Raja Drama

Posting Terkini

Suara Keadilan Kencing Berlari:Kapal Selam Yang Tak Boleh Menyelam

by pisau on 11.11.09

KD TUANKU ABDUL RAHMAN TIDAK BOLEH MENYELAM?

1. Saya sedang mencari rokok apabila terserempak dengan akhbar Suara Keadilan
yang memaparkan berita kapal selam KD Tuanku Abdul Rahman tidak boleh menyelam.

2. Saya agak terkejut dengan isu yang diberikan oleh MP Machang Saifudin Nasution itu, terkejut bukan kerana kapal selam itu tidak boleh menyelam tetapi kerana bengang pasal apalah Saifudin ungkit isu yang meremeh-remehkan minda rakyat.

3. Kalau nak cari isu politik pun, tirulah Lim Kit Siang yang mempersoalkan isu Eurocopter yang mahal harganya. Sekurang-kurangnya tercabarlah juga minda nak jawab malahan, Uncle Lim boleh jugalah berbangga kerana isu itu diutarakan dengan disertai fakta sokongan walaupun hanya menggunakan angka-angka yang dipetik dari internet.

4. Ini Saifuddin cetuskan isu yang bersifat murahan, main tembak sahaja. Saya rasa ramai
boleh jawab isu ini dengan gunakan logik akal.

5. Saya pernah berjumpa dengan Saifudin semasa pilihanraya kecil Bagan Pinang dahulu.
Masa itu dia kecohkan salah seorang ahli PAS telah dipukul dan diparang sampai berdarah kepala budak itu, badan pun kena tetak.

6. Yang peliknya, baju kena tetak sampai koyak tetapi tidak ada luka dibadan (ilmu kebal kot), Saifudin pula gagal menjawab banyak pertanyaan pemberita (saya hadir pada sidang akhbar mengenai serangan itu menemani seorang rakan). Budak yang kena tetak tu pun tak datang, report polis pun tidak ada yang menceritakan pasal budak kena tetak tu.

7. Harakah Online sebelum itu menceritakan secara detail kes serangan tetapi kemudiannya,
akhbar itu tiba-tiba menarik laporannya dan ini saya pun tertanya, "APA SUDAH JADI?"....ini samalah kelentong dengan Aziz Mamak Putera Umno yang mendakwa diri dia kena tumbuk, tapi rupa-rupanya gimik...buat malu je.

8. Berbalik pasal isu tadi, blogger Secure Malaysia ada menulis mengenai latihan perang yang melibatkan kapal KD Tuanku Abdul Rahman dengan kapal selam Peranchis SSN Rubis pada artikel http://securemalaysia.blogspot.com/2009_06_01_archive.html.

9. Latihan ini dimenangi oleh anak-anak kapal selam KD Tuanku Abdul Rahman dan secara logiknya, ia sudah menjelaskan bahawa kapal Scorpene kita telah pun membuktikan keupayaannya, tak akanlah latihan perang kapal selam di buat atas permukaan betul tak?

10.Untuk mendapatkan penjelasan, saya menghubungi sahabat baik saya, Fazalah Pitt yang berkerja untuk akhbar Suara Keadilan, rupa-rupanya beliaulah yang mengolah cerita
tersebut. Hampehhhhh....tetapi tidak banyak yang beliau tahu kerana sumber berita tersebut beliau tidak dapat terus dari Saifudin sebaliknya dari kertas soal jawab parlimen.

11.Kononnya kapal selam itu tidak boleh menyelam di beberapa tempat dan ketika
menghampiri Teluk Sepanggar, Sabah ia terpaksa diiringi oleh kapal pengiring.

12.Secara logik, kenyataan itu mengakui bahawa kapal selam sebenarnya berfungsi
dengan baik dan boleh menyelam tetapi dibeberapa tempat ia tidak boleh menyelam.

