Raja Drama

Posting Terkini

Pakatan Haprak:Bagaikan satu dosa apabila menyertai kursus BTN

Filed Under ( ) by pisau on 29.11.09

Kenapa Kerajaan Selangor mengharamkan program BTN? Ini adalah amat jelas kerana mereka tidak mahu perihal & realiti kenegaraan yang sebenar didedahkan kepada peserta .Komen Peserta yang bukan melayu di malaysiakini begitu marahkan kepada BTN , ya kerana program BTN jelas tidak mengikuti aspirasi kehendak Pakatan Haprak yang mahukan samarata ,meritokrasi dan kononnya rasis.


Lim Chong Leong: The Pakatan Rakyat states should introduce anti-racism, equality and meritocracy programmes to build up our youngsters towards a global mentality to prepare them for a brighter, more competitive future. We urgently need to neutralise the negative impact of the BTN.
malaysiakini


Contoh komen diatas ada realiti kehendak chauvanist cina,apabila kita menceritakan perihal akan hak bumiputra maka di tuduh sebagai rasis,mereka mahukan meritokrasi. BTN dilihat sebagai batu penghalang kepada kaedah hasutan dan indoktrinasi oleh Pakatan Haprak.Maka mereka rasakan lebih relevan agar BTN diharamkan dan mudah untuk mereka mempromosikan sama rata dan secara otomatik hak keistimewaan orang melayu mudah di hapuskan.

Baca petikan artikel dibawah,penulis artikel menceritakan dengan baik apa yang berlaku semasa program BTN.

Module program ni tak susah. Folo je jadual program dengan baik. Peraturan pun tak susah. Boleh pakai handphone cuma jangan bunyi atau dijawab ketika program berlangsung. Tapi kalau nak gayut tak tidur malam kat dorm sikit pun tak dihairankan. Menjadikan aku hairan bila Pooh kata tak boleh guna handset. Selain itu, makanan juga enak. Menjadi lebih enak bila makan beramai-ramai bersama kawan baru. Dewan makan jadi hingar macam tebuan balik sarang. Tapi lepas tu senyap sekejap bila penghulu nak baca doa. Kemudian bising semula. selanjutnya sini


baca keratan di bawah,membuktikan peserta begitu menyokong program BTN,hanya yang chauvanist dan tidak ada semangat kenegaraan saja yang akan membantah.

sumber:waadat

Menurut beliau cara begitu memberi peluang peserta menulis apa sahaja yang terbuku di hati mereka tanpa rasa bimbang atau segan.

Mari kita lihat sama-sama.

1) Maklumat BTN tiada unsur bias


2) BTN membincangkan isu perkauman secara matang (rasanya ditulis oleh peserta bukan Melayu/bumiputra)


3) Program BTN perlu diteruskan


4) BTN mengingatkan tanggungjawab pada negara


BTN harus mantapkan modul dan silibus,kerapkan lagi kursus sebanyak mungkin.Persetankan kalau Kerajaan Selangor tidak mahukan BTN.Biar rakyat selangor diperkotak katik dan diperbodohkan oleh Pakatan Haprak.

1. Fungsi dan peranan Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri adalah untuk memupuk semangat patriotisme dan kenegaraan serta memberi latihan sikap berteraskan sistem nilai murni. Ini termasuk 8 nilai aspirasi 1malaysia iaitu Budaya Prestasi Tinggi, Budaya ILMU, Budaya ketepatan, Budaya INOVASI, Integriti, Ketabahan, kesetiaan dan Kebijaksanaan.
2. Peserta terdiri daripada semua lapisan rakyat 16 tahun dan ke atas, pemimpin masyarakat, warga institusi pendidikan, anggota perkhidmatan awam, siswa/siswi, NGO dan Swasta.

3. Moto BTN ialah "BERSAMA MENCIPTA KEGEMILANGAN", Telah menerima sijil ISO 9001 pada 4 Sept 2009 daripada SIRIM kerana kursus2 yang berkualiti, mempunyai perancangan, teratur dengan arahan tetap dan kaedah yang baik serta menepati piawaian.

4. BTN juga berperanan mempertingkatkan komitmen rakyat kepada wawasan negara yang berdaya maju dan hebat di persada dunia.

5. Silibus melibatkan latihan sikap berteraskan nilai2 murni bagi menjadi rakyat yang boleh menyumbang untuk pembangunan negara. Kaedah: Kursus 5hari 4malam atau 4hari 3malam atau seminar dengan pengalaman mempelajari, experimential learning, termasuk latihan jasmani dan kerohanian.

6. Ilmu dan maklumat yang disampaikan semuanya diperolehi berasakan fakta sejarah, fakta sahih & data yang diperolehi dari agensi berkaitan dan kumpulan pakar. Peserta juga diberi kebebasan untuk menyatakan pandangan, kritikan dan pendirian masing2.

7. BTN mendedahkan peserta dengan tajuk dasar negara, Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan dan Gagasan 1Malaysia. Ini termasuk aspek 1Malaysia iaitu perpaduan, penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial.

8. BTN tidak ada memburukkan mana-mana kaum kerana perkara2 yang disampaikan adalah berkaitan dengan perlembagaan negara juga konsep perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum. Kita menyeru kecemerlangan semua rakyat yang akhirnya akan menguntungkan negara.
selanjutnya sini



Pisau kata "pegi BTN menari poco poco pun kena haram ka?"

Comments:

2 Responses to “Pakatan Haprak:Bagaikan satu dosa apabila menyertai kursus BTN”

  1. BTN = Benteng pertahanan dalaman negara. Mesti dipertahankan oleh semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.

    BTN takkan biarkan komunis DAP & agen Zionis PKR meracuni kita, rakyat Malaysia.

    Saya sokong BTN! Saya sokong ISA! Saya sokong perbicaraan Saiful-Anwar disegerakan!

    Rakyat Malaysia akan terus maju dan bersatu!

  2. bagi saya BTN sama SPRM..perlu dipertahankan.

    hari ini,semalam dan selamanya..

Popular Posts