Raja Drama

Posting Terkini

Nizar PAS Bohong Lagi: Nafi Dan Penipu Bi'ah Talak 3

Filed Under ( ) by pisau on 13.11.09


Sebelum ini kita dikejutkan dengan bi'ah yang menjual maruah institusi perkahwinan dan wanita, mereka dengan bersungguh sungguh menafikan wujudnya bi'ah tersebut. Apabila di akui oleh Khalid gereja di tambah pula dengan pendedahan video pengakuan dan artikel bergambar sebagai bukti.Tetapi ,seperti biasa,PAS dengan sedaya upaya cuba menafikan perbuatan bidaah dan sesat ini berlaku. Mereka lebih rela menjadikan muslimah iaitu isteri bagaikan lelongan hamba abdi:klik sini


"Pas telah membuat bai'ah, kami ahli Yang Berhormat Pas, jika lompat parti, isteri tertalak tiga..."
Lihat juga gambar Ahli Parlimen Parit Buntar ,Mujahid Yusuf Rawa yang dipetik dari sebuah laman blog posting bertarikh 21 Februari 2008 menunjukkan majlis penyampaian tauliah kepada bakal-bakal calun PAS bagi kawasan Parlimen dan DUN di Perak sebelum pilihanraya umum 8 Mac oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ust Ahmad Awang.




Laman blog berkenaan berkata semasa majlis berkenaan Ahmad Awang telah menyampaikan pesanan dan ingatan kepada semua bakal-bakal calun yang akan bertanding pada PRU ke-12. PAS meletakkan 7 calun bagi kerusi Parlimen dan 21 calun peringkat DUN.Menurutnya sebelum penyampaian watikah dilakukan, Ahmad Awang telah menjelaskan beberapa perkara tentang lafaz ‘bai’ah’ yang perlu dilakukan oleh semua calun pada majlis itu.

Menurut Ahmad Awang, lafaz bai’ah tersebut sama seperti mana yang digunakan di Kelantan; dimana tiada seorang pun yang berani ‘melompat’ walaupun ditawarkan RM5 juta oleh pihak lawan. Laporan blog itu tidak menyebut secara khusus butiran lafaz baiah yang dilafaz itu.Bagaimanapun satu sumber yang layak dipercayai telah menghubungi Agendadaily Rabu memberitahu dia ada dalam bentuk rakaman video pengakuan terbuka seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak PAS mengenai adanya baiah cerai talak tiga isteri jika lompat parti. Berita lanjut di http://www.agendadaily.com/cms/index.jsp

Hari ini, mustafa ali cuba mengdiversikan isu talak 3,dengan menyatakan wujud pula bi'ah sumpah setia laknat supaya masyarakat mengalih pandangan kerja sumpah talak 3 yang menyesatkan.

Bai'ah PAS menjelang pilihan raya umum lalu tidak melibatkan lafaz menceraikan isteri, tetapi melibatkan "sumpah setia laknat" bagi mengelakkan fenomena lompat parti, kata setiausaha agungnya.

Datuk Mustafa Ali berkata, bai'ah tersebut digunapakai di setiap negeri selewat-lewatnya sejak pilihan raya umum 1974 lagi apabila beliau kali pertama bertanding mewakili PAS.

Menurut Mustafa, lafaz bai'ah tersebut berbunyi:

"Wallahi, wabillahi, watallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding bagi (nama pilihan raya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau saya kalah dalam pilihan raya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini.

"Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat."
selanjutnya sini




PAS ,sekali terpalit dengan najis pembohongan ,di mana mana kamu berjalan tetap akan terbau jijiknya bohong bodohkan rakyat. PAS seperti biasa dengan budaya penafian dan bohongnya,mereka berpura pura seolah olah tiada apa yang berlaku,tiada kesalahan yang dibuat,tidak langsung menunjukkan kekesalan ,langsung tidak ada sifat tawadhuk,sidek,amanah dan fathonah. Inilah dia PAS yang sepatutnya anda kenal sejak dari dulu lagi. Parti yang jelas membohongi rakyat dengan pakaian agama semata mata mahu membeli kuasa politik.


Pisau cabar semua blog blog haprak PAS,semua pemimpin pemimpin PAS jawab dan mengaku,sudah sudah lah berbohong kepada rakyat. PAS makin membusuk dengan najis fitnah dan pembohongan ciptaan sendiri.



Pisau kata " PAS mana ada tipu,saja syok syok kencing keliling"

Comments:

One Response to “Nizar PAS Bohong Lagi: Nafi Dan Penipu Bi'ah Talak 3”

  1. Salam,

    pas bawa fitnah pada Islam

Popular Posts