar pergi pujuk ahli perlimen supaya tolak bajet tu...dia hanya sedar itu peluang dia dan rakan seangkatannya untuk menjatuhkan kerajaan yang ada...

    dan kalaulah kata malam itu PR berjaya jatuhkan kerajaan...bukan silap mereka....

    ahli parlimen bn yg patut disalahkan...mengapa mereka bersenang lenang tidak hadir ke parlimen walhal mereka tahu itu tanggungjawab mereka lebih2lagi malam itu adalah malam undian ?

    mengapa salah sendiri diludahkan kepada pihak lawan...

    sebenarnya, ahli parlimen bn terlampau selesa...52 tahun mereka selesa di kerusi empuk parlimen...datang berbahas ala kadar...paling2 kurang tersengguk2 mengail ikan...(ahli parlimen PR pun dua kali lima...)

    tapi mereka kena sedar...sekarang PR sedang mengganas...mengatur stategik merampas takhta...mengapa masih lembab lampi terkedek2 tanpa berbuat sesuatu yang boleh menjarakkan kualiti mereka dengan kualiti ahli parlimen PR...

    jadi...bagi saya...kalaulah kata malam tu PR yang menang...baguslah...sebab mereka ahli parlimen yang tidak tidur...sedar bala nikmat menanti dihadapan...untuk siapa ?

    untuk rakyat...

    maaflah kalau tulisan saya agak kasar...nk bercakap dengan orang cerdik nie susah...fakta bukan diambil kire...emosi berlebih2...

Popular Posts