Raja Drama

Posting Terkini

konvensyen blogger pas,umno bila lagi?

Filed Under ( , , ) by pisau on 6.11.09

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Lajnah Penerangan PAS Pusat (LPPP) mengambil inisiatif mengadakan Konvensyen blogger PAS, ekoran beberapa polimik besar parti itu yang dilihat berpunca dari media baru itu. Konvensyen yang masih belum diputuskan tarikh dan tempatnya itu akan mengumpulkan semua blogger PAS di peringkat pimpinan pusat, negeri, kawasan dan ahli di cawangan. Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad ketika dihubungi berkata, konvensyen itu antara lain bertujuan menjadikan blogger PAS sebagai kumpulan yang memperbetul persepsi masyarakat terhadap PAS.


"Kita mahu blogger kita (PAS) ini menjadi orang yang memperbetul persepsi dan tanggapan PAS dalam gerbang maya ini," katanya ketika dihubungi. Medium Konvensyen ini juga katanya dilihat mampu memberi peringatan kepada blogger dikalangan PAS agar mereka sedar dan tidak menjadi sebahagian dari penabur fitnah kepada parti itu. "Orang banyak fitnah PAS sekarang ni, jadi kita tidak mahu blogger kita ni pun tumpang sekaki merosakkan parti dengan persepsi salah ini," katanya lagi. Penganjur juga katanya berhasrat menjadikan blogger PAS ini sebagai kumpulan yang mampu berdepan kumpulan 'cyber troopers' Umno BN dalam usaha mematahkan hujah yang dilempar kumpulan itu. Menurut beliau lagi, konvensyen tersebut juga akan memberi pendedahan kepada para perwakilan yang hadir tentang etika kewartawanan dan kaedah penulisan yang betul. Beberapa tokoh dan panel yang mempunyai kredibeliti dalam bidang masing-masing akan dijemput membentangkan kertas kerja dan berkongsi pengalaman berkaitan. Namun ianya hanya terbuka kepada blogger yang mempunyai nombor keahlian PAS sahaja. Mereka diminta mendaftarkan diri dengan menghubungi Sekreteriat Penerangan PAS Pusat di talian 03-2692500 atau menghantar email ke penerangan.paspusat@yahoo.com


Ulasan Saya :PAS Semakin kehadapan dalam soal ini berbanding dengan UMNO. Sehingga kini, tidak kedengaran Ketua Penerangan UMNO Kebangsaan mahu menganjurkan Konvensyen Blogger UMNO seperti yang dilakukan oleh PAS. Saya melihat, salah-satu kelemahan jentera penerangan UMNO adalah kerana ketiadaan sifat proaktif dan terikut-ikut cara lama dalam membuat apa-apa keputusan. Saya akui, terdapat perjumpaan yang bersifat tertutup antara para blogger popular dengan tokoh-tokoh penting UMNO - namun demikian, cara tersebut hanya akan menyebabkan fitnah, di samping menyisihkan para blogger amatur yang pada hakikatnya begitu ramai menyokong UMNO.


Saya cadangkan, agar UMNO segera mengambil langkah yang drastik dengan mengadakan Konvensyen Blogger Penyokong UMNO pula, UMNO perlu menghimpunkan seramai yang boleh para blogger yang jelas menyokong dan membela pihak kerajaan serta UMNO dan bukan hanya memilih dua atau tiga orang blogger sahaja yang dijamu dengan makanan dan maklumat dalaman. Dalam hal ini, nampaknya, PAS sekali lagi berada di hadapan demi memastikan para pejuang sibernya terus-menerus dijaga dan disemai dengan baik. Sebaliknya, Pemuda UMNO Malaysia dan segelintir tokoh-tokoh politik UMNO hanya menjaga satu dua kerat blogger yang dianggap popular bagi menaikkan imej peribadi mereka semata-mata. Saya lihat, UMNO masih belum serius untuk menjadikan para blogger sebagai pejuang baris hadapan bagi menghadapi pejuang-pejuang maya PAS dan PKR dalam PRU yang akan datang. Walau apa-apa pun alasanya, dalam soal ini saya terpaksa memuji PAS kerana bijak melakukan Konvensyen Blogger Penyokong PAS yang pertama kali berlaku dalam sejarah Malaysia- dan UMNO harus segera bertindak dan mengambil pengajaran dalam menghadapi perkembangan ini - Malah, UMNO perlu membuang sikap elitnya dan hanya menjemput blogger-blogger terpilih sahaja ke Putrajaya untuk sessi perbincang- sebaliknya buatlah satu perjumpaan blogger yang lebih telus dan bersifat terbuka serta dijemput secara hebahan besar-besaran. Wallahualam.
sumber azlishukri