13.Semasa saya menghadiri majlis penerimaan kapal selam itu di Pelabuhan Kelang tempoh
hari, kapal itu tidak menyelam sebaliknya diiringi oleh kapal pengiring kerana keadaan laut yang agak cetek disamping iringan itu lebih kepada tujuan ceremonial dan membantu kapal selam menghampiri dan berlabuh di jeti. Ini prosedur standard untuk kapal besar lagipun nak "parking" kapal selam tidak sama macam nak rapatkan kapal permukaan pada jeti.

14.Kapal pengiring itu pun bagi saya hanyalah untuk tujuan ceremonial sahaja, lagipun
barang baru, dapatlah special escort, kalau dah setahun pakai, tidak adalah keistimewaan macam ini lagi.

15.Yang saya faham iringian itu memang untuk tujuan ceremonial, kerana majlis ketibaan
kapal selam itu dibuat di Pelabuhan Kelang, Lumut serta Teluk Sepanggar (pengkalan kapal selam pertama Malaysia), selain dari itu lebih kepada tujuan untuk membantu kapal berlabuh.

16.Saya rasa penjelasan di atas sudah cukup untuk menerangkan mengapa kapal selam itu
memerlukan kapal pengiring.

17.Bagaimana dengan kenyataan Saifudin bahawa kapal selam itu tidak boleh menyelam di
sesetengah tempat??

18.Saya sendiri tidak pasti apa yang dimaksudkan dengan kapal itu tidak dapat menyelam di setengah tempat tetapi saya andaikan begini.

19.Ada kemungkinan dakwaan "di sesetengah tempat" itu bermaksud kawasan yang tidak
sesuai untuk kapal itu menyelam di sebabkan dasar laut yang cetek, trafik kapal yang sibuk seperti di Selat Melaka dan kawasan laluan yang dipenuhi pulau atau terumbu karang termasuklah kapal karam.

20.Pantai Malaysia mempunyai panjang 4,800 kilometer dengan keluasan laut 598,530 kilometer persegi.

21.Daripada jumlah ini, hanya kira-kira 60 peratus sahaja yang sudah diukur dan tahap
pengukuran kedalaman dan pemetaan dibuat melalui 3 kategori iaitu : 1. Kawasan yang sudah diukur dan dicartakan mengikut standard. II. Kawasan yang sudah diukur tetapi belum memadai lagi dan III. kawasan yang belum pernah diukur.

22.Sehingga tahun 1998, Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) telah mengeluarkan 58
carta mengenai pemetaan laut tempatan dan maklumat itu ada yang dikumpul melalui kaedah yang sudah ketinggalan zaman dan ada menggunakan kaedah moden.

23.Sebelum ini, sehingga tahun 1987, peta dasar laut negara banyak dibeli dari England
sehinggalah negara menubuhkan pusat hidrografinya sendiri pada tahun itu.

24.Carta dan peta laut negara yang moden serta lengkap akhirnya berjaya dibuat apabila
TLDM membeli KD Perantau dengan harga RM100 juta yang lengkap dengan teknologi pengukuran digital termasuk Sistem Paparan Carta Elektronik, GPS dan boleh mencari objek di dasar laut menerusi sistem multibeam dan peralatan digital Sides serta Sonar yang boleh mempamerkan topografi dasar laut dengan jelas dan benar.

25.Sebelum itu pengukuran dasar laut dibuat dengan menggunakan tali (orang lama TLDM
beritahu saya), macam mana dia ukur saya tidaklah tahu.

26.Yang saya faham, laut ini memang luas tetapi bukan boleh dilalui sesuka hati, lainlah
lautan Atlantik atau Pasifik.

27.Kedatangan kapal-kapal selam negara akan membantu negara mempunyai carta
kedalaman laut dengan lebih baik. Bayangkan bertapa payahnya krew-krew kapal hidrografi TLDM yang terdiri dari hanya dua kapal iaitu KD Perantau dan KD Mutiara nak buat pemetaan serta topografi dasar laut seluas lebih dari 500,000 kilometer persegi itu.

