Image via Wikipedia
Sejak kebelakangan ini,sudah jelas memang ada usaha membawa pulang Chin Peng.Pelbagai cara dan taktik digunakan. Mereka mereka yang di sebelah sana,PAS,DAP & PKR tanpa mengenal penat dan lelah mahukan kepulangan ketua komunis malaya ini. (pemimpin pakatan haprak berjumpa chin ping :
klik sini)
Usaha mereka bukan sahaja menyemai doktrin kononnya perjuangan komunis sebagai nasionalis,malah Nik Aziz sendiri mengelarkan Chin Peng seorang nasionalis kemerdekaan.Sejarah dan fakta diubah, malah mereka ini menunjukkan komunis adalah lebih baik daripada Umno,MCA & MIC .
Malah ada juga pemimpin dari BN,seperti pengerusi Gerakan ada menyarankan agar Chin Peng dibenarkan pulang :
klik siniYang terbaru di akhbar The Star menceritakan akan keuzuran Chin Peng
klik sini ,artikel tersebut benar benar satu cubaan menagih simpati daripada rakyat.
Mereka menyemai fahaman kepada golongan muda dengan menidakkan perjuangan & pengorbanan pejuang pejuang kemerdekaan dengan mengankat perjuangan PKM lah yang menyebabkan negara mencapai kemerdekaan.
Usaha dangkal dan meremehkan minda rakyat jelas membuatkan ramai dikalangan yang buta sejarah benar benar percaya akan fakta dan sejarah yang diubah demi Chin Peng.
Tidakkah anda sedar Chin Peng sendiri menolak untuk menyerah diri,malah mereka mahukan diberi keistimewaan agar dapat terus releven didalam kancah politik tanah melayu ketika itu,setelah gagal,galang gantinya maka tertubuhlah parti DAP/PAP demi mencapai hasrat perjuangan komunis malaya.
petikan dari blog
IMMSA
PETIKAN SURAT DARIPADA CHEN PING PADA TANGGAL 12OCTOBER 1957
Surat Chen Ping yang bertaip di dalam bahasa Melayu yang di hantar kepada Tunku Abdul Rahman itu adalah seperti diatas:
JAWAPAN TUNKU ABDUL RAHMAN
Tunku Abdul Rahman telah menjawab surat tersebut dengan menyuruh Parti Komunis Melaya(PKM) menyerah diri tanpa syarat.Syraat yang ditetapkan oleh Chen Ping yang di tolak oleh Tunku ketika iaitu SUPAYA KERAJAAN PERSEKUTUAN MENGIKTIRAF PARTI KOMUNIS.
PETIKAN LAGI SURAT BALAS DARIPADA CHEN PING PADA TANGGAL 9DISEMBER 1957
Pada kali ini,Chen Ping telah menunjukkan sikap yang keras dan sombong iaitu:
Tanggal 9 Disember 1957
Yang Berhormat Perdana Menteri
Persekutuan Tanah Melayu
Dengan hormatnya saya maklumkan bahawa saya bersedia mengutus saudara Rashid Maidin dan saudara ChenTian sebagai wakil pihak kami untuk mengadakan rundingan pendahuluan dengan wakil pihak Tunku.
Seperti yang saya sebutkan dalam surat saya tanggal 12 October,1957 bahawa rundingan pendahuluan ini adalah bermaksud melicinkan tercapainya persetujuan yang adil dan menasabah dalam perundingan kita bagi menamatkan peperangan dan melaksanakan keamanan di dalam tanahair kita ini maka jelaslah ini lansung tidak kena mengena dengan apa yang disebut penyerahan diri itu.
Umum mengetahui bahawa tujuan perjuangan bersenjata yang dilancarkan oleh Parti kami itu adalah untuk mengusir kaum colonial dan untuk memperjuangkan kemerdekaan Malaya maka tidaklah bermaksud menganggap kerajan Persekutuan yang dipilih dengan pihak kami lansung tidak terdapat persoalan menyerah diri.
Kerajaan Perikatan pun telah berjanji kepada rakyat hendak menamatkan darurat,maka Kerajaan Perikatan patutlah ikhlas menamatkan peperangan sebagaimana Parti kami patut mencapai persetujuan yang adil dan menasabah dengan pihak kami bersendikan prinsip penghentian perang dengan tidak bersyarat malah bukanlah mengeluarkan omongan-omongan menyerah diri yang tidak berpatutan.
Mengeluarkan omongan-omongan menyerah diri yang lansung tidak berpatutan itu sama sekali tidak beralasan.Ini semata-mata menunjukkan ketidak keikhlasan bagi menamatkan peperangan dan bagi mencapai persetujuan yang adil dan menasabah dengan pihak kami maka silalah aturkan haribulan dan tempatnya supaya wakil pihak kami dapat menghadiri rundingan pendahuluan itu.
Sekian wassalam.
Yang Benar
Chen Ping
Setiausaha Agung
Parti Komunis Malaya
Jawapan Tunku mudah iaitu beliau tidak akan berunding lagi dan memberi tempoh sehingga 30April 1958 untuk menyerah diri.Jika tidak perang akan dilancarkan terhadap mereka kerana tujuan PKM MINTA DIIKTIRAF ADALAH UNTUK MENYEBARKAN FAHAMAN KOMUNIS DIKALANGAN RAKYAT PADA MASA TERSEBUT.
Bagaimana pun komunis tetap komunis juga.Chen Ping masih berdegil di atas kehendaknya yang asal iaitu mereka tidak akan meletak senjata selagi mereka tidak diiktiraf atas alasan Tunku telah menjalankan hubungan luar Negara dengan Negara-negara luar termasuk Negara-negara komunis. KEHENDAK Chen Ping itu ini seolah-olah dia yang menetukan dasar luar kerajaan negeri.Tetapi Tunku tetap bertegas dan tidak bertolak ansur iaitu serah diri atau menerima “pukulan”.
Apa yang PAS mahukan? sudah sudahlah berbohong kepada rakyat,hanya kerana bencikan UMNO sehinggakan menghalalkan darah para pejuang dan perajurit demi Komunis?Bencinya pada Umno sehingga sanggup menukarkan fakta sejarah,sanggup berselingkoh bersama DAP demi mahu menjahanamkan UMNO.Malah cukup memalukan orang melayu sendiri berganding bahu bersama bangsa lain mahu menjatuhkan bangsa melayu. bijak atau bodoh?anda sendiri tafsirkan.
Jelas kaitan perjuangan berbentuk sosialis dan komunis cukup terbukti apabila pakatan haprak mula memainkan sentimen
"Kuasa Rakyat" ,"Suara Rakyat Keramat","People Power" & " Ketuanan Rakyat" jelas mencerminkan doktrin komunisme & sosialis, PKR & PAS terikut dengan rentak DAP,bagaikan ditunggang dan ditarik hidung,mereka mereka ini dipergunakan secukup cukupnya untuk menghalalkan cara demi matlamat DAP mencapai sebuah negara republik.
Pisau kata " PAS makin celaru,Komunis dihalalkan demi kesumatnya pada UMNO"
Related Posts : DAP
chin peng mampos pun tak blh blk tanah melayu.
peyokong chin peng ni sebenarnya adalah bangsat, tak kira le melayu ke cina, klu dia sokong chin peng bangsat la org tu.
menyirap darah aku dgn chin peng sial ni.