Raja Drama

Posting Terkini

1Malaysia Tidor: Umno Tidak Ada Sense Of Urgency,Adakah DS Najib Berseorangan Dalam Hal Ini?

Filed Under ( , ) by pisau on 23.11.09

Pisau tidak banyak menulis kebelakangan ini, kekangan & tuntutan kerja cukup banyak. Namun Pisau tetap mengikuti perkembangan politik negara setiap hari . Banyak isu isu ibarat bola tanggung timbul sejak akhir akhir ini.

Saban hari para blogger menyerang tanpa henti setiap masa,siang dan malam.Pakatan Haprak jelas menanggung damage yang cukup besar,walaupun Anuwar Berahi mengistiharkan perang terhadap Ds Najib dengan pengakuan bersiri Bala,cukup mudah para sahabat blogger mematahkan serangan.

Sebelum ini,Perhimpunan Agung Khas kita menyaksikan ucapan berapi dan amanat Presiden,beliau menyeru agar semua ahli Umno agar bangkit ,buat kerja dan berubah atau diubah.Ramai menyahut seruan itu sambil bangun dan tepuk tangan kononnya cukup bersemangat untuk membawa aspirasi Presiden. Semasa persidangan Pisau hanya mampu memandang sinis dengan gelagat mereka mereka ini. Semangat di dalam dewan PWTC lain macam jadinya,namun apabila melangkah keluar dari PWTC pulang ke kampung halaman dan bahagian masing masing, ucapan amanat Presiden rupanya tercicir di pintu keluar dewan PWTC. Ada yang tercicir semangat itu ketika berjalan keluar didepan Hotel Sri Pacific,ada yang tercicir di The Mall, ada jugak yang tercicir di R & R Lebuhraya,setibanya dirumah, hati menjadi kosong,semangat kembali macam biasa.

Ada pula yang bawa balik semangat tapi terkontang kanting,tak tau hala tuju,macam mana nak buat dengan semangat yang ada tapi tidak ada direction dari bahagian.

Ada rungutan bahagian bahagian Umno kononnya tidak ada peruntukan untuk buat program peringkat bahagian dan cawangan,masaalah kewangan untuk merealisasikan gerak kerja. pokok pangkalnya semua soal duitlah. Orang Umno sekarang ini kalau tidak ada duit,comfirm kerja tak jalan, susah sangatkah orang orang Umno ni, persoalan ini bukan Pisau tujukan kepada akar umbi,tetapi kepada para pemimpin yang merasai laba & untungnya dari Umno sebagai pemerintah. Dahulunya orang masuk Umno,mesti terfikir,apa yang Umno dapat beri pada aku,aku masuk umno nak dapat kabel besar135Kv baru kuat,Nah sekarang sepatutnya bila dah Umno dah memberi,sudah tiba waktunya fikirkan apa yang dapat kamu beri kembali kepada Umno dan rakyat.

Mustahil lah kalau ketua bahagian atau ketua pemuda tak ada duit kan?? Masa bertanding harta berkoyan koyan sanggup di laburkan,bila dah menang cukup menghairankan lah kalau kata tidak ada duit?

Adakah duit hanya untuk dibelanjakan semata mata untuk membeli undi, Anda yang membeli pasti sudah tahu apa yang anda hajatkan, JAWATAN!. Ya jawatan itu bukan sebagai platform dapat kan projek pusat, eksyen dan tunjuk aku HEBAT! tetapi jawatan yang anda tender itu adalah tanggungjawab! maka sama sama la memberi kembali kepada parti, tidak salah bukan?

Para blogger bukan mintak apa pun,cuma merayu agar para pemimpin Umno agar bangun,sudah sudah lah dengan tidor tu,teguran ini hanya buat mereka yang tidor,untuk mereka yang gigih dan membuat kerja anda dijadikan teladan buat yang kaki berdengkor.

Buat pemimpin dan mereka yang gigih membuat kerja Pisau ucapkan tahniah! teruskan perjuangan agar gegaran perjuangan anda membantutkan lena yang kuat tidor!

Popular Posts