28.Sedangkan keluasan tanah Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah yang seluas 329,845
kilometer persegi itu pun tidak habis diukur, ini pula lautan yang diukur hanya oleh dua kapal sahaja.

sumber:shahpaskal

Komen Pisau: Saifudin Nasution & Suara Keadilan kalau nak berbohong dan bodohkan rakyat,agak agaklah,sekarang taktik penipuan dan membangkitkan persepsi kononnya beli kapal selam tapi tak boleh nak guna ibarat menipu budak tadika.

Kerja menipu oleh makalah keadilan sedang tersebar di seluruh negara tanpa dijawab sendiri oleh pihak kerajaan dan kementerian pertahanan secara besar besaran. Barangkali sudah ramai yang termakan kencing saifudin dan suara keadilan ini. Hancingnya seluruh negara,barangkali anda yang percaya pembohongan ini akan terasa sedapnya haring bau kencing pembohongan besar besaran 'pakar' strategik PKR ini.

Terus terusan PKR berbohong kepada rakyat,lama kelamaan orang akan percaya akan pembohongan ,yang benar dikatakan tipu, yang tipu dikatakan benar.



Comments:

16 Responses to “Suara Keadilan Kencing Berlari:Kapal Selam Yang Tak Boleh Menyelam”

  1. Sebab dia "KD Altantuya"

  2. bodoh macam lembu...tukang olah cerita dalam suara keadilan juga bangang tahap dewa...sama macam lembu sebab suruh buat @ tulis ape, dia tulis je...janji ada news untuk esok...

    pada aku, YB tu kata kapal selam tak boleh selam kat sesetengah tempat tu, rasanya lubang bontot dia kot...komen politik murahan, macam nilah jadinya...


    bangang punya cerita yang PR jaja...

  3. pendedahan yg baik..
    semalam pn saya turut terbaca artikel yg sama di blog jamil kucing..

    saifuddin tu pn bodoh..nk perbodohkan org n nk create isu..

    mohon link blog saya dari cni..
    harap tidak keberatan..

    http://pemuda-parit.blogspot.com
    www.pemudaumnoparit.com

  4. dah terbiasa cakap bende2 bohong, so kalu x cakap lidah jadi panas dan otak beku, so dia buatlah bende2 mcm bebudak tadika, yg sering berilusi fantasi,... tgk lah bila dah tua nanti sure dia cakap3 sorang2.....

  5. tulisan paper sampah macam suara keadilan memang jelas menunjukkan penulis itu sendiri tidak mempunyai etika kewartawanan, menulis pakai hentam saja tanpa memikirkan kesan kepada pembaca. Mesti penulisnya tidak mempunyai tauliah seperti Asri. hahaha!!

  6. Tuan,
    Ramai yang mungkin perasaan Kit Siang dan Karpal Singh tidur lena dari arus politik tanahair sekarang. Yang sibuk berperang melayu !

  7. mas said...
    Sebab dia "KD Altantuya"

    12/11/09 12:28 AM

    kau ni boringlah mas.
    kau tau tak kat rumah kau tu penuh dgn barang yahudi.
    itu kita nak panggil apa, boleh tak kalau kita panggil mas yahudi.
    sikit-sikit altantuya, kau tak bosan ke.
    kau sibuk sangat nak bela altantuya, macamana dgn 12,000 askar melayu yg mati masa perang dgn komunis dulu, itu kau nk panggil apa.
    dahlah tu mas, kapal selam tu gunanya utk jaga keselamatan dan hindarkan pencerobohan askar negara asing ke malaysia, sekurang-kurangnya, kapal selam tu boleh digunakan utk jaga aku, engkau, keluarga engkau dgn puluhan juta rakyat malaysia.
    kau sibuk sgt cakap pasal altantuya, apa yg kau sumbangkan utk negara?
    kalau kau suka sgt dgn altantuya tu, aku cadangkan kau tukar jd warganegara mongolia, kat sana takde kapal selam, takde sukhoi, takde kereta kebal, takde military weapons yg boleh dibanggakan.
    cuma kat malaysia je yg ada kapal selam.
    sudahlah mas, jgn jd bongok la.
    org mcm kau ni, kalau zaman jepun dulu, biasanya jd talibarut.
    jd kpd mas, buanglah semua brg dlm rumah kau kerana ia semua ada kaitan dgn yahudi.
    satu lagi mas, baik kau murtad je senang, sebabnya mudah, dlm byk2 negara islam dlm dunia ni, hanya malaysia, indonesia, iran, pakistan je yg ada kapal selam.
    biasanya pembenci islam saja yg tak mau negara islam kuat dlm pertahanan sbb senang nk serang.
    oleh itu, kesimpulannya, tiga perkara kau kena buat mas, buang semua brg dlm rumah kau, jd warga negara mongolia dan murtad supaya senang kita tahu siapa musuh islam.
    terima kasih atas komen kau mas