Komen pisau; amat bersetuju dengan saranan rakan blogger, setakat ini belum ada konvensyen yang benar benar menjemput para blogger pro BN,walaupun ada majlis yang bersifat ilmiah,namun penganjuran tidaklah konsisten hanya sekadar melengkapkan KPI masing masing.Umno dan BN harus lebih serius dalam soal ini,jangan hanya pandai cakap sekadar menyedapkan hati tetapi tidak menterjemahkan dalam bentuk bantuan. Pisau berharap agar ada satu konvensyen agar dapat menyatukan kesemua blogger blogger umno dan pro bn,agar kita dapat berjuang dalam satu kumpulan yang besar dan diberi kelengkapan yang secukupnya untuk berperang.

Para pemimpin pula lebih mementingkan political mileage,"kalau aku support blogger apa yang aku dapat?" ini lah yang selalunya terjadi apabila para blogger pro bn cuba memohon bantuan. ada juga pak menteri berkata apa itu blog? goblok ka? pak menteri pisau sifatkan hanya beretorik kosong,kononnya berkata peri pentingnya media baru,namun bantuan setakat ini langsung tidak diberi,jauh sekali untuk mendapatkan bantuan kewangan. Cukup memalukan, menyokong parti pemerintah,tetapi dilayan seperti anak tiri. Pisau hanya meluahkan rasa ini atas dasar kekecewaan para rakan rakan blogger .

Namun, perjuangan harus diteruskan bukan mengharapkan wang dan ringgit,hanya ingin melihat pemimpin agar terus jujur dalam menerajui negara tercinta.


Pisau kata " nak berperang,tetapi askar tak diberikan senjata secukupnya,kebajikan terabai dan tidak dipedulikan, bila agarnya para pemimpin nak sedar? aku sifatkan golongan pemimpin tua dalam slow mode dan tak tau direction media baru"

Comments:

7 Responses to “konvensyen blogger pas,umno bila lagi?”

  1. Sokong Pisau 100% mengenai isu ini. Tahniah kerana berani memperjuangkan isu ini.

  2. betul tu bro ... kebanyakkan pemimpin2 UMNO di seluruh negara termasuk lah ketua2 bahagian bukan tau apa itu blog..

    mereka cakap senang tak ada masa sedangkan mereka tidak tahu rakyat terutama golongan muda kini mendapat maklumat dari blog .Media arus perdana pun mengambil maklumat berkenaan isu2 panas sebelum ini dari blog . Blog lebih ke depan berbanding media arus perdana ..

  3. saya juga menyokong 200%. jgn sisihkan kami... ;(

  4. salam bro,

    kalau jadi kenyataan konvensyen blogger umno kena dibuat dalam 2 group.. satu yang berhaluan kiri lagi satu berhaluan kanan walaupun dua-dua jalan tuju ke depan ;) Itu yang susah nak dirancang.

  5. Salam 1 Malaysia! betul macam Pisau cakap, Umno Malaysia jangan hanya jaga blogger terpilih sahaja untuk dapat habuan! RM le.. Tapi tengok-tengoklah sama blogger lain yang memang menjadi penyokong kuat BN/UMNO, hargailah sumbangan mereka nii.. teruskan perjuangan!!!

  6. Salam 1 Malaysia! betul macam Pisau cakap, Umno Malaysia jangan hanya jaga blogger terpilih sahaja untuk dapat habuan! RM le.. Tapi tengok-tengoklah sama blogger lain yang memang menjadi penyokong kuat BN/UMNO, hargailah sumbangan mereka nii.. teruskan perjuangan!!!

  7. betul geng saya stuju pndapat anda,dlm prkara ni saya dapati kuncu kuncu umno tak buat apa pun yg krja kempen hanya pm, tpm(tengok brita tv) saja.dikawasan saya tak tau sapa pun orang umno.yg selalu nampak poster pas buat ceramah.umno patut brkerjasama dgn bloger penyokong bn/umno.bhg penerangan umno misti ambil tindakan aktif.unperfectstone53

Popular Posts