Raja Drama

Posting Terkini

Kenapa Perlu Endorsement Pak Menteri Baru Dapat Bantuan?

Filed Under ( ) by pisau on 4.11.09

Baru baru ini pisau menghadiri masyuarat NGO kemasyarakatan, perbincangan berkisar soal masalaah sosial yang gagal ditangani di sekitar bandar bandar dan keruntuhan akhlak masyarakat,selepas itu perbincangan bertukar tajuk berkenaan isu bantuan yang tidak sampai kepada golongan sasaran mendapat perhatian Pisau.

Isu nya, ada bantuan yang amat diperlukan ,contohnya bantuan mendapatkan kerusi roda,apabila permohonan dibuat kepada JKM, wujud satu kekangan yang menyukarkan rakyat mendapatkan bantuan. Permohonan tersangkut lebih 6 bulan atau lebih,tetapi akhirnya yang menyedihkan permohonan bantuan ditolak.

Yang menimbulkan persoalan, pegawai JKM, semasa permohonan dibuat akan membuat pelbagai alasan kononnya itu ini,tetapi jika disertai dengan surat sokongan menteri atau dari pemimpin politik,pegawai ini akan terus akan meluluskan dengan kadar kecepatan diluar dugaan dan amat luar biasa,paling lama seminggu. Adakah kita perlukan wahyu dari pak menteri , permohonan mendapatkan bantuan baru dapat diluluskan.??

Bagaimana rakyat yang tidak ada ekses atau kabel besar untuk mendapatkan bantuan terus dari menteri atau pemimpin politik?Adakah mereka tidak layak mendapatkan bantuan? Kenapakah sikap prejudis pegawai kerajaan yang keterlaluan dalam membuat keputusan kes yang sememangnya pilih kasih.

Implikasi daripada sikap prejudis yang begitu buruk penjawat awam ini,jelas gagal menyahut seruan dalam menterjermahkan kehendak kerajaan memberikan bantuan kepada rakyat.

Ini adalah sebahagian daripada kes kes yang jelas cukup banyak berlaku ketika ini. Pisau berharap,pihak kerajaan mendengar rintihan terus daripada mulut rakyat,bukan mendengar kata kata enak dan retorik kosong daripada pegawai penjawat awam yang yang kononnya memenuhi kehendak KPI masing masing tetapi realitinya gagal membantu rakyat.

Pisau menyeru agar pihak JPA sekolahkan sekali lagi pegawai pegawai yang prejudis dalam menjalankan tugas,teliti kembali sistem penyampaian dan ajar mereka mengenali masaalah rakyat dengan lebih mendalam dan merasai denyut nadi rakyat.




Pisau kata ' penjawat awam,pemimpin politik dan pembuat keputusan,berlaku adillah terhadap diri anda dan rakyat,buangkan sifat prejudis,sahutlah cabaran PM agar matlamat 1Malaysia tercapai"

Comments:

One Response to “Kenapa Perlu Endorsement Pak Menteri Baru Dapat Bantuan?”

  1. pisau, komen sikit pasal petroleum kat kelantan. ada apa2 info & bukti tak ?

Popular Posts