  8. bangkang jangan tak bangkang!!!. ini semua adalah akibat dari YB tangkap muat punya pasal-unperfectstone53

  9. tentu lah setengah setangah tempat perairan nya cetek perlukan kapal pengiring dan perlukan berada di permukaan air. saifudin ni pun satu baral juga cuba suruh dia menyelam dalam basin atau baldi mak dia buat basuh baju baru rasa macam mana punya susah akan tetapi kalau nak senang lagi suruh dia menyelam dalam secawan kopi. mungkin lain kali dia berfikir sedikit kalau nak melontarkan fitnah, memang senang tabur je tinggal lepas tu suruh orang yang kena fitnah tu jawab. apa punya baral tahap 5 lah saifudin ni?

  10. anon,
    saifudin bangang tadak tahap dah,memang bodoh,kencing rakyat

  11. yang aku herankan kenapa isu2 macamni kerajaan duk diam jer..balik2 duk harap blogger tuk backup...ingat2lar sikit orang2 kat kampung bukan buleh baca blog pun...kadar penembusan jalur lebar tak sampai 20% pun...rtm, utusan senyap jer bila isu2 panas kat blog2 atau forum2 pro pembangkang di mainkan...takda langsung inisiatif nak lawan balik...betul kata pisau benda bohong kaalu tak diambil tindakan akan dianggap betul...tahi kalau hari2 duk makan pun mesti orang kata sedap..

  12. it's already proven.
    kapal tak boleh menyelam. any comment?

  13. anon,
    dakwaan tak boleh menyelam dan mengalami kerosak teknikal adalah 2 isu yang berbeza.

  14. Mas ko layak jadi pengedar suara keadilan, pasal akhbar tu tak laku kat area aku ni. Kebanyakkan pembeli kat aku buat bakar halau nyamuk jer...Nak kibar bendera JIN MATA SATU tu pun org kampung segan, org kampung kata kibar bendera tu cam nak sambut Yakjud & Makjud. Seram aku dengar....bila pikirkan balik, benarlah..penyokong bendera ni pun sebenarnya spesis tu....hahahaha

  15. Anon 4:40pm,hang bodo...hang tengok kat pelabuhan mmg la tak nyelam...kalau nyelam hang x nampak pulak. Bodo tahap lembu. Lembu pun cerdik dari hang.

    Proven kepala hotak hang.Hang pernah naik ke kapal selam tu.

  16. salam smue...
    saya merupakan lulusan naval architecture ingin menerangkan sedikit perihal kapal yg xdpt menyelam...
    saya akan menerangkan dalam bahasa pasar bg memudahkan pembaca memahaminya.
    faktor utama..
    1. dasar permukaan dibawah air
    2. density sea water yg berbeza2 mempengaruhi sesebuah kapal
    3. pasang surut air
    4. undang2 maritim yg menkehendakkan sesebuah kapal diiringi bg tujuan keselamatan
    5. weather condition
    6. draft kapal yg berbeza(contoh terusan suez-sila search sendiri)
    ini hanyalah sedikit ulasan bg org yg berfikiran sempit a.k.a haprak suka mengkritik

    kerosakan sesebuah kapal adalah biasa.ini kerana xsemua buatan tangan perfect..
    beli kereta BMW pon boleh rosak..
    kalo xpercaya try beli kapal baru g lenjan mane2 sungai or laut...
    tgk terbalik ker x....

Popular Posts